peperiksaan setengah tahun sejarah tingkatan 4

Upload: gina-hong-hong

Post on 14-Apr-2018

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    1/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 11

    1249/1SEJARAHKertas 1

    NAMA :

    PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHUN 2013 - Kertas 1249/2

    SEJARAH Tingkatan 4, Kertas 2AUGUST 2013

    2 Jam Dua Jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGADIBERITAHU

    1. Tulis nama anda pada ruang yang disediakan.

    2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian A dan Bahagian B

    3. Jawab semua soalan di Bahagian A dan tiga soalan

    daripada Bahagian B

    4. Tulis jawapan bagi Bahagian A dalam ruang yangdisediakan dalam kertas soalan

    5. Tulis jawapan bagi Bahagian B pada kertasjawapan yang berasingan.

    6. Markah peruntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan

    7. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir masa peperiksaan.

    8. Murid - murid tidak dibenarkan merujuk buku teks atau manamana buku rujukan

    SULIT

    Untuk Kegunaan Pemeriksa

    Bahagian SoalanMarkahPenuh

    MarkahDiperoleh

    A

    1 10

    2 10

    3 10

    4 10

    B

    5 20

    6 20

    7 20

    8 20

    9 20

    Jumlah 100

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    2/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 12

    BAHAGIAN A

    Soalan Struktur[ 40 markah ]

    Jawab semua soalan

    Zaman prasejarah boleh dibahagikan kepada empat tahap utama.

    1. (a) Apakah kaedah yang digunakan untuk mengkaji zaman prasejarah?

    .

    (1 markah)

    (b) Berikan dua tahap utama dalam zaman prasejarah.

    i.

    ii.

    (2 markah)

    (c) Nyatakan kawasan petempatan masyarakat Paleolitik

    i. ii.

    (2 markah)

    (d) Berikan tiga ciri kehidupan pada zaman Neolitik .

    i. ..

    ii. .

    iii.

    (3 markah)

    (e) Namakan dua buah bandar purba dalam zaman prasejarah.

    i. .

    ii. .

    (2 markah)

    2. Agama dan kepercayaan menjadi salah satu ciri utama dalam pembentukan dan peningkatantamadun manusia.

    (a) Apakah yang anda faham tentang agama

    (2 markah)

    (b) Namakan kitab suci bagi setiap agama di bawah

    i. Agama Hindu :

    ii. Agama Buddha :

    iii Agama Islam :

    (3 markah)

    (c) Nyatakan dua kebenaran mulia yang terdapat dalam agama Buddha.

    i.

    ii. ..

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    3/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 13

    (2 markah)

    (d) Pada pandangan anda, mengapakah manusia perlu beragama?

    i.

    ii. ..

    (3 markah)

    3. Nabi Muhammad s.a.w. telah diangkat menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.

    (a) Namakan wahyu pertama yang diterima Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hirak...

    (1 markah)

    (b) Nyatakan tiga sifat terpuji yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w.

    i. .

    ii. .

    iii ..(3 markah)

    (c) Nyatakan hubungan Qasim, Abdullah dan Ibrahim dengan Nabi Muhammad s.a.w

    i. ..(1 markah)

    (d) Nyatakan tiga bentuk pemulauan yang diterima Nabi Muhammad s.a.w. sewaktumenyampaikan Islam di Makkah.

    i.

    ii.

    iii. ..(3 markah)

    (e) Berikan dua nilai murni yang dibawa oleh Islam kepada umat manusia.

    i.

    ii. . ..(2 markah)

    4. Setelah hampir 8 tahun Nabi Muhammad s.a.w. tinggal di Madinah, akhirnya baginda dapatmenguasai semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan 8 Hijrah.

    (a) Berikan tiga kepentingan Kota Makkah kepada umat Islam.

    i. .

    ii. .

    iii. .(3 markah)

    (b) Mengapakah baginda mengambil tindakan menguasai semula Kota Makkah?

    i. ...

