penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar … · penggunaan komputer sebagai alat bantu...
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR
DIKALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI
DAERAH KLANG, SELANGOR
MOHD HAZIZI BIN SARIBIN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
SEPTEMBER, 2004
iii
DEDIKASI
Segala pujian bagi Allah S.W.T serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Sekalung doa ku iringkan buat ayahanda dan bonda tercinta
Jasa dan budi tersemat di hati
Buat pembimbing yang dihormati Setiap kata-kata sebagai nasihat dan dorongan untuk berjaya
iv
PENGHARGAAN
Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah
rahmat dan keizinannya maka kertas projek ini dapat disiapkan.
Di sini, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada Encik Johari bin Hassan, selaku penyelia dan penasihat saya yang banyak
mengorbankan masa beliau untuk membimbing, memberi nasihat, tunjuk ajar dan
galakan kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan.
Sekalung penghargaan teristimewa buat ayahanda dan bonda, sesungguhnya
berkat doa dan keredhaan mereka telah mendorong saya terus berjuang menimba ilmu.
Juga buat abang dan kakak yang sentiasa berada disisi untuk sama-sama memberi
dorongan dan galakan.
Untuk Tony BCB, Bagang, Kamarul, Prop, Jun, Nicky, Nurhafiza, Zarina dan
semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak, jutaan terima kasih di atas
sokongan dan bantuan yang telah diberikan. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha
mereka.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh mana guru-guru sekolah menengah menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran serta bentuk penggunaan yang sering digunakan oleh guru dan juga mengenalpasti sikap guru terhadap penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar. Masalah-masalah yang dihadapi dalam menyedia dan menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar turut dikaji. Kajian dibuat dalam bentuk tinjauan ke atas populasi guru-guru yang mengajar di sekolah menengah sekitar Daerah Klang, Selangor. Seramai 160 responden yang terlibat dalam kajian ini. Set soalselidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian dan mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B mengandungi 51 item berkenaan persoalan kajian dan bahagian C adalah bahagian cadangan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Sosial Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Analisis deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah adalah rendah tetapi mempunyai minat yang tinggi dalam menggunakannya. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru hasil daripada dapatan kajian adalah tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan pengajaran disamping kurang kemahiran dalam menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar oleh guru-guru sekolah menengah berada pada tahap yang rendah.
vi
ABSTRACT
This research was to find out how far secondary school teachers had used computer as teaching aids in teaching and learning process. The objectives of this study were to determine the skill level and the usage as well as the attitude of teacher towards the utilization of computer as teaching aids. The research also identified the problem faced by teacher using computers as preparation to or during class time. Population of this research was the secondary school teachers in Daerah Klang, Selangor. A total of 160 respondents were involved in this study. A set of questionnaire had been used to gather information regarding the problem and was decided into three sections. Section A was about respondent background; section B has 51 items and section C was for the suggestion. The obtained data had been analyzed by using Statistical Package For Social Sciences (SPSS) for Window Version 11.5. Descriptive analysis for frequencies and percentages were used to analyze the data. The result of this study indicated that the level of computer usage was low but the teachers have high enthusiasm to utilize it. Lack of skill and time to prepare teaching aids using computer was the main problem faced by the teachers. In generally, the research found out that computer usage as teaching aids by secondary school teachers were very low.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
TAJUK KAJIAN i
PENGESAHAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Batasan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 9
