penguasaan kemahiran membuat inferen dan · pdf filemembuat kesimpulan di kalangan pelajar...
TRANSCRIPT
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFEREN DAN KEMAHIRAN
MEMBUAT KESIMPULAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5
ALIRAN SAINS
SUHAILAH BINTI MD. ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2006
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS DAN KESIMPULAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 ALIRAN SAINS
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006
Saya SUHAILAH BINTI MD. ABDULLAH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO. 4-K, JALAN TUN SRI LANANG, PROF. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI 75000 MELAKA, Nama Penyelia MELAKA. Tarikh: 13 APRIL 2006 Tarikh: 13 APRIL 2006
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”
Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyelia : PROF NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI Tarikh : ____________________________________
i
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT INFEREN DAN KEMAHIRAN
MEMBUAT KESIMPULAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5
ALIRAN SAINS
SUHAILAH BINTI MD ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2006
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : ____________________________
Nama Penulis : SUHAILAH BINTI MD. ABDULLAH Tarikh : ____________________________
iii
Dedikasi
Teristimewa buat Mak, ayah dan keluarga tercinta yang sentiasa
memberi semangat dan dorongan serta diiringi dengan doa.
Kejayaanku ini adalah milik kita bersama....
Semoga buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan......
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya
menyiapkan tesis ini.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada Profesor Dr. Noor Azlan Bin
Ahmad Zanzali selaku penyelia Projek sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat
yang beliau berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan menjayakan
Projek Sarjana Muda ini.
Ucapan Terima Kasih juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Pengetua-pengetua, Guru-guru
Penolong Kanan, serta guru-guru bagi sekolah-sekolah yang terlibat atas bantuan
yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan
Terima kasih juga diucapkan kepada pustaka ilmiah, Perpustakaan Sultanah
Zanariah (PSZ) yang telah menyediakan sumber rujukan dan maklumat bagi
penulisan tesis ini.
Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada kedua ibu bapa serta
semua rakan-rakan seperjuangan yang turut sama memberikan bantuan, dorongan
dan sokongan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
v
ABSTRAK
Ramai penyelidik telah mula untuk menunjukkan minat mereka yang
mendalam terhadap penyelidikan yang berkaitan dengan penguasaan Kemahiran
Proses Sains (KPS). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
kemahiran membuat inferen (kemahiran proses sains asas) dan kemahiran
membuat kesimpulan (kemahiran proses sains bersepadu).di kalangan pelajar
Tingkatan 5 di tiga buah sekolah Menengah Daerah Melaka. Sampel yang
terlibat ialah seramai 215 orang pelajar Tingkatan 5 aliran sains di pilih secara
rawak kelompok. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang
berbentuk ujian penguasaan dan mengandungi soalan berbentuksoal selidik. Data
yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social
Science for Windows (SPSS) versi 11. 5. Kebolehpercayaan instrumen kajian
dengan nilai Alpha Cronbach (α) adalah memuaskan iaitu bernilai sebanyak
0.7784. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap penguasaan pengetahuan
membuat inferens dan kesimpulan adalah pada tahap baik. Adalah diharapkan
penyelidikan ini dapat memberi manfaat dan kegunaan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
Many researchers have begun to show interest in looking at levels of
understanding of Process Science Skill (PSC) among secondary school students. The
purpose and focus of this study is to identify the knowledge levels and skills of
making inference (the basic science process) and making conclusion (the integrated
