penjagaan al-quran: kajian perbandingan...
TRANSCRIPT
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
818 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
PENJAGAAN AL-QURAN: KAJIAN PERBANDINGAN
LITERATUR
MOHD HASBIE AL-SHIDDIEQUE BIN AHMAD
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
ABSTRAK
Penjagaan al-Quran mempunyai pelbagai bentuk wadah yang diterap supaya kesucian al-Quran
dapat terjamin daripada penyelengan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Antara
penekanan yang diberi perhatian adalah hafazan, bacaan, penulisan, dan kepentingan
susurjalur sanad al-Quran. Setiap wadah mempunyai peranan yang tersendiri dan berkait rapat
di antara satu dengan yang lain. Namun demikian, terdapat beberapa usaha yang dirancanakan
semata-mata untuk mengambarkan kelemahan al-Quran dan hanya tertakluk pada masa dan
tempat tertentu sahaja. Atas kesedaran ini, pengkaji membuat perbandingan literatur mengenai
potensi wadah penjagaan al-Quran yang diamalkan di Malaysia sebagai objektif kajian.
Manakala methodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menjadikan kajian
perpustakaan sebagai metod utama kajian. Bagi mencapai matlamat kajian, pengkaji
pengumpulkan seberapa banyak kajian leteratur yang berkaitan dengan hafazan al-Quran dan
kaedah pembelajaran al-quran. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai usaha semata-mata
untuk mencapai matlamat yang satu iaitu menjamin kesucian al-Quran hingga masa kini.
Kata kunci: Penjagaan al-Quran, Wadah Penjagaan, Perbandingan Literatur.
1.0 Pengenalan
Pada peringkat awal perkembangan Islam ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam telah sampai
di rumah Baginda dan rumah sahabat baginda seperti rumah al-Arqam bin al-Arqam, Rasulluah
s.a.w menyampaikan ilmu-ilmu Islam peringkat asasnya ilmu akidah dan akhlak. Pada zaman
Makkah ini Rasulullah s.a.w berperanan sebagai guru, murud-muridnya terdiri daripada kalangan
dan para sahabat yang rapat dengan Baginda manakala rumah Baginda dan rumah al-Arqam bin
al-Arqam berperanan sebagai institusi pertama pendidikan Islam.
Rasulullah s.a.w menyampaikan setiap wahyu yang diterima atau setiap kali wajah diturun
kepada kaum keluarga Baginda, para sahabat dan sekalian kaum muslimin secara terbuka.
Rasulullah s.a.w berbuat demikian kerana tugas Rasulullah untuk menyampaikan ajaran Islam
dan menyeru manusia ke jalan Allah, firman Allah swt:
1067
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
819 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
Maksudnya: Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka
bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu
dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum
Yang kafir.
Bentuk pengajaran dan pengajian Rasulullah s.a.w ialah membaca al-Quran karim kepada para
sahabat dan menerang maksud ayatnya supaya dapat difahami dan dihayati serta diamalkan pada
saat itu juga. Baginda Rasul juga menyuruh para sahabatnya menghafal setiap ayat yang telah
diajar disamping Rasulullah s.a.w menyeru para sahabatnya untuk menulis agar dapat sentiasa
diulang kaji pada masa yang lain.
Baginda Rasulullah s.a.w menunjukkan dan melatih para sahabat dan semua kaum muslimin agar
mengamalkan serta mengamati segala pelajaran yang disampaikan oleh Baginda . Sesungguhnya
nabi Muhammad s.a.w ialah seorang rasul dan guru yang telah mendidik melatih dan memandu
umat islam dengan penuh tanggungjawab, mesra dan penuh perasaan kasih sayang. Baginda
Rasullah s.a.w selalu menjadikan dirinya sebagai teladan dan contoh-contoh yang diikuti. Para
sejarawan Islam telah memulakan kajian tentang pendidikan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w
bermula dari Institusi al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada tahun 610 masihi.