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    4/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 14

    ii. (2 markah)

    (c) Namakan dua pemimpin pasukan tentera Islam yang terlibat dalam tindakan menguasai semulaKota Makkah.

    i.

    ii. ....(2 markah)

    (d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan tiga kepentingan pembukaan semula Kota Makkah.

    i.

    ii.

    iii. ..(3 markah)

    BAHAGIAN B

    Soalan Esei[ 60 markah ]

    Jawab tiga soalan sahaja

    5. Tamadun Indus muncul sekitar tahun 2500 S.M.adalah antara tamadun yang terawal di dunia .(a) Huraikan ciri-ciri tamadun Indus [8 markah](b) Huraikan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat tamadun Indus [6 markah](c) Apakah sumbangan tamadun Indus kepada ketamadunan manusia [8 markah]

    6. Peningkatan tamadun dari aspek sosial meliputi perkara seperti pendidikan dan falsafah.

    (a) Huraikan sistem pendidikan Tamadun Yunani. [8 markah](b) Huraikan sistem pendidikan Tamadun India [8 markah](c) Bincangkan kepentingan pendidikan kepada masyarakat hari ini [4 markah]

    7. Kerajaan Agraria

    Kerajaan Awal di Asia Tenggara

    Kerajaan Maritim

    (a) Huraikan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan agraria. (8 markah)(b) Terangkan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor (6 markah)

    (c) Jelaskan hubungan saling bergantung antara kerajaan Agraria dengan kerajaan maritim. (6 markah)

    8. Usaha-usaha untuk menyebarkan agama Islam di Kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w.telah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy.

    a) Apakah faktor yang menyebabkan orang Quraisy enggan menerima ajaran Islam pada peringkatawal penyebarannya. (8 markah)

    b) Huraikan cara penentangan orang Quraisy Makkah terhadap dakwah Islamiah yangdibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. (6 markah)

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    5/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 15

    (a) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menghadapipenentangan orang Quraisy Makkah? (6 markah)

    9. Mengikut ajaran Islam peperangan tidak dibenarkan kecuali bertujuan untuk mempertahankanmaruah diri, agama dan negara.

    a) Jelaskan keadaan-keadaan yang membenarkan umat Islam berperang (6 markah)b) Terangkan prinsip-prinsip peperangan yang telah digariskan oleh Islam. (8 markah)c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

    Islam berkembang bukannya melalui peperangan. (6 markah)

    Disediakan oleh Cikgu Stevinc Ooi

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    6/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 16

    SKEMA JAWAPAN

    Soalan StrukturSoalan 1

    a Arkeologi(1m)

    b Zaman Paleolitik

    Zaman MesolitikZaman NeolitikZaman Logam (4x1 mak 2)

    c Di tepi tasikDi tepi sungaiDi dalam gua (3x1 mak 2)

    d Mencipta perahuMencipta rumahMeneroka hutanMeningkatkan kegiatan perdaganganBercucuk tanamMenternak binatang (6x1 mak 3)

    e JerichoCatal Huyuk (2x1 =2)

    Soalan 2

    a KepercayaanPegangan

    AjaranPedoman (4x1 mak 2)

    b (i) Veda(ii) Tripitaka(iii) Al-Quran (3x1 = 3)

    c Dukka/ Penderitaan

    Samudaya/ sebab penderitaanNirodha/ nafsu pembawa penderitaanMarga/ cara memadamkan nafsu dan keinginan (4x1 mak 2)

    d Sebagai pedomanMembimbing manusiaMembentuk tingkah laku manusiaMemenuhi keperluan manusiaMana-mana jawapan munasabah diterima (mak 3)

    Soalan 3.

    a Surah al-Alaq (1m)b a) - siddiq/dipercayai

    - amanah/berkata benar- tabliq/menyampaikan (F.A.S.T)- fatanah/bijaksana- pengasih/penyayang- bertimbang rasa- sederhana- pemaaf (8x1 mak3)

    c Anak lelaki Nabi Muhammad s.a.w (1m)

    d Tidak berjual beli/berniaga dengan keluarga bagindaTidak memberikan pertolongan

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    7/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 17

    Tidak berkahwin dengan angota keluarga bagindaMenulis pernyataan tentang pemulauanMenggantung pernyataan di Kaabah (5x1 mak 3)

    e BekerjasamaSaling membantu

    AdilKesederhanaan

    Kasih sayangMana-mana jawapan yang munasabah ( mak 2)

    Soalan 4a Tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

    Tempat lahirnya IslamTempat turunnya wahyuTempat beribadat orang IslamKota suci orang IslamTerdapat Kaabah/kiblat umat Islam (6x1 mak3)

    b Orang Quraisy melanggar perjanjian HudaibiyahTidak menghormati hak kebebasan yang dipatuhi bersama

