persepsi guru dan pelajar terhadap pendidikan jasmani … · guru pendidikan jasmani 64 4.6...
TRANSCRIPT
PERSEPSI GURU DAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI DAN
PEMAKAIAN PAKAIAN SUKAN KETIKA PENDIDIKAN JASMANI DI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TENGAH, JOHOR
DARUL TAKZIM
HASLINDAH BINTI NURSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
v
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnianNya, tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda dan bonda yang di kasihi
Nursan Bin Ahmad
Siti R ohani Binti Manaf
Buat ahli keluarga yang disayangi
Serta teman – teman seperjuangan
Kalian semua takkan ku lupakan
Iringan doa, pengorbanan, keikhlasan dan bantuan kalian tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah S.W.T sahaja
yang maha mengetahui dan membalasnya.
Terima kasih untuk segalanya.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaanNya
kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ayanda dan bonda yang dikasihi, Nursan Bin Ahmad dan Siti Rohani Binti
Manaf di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan kepada saya selama
ini.
Di sini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki, selaku penyelia Projek
Sarjana Muda yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
dalam menyiapkan laporan kajian ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru, pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-
pelajar sekolah menengah di Daerah Johor Bahru Tengah yang terlibat secara langsung
dan memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa kepada rakan-
rakan yang telah banyak memberi sumbangan dari segi idea dan bantuan, dan semua
yang turut sama memberi sokongan di sepanjang perlaksanaan kajian ini.
Semoga sumbangan kalian akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Terima kasih.
vii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi pelajar dan guru terhadap
Pendidikan Jasmani dan pemakaian pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah di Daerah Johor Bahru Tengah, Johor. Dalam kajian ini, sebanyak 664 borang
soal selidik telah diedarkan, masing-masing kepada 374 orang pelajar dan 270 orang
guru. Kebolehpercayaan soal selidik pelajar adalah adalah 0.743 manakala untuk soal
selidik guru adalah 0.851. Dari aspek minat dan keseronokan terhadap Pendidikan
Jasmani, kajian mendapati persepsi pelajar dan guru adalah hampir sama. Empat puluh
lima peratus pelajar menyatakan mereka berminat untuk menghadiri kelas Pendidikan
Jasmani dan dapatan ini disokong dengan persepsi guru yang menyatakan 80.4% pelajar
seronok semasa Pendidikan Jasmani diadakan. Dapatan kajian ini juga mendapati
bahawa faktor malas bukan merupakan sebab utama (58.5%) pelajar tidak memakai
pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani. Walaubagaimanapun, 77.4% responden guru
berpendapat sebaliknya. Berdasarkan dapatan kajian, dua faktor utama yang didapati
menyebabkan pelajar tidak memakai pakaian sukan ketika Pendidikan Jasmani ialah
kekangan masa dan ketiadaan kemudahan bilik persalinan pakaian sukan.
Kesimpulannya, pelajar dan guru bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani merupakan suatu
sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Namun, masalah pemakaian pakaian sukan
semasa Pendidikan Jasmani bukan disebabkan oleh faktor sikap sepenuhnya tetapi faktor
ketiadaan bilik persalinan sukan dan masa pembelajaran Pendidikan Jasmani yang
singkat membuatkan pelajar beranggapan keperluan menukar pakaian sukan menjadi satu
bebanan.