science process) attained by the students amongst Form 5 in three secondary Schools
in Malacca was chosen by random. 215 samples of students from Form 5 science
stream were used. The instrument of science process skills is a set consists of survey
questions was used. Data were collected by using the Statistical Packages For Social
Science for Windows released 11.5 (SPSS software). The Alpha Cronbach (α) is
0.7784. This study has shown that the level of understanding of making inference
and conclusion is good.. It is hope that this study can give a good benefit and usage
for future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN DAN MASALAH LATAR
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xii
xiii
xiv
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
viii
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Definisi Istilah 14
1.8.1 Membuat Inferen 14
1.8.2 Membuat Kesimpulan 14
1.8.3 Aliran Sains 14
1.9 Tahap Kefahaman yang Ditetapkan 15
1.10 Penutup 16
BAB II PENELITIAN BAHAN ILMIAH BERKAITAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kajian-kajian Tentang KPS Di Peringkat Sekolah Rendah 18
2.3 Kajian-kajian Tentang KPS Di Peringkat Sekolah 20
Menengah
2.4 Kajian-kajian Lalu KPS Membuat Inferen 22
2.5 Kajian lalu KPS Membuat Kesimpulan 26
2.6 Penutup 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Pelajar 33
3.5.2 Bahagian B : Ujian Penilaian Tahap Kemahiran 33
Saintifik (UPTKS)
ix
3.5.2.1 Kemahiran Membuat Inferen 34
3.5.2.2 Kemahiran Membuat Keimpulan 35
3.5.2.3 Taburan Item 36
3.6 Tatacara Kajian 36
3.6.1 Analisis Data Kajian 37
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Penutup 40
BAB IV DAPATAN DAN ANALISIS DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 41
4.2 Dapatan Kajian Bahagian A 42
4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 44
4.3.1 Dapatan Persoalan 1 44
4.3.2 Dapatan Persoalan 2 46
4.3.3 Hubungan Kekuatan Korelasi 47
4.4 Tahap Penguasaan KPS Membuat Inferen dan 47
Kesimpulan Mengikut Sekolah.
4.4.1 Hubungan Antara Status Penguasaan KPS Membuat 48
Inferen dan Kesimpulan Di Kalangan Tiga Buah
Sekolah Menengah Di Melaka.
4.6 Penutup 50
x
BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Kesimpulan 52
5.3 Perbincangan 53
5.3.1 Tahap Pengetahuan Membuat Inferen Di Kalangan 54
Pelajar Tingkatan Lima Aliran Sains
5.3.2 Tahap Pengetahuan Membuat Kesimpulan Di 55
Kalangan Pelajar Tingkatan Lima Aliran Sains
5.4 Implikasi 56
5.5 Cadangan KPS Dalam P&P Kajian 58
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.7 Penutup 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN A 66 LAMPIRAN B 80
LAMPIRAN C 81
LAMPIRAN D 82 LAMPIRAN E 83 LAMPIRAN F 85
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Gred Amalan Biasa tahap Kefahaman Kemahiran 15
Saintifik
3.1 Taburan Subjek Di Kawasan Daerah Melaka 32
3.2 Taburan Item Dalam UPTKS 36
3.3 Gred Amalan Biasa Tahap Kefahaman Kemahiran Saintifik 38
4.1 Gred Amalan Biasa Tahap Penguasaan Kemahiran Proses 41
Sains.
4.2 Pecahan Mengikut Sekolah 43
4.3 Pecahan Mengikut Keputusan Subjek Sains Semasa PMR 43
4.4 Peratusan Pelajar yang Menguasai KPS membina Inferens 45
4.5 Peratusan Pelajar yang Menguasai KPS membina Kesimpulan 46
4.6 Bilangan sampel yang Menguasai KPS Membina Inferens 48
Antara Ketiga-tiga Buah Sekolah Menengah.
4.7 Bilangan sampel yang Menguasai KPS Membina Kesimpulan 49
Antara Ketiga-tiga Buah Sekolah Menengah
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kemahiran Saintifik 3
3.1 Aspek-Aspek Di Bawah Kemahiran Membuat 34
Inferens
3.2 Aspek-Aspek Di Bawah Kemahiran Membuat 35
Kesimpulan
5.1 Proses Penyiasatan Sains 53
xiii
DAFTAR SINGKATAN /ISTILAH
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS - Kemahiran Saintifik
KSSM - Kurikulum Sains Sekolah Menengah
KSSR - Kurikulum Sains Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PULSAR - Pukal Latihan Sains Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMK (A) - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for The Social Science
UPTKS - Ujian Penilaian Tahap Kemahiran Saintifik
xiv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat
A Contoh Soalan Ujian Penilaian Tahap 66 Kemahiran Saintifik.
B Contoh Jawapan Ujian Penilaian Tahap 80 Kemahiran Saintifik. C Jadual Hubungan Korelasi SPSS 11.5 81 D Jadual Tentu Sampel Krejcie & Morgan.(1970) 82 E Salinan Surat Kebenaran Bahagian 83 Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. F Salinan Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan. 85
BAB 1
PENDAHULUAN DAN MASALAH LATAR
1.1 Pengenalan
Sains bukan sahaja setakat pengetahuan semata-mata, ianya juga
merupakan salah satu cara untuk memahami persekitaran dan biasanya
dilakukan secara bersistematik. Ini menunjukkan bahawa pengajaran fakta
sains hendaklah disampaikan dengan menggunakan prosedur dan proses
sains. Di Malaysia, kurikulum sains diperkenalkan bagi melahirkan
masyarakat yang celik sains dan teknologi serta membangunkan sumber
manusia yang terlatih, dinamik dan produktif yang dapat mengembangkan
pemahaman saintifik pada aras yang sesuai dengan minat dan keperluan
pelajar. Aspek yang difokuskan adalah berkaitan dengan pemahaman konsep
asas sains, kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, sikap saintifik
serta nilai-nilai murni.
Cabaran untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran saintifik dan
progresif berkait rapat dengan pembinaan potensi pelajar dari peringkat awal
persekolahan lagi. Kurikulum sains ini digubal untuk pelajarTahap II sekolah
rendah iaitu; Tahun 4, 5 dan 6 dimana kemahiran saintifik diberi penekanan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah ini diambil bagi
membolehkan pelbagai sekolah rendah mempunyai kemahiran sains asas
2
yang kukuh dan bertambah stabil penguasaannya terhadap kemahiran proses
sains apabila mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan
seterusnya ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK, 1994)
Bagi mendorong kanak-kanak mencapai pemahaman dalam bidang
sains, terdapat tiga perkara yang penting dan harus diambil perhatian yang
serius. Pertama ialah menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna
untuk para pelajar. Kedua ialah menggalakkan kanak-kanak untuk membuat
keputusan. Ketiga ialah memberikan kesempatan untuk membolehkan
kanak-kanak menghalusi pemahaman mereka dengan cara saling bertukar
pendapat sesama mereka (Needham dan Hill 1987).
Kemahiran saintifik terdiri daripada dua bahagian iaitu kemahiran
proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM) (KPM). Sementara itu,
kemahiran proses sains juga terdiri daripada dua bahagian iaitu kemahiran
proses sains asas (KPSA) dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB).
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan pelajar
mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran
proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.
Kemahiran proses sains boleh dibahagikan kepada dua iaitu
Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains
Bersepadu (KPSB). KPSA terdiri daripada kemahiran memerhati, mengelas,
mengukur menggunakan nombor, membuat inferen, meramal, berkomunikasi
dan menggunakan ruang dan masa. Sementara KPSB pula terdiri daripada
mentafsir maklumat atau mengintepretasi data, mengawal pembolehubah,
mendefinisi secara operasi, membuat hipotesis dan mengeksperimen serta
membina model seperti Rajah 1.0. (PPK, Modul 2, 1994).
3
(PPK, 1994).