viii
BAB PERKARA MUKASURAT
1.7.1 Pembelajaran Berpandukan
Komputer (PBK) 10
1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 10
1.7.3 Komputer 11
1.7.4 Minat 11
1.7.5 Guru Akademik 12
1.7.6 Pengetahuan Asas Komputer 13
1.8 Penutup 13
II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Sikap dan Minat 15
2.2 Takrifan Alat Bantu Mengajar 17
2.3 Faktor Yang Mempengaruhi
Penggunaan Alat Bantu Mengajar 18
2.3.1 Sikap Guru 19
2.3.2 Pengalaman Mengajar 19
2.3.3 Pengurusan Alat 20
2.3.4 Kewangan 20
2.3.5 Beban Tugas 20
2.4 Sikap Terhadap Penggunaan
Komputer 21
2.5 Pengetahuan Komputer 23
2.6 Penutup 25
ix
BAB PERKARA MUKASURAT
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 26
3.1 Populasi / Sample Kajian / Responden 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Prosedur Kajian 30
3.5 Analisis Kajian 31
3.6 Beberapa Andaian Kajian 33
3.7 Penutup 34
IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 35
4.1 Latar Belakang Responden 36
4.2 Kekerapan Menggunakan Alat Bantu
Mengajar 39
4.3 Analisis Persoalan Kajian 42
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 44
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 48
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 50
4.4 Kesimpulan 53
x
BAB PERKARA MUKASURAT
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 54
5.1 Perbincangan
5.1.1 Latar Belakang Responden 55
5.1.2 Kekerapan Menggunakan Alat Bantu
Mengajar 57
5.1.3 Bentuk Penggunaan Komputer 59
5.1.4 Kemahiran Menggunakan Komputer 60
5.1.5 Minat Menggunakan Komputer
Sebagai ABM 61
5.1.6 Masalah-Masalah Dalam Menyediakan
Dan Menggunakan Komputer Sebagai
ABM 62
5.2 Rumusan Kajian 63
5.3 Cadangan Kajian 65
5.4 Penutup 66
RUJUKAN 67
LAMPIRAN
A. Lampiran A - Soalselidik 70
B. Lampiran B Surat Kebenaran
Menjalankan Kajian 76-78
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Skala Lima Mata 30
3.2 Skala Likert 30
3.3 Perkaitan Antara Skor, Tahap dan Peratusan 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Bangsa 36
4.2 Taburan Jantina Mengikut Kelulusan Ikhtisas dan
Pengalaman Mengajar 37
4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan
dan Matapelajaran (pengkhususan) Yang Diajar 38
4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Pernah
Diceburi 39
4.5 Peratusan responden mengikut kekerapan menggunakan
ABM di dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas 40
4.6 Pengkelasan Skala Lima Mata kepada tiga mata 42
4.7 Pengkelasan Skala Likert kepada tiga bahagian. 43
4.8 Analisis responden terhadap bentuk penggunaan
komputer oleh guru-guru sekolah menengah. 44
4.9 Tahap (kemahiran) penggunaan komputer 46
4.10 Analisis responden terhadap penggunaan komputer
sebagai ABM 48
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
4.11 Analisis responden terhadap permasalahan yang
timbul dalam menggunakan komputer sebagai ABM 51
4.12 Analisis responden terhadap permasalahan yang
timbul dalam menggunakan komputer sebagai ABM 52
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Borang Soalselidik 70
B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan 76
Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 78
xiv
SENARAI SINGKATAN
1. ABM : Alat Bantu Mengajar
2. AK : Amat Kerap
3. ATK : Amat Tidak Kerap
4. AS : Amat Setuju
5. CAI : Computer Assisted Learning
6. CAL : Computer Assisted Instruction
7. K : Kerap
8. MRSM : Maktab Rendah Sains Mara
9. PBK : Pembelajaran Berpandukan Komputer
10. P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
11. S : Setuju
12. SPSS : Statistical Package for Sosial Sciences
13. STS : Sangat Tidak Setuju
14. STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
15. STP : Sijil Tinggi Pelajaran
16. TK : Tidak Kerap
17. TP : Tidak Pasti
18. TS : Tidak Setuju
19. TV : Televisyen
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini, kehidupan seharian manusia semakin dipengaruhi oleh
teknologi komputer. Mungkin masih ramai lagi yang masih “buta IT” ataupun tidak jelas
tentang penggunaan komputer. Penggunaan komputer bukan saja digunakan di dalam
sektor perindustrian, perubatan dan kerajaan bahkan telah diperluaskan lagi
penggunaannya di dalam bidang pendidikan. Objektif penggunaan komputer mungkin
berbeza bagi sesuatu sektor atau bidang tetapi pada keseluruhannya kegunaan komputer
adalah untuk meningkatkan atau menaikkan taraf prestasi, mengurangkan kos serta
tenaga pekerja dan menyimpan data-data yang penting.
Sistem maklumat merupakan interaksi antara manusia dan mesin (komputer)
untuk tujuan mengumpul dan menyebarkan maklumat. Ia merupakan satu aset yang
sangat penting di zaman ini di dalam kehidupan seharian. Sistem pendidikan pada masa
kini juga telah tertumpu kepada penggunaan sistem maklumat di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
2
Menurut Tuan Haji Abu Bakar Bachik; Pengarah Pendidikan Negeri Perak dalam
ucapannya (Buletin PKPSM; 1999) menyatakan perubahan baru diperlaksanakan di
sekolah bestari serta penggunaan pesat media elektronik dan komputer akan menjadikan
pelajar lebih proaktif dan minda mereka lebih terdedah kepada pelbagai maklumat.
Memandangkan penekanan kepada penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan masa
kini, maka bahan pengajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada media cetak
tetapi lebih tertumpu kepada penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P).
Menurut bekas Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
(Buletin Kementerian Pendidikan : 1998) mereka yang mempunyai banyak maklumat
dan pengetahuan akan mengatasi mereka yang tidak bermaklumat dan kurang
berpengetahuan. Negara yang kaya dengan maklumat akan mengatasi negara yang
miskin dengan maklumat dan faktor utama membawa manusia kepada maklumat dan
pengetahuan ialah teknologi.
Mohamad (1992) menyatakan kebolehan komputer menerusi latihan dan
aplikasinya berupaya menjadikan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran mereka.
Sehubung dengan itu, terdapat pelbagai cara yang digunakan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang berteraskan komputer.
Bagi merealisasikan penggunaan komputer sebagai ABM di sekolah, pihak
Kementerian Pendidikan telah membuat satu langkah berkesan dengan memberikan
komputer peribadi kepada para guru sains dan matematik. Ini merupakan langkah awal
pihak Kementerian dalam pendidikan bagi mewujudkan suasana yang lebih berkesan di
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu, kursus-kursus mengenai penggunaan komputer telah dianjurkan
kepada golongan guru bagi menambahkan lagi pengetahuan di dalam penggunaan
komputer agar dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3
Penggunaan komputer sebagai ABM dapat membantu guru dalam proses P&P di
sekolah agar ianya lebih menarik. Kulik (1985) di dalam kajian Mohamed Najib (1990)
mengatakan bahawa penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti komputer dan
multimedia dapat menarik tumpuan pelajar dalam proses P&P untuk mengatasi masalah
serta meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran disamping mengikuti jejak
perkembangan dunia berasaskan teknologi maklumat.
1.1 Latar Belakang Masalah
Masalah penggunaan komputer, tahap penggunaan dan minat terhadap komputer
dikalangan guru-guru komputer sering dibincangkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.
Penyelidikan yang telah dibuat juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan
penguasaan komputer di kalangan guru sangat rendah berbanding dengan tahap
pengetahuan yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan
komputer sebagai media pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan
berkesan.
Ahmad Rashid (1992) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan guru di
sekitar Johor Bahru mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang sedikit sekali
mengenai pengguNaan komputer. 61.5 peratus guru mempelajari komputer atas daya
usaha sendiri manakala 80 peratus berminat untuk pelajari tetapi tidak berpeluang.
Berita Harian (19 Mei 1997) telah melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan
telah mengarahkan semua guru di negara ini mengikuti kursus Kementerian Teknologi
4
Maklumat (IT) bagi melahirkan golongan pendidik yang memiliki kemahiran dalam
teknologi tinggi mulai tahun 1998.
Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan suatu pendekatan yang baru
dalam pendidikan negara ini. Bagaimanapun penggunaan komputer sebagai ABM agak
berbeza dengan pendekatan ABM yang lain seperti radio ataupun media TV pendidikan.
Program komputer dalam pendidikan memang dinanti-nantikan oleh golongan guru atau
tenaga pengajar bagi membantu mereka di dalam pengajaran atau pembelajaran serta
mengurangkan masalah beban kerja sejak KBSM dilaksanakan. Apa yang menjadi
persoalan di sini adakah para guru di sekolah menengah telah bersedia serta mampu
untuk mengharungi perkembangan teknologi canggih ini sebagai salah satu daripada
ABM semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sikap dan tanggapan guru terhadap
penggunaan komputer sebagai ABM dan pengetahuan mengaplikasikan komputer di
antaranya ialah ;
a. kemudahan peralatan komputer yang disediakan di sekolah tidak mencukupi
kerana ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak.
b. perkembangan pesat teknologi komputer menyebabkan banyak masa dan
tenaga diperlukan untuk mendapatkan pengetahuan terkini kerana
kebanyakan yang telah diketahui atau dipelajari sudah tidak sesuai lagi
dengan keadaan semasa.
c. sikap dan tanggapan guru-guru itu sendiri yang memandang sepi terhadap
perkembangan teknologi komputer masa kini menyebabkan ramai di
kalangan guru-guru buta komputer.
