perlembagaan persekutuan

54
Perlembagaan Persekutuan | 96 UNIT 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Membincangkan sejarah kewujudan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada kedudukan Perlembagaan Malaysia sekarang. 2. Merungkaikan aspek-aspek penting dalam perlembagaan. 3. Memahami maksud unsur-unsur tradisi dan hak-hak istimewa kaum bumiputera. 4. Mengetahui peruntukan-peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan. PENGENALAN

Upload: ppg1130

Post on 05-Jul-2015

5.264 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

96

UNIT 6

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1.

Membincangkan sejarah kewujudan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras

kepada kedudukan Perlembagaan Malaysia sekarang.

2.

Merungkaikan aspek-aspek penting dalam perlembagaan.

3.

Memahami maksud unsur-unsur tradisi dan hak-hak istimewa kaum bumiputera.

4.

Mengetahui peruntukan-peruntukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

PENGENALAN

Tahu kah anda bahawa setiap negara berdaulat di dunia memerlukan undangundang?

Undang-undang tertinggi inilah yang dikatakan Perlembagaan. Di Malaysia kita ada

Perlembagaan Persekutuan yang menjadi rujukan semua pihak dari jawatan tertinggi iaitu Yang

Page 2: Perlembagaan Persekutuan

Dipertuan Agung hinggalah rakyat biasa. Justeru Perlembagaan merupakan komponen penting

dalam Kenegaraan. Jadi, unit ini akan membincangkan secara asas mengenai konsep

Ketinggian Perlembagaan di samping proses penggubalan Perlembagaan dan kepentingannya

dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negara. Selain itu, bab ini juga akan

membincangkan perkara-perkara penting Perlembagaan Persekutuan terutama bahagian

unsur-unsur tradisi seperti kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa raja-raja Melayu,

keistimewaan orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi. Unsur-unsur tradisi ini

memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini dan ia

merupakan sebahagian daripada kontrak sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu

semasa negara ini menuntut kemerdekaan.

Definisi Perlembagaan

Sesetengah individu dalam masyarakat tidak sedar bahawa keamanan dan ketenteraman

dalam negara yang kita nikmati sekarang adalah disebabkan kejayaan kerajaan menguruskan

negara melalui undang-undang negara. Undang-undang tertinggi negara inilah yang dikatakan

perlembagaan. Secara terperinci perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi

satu set hak, peraturan terperinci, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti

awam dalam negara dan autoriti awam dengan rakyat. Jadi perlembagaan merupakan satu

Page 3: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

97

dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah

negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar.

Malaysia pula merupakan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan

keutuhan sempadannya, mempunyai sistem pemerintahan, ideologi kebangsaan, kedaulatan

undang-undang, simbol negara, tradisi, adat resam, kesenian dan lain-lain lagi. Wujudnya

masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai kesan, pengaruh dan kepentingan

terhadap pembentukan perlembagaan negara dan seluruh sistem kehidupan di Malaysia.

Penulisan ini membicarakan tentang konsep perlembagaan dan nilai-nilai tradisi

perlembagaan Malaysia. Ini kerana pelbagai aspek sistem kehidupan meliputi politik,

perundangan, pemerintahan, pentadbiran, kebudayaan, kehakiman, ekonomi, pelajaran,

bahasa dan lain-lain lagi bagi membina rekabentuk perlembagaan Malaysia sendiri.

Perlembagaan merupakan perubahan dalam pentadbiran negara. Jadi, apakah

bentuk undang-undang yang dilaksanakan sebelum pemodenan tersebut berlaku?

KONSEP PERLEMBAGAAN

Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang

perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu: prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip

undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan

Page 4: Perlembagaan Persekutuan

mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain, badan perundangan iaitu parlimen, badan

pemerintah seperti jemaah menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi

peruntukan-peruntukan yang lain seperti kewarganegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa

kebangsaan dan sebagainya.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997) pula menyatakan perlembagaan merupakan satu

dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud dari

kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin semua yang

terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan

perlembagaan yang tidak dapat dijalankan, atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat

ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu perlembagaan mestilah dipegang

teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Apa yang nyata ialah perlembagaan bukan

sahaja merupakan sebuah fikiran ataupun syor, tetapi ia merupakan undang-undang agung

negara.