Disinilah bermulanya era pendidikan Islam dan Quran (Barnadib, 1985)
Pada zaman Makkah, hubungan perkembangan dakwah nabi selari dengan perkembangan
pendidikan Islam. Dengan itu, pendidikan nabi terhadap golongan pemeluk Islam bertitik tolak
daripada gerakan dakwah nabi secara sulit selama kira-kira tiga tahun.
Ali al-Jamilathi dan Abu al-Tuwanisiah (1978), menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w telah
memulakan institusi pendidikannya di rumah al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada
tahun khasnya terdiri daripada sahabat-sahabat nabi yang rapat dengan Baginda termasuk
keluarga baginda, seperti isteri Baginda Rasulullah s.a.w kemudian berkembang menjadi 38
orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Pendidikan tersebut
telah di atur dan kendalikan oleh Baginda nabi secara sulit selama tiga tahun.
Selain Institusi pendidikan al-Arqam bin al-Arqam, Rasulullah s.a.w juga menggunakan
rumahnya sebagai pusat pembelajaran. Langkah pertama yang dilakukan oleh Baginda dalam
proses pengajaran pembelajaran ialah melalui metod iqra (bacaan), iaitu dengan membaca ayat-
ayat al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah oleh Allah s.w.t kepada sahabatnya melalui
metod Tartil.
Para pengkaji sejarah Islam menjelaskan bahawa isi kandungan pendidikan yang disampaikan itu
bergantung kepada wahyu daripada Allah s.w.t sendiri. Maka dengan itu, kelahiran pendidikan
Islam adalah satu era baru bagi dunia pendidikan yang ada pada masa itu. Bukan sahaja wahyu
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w itu sebagai bahan pengajaran nabi bahkan ia
juga merupakan sumber pendidikan Rasulullah s.a.w kepada keluarga dan para sahabat Baginda,
wahyu yang menekan persoalan akidah masyarakat Quraisy pada masa itu telah dikuliahkan oleh
agenda di Institusi dirumah al-Arqam.
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
820 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
Metodologi pengajian al-Quran :
1. Baginda membacakan ayat-ayat yang diterima kepada murid-muridnya.
2. Menjelaskan maksud ayat
3. Dihafal
4. Mendidik dengan penuh kasih sayang
2.0 Perkembangan Pendidikan di Madinah
Perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakkan apabila
Rasulullah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Perkembangan ini berkait rapat dengan peranan
masjid yang telah didirikan oleh Rasulullah s.a.w . Disana masjid telah dijadikan markas
kegiatan sosial dan kemasyarakatan selain daripada tempat ibadah. Kegiatan ini termasuklah
proses pembelajaran dan pengajian.
Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah maka nabi telah membina surau yang
bersambung dengan masjid tersebut, surau itu dikenali dengan nama al-suffah, ia boleh dikatakan
sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajian dan pembelajaran yang dijalankan disitu lebih
sistematik dan formal. Manakala metode pengajaran adalah dalam bentuk halaqah yang
disampaikan melalui kaedah syarahan dan praktikal. Sejajar dengan perkembangan dan tersusun.
Pelbagai aspek kehidupan dipelajari dan diajar kepada mereka.
Faktor utama Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah kerana gesaan Allah s.w.t akibat ancaman
orang Quraisy yang semakin membahayakan sehingga Baginda di Madinah terus membina
sebuah masjid yang diberi nama Masjid Quba’ yang kemudiannya menjadi institusi pendidikan
terpenting. Di Masjid Quba’ Rasulullah s.a.w terus mengumpulkan umat Islam dan
memperkenalkan sistem halaqah di masjid tersebut. Selepas menunaikan solat berjemaah, para
muslimin duduk mengelilingi nabi dalam separuh bulatan untuk mendengar pengajaran nabi
tentang agama Islam. Ekoran penerimaan serta sokongan tempatan Madinah daripada pelbagai
lapisan masyarakat. Baginda menyusun strategi pengajaran dalam tiga bentuk iaitu :
i. Pendidikan Rasulullah s.a.w dalam bentuk umum
Ia dijalankan sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan oleh para sahabat Baginda di
dalam dan diluar kota Madinah, dari segi metodologi pengajaran Rasulullah s.a.w
menggunakan pendekatan khutbah dan halaqah. Kaedah khutbah digunakan ketika
Baginda mengajar di masjid manakala bentuk halaqah diadakan di rumah Baginda
sendiri atau dirumah para sahabat. Kandungan pengajaran Baginda meliputi
Sembilan kandungan antaranya akidah, syariah, huraian isi wahyu yang
mencakupi siasah (politik), ijtimaiyyah (sosial) dan iqtisyo diyah (ekonomi).