viii
ABSTRACT
This study has been carried out to seek students and teachers’ perception towards
Physical Education and sports attire problem during Physical Education in secondary
school in Johor Bahru Tengah, Johore. In this study, a total of 664 questionnaire were
distributed, 374 for students and 270 for teachers respectively. The reliability of the
questionnaire for student is 0.743, whereas the questionnaire reliability for teacher is
0.851. Based on interest and pleasure aspects towards Physical Education, this study
found the perception between the students and teachers is almost similiar. Forthy five
percent of the students stated that they are interested to attend the Physical Education
class and this finding is supported by the teachers, as 80.4% of them stated that the
students enjoying the class. Results of this study also found that laziness is not the main
reason (58.5%) why the students refuse to wear sports attire during Physical Education
class. However, 77.4% of the teachers disagree with that fact. Based on the findings, the
two main factors that contribute to wear sports attire problem during Physical Education
class are time constraint and no changing room provided. In conclusion, students and
teachers agreed that Physical Education is an enjoyable class. However, sports attire
problem during Physical Education class is not totally influenced by attitude factor but no
changing room provided and short Physical Education period make the students feels that
to change to sports attire is a burden.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS THESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL THESIS iii
PENGAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
x
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Operasional 9
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendidikan Jasmani 10
2.2 Peraturan Sekolah 13
2.3 Pakaian Sukan 14
2.4 Faktor Sikap 15
2.5 Faktor Minat 17
2.6 Faktor Rakan Sebaya 18
2.7 Faktor Keluarga dan Ibubapa 18
2.8 Faktor Guru 19
2.9 Kesimpulan 21
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian 22
3.2 Responden Kajian 22
3.3 Instrumen Kajian 23
3.4 Prosedur Kajian 28
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Pengambilan Data 29
3.7 Analisis Data 29
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
xi
4.2 Soal Selidik Pelajar 31
4.2.1 Bahagian A– Maklumat dan
Latar Belakang Responden 32
4.2.1.1 Taburan Responden
Berdasarkan Jantina 31
4.2.1.2 Taburan Responden
Berdasarkan Bangsa 32
4.2.1.3 Taburan Responden
Berdasarkan Umur 33
4.2.1.4 Taburan Responden
Berdasarkan Aliran 34
4.2.2 Bahagian B – Analisis Persepsi
Pelajar Terhadap Pemakaian
Pakaian Sukan ketika Pendidikan
Jasmani (PJ) 35
4.2.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap
Pendidikan Jasmani (PJ) 35
4.2.2.2 Pemakaian Pakaian Sukan
Ketika Pendidikan Jasmani 42
4.2.2.3 Kemudahan Fizikal Untuk
Pendidikan Jasmani 51
4.3 Soal Selidik Guru 55
4.3.1 Bahagian A– Maklumat dan Latar
Belakang Responden 56
4.3.1.1 Taburan Responden
Berdasarkan Jantina 56
4.3.1.2 Taburan Responden
Berdasarkan Bangsa 57
4.3.1.3 Taburan Responden
xii
Berdasarkan Umur 57
4.3.1.4 Taburan Responden
Berdasarkan Kelulusan
Akademik 58
4.3.1.5 Taburan Responden
Berdasarkan Opsyen
Pengajaran 59
4.3.1.6 Taburan Responden
Berdasarkan Pengalaman
Mengajar 60
4.3.2 Bahagian B – Analisis Persepsi Guru
Terhadap Pemakaian Pakaian Sukan
ketika Pendidikan Jasmani (PJ) 61
4.3.2.1 Minat Pelajar Terhadap
Pendidikan Jasmani 61
4.3.2.2 Tanggungjawab Guru
Pendidikan Jasmani 64
4.3.2.3 Pemakaian Pakaian Sukan
Semasa Kelas Pendidikan
Jasmani 68
4.3.2.4 Tingkahlaku Pelajar 74
4.3.2.5 Kemudahan Fizikal Untuk
Pendidikan Jasmani 78
4.3.3 Ulasan dan komen daripada
responden guru 82
V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 85
5.2 Dapatan Kajian daripada Soal Selidik Pelajar 86
xiii
5.2.1 Bahagian A
(Latar Belakang Responden Pelajar) 86
5.2.2 Bahagian B
(Persepsi Pelajar Terhadap
Pemakaian Pakaian Sukan ketika
Pendidikan Jasmani) 87
5.2.2.1 Persepsi Pelajar
Terhadap Pendidikan
Jasmani di Sekolah 87
5.2.2.2 Pemakaian Pakaian Sukan 89
5.2.2.3 Kemudahan Fizikal Untuk
Pendidikan Jasmani 91
5.3 Dapatan Kajian daripada Soal Selidik Guru 92
5.3.1 Bahagian A
(Latar Belakang Responden Guru) 92
5.3.2 Bahagian B
(Persepsi Pelajar Terhadap Pemakaian
Pakaian Sukan Ketika Pendidikan
Jasmani) 93
5.3.2.1 Minat Pelajar
Terhadap Pendidikan
Jasmani 94
5.3.2.2 Tanggungjawab Guru
Pendidikan Jasmani 95
5.3.2.3 Pemakaian Pakaian
Sukan Semasa Kelas
Pendidikan Jasmani 95
5.3.2.4 Tingkahlaku Pelajar 96
5.3.2.5 Kemudahan Fizikal Untuk
Pendidikan Jasmani 97
xiv
5.4 Kesimpulan 98
5.5 Cadangan daripada Guru 99
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 102
5.7 Penutup 103
RUJUKAN 104
LAMPIRAN
Pengiraan sampel 112
Soal selidik pelajar 113
Soal selidik guru 118
Surat dari BPPDP 124
Surat dari JPNJ 125
Surat dari PPDJB 126
Surat perakuan pelajar UTM 127
Surat kepada JPNJ 128
Senarai sampel kajian 130
Slide pembentangan 131
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Pembangunan Pendidikan Jasmani
(Gabbard et al., 1994) 12