    Orang Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang memeluk Islam(3x1 mak 2)

    c Khalid bin al-WalidAbu Ubaidah al-JarrahSaad bin UbaidahZubair bin al-Awwam (4x1 mak 2)

    d Kaabah terpelihara daripada unsur JahiliyahMasyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan IslamPembuka jalan kea rah penyebaran IslamDakwah Islam tersebar secara amanMewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuatMana-mana jwapan yang munasabah diterima ( mak 3)

    Soalan 55 (a) Ciri-ciri tamadun Indus

    F1 - Wujud petempatan kekalF2 - Wujud bandar yang terancangH2a - Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaanH2c - Bahagian kedua ialah kawasan perumahanF3 - Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan geometriF4 - Setiap bandar mempunyai sistem kumbahanF5 - Bandar menggunakan sistem perhubungan jalan raya dan sungaiF7 Organisasi sosial terbahagi dua iaitu golongan atasan dan bawahanH7b Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang

    H7c - Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruhF8 - Menjalankan pengkhususan pekerjaanC8a seperti perdagangan dan PertanianF9 - Mengamalkan satu amalan agamaC9a - patung proto-siva dan percaya kepada Tuhan IbuH10 Mempunyai tulisan berbentuk piktograf [20 x 1 = max 8 markah]5 (b) K egiatan ekonom i

    F1- Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomiC1a- seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatanF2- Mempunyai pengkhususan kerja

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    8/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 18

    F3 Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan MesopotamiaH4b- Hubungan ini dibuktikan melalui penemuan cap mohorF4 Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanamH4a Terutamanya bagi tanaman makananC4a Seperti barli, kacang dan sebagainyaF5 ada ahli masyarakat yang menjadi artisanH5a Mereka terlibat dalam pembinaan

    H5b dan penghasilan barang logamH5c dan barangan tembikar [13x1 = max 6 markah ]5 (c) Sumb angan tamadun Indus kepada ketamadun an manus ia

    F1 - Kebolehan mengeksploitasi Sungai IndusH1a - untuk memajukan kehidupan harianF2 Keupayaan mewujudkan bandar terancangF3 Kemahiran ilmu geometri kesenian dan matematikF4 Batu-bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggiF5 Mempunyai ifat keterbukaanH5a dalam membuat hubungan dengan tamadun lainH5b membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatH5c dalam benntuk pertukaran teknologi

    H5d Pengaruh dari luar di sesuaikan dengan pengaruh tempatanF6 Mengajar kita kedamaian dan keamanan adalah tunjang kekuatan bangsa

    [11 x 1 = max 6 markah]Soalan 6Peningkatan tamadun dari aspek sosial meliputi pekara seperti pendidikan dan falsafah.6 a . Huraikan sistem pendidikan Tamadun Yunani. (8markah)

    F1 - bertujuan melahirkan manusia seimbangH1a - dari segi rohani dan jasmaniF2 - melahirkan manusia cemerlangH2a - yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikalF3 - menitikberatkan pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato

    membaca,menghafal dan menulis

    F4 - di Sparta pendidikan untuk melahirkan warganegara tenteraH4a - yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotaF5 - pendidikan mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan

    senjataH5a - berbanding pendidikan mentalF6 - Banyak sekolah falsafah berkembangC1 - seperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus

    6 (b) Terangkan perkembangan pendidikan dalam Tamadun India

    F1 - Bermula pada zaman vedik dan tertumpu kepada ajaran agama HinduF2 - Didominasi oleh kaum lelakiF3 - Golongan wanita tidak berpeluang menerima pendidikanF4 - Pembelajaran berkaitan dengan kitab-kitab veda

    F5 - Bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaranF6 - Menggunakan kaedah hafalan untuk mendalami kitab-kitab vedaF7 - Pendidikan bertujuan untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas matiF8 - Mereka diajar hokum agama dan nilai murni supaya dapat hidup sempurnaF9 - Sebelum lahir kolej Brahman, pendidikan diberi di istana dan di rumahF10- Pendidikan tinggi diberikan di Kolej BrahmanF11- Lahir universiti agama Buddha di NalandaF12- Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan, seseorang harus menghafal

    pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera danlagu-lagu agama.

