persepsi pelajar spi utm berkenaan karamah · pdf filemengambil sampel seramai 115 orang...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR
AZUBIR BIN OMAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI PELAJAR SPI UTM BERKENAAN KARAMAH DAN SIHIR
AZUBIR BIN OMAR
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
iii
DEDIKASI
بسم اهللا الرحمن الرحیم
Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
Teristimewa buat Ayahanda & Bonda Tersayang…..
Jasa dan pengorbanan serta doa kalian azimat kekuatan bagiku,
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.
Buat kekanda dan adinda…..
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini,
Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru. Terutamanya Dr. Arieff Salleh Bin Rosman…..
Sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari….
Sahabat-sahabat seperjuangan…..
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tujuk ajar kalian.
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya…..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, rahmat dan salam semoga dicurahkan selalu kepada
Saidina Muhammad utusan Allah.
Pertama dan selama-lamanya dirafa’kan kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya dapat juga saya menyiapkan
tugasan Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Persepsi Pelajar SPI UTM Berkenaan
Karamah Dan Sihir”. Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan dan keredaan
dari Allah dan menjadi salah satu ibadah kepadaNya.
Di kesempatan yang mulia ini, dengan rasa rendah diri ingin saya mengucapkan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga khas buat penyelia yang saya sanjungi dan
hormati, Dr.Arieff Salleh Bin Rosman di atas segala dorongan, pandangan dan tunjuk
ajar yang tidak pernah jemu di sepanjang penyelidikan projek penulisan ini. Seterusnya
terima kasih buat rakan-rakan, sahabat seperjuangan kerana sokongan dan idea yang
membina di sepanjang penyelidikan ini. Semoga usaha dan cita-cita mencapai matlamat
yang diimpikan.
Akhir kata, semoga segala yang diusahakan ini mendapat penilaian yang
sewajarnya dan segala kelemahan dan kekurangan dipohonkan kemaafan dari saya yang
sememangnya lemah dan masih memerlukan ilmu dan tunjuk ajar.
Sekian Wassalam
AZUBIR BIN OMAR
v
ABSTRAK
Karamah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa sedangkan
sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan
menyesatkannya. Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan
perkara-perkara yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Oleh itu kajian
ini penting untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap karamah dan sihir. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud
karamah dan sihir, tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta
perbezaannya, dan untuk mengenalpasti penyelesaian masalah sihir di kalangan
masyarakat. Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan yang timbul dalam
masyarakat seperti maksud, tindak tanduk dan perbezaan serta penyelesaian masalah
sihir. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif atau deskriptif dan penyelidik
mengambil sampel seramai 115 orang pelajar dari tahun 1 hingga tahun 4 SPI. Borang
soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dikutip dan dianalisa menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) for window version 14.0.
Dapatan kajian ini menunjukkan purata min berkenaan persepsi mahasiswa SPI terhadap
maksud karamah dan sihir adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.22. Maklum
balas responden terhadap tindak tanduk yang berlaku dalam karamah dan sihir serta
perbezaannya juga adalah positif dan nilai purata minnya ialah 4.25. Manakala persepsi
mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan masalah sihir di kalangan
masyarakat mencatat nilai purata minnya 4.68.
vi
ABSTRACT
Karamah is given by Allah to His human being that always obeys and scared with His
rules despite the sihir. Generally the civilizations are confused in comparing those two
miracle aspect. This research is important to investigate the perception among SPI
students about karamah and sihir. The research objective is to investigate the perception
about the meaning of karamah and sihir, the consequence of subject and to investigate
the solution of sihir problem in the society. This research intends to answer the question
that issued by among people regarding meaning, consequent and problem solving for
sihir. This research is descriptive research and 115 samples among year 1 to 4 SPI
students are taken by the researcher. The questionnaires that been fulfilled by students is
analyze by the Statistical Package for Social Science (SPSS) for window version 14.0.