Sila tuliskan di bawah apa yang anda faham dengan perlembagaan.

Page 5: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

98

Kenapakah Perlembagaan itu perlu bagi sesebuah negara berdaulat?

Konsep Ketinggian Perlembagaan?

Apakah yang anda faham tentang konsep Ketinggian Perlembagaan? Malaysia mempunyai

suatu undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi

Negara. Perlembagaan Persekutuan menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada

yang sudah ada atau yang bakal digubal. Ia juga menentukan berbagai perkara tentang

kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, perundangan, kedudukan negeri,

perkhidmatan awam, kehakiman dan lain-lain lagi. Semua undang-undang yang ada tidak boleh

berlawanan dengan perlembagaan. Dengan ini, perlembagaan merupakan satu dokumen yang

mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara. Jadi, Perlembagaan

Persekutuan adalah sesuatu yang luhur. Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan

juga dikonsepkan sebagai Keluhuran Perlembagaan.

Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting untuk negara

yang mengamalkan sistem persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan kerajaan

persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa

bersaing dengan pihak lain.

Seiring dengan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara,

parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang

Page 6: Perlembagaan Persekutuan

terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar

bidang kuasanya.

Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang

digubal oleh parlimen, jika undang-undang berkenaan berada di luar bidang kuasanya dan

bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna mahkamah juga tertakluk

kepada kehendak-kehendak perlembagaan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara, baginda juga tertakluk kepada

perlembagaan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati, tetapi menjalankan tugas mengikut

bidang kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan

adalah sesuatu yang luhur dan sesuai dengan sifatnya Perlembagaan Persekutuan dikenali

dengan konsep Keluhuran Perlembagaan.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dikatakan tertinggi dalam sistem

undang-undang di Malaysia?

Page 7: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan | 99 | 99

Konsep Federalisme Dalam Perlembagaan Persekutuan

Konsep federalisme secara umum adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa. Pembahagian

kuasa di sini adalah berlaku antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ia juga boleh berlaku

dalam sistem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif, legislatif dan judisiari. Perkara berkaitan

dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara-perkara berikut:

·

Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan).

·

Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan).

·

Perkara 75 (Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang

negeri).

·

Perkara 76 (Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri).

·

Perkara 76A (Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri).

·

Page 8: Perlembagaan Persekutuan

Perkara 80 (Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan)

Jelaskan menurut kefahaman anda sendiri apa yang dimaksudkan dengan

konsep federalisme dalam skop Perlembagaan Malaysia.

Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan di dunia terdapat dua bentuk iaitu Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis:

TIDAK BERTULIS

Merupakan bentuk

perlembagaan yang tidak

terkumpul dalam satu surat

PERLEMBAGAAN

BERTULIS

Merupakan bentuk

perlembagaan yang dikumpul

dan disusun dalam satu

Rajah 7.1: Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan bertulis mengandungi sifat-sifat seperti sifatnya yang sukar untuk dipinda kecuali

ada peruntukan yang membolehkannya dipinda, Parlimen berkuasa membuat undang-undang

terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan Mahkamah berkuasa untuk

Page 9: Perlembagaan Persekutuan

mentafsir undang-undang bagi tujuan melindungi Perlembagaan. Contoh Perlembagaan

Bertulis adalah Malaysia. Sementara Perlembagaan Tidak Bertulis pula adalah wujud secara

tradisi diwarisi dalam masyarakat atau negara berkenaan misalnya negara United Kingdom

yang mempunyai Perlembagaan Tidak Bertulis. Perlembagaan di United kingdom tidak

Page 10: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

100

tersusun kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan

berlaku sejak beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh

penduduk negara tersebut sebagai sudah menjadi undang-undang negeri.

Kepentingan Perlembagaan

Secara umum Perlembagaan Persekutuan mempunyai kepentingan sebagaimana berikut:

KEPENTINGAN

PERLEMBAGAAN

Menjamin kestabilan politik dan sisitem pentadbiran

yang cekap dan berkesan. Perlembagaan

menentukan corak pemerintahan, pembahagian

kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsipprinsip

umum bagaimana kuasa tersebut

dilaksanakan.

Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti

Page 11: Perlembagaan Persekutuan

kebebasan bercakap, kebebasan bercakap,

kebebasan agama dan pemilikan harta.

Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan

kuasa pemerintahan.

Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab

rakyat dan batasan atau larangan seperti hak

istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan

Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah

penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.

Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan

negara. Perlembagaan melindungi kepentingan

semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan

sosial antara kaum. Ini dapat memupuk perpaduan

nasional dan mempertingkatkan pembangunan

negara.

Rajah 7.2: Kepentingan-kepentingan Perlembagaan Persekutuan

Page 12: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

101

Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Ini kerana

perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara

tersebut. Menerusi perlembagaan arena politik negara dapat ditentukan dan parti-parti politik

pula tahu ke arah mana hendak dituju semasa memegang kuasa dan mentadbir negara.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menentukan sistem

kerajaan kita. Perlembagaan yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu

tahun 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Malaysia yang ada sekarang ini.

Perlembagaan kita merupakan perlembagaan bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan

demokrasi berparlimen.

Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerintah, sistem

politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan rakyat.

Dalam perlembagaan juga dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara

terhadap negara.

Malaysia mempunyai suatu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undangundang

tertinggi negara dan perlembagaan. Ia menentukan pelbagai perkara tentang

kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam

Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain.

Atau lebih tepat lagi, jika kita katakan perlembagaan yang mencorakkan penubuhan

Page 13: Perlembagaan Persekutuan

kenegaraan Malaya dan Malaysia. Dengan ini perlembagaan merupakan satu dokumen yang

mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber bagi memerintah negara.

Perjanjian Persekutuan 1948 telah mencadangkan sebuah negara baru bernama

Persekutuan yang ada pada masa ini adalah diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh suruhanjaya ini. Ia dimulakan pada

bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957.

Laporan ini kemudianya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan diluluskan oleh

Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama.

Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila Tanah

Melayu diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, dikenali sebagai

Persekutuan Tanah Melayu dan mengandungi semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan

Melaka.

Perlembagaan Persekutuan 1957 ini telah dijadikan asas kepada pembentukan

Perlembagaan Persekutuan bagi negara Malaysia yang diisytiharkan pada 16 September 1963.

Kemasukan Singapura, Sabah dan Serawak ke dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan

Perlembagaan Persekutuan 1957 dipinda dan diadakan beberapa pindaan mengenai bab

pemakaian bagi negeri tersebut. Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia dalam tahun

1965, tanpa menjejaskan asas Perlembagaan Malaysia. Sehingga tahun 1985, beberapa

pindaan telah dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan, menyentuh perkara atau fasal

tertentu selaras dengan perubahan kehendak, keperluan dan kepentingan kerajaan.

Page 14: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

102

Peta 7.1: Negeri-negeri di Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Dari Aspek Sejarah

Tahukah anda bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan telah terbentuk? Perlembagaan

yang ada sekarang adalah berasaskan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kemudiannya,

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh sebuah Suruhanjaya Perlembagaan

yang ditubuhkan pada bulan Mac 1956. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai

oleh empat orang hakim dari negara Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William

McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya ini mengemukakan rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

yang merdeka pada bulan Februari 1957. Rangka perlembagaan itu seterusnya dikaji oleh

sebuah Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 orang ahli, iaitu empat orang wakil raja

Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Setiausaha Persekutuan

dan Peguam Negara. Setelah melalui pelbagai proses perbincangan dan penelitian, rangka

perlembagaan itu kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan

dan diluluskan pada 15 Ogos 1957. Akhirnya, Perlembagaan itu dikuatkuasakan pada 27 Ogos

1957. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan sekali lagi disemak dengan kemasukan

Singapura, Sabah dan Sarawak pada 1963. Perlembagaan Persekutuan yang ada juga

disesuaikan dengan kehendak semasa. Semenjak merdeka hingga tahun 1982 Perlembagaan

Persekutuan telah dipinda 22 kali.

Page 15: Perlembagaan Persekutuan
Page 16: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

103

Malayan Union 1946

(Perlembagaan I)

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948

(Perlembagaan II)

Pilihanraya Umum

Pertama 1955

Suruhanjaya Reid 1956

PTM diiktiraf secara rasmi sebagai Perlembagaan Persekutuan

pada 31 Ogos 1957 (Perlembagaan III)

Suruhanjaya Cobbold

1962

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

(Perlembagaan IV)

Page 17: Perlembagaan Persekutuan

Rajah 7.3: Perjalanan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan dari Malayan

Union hingga Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan kini mengandungi 183 perkara yang tergolong dalam 15

Bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa kerajaan

Persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Kabinet

dan badan kehakiman serta beberapa peruntukan tentang kewarganegaraan, agama rasmi,

bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidmatan awam, hak asasi rakyat

dan pilihan raya.

