perkahwinan masyarakat india

3
Perkahwinan Masyarakat India Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pesangan suami isteri agar kekal ke akhir hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat India yang dijalankan berlandaskan aspek suku kaum iaitu: iaitu: (a) vaitikat thirumanam (b) tamil thirumanam (c) diya thirumanam Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerahkan sebiji kelapa yang dilubangkan di atas dan susu dituangkan ke dalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua-dua ibubapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) dan sari (ibu mertua) serta wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak 3 kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi

Upload: jaxsparrow

Post on 16-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Perkahwinan Masyarakat IndiaThirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pesangan suami isteri agar kekal ke akhir hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat India yang dijalankan berlandaskan aspek suku kaum iaitu:iaitu:(a) vaitikat thirumanam(b) tamil thirumanam(c) diya thirumanam

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerahkan sebiji kelapa yang dilubangkan di atas dan susu dituangkan ke dalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua-dua ibubapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) dan sari (ibu mertua) serta wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak 3 kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya.Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali.Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.

Upacara mengelilingi bara api