perbezaan budaya orang pekak di malaysia dan luar negara
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Menurut Safani bin Bari (2006), individu bermasalah pendengaran didefinisikan
sebagai seseorang yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan
pendengaran yang nyata. Manakala, Dr. Abdullah Yusof (2007), mentakrifkan individu
bermasalah pendengaran sebagai individu yang mengalami kerosakan pendengaran
dalam kebanyakan keadaan seperti pendengaran separa yang mana tidak boleh
bertindak ke arah bunyi-bunyi di sekeliling. Individu bermasalah pendengaran ini
kebiasaannya akan bergaul sesama mereka dengan menggunakan medium pertuturan
yang sama. Bertingkah laku seakan-akan sama dari pelbagai aspek baik daripada
sosial, akademik, agama dan sebagainya. Maka daripada pergaulan sesama mereka ini
menyebabkan terbentuknya budaya dan komuniti pekak.
Komuniti menurut Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1996), dapat didefinisikan
sebagai kumpulan orang (masyarakat) yang tinggal di sesuatu daerah atau negara.
Selain itu, komuniti juga merujuk kepada kumpulan individu yang mempunyai
kecenderungan, kepentingan dan lain-lain yang serupa seperti akademik. Budaya pula
menurut Sheikh Othman bin Sheikh Salim (1996), sebagai satu tamadun ataupun
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi (cara berfikir). Budaya ini bersifat mengenai
kebudayaan (artopologi).
Berdasarkan definisi komuniti ini dapat saya katakan bahawa komuniti pekak ini
tidak merujuk kepada orang yang bermasalah pendengaran semata-mata tetapi juga
melibatkan orang yang tidak bermasalah pendengaran selagi seseorang individu
tersebut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan individu bermasalah
pendengaran. Komuniti pekak ini boleh terdiri daripada guru-guru, ibu bapa, adik-
beradik dan kumpulan pelbagai disiplin. Budaya pekak pula merujuk kepada amalan
budaya yang diamalkan oleh orang yang bermasalah pendengaran itu sendiri merujuk
kepada bahasa, cara berkomunikasi, amalan nilai, agama dan kepercayaan dan
sebagainya selagi dapat mencerminkan komuniti pekak itu sendiri. Aspek budaya pekak
ini sangat penting untuk diketahui supaya dapat melahirkan insan pendidik yang
berpengetahuan luas mengenai anak didiknya iaitu individu bermasalah pendengaran.
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana
dengan berkat dan keizinan dariNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) untuk subjek Budaya pekak dan Bahasa Isyarat Malaysia ini
dengan jayanya pada masa yang telah ditetapkan.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah matapelajaran iaitu
Cik Hjh Noor Hayati binti Mohamed dan Puan Anita kerana telah banyak memberikan
tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberi benar-benar membantu saya dalam menyiapkan tugasan KKBI ini.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa
saya iaitu Encik Mohamed Noor bin Endil dan Puan Rohaiyati bt Aminullah kerana tidak
pernah jemu memberi semangat dan mendoakan kejayaan saya.
Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga
kepada semua insan yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menyempurnakan KKBI ini. Sokongan dan dorongan yang diberikan sangat saya
hargai.
Sekian, terima kasih.
~~ Anis Syafiqah binti Mohamed Noor ~~
1.0 RUMUSAN ARTIKEL
Artikel ini bertajuk Pengenalan Asas kepada Aspek-Aspek yang Terdapat di
Dalam Budaya Pekak. Artikel yang ditulis oleh Ron Southwick secara keseluruhannya
membincangkan mengenai budaya orang pekak dan orang mendengar di dalam
komuniti masing-masing. Walau bagaimanapun, perkara utama yang dibincangkan
adalah lebih tertumpu kepada budaya pekak yang terdapat di dalam komuniti pekak.
Berdasarkan artikel, terdapat beberapa aspek yang dibincangkan oleh penulis yang
mana setiap aspek yang dibincangkan tersebut menzahirkan budaya pekak dengan
lebih terperinci. Aspek tersebut terdiri daripada bahasa, ikatan persahabatan,
ketajaman penglihatan, pengasingan, kemahiran sosial dan perkongsian maklumat.
