penglibatan jururawat dalam pendidikan profesional berterusan serta hubungannya dengan faktor...
DESCRIPTION
Tahap kesediaan, keterlibatan dan persepsi kepentingan pendidikan professional berterusan di kalangan jururawat. Demografi responden yang mempengaruhinya.TRANSCRIPT
-
1
ABSTRAK
Abstrak kertas kerja dikemukakan kepada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan
Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi
sebahagian daripada keperluan untuk mendapat Ijazah Sarjana.
PENGLIBATAN JURURAWAT DALAM PENDIDIKAN PROFESIONAL
BERTERUSAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN FAKTOR DEMOGRAFI
Oleh
FAIZA BINTI OMAR
Disember 2013
Penyelia: Dr. Shamsuddin Ahmad
Fakulti: Pengajian Pendidikan
Kajian adalah bertujuan untuk mengenalpasti jenis penglibatan jururawat dalam
Pendidikan Profesional Berterusan, tahap kesediaan, keterlibatan dan persepsi terhadap
kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan dalam kalangan Jururawat serta mencari
faktor demografi yang memberi hubungan signifikan dengan pembolehubah.
Kajian dilaksanakan ke atas jururawat di Hospital Kerajaan di negeri Selangor
yang berkhidmat dari pelbagai disiplin dan jabatan. Penglibatan mereka dalam kajian ini
adalah secara sukarela dengan menggunakan sampel rawak berstrata.
-
2
Kajian menggunakan analisa deskriptif dan inferential dengan menganalisis hasil
dapat dari pengedaran borang soal selidik. Responden dikehendaki mengisi borang selidik
dengan pembahagian persepsi melalui skala umpama likert.
Sebanyak 181 borang selidik telah dianalisa mengikut objektif kajian dan
mendapati tahap kesediaan, keterlibatan dan kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan terhadap responden adalah tinggi. Penglibatan responden dalam program
Pendidikan Profesional adalah aktif, hampir 90% responden pernah dan telah menyertai
program pendidikan untuk tempoh setahun yang lalu. Hubungan demografi iaitu faktor
disiplin/jabatan bertugas mempunyai hubungan signifikan dengan kesediaan dan
kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan.
Kesediaan responden dalam keterlibatan menyertai program Pendidikan
Profesional Berterusan amat penting untuk peningkatan diri dan kemajuan organisasi.
Kepentingan penyertaan yang memberi impak kepada kerjaya dan potensi diri perlu
mendapat kerjasama dan sokongan dari pihak pengurusan organisasi agar proses
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan penuh kesediaan. Budaya pembelajaran dalam
organisasi dapat mendorong responden untuk lebih bersedia dan minat dengan Pendidikan
Profesional.
-
3
ABSTRACT
An abstract of project paper submitted to Department of Professional Development and
Continuing Education, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia in partial
fulfillment of requirement for degree of Master.
NURSES PARTICIPATION IN CONTINUING PROFESSIONAL EDUCATION AND
ITS RELATIONSHIP WITH DEMOGRAPHIC FACTORS
Oleh
FAIZA BINTI OMAR
Disember 2013
The purpose of research is to identify the level of readiness, involvement and
perception of importance in Continuing Professional Education to Nurses and
demographic significant relationship factor.
This study conducted on nurses in government hospitals in the state are served
from different disciplines and departments. Their involvement in this study is voluntary
by using stratified random sampling.
This study used a descriptive and inferential analysis by analyzing the results got
from the distribution of questionnaires. Respondents are required to fill out their
perception through a survey form closed questions with similar likert scale form.
-
4
A total of 181 survey forms were analyzed according to the objectives of the study
and found that the level of readiness, involvement and importance of Continuing
Professional Education of the respondent is high. There are 90 % of respondents had
participated in an education program for the past year. Demographic relationship
discipline / department had a significant relationship with readiness and the importance of
Continuing Professional Education.
Readiness among respondents in the Continuing Professional Education program
is very important for self-improvement and advancement of the organization. The
importance of the participation will bring big impact on their career and potential to gain
the cooperation and support of the organization's management that the learning process
can be conducted with the utmost readiness. Learning culture in the organization can
encourage respondents to be more willingly and interested in Professional Education.
-
5
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdullillah berkat keredhaan dan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan kertas projek ini mengikut masa yang dirancang dan ditetapkan.
Penghargaan tidak terhingga kepada Dr. Shamsuddin Ahmad, penyelia kertas
projek dalam memberikan panduan, tunjuk ajar dan standard penulisan dalam penghasilan
kertas projek ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi
sokongan spiritual dan intelektual dalam proses untuk menyiapkan kertas projek ini.
Terutama kepada suami, Zainuddin Hasan, anak-anak Arissa Amani Zainuddin dan Ariff
Aaqil Zainuddin, Ibu bapa Omar Mohd Nasir dan Radziah Tahrin serta ibu mertua
Jamilah Ali dan juga adik beradik yang banyak mendoakan dan memberi kata peransang
sepanjang tempoh persediaan untuk menyiapkan kertas projek ini.
Ucapan terima kasih kepada Pengarah Hospital Kajang, Dr. Kuldip Kaur a/p Prem
Singh yang memberikan keizinan kepada saya untuk melaksanakan kajian ini ke atas
jururawat di hospital seliaan beliau. Matron Siti Norpiah Ahmad, Unit Kejururawatan dan
kakitangan unit kejururawat yang bekerjasama dalam pengedaran dan kutipan borang soal
selidik. Semua jururawat yang menjadi responden kajian dan kepada mereka yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kertas projek ini. Kerjasama kalian
semua memberi impak yang besar kepada saya sebagai syarat penganugerahan sarjana.
Jasa dan budi kalian amat dihargai. Semoga kalian sentiasa berada di bawah lindungan
Allah S.W.T hendaknya.
-
6
KELULUSAN
Adalah disahkan bahawa kami telah membaca dan menyemak kerta projek ini yang
bertajuk Penglibatan Jururwatan dalam Pendidikan Profesional Berterusan serta
Hubungannya dengan faktor Demografi. Dengan ini diperakukan bahawa kertas projek
ini diterima bagi memenuhi sebahagian daripada syarat Ijazah Sarjana (Pembangunan
Sumber Manusia) di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Diluluskan oleh:
(Penyelia)
Dr. Shamsuddin Ahmad
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tarikh: Disember 2013..
.
(Pemeriksa)
Profesor Dr. Aminah Ahmad
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tarikh: Disember 2013.
-
7
PENGAKUAN
Saya dengan ini mengakui kertas projek ini adalah hasil kerja dan usaha saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya perjelaskan sumbernya. Saya juga
mengakui bahawa kertas projek ini tidak pernah dikemukakan terdahulu atau masa kini
untuk penganugerahan mana-mana ijazah di Universiti Putra Malaysia atau mana-mana
institusi lain.
.........................................................
FAIZA BINTI OMAR
JM 40240
Tarikh: 2013............................................
-
8
KANDUNGAN
Tajuk Muka Surat
ABSTRAK ii
ABSTRACT iv
PENGHARGAAN vi
KELULUSAN vii
PENGAKUAN viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB
I PENDAHULUAN
Pengenalan 1
Profesion kejururawatan 2
Kerjaya Jururawat 3
Pendidikan Profesional Berterusan untuk profesion
Jururawat
5
Kepentingan pembelajaran berterusan profesional di
kalangan jururawat
8
Program Pembelajaran Profesional Berterusan untuk
Jururawat
9
Penyataan Masalah 11
Persoalan Kajian 12
Matlamat Kajian 13
Objektif Khusus Kajian 13
Skop Kajian 14
-
9
Batasan Kajian 14
Kepentingan Kajian
Kepentingan Kajian Kepada Organisasi 15
Kepentingan Kajian Kepada Jururawat 17
Kepentingan Kajian Kepada Bidang Pembangunan
Sumber Manusia
18
Definisi Operasional
Pembelajaran 20
Pendidikan Profesional Berterusan 20
Kesediaan dalam Pendidikan Profesional Berterusan 21
Keterlibatan dalam Pendidikan Profesional Berterusan 21
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan 22
II SOROTON LITERATUR
Pengenalan 23
Istilah Profesional 23
Peranan Jururawat sebagai profesional 26
Pembelajaran 28
Pendidikan Professional Berterusan 29
Kepentingan Pendidikan Professional Berterusan 37
Kesediaan Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
39
Faktor Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
42
Pendidikan Professional Berterusan dan Peluang Kerjaya
bagi Jururawat
45
Kursus Pos Basik-Pengkhususan 47
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
dan Sarjana
50
Kajian-Kajian Lepas Pembelajaran Profesional Berterusan 51
III METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan 55
Rangka Kajian 55
Rangka Kerja Penyelidikan 56
Tempat Kajian 56
Kriteria Penetapan Responden 57
Persampelan Kajian 57
Prosedur Kajian 59
Instrumen Kajian 59
-
10
Kaedah Pengumpulan Data 59
Pengurusan Pengumpulan Data Kajian 61
Kajian Rintis (Pilot test) 61
Penganalisisan Data 62
IV PENEMUAN KAJIAN
Pengenalan 65
Latar Belakang Responden 66
Jenis Penglibatan Responden dalam Pendidikan Profesional
Berterusan
69
Tahap Pembelajaran Responden dalam Pendidikan
Profesional Berterusan
72
Tahap Kesediaan Responden terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan
73
Tahap Keterlibatan Responden terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan
75
Persepsi Responden terhadap Kepentingan Pendidikan
Profesional Berterusan
78
Perkaitan Faktor Demografi dengan Kesediaan, Keterlibatan
dan Persepsi terhadap Kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan
80
V RINGKASAN, RUMUSAN, IMPLIKASI,
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pengenalan 82
Ringkasan 82
Rumusan 83
Implikasi 85
Perbincangan 85
Cadangan
Cadangan kepada organisasi 91
Cadangan Ilmiah 93
Kesimpulan 94
RUJUKAN
LAMPIRAN
-
11
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk Muka surat
1 Pembahagian CPD Point Mengikut Aktiviti Pendidikan
Profesional Berterusan
10
2 Tuntutan Elaun Sara Hidup (ESH) Mengikuti Kursus Pos
Basik/Pengkhususan
49
3 Skala Umpama Likert 60
4 Nilai Realibiliti Alpha Cronbachs 62
5 Jadual Pembahagian Min 63
6 Demografi Responden 66
7 Jenis Penglibatan Responden Dalam Pendidikan
Profesional Berterusan
71
8 Tahap Pembelajaran Responden terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan
72
9 Tahap Kesediaan Responden Dalam Pendidikan
Profesional Berterusan
74
10 Tahap Keterlibatan Responden Dalam Pembelajaran
Profesional Berterusan
77
11
Persepsi Responden terhadap Kepentingan Pendidikan
Profesional Berterusan
79
12 Nilai Ujian Khi Kuasa Dua bagi Perkaitan Antara
Demografi dan Pendidikan Profesional Berterusan
81
-
12
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk Muka Surat
1 Konsep Pendidikan Profesional Berterusan 34
2
Faedah dan Kebaikan Mengikuti Pembangunan Profesional
Berterusan
44
3 Rangka Kajian 55
4 Carta Alir Pengurusan Pengumpulan Data Kajian 61
-
13
SENARAI SINGKATAN
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
MNA Malaysia Nurses Association (Persatuan Jururawat Malaysia)
PhD Doktor of Philosophy
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
LJM Lembaga Jururawat Malaysia
CPD Continuos Profesional Development Programme (Pembangunan
Profesional Berterusan)
PPB Pendidikan Profesional Berterusan
APC Annual Practice Certification (Sijil Praktis Tahunan)
UM Universiti Malaya
LPPKN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
CIPD Chartered Institute for Personal and Development
CV Curiculum vitae
KPSL Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
wad SCN wad rawatan rapi
wad NICU neonatal incentive care unit atau wad rawatan neonatal
wad CCU Critical care unit atau unit rawatan critical
wad ICU insentive care unit atau wad rawatan rapi
CSSD Central Sterile Service Department
O&G Obstretrik & Ginekologi
HDU High Dicentive Unit
ED
SPSS
Emergency Department atau Jabatan Kecemasan
Statistical Package For Sosial Science
-
14
SENARAI LAMPIRAN
Bil Perkara Muka Surat
1 Borang Soal Selidik 108
2 Surat kepada Organisasi 112
-
15
BAB I
PENDAHULUAN
Pengenalan
Bidang kejururawatan yang dahulu dianggap sebagai hanya satu kerjaya kini ia
adalah bidang profesion (Utusan Malaysia, 2005) yang amat penting dalam pembangunan
kesihatan rakyat pada masa kini. Kekurangan jumlah jururawat yang mencukupi dan
keperluan jururawat di hospital-hospital serta klinik-klinik menjadi perhatian Kementerian
Kesihatan Malaysia bagi merawat dan penjagaan pesakit.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada Mei 1996, terdapat 15,921
jururawat, 10,886 penolong jururawat dan 1,165 jururawat pergigian yang berkhidmat di
sektor kerajaan dan swasta di negara Malaysia. Pada tahun 2010 Malaysia mempunyai
sebanyak 101,366 orang jururawat iaitu pertambahan sebanyak 71, 997 orang daripada
tahun 2000 (Utusan Malaysia: 2005). Sehingga Mei 2012, jumlah jururawat adalah
seramai 96,598 orang yang terdiri daripada 31,149 orang bidan, 11,031 orang jururawat
dan 19,860 jururawat masyarakat (Deraf ucapan Menteri Kesihatan Malaysia, 2012).
Sehubungan itu, keperluan dalam bidang kejururawatan diberi perhatian oeh negara bagi
meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan masyarakat.
-
16
Profesion Kejururawatan
Jururawat adalah profesion yang menggabungkan antara SENI dan SAINS
yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa
serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti
penjagaan diri sendiri. Menurut Schon (1983), perkara yang membezakan diantara
kecekapan profesional dengan bidang tugas yang bukan dikategorikan sebagai profesional
adalah seni atau artistry yang dimiliki dalam diri setiap profesional, yang mana realiti
kerja profesional adalah bersifat unik, tidak menentu dan mempunyai konflik nilai.
Selain daripada itu, profesion kejururawatan juga bertanggungjawab
mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih
baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga ke akhir hayat
mereka (Zulkifli, 2011). Menurut Cervero (2000), jururawat berkhidmat dengan isu yang
sama untuk membantu, membaikpulih dan melaksanakan semula sumber yang ada untuk
berhadapan dengan segala situasi yang berulang atau sama. Isu yang biasa di kalangan
jururawat adalah mereka mencipta kemungkinan untuk berhadapan dengan pesakit yang
sedang dirawat samaada dalam keadaan sukar atau tenat.
Profesion kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa
berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan
perawatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Jururawat
dengan pengalaman yang tertentu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri untuk
menangani kes-kes paradigma iaitu dengan membentuk kumpulan kes-kes paradigma
yang mampu berdepan dengan pelbagai isu perawatan yang mendorong kepada persepsi
dan tindakan terhadap situasi dan krisis tertentu.
-
17
Kerjaya Jururawat
Kerjaya kejururawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1980 (Zulkifli,
2011) di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh
anggota dari East India Co yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan
(sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada
1942-1945 disebabkan perang dunia ke dua. sekolah kejururawatan mula ditubuhkan pada
tahun 1946 iaitu di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan
kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951 (Zulkifli, 2011). Justeru itu,
kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa mendapat perhatian untuk perubahan,
penambahbaikan dan peningkatan pembangunan kerjaya dalam menjadi sebuah Negara
maju (Zulkifli, 2011).
Bidang kejururawatan dibahagikan kepada empat bidang asas yang meliputi
i)jururawat kesihatan, ii) jururawat perubatan, iii) jururawat masyarakat dan iv) jururawat
akademik. Melalui pengalaman dan kelayakan akademik, jururawat berpeluang untuk
dilantik dan menerima kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih kanan samaada dalam
bidang pengurusan dan akademik misalnya ketua jururawat, penyelia jururawat, ketua
penyelia jururawat atau dan tenaga pengajar klinikal (Clinical Instructor).
Bidang kejururawatan memerlukan individu yang meminati bidang ini (Danielson
dan Berntsson, 2007) secara sepenuh hati kerana ia adalah profesion yang penting dan
mempunyai permintaan yang tinggi (Utusan Malaysia, 2005). Jururawat bukan sekadar
membantu doktor malah mereka bertindak sebagai penolong kepada doktor dalam
melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal. Seorang jururawat yang
-
18
berkebolehan harus mampu menangani masalah, isu-isu paradigma pesakit sebelum
ketibaan doktor.
Tugas kejururawatan adalah mendiagnosis dan memberi rawatan tindak balas
kepada pesakit terhadap masalah kesihatan yang sebenar atau mungkin dialami oleh
pesakit (Aminah, Ooi dan Chng, 2003; Maslin-Prothero, 1997). Jururawat perlu
menumpukan perhatian kepada proses kejururawatan dan gerak balas pesakit terhadap
masalah kesihatan yang dihadapi. Penjagaan rawatan yang diberikan haruslah selari
dengan keperluan yang merangkumi semua aspek kesihatan mental, fizikal dan sosial
pesakit. Oleh yang demikian, keperluan jururawat di hospital dan klinik-klinik
memerlukan jururawat yang berkemahiran dan berkebolehan dalam membuat keputusan
dan diagnosis tahap kesihatan pesakit.
Seseorang individu yang layak dan diiktiraf sebagai jururawat mesti memiliki
kelayakan pendidikan minima Diploma Kejururawatan yang boleh diperolehi dari Kolej
Perubatan, Kolej-Kolej Kejururawatan kerajaan atau swasta. Peningkatan pendidikan,
dapat dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA & IPTS) di
peringkat Ijazah hingga Sarjana. Dengan ini, ia memberi peluang kepada jururawat yang
telah berkhidmat untuk meningkatkan pengetahuan dan kepakaran mereka dengan
menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Penyataan oleh Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA) Matron Ramziah
Ahmad (Ting, 2010), ia merupakan objektif persatuan untuk melihat lebih ramai
jururawat berijazah dikeluarkan di negara ini. Dengan lebih banyak jururawat berijazah,
kualiti penjagaan kejururawatan dapat dicapai. Dengan adanya jururawat berijazah sama
ada dengan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau PhD, mereka dapat memberikan
pendapat, berkongsi pengetahuan dan maklumat mengikut kepakaran yang dimiliki
-
19
dengan para doktor. Dengan itu, keperluan jururawat untuk memiliki jururawat yang
berkelulusan ijazah dapat memberi pandangan, anggapan dan kepercayaan yang berbeza
dalam kalangan masyarakat. (sebelum ini di kalangan)
Pendidikan Profesional Berterusan untuk Profesion Jururawat
Penambahan ilmu dalam kalangan jururawat membolehkan jururawat
melaksanakan tugas dengan penuh keyakinan dan mampu mengembangkan lagi
keupayaan diri (Rohani, 2008). Jururawat yang memiliki kelayakan akademik yang lebih
tinggi dan melalui pengalaman yang dimiliki dapat membantu mereka dalam perlaksanaan
aspek utama tugas iaitu mampu berfikir secara kritikal, pembuatan keputusan yang
rasional dan penambahbaikan kognitif. Jururawat yang berkemahiran mempunyai
keupayaan kognitif dan perseptual membolehkan mereka meletakkan gred kualititatif
terhadap tahap kesihatan pesakit. Dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki, jururawat
dapat membantu pesakit, penjaga dan keluarga dengan memberikan maklumat yang
lengkap terhadap perawatan dan status kesihatan pesakit.
Penambahan ilmu dalam kalangan jururawat bukan hanya sekadar mengikuti
pembelajaran secara formal, ia juga boleh terlaksana secara informal dengan
menggalakkan jururawat membaca jurnal kesihatan dan perubatan atau melaksanakan
perbincangan di kalangan rakan sekerja.
Laporan daripada Zanariah (2008), mulai tahun 2009, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) telah mewajibkan jururawat berdaftar dengan Lembaga Jururawat
Malaysia (LJM) wajib mengikuti program Pembangunan Profesional Berterusan (PPB)
yang lebih dikenali sebagai Continuos Profesional Development Programme (CPD).
-
20
Program boleh diikuti secara dalam talian atau dengan menghadiri perjumpaan secara
bersemuka. Ini dilaksanakan bagi mewujudkan budaya pembelajaran berterusan dalam
kalangan profesional kejururawatan sekaligus mewujudkan sebuah organisasi
pembelajaran. Ia juga bagi memastikan kualiti perkhidmatan jururawat dapat
dipertingkatkan.
Jururawat berdaftar wajib terlibat dan menyertai program PPB (sebelum ini CPD)
adalah bagi melayakkan mereka untuk memperbaharui Sijil Praktis Tahunan
Kejururawatan (Annual Practice Certification, APC) yang dikeluarkan oleh LJM.
Program PPB bertindak sebagai platform kepada jururawat dalam melaksanakan kerja
dengan lebih efektif dan berkeyakinan. Selain itu, objektif program PPB adalah untuk
memberi pendedahan kepada jururawat kepada perkara baru, mengimbas kembali
pengetahuan, mengemaskini pengetahuan dan kemahiran sediaada.
Selain daripada wajib mengikuti program PPB, jururawat juga digalakkan
mengikuti peluang latihan lain seperti kursus, bengkel, konferens, konvensyen dan lain-
lain. Dengan menyertai program-program sedemikian jururawat akan lebih berfikiran
terbuka, meningkatkan kompetensi diri, mengembangkan rangkaian serta dapat memberi
pandangan positif kepada pesakit terhadap perkhidmatan yang diberikan yang sekaligus
dapat meningkatkan nama organisasi.
Penyertaan jururawat dalam program pengkhususan kejururawatan iaitu kursus
pos basik pula melayakkan jururawat untuk menjadi Jururawat Pakar dalam pengkhususan
yang diikuti dan memberi peluang cerah untuk kenaikan pangkat. Terdapat lebih daripada
24 bidang pengkhususan kejururawatan yang ditawarkan oleh KKM yang bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kejururawatan bagi pembangunan kerjaya.
-
21
Kursus tersebut akan mendedahkan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi
terkini dalam bidang perubatan kesihatan.
Menurut Daley (1999), dalam pembelajaran dalam kalangan jururawat terdapat
lima tahap penguasaan; i) baru, ii) pemula (beginner), iii) kompeten, iv) mahir dan v)
pakar. Jururawat baru tidak mempunyai pengalaman dalam pengendalian perawatan tetapi
mereka perlu menunjukkan prestasi maksima, sehubungan itu mereka perlu diberikan
panduan am yang khusus untuk membolehkan mereka memberikan prestasi yang optima.
Tahap pemula (beginner) mampu mendemonstrasikan perawatan yang diberikan kerana
mampu mangawal keadaan dan situasi sebenar. Tahap kompeten melihat kepada tindakan
mereka terhadap perawatan ke atas pesakit untuk jangka masa panjang dengan
mengetahui situasi yang perlu diutamakan. Tahap mahir mempunyai keupayaan dalam
melihat situasi secara keseluruhan dan dapat menjangkakan permasalahan situasi untuk
diselesaikan. Tahap pakar menggunakan segala pengalaman, kemahiran tanpa
membuangmasa untuk mengambil keputusan dalam penyelesaian masalah.
Sehubungan itu, pembelajaran dan pendidikan yang diikuti oleh jururawat perlu
selari dengan tahap penguasaan setiap individu agar objektif pembelajaran untuk
meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan kejururawatan tercapai. Program pendidikan
yang diikuti perlu selaras dengan keupayaan individu untuk menerima pembelajaran yang
disampaikan.
Sekiranya keterlibatan jururawat tidak melihat kepada tahap penguasaan
pembelajaran yang dimiliki berkemungkinan ia akan memberi kesan terhadap amalan
ditempat kerja. Ini kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki sewaktu pembelajaran tidak
dapat dipraktiskan berikutan kekurangan penguasaan dan pengalaman.
-
22
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan dalam Kalangan Jururawat
Laporan daripada Rohani, Ketua Jabatan Sains Kejururawatan, Universiti Malaya
(UM) pada tahun 2008, hanya terdapat 75,000 orang jururawat di negara ini iaitu tiga
peratus (3%) sahaja yang memiliki ijazah kejururawatan, beliau menyifatkan faktor
penghalang utama jururawat tidak melibatkan diri dalam pendidikan adalah disebabkan
sikap individu sendiri yang mempersoalkan untuk apa belajar sehingga ke peringkat
ijazah. Faktor lain yang dikenalpasti oleh beliau adalah jururawat yang telah tamat
pengajian terus ditempatkan di wad-wad hospital dan mempunyai beban tugas yang tinggi
dan kebanyakan dari mereka bekerja mengikut jadual kerja shift. Faktor-faktor ini yang
membuatkan jururawat tidak menginginkan untuk menyambung pengajian kepada
peringkat yang lebih tinggi. Hanya segelintir sahaja jururawat yang sanggup
mengorbankan wang dan keluarga untuk menyambung pengajian.
Menurut Rohani melalui penulisan Zulfiple (2008), jururawat perlu memiliki
Ijazah Kejururawatan kerana ianya dapat membantu mereka untuk mengembangkan lagi
kerjaya dalam industri dan profesion kejuruwaratan. Beliau juga mencadangkan
pembelajaran berterusan di kalangan jururawat bukan hanya melalui pembelajaran formal
dengan adanya tenaga pengajar dan menghadiri kuliah atau kursus bahkan jururawat
masih boleh membaca jurnal-jurnal perawatan kesihatan dan berkongsi ilmu di kalangan
mereka agar mereka sentiasa bersedia dengan perubahan dan penambahan teknologi yang
berlaku.
Pendidikan Profesional Berterusan adalah penting untuk profesional melibatkan
diri dalam pembelajaran atau pendidikan. Ini adalah kerana sekiranya profesional gagal
untuk mengikuti program pembelajaran, profesional berkemungkinan akan berdepan
-
23
dengan i) kehilangan hak untuk mempraktiskan bidang profesional, ii) kehilangan
keahlian dalam pertubuhan atau persatuan, iii) kehilangan hak untuk peningkatan atau
kenaikan gaji dan upah, iv) tidak layak untuk mempamerkan dan menggunakan sijil
amalan samaada di tempat sendiri atau di tempat baru (Blacklock, 2009).
Program Pendidikan Profesional Berterusan untuk Jururawat
Program PPB yang telah diwajibkan kepada semua jururawat berdaftar dengan
LJM mulai tahun 2009 adalah untuk memastikan kualiti perkhidmatan jururawat dapat
ditingkatkan dari masa ke semasa. Sehubungan itu, Unit CPD, Bahagian Kejururawatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan penting dalam melaksanakan
program latihan dalam perkhidmatan kepada jururawat. Unit ini akan menyelaras dan
mengkoordinasikan program latihan anjuran KKM, menyediakan garis panduan untuk
pemberian CPD point, memberi CPD point kepada jururawat yang menyertai program
pembelajaran anjuran agensi latihan, badan persendirian dan lain-lain.
Dengan adanya unit ini, setiap pemberian CPD point adalah melalui perakuan
daripada jawatankuasa Bahagian Jururawat Malaysia. Setiap kategori jawatan perlu
memenuhi jumlah CPD point bagi melayakkan mereka memperbaharui lesen APC. Bagi
Ketua Jururawat diperlukan jumlah CPD point diantara 35-40 point setahun, manakala
jururawat terlatih pula diantara 25-30 point setahun.
Laporan CPD point setiap jururawat akan dikumpulkan bagi pembaharuan lesen
APC. Ianya perlu dihantar ke Bahagian Kejururawatan, KKM dan disahkan oleh
jawatankuasa sebelum 30 September setiap tahun. Jumlah CPD point dikira mulai 1
September tahun sebelumnya hingga 30 Ogos tahun semasa.
-
24
Program Pendidikan Profesional Berterusan untuk jururawat mempunyai nilaian
mata yang berbeza diantara setiap program. Berikut adalah pembahagian nilaian mata
tersebut:
Jadual 1: Pembahagian CPD Point Mengikut Aktiviti Pendidikan
Profesional Berterusan
Bil Aktiviti CPD point
1 Kongres / Konferen (Tempatan/Antarabangsa) 15 20
2 Mesyuarat Teknikal Akademi / University / Kolej /
Persatuan / Institusi / KKM & Lain Lain.
1 20
3 Bengkel / Kursus / Program Sanggutan 4 30
4 CNE/ Aktiviti Profesional 1 20
5 Mesyuarat Akreditasi 5 20
6 Wartakan Penulisan(articles) dalam Makalah/Bab dalam
buku/Lapuran
1 - 30
7 Pembelajaran Bersendirian / Berkumpulan /Jarak Jauh 3 20
8 CNE/CME talian terus 1 20
9 Pos Basik
a) 6 bulan
b) 612 bulan
15
30
10 Program Ijazah / Diploma Lanjutan 50
11 Penglibatan sebagai ahli dalam Projek Kualaiti /Projek
Penyelidikan / Aktiviti Pembelajaran
5 20
12 Ahli Lembaga Penyunting 5 -10
13 Lain Lain aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan
kendiri
2 -10
Sumber: CPD Nurse Flyer (2009) Unit CPD, Bahagian Kejururawatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia
-
25
Penyataan Masalah
Berikutan dengan arahan mewajibkan jururawat mengikuti progam PPB, yang
mana setiap jururawat perlu memiliki sekurang-kurangnya 25 CPD point sebelum
September setiap tahun, maka menjadi tanggungjawab setiap jururawat untuk memiliki
jumlah nilaian mata tersebut sebelum tarikh akhir laporan diserahkan kepada LJM.
Berikutan itu, menjadi persoalan adakah keterlibatan jururawat dalam program
pendidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kompetensi diri, peningkatan dan
mengemaskini pengetahuan, kemahiran atau menghadiri program sekadar untuk
mengumpulkan nilaian mata. Ada juga diantara jururawat yang menyertai program
pendidikan setelah mendapat arahan daripada pihak atasan bagi mencukupkan nilaian
mata bagi melayakkan pembaharuan APC.
Manakala, penyertaan dalam kursus pengkhususan pos basik mengkehendaki
mereka meninggalkan kerja hakiki bagi tempoh tertentu, samaada selama enam bulan atau
setahun. Dengan menyertai kursus tersebut, jururawat layak menerima elaun sara hidup
mengikut syarat-syarat tertentu. Berikutan itu adakah permohonan untuk terlibat dalam
kursus pos basik untuk melarikan diri dari kerja hakiki secara tidak langsung mendapat
elaun tambahan atau keterlibatan mereka sememangnya untuk menjadi pakar dalam
bidang kejururawatan masing-masing.
Selain dari itu, arahan yang mewajibkan jururawat untuk terlibat dalam program
pendidikan berterusan mempunyai beberapa kekangan tertentu, terutamanya bagi
jururawat yang berkhidmat dengan waktu kerja shift, yang memerlukan mereka
meletakkan komitmen yang tinggi terhadap bidang tugas dan tanggungjawab harian. Ini
kerana program pembelajaran sering dilaksanakan pada waktu pejabat diantara jam 8.00
-
26
pagi hingga 5.00 petang. Bagi jururawat yang bertugas mengikut jadual shift akan
mengalami kesukaran kerana mereka perlu mengatur jadual tugas dan memerlukan rakan
sekerja menggantikan tugas mereka sepanjang pemergian mengikuti pembelajaran.
Sekiranya tidak mendapat kerjasama dari rakan sekerja dan sokongan dari pihak
pengurusan kanan terumatanya, maka pembelajaran yang dijadualkan tidak akan dapat
dihadiri.
Oleh disebabkan itu, pembelajaran perlu dijadikan sebagai budaya organisasi
kerana ia adalah sebagai nilai tambah kepada setiap jururawat. Sokongan dan kerjasama
dari organisasi akan menggalakkan jururawat belajar sesama sendiri untuk berkongsi
maklumat. Dengan ini, jururawat akan menyedari kepentingan keterlibatan dalam
Pendidikan Profesional Berterusan.
Persoalan Kajian
1. Apakah jenis penglibatan Pendidikan Profesional Berterusan dalam kalangan
jururawat?
2. Apakah tahap pembelajaran jururawat terhadap Pendidikan Profesional Berterusan?
3. Adakah jururawat bersedia untuk mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan?
4. Apakah tahap keterlibatan jururawat dalam Pendidikan Profesional Berterusan?
5. Apakah persepsi jururawat terhadap kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan?
6. Apakah faktor demografi yang mempengaruhi kesediaan, keterlibatan dan persespi
kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan kepada jururawat?
-
27
Matlamat Kajian
Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan, tahap keterlibatan
dan persepsi jururawat terhadap kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan serta
mencari hubungan demografi yang mempengaruhi Pendidikan Profesional Berterusan
dalam kalangan jururawat. Kajian juga ingin melihat jenis penglibatan yang menjadi
pilihan jururawat dalam Pendidikan Profesional Berterusan.
Objektif Khusus Kajian
Objektif khusus kajian adalah:
1. Mengenalpasti jenis penglibatan jururawat (sebelum responden) dalam Pendidikan
Profesional Berterusan.
2. Mengenalpasti tahap pembelajaran jururawat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
3. Mengenalpasti tahap kesediaan jururawat dalam Pendidikan Profesional
Berterusan.
4. Mengenalpasti tahap keterlibatan jururawat terhadap Pendidikan Profesional
Berterusan.
5. Mengenalpasti persepsi jururawat terhadap kepentingan Pendidikan Profesional
Berterusan.
6. Mengenalpasti perkaitan antara demografi dengan kesediaan, keterlibatan dan
persepsi terhadap kepentingan Pendidikan Professional Berterusan.
-
28
Skop Kajian
Kajian merangkumi persepsi responden terhadap kepentingan Pendidikan
Profesional Berterusan serta tahap kesediaan dan keterlibatan reponden dalam Pendidikan
Profesional Berterusan. Kajian juga adalah untuk mengenalpasti program pendidikan
profesional yang menjadi pilihan di hospital kerajaan yang mana kajian dilaksanakan di
salah sebuah hospital kerajaan di negeri Selangor.
Batasan Kajian
Beberapa batasan dalam kajian ini, ia adalah seperti berikut:
1. Kajian dijalankan di salah sebuah hospital kerajaan di negeri Selangor dan ianya
tidak mampu mewakili keseluruhan jururawat di Malaysia.
2. Prosedur dan perlaksanaan pembelajaran adalah mengikut garis panduan dan
standard yang telah ditetapkan oleh KKM yang mana ada diantaranya berbeza
dengan amalan yang diamalkan oleh jururawat di badan berkanun, pihak swasta,
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), IPTA dan IPTS.
3. Skop kajian hanya terhad kepada profesion kejururawatan dan tidak boleh mewakili
bidang profesion lain
4. Dapatan kajian diperolehi melalui analisis soal selidik yang telah diisi oleh
responden. Ketetapan hasil dapatan kajian bergantung kepada kejujuran dan
ketelusan responden menjawab soal selidik. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi
responden yang boleh menyebabkan hasil dapatan tidak tepat dan bergantung
kepada kefahaman responden terhadap konsep Pendidikan Profesional Berterusan
-
29
Kepentingan Kajian
Kajian dapat memberi implikasi dan pendedahan kepada organisasi dalam
mengaplikasikan program pendidikan berterusan secara menyeluruh yang memerlukan
sokongan dari pengurusan tertinggi dan kerjasama secara langsung dari pengurusan kanan
(Morre, 2010) untuk perlaksanaannya. Pendidikan Profesional Berterusan mampu
memberi kesedaran dan pendedahan kepada jururawat terhadap kepentingan pendidikan
dalam profesion mereka.
Kepentingan Kajian Kepada Organisasi
Melalui hasil dapatan kajian, organisasi dapat mengetahui kesediaan dan
keterlibatan jururawat dalam mengikuti program Pendidikan Profesional Berterusan.
Faktor-faktor yang mendorong mereka untuk terlibat dengan pembelajaran dan kesediaan
mereka mengikuti program pembelajaran. Dengan itu, organisasi akan bersedia dan
bekerjasama untuk menerapkan dan terbuka untuk mewujudkan budaya pembelajaran
(learning organization) di tempat kerja.
Perlu dijadikan panduan kepada organisasi yang diwakili oleh pengurusan atasan
bahawa pembelajaran bukan sekadar mengikuti aktiviti pembelajaran secara formal
malahan ia boleh dikendalikan dengan lebih efektif di tempat kerja melalui pembacaan,
bertukar pendapat, perbincangan dan mesyuarat yang dilaksanakan secara aktif (Devi dan
Mei Chan, 2008).
-
30
Pemahaman terhadap kepentingan dan faedah pembelajaran profesional dapat
membantu jururawat dalam memberikan perkhidmatan perawatan pada tahap optima
selain daripada penambahan ilmu dan pengetahuan penggunaan teknologi terkini.
Hasil kajian juga akan mendorong organisasi untuk memahami konteks
profesional kejururawatan dengan melakar dan merancang pembelajaran yang perlu
diikuti oleh mereka samaada untuk penambahan mutu perkhidmatan dan kompetensi diri
atau perancangan untuk kenaikan pangkat. Ini kerana untuk melayakkan kenaikan pangkat
seseorang itu perlu memiliki pengetahuan, kemahiran yang secukupnya dalam satu-satu
bidang profesional (Burke, 1995).
(tambahan kepentingan bagi Objektif 5) Hasil kajian juga dapat membantu
organisasi merencana keterlibatan jururawat untuk lebih aktif dalam menyertai program
PPB. Demografi jururawat yang berkemungkinan menjadi penghalang harus diberi
penekanan agar ia tidak dijadikan alasan dan faktor penghalang kepada jururawat untuk
terlibat menyertai program PPB. Malahan organisasi boleh mengambil inisiatif dengan
melihat faktor demografi yang cenderung mengurangkan motivasi jururawat untuk terlibat
dalam pembelajaran. Ini adalah kerana program PPB adalah pembelajaran sepanjang
hayat yang bertujuan untuk memenuhi keperluan pesakit dan meningkatkan hasil
perkhidmatan perawatan melalui peningkatan yang sistematik dengan perlaksanaan
perkembangan ilmu, pemahaman, kemahiran dan pembangunan kualiti personal yang
bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab bidang profesional (Bibi Florina, 2008).
-
31
Kepentingan Kajian Kepada Jururawat
Hasil dapatan kajian akan memberi kesedaran kepada jururawat terhadap
kepentingan mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan, yang mana pengetahuan
sediaada akan menjadi usang sekiranya tidak dikemaskini dan diperbaharui, ini disokong
oleh Gillies dan Petengill (1993) dalam penulisan Beatty (2001). Mengikuti pembelajaran
profesional bukan sekadar untuk mencukupkan jumlah CPD point bagi melayakkan
pembaharuan APC (Devi dan Mei Chan, 2008) malah ia lebih daripada itu.
Kesediaan jururawat adalah keterbukaan jururawat itu sendiri untuk mengikuti
pembelajaran profesional secara aktif. Kesediaan mereka terlibat dalam pembelajaran
memberi gambaran kepada pemahaman terhadap manfaat program pembelajaran. Dengan
pemahaman tersebut mampu mendorong mereka untuk merencana dan merancang
pembelajaran yang ingin diikuti. Jururawat juga akan menetapkan misi dan objektif dalam
diri untuk mengikuti pembelajaran profesional. Kesediaan dalam diri individu akan
memberi impak yang lebih tinggi kepada peningkatan kompetensi diri dan pengetahuan.
Jururawat sebagai penjaga perawatan profesional yang berkhidmat dalam
persekitaran dan suasana yang sentiasa berubah serta perlu berhadapan dengan permintaan
yang tinggi daripada pesakit dan ahli keluarga. Maka, jururawat perlu memiliki ilmu
pengetahuan yang cukup, pemikiran dan bersedia mengenalpasti sebarang kemungkinan,
perubahan, bersedia berhadapan dengan cabaran dan mencari jalan penyelesaian (Maslin-
Prothero, 1997). Sehubungan itu, keterlibatan dalam pembelajaran akan memberi
pendedahan kepada penyelesaian masalah, pengemaskinian maklumat, peningkatan
keyakinan diri agar bersedia dengan sebarang kemungkinan dan cabaran dari masa ke
semasa. Sokongan dari pengurusan dan organisasi juga memainkan peranan untuk mereka
-
32
terus terlibat dengan program pembelajaran yang memberi impak besar dalam bidang
tugas dan organisasi.
(tambahan objektif 5) Hasil kajian yang melibatkan demografi responden tidak
dijadikan sebagai alasan untuk tidak aktif atau sebagai penghalang dalam melibatkan diri
dalam Pendidikan Profesional Berterusan. Seharusnya ia dijadikan sebagai cabaran dan
pendorong untuk lebih terus mengikuti pembelajaran walaupun umur telah meningkat
atau tugasan kerja yang terlalu sibuk. Ini kerana lagi banyak yang dipelajari akan lebih
meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan dan kemahiran yang dimiliki tidak mudah
untuk diperkotak-katikkan.
(tambahan kepentingan) Kepentingan Kajian Kepada Bidang Pembangunan
Sumber Manusia
Pendidikan Profesional Berterusan adalah pembelajaran sepanjang hayat yang
disarankan untuk setiap profesional mengikutinya bagi peningkatan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan keupayaan diri. Pendidikan Profesional Berterusan dapat memberi
kepentingan berterusan secara jangka pendek dan jangka masa masa panjang. Faedah
Pendidikan Profesional Berterusan memberi impak kepada individu dan organisasi, yang
mana individu yang terlibat dalam pembelajaran akan mudah mencapai objektif organisasi
dan pencapaian prestasi yang ditetapkan selain dari dapat mengukuhkan dan mengekalkan
saingan dalam pasaran kerja.
Kerjasama organisasi dalam menyediakan dan merancang pendidikan profesional
mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti, mengekalkan keefisyenan dan
mengekalkan persaingan dengan pesaing. Menurut Jain dan Martindale (2012), organisasi
-
33
bekerja keras untuk kekal dalam pasaran industri dan meningkatkan suasana persaingan
dengan menyiapkan kakitangannya dengan pengetahuan, ilmu dan kemahiran yang terkini
agar dapat bersaing dengan lebih cemerlang. Ia adalah strategi perniagaan yang dapat
membantu meningkatkan kualiti organisasi untuk terus bersaing.
Hasil kajian terhadap pembelajaran responden akan memberi gambaran jelas
dalam mempersiapkan para profesional agar lebih bersedia dan terbuka untuk melibatkan
diri dalam pendidikan profesional. Pembangunan bidang profesional dipandang serius
dalam merencana program pendidikan profesional agar ia selari dengan amalan dan
praktis perkhidmatan yang diberikan. Melalui pembelajaran akan membentuk keupayaan
profesional menerima perkara baru, kecenderungan untuk mengikuti peluang
pembangunan baru, sentiasa terbuka bagi membincangkan perkara baru dan terkini,
belajar untuk meninggalkan dan mempelajari perkara yang baru dan mampu
mengenalpasti kelemahan (Jain dan Martindale, 2012).
Pendidikan profesional akan menjadikan golongan profesional sentiasa bersiap
sedia dengan sebarang kemungkinan perubahan samaada dari segi ekonomi, teknologi dan
persaingan global. Ianya penting bagi memastikan profesional dalam tahap yang
dipandang tinggi oleh masyakat dan mempunyai kontrak nilai yang tertentu dalam
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat khususnya. Profesional perlu berada pada
tahap yang tidak boleh diperkotakkatikkan kerana pengetahuan, ilmu, kemahiran yang
dimiliki tidak mudah untuk diperolehi oleh individu yang bukan dalam golongan
profesional. Maka pendidikan profesional berterusan harus diberi penekanan oleh pihak
organisasi dan menjadi tanggungjawab golongan profesional melengkapkan diri dengan
pengetahuan terkini melalui keterlibatan dalam pembelajaran.
-
34
Definisi Operasional
Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses perubahan yang berlaku setelah peserta menyertai
aktiviti dan program pendidikan. Aktiviti pembelajaran dapat memberi pendedahan
kepada peserta terhadap pengetahuan, kemahiran dan teknologi terkini yang boleh
digunapakai mengikut keadaaan semasa. Profesional yang mengikuti pembelajaran akan
mendapati diri sentiasa bersedia untuk membuat keputusan melalui ilmu dan kemahiran
yang dimiliki. Pembelajaran yang diikuti mampu menjadikan profesional maju ke arah
pengiktirafan penuh bersama ideologi bidang profesional tertentu. Pembelajaran
dikalangan profesional dapat dipertingkatkan dengan keterlibatan dalam pembelajaran
formal secara berterusan.
Pendidikan Profesional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan dalam konteks profesion kejururawatan adalah
proses pembangunan profesional secara berpanjangan dan ada diantaranya mengatakan ia
adalah pembelajaran sepanjang hayat (Maslin-Prothero, 1996; Jarvis, 2005). Pembelajaran
profesional dilaksanakan sejurus jururawat tamat dalam program pengajian kejururawatan
(An Board Altranis, 1994; Peck, McCall dan McLaren, 2000). Proses pendidikan dan
pembangunan berpanjangan yang melibatkan profesional adalah dari mula profesional
memperolehi kelayakan pendidikan dan sehingga sepanjang perkhidmatan dalam bidang
-
35
profesional, ini adalah untuk mengekalkan tahap kompetensi dan meningkatkan
penguasaan serta kemahiran dalam perawatan perubatan (Alsop, 2000). Pembelajaran
akan melibatkan secara keseluruhan maklumat dan pengetahuan berkenaan perawatan
perubatan dimana objektif pembelajaran adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan
tahap kompetensi profesional ke tahap tertinggi bagi melayakkan profesional menerima
pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Kesediaan dalam Pendidikan Profesional Berterusan
Kesediaan jururawat dalam pembelajaran memerlukan mereka bersedia untuk
berhadapan dengan risiko dan kekangan yang mana pembelajaran memerlukan komitmen
yang tinggi dan semangat yang kental. Sikap kesukarelawan, perasaan ingin tahu dan
minat adalah perkara yang mampu mendorong jururawat untuk bersedia menghadapi
pembelajaran mengikut acuan yang dikehendaki. Kesediaan mengikuti pembelajaran akan
memberi pulangan besar kepada peserta seperti kepuasan diri, menambahkan keyakinan
diri dan dapat berkongsi ilmu pengetahuan bagi pemantapan bersama kalangan rakan
sekerja.
Keterlibatan dalam Program Pendidikan Profesional Berterusan
Keterlibatan dalam pembelajaran secara informal dan formal dapat memberi
kesedaran kepada profesional bahawa pembelajaran adalah penting untuk menjadi
profesional yang berpengetahuan dan disegani. Penglibatan dalam pembelajaran
membolehkan profesional meningkatkan mutu perkhidmatan, mendapat pengikhtirafan
-
36
dalam bidang profesional. Keterlibatan dalam pembelajaran mendorong kepada
pencapaian organisasi yang berkehendakan profesional dapat memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada masyarakat sekeliling yang mana profesional adalah tanggungjawab
kepada masyarakat.
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan adalah perlu dalam kalangan profesional yang
mana ia berfungsi sebagai nilai tambah dalam diri seseorang profesional. Ianya
peningkatan dari segi kemahiran, keupayaan, pengetahuan, kompetensi, keyakinan diri
dan mencapai standard profesionlisma yang ditetapkan. Pendidikan Profesional
Berterusan yang efektif dapat melahirkan profesional yang matang dan bersedia dengan
tugas dan tanggungjawab terutama dalam memberikan perkhidmatan kepada skop
tugasan. Program Pendidikan Profesional Berterusan juga penting untuk memastikan
bidang profesional dipandang tinggi dan dihormati dalam kalangan masyarakat, ini kerana
pengetahuan dalam kalangan profesional mempunyai tahap yang berbeza mengikut
bidang profesional.
-
37
BAB II
SOROTON LITERATUR
Pengenalan
Bab ini menerangkan teori, model-model dan kajian-kajian lepas yang berkaitan
Pendidikan Profesional Berterusan untuk profesional jururawat khususnya. Ia bagi
menyokong penemuan hasil kajian dan mengelakkan sebarang kajian yang tidak dijangka
di masa hadapan.
Istilah Profesional
Profesional diadaptasikan sebagai pekerjaan atau kerjaya. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat) mentafsirkan profesional sebagai individu atau
penjawat dalam bidang yang berkaitan dengan profesion atau kerja yang kritikal, pakar
dalam bidang spesifik seperti undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan seumpamanya.
Profesional adalah individu yang berhadapan dengan keperluan kerja yang memerlukan
kepakaran dalam mengendalikan sesuatu kerja. Profesional juga berhadapan dengan
perubahan persekitaran yang memerlukan profesional sentiasa berpengetahuan yang
mampu berhadapan dengan perubahan, pembangunan serta sentiasa bersedia dengan
sebarang kemungkinan (Cervero, 2000).
-
38
Status golongan profesional adalah tinggi dikalangan masyarakat (Azahari,
Khairuddin dan Shamsuddin, 1995) ia dikaitkan dengan kawalan ke atas penawaran buruh
terhadap pekerjaan profesional yang mana bidang profesional adalah terhad dan tidak
ramai buruh yang memiliki kelayakan profesional, profesional juga perlu melalui satu
standard prestasi bagi tempoh masa tertentu iaitu fasa percubaan iaitu pre-profesional
dengan bayaran yang minima dan setelah tamat fasa tersebut profesional akan
memperolehi bayaran upah yang tinggi mengikut kategori profesional (Marks, 2010).
Sehubungan itu, golongan profesional memberikan perkhidmatan kepakaran kepada
masyarakat umum dengan penuh keyakinan dan layak menerima bayaran upah yang
tinggi yang dijadikan sebagai sumber pendapatan. Goode (1957) dalam penulisan Marks
(2010), golongan profesional perlu memiliki kelayakan pendidikan formal dan ahli
kepada badan profesional berdaftar yang memiliki body of knowledge dalam
menentukan dan merancang pembangunan bidang professional tersebut. Dengan itu,
golongan profesional mempunyai standard prestasi tertentu dalam memberikan
perkhidmatan serta sentiasa perlu meningkatkan mutu perkhidmatan.
Golongan professional perlu mengikuti pembelajaran melalui Pendidikan
Profesional Berterusan (An Board Altranis, 1994; Peck, McCall dan McLaren, 2000;
Marks, 2010) setelah memulakan pekerjaan, ini kerana golongan profesional akan
berkhidmat dalam bidang profesional mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 30 tahun
dan pengetahuan yang tidak dikemaskini akan ketinggalan. Dengan itu, mereka mampu
dan mempunyai kuasa dalam pembuatan keputusan, penetapan dasar, pekeliling,
perubahan penstrukturan dan kuasa profesional yang lain (Marks, 2010).
Definisi yang dinyatakan oleh Etzioni (1969) dalam penulisan Marks (2010)
menyatakan bidang kejururawatan adalah semi-profesional yang memberi pengertian
-
39
bahawa mereka memiliki pengkhususan di tahap minima, kurang autonomi, tempoh
latihan yang pendek dan status pengesahan tugas yang terhad.
Menurut Cervero (2000), pendekatan proses statik dan sosio ekonomi menetapkan
kriteria yang dikategorikan sebagai profesional adalah individu yang i) terlibat dalam
operasi intelektual, ii) memperolehi bahan dari sumber sains dan fakta yang jelas, iii)
memerlukan pembuatan keputusan yang jelas dan praktikal, iv) memiliki pendidikan dan
teknik penyelesaian, v) memiliki pengurusan kendiri, vi) mempunyai kesedaran terhadap
kepentingan sekeliling. Ini menjelaskan golongan profesional sentiasa berurusan langsung
dan mempunyai tanggungjawab ke atas masyarakat. Peningkatkan pengetahuan dan
kemahiran adalah wajib agar setaraf dan mengikuti standard keperluan semasa dan up to
date dalam menyampaikan dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Menurut Bines dan Watson (1992), ciri-ciri penting golongan profesional adalah i)
memiliki kompetensi dan kelayakan yang memberi kesan terhadap keupayaan mereka
dalam melaksanakan tugas, ii) golongan profesional memiliki lesen amalan profesional
yang memberi akreditasi kepada amalan professional mereka, iii) mempunyai kawalan
kendiri dalam perlaksanaan tugas yang menentukan pengekalan standard dan akauntabiliti
dalam organisasi dan masyarakat, iv) memiliki jangkaan sekeliling terhadap kemahiran
dan pengetahuan golongan professional akan meningkatkan ganjaran, status dan
keyakinan pihak sekeliling.
Golongan profesional berkaitrapat dengan faktor kecekapan. Dalam memastikan
kecekapan golongan ini sentiasa dikemaskini dan berkembang mengikut perubahan dan
pembangunan semasa, golongan profesional perlu menghadiri latihan, melakukan
pembacaan dan terlibat dalam program ilmiah seperti aktiviti konferens, seminar, bengkel
dan seumpamanya. Latihan anjuran institusi latihan atau badan-badan profesional tertentu
-
40
memberi kesan mendalam kepada bidang profesional. Kerjasama badan profesional dalam
merencana program latihan profesional dapat menentukan latihan yang sesuai untuk satu
bidang profesional.
Golongan profesional juga adalah golongan yang sentiasa mendorong diri untuk
mewujudkan kualiti kerja yang profesional. Keperibadian golongan ini yang sentiasa
berkeinginan untuk menampilkan perilaku yang dapat mencapai dan mendekati piawaian
tugas ideal agar dapat dijadikan sumber rujukan, mereka juga sentiasa berusaha untuk
meningkatkan mutu dan memelihara imej profesion, sentiasa berkeinginan untuk
mengejar kesempatan pengembangan profesional yang dapat meningkatkan dan
memperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampilan diri.
Peranan Jururawat sebagai Profesional
Secara umumnya jururawat berperanan dalam aktiviti penjagaan kesihatan primer,
sekunder, tertiar. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, jururawat tertakluk
kepada Akta Jururawat 1920, Akta Bidan 1966, Code of Professional Conduct of Nursing,
polisi, peraturan-peraturan dan garis panduan bagi perlaksanaan dan peningkatkan kualiti
penjagaan kesihatan serta penglibatan dalam masyarakat, keluarga dan komuniti.
Aktiviti perkhidmatan dan penjagaan perubatan primer terdiri daripada;
Aktiviti-aktiviti promosi kesihatan
Pencegahan dan pengawalan penyakit
Jagaan perawatan dan rehabilitasi
-
41
Penjagaan kesihatan ibu hamil
Penjagaan kesihatan ibu lepas bersalin
Kebidanan di rumah
Penjagaan kesihatan di sekolah
Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak di bawah 6 tahun termasuk
imunisasi
Pemakanan untuk ibu dan kanak-kanak
Perancangan keluarga
Jagarawatan kesihatan dewasa, remaja dan warga tua
Aktiviti perkhidmatan dan penjagaan perubatan sekunder dan tertiar pula terdiri daripada;
Aktiviti-aktiviti penjagaan kesihatan di hospital-hospital
Tugas jagaan perawatan secara holistik dengan memantau keadaan pesakit
dari masa ke semasa
Mendokumenkan rekod kemajuan perawatan
Memberikan tindakan sewajarnya dan melaporkan keadaan luar biasa
pesakit kepada pihak yang bertanggungjawab
Terlibat dengan bidang pengkhususan iaitu bidang kecemasan dan
traumatologi, anestologi, rawatan rapid dan hemodialisis
Perkhidmatan dan sub kepakaran dalam kejururawatan terkini adalah
Cardiology Nursing, Emergency/Trauma Nursing, Ambulatory and Stroke
Management in Nursing dan Oncology Nursing
-
42
Pembelajaran
Pembelajaran bukan sahaja suatu persediaan untuk kehidupan tetapi penting bagi
mencapai kejayaan dalam kehidupan serta ia merupakan satu proses pembangunan insan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu untuk membina kesedaran dan nilai insaniah
manusia. Pembelajaran juga merupakan proses perolehan pengetahuan, kemahiran dan
perubahan sikap (Meriam et. al, 2007). Proses pembelajaran berlaku umpama putaran
kehidupan (Maslin-Prothero 1997), dari buaian hingga ke kubur, setiap peringkat usia
manusia dari peringkat sekolah, pengajian tinggi hingga alam dewasa dengan meluas iaitu
dirumah, tempat kerja dan masyarakat sekeliling (Laal, 2012). Pembelajaran tidak
berhenti di satu peringkat dan ianya berterusan sepanjang hayat dalam kehidupan manusia
(Mohd Azhar et.al, 2004).
Pembelajaran di kalangan orang dewasa mula menjadi penekanan pada masa kini
dan dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat (Mohd Azhar et. al, 2008).
Pendekatan ini adalah untuk membangunkan modal insan dan modal intelek dalam
organisasi dan negara. Pembelajaran berlaku dengan tiga kaedah iaitu melalui kaedah
formal, informal (Lester,1999) dan non-formal (Tissot, 2004). Menurut konsep Dave
dalam penulisan Gopee (2001), pembelajaran formal melibatkan institusi pengajian
seperti sekolah, kolej dan universiti; pembelajaran informal terlaksana secara tidak
langsung yang berlaku sepanjang kehidupan dan pembelajaran nonformal pula
pembelajaran yang terancang namun tidak khusus seperti pembelajaran formal. Setiap
kaedah pembelajaran adalah mengikut keperluan, kepentingan dan kehendak individu
sendiri (Maslin-Prothero, 1997) dan pembelajaran bukan hanya menghadiri kelas atau
-
43
tutorial, malah ia perlu dikendalikan secara positif dengan suasana pembelajaran klinikal
yang membolehkan peserta mengajukan soalan bagi mengembangkan pemahaman
(Maslin-Prothero, 1997).
Pendidikan Professional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan di kalangan jururawat adalah bagi mencapai
tahap profesionalisma, peningkatan kualiti yang memerlukan meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan ke tahap tertinggi dan optima melalui menyambung pengajian serta
sentiasa mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat (Hapeel, 2004). Program
Pendidikan Profesional Berterusan adalah program pembelajaran sepanjang hayat (Jarvis,
2005) yang mana program pembelajaran dibina untuk mengingatkan semula kepada
perkara asas bidang profesional kepada perkara yang digunakan untuk praktis,
penyelidikan dan pendidikan bagi digunakan untuk perkhidmatan kepada masyarakat
umum terutamanya pesakit (Ryan, 2003).
Program pembelajaran juga adalah program tersusun yang menyumbang kepada
peningkatan serta penambahan tahap efektif secara berpanjangan di kalangan ahli
profesional. Program pembelajaran melibatkan seluruh aktiviti pembelajaran yang boleh
menyumbang kepada peningkatan dan pengekalan kepada keefektifan para profesional.
Pembelajaran profesional dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada profesional
bahawa ilmu pengetahuan yang dimiliki selepas menamatkan pengajian akan menjadi
usang dan luput dalam tempoh dua hingga lima tahun sekiranya ia tidak ditambahbaik
dari masa ke semasa secara berterusan (Gellies dan Petengill, 1993).
-
44
Pendidikan kejururawatan tidak terhenti setelah jururawat diiktirafkan sebagai
jururuwat terlatih atau jururawat berdaftar dengan LJM. Secara asasnya pendidikan yang
diperolehi akan menjadi usang (Maslin-Prothero, 1997) dan luput setelah dua (2) hingga
lima (5) tahun selepas graduasi (Griffitts, 2002; Beatty, 2001). Perubahan dan
pertambahan teknologi dari masa ke semasa (Kristjanson dan Scanlon, 1989) memerlukan
setiap profesional mengikuti perkembangan dan arus perubahan agar sejajar dengan
keadaan semasa (Brestovacki dan Milutinovic, 2011). Dalam penjagaan dan rawatan
kesihatan pesakit, ia memerlukan jururawat yang berpengetahuan, berkemahiran dan
memiliki latihan yang khusus dalam memberikan perkhidmatan tertentu kepada pesakit
(Brestovacki dan Milutinovic, 2011), pendidikan berterusan amat perlu diikuti oleh setiap
jururawat bagi memastikan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan mengendalikan
pesakit berada di tahap terkini. Walaupun dengan berbekalkan pengalaman dalam
memberikan perkhidmatan perawatan (Brestovacki dan Milutinovic, 2011), namun ianya
tidak mencukupi sekiranya jururawat tidak diberi pendedahan kepada teknologi dan
amalan perawatan perubatan terkini.
Menurut Claire dan Christine (2006), profail Pendidikan Profesional Berterusan
secara signifikannya adalah untuk meningkatkan keseluruhan sektor pekerjaan dalam
tempoh beberapa tahun yang mana proses pembelajaran yang diikuti oleh kakitangan
dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta prestasi kerja. Ia memberi peluang
kepada profesional untuk mengikuti pembelajaran sebagai aktiviti penting yang merujuk
kepada perancangan pembelajaran yang direkabentuk bagi menyumbang kepada
pembangunan profesional (Barribal dan While, 1996) serta peningkatan mutu pekerjaan.
Definisi yang dinyatakan oleh Friedman et. al (2000) terhadap Pendidikan
Profesional Berterusan ialah proses penyelenggaraan yang sistematik, meningkatkan dan
-
45
mengembangkan pengetahuan (Eggelmeyer, 2010), kemahiran serta pembangunan kepada
kualiti personal yang melibatkan bidang profesional dan kerja-kerja teknikal dalam
melaksanakan urusan kerja. Bolam (1993) pula menyatakan Pendidikan Profesional
Berterusan adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan profesional, meningkatkan
kemahiran profesional dan mendorong untuk menjelaskan kepada efektif nilai profesional.
Secara amnya Pendidikan Professional Berterusan adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan dan pemahaman kepada pengetahuan, teknik dan perkembangan
terkini mengikut bidang atau disiplin tertentu (Azahari, Khairuddin dan Shamsuddin,
1995) untuk meningkatkan kemahiran perlaksanaan, pengetahuan (Murphy, Cross dan
McGuire, 2006) dan bidang penyelidikan (Danielson dan Berntsson, 2007) yang dapat
memberi kesan dan kebaikan kepada kesihatan pesakit. Pendidikan profesional adalah
program yang perlu dilaksanakan berpanjangan dan bukanlah program pendidikan untuk
jururawat pada waktu kemasukan mereka sebagai jururawat atau lapor diri sebagai
jururawat dan berakhir setelah bergelar jururawat (An Bord Altranais, 1994).
Gopee (2001) mendedahkan terma pembelajaran dewasa adalah pembelajaran
berulang iaitu aktiviti yang penting bagi peningkatan kehidupan untuk meningkatkan
tahap prestasi dan praktis profesional terutama ditempat kerja (Mott, 2000). Pembelajaran
berterusan adalah pecahan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Manakala menurut
Perry (1995), Pembangunan Profesional Berterusan ditulis dan dilaksanakan melalui
Pendidikan atau Pembelajaran Professional Berterusan.
Menurut Groteluschen (1985) dalam penulisan Bennett (2005), menyatakan
program pendidikan berterusan dilaksanakan melalui kaedah pembelajaran formal secara
separuh masa, sepenuh masa dan jangka masa panjang yang dilaksanakan dan disertai
secara individu dan ianya adalah pembelajaran secara kolektif. Pendidikan Profesional
-
46
Berterusan secara formal dan informal adalah cara terbaik untuk mengekalkan standard
kualiti terbaik dalam meningkatkan pandangan terhadap perkhidmatan penjagaan dan
perawatan (Bahn, 2007). Menurut definisi American Medical Nursing and Allied Health
Dictionary program pendidikan formal direkabentuk untuk mempromosikan pengetahuan,
kemahiran dan tingkah laku profesional jururawat(Anderson, Anderson dan Glanze,
1998). Program yang dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat dan khusus; ada
diantara program kursus menyediakan sijil penyertaan dan jumlah masa atau point
keterlibatan.
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran profesional seperti ceramah, kuliah,
pembacaan, pembelajaran sendiri (berkenaan perawatan kesihatan) secara maya (Muthu
dan Mei Chan, 2008; DeLeskey dan Fetzer, 2007) atau bahan bercetak, debat atau
perbincangan diantara jururawat terutama jururawat yang telah mengikuti pembelajaran
profesional, perbincangan atau mesyuarat diantara pakar perawatan kesihatan dalam
institusi profesional (Brestovacki dan Milutinovic, 2011; Gopee, 2002), menghadiri
konferens, bengkel, seminar, kursus (Gopee, 2002; Doyle, 2006; Muthu, 2008),
perkongsian aspek pembelajaran (Brestovacki dan Milutinovic, 2011), terlibat dalam
pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi (Claire dan Christine, 2006). Dalam penulisan
Forsetlund (2009) menyatakan perbincangan kearah pendidikan atau ilmuan, seperti
kuliah, bengkel dan kursus yang melibatkan praktis profesional memberi kesan yang lebih
dalam memberi perubahan dan membantu dalam praktis profesional (Muthu, 2008).
Analisis yang dijalankan oleh Nonakas dan Takeuchis (1995) mendapati model
pembelajaran berterusan dipraktiskan dengan memuatkan pengetahuan, maklumat
sosialis, pendedahan kepada pengantarabangsaan, maklumat luaran yang meluas atau
gabungan kesemuanya. Dalam bidang profesional kejururawatan, kategori pembelajaran
-
47
profesional melalui program, ceramah kesedaran dan kajian tambahan intravena yang
memfokuskan kepada bidang praktis penjagaan kesihatan seperti contoh kursus
pengendalian makanan, pencegahan kebakaran dan seumpanya (Barriball dan While,
2006)
Namun Garavan, Costine dan Heraty (1995) pula menyatakan pembelajaran
diperolehi apabila individu melakukan satu-satu perkara secara praktikal, yang mana
proses pembelajaran tidak hanya proses pembelajaran yang berstruktur, mekanistik yang
memiliki isi kandungan kurikulum pembelajaran. Mereka berpendapat pembelajaran
adalah bidang yang luas yang merangkumi latihan berorientasi pekerja dan pekerjaan
melibatkan perubahan perilaku kakitangan dan peningkatan pengetahuan dan pemahaman
dalam satu-satu perkara. Dengan ini, ia memberi peluang kepada profesional untuk
menetapkan pembelajaran sebagai salah satu aktiviti penting dalam bidang profesional.
Bolam (1993) memberikan tiga (3) komponen keperluan Pendidikan Profesional
Berterusan iaitu i) latihan profesional berterusan, ii) persidangan berterusan, dan iii)
bengkel yang menjurus kepada praktis dan kemahiran. Sokongan profesional berterusan
merangkumi pembuatan struktur hubungan dan interaksi antara profesional dan
Pendidikan Profesional Berterusan yang memberi fokus kepada teori dan pengetahuan
berasaskan penyelidikan.
Menurut Claire dan Christine (2006), elemen Pendidikan Profesional Berterusan
signifikan dengan pembangunan pembelajaran berterusan yang mana ianya dirangkumkan
dalam skala yang pelbagai melibatkan pembelajaran jangka masa panjang, pembelajaran
yang memfokuskan kepada bidang pengetahuan (adakalanya lebih fokus kepada
pembelajaran dan kemahiran yang khusus dalam satu-satu bidang), direkabentuk untuk
-
48
disampaikan kepada profesional dengan melibatkan kepakaran terhadap isi kandungan
dalam bidang tersebut.
Pendidikan berterusan yang dilaksanakan dapat meningkatkan prestasi kerja
(Claire dan Christine, 2006), yang mana pendidikan berterusan juga diklasifikasikan
sebagai latihan (Spears dan Parker, 2002) iaitu pelaburan sesebuah organisasi (Joyce dan
Cowman, 2007) bagi membangunkan profesional mengikut saiz pembelajaran dalam
bidang profesional, bersepadu dan berpendudukan (Cervero, 2000) dan mampu bersaing
dengan pendidikan pra perkhidmatan.
Perlaksanaan penilaian pembelajaran berterusan seringkali tidak terlalu
memfokuskan kepada penilaian kompetensi dan prestasi. Ini kerana kebanyakan latihan
yang dijalankan kepada profesional tidak mempunyai pemantauan berterusan, ini terbukti
apabila tiada sistem penilaian latihan yang sistematik dan komprehensif yang dijalankan
oleh penganjur program latihan (Azahari, Khairuddin dan Shamsuddin, 1995).
Menurut Rodgers, 1989 dalam penulisan Gallagher (2007), menyatakan evolusi
pendekatan konsep pendidikan berterusan adalah seperti rajah berikut:
-
49
Rajah 1: Konsep Pendidikan Profesional Berterusan
Konsep evolusi ini adalah konsep keseluruhan Pendidikan Profesional Berterusan,
yang mana pembelajaran dipengaruhi oleh individu profesional sendiri iaitu latar belakang
peserta, sifat-sifat dan kesan atau faedah yang dimiliki melalui Pendidikan Profesional
Berterusan. Pembelajaran profesional adalah pembelajaran dewasa yang mana peserta
program pembelajaran memahami dan mengetahui secara jelas hala tuju dan objektif
penyertaan program. Dimensi profesional kejururawatan yang mengkehendaki jururawat
untuk mengikuti Pendidikan Profesional Berterusan bagi mengekalkan dan meningkatkan
kompetensi diri. Ini disokong oleh An Bord Altranis (1994) yang menyatakan ia adalah
keperluan bagi jururawat berdaftar untuk memiliki pengetahuan baru dan
mengemaskininya secara berkala. Beliau juga menyatakan pendidikan berterusan dan
pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk peningkatan kompetensi profesional
dan menghindari daripada pengetahuan tertentu menjadi usang. Ini kerana pengetahuan
yang tidak dikemaskini dan usang boleh menjurus kepada prestasi kerja yang rendah,
-
50
kurang cekap dalam perlaksanaan praktis kerja yang boleh memberi kesan kepada pesakit
seperti ketidakupayaan atau kecatatan dan paling rumit boleh menyebabkan kepada
kematian (Beatty, 2001).
Domain amalan profesional kejururawatan yang menjadikan pembelajaran
profesional sebagai mandatori atau kewajipan telah dipraktiskan di negara-negara
membangun seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia. Kewajipan ini
diklasifikasikan sebagai akta untuk dipatuhi oleh profesion jururawat di negara-negara
tersebut, ia dilaksanakan bagi mengelakkan daripada pengetahuan menjadi usang dan
tidak kompeten semasa menjalankan tugas serta sentiasa mengemaskini pengetahuan.
Program pembelajaran profesional perlu melalui struktur pembelajaran yang lengkap dan
tepat bagi memastikan pembangunan dalam bidang pengkhususan kejururawatan dan
pengurusan dapat dilaksanakan (An Bord Altranais, 1994).
Selain daripada untuk meningkatkan kemahiran, kompetensi dan mengemaskini
pengetahuan, mereka dapat mengembangkan skop kerja dan merancang pembangunan
dan laluan kerjaya (Gallagher, 2007). Pembangunan profesional dapat dilaksanakan
dengan melaksanakan program latihan secara dalaman (in-service training), latihan bidang
pengkhususan dan pendidikan berterusan. Program berpanjangan diantara pembangunan
profesional berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat perlu disokong dengan struktur
pendidikan berterusan (Gallagher, 2007). Hubungan pembelajaran profesional dan
jururawat boleh meningkatkan penjagaan terhadap pesakit dan praktis kejururawatan
(Gallagher, 2007).
Dalam konteks sosial politik dan ekonomi, jururawat perlu selari dengan
perkembangan teknologi perawatan semasa untuk memberikan perkhidmatan terbaik
kepada pesakit dan masyarakat sekeliling amnya. Sehubungan itu, bagi mengikuti
-
51
pembelajaran pihak majikan ada diantaranya yang menyediakan dana galakan seperti
perlaksanaan program latihan, bengkel atau membiayai kakitangan yang mengikuti
program pembelajaran. Namun demikian, ada dikalangan jururawat yang mengikuti
pembelajaran dengan pembiayaan sendiri terutamanya pendidikan secara formal.
Penglibatan orang dewasa dalam program pembelajaran dipengaruhi oleh sikap
individu sendiri, pengaruh ekstrinsik yang melibatkan paksaan atau kewajipan adalah
motivasi yang lemah manakala motivasi intrinsik dalaman diri adalah pengaruh utama
keterlibatan (Kubsch et. al, 2003) dalam memperolehi nilai pembelajaran sepanjang hayat.
Faktor ekstrinsik yang mendorong jururawat untuk terlibat dalam program pembelajaran
adalah apabila badan profesional kejururawatan mewajibkan jururawat berdaftar perlu
memiliki jumlah CPD point tertentu bagi membolehkan memperbaharui APC. Syarat
tersebut secara tidak langsung memberi kelebihan kepada jururawat untuk meningkatkan
kompetensi diri supaya mampu memberikan perkhidmatan perawatan yang optima kepada
pesakit dan memastikan nilai akauntabiliti yang tinggi dalam perlaksanaan tugas (Maslin-
Prothero, 2005).
Melalui syarat mendatori tersebut akan wujudnya motivasi instrinsik iaitu
semangat untuk meningkatkan diri, sentiasa mengikuti perkembangan sebagai inovasi
dalam profesion (Fewcett dan Strickland, 1998) menunaikan tanggungjawab diri dan
profesional serta perasaan ingin tahu yang menebal (Kubsch et al., 2003).
Kepentingan Pendidikan Profesional Berterusan
Pendidikan Profesional Berterusan adalah aspek penting dalam suasana kerja
profesional yang melibatkan perubahan pesat masyarakat, peningkatan pengetahuan
-
52
(Nolan, Owens dan Nolan, 1995; Wood, 2006) berteraskan penyelidikan dan peningkatan
inovasi dalam teknologi (Cervero, 2000). Profesional terlibat dalam pembelajaran
profesional adalah untuk memenuhi kehendak personal, memiliki autoriti tahap
profesional, peningkatan kualiti profesional (Laszlo dan Strettle, 1996) dan peningkatan
kemahiran terutamanya bagi profesional yang terlibat dalam bidang perlaksanaan klinikal
yang memerlukan profesional berhadapan dengan era baru dalam mengetahui
perlaksanaan dan pengalaman (Claire dan Christine, 2006). Selain dari itu, penglibatan
profesional dalam pembelajaran dapat meningkatkan tahap keyakinan, kesedaran terhadap
isu-isu profesional, peningkatan penjagaan keatas pesakit dan menjalankan penyelidikan
yang berpusat (Wood, 2006; Whyte, Lugton dan Fawcett, 2000)
Kenyataan oleh Claire dan Christine (2006) pembangunan profesional berterusan
bukan sesuatu perkara yang ekslusif atau sukar, malah ia adalah keperluan. Sehubungan
itu, dalam persekitaran pekerjaan yang moden, kadar peningkatan pembaharuan yang
tinggi yang memerlukan individu sentiasa mengemaskini pengetahuan agar selari dengan
pembaharuan (Roscoe, 2002). Oleh itu, profesional perlu sentiasa belajar dan mempelajari
perkara baru bagi mengekalkan kemahiran yang bersesuaian dengan bidang profesional
(Lester, 1999).
Bidang profesional sentiasa meningkatkan dan membangun mengikut peredaran
zaman dan masa. Pembaharuan teknologi terkini memerlukan profesional sentiasa sedar
dan bersedia dengan perubahan. Perubahan ini juga mendorong kepada perubahan dalam
bidang kerjaya yang memerlukan profesional berpandangan ke hadapan dan bersedia
untuk melakukan perubahan dengan segera dan mengambilnya sebagai cabaran dalam
kerjaya (Browell, 2000). Profesional perlu memahami perubahan dramatik yang
-
53
memerlukan profesional untuk sentiasa bersedia agar keupayaan kemahiran profesional
yang dimiliki dapat diaplikasikan secara maksima kepada masyarakat.
Faedah penyertaan profesional dalam pembelajaran ialah dapat meningkatkan
tahap pengetahuan, kemahiran yang memberi kemampuan kepada jururawat dalam
melaksanakan tugasan harian perawatan penjagaan kesihatan pesakit (Brestovacki dan
Milutinovic, 2011) dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jururawat. Faedah secara tidak
langsung, ia mampu meningkatkan keupayaan peribadi, memberi keyakinan dan
keukuhan yang tinggi serta mampu meningkatkan tahap kepuasan kerja.
Kesediaan Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan
Kesediaan pembelajaran dikalangan orang dewasa dipengaruhi oleh faktor kendiri
individu dewasa terhadap keperluan dan kepentingan untuk mengikuti pembelajaran.
Kesediaan ialah istilah yang merupakan satu bentuk proses yang melibatkan
pengintergrasian aspek fizikal, mental, emosi (kejiwaan, kerohanian) seseorang individu
dalam melaksanakan sesuatu tindakan (Parsell dan Bligh, 1999; Ismail, 2013). Justeru itu,
kesediaan pembelajaran adalah penerimaan individu dari aspek fizikal, mental dan emosi
dalam menerima pengetahuan, ilmu, pengalaman baru yang belum diperolehi oleh
mereka sebelum ini.
Kesediaan dari segi fizikal merujuk kepada aspek individu dari segi perlakuan
serta tindakan, keadaan persekitaran, peralatan, kemudahan sekeliling (fasiliti) yang
mencukupi untuk perlaksanaan dan keterlibatan dalam pembelajaran. Kesediaan mental
-
54
pula merujuk kepada kemampuan individu dalam memberikan fokus kepada
pembelajaran, kesanggupan dan kematangan berfikir untuk terlibat dalam pembelajaran.
Kesediaan secara emosi iaitu penerimaan jiwa terhadap perkara yang ingin dipelajari dan
kerohanian melihat kepada penetapan tujuan, fokus individu untuk terlibat dalam
pembelajaran.
Sehubungan itu, kesediaan jururawat untuk terlibat dalam pembelajaran
dipengaruhi secara langsung oleh faktor persekitaran dan faktor dalaman. Menurut Jarvis
(2005), persekitaran sekeliling, latar belakang keluarga yang menerapkan pembelajaran,
sokongan daripada majikan membuatkan jururawat lebih bersedia untuk terlibat dengan
lebih mendalam dalam pembelajaran profesional.
Konsep kesediaan belajar jelas difahami sebagai kerelaan menerima pengalaman
pembelajaran baru iaitu pelajar dapat menerima pengalaman atau ilmu yang baru pada
bila-bila masa sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Abd Rahim dan Sarah
Liyana, 2011). Jika pelajar tidak bersedia untuk menerima pengalaman pembelajaran yang
baru maka akan terjadi paksaan dalam proses pembelajaran tersebut. Paksaan ini tidak
akan menghasilkan kesempurnaan di dalam proses pembelajaran (Ee, 1992). Kesediaan
pelajar merupakan aspek penting dalam menerima pengalaman pembelajaran baru. Jika
tiada kesediaan belajar, pelajar akan menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Syarifah Alawiyah (1992), waktu paling berkesan pelajar belajar
adalah pada ketika mereka sudah bersedia. Pelajar yang tidak bersedia mempelajari
sesuatu tidak akan dapat mempelajarinya secara efisyen.
Pengetahuan yang berasaskan teknologi baru, perubahan pesat teknologi dan
globalisasi mempengaruhi profesional untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran
(Laal dan Saalmati, 2012). Keperluan pengemaskinian pengetahuan dan kemahiran
-
55
dikalangan profesional amat perlu dan ditekankan kerana perubahan pesat globalisasi kini
mementingkan pemahaman dalam kemahiran untuk dipraktiskan. Pengetahuan dan
kemahiran mampu untuk menginterpretasikan dan memproses informasi dan maklumat
sekeliling mengikut standard yang diterima pakai dalam komuniti. Berikutan itu,
profesional harus sentiasa bersedia untuk meningkatkan, mengekalkan tahap kompetensi,
kemahiran, kebolehan, pengetahuan, pendidikan dan keupayaan yang tinggi untuk
berhadapan dengan komuniti dan masyarakat (Abukari, 2004).
Pendidikan Profesional Berterusan meliputi segala aktiviti pembelajaran secara
formal, informal dan non-formal (Field, 2001; Aspin dan Chapman, 2000) yang
merangkumi kepada peningkatan, perubahan dan penambahan terhadap kemahiran,
tingkah laku dan sikap. Ianya bergantung dan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling yang
dijadikan sebagai pengalaman dalam kehidupan. Keinginan untuk mengikuti
pembelajaran secara amnya diperolehi oleh semua orang (Laal dan Saalmati, 2012),
namun ianya perlu diberikan ketetapan dan dipupuk bagi memperolehi manfaat yang
maksima.
Melalui keinginan dalam diri akan wujudnya kesediaan untuk mengikuti
pembelajaran profesional dikalangan profesional. Jururawat sebagai profesional perlu
fleksibel dan bersedia untuk memahirkan dan melatih semula untuk penyesuaian dan
peningkatan dalam perkhidmatan perawatan kesihatan. Kesediaan dalam Pendidikan
Profesional Berterusan memberi faedah sepanjang kehidupan yang mana profesional
dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kompetensi dalam bidang profesional
yang diamalkan.
Kesediaan untuk terlibat dalam pembelajaran dipengaruhi oleh faktor dalaman dan
luaran jururawat. Motivasi intrinsik adalah pendorong yang paling kuat dalam
-
56
mempengaruhi jururawat untuk terlibat dalam pembelajaran. Ini disahkan dalam kajian
Murphy, Cross dan McGuire (2005), yang mana hasil kajian mendapati kehendak,
penetapan dan kepentingan dalam diri responden yang mempengaruhi responden untuk
terlibat dalam pembelajaran iaitu keperluan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran, peningkatan terhadap kepuasan kerja dan peluang untuk kenaikan pangkat.
Walaupun terdapat beberapa faktor yang menghalang jururawat untuk terlibat
dalam pembelajaran namun ianya terhad kepada kaedah pembelajaran yang hendak
diikuti. Aktiviti pembelajaran secara informal dan non-formal tidak mendatangkan
kekangan kepada jururawat untuk terlibat kerana ianya lebih kepada perbincangan,
pertukaran idea dan perkongsian pengalaman. Ia menjadi terhad dan kekangan apabila
pembelajaran yang diikuti memerlukan penggunaan kos, pembahagian terhadap masa
diantara keluarga dan kerjaya dan tanggungjawab lain yang mengekang keterlibatan.
Faktor Jururawat Terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan
Bidang profesional adalah bidang yang disertai oleh golongan dewasa yang mana
keterlibatan pembelajaran oleh individu dewasa seringkali ditentukan oleh individu
dewasa itu sendiri dan dipengaruhi oleh beberapa faktor lain yang mendorong individu
dewasa membuat keputusan untuk terlibat dalam pembelajaran profesional. Houle (1980)
menyatakan terdapat tiga (3) orientasi diri individu dewasa yang terlibat dalam
Pendidikan Profesional Berterusan iaitu i) dewasa yang berorientasikan matlamat iaitu
individu yang terlibat mempunyai pengalaman pembelajaran dengan merasakan
pembelajaran adalah penting, ii) dewasa yang berorientasikan aktiviti, mereka tidak
mempunyai hubungan terhadap kandungan dan tujuan pembelajaran, iii) individu
-
57
berorientasikan pembelajaran adalah dewasa yang bertujuan untuk menambah
pengetahuan dalam sesuatu pembelajaran.
Jururawat sebagai bidang profesional perlu menghadiri dan menyertai
pembelajaran sepanjang hayat bagi membolehkan jururawat mencapai tahap
profesionalisma dengan memiliki kemahiran, tahap pendidikan yang tinggi. Penglibatan
jururawat dalam aktiviti pembelajaran profesional seringkali dipengaruhi dan didorong
oleh pendidik jururawat (nurse educator), pengurus jururawat dan rakan sekerja (Muthu,
2008).
Sebelum kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan mewajibkan jururawat
perlu menghadiri pembelajaran profesional pada tahun 2008, Akta Kejururawatan
Malaysia 1950 tidak menetapkan sebarang syarat yang memerlukan jururawat untuk
terlibat dalam pembelajaran profesional. Namun, peredaran dan keperluan semasa, kini
jururawat terlatih perlu terlibat dengan pembelajaran profesional, jururawat terlatih perlu
memiliki sekurang-kurangnya 25 mata nilai untuk membolehkan mereka memperbaharui
lesen amalan kejururawatan. Sebelum tahun 2008, jururawat di Malaysia terlibat dengan
pembelajaran profesional adalah secara sukarela dan kesedaran masing-masing terhadap
kepentingan pembelajaran.
Ia disokong oleh Cervero (2000), yang menyatakan profesional yang mengikuti
Pendidikan Profesional Berterusan memerlukan institusi profesional untuk
memperbaharui sijil dan lesen amalan profesional sekaligus memberi kesan kepada
profesional untuk terlibat dalam pembelajaran. Melalui arahan mandatori tersebut,
jururawat secara tidak langsung dapat meningkatkan kompetensi, produktiviti dalam tugas
profesional, pembangunan kepada kemahiran baru dan sentiasa mengikuti perkembangan
dalam bidang kejururawatan (Adami dan Kiger, 2005; DeSilets, 1995)
-
58
Grotelueschen (1985) dalam kajian Childers (1997), mendapati profesional yang
terlibat dalam Pendidikan Profesional Berterusan adalah untuk i) meningkatkan dan
membangunkan bidang profesional, ii) memberikan perkhidmatan profesional, iii)
interaksi dan pembelajaran dengan rakan profesional, iv) komitmen dan refleksi dalam
profesional, dan v) kepentingan peribadi untuk keutuhan kerja. Cervero (19