software. The results show that the perception among SPI students about the meaning of
karamah and sihir is positive and the average mean is 4.22. Moreover the perception
among SPI students about the aspect that happen in those subjects and the comparison is
also positive and the average mean is 4.25. Last but not least the perception among SPI
students about the solution in solving sihir problem in the society is positive and the
average mean is 4.68.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Kesimpulan 9
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Definisi Karamah 11
2.2 Wali Allah 12
2.3 Dalil-Dalil Al-Quran Berkaitan Karamah 14
2.4 Contoh-Contoh Karamah 20
2.5 Definisi Sihir 23
2.6 Dalil-Dalil Al-Quran Dan Sunnah Berkaitan Sihir 24
2.6.1 Dalil–Dalil Al-Quran 24
2.6.2 Dalil–Dalil Al-Sunnah 28
2.7 Ahli Sihir 30
2.7.1 Cara-Cara Ahli Sihir Mendekatkan
Diri Dengan Syaitan 32
2.8 Contoh-Contoh Sihir 33
2.9 Perbandingan Antara Karamah Dan Sihir 35
2.9.1 Perbandingan Dari Segi Maksud 35
2.9.2 Perbandingan Dari Segi Tujuan 36
2.10 Hikmah Karamah 38
2.11 Kejadian-Kejadian Luar Biasa Bukanlah
Dalil Untuk Kewalian 38
2.12 Bahaya Sihir 39
2.13 Perbandingan Antara Karamah Dan
Sihir Secara Umum 40
2.14 Pendapat Ulama’ Berkaitan Karamah Dan Sihir 41
2.14.1 Pendapat Ulama' Berkaitan Karamah 41
2.14.2 Pendapat Ulama' Berkaitan Sihir 43
2.15 Penyelesaian Sihir 44
2.16 Kajian-Kajian Lepas 47
2.17 Kesimpulan 50
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT
3.1 Pengenalan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 52
3.3 Lokasi Kajian 53
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 53
3.5 Instrumen Kajian 54
3.6 Prosedur Kajian 57
3.7 Analisis Kajian 58
3.8 Kesimpulan 58
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang
Responden 60
4.3 Analisis Data Bahagian B Berkaitan
Persepsi Pelajar SPI Terhadap Maksud
Karamah Dan Sihir 63
4.4 Analisis Data Bahagian C Berkaitan
Persepsi Pelajar SPI Terhadap Tindak
Tanduk Yang Berlaku Dalam
Karamah Dan Sihir Serta Perbezaannya 69
4.5 Analisis Data Bahagian D Berkaitan
Persepsi Pelajar SPI Terhadap
Cara Untuk Menyelesaikan
Masalah Sihir Di kalangan Masyarakat 80
4.6 Analisis Keseluruhan Dan Rumusan
Min Dapatan Kajian 85
4.7 Kesimpulan 91
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN MUKA SURAT
CADANGAN
5.1 Pengenalan 92
5.2 Ringkasan Kajian 93
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 93
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 94
5.3.2 Persepsi Pelajar SPI Terhadap
Maksud Karamah Dan Sihir 95
5.3.3 Persepsi Pelajar SPI Terhadap
Tindak Tanduk Yang Berlaku Dalam
Karamah Dan Sihir Serta Perbezaannya 99
5.3.4 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Cara
Untuk Menyelesaikan Masalah
Sihir Di kalangan Masyarakat 106
5.4 Rumusan 109
5.5 Cadangan 110
5.5.1 Peranan Majlis Agama Islam Negeri 110
5.5.2 Kementerian Pelajaran Malaysia 111
5.5.3 Peranan Individu 111
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 112
5.7 Kesimpulan 112
BIBLIOGRAFI 114
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah Populasi dan Tahun Program 54
3.2 Bilangan Sampel Kajian 54
3.3 Maklumat pembahagian borang soal selidik 55
3.4 Skala Likert 55
3.5 Klasifikasi item mengikut persoalan kajian 56
3.6 Peringkat mata nilai 58
4.1 Taburan responden mengikut jantina 60
4.2 Taburan responden mengikut tahun pengajian 60
4.3 Taburan responden mengikut umur 61
4.4 Taburan responden mengikut sekolah terdahulu 62
4.5 Taburan responden mengikut tahap
pendidikan tertinggi 62
4.6 Taburan Skor Bagi Item 1 63