Menurut penulis iaitu Ron Southwick, terdapat beberapa persamaan antara
komuniti pekak dan komuniti mendengar. Ini kerana, orang pekak juga menggunakan
bahasa, menjalankan persahabatan dan berkongsi maklumat seperti orang yang
mendengar. Walau bagaimanapun, orang pekak merujuk kepada komuniti pekak di
Amerika menggunakan komunikasi secara visual dan bahasa isyarat sebagai bahasa
utama tidak seperti orang mendengar yang bergantung kepada perkataan dalam
berkomunikasi. Komuniti pekak ini juga dikatakan sukar untuk menerima orang yang
mendengar merujuk kepada golongan yang menolak budaya pekak yang mereka
banggakan sebagai komuniti pekak walaupun komuniti yang mendengar tersebut fasih
dalam menggunakan bahasa isyarat. Selain itu, komuniti pekak ini juga menolak
sekiranya seseorang menggunakan bahasa isyarat sambil bertutur kerana mereka
merasakan bahawa pertuturan itu hanya memberi kepentingan kepada komuniti yang
mendengar dan akan menyebabkan mereka dipinggirkan.
Aspek budaya yang lain dapat dinilai iaitu dari segi persahabatan. Komuniti
pekak sangat mementingkan persahabatan antara komuniti pekak itu sendiri. Mereka
sangat ikhlas dalam bersahabat. Namun, mereka lemah dalam membentuk hubungan
dengan orang mendengar. Ini disebabkn oleh masalah pendengaran yang mereka
hadapi. Mereka sukar untuk meluahkan perasaan mereka kerana mereka sendiri tidak
memahaminya. Selain itu, mereka sering mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang
mendengar tanpa mengetahui maksud perbuatan yang mereka lakukan supaya mereka
dilihat seperti orang nomal juga.
Orang pekak juga selalu berfikiran negatif terhadap orang mendengar. Mereka
beranggapan bahawa orang mendengar sering ketawakan mereka jika orang
mendengar tidak menyatakan sebab mereka ketawa. Orang mendengar perlu
mewujudkan persekitaran yang boleh diterima oleh orang pekak dalam menjalinkan
hubungan iaitu dengan menepuk bahu orang pekak dengan lembut dan menggunakan
lampu bagi mendapatkan perhatian orang pekak. Seterusnya menurut penulis, tindakan
membalingkan barang dan membuat orang pekak terkejut tidak boleh diaplikasikan
oleh orang mendengar jika ingin mendapatkan perhatian daripada orang pekak. Hal ini
demikian kerana, budaya orang pekak juga mempunyai sedikit perbezaan dengan
orang mendengar. Kekurangan yang dihadapi oleh individu pekak menyebabkan
mereka sangat sensitif.
Selain itu, budaya pekak yang lain yang dilihat unik adalah komuniti pekak ini
sangat peka terhadap sesuatu perubahan. Mereka boleh membaca gerak tubuh, mimik
muka, kontrak mata yang menunjukkan seseorang tidak ikhlas untuk berkmunikasi
dengannya. Lanjutan daripada itu, penulis juga menyatakan bahawa komuniti pekak ini
mempunyai ketajaman penglihatan yang baik iaitu jauh lebih baik dari komuniti
mendengar. Mereka dapat menjadi saksi di makhmah yang mana mereka dapat
menceritakan urutan peristiwa secara terperinci berpandukan ketajaman penglihatan
yang mereka miliki. Apabila berhadapan dengan komuniti pekak, segala maklumat perlu
disampaikan terutamanya jika mereka berada semasa kita sebagai komuniti mendengar
sedang menjawab panggilan telefon daripada rakan. Hal ini demikian kerana, mereka
akan cenderung berprasangka negatif bahawa kita sedang menyembunyikan sesuatu
daripada mereka. Oleh itu, segala maklumat perlu diberitahu tidak seperti komuniti
mendengar yang boleh mendengar apa yang diperbualkan sendiri.
Kesimpulannya, berdasarkan artikel ini terdapat perbezaan di antara budaya
pekak dan budaya orang mendengar walaupun terdapat beberapa persamaan dari segi
aspek tertentu. Oleh hal yang demikian, perbezaan budaya ini perlu dikaji supaya dapat
mewujudkan persefahaman antara komuniti pekak dan mendengar.
2.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK MALAYSIA DAN ORANG
MENDENGAR
Berdasarkan pembacaan saya, terdapat perbezaan yang nyata antara budaya
orang pekak Malaysia dan orang yang mendengar. Perbezaan pertama dari aspek
masalah pendengaran yang dialami. Orang pekak menganggap kepekakan yang
mereka alami sebagai budaya dan mereka tidak mahu sekiranya mereka boleh
mendengar. Mereka beranggapan bahawa budaya pekak sangat bagus kerana mereka
merupakan komuniti yang erat antara satu sama lain dengan berkongsi pengalaman
dan bahasa yang sama. Orang pekak tidak suka sekiranya mempunyai anak yang
mendengar kerana bagi mereka anak yang tidak pekak sebagai tidak normal. Berbeza
dengan budaya orang mendengar yang beranggapan bahawa pekak merupakan
kecacatan dan penyakit yang kekal dan dilihat tidak normal.
Perbezaan seterusnya merujuk kepada aspek bahasa. Orang pekak
menggunakan bahasa isyarat tempatan (Bahasa Isyarat Malaysia) untuk berkomunikasi
berbeza dengan orang mendengar yang menggunakan pertuturan sepenuhnya. Selain
itu, sudah menjadi budaya orang pekak untuk menyampaikan sesuatu dalam bentuk
ayat yang tidak tersusun dari segi tatabahasa berbeza dengan orang mendengar yang
menyampaikan sesuatu secara tersusun. Contohnya, orang pekak akan mengubah
struktur ayat orang mendengar iaitu “Saya makan nasi” kepasa “Nasi makan saya”.
Perbezaan budaya dari aspek komunikasi pula merujuk kepada budaya orang pekak
semasa berkomunikasi adalah berbeza dengan orang mendengar. Orang pekak
mementingkan ekspresi muka dan bentuk tangan semasa berkomunikasi berbeza
dengan orang mendengar yang mana berkomunikasi menggunakan verbal semata-
mata dan kurang mengambil berat berkenaan ekspresi muka. Selain itu, budaya orang
pekak apabila berkomunikasi mereka suka mengangguk dan membuat isyarat badan
yang spesifik berbanding dengan orang mendengar yang biasanya akan banyak
menggunakan perkataan seperti “hmmmm atau uh-huh” dalam memberi respon
semasa berkomunikasi. Selain itu, orang pekak apabila berkomunikasi menurut budaya
mereka mestilah berlaku di tempat yang terang supaya dapat membaca pergerakan
isyarat yang dibuat berbeza dengan orang mendengar mereka bebas berkomunikasi
dalam persekitaran gelap sekalipun.
Perbezaan budaya yang lain adalah dari segi nama (Sharon Woo et al., 2006).
Budaya orang pekak sangat unik dari segi panggilan nama kerana menggunakan
bahasa isyarat dengan merujuk kepada ciri fizikal seseorang berbeza dengan orang
mendengar yang merujuk kepada nama asal semata-mata. Nama seseorang dalam
budaya pekak tidak diingat secara keseluruhan seperti yang diamalkan orang
mendengar. Mereka hanya isyarat nama menunjukkan ciri fizikal sahaja. Orang pekak
sangat mengagungkan isyarat nama yang diberi dan isyarat tersebut tidak boleh ditukar
sebab merupakan nama rasmi dalam komuniti pekak. Isyarat nama orang mendengar
hanya layak diberi oleh orang pekak menurut budaya pekak itu sendiri kerana mereka
lebih mengenali orang mendengar.
Perbezaan seterusnya dari aspek sosial yang mana orang pekak lebih
cenderung untuk mempunyai kekasih dari komuniti yang mendengar berbanding
dengan orang pekak. Ini menunjukkan budaya mereka, yang mana bagi pendapat
mereka orang mendengar lebih bersikap terbuka berbanding dengan orang pekak.
Berbeza dengan orang mendengar yang hanya berminat untuk mempunyai kekasih dari
komuniti mendengar sahaja kerana tidak mahu sekiranya berkahwin dengan orang
pekak mereka akan memperoleh anak yang pekak. Dari aspek perkahwinan pula, orang
pekak selalu gagal dalam perkahwinan mereka kerana tidak memahami antara satu
sama lain. Oleh itu, isu bercerai sudah menjadi perkara biasa dan sudah menjadi
budaya orang pekak sekiranya perkahwinan mereka gagal untuk dipertahankan.
Budaya orang pekak seterusnya iaitu mereka suka berjumpa di kedai kopi dan
meluangkan masa berjam-jam untuk bersembang. Mereka juga sukar untuk mengakhiri
perbualan mereka apabila sudah berjumpa sesama komuniti pekak kerana terlalu
banyak topik yang ingin mereka bincangkan. Berbanding dengan orang mendengar
yang duduk bersembang di kedai kopi hanya pada masa senggang sahaja untuk
membincangkan hal semasa dan biasanya mudah untuk mengakhiri perbualan yang
dibincangkan. Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sering kelam-kabut ketika
bersembang dengan rakan dan menyebabkan banyak maklumat yang tertinggal
berbeza dengan orang yang mendengar mereka sentiasa tenang dalam memulakan
perbualan sesama mereka.
Perbezaan budaya yang seterusnya iaitu berkenaan dengan sikap dan nilai. Bagi
orang pekak, perkara seperti mengetuk meja, menepuk bahu, menggunakan lampu,
menepuk tangan bagi mendapatkan perhatian mereka adalah perkara biasa. Namun,
bagi orang mendengar perkara seperti itu dianggap biadap. Orang pekak juga
dikatakan sangat peka dengan sesuatu perubahan terutamanya melibatkan perubahan
mimik muka dan bahasa tubuh seseorang. Budaya ini dilihat sangat unik yang mana
membolehkan orang pekak mentafsir penerimaan seseorang terhadapnya. Berbanding
dengan orang yang mendengar kerana mereka kurang peka dengan sesuatu kerana
mereka banyak menumpukan perhatian mereka kepada hal-hal lain. Budaya orang
pekak yang seterusnya iaitu mereka sangat sensitif berbanding dengan orang
mendengar. Mereka sering berfikiran negatif terhadap orang mendengar apabila orang
mendengar ketawa dihadapan mereka tanpa memberitahu sebab. Ini kerana, mereka
berfikiran bahawa orang mendengar mentertawakan mereka. Selain itu, budaya orang
pekak juga jika inginkan sesuatu atau menunjuk seseorang mereka akan menujuk
secara terus kepada apa yang mereka inginkan tetapi bagi orang mendengar ia
dianggap biadap. Bercakap dengan mulut yang penuh juga dibolehkan di dalam budaya
pekak kerana mereka menggunakan bahasa isyarat tetapi bagi orang mendengar
bercakap dengan mulut yang penuh dilihat tidak sopan. Budaya orang pekak apabila
melakukan kesalahan merujuk kepada kanak-kanak mereka kebiasaanya akan
menutup mata manakala orang mendengar akan menutup telinga. Orang pekak apabila
berkenalan dengan seseorang akan mengambil masa yang lama berbanding dengan
orang mendengar yang hanya menuturkan “selamat berkenalan” apabila jumpa kawan
baru. Budaya orang pekak berbeza kerana mereka akan mengutarakan pelbagai
persoalan seperti tempat asal, sekolah, adik beradik dan sebagainya semasa
perkenalan pertama. Bagi orang pekak, berpelukan selepas berkenalan adalan budaya
biasa berbeza dengan orang mendengar yang terhad kepada bersalam sahaja
(http://www. Deafeducation 4parents. com/culture.html).
Budaya orang pekak yang lain iaitu mereka sangat bergantung kepada
kecanggihan teknologi sama seperti orang normal. Namun cara mereka menggunakan
teknologi adalah berbeza dengan orang normal. Orang pekak menggunakan telefon
dalam mod getaran tidak menggunakan mod suara seperti orang mendengar. Selain
itu, orang pekak menggunakan telefon yang mempunyai 3g supaya dapat berinteraksi
dengan kawan-kawan sama ada pekak atau mendengar juga jurubahasa dengan
menggunakan aplikasi 3g. Telefon juga dijadikan alat untuk mengejutkan mereka dari
tidur dengan mengunci jam dalam mod getaran. Orang pekak juga berhibur seperti
orang mendengar. Namun, budaya mereka berbeza dengan orang mendengar kerana
mereka memerlukan sari kata sekiranya menonton wayang bagi memahami cerita yang
ditayangkan. Mereka juga aktif dalam aktiviti fizikal seperti boling, badminton dan bola
sepak tetapi lebih tertumpu kepada aktiviti fizikal dalam komuniti mereka yang
dianjurkan oleh MSFD (Malaysia Sports Federation of The Deaf) berbanding dengan
orang yang mendengar yang menjadikan aktiviti fizikal sebagai riadah pada masa
petang.
Budaya orang pekak dalam aspek agama adalah dilihat kurang berbanding
dengan orang yang mendengar. Ini kerana, orang pekak sukar memahami perkara
abstrak yang terdapat di dalam agama seperti syurga dan neraka. Namun, komuniti
pekak turut mengamalkan kepercayaan dan agama yang tersendiri seperti yang
diamalkan oleh ibu bapa. Namun, orang pekak juga mengambil berat terhadap agama.
Sebagai contohnya, orang pekak yang menganut agama Islam sering berkumpul di
masjid Sri Petaling bagi mendalami ilmu Islam. Ini merupakan salah satu budaya yang
mereka amalkan iaitu bersama-sama dengan komuniti mereka mencari ilmu ketuhanan.
Budaya orang pekak dari segi kerjaya adalah berbeza dengan orang mendengar.
Orang pekak lebih memilih pekerjaan yang tidak memerlukan komunikasi berbeza
dengan orang mendengar yang mana bebas untuk memilih kerjaya yang diminati.
Pekerjaan bagi orang pekak adalah sangat terhad. Ini kerana, orang pekak tidak boleh
diberikan pekerjaan seperti operator yang memerlukan penggunaan deria pendengaran
dan suara. Namun, dari segi kerajinan dan semangat kerja orang pekak dilihat sangat
rajin bekerja berbeza dengan orang mendengar yang kadang-kala malas untuk bekerja.
3.0 PERBANDINGAN ANTARA BUDAYA ORANG PEKAK DI MALAYSIA DAN
BUDAYA ORANG PEKAK DI AMERIKA SYARIKAT
Budaya orang pekak di Malaysia dan di Amerika dilihat berbeza. Orang pekak
Malaysia menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) manakala orang pekak Amerika
menggunakan American Sign Language (ASL) untuk berkomunikasi. ASL menjadikan
budaya orang pekak Amerika kaya dengan unsur sastera. Ini kerana, terdapat puisi,
cerita dan permainan bahasa di dalam ASL berbeza dengan BIM yang hanya
berfokuskan kepada perbualan semata-mata. Puisi di dalam ASL diungkapkan dalam
bentuk ritma dengan membuat bentuk tangan yang sama. Contohnya, membuat bentuk
tangan yang terbuka bagi merujuk isyarat-isyarat yang serupa. Budaya bahasa isyarat
ini juga berbeza kerana, menurut laman web Wikipedia, ASL hanya menggunakan
sebelah tangan manakala BIM menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membuat
isyarat. Selain itu, budaya dari segi bahasa ini dilihat berbeza kerana menurut Amir
Hamidi (2010), ASL dilihat mempunyai banyak perbendaharaan kata dan diiktiraf
sebagai bahasa rasmi di Amerika berbeza dengan BIM yang mana ketinggalan banyak
dari segi perbendaharaan kata dan tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi kerana tidak
setanding dengan bahasa Melayu.
Perbezaan budaya dari aspek sosial pula dapat dilihat dengan membandingkan
persahabatan antara orang pekak dan mendengar. Orang pekak di Malaysia
mempunyai hubungan yang kurang erat dengan orang yang mendengar berbanding
dengan orang pekak di Amerika yang mempunyai hubungan yang sangat erat dengan
orang mendengar. Namun perbezaan budaya pekak dari aspek perkahwinan pula
dilihat berbeza iaitu sebanyak 9 daripada 10 orang pekak di Amerika berkahwin dengan
orang pekak bagi memastikan budaya pekak terpelihara. Berbanding dengan orang
pekak di Malaysia yang dilihat sudah ramai yang berkahwin dengan orang yang
mendengar. Contohnya, presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia iaitu Sazali juga
berkahwin dengan orang yang mendengar.
Perbezaan seterusnya dapat dinilai dari aspek pendidikan. Pendidikan orang
pekak Malaysia adalah dilihat pada tahap biasa tidak seperti orang pekak Amerika yang
dilihat sangat luar biasa. Di Amerika, terdapat universiti khusus untuk orang pekak iaitu
Gallaudet. Di Malaysia, pendidikan khusus untuk orang pekak terhad pada tahap
sekolah rendah dan menengah. Namun, pendidikan bagi orang pekak di Malaysia juga
terdapat di sesetengah universiti dan politeknik. Selain itu, budaya pekak dari aspek
pendidikan berbeza dari aspek tahap pendidikan pengasas persatuan pekak. Tahap
pendidikan pengasas persatuan pekak Malaysia (MFD) sangat rendah iaitu terhad
kepada tahap PMR, SPM dan STPM sahaja berbanding dengan pengasas persatuan
pekak Amerika iaitu National Association of the Deaf (NAD) yang mana pengasasnya
berlatar belakang pendidikan peringkat universiti (http://harapanpekak malaysia.
blogspot.com/2008_ 12_ 01_archive.html).
Perbezaan budaya dari aspek komunikasi juga dapat dilihat. Budaya
berkomunikasi orang pekak Amerika dilihat lebih meluas berbanding dengan orang
pekak Malaysia. Ini kerana, orang pekak di Amerika lebih berkemahiran dalam bahasa
isyarat. Mereka mempunyai kesedaran yang tinggi berkenaan dengan kepentingan
bahasa isyarat. Hal ini demikian kerana, budaya menggunakan bahasa isyarat dengan
orang mendengar di Amerika adalah biasa kerana mereka mahir dalam ASL. Kesemua
lapisan masyarakat sama ada ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan boleh
menggunakan isyarat dengan lancar dalam berkomunikasi.
Budaya orang pekak Amerika dan Malaysia dalam aspek kebergantungan
terhadap teknologi dan hiburan adalah sama. Kedua-dua orang pekak di Malaysia dan
Amerika menggunakan teknologi seperti telefon, i-pad, internet dan sebagainya untuk
berkomunikasi dengan orang-orang di sekeliling mereka. Mereka juga berhibur dengan
pergi ke panggung wayang dan bermain boling.
Budaya orang pekak Malaysia dan Amerika dari segi agama adalah baik.
Perbezaan budaya pekak hanyalah merujuk kepada agama yang diamalkan. Kegiatan
agama orang pekak Malaysia banyak tertumpu kepada agama Islam berbeza dengan
orang pekak Amerika yang tertumpu kepada agama Kristian. Agama masyarakat
Malaysia dilihat kuat kerana orang pekak sering pergi ke masjid-masjid serta melibatkan
diri dengan pelbagai seminar kesedaran mengenai agama berbeza dengan orang
pekak Amerika yang mempelajari agama di Universiti Gallaudet
(http://dsq-sds.org/article/view/1368/1498)
4.0 REFLEKSI
Berdasarkan tugasan kerja kursus ini, banyak pengetahuan baru saya perolehi
terutamanya berkaitan dengan komuniti dan budaya pekak. Pengetahuan yang
diperolehi ini benar-benar dapat membantu saya dalam mengenali orang pekak dengan
lebih mendalam. Selain itu, saya juga dapat menggunakan pengetahuan yang ada ini
untuk menangani kerenah murid-murid pekak di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui
tugasan ini saya juga dapat merungkai beberapa persoalan mengenai orang pekak iaitu
salah satunya mengenai penolakkan salah seorang rakan saya yang bermasalah
pendengaran untuk berkongsi masalahnya dengan saya sebagai orang yang
mendengar. Perkara ini terjawab apabila saya terjumpa kenyataan mengenai budaya
orang pekak yang mana mereka susah untuk mempercayai orang yang mendengar.
Selain itu, berdasarkan tugasan ini saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai
peranan saya sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pekak. Berdasarkan tugasan
ini juga, saya dapat melihat perbandingan budaya di antara orang pekak dan
mendengar dan seterusnya saya dapat melihat perbandingan orang pekak di dalam
negara dan luar negara. Ini dapat menambah maklumat baru dan pada masa yang
sama saya dapat mengubah persepsi saya sebelum membuat tugasan ini. Ini kerana,
pada mulanya saya berfikir bahawa budaya orang pekak adalah sama di serata dunia.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti
semasa tempoh melaksanakan tugasan ini. Kelemahan pertama, saya sukar untuk
memperolehi maklumat mengenai tugasan. Saya juga tidak pasti dengan maklumat
yang diperolehi sama ada betul atau tidak. Namun, maklumat yang dikumpul
sememangnya terdiri daripada berbagai sumber iaitu buku, majalah, jurnal dan
internet. Proses pencarian maklumat ini juga sukar kerana kebanyakan bahan adaah
dalam bahasa Inggeris. Kelemahan ini kelihatan ketara kerana saya sangat lemah
dalam penguasaan bahasa Inggeris. Namun, berbekalkan iltizam yang kuat saya
berusaha untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Lantaran itu, saya sedikit
gusar sekiranya saya tersalah mentafsir kenyataan bahasa Inggeris yang terdapat di
dalam bahan yang saya rujuk. Kelemahan seterusnya, saya berasa sangat sukar untuk
melaksanakan tugasan yang diberikan kerana jumlah muka surat telah ditetapkan di
dalam soalan tugasan. Tambahan pula, skop tugasan luas mencakupi rumusan jurnal,
perbandingan budaya pekak dan orang mendengar, perbandingan budaya pekak di
Malaysia dan luar negara (Amerika Syarikat) dan refleksi. Ini menyebabkan saya sangat
sukar untuk membuat organisasi tugasan dengan baik. Kelemahan lain iaitu saya tidak
berkesempatan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing berikutan kekangan
masa daripada pihak pensyarah dan diri saya sendiri. Oleh hal yang demikian, saya
kurang berkeyakinan untuk melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, kekurangan
kolaborasi menyebabkan saya bimbang hasil tugasan saya kurang bermutu dan selari
dengan kehendak tugasan.