Page 18: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

104

Kandungan Perlembagaan Malaysia

Apabila memperkatakan tentang kandungan terdapat tiga aspek yang saling berkait iaitu

kerohanian perlembagaan, peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan perlembagaan. Aspek

kerohanian perlembagaan ialah salah satu working document yang semestinya hidup,

bukanlah ’kepingan-kepingan kertas’ yang menyenaraikan undang-undang yang kompleks

tetapi semestinya juga mempunyai ’jiwa’ idealismenya’. Kontrak sosial itu tidak akan hidup jika

ia semata-mata saranan undang-undang yang beku.

Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada lima

prinsip Rukun Negara dan mendalami huraian rasmi

prinsip-prinsip tersebut. Harus diingat bahawa Rukun Lima Prinsip Rukun Negara:

Negara itu sendiri terbentuk di dalam ekologi krisis.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan.

Bukan sahaja Akta Keselamatan Dalam Negeri itu

diperkuatkan lagi, Akta Hasutan juga diperkuatkan, 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

selepas ’Peristiwa 13 Mei 1969’, Parlimen digantung

3. Keluhuran Perlembagaan.

dan pentadbiran negara dikendalikan oleh Majlis

Gerakan Negara (MAGERAN) yang terbentuk melalui 4. Kedaulatan Undang-undang.

artikel 150. badan Perundingan MAGERAN telah

Page 19: Perlembagaan Persekutuan

5. Kesopanan dan Kesusilaan.

menurunkan ’RUKUN NEGARA’ selaku satu intisari

Perlembagaan Malaysia.

Huraiannya dibuat berasaskan kepada tujuan dan matlamat prinsip-prinsip tersebut ke

arah:

I-Sebuah negara yang bersatu -mengatasi masalah Dualisme Ekonomi.

II-Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang

memilih ahli-ahli parlimen dan kerajaan.

III-Sebuah masyarakat adil -khusus untuk keadilan ekonomi.

IV-Sesebuah masyarakat yang liberal -iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik

yang berpanjangan.

V-Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sains

dan teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.

Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri.

Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak-kehendak

Page 20: Perlembagaan Persekutuan

dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akanmenjadikan arah tuju pembinaan negara bangsa Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalammasyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik.

Isi Kandungan Perlembagaan

Untuk maklumat, Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 perkara yang dibahagikan

kepada 15 bahagian sebagaimana berikut:

Page 21: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

105

Bil Tajuk Bahagian Perkara

1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan

Kebebasan Asasi

1-4

2. Kewarganegaraan 5-13

3. Persekutuan 14-31

4. Negeri-negeri 32-69

5. Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri 70-72

6. Peruntukan-peruntukan Kewangan 73-95E

7. Pilihanraya 96-112

8. Kehakiman 113-120

9. Perkhidmatan Awam 121-131A

10. Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat 132148

11. Am dan pelbagai

Peruntukan sementara dan peralihan

149-151

12. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb 152-160

13. Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja 162-180

14. 181

15. 182-183

Rajah 7.4: Isi Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Page 22: Perlembagaan Persekutuan

Peruntukkan Dalam Perlembagaan Persekutuan

Pada asasnya, Perlembagaan Persekutuan terdapat 181 Artikel kesemunya. Bentuknya

disusun rapi di dalam 14 bahagian. Ada bahagian-bahagian yang dipecahkan pula ke dalam

bab-bab. Terdapat 19 bab kesemunya. Artikelnya 181 pula dipecahkan ke dalam bebrapa

jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Perkara-perkaranya adalah seperti berikut:

Page 23: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

106

Bahagian

Tajuk

Perkara

1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi

persekutuan

1-4

2. Kebebasan Asasi 5-13

3. Kewarganegaraan

Bab 1-Perolehan Kewarganegaraan

Bab 2-Penamatan Kewarganegaraan

Bab 3-Tambahan

14-31

14-22

23-28A

29-31

4. Persekutuan

Bab 1 -Kepala Utama Negara

Bab 2 -Majlis Raja-Raja

Bab 3 -Pemerintahan

Bab 4 -Badan Perundangan Persekutuan

Bab 5 -Acara Perundangan

Bab 6 -Keupayaan terhadap harta, kontrak dan

Guaman

Page 24: Perlembagaan Persekutuan

32-69

32-37

38

39-43

44-65

66-68

69

5. Negeri-negeri 70-72

6. Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri

Bab 1 -Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri

Bab 2 -Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah

Bab 3 -Pembahagian beban kewangan

Bab 4 -Tanah

Bab 5 -Pembangunan Negara

Bab 6 -Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan

kepada Negeri dan Pemeriksaan Persekutuan

mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri.

Bab 7 -Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan

Bab 8 -Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo

73-95

73-79

80-81

82

83-91

92

93-95

95A

Page 25: Perlembagaan Persekutuan

95B-95E

7. Peruntukan –peruntukan kewangan 96-112E

Page 26: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

107

Bab 1-Am

Bab 2-Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo (112A-112E)

8. Pilihan raya (113-120)

9. Penghakiman (121-131A)

10. Perkhidmatan Awam (132-148)

11. Kuasa – kuasa khas menentang perbuatan

subversive, kekerasan yang dirancang dan

perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang

memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat.

( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada

31.12.78).

(149-151)

12. Am dan Pelbagai (152-160)

12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo (161-161H)

13. Peruntukan sementara dan peralihan (162-180)

14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan

sebagainya.

(181)

Rajah 7.5: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Pelaksanaan Perlembagaan

Page 27: Perlembagaan Persekutuan

Kewibawaan Perlembagaan juga bergantung kepada keupayaan peruntukan ini dilaksanakan,

iaitu dilaksanakan dalam konteks semangat dan kerohanian perlembagaan itu tadi. Satu

persoalan perlaksanaannya adalah persoalan pindaan perlembagaan dalam menghadapi

perubahan sosiopolitik atau ekologi sosial masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia

mempunyai beberapa peristiwa dan sejarah yang menunjukkan perlembagaan Malaysia pernah

dipinda antaranya isu pemisahan Singapura, isu berkaitan jantina atau gender dan kekebalan

Raja. Dalam isu pemisahan Singapura, pemisahan adalah dilarang sama sekali dan

memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan telah dibuat dengan 2/3 dari

ahli dewan rakyat menyokong pendaan ini. Oleh itu, Singapura telah keluar dari persekutian

Malaysia. Isu jantina atau gender dalam Artikel 8 (2) telah dipinda untuk memasukkan

perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang yang mendiskriminasikan wanita

dan tiada lagi diskriminasi jantina di Malaysia. Seterusnya, isu kekebalan Raja adalah

menyentuh tentang immunity

raja-raja dimana mereka tidak boleh dihadapkan di mana-mana

mahkamah jika melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan telah dibuat kerana memikirkan isu

Page 28: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

108

immunity

sudah tidak sesuai lagi mengikut peredaran zaman. Pindaan ini boleh dibuat dengan

mendapat 2/3 majoriti dewan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri

Perlembagaan di Malaysia mempunyai ciri-ciri khusus yang telah membahagikan kuasa antara

kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Keadaan ini kerana bagi memastikan

pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan. Pembahagian

kuasa ini dapat dibahagikan kepada tiga keadaan sebagaimana jadual 7.6 di bawah.

Bentuk-bentuk

Senarai

Perkara Terlibat

Senarai Persekutuan Hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri,

undang-undang jenayah, kewarganegaraan dan lain-

lain.

Senarai Negeri Hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang

Islam, jentera kerajaan negeri, hari kelepasa dan lain-

lain. (meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada

negeri)

Senarai Bersama Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat

undang-undang selagi tidak bertentangan dengan

Page 29: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan misalnya pemberian

biasiswa, perlindungan binatang liar, kesihatan awam

dan lain-lain.

