perkembangan pendidikan ( tajuk : sejarah pendidikan di malaysia )_tugasan individu sem 1_uthm

33
Program Pensiswazahan Guru BBD18002 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Oleh; SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN - DB 100321 ROSDI BIN RAMLI – DB 100316 MUHAMAD ZAIZI BIN OMAR – DB 100312 SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN – DB 100921 ROSHALIZA BINTI RAHMAT – DB 100017

Upload: rosdi-ramli

Post on 25-May-2015

23.684 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Program Pensiswazahan Guru

BBD18002

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Oleh;

SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN - DB 100321 ROSDI BIN RAMLI – DB 100316

MUHAMAD ZAIZI BIN OMAR – DB 100312SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN – DB 100921

ROSHALIZA BINTI RAHMAT – DB 100017

KUMPULAN:ELEKTIF SAINS

SEKSYEN 1

Page 2: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu

Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang

bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan

kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke

kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah

pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di

kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah

yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama

Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah

Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi

pendidikan berbentuk formal.

Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)

Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan

Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular

Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan

Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor

politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.

Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )

Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu

diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan

Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan

Kebudayaan Jepun.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan

sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme

dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu

dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui

pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.

Page 3: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk

kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki

keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang

dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan

pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya

kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu

dirombak semula.

Sejarah Pendidikan Selepas Merdeka

Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas

kemerdekaan, iaitu :

1. Laporan Barnes (1950)

a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes

b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan

memperbaiki pendidikan orang Melayu.

c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan

ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar

iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang

murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka

iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib

diajar di sekolah Melayu

d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah :

i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah

bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil

ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan

menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

Page 4: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

2. Laporan Fenn – Wu (1951)

a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu

(Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu)

b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang

menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang

Cina.

c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada

Ordinan Pelajaran (1952)

d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah:

i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu

Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan.

ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan

iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung

keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

3. Ordinan Pelajaran (1952)

a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji

Laporan Barnes dan Fenn – Wu.

b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah

Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular

Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga

d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan

disebabkan masalah kewangan.

Page 5: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara

kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah

juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang

jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan

masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk

menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini.

PENYATA RAZAK (1956)

1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun

1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah

menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem

pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan –

cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957)

2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa

tujuan. Antaranya ialah :

a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan

bahasa pengantar di sekolah.

b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu

rumpun bangsa di Tanah Melayu

c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat

dikurangkan

d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan

masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.

e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan

progresif.

Page 6: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem

pendidikan.

3. Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan.

Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut :

a) Penubuhan Jawatankuasa

i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan

dengan pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran.

ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak

Berkuasa Tempatan.

iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola

Sekolah untuk semua sekolah

b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk

diwujudkan ialah :

i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama

ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama.

iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua

bangsa dan menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama.

iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di

semua sekolah dan menengah.

v) Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua

sekolah.

c) Peperiksaan

i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu

d) Latihan

i) Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama

ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan.

iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.

Page 7: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

4. Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata Rzak

diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

Kesan / Implikasi Penyata Razak (1956)

Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata Razak. Antaranya ialah :

1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan kea rah tertubuhnya satu

sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat.

2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan

kurikulum serta kokurikulum yang seragam.

3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat pengajian tinggi dan aliran

persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional.

4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama, iaitu

peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu.

5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem pendidikan di sekolah,

sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan.

6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah telah

melahirkan beberapa buah institusi, iaitu:

a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru

– guru bahasa Melayu.

b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan

pengajiaan bahasa Melayu.

Page 8: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Reaksi terhadap Laporan Razak

Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti politik terhadap Laporan Razak. Antaranya

ialah:

Pihak yang terlibat Keterangan

Orang Melayu - Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap

kedudukan bahasa Inggeris di sekolah

- UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia

membahayakan kedudukan bahasa Melayu

Orang Cina - Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina

menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa

objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah

Orang India - Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana

berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan

terencat

Parti Politik - Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang

kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan

bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi

- Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa

Inggeris akan diturunkan

- Malayan Chinese Association (MCA) mengesa

kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi

negara dan memberi layanan sama kepada semua

sekolah Cina.

Page 9: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

1. Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman

Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu.

2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor – syor yang terkandung di

dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada

penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan

kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961),

Syor – syor Utama Laporan Rahman Talib

Terdapat tiga syor utama di dalam Laporan Rahman Talib, iaitu:

1. Persekolahan

a) Pada tahun 1962, semua pelajaran di peringkat sekolah rendah adalah percuma,

iaitu sebagai langkah untuk menguruangkan jurang perbezaan antara sekolah

Cina, Tamil dan Inggeris

b) Semua sekolah rendah yang mendapat bantuan ditukar menjadi sekolah

kebangsaan dan jenis kebangsaan.

c) Umur berhenti sekolah dinaikkan setahun, iaitu pada umur 15 tahun agar pelajar

diberi peluang untuk menyambung pelajaran dan melibatkan diri dengan

pelajaran yang bercorak perusahan.

d) Pelajar dinaikkan ke darjah berikutnya secara automatik dengan syarat mereka

telah menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

e) Pelajar harus menduduki peperiksaan am di peringkat sekolah menengah dalam

satu bahasa rasmi sahaja.

2. Jawatankuasa

a) Terdapat dua buah jawatankuasa Jemaah Nazir yang diwujudkan, iaitu Jemaah

Nazir Persekutun dan Jemaah Nazir Tempatan

b) Sistem Jemaah Pengurus / Pengelola akan diteruskan dan kenaikan pangkat yang

dicadangkan harus disahkan terlebih dahulu oleh Menteri Pelajaran.

Page 10: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

3. Latihan

a) Pendidikan Akhlak untuk pelajar bukan Islam perlu diberi penekanan dan diajar

di sekolah, dan bagi pelajar beragama Islam, pelajaran agama Islam perlu

dititikberatkan.

b) Guru yang mengajar mata pelajaran vokasional dan Bahasa Melayu perlu

ditambah untuk menampung keperluan pada masa akan datang dan juga untuk

mengajar pelajar – pelajar di kawasan kampong yang berminat dalam bidang

perusahan, dan harus dibuka kepada pelajar lelaki serta perempuan.

PENYATA RAHMAN TALIB

Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan

melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran

Malaysia sebagai pengerusinya.

Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan

kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya

dalam perlaksanaannya.

CADANGAN-CADANGAN PENYATA RAHMAN TALIB

Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatic daripada 12 tahun kepada

15 tahun.

Untuk menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah, adalah

dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan.

Pihak Kementerian Pelajarfan (KPM) menganjurkan latihan separuh masa selama tiga

tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan.

Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah rendah Jenis Umum dicadangkan

menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan.

Page 11: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa

rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan.

Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan

Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan peperiksaan Senior

Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan

diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.

Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada

bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi Sekolah Menengan Persendirian.

Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh,

Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor.

Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan ini boleh menyertai Skim

Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ke tiga di sekolah Menengah Teknik.

Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti

Malaya.

Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah jika terdapat

sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam.

Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam Sukatan

Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5. Unsur-unsur sivik juga

disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan bagi darjah 1 hingga darjah 3.

Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan.

Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata Razak

(1957) adalah didapati kurang sesuaii dan mencadangkan pembentukan Lembaga

Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya.

Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa

menjalankan tugas penyeliaan mereka.

Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian

dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sjak itu, perkembangan pendidikan

kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang

tercatat dalam Akta 1961 itu.

Page 12: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

INTISARI PENYATA RAHMAN TALIB 1960 DAN ORDINAN PELAJARAN 1961

Permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar uama dan

proses penukarannya mengikut satu jadual yang telah ditentukan.

Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja.

Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan

tenaga maahir negara.

Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat

sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat malaysia.

LAPORAN KABINET

Pada tahun 1974 kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang

mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaaum dengan Timbalan Perdana

menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi. Jawatankuasa Kabinet ini

ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan , matlamat dan

kesan sistem pelajaran, termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan

tenaga rakyat negara dapat dipenuhi.

Lebih penting tugasnya lagi ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat

memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu,

berdisiplin dan terlatih.

Ekoran daripada laporan itu, Kementerian Pelajaran melancarkan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) mulai pada tahun 1988 sebagai peringkat percubaan.

MATLAMAT KAJIAN

Page 13: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Jawatankuasa Kabinet ditugaskan untuk:

» Mengkaji sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi

sistem pelajaran yang ada pada tahun 1979 :

± Boleh melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan jangka pendek

yang diperlukan oleh negara.

± Berjaya menghasilkan satu masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin

dan terlatih.

» Hasil daripada kajian ini, membuat syor-syor yang sewajaarnya.

Matlamat kajian ini sebenarnya tertumpu kepada sistem pelajaran daan kurikulum d

semua peringkaat pelajaran.

INTISARI LAPORAN KABINET 1979

Penekanan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Penekanan kepada pendidikan kerohanian, iaitu Pendidikan Agama dan Moral dan nilai-

nilai disiplin yang diingini.

Penekanan kepaada kurikulum sekolah yang mencerminkan identiti negara.

Perlaksanaan pendidikan menengah atas melalui 2 jurusan iaaitu akademik dan

vokasional.

Peluang diberi melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 taahun, iaaitu hingga

Tingkatan 5.

Melicinkan tatacara pengurusan Pendidikan Kebangsaan.

Meningkatkan mutu pendidikan dan pelajaran keseluruhannya.

KESAN LAPORAN KABINET

Page 14: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988

Penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

AKTA PENDIDIKAN 1996 : PINDAAN TAHUN 2002

Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak

Mengkut Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Perlaksanaan Pendidikan Wajib di

Peringkat Rendah 2003 ialah pindaan sebagai satu seksyen 29A yang baru.

Seksyen 29A (2) ini menjelaskan setiap ibu bapa warganegara malaysia wajib

mendaftarkan anak mereka yang telah mencapai umur 6 tahun pada hari pertama bulan

Januari dalam tahun persekolahan, dan seterusnya menjadi murid di sekolah rendah

sepanjang tempoh pendidikan wajib.

Perlaksaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah berkuatkuasa pada 1 hb Januari

2003.

Mengikut Akta Pendidikan1996 (Akta 550), Pendaftar Sekolah dan Guru, Pegawai

Pendidikan Daerah atau bahagian, guru Besar atau Pengetua, guru penolong Kanan

(HEM) dann Guru Bimbingan dberi kuasa menyiasata apa-apa pelakuan suatu kesalahan

di bawah seksyen 29A dan Peraturan-Peraturan Pendidikan Wajib, tertakluk kepada

gaaris panduan daan arahan ketua Pendaftar contohnya :

► Murid yang telah mengesahkan tempat sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah

selepas 14 hari pertama persekolahan.

► Aduan atau laporan mengenai murid cicir daripada oranng.

► Kes murid cicir yang telah diketahui oleh pihak sekolah / Pejabat Pelajaran

Daerah atau Bahagian /Jabatan Pelajaran Negeri.

Page 15: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

2. Seksyen 16 Akta ini memperuntukkan bahawa, tiga buah institusi pendidikan adalah

institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi

pendidikan swasta.

Bahasa Kebangsaan

Dalam Seksyen 17 pula, diperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)

dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil).

Pendidikan Rendah Wajib

1. Menteri Pelajaran mempunyai kuasa wajib untuk menetapkan pendidikan rendah menjadi

pendidikan wajib.

2. Setiap ibu bapa (warganegara Malaysia) hendaklah memastikan bahawa setelah anaknya

mencapai umur enam tahun pada Januari dalam tahun persekolahan, anak itu hendaklah

didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib (Bab 3

– 29 A Subseksyen 2).

3. Ibu bapa yang melanggar subseksyen ini dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda

tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

4. Surat Pekeliling Ikhtisas 14/2002 – Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah.

5. Surat Pekeliling Ikhtisas 3/2001 – Pindaan bagi Para 2 – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

10/1996, panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur

menduduki peperiksaan bagi peperiksaan sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1998 – Panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan

sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi pepriksaan sekolah kerajaan,

sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

7. Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.

Page 16: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Pendidikan Prasekolah

1. Semua tadika hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini (Bab 2 Subseksyen 1) – mereka

yang melanggar peraturan ini dianggap telah melakukan kesalahan.

2. Bahasa pengantar lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika.

Walaubagaimanpun, bahasa Melayu tetap diajar sebagai mata pelajaran wajib.

3. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek

perkembangan, menguasai asas dan memupuk sikap positif terhadap persediaan sebelum

masuk ke sekolah rendah.

4. Objektif pendidikan prasekolah adalah untuk membolehkan murid :

a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi

warganegara yang patriotic.

b) Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran

berbahasa untuk berkomunikasi.

c) Menggunakan bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di

sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil.

d) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan

kedudukannya sebagai bahasa kedua.

e) Menggalakkkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

f) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran

menyelesaikan masalah.

g) Menggalakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi murid yang

beragama Islam.

h) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

i) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan

kesihatan dan keselamatan yang baik.

j) Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan

warisan budaya.