    F13- Mereka juga harus mempelajari karya saintifik dan falsafah

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    9/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 19

    F14- Pendidikan untuk meningkatkan ilmu sainsF15- Pendidikan bertujuan untuk menambahkan ilmu, mengatasi buta huruf dan

    mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.(15 x 1 maks 8 markah)

    6 (c) Nyatakan kepentingan pendidikan kepada masyarakat hari ini.

    F1 - Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidangF2 - Meningkatkan tahap intelek yang membawa kepada peningkatan dalam bidang lain

    F3 - Melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmaniF4 - Melahirkan golongan professionalF5 - Mengatasi buta hurufF6 - Mendapatkan jawatan dalam sektor kerajaanF7 - Meningkatkan kemajuan negara (7 x 1 maks 4 markah)

    Soalan 77. (a) Ak tiviti ekon om i

    F1 menjalankan aktiviti bercucuk tanamF2 Penanaman padi sawahF3 Penanaman padi humaF4 Tanaman sampingan diusahakan

    C4a Seperti pisang, jagung, keledek dan sayuranF5 - Menghasilkan pelbagai jenis rempahC5a seperti cengkih dan lada hitamF6 Mengumpul hasil hutanC6 Kayu gaharu, kapur barus, dammar, cendana dan pelbagai jenis buahF7 Mengambil sarang burung dari guaH7a Untuk tujuan perdaganganF8 menangkap ikanF9 _ mendapatkan kulit kura-kuraF10 Menternak binatangC10a Seperti lembu, kerbau, kambing dan ayamF11 Pertanian bertujuan untuk sara diri

    F12 jika terdapat lebihan akan dipasarkan (17x1 mak 8 markah)7 (b) Jelaskan kepentin gan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angko r

    F1 - Membekalkan sumber air minumanF2 - Kawasan sekitar Tasik Tonle Sap amat suburH2a- Pada musim tengkujuh limpahan air dari Sungai Mekong akan mengalir ke

    Tasik Tonle SapH2b- Pada musim kemarau, kawasan sekitarnya subur disebabkan mendapan lumpurF3 - Membekalkan sumber proteinH3a- Tasik Tonle Sap membekalkan sumber ikan air tawar kepada penduduk sekitarF4 - Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi menggunakan

    terusan dan sistem pengairanF5 - Sumber air dari Tasik Tonle Sap mampu menampung keperluan penanaman padi

    H5a- Membolehkan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor(9 x 1 maks 6 markah)7 (c) Jelaskan hubu ngan sal ing bergantung antara kerajaan agraria dengan kerajaan marit im.

    F1 - Kerajaan agrarian membekalkan sumber makanan kepada kerajaan maritimH1a- Beras menjadi barang dagangan utama kerajaan maritim dengan kerajaan agrariaF2 - Kerajaan agrarian membekalkan bahan seperti kayu kepada kerajaan maritimH2a- Membolehkan kerajaan maritim membina kapalC2a- Contohnya mendapatkan bahan kayu dari kerajaan Pegu di BurmaF3 - Kerajaan agraria membekalkan binatang kenderaan diraja seperti gajahC3a- Gajah diperoleh daripada kerajaan agrarian di Burma dan SiamF4 - Kerajaan agrarian membekalkan tukang kayu dan tukang batu yang baik kepada

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    10/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 110

    kerajaan maritimF5 - Kerajaan agrarian memperoleh barangan mewah dari luar negara melalui kerajaan

    maritimC5a- Contohnya tembikar dari China, tekstil dari India dan China, serta gelas dan manikH5a- Barangan mewah ini menjadi lambing keagungan dan kemewahan kerajaan agrariaH5b- Kerajaan maritime menukarkan barangan mewah ini dengan bahan makanan dan

    hasil hutan (12 x 1 maks 6 markah)

    Saoalan 8

    8. Nabi Muhammad mengarahkan orang Islam berhi jrah ke Madinah

    8 (a) Apakah faktor yang menyebabkan orang Quraisy enggan menerima ajaran Islam pada

    peringkat awal peny ebarannya.

    F1 - Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan orang Arab Quraisy dengan Islam.H1a- Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa.H1b- Orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamakan tradisi turun-temurun mereka.C1a- Menyembah patung berhala.C1b- Mempercayai animisme.F2 - Prinsip persamaan taraf sesama manusia.