Jadual 7.6: Pembahagian Kuasa Antara Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN YANG DIANGGAP ISTIMEWA

Perlembagaan Malaysia mengandungi unsur-unsur tradisi dan unsur-unsur baru yang mewarnai

perlembagaan kita. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan beraja, bahasa Melayu,

kedudukan Agama Islam dan hak-hak Istimewa Orang Melayu dan kaum bumiputra. Menurut

Mohamed Suffian Hashim (1987), perlembagaan negara ini agak bernasib baik kerana ia tetap

mengikuti tradisi. Ini disebabkan kebolehan dan para pemimpinnya mendapatkan kerjasama

raja-raja Melayu dalam mengorak langkah ke arah kemerdekaan. Perlembagaan Persekutuan

dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas

penjajahan. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan

Page 30: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan | 109 | 109

yang diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen

dan kewarganegaraan.

Terdapat empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih

dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah institusi beraja, agama Islam, Bahasa

Melayu dan kedudukan istimewa orang melayu.

Unsur-unsur Tradisi dalam

Perlembagaan Persekutuan

Pemerintahan Beraja

.Pemerintahan beraja mutlak ditukar

kepada sistem raja berperlembagaan

Agama Islam

.Dijadikan sebagai agama rasmi

Persekutuan

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

.Dipelihara sebagai tanggungjawab khas

Yang di-Pertuan Agong

Bahasa Melayu

.Dijadikan sebagai bahasa

kebangsaan Persekutuan

Rajah 7.7 : Unsur-Unsur Tradisi Yang Diwarisi Dan Diserapkan Menjadi Sebahagian

Daripada Kandungan Penting Perlembagaan Persekutuan

Page 31: Perlembagaan Persekutuan

Kedudukan Raja-raja Melayu

Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu telah lama

mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan

pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri. Pada

zaman pra penjajahan, dalam sistem feudalisme yang utuh (integrated) Raja-raja Melayu

mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri-negeri Melayu. Orang Melayu menjadi rakyat negerinegeri

berkenaan dan bernaung di bawah raja-raja mereka. Konsep taat setia, daulat, ‘tulah’,

pantang menderhaka adalah sebati dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mereka raja-raja

Melayu menjadi lambang politik dan perpaduan orang Melayu turun temurun. Justeru, sistem ini

terus dikekal dan dipertahankan yang dianggap sebagai benteng terakhir orang Melayu untuk

mempertahankan hak-hak mereka semasa penggubalan perlembagaan suatu masa dulu

dengan persetujuan orang bukan Melayu.

Page 32: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

110

Jelaskan perbezaan antara pemerintahan beraja mutlak berbanding dengan

sistem raja berperlembagaan yang telah dilaksanakan di negara ini.

Kedudukan Agama Islam

Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak lebih 500 tahun lalu. Agama Islam

pertama kali dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui India dan mendarat di pantai pada

abad ke-15. Sejak itu ramai orang Melayu memeluk Islam. Walaupun Tanah Melayu dijajah oleh

tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang

kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang

laintidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam. Sungguhpun British

berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka

tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan istiadat Melayu. Semasa penjajahan juga,

kedudukan agama Islam tidak diganggu dan segala urusan diserahkan kepada raja-raja

Melayu.

Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi

Persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam manamana

bahagian Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 menjelaskan

agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan Malaysia. Selaras dengan kedudukan Islam

sebagai agama rasmi Persekutuan, Kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang

bagi tujuan pentadbiran agama Islam dan undang-undang Syariah. Manakala penerimaan Islam

sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau kerajaan negeri menubuh,

Page 33: Perlembagaan Persekutuan

menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam. Pelbagai bantuan disediakan

untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan majlis-majlis

keagamaan. Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum ini,

peruntukan-peruntukan tertentu perlembagaan, khususnya yang

membenarkan penggunaan wang awam untuk membiayai

program Islam ada faedah dan kegunaannya. Inilah sebenarnya

antara kegunaan perlembagaan yang ada sekarang buat umat

Islam.

Agama Islam juga menjadi tonggak budaya dan identiti

Melayu. Islam menjadi pentakrif konsep Melayu, dan orang

Melayu sendiri menerajui kepimpinan negara. Agama Islam juga

mempunyai kaitan rapat dengan kedudukan raja-raja Melayu

(sebagai ketua agama), dan keadaan ini berlaku apabila

pemisahan dibuat antara agama dan Negara (separation of

religion from the state) pada masa penjajahan. Justeru itu,

apabila kedudukan raja-raja Melayu dipertahankan, lslam juga

turut dipertahankan.