Dari segi pelajar dalam sistem pendidikan umayyah ini terdiri daripada pelbagai
lapisan umur dan status hidup daripada kalangan kaum lelaki dan wanita, kecil
dan tua. kaedah pengajaran baginda selain dua metode di atas ialah:
a) Amalan
Semua ajaran baginda yang berkaitan dengan suruhan dan larangan
Allah dibuat secara terus dan diri peribadi nabi menjadi ikutan, contoh
serta teladan melalui qudwah hasanah. Antara contoh dan teladan “nabi
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
821 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
melakukan sesuatu sesuatu perbuatan (sunnah) agar menjadi petunjuk
kepada umatnya”
b) Pendekatan jiwa
Kasih sayang nabi kepada umatnya sering ditunjukkan telah menambat
hati murid untuk patuh dan taat keapada baginda Rasulullah.
ii. Pengajaran Nabi dalam Bentuk Khususiah.
Pendidikan ini dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dansahabat
nabi. Rasulullah mendidik kanak-kanak dengan menggunakan kaedah teguran,
suruhan, amalan, qudwah hasanah dan memberi pengajaran dengan mengambil
iktibar daripada cerita-cerita yang berbentuk Bashir Wa-Nazir. Kenyataan diatas
dapat dilihat melalui riwayat daripada Omar ibn Salmah, beliau berkata : sewaktu
saya masih kecil dan berada di bawah jagaan baginda Rasulullah S.a.w. baginda
berkata kepada saya : “Wahai kanak-kanak, bacalah bismillah sebelum makan dan
makanlah dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang paling hamper
dengan kamu dahulu”
Inilah kaedah-kaedah yang harus diterapkan kepada pendidik untuk mendidik
anak-anak murid atau pelajar yang berada di bawah umur.
iii. Pendidikan melalui Institusi (madrasah)
Proses pengajaran yang lebih sistematik digunakan oleh Nabi iaitu dapat dilihat
melalui institusi tersebut yang dinamakan sebagai madrasah bermaksud sekolah.
Melalui sistem ini terdapat dua peringkat:
a. Menulis dan membaca
Proses menulis dan membaca ini ditujukan kepada kanak-
kanak.Mustaffa (1985), Rasulullah s.a.w menggunakan beberapa orang
tawanan Perang Badar yang terdapat daripada kaum musyrikin yang
berkebolehan menulis dan membaca untuk mengajar kanak-kanak
muslim atas kadar seorang tawanan dengan sepuluh orang kanak-
kanak Islam. Mereka perlu mengajar kanak-kanak Islam ini sehingga
mereka pandai dan ini merupakan jaminan kebebasan tawanan
tersebut.
b. Ashab Assaffah
Pada peringkat Ashab Assaffah pula merupakan peringkat golongan
pemuda belia, Rasulullah s.a.w dan para sahabat menerapkan ilmu
kepada golongan belia ini dengan tentang ilmu syarak,
kemasyrakatan,ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai
persiapan hidup pada masa yang akan datang.
Kedua-dua peringkat pendidikan ini dibuat disekeliling masjid dan di
bangunan-bangunan yang dikhaskan untuk pendidikan Islam. Bagi
memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah, nabi telah membina
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
822 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
surau yang bersambung dengan masjid tersebut dan dikenali sebagai Al-
suffah.
As-suffah ini dikenali sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran
pembelajaran yang dijalankan lebih sistematik dan formal. Hal ini kerana ia
dijalankan di kawasan masjid dan keadah pengajaran yang digunakan adalah
halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan pratikal.
Kesan daripada peperangan menentang kaum musyrikin, penganut Islam
semakin bertambah lantaran kejayaan Rasulullah dalam mentarbiyah
mereka. Baginda telah membahagikan murid-murid kepada tiga golongan
iaitu :
a. Kanak-kanak diberi pendidikan dalam bentuk khususiyah
b. Kaum lelaki dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.
c. Kaum wanita dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.
Hasil daripada rasulullah dalam bidang penulisan ini maka lahirlah tokoh-
tokoh sahabat yang berkemahiran membaca dan menulis seperti Ubiy bin
Ka‟ ab, Zaid bin Thabit, Othman bin Affan dan lain-lain yang antaranya
dilantik menjadi jurutulis nabi untuk menulis dan membaca surat-surat sama
ada untuk dihantar ke Rom, Parsi atau yang diterimanya dari Negara luar
dalam hubungan diplomatik antara madinah dan Eropah.
Kota Madinah pada masa itu telah menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan
pendidikan. Pelbagai jenis ilmu yang telah disebarkan di Madinah iaitu di Jazirah Arabiah dan
Negara-negara sekitarnya. Di Madinah telah terdapat sembilan buah masjid yang berperanan
sebagai institusi pendidikan nabi. Antara sekolah yang terkemuka iaitu sekolah Kaabah.
3.0 Bahan Pengajaran (Silibus) Rasulullah S.A.W.
Menurut Ghazali, Wahyu merupakan bahan pengajaran(sukatan) dalam proses mendidik atau
mengajar pengikutnya. Ia berbentuk Al-Quran mahupun hadis. Ini dapat dinyata dan dijelaskan
bahawa baginda s.a.w tidak bercakap atau mengajar sesuatu melainkan ditunjuk oleh wahyu
sepertimana dalam firman allah yang bermaksud :
Maksudnya: “Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapannya itu
tiada lain hanyalah wahyu yang di wahyukan” (surah Al-Najm, 53:3-4)
Maka dengan itu, bahan pengajaran Rasulullah adalah lengkap dan sempurna hal ini kerana
wahyu yang datang adalah daripada Allah s.w.t. Al-Quran ialah kitab yang sedikit pun tiada
kekurangan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’am ayat 38 :
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
823 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
Maksudnya: dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung
yang terbang Dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami
tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan
dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
Oleh yang demikian, bahan pengajaran yang telah diwujudkan oleh nabi iaitu Al-Quran. Kita
sebagai umatnya dan pendidik harus mengikut apa yang telah Rasulullah s.a.w. tetapkan.
Semestinya bahan yang disediakan itu berlandaskan syariat Islam dan hukum Allah.
4.0 Sejarah Pendidikan Al-Quran Pada Zaman Sahabat
Menurut Prof. Dr Hassan Langgulung(1988) dalam buku Asas-asas Pendidikan Islam
menerangkan bahawa bertahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan
terus menerus antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan tentang kebatilan yang mereka
perangi dan musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah saw itu
berulang kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkan Al-Quran dan Sunnah di ibu kota
seperti di Makkah, di Madinah dan di negeri- negeri lain yang ditakluki oleh orang-orang islam.
Berikut penguraian tentang pendidikan Islam (al-Quran) pada masa Khulafa al- Rasyidin:
i. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag (2008) dalam bukunya Sejarah Pendidikan
Islam pola pendidikan al-Quran pada zaman Abu Bakar r.a pendidikan islam masih
utuh sepertimana pada masa Nabi saw, baik dari segi isi kandungan mahupun
lembaga pendidikannya. Dari segi isi kandungan pendidikan Islam terdiri daripada
pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak, ibadah, kesihatan, dan sebagainya.
Menurut Ahmad Syalabi (1980), lembaga untuk belajar membaca menulis ini disebut
dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid,
selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh orang-
orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah
Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat
rasul terdekat.
ii. Khalifah Umar bin Khattab
Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag (2008) dalam bukunya Sejarah Pendidikan
Islam berkaitan dengan masalah pendidikan , khalifah Umar bin Khattab merupakan
seorang pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau
juga menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan
menunjuk guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu. Mereka bertugas
mengajarkan isi al-Quran dan ajaran Islam yang lain. Adapun metode yang mereka
pakai adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid melingkarinya.
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
824 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, ini
disebabkan sepanjang pemerinthan Khalifah Umar, Negara berada dalam keadaan
stabil dan aman. Disamping penetapan masjid sebagai pusat pendidikan juga telah
terbentuknya pusat-pusat pendidikan Islam di berbagai kota dengan ilmu yang
dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan cabang ilmu-ilmu lainnya.
Pendidikan dikelolai di bawah penguasa atau gabernor yang berkuasa saat itu. Serta
diiringi kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan
sebagainya. Namun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari cukai
daerah yang ditaklukan atau dari baitulmal.
iii. Masa Khalifah Usman bin Affan.
Pelaksanaan pendidikan Islam (al-Quran) tidak jauh berbeza dengan masa
sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah ada, namun
hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan Islam. Para sahabat yang
terpengaruh pada zaman Rasulullah sanggup tidak meninggalkan kota Madinah,
namun pada zaman khalifah Umar r.a diberikan kelonggaran untuk keluar di daerah-
daerah yang mereka sukai. Kebijaksanaan ini sangat besar pengaruhnya bagi
pelaksanaan pendidikan di daerah-daerah. (Samsul Nizar, M.ag 2008)
Proses pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih
mudah didapati bagi mereka yang ingin mempelajari ilmu Islam. Tambhan pula
bertambahnya pusat-pusat pendidikan atas inisiatif para sahabat untuk memilihan
tempat mengikut keselesaan mereka.
5.0 Metodologi Kajian
Dalam menyempurnakan kajaian ini, pengkaji menjalankan kajian yang berbentuk kajian
perpustakaan dan melibatkan proses kualitatif. Oleh itu, pengkaji hanya memilih beberapa
tinjauan literatur yang berkaitan dengan kajian dan akan menterjemahkan secara tematik dan
membuat perbandingan di antara sempel yang dipilih. Manakala pemilihan sempel hanya
tertakluk kepada limitasi kajian supaya kajian ini dapat dibandu seterusnya dapat mengelak
daripada penyelewengan dalam kajian.
6.0 Limitasi Kajian
Kajian ini menfokuskan kepada kajian literatur yang terdapat dalam google scholar sahaja. Oleh
itu beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam kajian ini. Antara item yang difokuskan
dalam kajian ini adalah merujuk kepada perkataan yang terlibat iaitu hafazan al-Quran dan
kaedah pembelajaran al-quran. pengkaji juga mengambilkira kedudukan atau jenis penerbitan
yang diterbitkan dalam kajian. Oleh itu, pengkaji hanya memilih sempel kajian yang diterbitkan
berbentuk terbitan jurnal dan mengehadkan kepada 1 hingga 10 jurnal sahaja.
Proses pencarian jurnal yang terdapat pada google scholar, pengkaji hanya mendapati 346
pencarian yang berkaitan dengan hafazan dan pembelajaran al-Quran. Semua pencarian ini
meliputi buku, prosiding, seminar, tesis, dan jurnal. Oleh yang demikian, pengkaji hanya
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
825 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
menfokuskan jurnal dan mengehadkan 10 jurnal yang berkaitan. Dalam penelitian pengkaji,
pengkaji hanya memilih 8 jurnal yang berkaitan untuk dibincangkan dalam perbincangan kaijan.
7.0 Perbincangan kajian
Kajian ini membicarakan tentang pengjagaan al-Quran yang menfokuskan kepada perkataan
hafazan dan pembelajaran al-Quran. Jadual 1 memaparkan sorotan literatur secara sistematik
meliputi tahun kajian, latar belakang, isu, metodologi dan dapatan terdahulu berkaitan dengan
pengjagaan al-Quran.
Jadual 1 sorotan tinjauan literatur
Kajian Jurnal Latarbelakang Isu Metodologi Dapatan
Mohd Adre
Che Noh,
Jurnal of
Arabic and
education
Memaparkan
kajian berkaitan
perspektif guru
pendidikan
islam tentang
amalan
pengajaran
tilawah al-quran
di sekolah
menegah harian.
Guru
pendidikan
islam kurang
berusaha
dalam
menambahbaik
pengajaran
tilawah al-
Quran dengan
lebih
berkualiti.
Kuantitatif
Analisis
Diskriptif
Dapatan
kajian
mendapati
bahawa
secara
keseluruhan
amalan
pengajaran
tilawah al-
Quran berada
pada tahap
yang
sederhana
Sharifah
Norshah
Bani Syed
Bidin
Nor
Salimah
Abu
Mansor
Zulkifli A.
Manaf,
2011.
Jurnal Islam
dan
Masyarakat
Kontemporari
Keluaran
Khas,
Membincangkan
dua perkara
utama, iaitu
mengupas dan
menonjolkan
manhaj
Rasulullah
s.a.w. dalam
menyampaikan
pengajaran al-
Quran dan
hadith kepada
para sahabat
baginda.
Pengamalan
manhaj
Rasullullah
s.a.w. ini
diamalkan
dalam proses
pengajaran
dan
pembelajaran
KQD di masjid
kualitatif
analisis
dokumen dan
temu bual
kajian
menunjukkan
bahawa
beberapa
aspek utama
daripada
manhaj
Rasulullah
dalam P&P
yang
dilaksanakan
di masjid ini
didapati
selari dengan
kerangka
teori
Azmil
Hashim,
Ab. Halim
Tamuri,
2012
Journal of
Islamic and
Arabic
Education
Kajian bertujuan
untuk meninjau
perpektif keadah
amalan
pembelajaran
Kaedah talaqqi
dan
tmusyafahah
merupakan
kaedah yang
Kuantitatif
Analisis
Diskriptif
Kualitatif
Dapatan
kajian
mendapati
bahawa
kaedah
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
826 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
Tahfiz di Darul
Quran JAKIM
dan Maahad
Tahfiz Negeri
paling utama
yang harus
diberi
perhatian tanpa
mengabaikan
kaedah
pemahaman
dan penulisan.
Pemerhatian kaedah
pembelajaran
tahfiz berada
di tahap yang
tinggi
Azmil
Hashim,
Ab. Halim
Tamuri,
Misnan
Jemali,
2013
The Online
Journal of
Islamic
Education
Meneroka
metod
penghafazan al-
Quran di Darul
Quran dan
Mahad Tahfiz
Negeri
Untuk
mengenalpasti
tahap
pengajaran
yang berkesan
di kalangan
guru tahfiz.
Kuantitatif
Analisis
Diskriptif
Dapatan
kajian
mendapati
bahawa
kelemahan
dalam metod
pengajaran
tidak
dipengaruhi
oleh
latarbelakang
guru. Oleh
itu, guru
harus diberi
perhatian
terhadap
pengetahuan
dan teknik
pengajaran.
Azmil
Hasim
Ab Halim
Tamuri
Misnan
jemali
Adre Che
Noh
2014
Journal of
Al-Quran and
Tarbiyyah
Bertujuan untuk
meninjau
kaedah
pembelajaran
tahfiz di Institusi
tahfiz Malaysia.
Perbezaan
yang
signifikan
antara “
jantina” dan
“lokasi
institusi tahfiz”
dengan kaedah
pembelajaran
tahfiz pelajar.
Kuantitatif
Diskriptif
analisis
Dapatan
kajian
menunjukkan
kaedah
pembelajaran
tahfiz al-
Quran berada
pada tahap
sederhana
tinggi dan
terdapat
hubungan
signifikan
yang kukuh
antara
kaedah
pembelajaran
tahfiz dengan
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
827 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
pencapaian
hafazan
pelajar.
Azmil
Hashim,
Misnan
Jemali,
2014
Jurnal
Perspektif
bertujuan untuk
mengenal pasti
teknik
yang digunakan
oleh pelajar
dalam
pembelajaran
tahfiz,
perbezaan
latarbelakang
pelajar dan
amalan teknik
pembelajaran
tahfiz
adakah
terdapat
hubungan
antara teknik
pembelajaran
tahfiz dengan
pencapaian
pelajar.