4.7 Taburan Skor Bagi Item 2 64
4.8 Taburan Skor Bagi Item 3 64
4.9 Taburan Skor Bagi Item 4 65
4.10 Taburan Skor Bagi Item 5 65
4.11 Taburan Skor Bagi Item 6 66
4.12 Taburan Skor Bagi Item 7 66
4.13 Taburan Skor Bagi Item 8 67
4.14 Taburan Skor Bagi Item 9 67
4.15 Taburan Skor Bagi Item 10 68
4.16 Taburan Skor Bagi Item 11 68
4.17 Taburan Skor Bagi Item 12 69
4.18 Taburan Skor Bagi Item 13 70
4.19 Taburan Skor Bagi Item 14 70
xii
4.20 Taburan Skor Bagi Item 15 71
4.21 Taburan Skor Bagi Item 16 71
4.22 Taburan Skor Bagi Item 17 72
4.23 Taburan Skor Bagi Item 18 72
4.24 Taburan Skor Bagi Item 19 73
4.25 Taburan Skor Bagi Item 20 73
4.26 Taburan Skor Bagi Item 21 74
4.27 Taburan Skor Bagi Item 22 74
4.28 Taburan Skor Bagi Item 23 75
4.29 Taburan Skor Bagi Item 24 75
4.30 Taburan Skor Bagi Item 25 76
4.31 Taburan Skor Bagi Item 26 76
4.32 Taburan Skor Bagi Item 27 77
4.33 Taburan Skor Bagi Item 28 77
4.34 Taburan Skor Bagi Item 29 78
4.35 Taburan Skor Bagi Item 30 78
4.36 Taburan Skor Bagi Item 31 79
4.37 Taburan Skor Bagi Item 32 79
4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 80
4.39 Taburan Skor Bagi Item 34 81
4.40 Taburan Skor Bagi Item 35 81
4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 82
4.42 Taburan Skor Bagi Item 37 82
4.43 Taburan Skor Bagi Item 38 83
4.44 Taburan Skor Bagi Item 39 83
4.45 Taburan Skor Bagi Item 40 84
4.46 Taburan Skor Bagi Item 41 84
4.47 Taburan Skor Bagi Item 42 85
4.48 Persepsi Pelajar SPI Terhadap
Maksud Karamah Dan Sihir 86
4.49 Persepsi Pelajar SPI Terhadap
xiii
Tindak Tanduk Yang Berlaku Dalam
Karamah Dan Sihir Serta Perbezaannya 88
4.50 Persepsi Pelajar SPI Terhadap Cara
Untuk Menyelesaikan Masalah Sihir
Di kalangan Masyarakat 90
5.1 Purata Min Berdasarkan Objektif Kajian 109
xiv
SENARAI SINGKATAN
Cet. - Cetakan
Ed. - Edisi
Nom. - Nombor
PPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial
S - Setuju
s.a.w - Sallahu Alaihi Wasallam
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad
SMA - Sekolah Menengah Agama
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
SS - Sangat Setuju
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T. - Subhanahu Wa Taala
Terj. - Terjemahan
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A
Borang Soal Selidik
LAMPIRAN B
Kebolehpercayaan Kajian Rintis
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap kejadian yang berlaku di alam ini adalah berpunca dari 'sebab dan akibat'.
Seperti terjadinya siang hari apabila matahari terbit di sebelah Timur dan menjelangnya
malam apabila matahari tenggelam di sebelah Barat. Begitu juga manusia jika merasa
lapar ia kurang bertenaga dan harus makan untuk mengembalikan tenaga tersebut. Ini
yang dipanggil sifat semula jadi manusia dan alam. Namun ada juga sesuatu yang
berlaku di luar garisan sifat semula jadi manusia dan alam. Ia boleh berlaku atas dua
perkara iaitu kemahiran atau latihan yang intensif seperti berjalan di atas seutas tali dan
terbang di angkasa (kapal terbang) yang menggunakan ilmu sains. Perkara tersebut
boleh diperolehi oleh setiap manusia tidak kira bangsa dan agama yang dianutinya,
asalkan ia berusaha untuk menuju ke arah tersebut.
2
Selain itu terdapat juga kejadian luar biasa yang berlaku kepada manusia atau
dapat dilakukan oleh manusia. Seperti mukjizat yang diberikan oleh Allah khusus
kepada para Nabi dan para Rasul. Sebagai contoh Nabi Musa dengan tongkatnya
membelah sungai Nil, Nabi Isa menghidupkan orang mati dan Nabi Muhammad saw
dengan kitab Al-Quran yang mana mukjizat baginda hingga ke hari kiamat.