Rajah 1.1 Kemahiran Saintifik
Kemahiran Saintifik
Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Proses Sains asas
Kemahiran Proses Sains Bersepadu
- Memerhati - Mengelas - Mengukur menggunakan nombor - Membuat inferens - Meramal
- Berkomunikasi - Menggunakan perhubungan ruang dan masa - Mentafsir maklumat - Mendefinisi secara operasi - Mengawal pembolehubah - Membuat kesimpulan
- Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul - Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat - Mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat - Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
4
Kurikulum sains untuk sekolah menengah yang dibina pada hari ini
adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan sains
dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan
fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. Selain itu, memahami
pengetahuan sains yang berkaitan dengan perkembangan bidang sains dan
teknologi, pengurusan alam semula jadi dan sumbernya. Di samping itu
pelajar juga akan dapat menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran
saintifik serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara
kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsi (Sulaiman,
1999)
Penguasaan kemahiran saintifik ini sangat penting bagi membolehkan
pelajar mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri.
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains bukan lagi bertujuan untuk
melatih pelajar mengingat dan menghafal fakta dan prinsip tetapi mendidik
pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara Kreatif dan Kritis (K&K)
dalam mencari ilmu melalui kemahiran berfikir. Oleh itu, sains dapat
mendidik dan membentuk individu untuk menggunakan akal fikiran secara
logik bagi menerangkan perkara-perkara yang berlaku di sekitar kehidupan
di samping mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
bertanggungjawab memastikan bahawa menjelang 2020 unsur-unsur sains
dan teknologi diterapkan ke dalam semua matapelajaran di semua peringkat
persekolahan dan nisbah pelajar-pelajar yang masuk ke dalam aliran sains
dengan sastera adalah 60: 40.
Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran saintifik serta
kemahiran berfikir sangat ditekankan dalam proses P&P dalam Kurikulum
Sains Sekolah Rendah dan Kurikulum Sains Sekolah Menengah di negara
kita. Oleh itu, dijangkakan agar semua pendidik dapat mengaplikasikan
5
penggunaan pendidikan inkuiri dan penyelesaian masalah dalam merangka
aktiviti P&P mereka, (Samsu, 1996).
Sebelum memahami dan seterusnya menguasai kaedah saintifik,
terlebih dahulu kita harus mengetahui apa itu sains sendiri. Ahli fisiologi
menyatakan bahawa sains boleh didefinisikan sebagai suatu proses atau
kaedah bagi menghasilkan ilmu. Di samping itu, sains turut digambarkan
sebagai satu kaedah yang logik atau satu kaedah yang spesifik untuk diikuti
dalam penyelesaian masalah (Larry,B.C.,1997). Sains juga didefinisikan
sebagai ¹ Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya. ² Cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan
kebenaran atau kenyataan semata-mata dan lain-lain.
Memandangkan KPS merupakan suatu topik yang luas dan
melibatkan banyak kemahiran, maka adalah sukar kepada penyelidik untuk
mengkaji setiap kemahiran-kemahiran tersebut. Penyelidik berpendapat
bahawa kemahiran membuat inferens dan kemahiran membuat kesimpulan
adalah dua kemahiran yang amat penting dalam KPS dan berminat untuk
melakukan penyelidikan untuk melihat tahap kedua-dua kemahiran tersebut.
Shahrom (1997) menyatakan kemahiran membuat inferens ini adalah
penting kerana ia melibatkan kita;
i) Membuat penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian
ii) Membuat hipotesis untuk membolehkan kita menyiasat sesuatu
iii) Menggunakan bukti yang ada untuk membuat penerangan awal
iv) Menggalakkan proses pemikiran semasa hendak menerangkan sesuatu
pemerhatian.
Kriteria-kriteria membuat inferens dari Shahrom (1997);
i) Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat
kesimpulan awal
ii) Mengemukakan pelbagai penerangan yang mungkin daripada suatu
6
pemerhatian
iii) Menguji betul atau salah inferens dengan pemerhatian lanjutan
iv) Menggunakan inferens sebagai titik permulaan untuk membuat
pemerhatian tambahan.
Contoh :
Membuat inferens berhubung dengan proses hidup yang dilakukan
organisma unisel dan organisma multisel.
(Abu Hassan, 2001)
Membina suatu kesimpulan adalah amat penting kerana berdasarkan
kesimpulan tersebut ia dapat menggambarkan hasil bagi keseluruhan sesuatu
pemerhatian, peristiwa, fenomena atau objek. Ia mewakili secara khusus dan
sahih mengenai perkara tesebut di atas.
Shahrom (1997) menyatakan kemahiran membina kesimpulan ini
adalah penting kerana ia membolehkan kita;
i) Membuat rumusan atau penutup untuk sesuatu pemerhatian mahupun
peristiwa
ii) Menggunakan bukti yang ada untuk membuat penyataan berdasarkan
pemerhatian
iii) Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dalam kemahiran proses
sains yang dijalankan.
Kriteria-kriteria membuat kesimpulan dari Shahrom (1997);
i) Menggunakan inferens dan pemerhatian untuk membina kesimpulan
ii) Mengemukakan suatu penyataan muktamad berdasarkan pemerhatian dan
ujikaji yang dijalankan.
7
Contoh :
Membina kesimpulan berhubung dengan organisma unisel mempunyai hanya
satu sel manakala organisma multisel mempunyai lebih daripada satu sel
adalah benar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada akhir tahun 80-an dan awal tahun 90-an Sains untuk program
KBSR & KBSM telah memberi penekanan inkuiri penemuan dan semua
prinsip-prinsip yang diamalkan dalam Sains Moden. Kemahiran saintifik
(KS) merupakan aspek penting dalam pendidikan sains; ia meliputi
Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Proses Manipulatif dan ini telah
dinyatakan dengan lebih tersurat pada tahun 1991, (PPK, 1994).
Kemahiran Proses Sains asas mempunyai hubungan dengan
kemahiran berfikir mudah dan perlu dilalui oleh setiap individu yang
mempelajari sains. Ini menunjukkan bahawa sains sesuai dengan peringkat
awal perkembangan kognitif kanak-kanak kerana kanak-kanak pada
peringkat awal sekolah rendah sedang berada di peringkat perkembangan
kognitif iaitu “pengendalian konkrit” dan “peringkat pengendalian formal”
pula terbentuk pada kanak-kanak di peringkat akhir persekolahan rendah
mereka (Piaget, 1969). Kemahiran proses sains bersepadu pula
diperkenalkan pada peringkat kognitif yang lebih tinggi.
Kementerian Pelajaran telah menyedari mengenai kepentingan mata
pelajaran sains dan ia harus dimulakan pada peringkat sekolah rendah
dengan menggantikan pelajaran sains yang digabungkan di dalam mata
pelajaran Alam Dan Manusia dengan satu mata pelajaran sains. Pada
peringkat tahun 4, pelajar-pelajar akan diajar dengan mata pelajaran sains
sehingga mereka berada di tahun 6. Selain itu, kemahiran-kemahiran sains
8
yang khusus telah diserapkan secara terus di dalam mata pelajaran sains, juga
ada yang digabungkan dalam mata pelajaran lain.
Sebagai langkah pertama, guru-guru yang akan mengajar mata
pelajaran sains telah diberikan kursus-kursus seperti Kursus Sains Tahun 4,
Kursus Sains Tahun 5, dan seterusnya Kursus Sains Tahun 6. Pada setiap
peringkat guru-guru telah diperkenalkan mengenai proses P&P yang sesuai
dengan mata pelajaran sains bertujuan agar ia dapat digunakan semasa
pengajaran kelak . Setiap kemahiran yang diajar adalah bertujuan untuk
menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis serta secara
sistematik, (Mohd. Azhar,2001)
Aktiviti sains melibatkan pelbagai kemahiran proses sains seperti
mengelas dan memerhati (Pulsar, Modul 2 KS, PPK, April 1994). Faktor-
faktor permasalahan yang dapat digariskan termasuklah kekurangan
penguasaan konsep kemahiran proses itu sendiri di dalam diri guru dan
diikuti oleh pelajar. Selain itu, kemahiran proses sains yang hendak
ditetapkan adalah terlalu banyak dan mempunyai kaitan yang rapat diantara
satu sama lain seperti meramal, membuat inferens serta menyatakan objektif.
Para pelajar mengalami kesukaran untuk membezakan antara satu kemahiran
proses sains dengan satu kemahiran proses sains yang lain serta
mengaitkannya dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Oleh itu, sebagai inisiatif untuk menangani permasalahan yang
berkaitan dengan kemahiran proses sains ini terutamanya dalam kemahiran
membuat inferens (KPSA) seterusnya membuat kesimpulan ( kemahiran
berfikir secara kritis); penyelidik telah memilih tajuk ini untuk di lihat sejauh
mana tahap pengetahuan kedua-dua kemahiran tersebut di kalangan pelajar-
pelajar tingkatan lima yakni bakal menduduki SPM. Justeru setelah
mengenali tahap pengetahuan pelajar-pelajar maka langkah-langkah
penyelesaian boleh dirancang seterusnya dilaksanakan agar masalah ini dapat
diatasi.
9
1.3 Penyataan Masalah
Kefahaman terhadap kemahiran proses sains akan menjadi berkesan
sekiranya proses pembelajaran dan pendidikan matapelajaran sains dapat
diajar secara berkesan; Pulsar Modul 2 (1994) menyatakan bahawa pelajar
harus menguasai kemahiran saintifik untuk cemerlang dalam sains dan
teknologi.
Sebelum membina kesimpulan, pelajar harus dapat membuat inferens
yang tepat dan guru perlu membimbing pelajar untuk menjalankan
eksperimen dengan betul agar memperoleh keputusan yang tepat kerana
melalui keputusan tersebut para pelajar akan membuat kesimpulan yang
tepat.
Berdasarkan kajian yang lepas, didapati bahawa peratus pelajar-
pelajar yang menguasai KPS adalah masih berada di tahap yang sederhana
dan lemah. Ini dapat dilihat dari kajian Noor Hayati (2003) yang mencapai
38% sahaja.
Pencapaian sains yang baik tentulah berdasarkan kebolehan pelajar
dalam memahami pelbagai fakta, konsep dan teori sains di samping
menguasai kemahiran-kemahiran proses sains.
Kemahiran proses sains adalah sangat penting kerana (Padilla, 1980) :
i) Aktiviti kemahiran proses sains melibatkan pemikiran tahap operasi
formal dan membantu perkembangan pemikiran pelajar.
ii) Aktiviti kemahiran proses sains mencerminkan sifat sains yang sebenar
dan memberi gambaran yang lebih tepat mengenai kerja-kerja yang
dilakukan oleh ahli-ahli sains.
iii) Pemindahan kemahiran dalam kehidupan seharian dalam usaha mencari
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
10
Kemahiran-kemahiran ini diharapkan dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian secara tidak langsung. Berdasarkan sebab-sebab di atas
maka penyelidik begitu tertarik untuk mengkaji sejauh mana pencapaian
kemahiran proses sains iaitu kemahiran membuat inferens dan kemahiran
membuat kesimpulan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima aliran sains
di tiga buah sekolah di Melaka.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang timbul di dalam kajian ini diharapkan akan terjawab iaitu :
i) Apakah tahap pengetahuan membuat inferens di kalangan pelajar
tingkatan lima aliran sains di sekolah yang dikaji.
ii) Apakah tahap pengetahuan membuat kesimpulan di kalangan pelajar
tingkatan lima aliran sains di sekolah yang dikaji.
Persoalan kajian ini dikemukakan bertujuan untuk mengatasi masalah
yang sedang di alami oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah di negara kita
agar dapat diselesaikan seterusnya menguasai kedua-dua kemahiran tersebut
dengan baik.