3.1 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut
Maklumat dan Latar Belakang Responden Guru 24
3.2 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan
Persepsi Guru Terhadap Pemakaian Pakaian
Sukan Ketika Pendidikan Jasmani 24
3.3 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut
Maklumat dan Latarbelakang Responden Pelajar 25
3.4 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan
Persepsi Pelajar Terhadap Pemakaian Pakaian
Sukan Ketika Pendidikan Jasmani 25
3.5 Skala Likert berserta dengan markah skor 25
3.6 Pemeringkatan Skala Likert 26
3.7 Petunjuk Peratusan untuk Menunjukkan
Darjah Penilaian terhadap Responden 27
3.8 Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah
Penilaian terhadap Responden 27
4.1 Analisis Pelajar Terhadap Pendidikan Jasmani 35
4.2 Analisis Pelajar Terhadap Pemakaian Pakaian
xvi
Sukan ketika Pendidikan Jasmani 43
4.3 Analisis Pelajar Terhadap Kemudahan Fizikal
Untuk Pendidikan Jasmani 51
4.4 Analisis Guru Berdasarkan Minat
Pelajar Terhadap Pendidikan Jasmani 62
4.5 Analisis Guru Berdasarkan Tanggungjawab
Guru Pendidikan Jasmani 64
4.6 Analisis Guru Berdasarkan Pemakaian
Pakaian Sukan Semasa Kelas Pendidikan Jasmani 68
4.7 Analisis Guru Berdasarkan Tingkahlaku Pelajar 74
4.8 Analisis Guru Terhadap Kemudahan Fizikal
Untuk Pendidikan Jasmani 79
xvii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 31
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 32
4.3 Taburan RespondenBerdasarkan Umur 33
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Aliran 34
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 56
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 57
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Umur 58
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan
Akademik 59
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Opsyen
Pengajaran 59
4.10 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman
Mengajar 60
xviii
SENARAI SINGKATAN
PJK - Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
PJ - Pendidikan Jasmani
SPSS - Statistical Pakage for Social Science
% - Peratus
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Slide - Slaid
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia untuk
memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan seseorang. Pendidikan juga
merupakan suatu landasan bagi individu memperolehi pengetahuan, membina keyakinan
diri bagi menghadapi masa hadapan dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Berdasarkan apa yang terkandung didalam Falsafah Pendidikan Negara, jelas
menyatakan bahawa seseorang individu perlu seimbang dari segi intelek, emosi, rohani
dan jasmani (JERI). Keseimbangan elemen-elemen ini penting bagi melahirkan generasi
yang memiliki kemahiran, pengetahuan, pengalaman, kesukarelaan, dan ketrampilan
melalui aktiviti yang mencabar serta menyeronokkan. Justeru itu, dalam membina
sahsiah pelajar, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
yang terancang, sistematik dan berkesan diharap dapat membantu pelajar menghadapi
cabaran di dalam pendidikan alaf baru.
2
Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-
kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Menurut beliau lagi,
pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan
kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan dalam
menjadi aktif dan dapat mengaplikasikan faedah aktiviti fizikal. Manakala Clarke dan
Clarke (1987) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua
pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak
dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang asas dan dicapai melalui Pendidikan
Jasmani.
Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang
kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan
aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Menurut
Vasudevan T. Arasoo (1988), secara ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan
daripada dan melalui kegiatan fizikal. Oberteutter (1970) pula telah
menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui
pengalaman pergerakan. Pendapat ini telah diutarakan oleh pakar Pendidikan Jasmani
iaitu Jenny (1961), yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberikan
sumbangan kepada pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi
semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.
Selain itu, Williams (1996) mengemukakan bahawa Pendidikan Jasmani adalah
jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil
yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang
bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan
peribadi yang dinamis.
3
Pangrazi dan Dauer (1992) pula berpendapat Pendidikan Jasmani ialah
sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberikan
sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada
perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Manakala Pendidikan
Kesihatan pula ditakrifkan oleh Anspaugh dan Ezell (1995) sebagai suatu proses untuk
mengembangkan dan membekalkan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang
terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi
tingkah laku.