Kuantitatif
Analisis
Diskriptif
Dapatan
kajian juga
menunjukkan
terdapat
hubungan
signifikan
(r=0.409,
sig=0.00)
antara teknik
pembelajaran
tahfiz
dengan
pencapaian
hafazan
pelajar. Syar Meeze
Mohd
Rashid,
2017
Journal of
Quran
Sunnah
Education
and Special
Needs
Individu yang
ingin mengajar
pendidikan al-
Quran kepada
insan istimewa
ini perlulah
mempersiapkan
diri mereka
dengan
kemahiran di
dalam
pengajaran
Pendidikan al-
Quran harus
ditekankan
kepada anak
sejak dari kecil
lagi tidak
kiralah anak
tersebut tipikal
ataupun
istimewa.
kualitatif
analisis
dokumen.
Tidak
dinyatakan
method yang
dipersembah
kan
Golongan
istimewa
juga
sebenarnya
tidak terlepas
di dalam
mendapatkan
pendidikan
al-Quran.
Oleh itu,
mereka perlu
diberikan
ruang dan
peluang di
dalam
mempelajari
dan
mendekati al-
Quran.
Sharifah
Norshah
Bani Syed
Bidin,
Mohd
Shafiee
Hamzah,
Tasnim
Jurnal
Hadhari
bertujuan
menghuraikan
perkembangan
pengajaran dan
pembelajaran al-
Quran di
Malaysia
bermula sejak
kaedah tradisi
dan kaedah
kontemporari
dalam
pengajaran dan
pembelajaran
al-Quran.
kualitatif
analisis
dokumen dan
temu bual
pengajaran
secara talaqqi
dan
musyafahah
ini diteruskan
sehingga ke
hari ini,
mengikkut
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
828 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
Abd
Rahman,
Kasimah
Kamaruddi
n, Nik
Azeah Nik
Azman,
2018
kedatangan
Islam ke Tanah
Melayu
hingga kini.
acuan
yang
berbeza.
8.0 Perbahasan kajian
Dalam perbahasan kajian, pengkaji akan mengetegahkan beberapa item yang telah dikategorikan
berdasarkan jadual 1 dalam kajian ini. Antara item yang dibahaskan ialah tahun penerbitan,
tempat penerbitan, latar belakang kajian, dan method kajian.
Jika diteliti, pengkaji telah memilih lapan sempel jurnal yang berkiatan dengan penjagaan al-
Quran menerusi pendidikan hafazan al-Quran. Sempel pemilihan meliputi dari tahun 2011
sehingga 2018. Jika diperhatikan terdapat dua sempel jurnal yang dipilih pada tahun 2014 iaitu
dan kedua-duanya dikaji oleh Azmil Hasim, Ab Halim Tamuri, Misnan jemali, Adre Che Noh
pada terbitan jurnal a-quran dan terbiyaah. Manakala hanya seorang ahli penyelidik yang tidak
terlibat dalam penerbitan jurnal perspektif iaitu Adre Che Noh. Namun kedua-dua penerbitan
tersebut mempunyai tujuan kajian adalah berlainan di samping sempel kajian adalah sama iaitu
di pusat tahfiz Darul Quran JAKIM dan Mahad Tahfiz Quran Negeri (MTQN). Namun jurnal
terbitan 2012 iaitu Journal of Islamic and Arabic Education dengan mengamalkan method
campuran iaitu kualitatif dan kuantitatif berbentuk pemerhatian. Manakala jurnal terbitan 2013
iaitu The Online Journal of Islamic Education mengekalkan method kuantitatif berbentuk
analisis diskriptif juga melibatkan kumpulan pengkaji di atas. Di samping mengekalkan method
kajian iaitu kuantitatif dengan melibatkan analisis diskriptif.
Seterusnya, terdapat satu jurnal yang dikaji oleh Adre Che Noh tidak dapat dikenalpasti akan
tahun penerbitan iaitu Journal of Arabic and Education. Dalam kajian beliau, beliau
mengamalkan method kuantitatif bersesuaian dengan keperluan kajian.