Cadangan penambahbaikkan yang boleh saya buat adalah saya perlu
merancang maklumat dengan teliti daripada awal supaya dapat mempersembahkannya
dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat. Selain itu, perkara-perkara seperti
pengurusan grafik dan jadual perbezaan perlu saya masukkan di bahagian lampiran
tugasan sebagai langkah meminimumkan penggunaan muka surat. Bagi memastikan
tugasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, saya perlu mendapatkan bimbingan
yang berkesan daripada pensyarah dengan merancang jadual waktu pembelajaran
dengan baik supaya bimbingan masih dapat diperolehi walaupun sibuk dengan urusan
dan tanggungjawab lain. Selain itu, penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu saya
sepatutnya bergaul dengan lebih giat dengan komuniti pekak supaya kesahan
maklumat dapat diperolehi mengenai budaya orang pekak. Selain itu, saya seharusnya
menjalankan kajian dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada rakan-rakan
bermasalah pendengaran yang dikenali bagi menilai aspek budaya pekak dengan lebih
terperinci menurut perspektif mereka sebagai individu yang bermasalah pendengaran.
Sesi temu bual dan pemerhatian juga seharusnya dijalankan.Selain itu, penguasaan
bahasa Inggeris juga perlu ditingkatkan supaya proses pencarian ilmu akan menjadi
lebih mudah.
Kesimpulannya, tugasan ini benar-benar dapat meningkatkan amalan nilai
professional saya sebagai bakal guru kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Pada masa yang sama, tugasan ini juga mampu menjadikan saya seorang komuniti
pekak yang lebih pekak terhadap ahli-ahlinya.
PERBEZAAN BUDAYA ORANG PEKAK MALAYSIA DENGAN ORANG MENDENGAR
PERKARA YANG
DIBEZAKAN
ORANG PEKAK
MALAYSIA
ORANG MENDENGAR
Masalah pendengaran Kepekakan sebagai
budaya
Tidak suka sekiranya
mempunyai anak yang
boleh mendengar dan
menganggap sebagai
tidak normal
Anggap kepekakan
satu kecacatan dan
penyakit yang kekal
Orang pekak dianggap
tidak normal
Bahasa Menggunakan Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM)
Ayat tidak tersusun
Contoh: nasi makan
saya
Menggunakan
pertuturan biasa
Ayat tersusun
Contoh : saya makan
nasi
Komunikasi Mementingkan
ekspresi muka dan
bentuk tangan
Angguk dan buat
isyarat badan spesifik
untuk memberi respon
dalam perbualan
dengan rakan
Mementingkan verbal
semata-mata
Memberi respon
dengan hmmmmmm
atau uh-huh
Guna bahasa isyarat Panggil guna nama
Nama dengan merujuk ciri
fizikal
Tidak mengingat dan
panggil nama
keseluruhan
asal
Sosial Suka kekasih yang
mendengar dari orang
pekak
Perkahwinan selalu
gagal
Suka berjumpa di kedai
kopi dan sukar
mengakhiri perbualan
Kelam kabut
bersembang dan
banyak maklumat
tertinggal
Berkasih dengan
komuniti mendengar
Perkahwinan
kebiasannya berjaya
Suka berjumpa di kedai
kopi dan senang
mengakhiri perbualan
Sentiasa tenang dalan
bertutur
Sikap dan nilai Tarik perhatian dengan
mengetuk meja,
menepuk bahu, guna
lampu dan tepuk
tangan
Sangat peka dengan
sesuatu perkara
Sering berfikiran
negatif terhadap orang
mendengar
Boleh tunjuk secara
terus jika inginkan
Tidak boleh dianggap
biadab
Kurang peka
Biasa saja
Tidak boleh dianggap
biadab
sesuatu
Boleh bercakap
dengan mulut yang
penuh
Kanak-kanak bila buat
salah akan tutup mata
Ambil masa untuk
perkenalan pertama
dengan bertanya
pelbagai soalan
Berpelukan selepas
berkenalan
Tidak boleh dianggap
biadab
Kanak-kanak bila buat
salah tutup telinga
Ambil masa sekejap
sahaja dengan ucap
selamat berkenalan
Bersalaman sahaja