Dalam aktiviti yang melibatkan kesukanan, salah satu faktor penting adalah
pemakaian pakaian yang sesuai semasa bersukan. Ini adalah bertujuan mengelakkan
daripada berlakunya sebarang kecederaan, terutama bagi pelajar ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran PJK di luar kelas. Bukan itu sahaja, semua atlit mahupun individu
yang terlibat dalam aktiviti bersukan juga mengutamakan kepentingan pakaian sukan ini.
Menurut Botham (2007), pakaian sukan adalah penting untuk para atlit dalam
sesuatu aktiviti. Ia adalah bertujuan memberikan keselesaan kepada atlit untuk terus
bersukan serta membolehkan mereka beraksi dengan penuh keyakinan seterusnya
mempamerkan pencapaian yang menarik.
Kebanyakan sekolah peringkat rendah mahupun menengah, dilihat
menitikberatkan aspek pemakaian sukan ini dengan mempunyai pakaian sukan sendiri
yang berlogokan sekolah masing-masing. Selain itu, kewajipan untuk memiliki pakaian
sukan adalah telah tertulis seperti yang tercatat didalam peraturan sekolah dan juga
disenaraikan sekali dalam senarai yuran yang perlu dibayar oleh ibubapa pelajar sekali
dalam setahun. Oleh itu, dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada isu
pemakaian pakaian sukan ketika sesi pembelajaran PJK di sekolah terutama di peringkat
sekolah menengah.
4
1.2 Latar Belakang Kajian
Isu pemakaian pakaian sukan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani
merupakan masalah yang sering kali berlaku di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. Namun sehingga ke hari ini, isu ini masih belum mampu ditangani
dengan sebaik mungkin khususnya oleh pihak sekolah. Berdasarkan pengalaman
penyelidik yang pernah berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah rendah dan sebagai
guru praktikal di sekolah menengah, sudah menjadi suatu kelaziman untuk berhadapan
dengan masalah pelajar yang tidak memakai pakaian sukan semasa sesi pembelajaran
Pendidikan Jasmani yang dijalankan. Walaupun telah diberikan sebarang peringatan dan
pelbagai hukuman, namun masih ada pelajar yang mengingkarinya.
Sebagai lanjutan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Norbaizura Abu Bakar
yang dijalankan di Sekolah Menengah di Zon Batu Caves Selangor Darul Ehsan,
penyelidik ingin mengkaji samada terdapat jurang perbezaan dapatan kajian mengenai
pemakaian pakaian sukan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah di antara
lokasi yang akan dijalankan. Kajian yang dijalankan adalah tertumpu di sekitar sekolah
menengah yang berada di Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Lokasi ini adalah
merupakan sebuah kawasan bandar.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah berkaitan pemakaian pakaian sukan semasa sesi pembelajaran
Pendidikan Jasmani dijalankan di sekolah masih menjadi isu yang tiada jalan
penyelesaian yang sewajarnya sehingga ke hari ini. Malahan kebanyakan pelajar dapat
dilihat masih berpakaian seragam sekolah lengkap di padang mahupun di gelanggang
permainan. Namun begitu, terdapat pelbagai cadangan dan langkah telah diambil, tetapi
ia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan yang memberangsangkan. Oleh itu, isu
pemakaian pakaian sukan ini dapat dilihat sebagai suatu masalah yang memerlukan
penyelidikan dengan lebih teliti terutama di kalangan pelajar dan guru mengenai
persepsi mereka terhadap masalah ini.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Mengetahui persepsi para pelajar terhadap pemakaian pakaian sukan ketika sesi
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
1.4.2 Mengetahui persepsi para guru terhadap pemakaian pakaian sukan ketika sesi
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
6
1.4.3 Mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar tidak memakai pakaian sukan
ketika sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
1.4.4 Mengenalpasti langkah-langkah yang relevan bagi mengatasi masalah pemakaian
pakaian sukan semasa sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi para pelajar terhadap pemakaian pakaian sukan semasa sesi
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?
1.5.2 Apakah persepsi para guru terhadap pemakaian pakaian sukan semasa sesi
pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?
1.5.3 Apakah yang mendorong pelajar supaya tidak memakai pakaian sukan semasa
sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?
1.5.4 Apakah langkah-langkah yang relevan bagi mengatasi masalah pemakaian
pakaian sukan semasa sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah?