perkahwinan didalam islam
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
PENDIDIKAN ISLAM (MPW 1134)
Disediakan Oleh
NURUL SAHIDA BINTI SHAHBUDIN (DPAK A1002145)
FARAH NAJWA BINTI ASRI (DPAK A1002143)
NUR SYAFIQA BINTI SHAHBUDIN (DPAK A1002146)
NORREHAN BINTI CHE LAH (DPAK A1002121)
FATHIN NAZIRA BINTI FAUZI (DPAK A1002099)
KOHORT 9A (G3)
Disediakan Untuk
HAJI MOHD AMIN SHAARANI
(PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM)
29 MAC 2011
1
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT1.0 Perkahwinan didalam Islam (Munakahat)
1.1Tujuan perkahwinan menurut pandangan iman Al-Ghazali
1.2Konsep perkahwinan
1.3Hukum perkahwinan menurut Islam
1.4 Hikmah perkahwinan
1.5 Kebaikan dan keburukan perkhawinan
1.6 Implikasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang dan
langkah-langkah mengatasinya
1
2
2 – 3
3 – 5
5 – 6
6 – 7
7
2.0 Pra perkahwinan
2.1 Pengenalan
2.2 Objektif kursus pra perkahwinan
2.3 Persediaan sebelum perkahwinan
2.4 Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
2.5 Memilih Jodoh
2.6 Memilih Bakal Isteri
8
8
9 – 11
11
12
12 - 13
3.0 Pembahagian harta pusaka dalam Islam “hukum faraid”
3.1 Hukum Berkenaan Faraid
3.2 Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid “peringatan”
3.3 Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil
3.4 Sebab-sebab Pusaka
3.5 Kadar pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid
14
14 – 15
15
15 – 16
16
17 - 19
Kesimpulan
Rujukan
20
21
2
TAJUK :
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
PRA PERKAHWINAN DAN PERSEDIAAN
SEBELUM PERKAHWINAN
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
DALAM ISLAM “HUKUM FARAID”
3
1.0 PERKAHWINAN DIDALAM ISLAM (MUNAKAHAT)
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut
istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan
antara lelaki danperempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,
menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-
Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini
bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Perkahwinan ialah hubungan terikat
antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan
agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji
kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat.
Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan
adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba
mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang,
mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan
monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di
bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang
biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila
seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi,
konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada
seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang
mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil
bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang
amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).
4
1.1 TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI
Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin,
terdapat 5 tujuan iaitu pertama, dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak
kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk
kedua ibubapanya setelah kematian mereka. Kedua, menghilangkan tekanan syahwat seks
terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan
membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat
memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang
haram. Ketiga, Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti
memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang
hanya untuk urusan tersebut sahaja. Keempat, dengan pergaulan dan percampuran suami
isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan
mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat. Kelima, dapat
bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:
i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk
ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara
anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.
1.2 Konsep perkahwinan
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui
akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri.
Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia
melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia
dan di akhirat.
5
Firman Allah s.w.t
Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu
daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya
dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”
Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan
perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur
suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah
golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang
mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. Orang berkahwin bertanggungjawab
secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang
dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada
Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya
mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam
untuk melahirkan generasi yang soleh.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
Daripada Anas .a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku,
sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan,
berkasih sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.
Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
1.3 Hukum perkahwinan menurut Islam
Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'.
Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu
dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah
An-Nur : 32)
Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara
kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin.
Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian).
6
Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu
dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)
Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan
kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya
kepada 4 jenis hukum iaitu,
Fardhu
Para ulama' menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi fardhu bila
seseorang individu itu yakin bahawa jika tidak berkahwin dia pasti akan terlibat dalam
kancah perzinaan. Bagi sesetengah individu pula sama ada dengan melakukan ibadah puasa
atau ibadah-ibadah yang lainnya masih tidak dapat mencegah atau menahan keinginan
nafsunya untuk melakukan zina, maka dalam situasi ini hukum melangsungkan perkahwinan
menjadi lebih fardhu. Menjaga kesucian dan maruah diri dari melakukan perbuatan yang
ditegah oleh agama adalah menjadi satu kewajipan setiap muslim. Individu yang berhadapan
dengan situasi ini diwajibkan berkahwin demi untuk menjaga kehormatan diri dan agama, ini
kerana perkahwinan sahajalah yang dapat menghalangnya dari melakukan perbuatan zina.
