pentomen

4
Tajuk : Dadah Membawa Padah Pencerita : Ali seorang pelajar yang rajin dan pintar. Dia sering dipuji oleh guru kerana sikapnya yang baik. Sehinggalah suatu hari datang seorang pelajar baru bernama Naim telah masuk ke kelas 4 Bestari iaitu kelas Ali. Ali berkawan rapat dengan Naim. Ali : hai saudara.. nama saya Ali, kamu? Naim : saya Naim. Saya baru berpindah ke sekolah ini. Pencerita : Namun, Ali tidak mengetahui bahawa Naim sebenarnya bukanlah seorang pelajar yang baik kerana dia suka mencuri dan merupakan seorang penagih dadah. Pencerita : pada suatu hari, Naim telah mengajak Ali ke rumahnya selepas pulang dari sekolah dengan alasan ingin mengulangkaji bersama. Namun, setiba di rumah Naim.. dia telah mengajak Ali untuk mencuba dadah yang biasa diambilnya. Mujurlah Ali menolak dengan ajakan Naim itu. Naim : Ali, kamu mahu mencuba sesuatu yang baru tak? Ali : apa dia Naim? Naim : cuba kamu rasa benda ni.. Ali : benda apakah itu? Tidak pernah ku lihat Naim : ha… inilah yang orang panggil ais.. kau akan rasa hebat selepas mencubanya Ali : ais?? Eh tidak mahu la… ku lihat pun tidak berselera.. lainlah kalau kau bagi aku Milo ais ka… ok jugak. Hilang sikit dahaga aku ni. Naim : hurmmm kau belum cuba lagi Ali.. dah cuba baru kau tahu power tak power Benda ni. Ali : tak pa la Naim, terima kasih sahaja.. aku balik dulu, aku dah janji nak tolong ibu Aku di kebun petang ini.

Upload: bibie-bet

Post on 21-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

lakonan sempena minggu anti dadah

TRANSCRIPT

Tajuk : Dadah Membawa PadahPencerita : Ali seorang pelajar yang rajin dan pintar. Dia sering dipuji oleh guru kerana sikapnya yang baik. Sehinggalah suatu hari datang seorang pelajar baru bernama Naim telah masuk ke kelas 4 Bestari iaitu kelas Ali. Ali berkawan rapat dengan Naim. Ali : hai saudara.. nama saya Ali, kamu?Naim : saya Naim. Saya baru berpindah ke sekolah ini.Pencerita : Namun, Ali tidak mengetahui bahawa Naim sebenarnya bukanlah seorang pelajar yang baik kerana dia suka mencuri dan merupakan seorang penagih dadah.Pencerita : pada suatu hari, Naim telah mengajak Ali ke rumahnya selepas pulang dari sekolah dengan alasan ingin mengulangkaji bersama. Namun, setiba di rumah Naim.. dia telah mengajak Ali untuk mencuba dadah yang biasa diambilnya. Mujurlah Ali menolak dengan ajakan Naim itu.Naim : Ali, kamu mahu mencuba sesuatu yang baru tak?Ali : apa dia Naim?Naim : cuba kamu rasa benda ni..Ali : benda apakah itu? Tidak pernah ku lihatNaim : ha inilah yang orang panggil ais.. kau akan rasa hebat selepas mencubanyaAli : ais?? Eh tidak mahu la ku lihat pun tidak berselera.. lainlah kalau kau bagi aku Milo ais ka ok jugak. Hilang sikit dahaga aku ni.

Naim : hurmmm kau belum cuba lagi Ali.. dah cuba baru kau tahu power tak power Benda ni.