Oleh yang sedemikian, penggunaan komputer sebagai ABM di dalam proses
P&P sukar dilakukan kerana kurangnya pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan
5
komputer. Ada diantara guru-guru yang menganggap penggunaan komputer sebagai
ABM menyukarkan tugas mereka dan memerlukan masa untuk mengendalikannya.
Tetapi secara psikologinya penggunaan komputer sebagai ABM dapat menarik minat
para pelajar dengan lebih berkesan di dalam proses P&P.
1.2 Pernyataan Masalah
Terdapat kenyataan yang menyatakan “berikan komputer kepada guru-guru
terlebih dahulu sebelum diberikan kepada para pelajar”. Jika kita amati kenyataan ini
ianya ada kebenarannya di mana demi memastikan guru-guru adalah sebagai individu
yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer
sebagai ABM di dalam bilik darjah.
Tetapi persoalannya adalah masih terdapat para guru di sekolah yang masih tidak
tahu menggunakan komputer atau tiada keinginan untuk mencubanya sebagai ABM di
dalam bilik darjah. Mungkinkah para guru masih tidak mahu menerima cabaran untuk
mempelajari komputer disebabkan sikap negatif terhadap teknologi komputer yang
masih ada di dalam diri guru-guru itu sendiri.
Mengenai sikap pula, ianya amat perlu dipersoalkan khususnya dalam suasana
negara hari ini yang mementingkan sikap bersih, cekap dan amanah bagi meningkatkan
mutu perkhidmatan dan sebagainya. Perubahan terhadap sikap merupakan suatu
landasan untuk memperkembangkan lagi tahap pengetahuan di dalam penggunaan
komputer dikalangan guru-guru bagi melahirkan generasi yang bermaklumat.
Dari itu, kajian ini dirasakan sangat penting sebagai titik permulaan ke arah sikap
yang lebih positif di kalangan guru-guru terhadap penggunaan komputer sebagai ABM.
6
Satu langkah yang lebih berkesan amat perlu di atur sebagai langkah masa depan yang
lebih bernilai dan berfaedah berdasarkan hasil kajian yang berhubung dengan sikap guru
terhadap pengunaan komputer sebagai ABM. Maka jelaslah ianya merupakan suatu hal
yang amat penting untuk dibongkarkan dan disusun semula dengan rapi dan berguna.
1.3 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sikap guru-guru
sekolah menengah terhadap penggunaan komputer sebagai Alat Bantu Mengajar di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan ini, kajian ini juga akan cuba
menghuraikan beberapa objektif kajian seperti berikut :
a. mengenalpasti bentuk penggunaan komputer yang sering digunakan oleh
guru-guru sekolah menengah.
b. mengenalpasti tahap penggunaan komputer yang sering digunakan oleh guru-
guru sekolah menengah.
c. mengenalpasti minat guru-guru terhadap penggunaan komputer sebagai ABM
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
d. mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru sekolah menengah
terhadap penggunaan komputer sebagai ABM.
7
1.4 Persoalan Kajian
Tinjauan yang dijalankan akan dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul
berkaitan dengan sikap para guru terhadap penggunaan komputer sebagai alat bantu
mengajar.
Sebagai panduan untuk mencapai tujuan dan objektif-objektif kajian ini,
beberapa persoalan kajian akan dikemukakan;
a. Apakah bentuk penggunaan komputer yang digunakan oleh guru-guru di
sekolah menengah.
b. Apakah tahap penggunaan komputer yang digunakan oleh guru-guru di
sekolah menengah.
c. Apakah minat guru-guru sekolah menengah terhadap penggunaan komputer
sebagai ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
d. Adakah wujud masalah dalam penggunaan komputer sebagai ABM
dikalangan guru-guru sekolah menengah seperti kurang kemahiran,
pengalaman dalam menggunakan komputer dan pengetahuan dalam
mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.