Selain dari itu individu tersebut juga mestilah berkemampuan untuk menyempurnakan mas
kahwin, nafkah untuk isteri serta lain-lain tanggungjawab sebagai seorang suami dalam
sebuah rumah tangga seperti yang dituntut oleh syara'.
Haram
Sesuatu perkahwinan itu akan menjadi haram atau berdosa jika dilangsungkan juga
apabila individu tersebut berkeyakinan dia pasti akan melakukan kekerasan, kezaliman dan
ketidakadilan ke atas isterinya serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Maksud pengabaian tanggungjawab di sini adalah seperti tidak dapat menyediakan tempat
tinggal yang sempurna, memberi pakaian, makanan, jaminan kesihatan dan keselamatan serta
lain-lain keperluan asas yang sepatutnya seperti yang dituntut oleh syara' ke atas setiap suami.
Makruh
7
Sesuatu perkahwinan itu dianggap makruh apabila seseorang itu merasa bimbang
bahawa berkemungkinan dia akan melakukan kezaliman atau kekerasan serta tidak dapat
menyempurnakan tanggungjawab atau memberikan keadilan ke atas diri isterinya tetapi
kebimbangannya itu tidaklah sampai ke tahap pasti atau benar-benar yakin. Kebimbangan
kepada sifat buruknya itu hanyalah berdasarkan kepada kemungkinan sahaja di mana ianya
mungkin benar berlaku atau mungkin juga tidak akan berlaku. Bagi pendapat Imam Syafie
beliau mengatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi makruh apabila seseorang
lelaki yang berkahwin itu berada dalam keadaan uzur yang serius, seperti faktor usia yang
terlalu lanjut atau masalah kesihatan seperti mati pucuk ataupun mengidap penyakit yang
tidak mungkin sembuh.
Sunat
Pada pendapat jumhur ulama' kecuali Imam Syafie' mengatakan, perkahwinan
dianggap sunat apabila seseorang lelaki itu berada dalam keadaan normal iaitu tiada apa-apa
kebimbangan atau kemungkinan pada dirinya untuk melakukan zina sekali pun ia memilih
untuk terus membujang dan tidak berkahwin. Di samping itu juga tiada kebimbangan atau
kekhuatiran pada dirinya untuk melakukan kezaliman dan kekerasan terhadap isterinya jika
dia berkahwin. Keadaa normal adalah situasi di mana kebanyakkan orang melangsungkan
perkahwinan mereka. Pada pendapat Imam Syafie beliau mengatakan, bagi perkahwian
seseorang lelaki yang berada dalam keasaan normal hukumnya adalah harus iaitu dia bebas
menentukannya sendiri sama ada memilih untuk terus berkahwin atau tidak. Imam Syafie
menambah, walau bagaimana pun jika seseorang lelaki itu memilih untuk tidak berkahwin,
adalah lebih baik dia menumpukan kepada beribadah ataupun menuntut ilmu.
1.4 Hikmah perkahwinan
Perkahwinan adalah Sunnah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Menurut jumhur
ulamak, hukum berkahwin pada asasnya adalah sunat. Ada juga ulamak yang berpandangan;
berkahwin adalah wajib kecuali tidak mampu, antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm.
Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali. Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh al-
Quran dan as-Sunnah, iaitu;
1. Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-
(bermaksud); “Hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan
8
kamu yang banyak di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat. Janganlah kamu menjadi
seperti Rahib Nasrani (yang enggan berkahwin)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu
Umamah –radhiyallahu ‘anhu-)
2. Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal. Sabda Nabi –
sallallahu alaihi wasallam-; “Wahai para pemuda! Siapa yang mampu dari kamu, hendaklah
ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu paling berkesan untuk menjaga pandangan dan
memelihara kemaluan (dari zina). Sesiapa di kalangan kamu yang belum mampu berkahwin,
hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu adalah penahan (syahwat)”. (Riwayat
Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-)
3. Mengukuhkan rasa keharmonian, ketenteraman dan rasa kasih-sayang di dalam jiwa.
Firman Allah (yang bermaksud); “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang
berfikir”. (Surah ar-Rum, ayat 21). Supaya himah perkahwinan di atas menjadi kenyataan,
perkahwinan hendaklah dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
agama dan pemilihan pasangan hendaklah dilakukan dengan baik, iaitu dengan mengikut
saranan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (yang bermaksud);
“Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat sebab; kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Kamu pilihlah perempuan yang
patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu
Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)
1.5 Kebaikan dan keburukan perkhawinan
Antara kebaikan perkahwinan adalah, berkahwin dapat mengelakkan daripada
melakukan maksiat, juga dapat melahirkan keturunan yang sihat, berjaya mengurangkan
gangguan hati (nafsu), hidup saling cinta mencintai antara satu sama lain, serta berupaya
membina kehidupan yang aman dan damai didalam rumah tangga. Keburukannya pula,
berkahwin pada usia muda, kebanyakkannya akan menyebabkan penceraian awal, hutang
piutang banyak kerana kahwin diusia muda tidak mempunyai kewangan yang cukup, Sibuk
dengan kerja sehingga tiada masa untuk keluarga. kahwin muda juga menyebabkan rumah
9
tangga cepat bergoncang,kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta merasa diri masih
bujang walaupun sudah mempunyai isteri atau suami.
1.6 IMPLIKASI PERKAHWINAN YG TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG
ISLAM DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA
Kesan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga islam, Kepada diri,
akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan undang-undang keluarga
islam, dan masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Kepada keluarga pula, nama
baik kedua-dua keluarga akan tercemar dan kedua-dua belah keluarga akan bermusuhan
akibat sikap menyalahkan keluarga lain. Serta kepada masyarakat pula masyarakat akan
kucar kacir kerana wujud masyarakat yang tidakmahu patuh kepada undang-undang
Antara langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut
undang-undang, pertama, semua pihak terutama ibu bapadan masyarakat bertanggungjawab
memastikan setiap perkahwinan itu sah mengikut syarak dan undang-undang keluarga islam.
Kedua, pihak berwajib seperti jabatan agama islam dan badan kerajaan perlu
memperbanyakkan seminar dan kursus untuk memberi penjelasan tentang undang-undang
keluarga islam. Yang terakhir, Pengeuatkuasaan peraturan perlu dilaksanakan dan tidnakan
undang-undang perlu dikenakan keatas mereka yang melanggar syariat dan undang-undang
yang ditetapkan.
10
2.0 PRA PERKAHWINAN
2.1 PENGENALAN
Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua
warganegara. Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah Diwajibkan bagi
pasangan ya g ingin berumahtangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam, ianya boleh
dibuat pilihan samaada menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau tidak perlu. Bagi
masyarakat Islam, Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum mendirikan
rumahtangga biasanya dilaksanakan oleh Jabatan Agama tempat masing-masing atau
dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh Jabatan Agama.
Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh Jabatan Agama dan para peserta akan
dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan Islam dari Jabatan Agama. Bayaran akan
dikenakan kepada peserta kursus bagi proses penyediaan buku modul, sijil dan lain-lain.
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah
mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada
setiap individu yang belum pernah berkahwin. Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat
Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor
dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri
yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam
menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam
mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di
Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
2.2 OBJEKTIF KURSUS PRA PERKAHWINAN
Kursus ini dapat memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada peserta yang
ingin berumahtagga. Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara
menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari
pernikahan. Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk
menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga serta
menguruskannya. Kursus ini juga member panduan bagi menghadapi konflik dalam
rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.