Ali : tak pa la Naim, terima kasih sahaja.. aku balik dulu, aku dah janji nak tolong ibu Aku di kebun petang ini.Pencerita: keesokkan harinya, selepas pulang dari sekolah, Naim mengajak Ali untuk lepak lagi dirumahnya. Naim sekali lagi menghasut Ali untuk mencuba dadah.. berjayakah Naim kali ini? masih utuh ka hati Ali? Kita saksikan kesudahan selanjutnya..Naim : Ali, masih ada lagi ni lebihan stok kemarin jom la aku belanja kau, barang baik niAli : eh tak mahu la.. takut pulak aku nak mencuba.. tak pasal-pasal aku sakit nantiNaim : ala kau ni penakutla.. tak sakit punyalah, ko akan lebih bertenaga lepas ni. Percayalah cakap aku.Ali : errmmm boleh la.. kali ni jer tau.Naim : ha macam ni la baru anak jantan.Pencerita : setelah mencuba sekali, Ali terus mencuba lagi untuk kali kedua dan seterusnya hinggalah dia telah tertagih dengan dadah yang diambilnya itu. Ali mengambil dadah setiap minggu hinggalah ia bertukar kepada setiap hari. Sikap ketagihan Ali semakin sukar di bendung hinggakan dia kerap ponteng sekolah.Pencerita : hari demi hari, sikap ali juga turut berubah Ali yang dahulu bukanlah Ali yang sekarang, sikap sopan Ali terhadap orang tua juga sudah tiada lagi. Ali sanggup melakukan apa sahaja demi untuk membeli dadah.Ali : ibu minta duit sikit?Ibu : kan ibu dah beri kemarin 20 ringgit tak kan dah habis nak.. kita kena belajar Berjimat nak kita bukan orang senang. Setelah ketiadaan ayah kau, mak kena Membanting tulang untuk kita berdua.

Ali : la berceramah pulak orang tua ni, bagi jer la duit tue aku tak minta banyak la.. 50 ringgit jer.

Ibu : ibu tak da duit nak

Ali : Aku tak percaya aku nak duit jugak!! Mari sini rantai emas tue.

Ibu : jangan nak.. inilah satu-satunya rantai pemberian arwah ayah kau kepada mak

Ali : tak kira, mari sini aku nak jugak rantai ni.

Ibu : Ali jangan nak!!!....

Pencerita : ali menggadai rantai emas ibunya lalu membeli dadah hasil daripada jualan rantai emas itu. Sikap ketagihan Ali semakin sukar dibendung lagi.

Pencerita : sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Ali dan rakannya telah diserbu dan diberkas oleh polis. Mereka akhirnya dihantar ke pusat pemulihan.

Ali : eh apa ni encik.. tangkap saya buat apa?? Saya tak bersalah cik.Polis : tak bersalah kamu kata.. ikut kami ke balai. Disana kita buat urin test.Ali : ehhhhh cik tolong la cik.. lepaskan saya.. kali ni jer.. tolongla..Polis: diam dan ikut arahan kami.. jalan!!

Pencerita : Ali menjalani pemulihan di pusat Cure and Care dibawah kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama 6 bulan. Disana, Ali mendapat bimbingan akhlak yang sebaiknya hinggalah dia insaf dan pulih sepenuhnya daripada ketagihan dadah.

Ali : bismillah hirrahman.. hirrahim... alhamdulilla.. (bacakan sampai habis surah al- Fatihah)

Pencerita : Selepas 6 bulan, Ali dibebaskan dari pusat pemulihan dan kembali semula ke rumahnya.

Polis : Ali, hari ini kamu sudah boleh pulang ke rumah.. saya harap kamu tidak akan Mengulangi lagi kesilapan kamu. Berubahlah demi kebaikan diri kamu sendiri.

Ali : terima kasih encik.. pusat ini telah banyak membantu saya tidak sabar rasanya sayaHendak bertemu ibu saya.Pencerita : sesampainya Ali di rumah

Ali : assalamualaikum ibu..

Ibu : waalaikum salam Ali..anak ibu

Ali : ibu, maafkan kesalahan Ali ibu.

Ibu : nak, ibu dah lama maafkan kau nak. Ibu bersyukur akhirnya kau dah sedar

Ali : ibu, Ali berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama seperti dulu.. Ali akan Berusaha menjadi anak yang baik mulai dari sekarang.

Pencerita : DADAH PEROSAK BANGSA DAN NEGARA. JAUHI DADAH, HIDUP SEJAHTERA.. Sekian terima kasih.