Namun berbeza pendekatan yang disampaikan oleh ahli kumpulan Sharifah Norshah Bani Syed
Bidin, Nor Salimah Abu Mansor, Zulkifli A. Manaf, yang diterbitkan pada tahun 2011 di Jurnal
Islam dan Masyarakat Kontemporari Keluaran Khas. Dalam perbicangan kajian, beliau
membawa pendekatan dan pendedahan pendidikan tahfiz al-Quran yang diamalkan pada zaman
Nubuwah. Penggunaan method yang sesuai dalam kajian membuahkan dapatan yang diingini.
Dalam kajian tersebut, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif dan menjadikan analisis
dokumen dan temubual sebagai instrument kajian.
Manakala pada terbitan pada tahun 2018 di Jurnal Hadari, Sharifah Norshah Bani Syed Bidin,
Mohd Shafiee Hamzah, Tasnim Abd Rahman, Kasimah Kamaruddin, Nik Azeah Nik Azman,
penyelidik membuat perbandingan pengajian terhadap pengajian secara tradisional dan
kontemporari. Perubahan dan masa dan zaman mempengaruhi gaya penyampaian namun kaedah
tradisional masih dikekalkan. Penyelidik juga mesih mengunakan pendekatan kajian berbentuk
kualitatif dan menjadikan analisis dokumen dan temubual sebagai instrument kajian.
4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIYYAT STUDIES 2018 18th- 19th SEPTEMBER 2018. TENERA HOTEL. BANDAR BARU BANGI.SELANGOR.
ORGANIZED BY FACULTY OF ISLAMIC CIVILISATION STUDIES. INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE SELANGOR, MALAYSIA.
829 IRSYAD 2018 E-PROCEEDING eISBN NUMBER : 978-967-2122-53-1
9.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, perhatian terhadap penjagaan al-Quran dan hafazan di peringkat
pendidikan menjadi tumpuan utama di terjemahkan melalui penulisan seperti jurnal,
prersidangan, dan artikel. Disebabkan lambakan kajian terhadap penjagaan al-Quran dan
hafazan, kajian literatur yang berstruktur mampu mengenalpasti gaya pembahasan dan
pendekatan yang dipersembahkan oleh pengkaji. Sekali gus dapat membuat analisis
membandingkan idea-idea atau hasil kajian melalui satu platform atau wadah kajian lanjutan.
Biblografi
Dr. Hanafi Mohamed. (1996). Falsafah Pendidikan Menurut Al-Quran. Cetakan pertama. Kuala
Lumpur: Penerbit Pustaka Ilmi.
Muhammad Rivai Batubara. (1994), Bagaiman Berinteraksi Dengan Al-Quran, Cetakan
pertama, Selangor, Penerbit : Budaya Ilmu Sdn Bhd.
Azhar Adli Ismail. (2010), Sejarah Pendidikan Al-Quran pada Zaman Rasulullah.
107
Dr. Adel M. Abdulaziz, et. (2006) Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran. Cetakan pertama,
Penerbit : Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur
Mohd. Yusuf Ahmad. (2000). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran. Cetakan pertama.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Mohamad , (1997). Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Penerbit
Fajar Bakti, Shah Alam.
Abdullah Nasih „Ulwan, (2000). Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, Cetakan
pertama, Kuala Lumpur, Penerbit: jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Syeikh Muhammad Ali Ash Shabuni. (2007), Sejarah Dan Hadis Pengajian Imu Al- Quran,
Cetakan keempat, Kuala Lumpur, Penerbit : Percetakan Putrajaya Sdn.Bhd.
Muhammad Rivai Batubara. (1994), Bagaiman Berinteraksi Dengan Al-Quran, Cetakan
pertama, Selangor, Penerbit : Budaya Ilmu Sdn Bhd.
Dr. M. Quraish Shihab, (1994). Membumikan Al-Quran , Cetakan pertama, Penerbit : mizan
khazanah ilmu-ilmu Islam.
Samsul Nizar, (2008) . Sejarah Pendidikan Al-Quran, Jakarta : Kencana.
Ahmad Mohamad , (1997). Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi, Penerbit
Fajar Bakti, Shah Alam.
Muhammad Munir al-Qadban. Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi s.a.w, Pustaka Darussalam
Sdn.Bhd, Kedah.