Walaupun agama Islam

agama rasmi Malaysia

tetapi diimbangi agamaagama

lain juga bebas

diamalkan di peringkat

persekutuan. Perkara

berkaitan telah disentuh

Page 34: Perlembagaan Persekutuan

dalam Perkara 11 iaitu

bahawa tiap-tiap orang

adalah berhak menganuti

dan mengamalkan agama

nya dan tertakluk kepada

Fasal (4) mengembangkan

agamanya.

Page 35: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

111

Kedudukan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Alam Melayu sejak berabad-abad yang lalu. Bahasa

Melayu menjadi bahasa ilmu (khususnya ilmu agama) di zaman keagungan kerajaan Melayu

Melaka pada abad ke-14 dan 15. Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam urusan

pentadbiran, perhubungan luar, dan perdagangan sebelum kedatangan Orang Eropah ke alam

Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan dengan meluas dalam urusan pentadbiran,

perhubungan luar, dan perdagangan sebelum kedatangan Orang Eropah ke alam Melayu.

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas untuk

tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat-menyurat, penulisan minit mesyuarat

dan prosiding perundangan di negeri-negeri Melayu, terutama Perlis, Kedah, Kelantan,

Terengganu dan Johor. Semasa penjajahan juga, bahasa Melayu terus digunakan dalam

urusan rasmi. Pegawai Eropah yang memegang jawatan kumpulan 1 perlu mempelajari bahasa

Melayu, mengambil ujian dan dikehendaki lulus bahasa Melayu barulah ditempatkan di Tanah

Melayu ketika itu.

Keadaan ini mula berubah sedikit demi sedikit selepas perang, akibat penerimaan

sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta

bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa

Inggeris mula diterima sebagai bahasa pentadbiran, walaupun bahasa Melayu masih digunakan

dalam beberapa bidang urusan kerajaan.

Page 36: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi untuk Mesyuarat

Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi yang digunakan

dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat.

Setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah

mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis

Mesyuarat Kerja Persekutuan, kecuali catatan dalam bentuk penulisan mesti dibuat di dalam

bahasa Inggeris.

Selepas merdeka, Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

selepas merdeka. Ini kerana setiap negara yang merdeka dan berdaulat mesti mempunyai

bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan tersendiri. Bahasa Melayu dijadikan bahasa

kebangsaan Persekutuan di bawah Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Matlamat

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk menyatupadukan

pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang

sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Perkara 152(1)-Bahasa Melayu dijadikan bahasa

kebangsaan yang mesti digunakan dalam semua urusan rasmi. Seterusnya, Perkara 152(1)

juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperunkkan bahawa tiada siapa pun

boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau

mengajar apa-apa bahasa.

Page 37: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

112

Bincangkan langkah-langkah kerajaan dalam usaha mendaulatkan bahasa

Melayu di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanananya?

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta

kepentingan sah kaum-kaum lain. Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk

peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara raja-

raja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah

sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu yang mempersoalkan hak dan

keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi.

Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan

British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang

melibatkan pentadbiran, kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan

ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu

sedikit demi sedikit.

Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal abad ke-20

yang membawa masuk ramai kaum imigran ke Tanah Melayu untuk bekerja dilombong bijih

Page 38: Perlembagaan Persekutuan

timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa

berpeluang melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi. Dalam Perlembagaan Malayan

Union 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi

keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke

peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja.

Setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,

orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya tinggi Persekutuan

diberi tanggungjawab khas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah

kaum-kaum lain di bawah perlembagaan itu. Namun selepas merdeka, tanggungjawab khas

Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara

153 bermaksud :

i)

Yang di–Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi

kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari

segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan,

kemudahan pendidkan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan.

ii)

Tanggungjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan

berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam,

penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan

Page 39: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

113

permit yamg dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak

ada mana-mana pihak yang berasa dianiyai atau diabaikan.

.

Dalam Perkara 153 ini menuntut Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk

memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak

seperti kepentingan sah kaum-kaum lain. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-

Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan jawatan awam,

penarikan sebarang biasiswa, atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh

sesiapa pun (iaitu orang Melayu dan kaum bumiputera lain).

Hak istimewa yang diperuntukkan kepada orang Melayu adalah bayaran pengorbanan

mereka bersetuju dengan syarat kerakyatan longgar yang diberikan kepada orang bukan

Melayu. Hak ini adalah sebagai jaminan kepada orang Melayu supaya mereka dapat

memperolehi kekayaan ekonomi di bumi mereka sendiri yang sejak sekian lama menjadi

monopoli orang bukan Melayu.