11
2.3 PERSEDIAAN SEBELUM PERKAHWINAN
Persediaan sebelum perkawinan adalah seperti menyediakan mas kahwin dalam
bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh
suami kepada isterinya kerana akad perakahwinan.Sebagaimana sabda Baginda riwayat
Bukhari,Muslim dan Abu daud yang bermaksud;
“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan
Abu Daud)
Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam
akad perkahwinan jika ia mahar musamma.Seandainya pula tidak disebut dalam akad
perkahwinan ia wajib dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep Islam mewajibkan suami
membayar maskahwin kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi
tanggungjawab ketetapan daripada Aallah SWT.Sebagaimana firaman Allah yang
bermaksud:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu
sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu
sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”-(Surah An-Nisa’)
Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya
persetubuhan,suami wajib membayar maskahwin separuh kepada isterinya.Manakala
perceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semua
maskahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan
walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka maskahwin wajib dibayar semuanya.
Justeru itu apa sahaja boleh dijadikan maskahwin,asalkan berfaedah dan
bernilai,antara syarat benda yang dijadikan maskahwin ialah pertama, mestilah dari benda
yang suci atau benda yang dapat disucikan. Di mana tidak sah maskahwin daripada benda
suci yang tidak dapat disucikan,seperti madu lebah yang terkena najis. Kedua, ada faedah
atau pekerjaan berfaedah,seperti mengajar ilmu agama atau al-Quran. Ketiga, ia adalah milik
suami. Keempat, mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja. Yang terakhir,
diketahui sifat dan jumlahnya.
12
Kemudian perlulah ada peminangan, Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap
seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu
proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang
boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk
dilangsungkan perkahwinan. Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akad
perkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan
harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan
peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa
bentuk,iaitu peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan
terhadap mana-mana wanita yang masih dara. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang
masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan
pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat
temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara
sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau
tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka).Allah SWT
mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian
itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam
sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu
menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis
‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang
ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan
ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-
Baqarah 2:235)
Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam, namun
Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang
telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya
pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud:
“Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin
dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”
Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang
atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau
peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)
13
Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi
lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau bertukar hadiah antara
mereka sebagai tanda ikatan perjanjian.Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram
mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya,kerana mereka belum dikira sebagai suami
isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap
seperti bukan muhrim.
Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janji perkahwinan secara
rasmi dan sopan.Walaupun begitu, pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan
serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada
sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untuk dikahwinkan.Namun
begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah
pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.
Selain dari itu, memilih bakal suami bagi perempuan, perempuan juga digalakkan
memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita
supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut beragama, mempunyai rupa paras,
harta, dan keturunan mulia. Tetapi lebih tepat adalah pilihlah agamanya.
2.4 Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam Islam, hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang
berhasrat dan memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin.Antara tujuannya ialah supaya
rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati. Lahir
perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain dan supaya dapat
mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan
mulia.
Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab
tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati
antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir
juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.
14
2.5 Memilih Jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal
suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan
oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka
perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain
antara pusat dengan lutut sahaja. Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal
persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi
keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.
2.6 Memilih Bakal Isteri
Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat
terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu.Begitu juga perempuan yang
dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang meminangnya. Namun
begitu,konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki.Kerana
menurut praktikal dan teorinya pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan
menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri.Justeru itu,lelaki
mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan,iaitu dengan melalui proses
peminangan terlebih dahulu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk
memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada
untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh
syara’,bukan tindakan nafsu dan perasaan. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang
harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan
saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan
yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri
keistimewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana
hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai
agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam maksud hadis di atas, Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan
pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan
bahagia dalam erti kata yang sebenarnya
15
.
Untuk tujuan tersebut, Islam menekankan pemilihan calon isteri yang
beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan
mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi
yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu
ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)
Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor
sampingan lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang
dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.Sebagai
contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama
yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan
tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada
kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan
itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta
mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka
atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih
baik”-(riwayat Ibnu Majah). Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan
umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-
lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku
berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)
16
3.0 PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM
“HUKUM FARAID”
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah
menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid
adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan
wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli
warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dan lain-lain), menurut hukum Islam. Harta yang
dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala
pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang
dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah Tanah,
Bangunan (rumah), Barang kemas (emas, perak dan lain-lain), Insurans dan Wang tunai
(sama ada dilaburkan atau tidak), Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau
dan lain-lain.