Manakala karamah pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan
bertakwa. Dalam kehidupan di dunia ini mereka bersifat zuhud iaitu tidak sedikit merasa
gerun atau takut kepada sesama manusia tetapi amat takut sekali dengan kemurkaan
Allah. Malahan terdapat dalam Al-Quran yang mana hanya dengan mendengar nama
‘Allah’ disebut, hati mereka akan menjadi kecut.
Sihir pula diberikan oleh Allah kepada hambaNya yang fasik dan bertujuan
menyesatkannya. Tambahan itu, ia juga merupakan ilmu yang dapat dipelajari dan ia
lebih condong kepada perkara-perkara negatif.
Secara umumnya masyarakat didapati keliru dalam membezakan perkara-perkara
yang luar biasa khususnya berkenaan karamah dan sihir. Ini kerana terdapat garis
pemisah yang kabur antara keduanya. Hanya dengan ilmu agama saja yang dapat
menjelaskan garis pemisah yang kabur tadi.
1.2 Latarbelakang Masalah
Masa kini, masih wujud persoalan di kalangan umat Islam terhadap perkara-
perkara yang menyalahi adat seperti karamah dan sihir. Antara persoalan-persoalan yang
timbul ialah berkenaan makna sebenar kedua-dua perkara tersebut dan isu-isu yang
berlegar di sekelilingnya. Selain itu ada dakwaan yang mengatakan karamah dan sihir
tidak banyak perbezaan, malahan terdapat ciri-ciri persamaan dalamnya.
3
Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan
perbezaan kedua-dua perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan
yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Apa yang ingin difokuskan oleh
penyelidik adalah salah faham masyarakat berkenaan sihir dan karamah daripada segi
perkara-perkara luar biasa yang wujud dalam kedua-dua perkara tersebut.
Apabila masyarakat gagal membezakan perkara tersebut, maka muncul perkara-
perkara yang tidak diingini dalam agama khususnya daripada soal akidah berlaku.
Perkara yang paling ditakuti berlaku ialah masyarakat akan terjerumus ke kancah ajaran
sesat yang mana mereka menjadi taksub ke atas perkara-perkara luar biasa yang
ditonjolkan oleh guru-guru ajaran sesat ini. Lantaran perkara yang dianggap ajaib yang
dipamerkan oleh mereka tetapi sebenarnya adalah ilmu sihir, maka masyarakat akhirnya
akan menjadi sesat bahkan lebih jauh daripada agama Allah.
Selain itu kebergantungan masyarakat kita dengan ilmu perbomohan tidak dapat
dipertikaikan lagi, baik untuk perkara kebaikan apatah lagi untuk perkara-perkara yang
mungkar. Seperti sudah menjadi rutin masyarakat kita apabila segala usaha telah dibuat
maka jalan akhir yang didapati adalah dengan berjumpa bomoh. Mungkin perkara-
perkara aneh yang dilakukan oleh sebahagian bomoh itu berjaya menarik minat mereka
untuk berdamping dengannya. Apa yang dikhuatiri adalah bomoh-bomoh yang tidak
berlandaskan ajaran Islam dalam perubatannya. Dalam erti kata lain ialah mereka
menggunakan sihir, maka akhirnya akan membawa kesesatan kepada dirinya dan
masyarakat yang berada di sisinya.
1.3 Pernyataan Masalah
Perkara luar biasa yang ditunjukkan oleh seseorang guru ajaran sesat adalah
antara faktor merebaknya ajaran sesat di negara ini. Ini kerana kepercayaan terhadap
kuasa sakti, kebolehan-kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh mereka menjadi faktor
4
penyebab ajaran mereka dianggap relevan oleh pengikutnya yang jahil dalam didikan
agama.
Sebagai contoh ajaran Ayah Pin yang satu ketika dahulu pernah menggemparkan
Malaysia. Ketika Utusan Malaysia menemubual Ariffin Mohamad yang lebih dikenali
sebagai Ayah Pin, dia mendakwa boleh mengubati pelbagai penyakit termasuk penyakit
jiwa dan ketagihan dadah, selain mampu mengubah suara seseorang itu dari `tidak enak
didengar' kepada suara merdu seperti penyanyi.