Terangkan bagaimanakah wujud konsep kedudukan istimewa orang Melayu?

Hak-hak Asasi

Hak-hak asasi penduduk di Malaysia telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan

Page 40: Perlembagaan Persekutuan

sebagaimana di negara barat khasnya Amerika Syarikat. Bahagian 2 dalam Perlembagaan

Persekutuan adalah berkaitan dengan hak-hak asasi individu bagi memastikan hak asasi yang

sah dari segi undang-undang. Sementara, perkara 5 hingga 13 dalam bahagian 2

Perlembagaan Persekutuan menerangkan akan maksud hak asasi dalam negara Malaysia.

Justeru, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat jaminan perlindungan daripada

kerajaan persekutuan.

Kewarganegaraan

Aspek kewarganegaraan merupakan perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang

telah disentuh dalam Perkara 14 hingga 22, Bahagian 3. Terdapat empat syarat yang akan

menentukan seseorang tersebut mendapat taraf kewarganegaraan iaitu kuatkuasa undangundang,

pendaftaran, masukan atau permohonan dan pencatuman wilayah.

Page 41: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

114

Perlindungan Khas Sabah dan Sarawak

Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia mengambil kira beberapa perkara yang

memperuntukkan hak dan perlindungan khas kepada Sabah dan Sarawak. Ia dilakukan atas

cadangan Inter Govermental Committee (IGC) bagi memudahkan kemasukan Sabah dan

Sarawak dengan mengambil kira perubahan Perlembagaan Persekutuan dalam Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Akta Malaysia 1963. Perkara yang diberikan perhatian

atas dasar pertimbangan politik antaranya adalah aspek kuasa parlimen, imigresen, hal ehwal

tanah dan kewangan. Jadi Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding

negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

RUMUSAN

Sebagai sebuah negara yang berdaulat Malaysia mempunyai Perlembagaannya sendiri. Walau

bagaimanapun, perlembagaan ini telah beberapa kali diubah. Perubahan ini bagi mengikut

perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Antara faktor keharmonian dan

keselamatan negara adalah setiap masyarakatnya mendokong Perlembagaan Persekutuan.

Justeru Perlembagaan Persekutuan hendaklah dijunjung oleh rakya warganegara Malaysia ke

mana mereka pergi di peringkat persekutuan.

KATA KUNCI

1.

Page 42: Perlembagaan Persekutuan

Pemerintahan beraja 6. Suruhanjaya

2.

Raja berperlembagaan 7. Kewarganegaraan

3.

Undang-undang 8. Hak-hak Asasi

4.

Bumiputra 9.Membuat kesimpulan

5.

Persekutuan 10.Ketinggian Perlembagaan

LATIHAN

1.

Apakah yang diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan?

2.

Bagaimanakah agama Islam itu menjadi tunggak budaya dan identiti Melayu?

3.

Jelaskan mengapa konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diutarakan oleh Lee Kuan Yew

ditentang keras oleh orang Melayu.

4.

Apakah relevannya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi di negara ini?

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan kedudukan Istimewa orang Melayu? Jelaskan.

6.

Terangkan proses-proses dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

Page 43: Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan |

115

7. Bolehkah perlembagaan diubah? Terangkan prosedurnya.

8. Buatkan perbandingan antara Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.

9. Bincangkan aspek kontrak sosial yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

RUJUKAN

Abdul Aziz Bari. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin (2001). Siri Sejarah Fajar Bakti, Sejarah Malaysia.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Aris Hj. Osman (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia. Selangor: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Nazaruddin Haji Mohd Jali, Ma`rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd

Rashid ( 2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Selangor:

Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd

Nazaruddin M. Jali dan Asnarulkhadi A. Samah (1993). Kenegaraan Malaysia 2 Institusi dan

Pentadbiran-Merujuk Sejarah dan Perlembagaan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

Page 44: Perlembagaan Persekutuan

Sdn. Bhd.

Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran dan Kok Meng Kee (2004). Perlembagaan Persekutuan

Berserta Index, Semua Pindaan Sehingga Ogos, 2004. Kuala Lumpur : MDC Publisher

Sdn. Bhd.