3.1 Hukum Berkenaan Faraid
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu
ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh
ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak
hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam
(khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti
menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan
Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai
pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia
itu.
Di dalam surah An-Nisa’ ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid
dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam
manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa’ (ayat 14):
“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-
ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia
kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan” .
17
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH,
maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan
bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum
Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
3.2 Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid “peringatan”
Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem
faraid ini dikhuatiri akan berlakunya
1. Memakan Harta Anak Yatim.
2. Memakan Harta saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.
3.3 Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil
Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu
dan akan dilupakan. ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan di cabut dari umatku.
- Hadis riwayat ibnu majah daripada Abu Hurairah.
Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan
ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah
kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan
masalah mereka.
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu
Maksud
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian
seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu
semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang
ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta.
18
Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang
ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu
bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai
beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian
tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya.
(Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang
lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- Surah An-Nisa :11.
3.4 Sebab-sebab Pusaka
Selain daripada rukun, sistem pusaka dalam Islam melihat juga kepada beberapa
sebab yang menjadikan seseorang itu berhak menerima harta pusaka keluarganya yang telah
meninggal dahulu itu. Dengan sebab-sebab inilah seseorang waris itu boleh mendapat pusaka
iaitu Pernikahan, Kerabat, dan Wala’ (pembebasan hamba).
Ayat An-Nisaa’:12 ini adalah sebagai dalil menunjukkan salah satu sebab perwarisan ialah
melalui perkahwinan. Maknanya:“Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang
ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-
isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang
ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar
hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tingalkan jika kamu
tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh
seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu
buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki
mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak,
tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan
(seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.
Tetapi jika saudara saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu
dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah
dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah
menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”
19
3.5 KADAR PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT HUKUM
FARAID
Kadar Syarat Bagi Setiap Ahli Waris
Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu menelitu
siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud.
Kemudian dicari siapakah yang Mahjud. Barulah bakinya diberikan kepada yang berhak
menerima Asabah.
Bahagian Diperolehi Suami Kepada Simati
½ Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
¼ Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Isteri Kepada Simati
¼ Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki
1/8 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati
½ Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai anak lelaki – mendapat separuh dari bahagian anak
lelaki
Bahagian Diperolehi Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati
½ Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan
seorang anak perempuan
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai cucu lelaki – mendapat separuh dari bahagian cucu
20
lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang Adanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih
Bahagian Diperolehi Bapa Simati
1/6 Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan ASABAH Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak
lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Bahagian Diperolehi Ibu Kepada simati
1/6 Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU
tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri
Bahagian Diperolehi Datuk Kepada simati
Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Seibu Sebapa Kepada Simati
½ Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya
Asabah
2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang
menjadikannya Asabah
ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk
Terhalang Adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak
lelaki
Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa
½ Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN
tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara
kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu
sebapa
ASABAH Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
21
Terhalang 1.Bapa
2.Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3.Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung
Bahagian Diperolehi Saudara Seibu (Lelaki / Perempuan)
1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu
dari anak lelaki
1/3 Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu
dari anak lelaki
Terhalang Adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki
22
Kesimpulan
Kesimpulannya, manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya
pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan
perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan
suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di
dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu,
perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan
peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.
Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja
mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka
tidak tenteram. Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam
satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama
pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan
yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan
rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-
undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan
berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang
buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan
seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada
peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon
yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman
indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat
dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan
kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah. Mendirikan
rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan
bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting
masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan
23
RUJUKAN
Konsep Perkahwinan Dalam Islam Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah --
Hanan.com.my http://www.hanan.com.my/
Hikmah perkahwinan by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://www.sabah.edu.my/cwm010/perkahwinan.htm
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/08/perkahwinan-menurut-islam/
http://www.yousaytoo.com/pembahagian-harta-pusaka-islam-faraid/82701
http://ncr.jais.gov.my/perkahwinan
http://galleriperkahwinan.cjb.net/
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/
24