    H2a- Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah.F3 - Konsep persaudaraan Islam.H3a- Bertentangan dengan konsep assabiah.F4 - Amalan dan akhlak yang keji.H4a- Seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama

    sekali oleh Islam.F5 - Tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.H5a- Mereka akan terpaksa tunduk kepada kepimpinan nabi.H5b- Sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah.H5c- Mengugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.F6 - Mengugat eknomi orang Arab Quraisy.H6a- Menjejaskan perusahaan mengukir patung.

    H6b- Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah.H6c- Menghalang penyembahan berhala. (19x1 maks 8 markah)

    8 (b) Huraikan cara penentangan orang Quraisy Makkah terhadap dakwah Islamiah yang

    dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    F1 - Nabi Muhammad s.a.w. dicemuhF2 - diganggu semasa beribadat.F3 - Penyair Quraisy mengejek ajaran IslamH3a- melalui puisi.F4 - Memujuk Nabi Muhammad s.a.w.H4a- meninggalkan dakwah IslamiahH4b- dengan membuat tawaranC4b - harta, pangkat dan wanita.

    F5 - Memulau Nabi Muhammad dan keluarga.F6 - Merancang untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. (10X1 maks 6 markah)8 (c ) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhamm ad s.a.w. untuk menghadapi

    penentangan orang Quraisy Makkah?

    F1 - Mereka yang berada diminta memberi bantuanH1a- kepada golongan yang ditindasH1b- dan diseksa.F2 - Nabi Muhammad s.a.w. membenarkn umat Islam berhijrahH1a- untuk mendapatkan perlindungan.C1a- ke HabsyahF3 - Nabi Muhammad s.a.w. merancang ke Taif

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    11/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 111

    F4 - Nabi Muhammad mengarahkan orang Islam berhijrah ke Madinah(8X1 maks 6 markah)

    9. Mengikut ajaran Islam peperangan tidak dibenarkan kecual i bertujuan un tuk m empertahankan

    maruah dir i , agama dan negara.

    9 (a) Jelaskan keadaan-keadaan yang membenarkan umat Islam berperang

    F1- Apabila diserang oleh musuh.

    F2- Untuk mencari keamanan.F3- Menjaga tempat ibadatF4- Menentang kezalimanF5- Mempertahankan diriF6- Mempertahankan maruah agama,F7- bangsaF8- dan negara (8X1 maks 6 markah)

    9 (b) Terangkan prinsip-prinsip peperangan yang telah digariskan oleh Islam.

    F1 Tentera Islam tidak dibenarkan membunuh orang yang lemahH1a- Orang tua/Kanak-kanak/Wanita/Orang sakit/Orang yang menyerah diriF2 Tidak dibenarkan membunuh sesuka hatiH2a- Binatang ternakan

    H2b- Tanam-tanaman.F3 - Dilarang menceroboh tempat ibadatC3a - Tempat ibadat agama lain seperti Yahudi, NasraniF4 - Mengamalkan akhlak yang muliaH4a- Saling bertolak ansurH4b- Menunjukan teladan yang baik. (10x1 maks 8 markah)

    9 (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kemukakan bukti-bukti yang menunjukkan

    bahawa Islam berkembang bukanny a melalui peperangan.

    F1 Nabi Muhammad s.a.w tidak memaksa mereka memeluk Islam.F2 Menggunakan kaedah diplomasiF3 Menghantar perutusanH3a ke Rom/Rom Timur/Parsi/Mesir/Habsyah

    F4 Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya menunjukkan nilai-nilai yang baik.F5 Islam tidak membenarkan peperanganF6 Mempertahankan maruah diri/agama/negaraF7 Boleh dilakukan dengan keizinan Allah s.w.tF8 Menyeru mereka memeluk Islam melalui warkahF9 Ingin mewujudkan persefahaman dengan wilayah tersebut (8x1maks 6 markah)

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    12/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 112

    1249/1SEJARAHKertas 1

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pad akertas jawapan.

    4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.

