pengurusan strategik

24
   Jurnal Pengajian Pendidikan Pengaruh Perancangan Strategik Dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Abdul Jawi Abnoh Sawi Mohd Yusof Abdullah Anuar Din Universiti Malaysia Sabah Abstrak Tujuan utama kajian ialah mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Pengaruh kombinasi kedua-dua variabel ini terhadap pembentukan sekolah selamat turut dikenal pasti. Kekuatan pengaruh kedua-dua variabel juga dinyatakan untuk mengenal pasti variabel mana yang memberi pengaruh kuat terhadap pembentukan sekolah selamat. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan sampel. Pengkaji telah menggunakan keseluruhan populasi seramai 110 orang dalam kalangan pentadbir sebagai sampel kajian. Instrumen kajian melibatkan soal selidik, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-S), temu bual, rekod senarai semak dan pemerhatian. Analisis data menggunakan analisis inferens berkaitan dengan analisis regresi pelbagai untuk menguji pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap  pembentuk an sekolah se lamat. P erisian komputer ’ Statistical Package For Social Science’ versi 13.0 (SPSS for windows) digunakan untuk penganalisisan data. Kaedah analisis kualitatif pula menggunakan statistik kuasi dan kaedah triangulasi yang melibatkan temu  bual dan pemerha tian untuk mengena l pasti halangan-halangan yang mempeng aruhi  pembentuk an sekolah selama t. Hasil kajian menunjukkan perancan gan strategik (  ß=.709, t =10.444,  p=.000) dapat meramal secara signifikan dengan menyumbang pengaruh sebanyak 50.2% varians terhadap sekolah selamat. Manakala kepemimpinan pentadbir (  ß=.698, t=10.144,  p=.000) juga dapat meramal secara signifikan dengan menyumbang  pengaruh sebanyak 48.8% varians terhadap sekolah selamat. Ini bermakna perancangan strategik lebih berpengaruh berbanding dengan kepemimpinan pentadbir. Hasil kajian

Upload: dym-ahmad

Post on 22-Jul-2015

389 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Jurnal Pengajian Pendidikan

Pengaruh Perancangan Strategik Dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Abdul Jawi Abnoh Sawi Mohd Yusof Abdullah Anuar Din Universiti Malaysia Sabah

Abstrak Tujuan utama kajian ialah mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Pengaruh kombinasi kedua-dua variabel ini terhadap pembentukan sekolah selamat turut dikenal pasti. Kekuatan pengaruh kedua-dua variabel juga dinyatakan untuk mengenal pasti variabel mana yang memberi pengaruh kuat terhadap pembentukan sekolah selamat. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan sampel. Pengkaji telah menggunakan keseluruhan populasi seramai 110 orang dalam kalangan pentadbir sebagai sampel kajian. Instrumen kajian melibatkan soal selidik, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-S), temu bual, rekod senarai semak dan pemerhatian. Analisis data menggunakan analisis inferens berkaitan dengan analisis regresi pelbagai untuk menguji pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Perisian komputer Statistical Package For Social Science versi 13.0 (SPSS for windows) digunakan untuk penganalisisan data. Kaedah analisis kualitatif pula menggunakan statistik kuasi dan kaedah triangulasi yang melibatkan temu bual dan pemerhatian untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Hasil kajian menunjukkan perancangan strategik (=.709, t=10.444, p=.000) dapat meramal secara signifikan dengan menyumbang pengaruh sebanyak 50.2% varians terhadap sekolah selamat. Manakala kepemimpinan pentadbir (=.698, t=10.144, p=.000) juga dapat meramal secara signifikan dengan menyumbang pengaruh sebanyak 48.8% varians terhadap sekolah selamat. Ini bermakna perancangan strategik lebih berpengaruh berbanding dengan kepemimpinan pentadbir. Hasil kajian

Jurnal Pengajian Pendidikan

juga menunjukkan perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir (=.759, t=12.112, p=.000) dapat meramal secara signifikan dan menyumbang pengaruh sebanyak 57.6% varians terhadap sekolah selamat. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat halanganhalangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat sehingga sekolah tidak selamat. Diharap hasil kajian ini membolehkan kepemimpinan pentadbir dapat merangka perancangan strategik berkesan dan pentadbir menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk pembentukan sekolah selamat.

Pengenalan Pengurusan strategik telah diaplikasikan dalam sektor pendidikan (Fidler,1999). Fenomena ini berlaku akibat desakan perubahan pesat pada persekitaran semasa dan ketidaktentuan persekitaran akan datang. Setiap organisasi sekolah adalah perlu mengekalkan kesesuaian dan keserasian dengan faktor persekitaran luaran yang sentiasa berubah. Perubahan iklim pendidikan telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah dan strategi yang mampu mempertingkatkan keselamatan sekolah. Oleh yang demikian kepemimpinan pentadbir sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah dalam pelaksanaan program sekolah selamat. Latar Belakang Kajian Implimentasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ada mencerminkan kurikulum tersirat untuk menyerapkan elemen model sekolah selamat dalam sistem pendidikan di negara ini. Pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan komuniti setempat seharusnya bertanggungjawab untuk samasama mewujudkan dan melaksanakan Polisi Sekolah Selamat (Shamsiah, Shahrulbanum & Azizah, 2005). Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengeluarkan beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan dengan keselamatan pelajar di sekolah. Antaranya ialah Keselamatan Dalam Makmal (SPI No. 1/1974), Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah (SPI No. 8/1978), Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah (SPI No. 8/1988), Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (SPI No. 8/1995) dan Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri (SPI No. 8/2001) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada pelajar. Oleh itu setiap

Jurnal Pengajian Pendidikan

pelajar seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Sememangnya era globalisasi telah memberi kesan kepada dunia pendidikan pada masa kini sehingga perlunya pembentukan sekolah selamat. Menurut Shukri dan Syed Ismail (2004:96) pelajar era ledakan maklumat pada masa kini hadir ke sekolah selain untuk memenuhi matlamat pembelajaran, turut membawa permasalahan peribadi dan sosial yang akhirnya diasimilasi dan diasosialisasi ke dalam persekitaran fizikal sekolah. Persekitaran pengurusan sekolah yang bersifat autoritatif dengan amalan komunikasi yang konfintra (Shukri, 1997) akan menjadi penyebab berlakunya bibit-bibit penentangan yang kerap kali disublimasikan kemudiannya oleh pelajar melalui perubahan tingkah laku negatif sehingga berlaku pelbagai masalah disiplin di sekolah. Memandangkan keselamatan sekolah semakin terancam menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan iklim persekitaran sekolah yang harmoni supaya warga sekolah merasa selamat. Aspirasi sekolah selamat menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat daripada pengaruh perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak. Selain itu usaha telah dilaksanakan untuk menyerapkan amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian masyarakat komuniti sekolah (SPI No. 4/2002). Oleh yang demikian dalam pelaksanaan program sekolah selamat, beberapa panduan perlu diberi perhatian oleh semua sekolah. Pada tahun 2002 sebanyak 20 peratus daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri dikehendaki melaksanakan Program Sekolah Selamat dan akhirnya pada tahun 2003, semua sekolah dikehendaki melaksanakan Program Sekolah Selamat. Sehubungan itu, pengurusan strategik merupakan satu proses melibatkan seluruh aktiviti merancang dan melaksanakan suatu rancangan dengan harapan rancangan ini berupaya memperbaiki kedudukan sebuah sekolah (M.B. Muda & Rusilawati, 2000). Oleh itu perkara yang amat penting dalam perancangan strategik ialah pembudayaan iaitu memastikan setiap ahli organisasi menjadikan perancangan strategik sebagai amalan dalam pengurusan organisasi. Bagaimanapun perancangan strategik sekolah biasanya melibatkan perancangan jangka panjang sekolah. Oleh yang demikian merancang masa depan yang berjaya untuk sesebuah sekolah memerlukan strategi (Fidler, 2004) yang berkesan dalam menangani situasi tidak selamat yang berlaku di sekolah. Justeru bagi sesetengah sekolah, strategi mula digunakan apabila berlaku

Jurnal Pengajian Pendidikan

masalah seperti aspek keselamatan sekolah yang semakin terancam. Faktor yang mendorong kepada perlunya pengurusan strategik ialah menangani perubahan dalam pendidikan (Chan, 1999), amalan pengurusan kualiti menyeluruh (Muhamad Bustaman, 1997) pembangunan iklim sekolah (Hussein Mahmood, 1993) dan menentukan hidup atau mati sesebuah institusi sekolah (Asaruddin, 1995) bagi menjayakan pembentukan sekolah selamat. Seterusnya pihak pengurusan sekolah adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan strategik yang rapi dan mantap untuk pembentukan sekolah selamat. Oleh itu pihak pengurusan sekolah perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang perancangan strategik bagi meningkatkan keselamatan sekolah dalam perubahan pesat persekitaran semasa dan kepelbagaian kemungkinan pada persekitaran masa depan. Pembentukkan kawasan persekitaran sekolah selamat perlu difikirkan. Lantaran itu, sesebuah sekolah akan merangka rancangan operasi dan pembangunan bagi mencapai visi dan misi sekolah menuju sekolah selamat. Setiap perancangan perlu diimplementasikan secara sistematik dan strategik. Seterusnya Comer (1998) membangkitkan perancangan sekolah selamat dianggap sebagai rangka kerja tindakan yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk masa kini dan akan datang. Perkara ini menunjukkan perancangan strategik seharusnya menjurus kepada aspek pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah daripada elemen-elemen negatif. Namun begitu, usaha mewujudkan perancangan strategik sekolah selamat adalah satu proses yang panjang, sistematik dan komprehensif (Shamsiah et al., 2005). Oleh yang demikian dalam konteks menjayakan kerangka konseptual pelaksanaan program sekolah selamat, ketrampilan pentadbir sekolah amat penting. Pentadbir sekolah mestilah menepati fitrah sebagai pemimpin dan bukannya pengurus (Hussien Mahmood, 1993). Selain itu pentadbir sekolah perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang pengurusan strategik (Marzita & Sufean, 2002). Oleh itu kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepemimpinan pentadbir yang berkesan (Shahril, 2000). Situasi ini bermakna pentadbir sekolah berpengaruh dalam sesebuah sekolah yang berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah termasuklah dalam pembentukan sekolah selamat. Oleh itu melalui corak kepemimpinan pentadbir sekolah berupaya menetapkan budaya sekolah berkesan dalam aspek pembentukan sekolah selamat. Pada dasarnya

Jurnal Pengajian Pendidikan

pembentukan sekolah selamat bergantung kepada kepemimpinan pentadbir yang cekap dan mempunyai perancangan strategik yang mantap. Pernyataan Masalah Masalah sosial telah dikenal pasti sebagai ancaman utama dalam pembentukan sekolah selamat. Fenomena ini dibuktikan dalam kajian Chan (2002) mendapati masalah disiplin di sekolah amat memerlukan perhatian yang berat daripada pelbagai pihak termasuklah kepemimpinan pentadbir sekolah. Di samping itu pentadbir sekolah juga sering menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan taraf prasarana sekolah. Oleh itu kemudahan sekolah sering menghadapi masalah kerosakan berpunca daripada sikap vandalisme pelajar. Selanjutnya kajian Saripah (2004) menunjukkan kompetensi seperti kepemimpinan pentadbir, perancangan strategik, hubungan kemanusiaan dan keberkesanan peribadi pengetua sangat diperlukan untuk mewujudkan sekolah berkesan dan selamat. Seterusnya sejak kebelakangan ini, pelbagai gejala-gejala negatif seperti vandalisme, kebakaran dan ancaman-ancaman lain yang di luar jangkaan umum semakin menular di sekolah (Chee et al, 2002). Shukri dan Syed Ismail (2004) menyuarakan fenomena ini secara tidak disedari boleh mengancam matlamat sekolah selamat. Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah seharusnya menyediakan perancangan strategik untuk pembentukan sekolah selamat. Isu tempatan yang wujud di negara Malaysia pada hari ini menunjukkan institusi sekolah benar-benar tercabar oleh tuntutan masyarakat yang sentiasa mengharapkan keberkesanan kepemimpinan pentadbir sekolah. Mereka dianggap sebagai wahana implimentasi Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian usaha membina imej sekolah sepertimana yang diharapkan oleh masyarakat menjadi bebanan tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh pentadbir sekolah demi memartabatkan keunggulan profesion ini (Shukri dan Syed Ismail, 2004). Isu masalah kepemimpinan pentadbir sekolah telah dibincangkan oleh Shamsiah, Shahrulbanum dan Azaiah (2005) bahawa pentadbir sekolah perlu melaksanakan isu keselamatan sekolah secara terbuka dalam pembentukan sekolah selamat. Namun begitu kajian Abdul Rahim (1996) mewujudkan rasa ketidakpastian terhadap isu keselamatan sekolah yang memerlukan kajian lanjut perlu dilakukan. Lantaran itu diharapkan sistem persekolahan dapat menyediakan persekitaran sekolah selamat agar para pelajar berpeluang menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran

Jurnal Pengajian Pendidikan

dengan penuh keseronokan dan kepuasan tanpa rasa terancam atau mengalami tekanan psikologi sepanjang persekolahan mereka. Namun demikian dengan perkembangan pesat dalam bidang pendidikan di Malaysia menampakkan gelombang perubahan untuk menyesuaikan pendidikan dengan perubahan sosio-ekonomi, kemajuan sains dan teknologi (Foo & Ngang, 2000) menuntut pembentukan sekolah selamat seiring dengan perubahan yang dialami. Oleh itu kajian ini cuba meninjau pengaruh perancangan strategi untuk peningkatan aspek keselamatan sekolah. Hakikatnya sesebuah sekolah telah menyediakan perancangan strategik bagi mewujudkan sekolah yang selamat dan dalam perancangan strategik tersebut aspek keselamatan sekolah telah dibentuk berdasarkan analisis persekitaran sekolah. Walaupun perancangan strategik telah disediakan tetapi masih berlaku gejala-gejala yang tidak sihat di sekolah sehingga boleh mengancam keselamatan sekolah. Keadaan ini mempunyai kaitan rapat dengan pemilihan strategik yang kurang berkesan dan kurang penguatkuasaan keselamatan untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Fidler dan Bowles (1989) yang meletakkan keperluan perancangan strategik sebagai keperluan terpenting dalam pengurusan sekolah. Perkara ini juga dibangkitkan dalam kajian Fadzilah (1990) mengenai persepsi guru-guru terhadap tingkah laku pentadbiran dan kepemimpinan pentadbir sekolah menengah di Pahang, mendapati ada pentadbir yang dilabelkan sebagai berkesan dan tidak berkesan. Selanjutnya pengkaji juga mencadangkan agar pentadbir membuat reformasi terhadap pentadbiran dan corak pengurusannya untuk menjadikan sekolah lebih efektif dalam menjalani perubahan dan cabaran pendidikan masa kini dalam pembentukan sekolah selamat. Berdasarkan kepada permasalahan krisis sosial dan pengurusan sekolah selamat telah menyebabkan perancangan strategik sekolah selamat dianggap sebagai suatu proses penting dan dirasakan cukup perlu untuk menangani isu-isu yang boleh mengganggugugat hal-hal berkaitan keselamatan sekolah. Oleh yang demikian proses perancangan yang dirangka seharusnya mempastikan agar sumber-sumber yang sesuai diselaraskan dengan keperluan sekolah dalam pembentukan sekolah selamat. Lantaran itu dalam konteks pelaksanaan sekolah selamat, hak untuk menikmati persekitaran sekolah selamat seharusnya dipandang serius oleh kepemimpinan pentadbir sekolah. Kenyataan ini memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa perancangan strategik sekolah selamat bukan hanya setakat mengandungi kaedah untuk mengurangkan kegiatan-kegiatan vandalisme (Shukri dan Syed Ismail, 2004) tetapi merupakan kesepaduan

Jurnal Pengajian Pendidikan

tanggungjawab jangka pendek dan jangka panjang ke arah usaha membenteras dan pencegahan kes-kes jenayah di sekolah bagi menjamin keselamatan sekolah sentiasa terpelihara sebagai pusat pendidikan yang selamat. Oleh yang demikian elemen perancangan strategik dianggap sebagai satu kriteria penting dalam mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Fenomena ini ditunjukkan dalam kajian Ahmad Masrizal & Sufean (2003) yang telah membuat tinjauan pengaplikasian pendekatan perancangan strategik melibatkan 35 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh Semenanjung Malaysia dan mendapati perancangan strategik sememangnya berpengaruh dalam pembentukan keselamatan sekolah sehingga status keadaan prasarana sekolah dan keselamatan sekolah ditahap yang baik. Kajian selanjutnya dibuktikan oleh kajian M.B. Muda dan Ruslilawati (2003) menunjukkan dengan mengenal pasti aktiviti-aktiviti strategik membolehkan sekolah dapat melaksanakan program strategik dengan berkesan dalam pembentukan keselamatan sekolah. Namun begitu, perkembangan terkini ke arah School-based management meletakkan lebih banyak tanggungjawab dilaksanakan oleh pentadbir sekolah (Chan, 2000) termasuklah pembentukan sekolah selamat. Menurut Miller (1998) terdapat beberapa faktor penghalang yang membuatkan sesuatu strategi itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana keengganan pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakan perubahan. Oleh demikian peranan penting yang dimainkan oleh kepemimpinan pentadbir ialah membuat perubahan yang bermakna dalam pembentukan sekolah selamat. Selain itu pentadbir sekolah hari ini menghadapi banyak tekanan dan kekangan sehingga berhadapan dengan harapan masyarakat yang menyebabkan mereka mengalami powerless lebih daripada powerful (Jones, 1988). Keadaan ini dibangkitkan dalam kajian Trider dan Leithwood (1988) berkaitan dengan perbezaan pada amalan pentadbir sekolah yang dipengaruhi oleh (a) proses orientasi pentadbir terhadap pelaksanaan peranannya; (b) peringkat dalam pelaksanaan tugasnya; dan (c) latihan pengurusan dan kepemimpinan pentadbir atau pengetahuan mengenai polisi. Dapatan kajian menjelaskan bahawa pengurus sekolah yang tidak menguasai pengetahuan mengenai polisi sekolah selamat yang dilaksanakan menyebabkan pentadbir tidak dapat membuat keputusan dengan lebih berkesan dalam pengurusan keselamatan sekolah. Perkara ini diakui oleh Fullan (2000) bahawa kejayaan sistem sekolah adalah berpusat kepada kepemimpinan pentadbir sekolah. Sesungguhnya pentadbir sekolah dianugerahkan autoriti dan bertanggungjawab terhadap pembentukan

Jurnal Pengajian Pendidikan

sekolah selamat. Justeru pentadbir sekolah seharusnya mempamerkan kualiti-kualiti kepemimpinan yang tinggi dan mempunyai kemahuan tinggi untuk memimpin (Ahmad Sabu, 1998) bagi membentuk sekolah selamat. Di samping itu, pentadbir sekolah juga sering menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap keselamatan sekolah. Tinjauan kajian Chan (2000) mendapati premis sekolah selalu menghadapi masalah kerosakan yang berpunca daripada sikap vandalisme pelajar. Cermin-cermin tingkap dan pintu-pintu tandas sering menjadi sasaran kerosakan pelajar yang ingin mencari kepuasan untuk melepaskan geram. Seterusnya satu kajian tinjauan telah dijalankan oleh Zuraidah et al. (2002) berhubung pendekatan pengetua menangani masalah disiplin pelajar berisiko tinggi di sekolah. Hasil pemerhatian menunjukkan pendekatan kepemimpinan pentadbir yang melibatkan semua ibu bapa pelajar dan masyarakat sekitar telah menyebabkan kurangnya contengan di dinding-dinding bangunan sekolah. Sesungguhnya kepemimpinan pentadbir mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Sehubungan itu banyak kajian tentang isu-isu kepemimpinan telah dikaji dalam negara dan luar negera yang menunjukkan kesan pengaruh kepemimpinan pentadbir terhadap keselamatan sekolah. Dapatan kajian Azmi Zakaria (2004) membangkitkan isu keupayaan kepemimpinan pentadbir digelar sebagai pemimpin yang unggul dikaitkan dengan penghasilan outcome yang baik. Selain itu beberapa kajian juga menunjukkan pengaruh yang signifikan antara kepemimpinan pentadbir dengan pembentukan sekolah selamat (Asmah Ahmad, 1998) dan sememangnya kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh dalam tindakan keselamatan sekolah (Shamsiah, Shahrulbanum & Azaiah, 2005). Dapatan kajian juga disokong oleh kajian Leithwood (1986), Trider dan Leihwood (1988) dan Oustan (1993) yang menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara ketrampilan pengurusan dengan keberkesanan organisasi sekolah. Lantaran itu kajian Azmi Zakaria (2004) mengakui bahawa kepemimpinan pentadbir adalah satu konsep yang sangat penting dan kebanyakan kajian kepemimpinan pentadbir meletakkan persepsi tentang aspek-aspek kepemimpinan seperti stail, keberkesanan, pencapaian dan iklim sebagai elemen penting dalam pembentukan keselamatan sekolah.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. 1. Mengenal pasti pengaruh yang singnifikan perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. 2. Mengenal pasti kekuatan pengaruh antara perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. 3. Mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Metodologi Kajian Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif dan tinjauan sampel. Gay dan Peter (2003) menjelaskan kajian deskriptif adalah mencari dan mengenal pasti kejadian sesuatu perkara. Hal ini bermatlamat untuk menjelaskan sesuatu fenomena (Mohd. Najib, 2000). Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan penekanan kepada 70% kuantitatif dan 30% kualitatif. Tumpuan bagi mengenal pasti pengaruh perancangan strategik adalah berdasarkan langkah-langkah strategik iaitu visi dan misi, analisis persekitaran, pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Manakala pengaruh kepemimpinan pentadbir dikenal pasti melalui peranan pentadbir, sifat pentadbir, tingkah laku pentadbir dan gaya kepemimpinan pentadbir. Halangan-halangan yang mempengaruhi sekolah selamat dikenal pasti melalui kelemahan dan ancaman yang dihadapi oleh sekolah-sekolah kajian. Sampel Kajian Lokasi kajian dijalankan di beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang melibatkan 15 buah sekolah iaitu 8 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah yang terletak berhampiran dengan kawasan persekitaran bandar daerah Semporna. Sampel kajian terdiri daripada pentadbir sekolah di kawasan kajian. Jumlah sampel kajian seramai 110 orang responden yang terdiri daripada kalangan pengetua/guru besar, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang di sekolah-sekolah kajian.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Instrumen Kajian Instrumen kajian ini ialah soal selidik, Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah (SKPM-S), temu bual dan rekod senarai semak. Soal selidik yang dibina berdasarkan kepada objektif, soalan kajian dan kerangka teori kajian. Asas pembinaan item dalam skala perancangan strategik, kepemimpinan pentadbir dan sekolah selamat adalah berdasarkan kepada tinjauan literatur dan dapatan kajian terdahulu. Soal selidik yang dibentuk mengandungi empat bahagian dan keseluruhan item berjumlah 67 (Jadual 1). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah melibatkan tiga dimensi iaitu hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi (perancangan, iklim dan pengurusan pembangunan sumber) dan pengurusan program pendidikan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, 2003). Temubual dikendalikan menggunakan kaedah triangulasi secara bersemuka dan disediakan dalam bentuk soalan separa struktur tidak terpimpin. Senarai semak disediakan dalam bentuk rekod anekdot dengan menggunakan skala gundal untuk menentukan kekerapan setiap item bagi memudahkan penganalisisan data kajian. Jadual 1: Kandungan Soal Selidik Bah. A B Skala & Sub-Skala Demografi Skala Perancangan Strategik Sub skala visi dan misi Sufean Sub skala Analisis SWOT 09 Sub skala Pembentukan Strategi 04 Sub skala Pelaksanaan Strategi Sub skala Kawalan Sub skala Penilaian dan Maklumbalas Pengaruh Perancangan Strategik 03 Skala Kepemimpinan Pentadbir Sub skala Peranan Pentadbir (1998) Sub skala Sifat Pentadbir 05 Bil. Item 04 33 04 Item Sumber 01-04 01-33 Edaris (2005) 01-04 Marzita & (2002) Shamsiah et al. (2005) SKPM-S (2003) 18-21 22-25 26-30 34-58 Fadzilah (1990) 34-39 Asmah Ahmad

C

05-13 14-17 04 04 05 31-33 25 06

40-44 Shahril (2000)

Jurnal Pengajian Pendidikan

D

Tingkah Laku Pentadbir Gaya Kepemimpinan Pentadbir Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir Skala Pembentukan Sekolah Selamat 09 Keselamatan Sekolah Jumlah Item Keseluruhan 67

05 05 04 59-67 09 -

45-40 SKPM-S (2003) 50-54 55-58 Chee et al. (2002) 59-67 SKPM-S (2003) -

Dapatan Kajian Pengaruh Perancangan Strategik Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Analisis regresi pelbagai dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh perancangan strategik yang melibatkan langkah-langkah perancangan strategik iaitu visi dan misi, analisis persekitaran (SWOT), pembentukan dan pemilihan strategi, pelaksanaan strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Analisis regresi pelbagai juga digunakan untuk menentukan kekuatan pengaruh antara sub-skala perancangan strategik berdasarkan kepada kekuatan beta () hasil daripada respons responden terhadap skala pengukuran yang digunakan (Jadual 2).

Jurnal Pengajian Pendidikan

Jadual 2: Analisis Pengaruh Perancangan StrategikVariabel

.511 .634 5.917 .456 7.663 .627 .709

t

p*

Visi dan misi Analisis persekitaran Pembentukan dan .495 pemilihan strategi Pelaksanaan strategi Kawalan .456 Penilaian dan maklumbalas Pengaruh Perancangan Strategik

6.179 8.527 .001 5.320 .001 8.373 10.444

.001 .001

.001 .001 .001

*p < .05 R (Visi dan misi) = .262 R (Analisis persekitaran) = .402 R (Pembentukan dan pemilihan strategi) = .245 R (Pelaksanaan strategik) = .208 R (Kawalan) = .352 R (Penilaian dan maklum balas) = .394 R (Pengaruh perancangan strategik) = .502 F (Visi dan misi) = 38.178 F (Analisis persekitaran) = 72.706 F (Pembentukan dan pemilihan strategi) = 35.014 F (Pelaksanaan strategik) = 28.304 F (Kawalan) = 58.714 F (Penilaian dan maklum balas) = 70.110 F (Pengaruh perancangan strategik) = 109.077 p = .000 Berpandukan dalam jadual 2 menjelaskan peramal langkah-langkah strategik yang melibatkan visi dan misi [F(1,108)=38.178, p=.000], analisis persekitaran [F(1,108) =72.706, p=.000], pembentukan dan pemilihan strategik [F(1,108)=35.014, p=.000],

Jurnal Pengajian Pendidikan

pelaksanaan strategik [F(1,108)=28.304, p=.000], kawalan [F(1,108)=58.714, p=.000], penilaian dan maklum balas [F (1,108)=70.110, p=.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. Berdasarkan nilai , keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal visi dan misi [ =.511, t(110)=6.179, p=.000], analisis persekitaran [=.634, t(110)=8.527, p=.000], pembentukan dan pemilihan strategik [=.456, t(110) =5.320, p=.000], pelaksanaan strategik [=.456, t (110)=5.320, p=.000], kawalan [=.456, t(110)=7.663, p=.000], penilaian dan maklum balas [=.627, t (110)=8.373, p=.000] dapat meramal pembentukan sekolah selamat secara signifikan. Keputusan kajian juga menjelaskan varians peramal visi dan misi menyumbang pengaruh sebanyak 26.2%, analisis persekitaran menyumbang pengaruh sebanyak 40.2%, pembentukan dan pemilihan strategik menyumbang pengaruh sebanyak 24.5%, pelaksanaan strategik menyumbang pengaruh sebanyak 20.8%, kawalan menyumbang pengaruh sebanyak 35.2%, penilaian dan maklum balas menyumbang pengaruh sebanyak 39.4% terhadap pembentukan sekolah selamat. Secara keseluruhannya peramal perancangan strategik [F(1,108)=109.077, p=.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. Berdasarkan nilai , keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal perancangan strategik [=.709, t(110)=10.444, p=.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan. Ini bermakna varians peramal perancangan strategik menyumbang pengaruh sebanyak 50.2% terhadap sekolah selamat. Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Analisis regresi pelbagai juga digunakan untuk mengenal pasti pengaruh sub-skala kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat. Keputusan analisis varians juga digunakan untuk mengenal pasti pengaruh antara sub-skala kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah selamat (Jadual 3).

Jurnal Pengajian Pendidikan

Jadual 3 : Analisis Pengaruh Kepemimpinan Pentadbir.Variabel

t

p*

Peranan pentadbir : .640 Sifat pentadbir : .593 Tingkah laku pentadbir: . 592 Gaya kepemimpinan pentadbir: .327 Pengaruh Kepemimpina .698 Pentadbir:

8.663 7.654 7.629 3.592 10.144

.000 .000 .000 .000 .000

*p < .05 R (Peranan pentadbir) = .410 R (Sifat pentadbir) = .352 R (Tingkah laku pentadbir) = .350 R (Gaya kepemimpinan pentadbir) = .107 R (Pengaruh kepemimpinan pentadbir) = .488 F (Peranan pentadbir) = 75.045 F (Sifat pentadbir) = 58.577 F (Tingkah laku pentadbir) = 58.202 F (Gaya kepemimpinan pentadbir) = 3.592 F (Pengaruh kepemimpinan pentadbir) = 102.896 p = .000 Berdasarkan kepada jadual 3 menjelaskan peramal peranan pentadbir [F(1,108) =75.045, p=.000], sifat pentadbir [F (1,108)=58.577, p=.000], tingkah laku pentadbir [F(1,108)=58.202, p=.000], gaya kepemimpinan pentadbir [F(1,108)=3.592, p=.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. Berdasarkan nilai , keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal peranan pentadbir [=.640, t (110) =8.663, p=.000], sifat pentadbir [=.593, t (110)=7.654, p=.000], tingkah laku pentadbir [=.592, t (110)=7.629, p=.000] dan gaya kepemimpinan pentadbir [= .327, t (110)=3.592, p=.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan. Keputusan kajian juga menjelaskan varians peramal peranan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 41.0%, sifat pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 35.2%, tingkah laku pentadbir

Jurnal Pengajian Pendidikan

menyumbang pengaruh sebanyak 35.0% dan gaya kepemimpinan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 10.7% terhadap sekolah selamat. Seterusnya secara keseluruhannya peramal kepemimpinan pentadbir [F(1,108)=102.896, p=.000] menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. Berdasarkan nilai , keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal kepemimpinan pentadbir [ = .698, t(110)=10.144, p=.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan. Ini bermakna varians peramal kepemimpinan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 48.8% terhadap sekolah selamat. Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat Kombinasi antara perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir dikenal pasti dengan menggunakan analisis regresi pelbagai (Jadual 4). Jadual 4 : Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat.Variabel

t

p

Perancangan strategik dan dan kepimpinan pentadbir:

.759

12.112

.000

* p < .05 R (Perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir) = .576 F (Perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir) = 146.706 p = .000 Berpandukan kepada jadual 4 menjelaskan peramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir [F(1,108)=146.706,p=.000] dapat menyumbang secara signifikan terhadap sekolah selamat. Berdasarkan nilai , keputusan kajian membuktikan sumbangan peramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir [=.759, t (110)=12.112, p =.000] dapat meramal sekolah selamat secara signifikan. Ini bermakna varians peramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir menyumbang pengaruh sebanyak 57.6% terhadap sekolah selamat.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Pengaruh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir terhadap pembentukan sekolah juga ditinjau dengan merujuk kepada Penilaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah (SKPM-S, 2003) untuk mengukuhkan dapatan kajian. Penilaian yang digunakan ialah dengan membuat analisis Instrumen Pemastian Standard Malaysia-Sekolah pada tahun 2006 (Data sekolah, 2006). Penilaian ini adalah berasaskan kepada laporan penilaian kendalian sekolah yang melibatkan variabel pengaruh perancangan strategik, kepemimpinan pentadbir dan pembentukan sekolah selamat (Jadual 5) yang terkandung dalam elemen-elemen SKPM-S.

Jadual 5: Keputusan Penilaian SKPM-S Elemen (Aspek) Elemen 1: Hala tuju kepimpinan Item - Visi dan misi - Perancangan strategik Skor item (Wajaran =60) 54 44

Elemen 2: - Gaya Kepimpinan 55 Kepimpinan Pentadbir Elemen 3 : - Iklim premis sekolah 56 Pengurusan program - Pengurusan kemudahan & keperluan 47 asas 47 - Sistem kawalan keselamatan Secara keseluruhannya, Analisis Instrumen Pemastian Standard Malaysia-Sekolah di sekolah-sekolah kajian telah membuktikan bahawa perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh terhadap pembentukan sekolah selamat. Halangan-Halangan Pembentukan Sekolah Selamat Temu bual dilakukan melibatkan beberapa pentadbir di sekolah-sekolah kajian. Datadata temu bual juga disusun secara kuantitatif supaya mudah dianalisis melalui pendekatan statistik kuasi dengan mengira bilangan kali sesuatu perkara yang dikenal pasti dalam data kajian (Jadual 6). Hasil temu bual menunjukkan bahawa sekolah kajian memberikan penekanan terhadap polisi sekolah selamat dan melaksanakan langkah-

Jurnal Pengajian Pendidikan

langkah keselamatan dengan terdapatnya pagar, pondok dan pengawal keselamatan, pili bomba, pendawaian elektrik yang baik dan kawalan keselamatan.

Jadual 6: Data Temu Bual Item - Penekanan Polisi Sekolah Selamat - Pagar, - Pondok & Pengawal Keselamatan, - Pili Bomba, - Pendawaian elektrik, - Kawalan keselamatan, Skor Kekerapan (Wajaran =15) 8 15 15 12 10 14

Analisis pemerhatian dijalankan dalam bentuk senarai semak untuk pengesahan maklumat berhubung tanda-tanda amaran awal yang boleh mengancam keselamatan sekolah (Jadual 7). Tanda-tanda amaran awal juga ditunjukkan melalui kerosakan dan berlaku retakan pada bangunan sekolah. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan sekolah kajian mempunyai perancangan strategik. Polisi sekolah selamat berkaitan keselamatan sekolah disediakan dengan mengambil langkah-langkah keselamatan seperti pembentukan perancangan strategik, menyediakan pagar, kawalan keluar-masuk, pondok dan pengawal keselamatan, pili bomba, lonceng kecemasan, pemadam api, pelan dan latihan kecemasan. Jadual 7: Rekod Senarai Semak Item Perancangan Strategik Polisi Keselamatan Persekitaran Fizikal Sekolah (Pagar, Kawalan Keluar-Masuk, Pondok & Pengawal Keselamatan disediakan) Skor Kekerapan (15 x 4 =60) 60 60

Jurnal Pengajian Pendidikan

Polisi Keselamatan Bangunan (Pili Bomba, Lonceng Kecemasan, Pemadam Api, Pelan & Latihan Kecemasan disediakan)

60

Kesimpulannya, keputusan analisis kajian menunjukkan kedua-dua variabel bebas memberi pengaruh yang signifikan dengan variabel bersandar (Rajah 1). Oleh itu dalam hal ini, variabel perancangan strategik menunjukkan lebih berpengaruh berbanding dengan kepemimpinan pengetua. Kombinasi antara kedua-duanya memberi pengaruh yang sederhana terhadap pembentukan sekolah selamat. Namun demikian, terdapat halangan-halangan dalam pembentukan sekolah selamat sehingga sekolah menjadi tidak selamat. Fenomena ini berlaku akibat kesan sampingan daripada kelemahan dan ancaman yang dialami oleh sekolah. Sekolah berada dalam keadaan selamat kerana dipengaruh oleh perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang berkesan dan sebaliknya sekolah tidak selamat kerana perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir sekolah memberi pengaruh yang kurang berkesan dalam pembentukan sekolah selamat.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Rajah 1: Model Pengaruh Perancangan Strategik dan Kepemimpinan Pentadbir Terhadap Pembentukan Sekolah Selamat

PENGARUHPERANCANGAN STRATEGIK Visi dan Misi Analisis SWOT Pembentukan dan Pemilihan Strategi Pelaksanaan Strategi Kawalan Penilaian dan Maklum Balas

SEKOLAH SELAMATK E K U A T A N

PEMBENTUKAN SEKOLAH SELAMAT Keselamatan Fizikal Sekolah dan Keselamatan Bangunan Sekolah

P E L U A N G

KEPIMPINAN PENTADBIR Peranan Sifat Tingkahlaku Gaya Kepimpinan

K E L E M A H A N

A N C A M A N

SEKOLAH TIDAK SELAMAT

Perbincangan dan Rumusan Kebanyakan kajian-kajian yang dibuat dalam perancangan strategik sebelum ini lebih berfokus kepada hubungan antara perancangan strategik dengan kualiti, prestasi dan keberkesanan sekolah. Skop kajian seolah-olah terarah kepada menjawab persoalan bagaimana pendekatan ini dilaksanakan dan kesan pendekatan ini apabila dilaksanakan terhadap kejayaan sekolah. Menyedari tentang fokus kajian yang sebelumnya bersifat agak sama, maka kajian ini cuba memberi dimensi fokus kepada pengaruh perancangan strategik sebagai satu variabel kajian terhadap pembentukan sekolah selamat. Kajian ini menunjukkan terdapat pengaruh perancangan strategik terhadap pembentukan sekolah selamat berdasarkan langkah-langkah strategik seperti visi dan misi, analisis persekitaran,

Jurnal Pengajian Pendidikan

pembentukan dan pemilihan strategi, pelaksanaan strategi, kawalan, penilaian dan maklum balas. Seterusnya dapatan kajian adalah selaras dengan dapatan kajian terdahulu yang ditunjukkan dalam kajian Muda dan Rusilawati (2003), kajian Marzita dan Sufean (2002) dan, kajian Ahmad Masrizal dan Sufean (2003) jelas menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan perancangan strategik terhadap sekolah selamat. Berdasarkan keputusan ujian, kajian merumuskan perancangan strategik memberi pengaruh sederhana dalam pembentukan sekolah selamat. Oleh itu, setiap sekolah hendaklah mengaplikasikan pengurusan strategik bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat. Keputusan analisis kajian juga menunjukkan kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh terhadap pembentukan sekolah selamat yang ditunjukkan melalui peranan pentadbir, sifat pentadbir, tingkah laku pentadbir dan gaya kepemimpinan pentadbir dengan pengaruh yang lemah. Kajian yang dijalankan ini bersifat mengutamakan pengalaman dan penilaian pentadbir berhubung pembentukan sekolah selamat untuk menyahut cadangan kajian Azmi Zakaria (2004). Dapatan kajian juga menunjukkan konsisten dengan dapatan kajian yang terdahulu yang berkaitan (Leithwood, 1986; Trider & Leihwood, 1988; Fadzilah, 1990; Oustan, 1993; Asmah Ahmad, 1998; Shahril, 2000; Chan, 2002). Sesungguhnya kepemimpinan pentadbir adalah perlu mengetahui teori-teori kepemimpinan dan pengurusan organisasi untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan sekolah dalam pembentukan sekolah selamat. Sementara itu, kombinasi antara dua variabel peramal (bebas) terhadap variabel kriterion (bersandar) iaitu pengaruh perancangan strategik (X1) dan kepemimpinan pentadbir (X2) terhadap pembentukan sekolah selamat (Y1) ditinjau melalui regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir memberi pengaruh yang sederhana terhadap pembentukan sekolah selamat melalui instrumen kajian yang digunakan iaitu analisis regresi pelbagai dan Penilaian Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-S). Dapatan kajian disokong oleh kajian Saripah (2004) dan kajian Campbell et al. (1997) mendapati tindakan menambahbaik sekolah bergantung kepada kepemimpinan pentadbir kerana pentadbir berperanan menyediakan perancangan strategik sekolahnya. Namun begitu terdapat halangan-halangan pembentukan sekolah selamat yang melibatkan bentuk-bentuk ancaman dan kelemahan yang dialami oleh sekolah-sekolah kajian sehingga mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Oleh yang demikian ancaman dan kelemahan ini perlu dilihat daripada pelbagai perspektif yang dijangka

Jurnal Pengajian Pendidikan

boleh mempengaruhi pembentukan sekolah selamat. Ancaman ini juga berlaku dalam bentuk tanda-tanda amaran awal kepada pihak sekolah seperti berlaku keretakan dan kerosakan pada bangunan sekolah dan kecelaruan tingkah laku pelajar sehingga menyebabkan berlakunya vandalisme di sekolah. Oleh yang demikian dengan mengenal pasti bentuk-bentuk ancaman dan kelemahan akan memberi peluang kepada sekolah untuk mengambil tindakan pencegahan dan penambahbaikan. Justeru dapatan kajian menunjukkan ancaman pembentukan sekolah selamat berlaku apabila sekolah tidak memberi penekanan terhadap pelaksanaan polisi dan program sekolah selamat. Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian, model kerangka kajian berjaya meramal perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembentukan sekolah selamat. Malah gagasan ini menyumbang pengaruh terhadap isu yang dikaji. Penelitian terhadap fenomena ini membantu ke arah kefahaman yang lebih jelas terhadap kerangka teori kajian dan model tentang perancangan strategik dan kepemimpinan pentadbir yang memberi pengaruh dan impak terhadap pembentukan sekolah selamat. Hasil dapatan kajian boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh kepemimpinan pentadbir di sekolah untuk membuat perancangan strategik berkesan terhadap pembentukan sekolah selamat. Oleh itu dengan mengaplikasikan perancangan strategik terhadap pembentukan sekolah selamat memberi ruang kepada kepemimpinan pentadbir sekolah untuk merangka strategi yang berkesan. Di samping itu kepemimpinan pentadbir juga perlu menonjolkan ciri-ciri kepemimpinan berkesan untuk kejayaan pelaksanaan program sekolah selamat.

Bibliografi Abdul Rahim Sidek. 1996. Pelajar remaja menghadapi cabaran. Utusan Melayu. 7 Mei 1995. Utusan Publication : Kuala Lumpur. Ahmad Masrizal B. Muhammad dan Sufean. 2003. Tinjauan Pengaplikasian Pendekatan Perancangan Strategik Di Sekolah Berasrama Penuh. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 13, Bil. 02. hlm. 39 - 80. Ahmad Sabu. 1998. Ke Arah Penyeliaan Sekolah Yang Efektif. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 08, Bil. 01. hlm. 53 - 61.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Asaruddin Ashaari. 1995. Pengurusan Strategik Di Peringkat Sekolah. Jurnal Pendidikan PKPSM. Hlm. 25 - 27. Asmah Ahmad. 1998. Collaborative Management and School Effectiveness in Malaysian Primary Schools. Doctoral Dissertation. Universiti of Sheffield, UK. Disertasi doktor yang tidak diterbitkan. Azmi Zakaria. 2004. Isu dan Trend Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 14(2), hlm. 29- 46. Campbell. R.F. Corbally, J.E. dan Nystrand, R.O. 1996. Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. (Terj.). Selangor : Penerbitan Universiti Putera Malaysia. Chan Yuen Fook. 1999. Pengurusan Strategik Ke Arah Sekolah Berkesan. Khidmat, Mac/April. Hlm. 20 - 25. Chan Yuen Fook. 2000. Apakah Aspek Penting Dalam Latihan Kepengetuaan Pada Abad Ke-21. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pengetua. Jil. 10, Bil. 02. hlm. 49 - 62. Chan Yuen Fook. 2002. Kajian Keberkesanan Program Latihan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Satu Tinjauan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 12(02). Hlm. 84 - 96. Chee P.K, Tan S.G, Shanti, Tai C.K. 2002. Strategi Ke Arah Sekolah Selamat. Dalam Jurnal Institut Pengetua, Universiti Malaya. Jilid 02, Januari, hlm. 41 - 52. Comer, J.P. 1998. Model of The School Development Program Success. New Haven : Comer Development Program Success. Edaris Abbu Bakri. 2005. Pengurusan Strategik, Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Fadzilah Hj. Md. Noor. 1990. Tingkah Laku Pentadbiran dan Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Pahang. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Disertasi M. Ed. yang tidak diterbitkan. Fidler, B. and Bowles, G. (ends.). 1989. Effective Local Management of Schools. A Strategic Approach. Harlow : Longman. Fidler, B. 1999. Terj: Abdul Aziz Abd. Rahman. Perancangan Strategik untuk Kemajuan Sekolah. Pulau Pinang : Rhythm Distributor Sdn. Bhd. Fidler, B. Terj: Abd. Aziz Abd. Rahman. 2004. Merancang Kemajuan Sekolah. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Foo, S.F. dan Ngang, K.N. 2000. Kepimpinan Pengajaran Pengetua / Guru Besar dan Kepuasan Guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 10(2) : 1 - 14.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Fullan. 2000. Educational Leadership. San Francisco : Jossey Bass Inc. Gay L.R. dan Peter A. 2003. Educational Research : Competencies for Analysis and Applications. Edisi ke-7. New Jersey : Upper Saddle River, Prentice Hall Inc. Hussien Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. 1999. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. Jones, A. 1988. Leadership for Tomorrows Schools. Oxford : Basil Blackwell. Leithwood, K.A. 1986. The Role of the Secondary School Principal in Policy Implementation and School Improvement. Toronto : The Queens Printer for Ontario. Marzita Abu Bakar dan Sufean Hussin. 2002. Pengurusan Strategik di Kalangan Pengurus-pengurus Sekolah Agama JAIS, dalam Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan. Jilid 12, Bil. 02, hlm. 97 - 125. M.B. Muda dan Rusilawati Othman. 2000. Model Rantaian Nilai Dalam Pendidikan: Prakarsa Bagi Pelaksanaan Strategi di Peringkat Institusi Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 10, Bil. 02. hlm. 18 - 34. Miller, A. 1998. Strategic Management. New York : McGraw-Hill. Mohd. Najib Gaffar. 2000. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Muhamad Bustaman Hj. Abdul Manaf. 1997. Pengurusan Strategik : Satu Pengenalan Kepada Peranan dan Amalan Konsepnya Dalam Pengurusan Sekolah. Jurnal pengurusan Pendidikan. 7(1), hlm. 36 - 49. Ouston, J. 1993. Management Competences, School Effectiveness and Education Management. Educational Management and Administration. Vol. 21, No. 4. 1993. Saripah Ghul Hassan. 2004. Kepimpinan Pengetua dan Keberkesanan Sekolah : Satu Kajian Kes Di SM. Teknik Keningau. Disertasi Pengurusan Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah. Disertasi tidak diterbitkan. Shamsiah Mohd. Amin, Shahrulbanum A. Ghani, dan Azaiah Ab. Latib. 2005. Konsep dan Pelaksanaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM pada 15 Okt. 2005. Shahril @ Charil Marzuki. 2000. Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua Yang Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad ke-21. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 10(2) : 1 - 14.

Jurnal Pengajian Pendidikan

Shukri Zain. 1997. Amalan komunikasi dalam praktikum: Ke arah meningkatkan kecemerlangan pengurusan komunikasi dalam konteks interaksi di antara institute perguruan dan sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Praktikum Pendidikan Guru, pada 19 - 21 Jun 1997 di Century Mahkota Hotel Melaka. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. Shukri Haji Zain & Syed Ismail Syed Mohamad. 2004. Sekolah Selamat: Identifikasi Profesionalisme Guru. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jil. 14(02), hlm. 95 - 112. Trider, D.M.A. and Leithwood, K.A. 1988. Influences on Principals Practices. Curriculum Inquiry. Vol. 18, No. 2, pp. 289 - 312. Zuraidah A, Razmi A.R. dan Yusuf R. 2002. Pendekatan Pengetua Dalam Menangani Disiplin Pelajar Berisiko Tinggi: Satu Kajian Tindakan. Jurnal Institut Pengetua, Universiti Malaya. Jil. 02., hlm. 81 - 90.