Kebergantungan terhadap
teknologi
Sangat bergantung
untuk berhubung
Guna telefon dalam
mod getaran
Guna aplikasi 3g untuk
berbual dengan rakan
Biasa saja
Guna dalam mod bunyi
Tidak perlu 3g masih
boleh berbual
Hiburan Tengok wayang yang
ada sari kata
Tidak memerlukan sari
kata
Sukan Aktif terutamanya yang
dianjurkan oleh MSFD
Aktif sebagai aktiviti
riadah
Agama Kurang kerana
masalah pendengaran
Baik
yang dihadapi
Kerjaya Pekerjaan yang tidak
perlukan komunikasi
Rajin bekerja
Bebas pilih pekerjaan
yang diingini
Kadang-kala malas
PERBEZAAN BUDAYA ORANG PEKAK DI MALAYSIA DENGAN ORANG PEKAK DI
AMERIKA SYARIKAT
PERKARA ORANG PEKAK
MALAYSIA
ORANG PEKAK AMERIKA
SYARIKAT
Bahasa Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM)
Guna kedua-dua
belah tangan
Perbendaharaan kata
kurang
American Sign
Language (ASL)
Guna sebelah tangan
Perbendaharaan kata
banyak
Sosial Persahabatan dengan
orang mendengar
kurang erat
Berkahwin dengan
orang normal
Persahabatan dengan
orang mendengar erat
Berkahwin dengan
orang pekak
Pendidikan Biasa
Sekolah rendah dan
menengah sahaja juga
di universiti
danpoliteknik terpilih
Tahap pendidikan
pengasas persatuan
pekak rendah iaitu
PMR, SPM, dan
STPM
Luar biasa
Ada universiti khas
Tahap pendidikan
pengasas persatuan
pekak tinggi peringkat
universiti
Komunikasi Biasa Meluas
Teknologi dan hiburan Tengok wayang dan
menggunakan
teknologi
Tengok wayang dan
menggunakan
teknologi
Agama Islam Kristian
RUJUKAN
Carol Padden. Deaf Culture. Dilayari pada 18 februari 2012 di URL http:// www2. palomar.edu/users/jbaker4/deaf-culture-web-resources.pdf
Dr . Abdullah Yusof, (2007). HBSE 1103 Pengenalan Pendidikan Khas.Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Marzuki Ong.Tahap Pendidikan Pengasas Persatuan Orang Pekak. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL http://harapanpekakmalaysia.blogspot.com/search?
updated-max=2011-08-24T11:06:00%2B08:00&max-results=3
Ron Southwick. Deaf culture ii. Dilayari pada 17 Februari 2012 di URL http://www.deafworldministries.com/article2.html
Safani bin Bari.(2006).HBSH 1103 Psikologi dan Perkembangan Kanak – Kanak Masalah Pendengaran.Selangor:Open University Malaysia.
Sharon Woo, (2006). Understanding Deaf Culture Malaysia Perspective.Kuala Lumpur: Majudiri Y Foundation for the Deaf.
Sheikh Othman bin Sheikh Salim, (1996). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tiada Nama Pengarang. Deaf Culture and Community . Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL http://www.deafeducation4parents.com/culture.html
Tiada nama Pengarang. Deaf in America. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL http://www.answers.com/topic/deaf-in-america
Tiada Nama Pengarang. Persatuan Orang Pekak di Malaysia. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL.http: //mydeaf. blogspot. com/ 2008/ 05/ persatuan-orang-pekak-di-
malaysia.html
Tiada Nama Pengarang.American Sign Language & Deaf Culture in America. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL http://library.thinkquest.org/11942/asl.html
Tiada Nama Pengarang.Transcript: An Exploration of Deaf Culture. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URLhttp://www.npr.org/ templates/ story/story. php?storyId
=447 6250 &ps=rs Wikipedia. Deaf Culture. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL http://en. Wikipedia. org/wiki/Deaf_culture#cite_note-mindess2006-3
William Vicars. Deaf Culture. Dilayari pada 18 Februari 2012 di URL http://www.lifeprint.com/asl101/pages-layout/culture1.htm