    5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    SEJARAH TINGKATAN 4Kertas 11 Jam

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    13/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 113

    Nomad

    1. Mengapa manusia Zaman Paleolitik dikatakan hidup secara nomad?A. Tidak tahu cara bercucuk tanam

    B. Sering berpindah randah dalam kelompok kecil

    C. Hanya mencari sumber makanan yang tumbuh liar

    D. Berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput rampai

    2. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan perkataan tamadun?I. Madana

    II. Civitas

    III. Bandar

    IV. Madani

    A. I,II dan III

    B. I,II dan IV

    C. I,III dan IV

    D. II,III dan IV

    3. Mengapa masyarakat Mesir amat menghormati mayat yang dimakamkan

    A. Kepercayaan kehidupan selepas kematian.

    B. Menghormati kematian nenek moyang

    C. Roh si mati menganggu manusia

    D. Roh simati menjadi burung

    4. Apakah sebab yang membawa kepada kejatuhan tamadun Mesopotamia

    A. Serangan orang-orang gasar

    B. Rampasan kuasa oleh pembesar

    C. Perluasan kuasa oleh kerajaan Parsi

    D. Berlakunya bencana alam yang teruk

    5. Perkembangan ilmu matematik dan astronomi sangat membantu masyarakat Mesir

    mengendalikan sungai di atas dengan cara

    A. meramalkan kejadian banjir

    B. membantu meningkatkan pendapatan petani

    C. meramalkan arah tiupan angin

    D. menjangkakan keadaan cuaca

    Cara hidup manusia zaman Paleolitik

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    14/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 114

    6. Mengapakah masyarakat Lembah Indus menyembah Tuhan Ibu?

    A. Tuhan Ibu adalah jelmaan Dewa Siva

    B. Tuhan Ibu melindungi kanak-kanak

    C. Tuhan Ibu menjamin kesejahteraan negara

    D. Tuhan Ibu melambangkan kesuburan

    7. Bagaimanakah masyarakat Indus menghasilkan batu bata?

    A. Menggunakan ceper

    B. Menggunakan tanah liat

    C. Membakar dengan suhu tinggi

    D. Dijemur dengan panas matahari

    8. Golongan hamba dalam dinasti Shang berfungsi sebagai

    I pencipta barangan

    II pekerja buruh

    III tentera paksaan

    IV korban upacara penyembahan

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    9. Sistem pemerintahan demokrasi Yunani mempunyai persamaan dengan sistem demokrasi

    di Malaysia dari segi

    A. Raja sebagai ketua kerajaan

    B. Dewan Rakyat meluluskan belanjawan Negara

    C. Rakyat terlibat dalam pemerintahan

    D. Dewan Negara diterajui oleh Perdana Menteri

    Beraja

    Oligarki

    X

    Aristokrasi

    Demokrasi

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    15/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 115

    10. Dalam susuanan pemerintahan tamadun Yunani di atas, X merujuk kepada

    A. teokrasi

    B. republik

    C. tiraniD. konsul

    11. Apakah kepentingan Perang Kalinga kepada tamadun India?

    A. permulaan perluasan kuasa

    B. penyebaran agama Buddha

    C. penyebaran agama Hindu

    D. permulaan penyatuan seluruh India

    12. Antara berikut yang manakah boleh dikaitkan dengan Julius Caesar?

    I. menjadi diktator

    II. menamatkan sistem republik

    III. dibunuh oleh penyokong Pompey

    IV. menyebarkan kebudayaan Hellenistik

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    13. Kitab undang-undang Hindu yang paling tua dikenali sebagai

    A. Buddhagupta

    B. Yajur Veda

    C. Mahabrata

    D. Dharma Sastra

    14. Golongan Brahmin dalam tamadun India amat berpengaruh dan dihormati. Mengapakah

    keadaan ini berlaku?

    A. tergolong dalam kasta tinggi

    B. mahir dalam undang-undang

    C. menguasai ritual keagamaan

    D. mencipta mantera, doa dan lagu agama

    15. Apakah sumbangan Chandragupta Maurya dalam tamadun Indus ?

    A. mengembangkan ajaran Hindu_buddha

    B. Meluaskan Empayar Maurya ke Mysore

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    16/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 116

    C. Memperkenalkan penggunaan mata wang emas

    D. Mengubah status raja kepada Maharaja

    16. Mengapakah tempat awam dijadikan sebagai tempat untuk meletakkan Undang-undang

    Papan Dua Belas bagi kerajaan Rom

    A. Kawasan lapang

    B Kajian peperiksaan

    C. Tatapan rakyat

    D. Panduan hakim

    17. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Peperiksaan Awam di China?

    I. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di hadapan maharaja

    II. Merupakan peperiksaan yang tertua di dunia

    III. Mereka yang menduduki peperiksaan akan dikurung

    IV. Mereka yang meniru akan dikenakan hukuman mati

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    Kehidupan manusia dipenuhi dengan penderitaan dan kesengsaraan akibat kehendak manusiaYang mementingkan hawa nafsu.