Selain itu, dia turut mendakwa boleh bertukar wajah kepada pelbagai rupa yang
dikehendakinya dan boleh menyakiti sesiapa jika dia mahu. Sukar untuk mempercayai
apa yang didakwa oleh ketua ajaran sesat itu tetapi Ayah Pin berjaya memesongkan
pemikiran dan akidah ramai orang Islam sehingga menjadi pengikut fanatiknya (Utusan
Malaysia, Ahad, 31 Julai 2005).
Dalam masalah perbomohan pula, apabila masyarakat tidak meminta pertolongan
pada pihak yang sepatutnya, tetapi yang dipinta ialah kepada bomoh-bomoh yang nyata
menggunakan sihir dalam perubatannya, maka berlakulah kejadian-kejadian yang tidak
diingini. Masa kini banyak kes dilaporkan yang mengaitkan jenayah rogol, mencabul
kehormatan dan pelbagai jenis penipuan ke atas pelanggan-pelanggan mereka yang
dianggap sebagai upah dan penggeras atas perkhidmatan yang diberikan.
Sebagai satu contoh kes penipuan bomoh terhadap pelanggannya ialah apabila
seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bomoh mengekalkan pengakuan
bersalah terhadap tuduhan menipu seorang wanita sehingga mangsa menyerahkan
barangan kemas dan wang tunai bernilai kira-kira RM45,000. Mengikut pertuduhan, dia
yang mengaku sebagai bomoh didakwa memperdayakan pelanggannya dengan
mendorongnya menyerahkan dua utas rantai masing-masing bernilai RM8,887 dan
RM2,970 serta wang tunai sebanyak RM33,000 sebagai pengeras bagi mengubati
penyakit anaknya (Utusan Malaysia, Selasa, 9 Januari 2007).
5
Dalam kes jenayah rogol yang dilakukan oleh bomoh pula, menurut seorang
lelaki yang mendakwa dirinya bomoh dihukum penjara 18 tahun dan sebatan 14 kali
oleh Mahkamah Sesyen Muar, setelah didapati bersalah merogol seorang pelajar
universiti di sebuah pusat peranginan di Muar. Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz
dalam keputusannya berkata, tertuduh, Zulkifly Mustafa, 44, dari Pasir Gudang, didapati
bersalah dalam kes itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu
melampaui keraguan munasabah (Utusan Malaysia, Selasa, 6 Febuari 2007).
Selain itu dalam ilmu perbomohan juga, pemujaan kubur merupakan satu contoh
aktiviti yang dijalankan oleh tok bomoh dan pelanggan yang menggunakan khidmat
mereka. Pemujaan ke atas roh, para wali dan keramat, iaitu menziarahi kubur orang yang
dianggap wali dan keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskan
ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan ke atas kubur itu
serta menyeru roh para wali dan keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepada
mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apabila beroleh kejayaan, mereka
akan membayar nazar di atas kubur orang yang dianggap wali dan keramat atau mereka
membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan mereka.
Utusan Malaysia yang membongkar kegiatan pemujaan di kubur lama dipercayai
milik Datuk Acheh di Kesang Luar, Jasin dan kubur lama Siti Zubaidah Rambut Panjang
di Merlimau, juga di Jasin memperlihatkan kegiatan pemujaan kubur masih aktif. Apa
yang menghairankan, ada sesetengah kubur lama tersebut telah menjadi tempat
pemujaan sejak sebelum merdeka lagi. Walaupun kegiatan pemujaan yang
kebanyakannya untuk tujuan perjudian nombor ekor merupakan kes-kes yang terpencil
tetapi ia tidak sepatutnya dibiarkan. Hal ini kerana, kegiatan pemujaan seperti itu akan
menjadi barah dalam masyarakat kita umumnya dan umat Islam di negara ini khususnya
(Utusan Malaysia, Khamis, 15 Febuari 2007).
Daripada masalah-masalah yang dibangkitkan, menunjukkan ketidak fahaman
dan salah anggap masyarakat dalam hal yang dianggap luar biasa khususnya dalam
perkara sihir. Apabila kejadian luar biasa yang berlaku ke atas guru ajaran sesat dan tok
6
bomoh dianggap karamah walhal ianya adalah sihir, maka kekeliruan ini seterusnya
dapat meruntuhkan nilai-nilai akidah dan akhirnya melemahkan institusi Islam itu
sendiri. Jadi bagi menjelaskan permasalahan ini maka perlulah dijelaskan dengan lebih
terperinci tentang perkara-perkara seperti karamah dan sihir agar masyarakat dapat
membezakan antara perkara-perkara terpuji dan yang terlarang.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk:
1.4.1 Mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir.
1.4.2 Mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap tindak tanduk yang berlaku
dalam karamah dan sihir serta perbezaannya.
1.4.3 Mengenalpasti persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan
masalah sihir di kalangan masyarakat.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa SPI terhadap maksud karamah dan sihir.
1.5.2 Bagaimanakah persepsi mahasiswa SPI terhadap tindak tanduk yang berlaku
dalam karamah dan sihir serta perbezaannya.
1.5.3 Sejauhmanakah persepsi mahasiswa SPI terhadap cara untuk menyelesaikan
masalah sihir di kalangan masyarakat.
7
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini sangat penting amnya kepada seluruh masyarakat Islam di
Malaysia khususnya kepada penyelidik sendiri, pelajar, ibu bapa, masyarakat, warga
kampus Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia,
dan sebagainya. Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan tertentu iaitu :
1.6.1 Mencadangkan kepada Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)
Universiti Teknologi Malaysia agar memasukkan tajuk karamah dan sihir dalam
silibus Akidah Islamiah.
1.6.2 Bekerjasama dalam memberi cadangan kepada Jabatan Agama Islam negeri-
negeri di Malaysia dalam menyelesaikan permasalahan berkenaan sihir.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini melibatkan kesemua mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) di UTM Skudai, Johor. Mahasiswa yang terlibat adalah mahasiswa
yang mengikuti kursus ini secara sepenuh masa. Segala keputusan bagi kajian ini hanya
terbatas kepada mahasiswa kursus ini sahaja dan tidak menggambarkan keseluruhan
mahasiswa kursus lain di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan (2002:1025), persepsi bermaksud gambaran atau
bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), tanggapan. Sementara Ensiklopedia
Global (2001:163) mendefinisikan persepsi sebagai gambaran tentang sesuatu dan
8
tanggapan. Persepsi dalam kajian ini ialah pendapat responden tentang sesuatu perkara
yang dikaji oleh penyelidik. Iaitu merujuk kepada tanggapan atau pandangan pelajar
terhadap karamah dan sihir.
1.8.2 SPI
SPI ialah singkatan daripada Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) iaitu salah satu jurusan yang terdapat di Universiti Teknologi
Malaysia. Ia terdiri daripada pelajar Islam lepasan STAM, STPM, Diploma dan Maktab
yang ingin menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. SPI dikendalikan
oleh Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dengan kerjasama Fakulti
Pendidikan UTM, Skudai.
1.8.3 Karamah
Menurut Basri (2003:83), karamah atau keramat adalah satu kejadian luar biasa
yang dianugerahkan oleh Allah khusus bagi hambaNya yang bertakwa. Matlamatnya
ialah supaya dia semakin istiqamah berada di atas jalan Allah dan semakin kuat
perjuangannya dalam menegakkan agama Allah.
1.8.4 Sihir
Menurut Wahid (1995:16), sihir ialah suatu pemujaan terhadap roh-roh jahat di
samping mengharapkan kesaktian luar biasa darinya. Selain itu ia juga merupakan
persepakatan antara ahli sihir dengan syaitan yang mensyaratkan ahli sihir tersebut
melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segala
bentuk ketaatan kepadanya (syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang
dihajati.
9
1.9 Kesimpulan
Bab satu ini membicarakan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
pengenalan, latar belakang masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi dan kesimpulan.
Dengan merujuk kepada bab satu ini, kita akan dapat memahami apa yang
sebenarnya yang akan dibincangkan atau dikaji oleh penyelidik. Hal ini adalah dengan
merujuk kepada penyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian. Melalui
bahagian definisi istilah juga penyelidik memberi fokus kepada pengertian kajian secara
lebih terperinci dan menjadi fokus utama dalam kajian ini.
Kefahaman yang jelas tentang hakikat karamah dan bahaya sihir boleh
membantu kita memahami beberapa keadaan yang berlaku kepada diri kita dalam
kehidupan seharian. Kefahaman ini menjadikan kita lebih bergantung kepada Allah dan
lebih bersabar serta berhati-hati dalam bertindak.