Page 17: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan

insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Latar Belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

FPK berteraskan perkara-perkara berikut :

1. Penyata Razak (1956)

2. Laporan Rahman Talib (1960)

3. Akta Pelajaran 1961

4. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

(1979)

5. Rukun Negara

Fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Terdapa tiga fokus dalam FPK, iaitu :

1. Perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

2. Perpaduan rakyat.

3. Pendidikan sepanjang hayat atau seumur hidup (life-long learning) ke arah membina

masyarakat makmur.

Page 18: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Terdapat beberapa ciri-ciri FPK, iaitu :

1. Pendidikan suatu uasaha yang berterusan

a) Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan

kemahiran secara berterusan sejak kita kecil hingga akhir hayat melalui peringkat-

peringkat berikut :

Peringkat awal

Pendidikan asas di rumah dan tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama,

asuhan budi pekerti dan penjagaan kesihatan.

Peringkat sekolah

Pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu,

pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni serta pembentukan jati

diri.

Peringkat selepas sekolah

Pendidikan di institusi pendidikan tinggi, tempat kerja, masyarakat, pembelajaran kendiri

dan secara talian yang menggalakkan peningkatan perolehan ilmun pengetahuan dan

kemahiran, penghayatan agama, nilai murni dan perkembangan bakat serta potensi

individu.

2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

a) Seseorang individu mempunyai empat domain potensi, iaitu :

i) J – Jasmani

ii) E – Emosi

iii) R – Rohani

iv) I – Intelek

Page 19: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.

c) Pendidikan haruslah berusaha untuk mencungkil, memupuk, memperkembang dan

meningkatkan bakat serta keupayaan-keupayaan ini.

d)

3. Insan yang seimbang dan harmonis

a) Berakhlak mulia.

b) Percaya dan patuh kepada Tuhan.

c) Bertanggungjawab kepada diri,m masyarakat, agama dan negara.

d) Berilmu pengetahuan dan berketrampilan.

e) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Unsur Intelek

Memberi fokus kepada daya berfikir dalam aspek kemahiran 3M, berfikir secara kritis dan kreatif, memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Unsur Rohani

Berkaitan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menghargaai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk akhlak mulia, memupuk dan membina disiplin.

Unsur Emosi

Mempunyai perasaan jiwa yang kuat dengan mempunyai ciri-ciri seperti perasaan tenang, kasih saying, perpaduan dan kesenian.

Unsur Jasmani

Memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan badan, melakukan riadah dan meningkatkan daya pengeluaran.

POTENSI INDIVIDU

Page 20: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

f) Mempunyai peribadi yang seimbang dan bersepadu.

4. Sistem pendidikan bersepadu

a) Strategi pendidikan berteraskan FPK.

b) Pengubahsuaian kurikulum yang mengambilkira konsep pendidikan berespadu.

5. Kepercayaan dan kepatuhan

a) Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.

b) Mengikut dan mengamalkan ajaran agama.

c) Melakukan kebaikan dan menghindar kejahatan.

d) Mengakui kewujudan Tuhan.

e) Mengetahui bahawa fenomena dan peraturan alam ditetapkan oleh pencipta.

6. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

a) Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

b) Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas.

c) Memiliki pengetahuan dan kelayakan dengan tugas.

7. Budaya sekolah mestilah menitikberatkan aspek :

a) Fizikal – bersih, sihat dan selamat.

b) Sosial – merangsang pembinaan insane yang baik, seimbang dan harmonis.

c) Budaya – menggalakkan daya intelek pelajara dengan menimba ilmu pengetahuan

ke arah pendidikan sepanjang hayat.

d) Bahas – penggunaan bahasa yang baik.

Page 21: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia semakin pesat berkembangan mengikut

peredaran masa. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga peka dengan perubahan alam

pendidikan dan mengaplikasikan system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global.

Page 22: Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

RUJUKAN

Buku:

1. Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa

Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan

Publication Sdn Bhd.

2. Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin

Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan

Sekarang. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia.

Internet:

1. http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-Pendidikan-Di-Malaysia

2. http://www.oocities.org/virtuainfo/eduhistory.htm

3. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1057:sejarah-

pendidikan-di-malaysia&catid=36:mengenai-pendidikan