    18. Pernyataan tersebut dapat dikaitkan dengan agama

    A. Buddha

    B. Hindu

    C. Islam

    D. Kristian

    19. Beliau terkenal dengan gelaran Bapa Perubatan. Selain itu beliau juga pakar dalam bidang

    anatomi. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

    A. Aristotle

    B. Phytagoras

    C. Hippocrates

    D. Archimedes

    I Tsing

    Afisa

    20. Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas?

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    17/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 117

    A. Wakil maharaja China ke Asia Tenggara

    B. Pernah mendalami agama Buddha di Sri Vijaya

    C. Mengasaskan agama Buddha di Asia Tenggara

    D. Pernah menjadi penasihat raja di Asia Tenggara

    Iskandar Zulkarnain -Empayar YunaniJulius Caesar -Empayar Rom

    Asoka -Dinasti MauryaShih Huang Ti -Dinasti Chin

    21. Dasar utama yang diamalkan oleh keempat-empat pemerintah di atas ialah

    A perluasan kuasa

    B penyebaran kebudayaan

    C pengembangan keilmuan

    D peningkatan perdagangan

    Kerajaan Angkor

    Kerajaan Sailendra

    Kerajaan Sukhotai

    22. Apakah aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh penduduk dalam kerajaan agraria ?

    I. Bercucuk tanam

    II. Mengumpul hasil laut

    III. Menjadi ahli pelayaran

    IV. Mengumpul hasil hutan

    A. I dan II

    B. II dan III

    C. III dan IV

    D. I dan IV

    23. Lokasi berikut paling tepat dengan kerajaan maritim di Asia Tenggara.

    A. Pesisiran pantai dan kepulauan

    B. Delta dan tasik

    C. Pedalaman dan hutan

    D. Tanjung dan selat

    24. Antara berikut kerajaan yang manakah tergolong dalam kerajaan maritim?

    I. Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi

    II. Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman

    III. Kerajaan Dvaravati di Sungai Menom

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    18/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 118

    IV. Kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok

    A I, II dan III

    B I, II dan IV

    C I, III dan IV

    D II, III dan IV

    25. Apakah kesan pembinaan baray yang dijadikan tempat takungan air

    A Bekalan air tidak terputus apabila kemarau

    B Hasil tanaman padi telah meningkat

    C Padi yang dihasilkan lebih bermutu

    D Padi hidup subur di musim kemarau

    26. Mengapakah bahasa Melayu menjadi lingua franca dalam urusan perniagaan ?

    A. Orang Melayu telah menjadi pelaut, pedagang dan peneroka

    B. Bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah dipelajari

    C. Pedagang Melayu menyebarkannya ke tempat lain

    D. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang terkenal

    27. Golongan yang terlibat dalam penyebaran pengaruh Hindu-Buddha ke Asia Tenggara ialah

    I. Rakyat

    II. Tentera

    III. Pendeta

    IV. Pengembara

    A. I dan II

    B. II dan III

    C. III dan IV

    D. I dan IV

    28. Apakah kepentingan bahasa dan tulisan Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia

    Tenggara?

    I. Bahasa istana

    II. Bahasa keagamaan

    III. Bahasa sarjana

    IV. Bahasa lingua franca

    A. I dan II

    B. II dan III

    C. III dan IV

    D. I dan IV

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    19/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 119

    29. Konsep jahilliah dikatakan berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab iaitujahala.

    Apakah yang dimaksudkan dengan jahala?

    A. Tidak bertamadun.

    B. Tidak mempunyai peraturan

    C. Tidak mempunyai kepercayaan

    D. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

    Masyarakat Arab Jahilliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral

    30. Antara berikut, pernyataan manakah paling tepat untuk menerangkan keadaan tersebut?

    A. Mereka tidak suka membaca.

    B. Mereka menyembah pelbagai tuhan.

    C. Mereka suka berjudi, berzina dan minum arak.

    D. Mereka mementingkan sistem kekeluargaan sendiri.

    X Disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s.

    Penganutnya dipanggil Hunafa

    31. Berdasarkan maklumat di atas, agama X merujuk kepada agama.

    A. agama Animisme

    B. agama Hanif

    C. agama Samawi

    D. agama Wathani

    32. Apakah faktor kemunculan semangat assabiah?

    I. Struktur sistem kabilah yang berasaskan kesukuan.

    II. Kehidupan mereka terasing daripada kabilah yang lain.

    III. Semangat ingin memajukan kawasan masing- masing.

    IV. Keadaan geografi dan tempat tinggal mereka yang kering-kontang.

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    33. Apakah ramalan tersebut?

    A. Nabi Muhammad s.aw. akan menjadi seorang rasul.

    B. Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi peniaga yang berjaya.

    Seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira telah meramalkan sesuatu tentang diriNabi Muhammad s.a.w.

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    20/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 120

    C. Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi penakluk yang hebat.

    D. Nabi Muhammad s.a.w. akan dibunuh oleh orang Quraisy.

    34. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-Amin?

    A. Pemaaf dan pengampun

    B. Suka membantu golongan miskin

    C. Bersifat amanah dan dipercayai

    D. Bergaul dengan semua orang.

    35. Antara berikut pernyataan manakah mengenai latar belakang Nabi Muhammad s.a.w.?

    I. Disusui dan dibela oleh Halimatus Sadiyah.

    II. Dilahirkan pada Tahun Gajah sempena serangan tentera bergajah.

    III. Mengikuti rombongan perniagaan datuknya ke Syam ketika berusia 12 tahun.

    IV. Mengembala kambing kepunyaan Abdul Muttalib ketika masih kecil.

    A. I dan II

    B II dan III

    C. III dan IV

    D. I dan IV

    36. Apakah persamaan tokoh- tokoh di atas dengan penyebaran dakwah Islamiah di

    Makkah?

    A. Mereka golongan terawal memeluk Islam.

    B. Membantu Nabi s.a.w. berlindung di Gua Hirak

    C. Menolong Nabi s.a.w. melakukan Hijrah di Habsyah.

    D. Memberi modal kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

    37. Apakah peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika dakwah

    Islamiah disampaikan di Bukit Safa?

    A. Semua pembesar Quraisy memeluk IslamB. Pemuda Quraisy mengepung dan ingin membunuh Nabi s.a.w.

    C. Abu Lahab berdebat dan menghina baginda sehingga terganggu dakwah yang

    disampaikan.

    D. Sekumpulan orang Islam dibunuh dengan kejam oleh pemuda Quraisy Makkah.

    - Uthman bin Affan- Zubair bin Awam- Al-Arqam bin Abu Arqam- Ali bin Abu Talib

    - Bilal bin Rabah

    - Amir bin Fuhairah

    - Zunainah

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    21/22

    SULIT 1249/ 1

    SULIT 1249/ 121

    38. Apakah persamaan antara tokoh-tokoh di atas

    A. Pembesar Quraisy yang kaya.

    B. Penentang kepada penyebaran Islam.C. Pernah diseksa oleh orang Arab Quraisy.

    D. Panglima tentera Islam yang terkemuka.

    39. Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam yang disampaikan oleh

    Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka?

    I. Menggugat pengaruh dan kedudukan mereka.

    II. Islam mengamalkan prinsip persamaan taraf.

    III. Sikap dan peribadi Nabi s.a.w. tidak disenangi.

    IV. Ajaran Islam menggugat perusahaan mengukir patung.A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. I, III dan IV

    D. II, III dan IV

    40. Mengapakah Nabi Muhammad mengambil tindakan di atas?I. Mencari perlindungan.

    II. Meneruskan penyebaran Islam.

    III. Menggelakkan tentangan orang Quraisy.

    IV. Memenuhi jemputan penduduk tempatan.

    A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

    Disediakan oleh Cikgu Stevinc Ooi

    Berhijrah ke Habsyah

    Berhijrah ke Taif

    Berhijrah ke Madinah

  • 7/29/2019 Peperiksaan Setengah Tahun Sejarah Tingkatan 4

    22/22

    SULIT 1249/ 1

    Isikan jawapan pilihan anda dengan menulis jawapan

    A, B, C, atau D di dalam ruang jawapan yang disediakan.

    No.Soalan

    PilihanJawapan

    No.Soalan

    PilihanJawapan

    1 =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    21 =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    =

    2 22

    3 23

    4 24

    5 25

    6 26

    7 27

    8 28

    9 29

    10 30

    11 31

    12 32

    13 33

    14 34

    15 35

    16 36

    17 37

    18 38

    19 39

    20 40