penggunaan ict dalam kalangan guru pelatih … · hj. abdullah bin hj. ab. rahman dan hjh....
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN
HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH
KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAHmengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: POS 71 BATU 3 PARIT BUNGA DR.M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN 84000 MUAR, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : Dr. M. Al Muz-Zammil bin Yasin
Tarikh : ...................................................
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : ABD. MUEZZAM SHAH BIN ABDULLAH
Tarikh : ........................................................
iii
DEDIKASI “Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang diinginkan.
Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui hari-hari dalam hidupnya.
Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa bahagia itu milik peribadi dan selalunya tidak sama
dengan apa yang dimilikioleh orang lain”
Buat Abah Dan Mak
Hj. Abdullah Bin Hj. Ab. Rahman Dan Hjh. Esah@Saminah Binti Hj. Mohamed
Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai
Terima Kasih Atas Segalanya
Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Ke Menara Gading....
Buat Abang dan Kakak Yang Disayangi
Abdul Mutalib, Abdul Mutaza, Siti Raudah Dan Siti Rahmah@Zurayu
Segala Jasa, Doa Dan Sokongan Kalian
Akan Dikenang Selamanya....
Buat Insan Tersayang
Siti Nor Fatimah Binti Mohamed Sah
Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan yang Di lakukan Selama Ini....
Serta Buat Rakan-rakan Seperjuangan PKPG
Sahabat Karib
Jasa Baik Kalian Amat Ku Hargainya
Terima Kasih Semua….
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dipanjatkan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana Projek Sarjana Muda saya
dapat disempurnakan dengan jayanya.
Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih buat Dr. M.Al-Muz-Zammil bin Yasin selaku
penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah
fikiran serta tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan
projek ini.
Di samping itu, terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-
rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar PKPG dan pelajar perdana 4 SPH yang
turut memberi nasihat dan dorongan serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat
dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Semoga segala pengorbanan dan jasa yang diberikan mendapat keberkatan dari Allah
s.w.t.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penggunaan ICT dalam kalangan
guru-guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia Skudai Johor. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang guru pelatih
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) yang telah
menjalani latihan praktikum. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan
soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan untuk
melihat latar belakang responden. Manakala untuk bahagian B pula untuk menjawab
keempat-empat persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperolehi telah
diproses dengan menggunakan perisian “Statitiscal Package for Sosial Sciences”
(SPSS) Version 15.0 untuk menilai peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap kemahiran pada guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana
(min 3.31), manakala sikap guru pelatih Kemahiran Hidup terhadap penggunaan ICT
menunjukkan pada tahap yang tinggi (min 4.06). Hasil kajian mendapati wujudnya
beberapa masalah terhadap penggunaan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru
pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan berada pada tahap yang
sederhana (min 2.65). Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara penggunaan ICT dengan faktor jantina dan faktor program
dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup UTM semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Di akhir kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan
yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk memaju dan meningkatkan lagi
penggunaan ICT di kalangan guru pelatih.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to observe the usage of ICT among 151 trainee
teachers at the Faculty of Education, University Technology Malaysia, Skudai. The
questionnaire used in this study was divided into two sections, (1) Section A to
observe the respondent’ background and (2) section B to answer the four research
questions in the study. Data analysis was carried out using the Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) software version 15.0 to evaluate the percentage and mean.
The results of this study indicate that the ICT skills of the trainees was at moderate
level (mean 3.31), whereas their attitude towards ICT was high (mean 4.06).
Meanwhile, the overall level of problems faced by the trainees was at moderate level
(mean 2.65). The result of the study also showed that there was no significant
difference in the usages of ICT based on trainees’ gender and program. Researcher
concluded various suggestions that can be taken into actions in order to promote the
usage of the ICT among trainee teachers.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 11
2.3 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 13
2.4 ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran 14
2.5 Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam 15
Pendidikan Guru
2.6 Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru 16
2.7 Sikap Terhadap Penggunaan ICT 19
2.8 Peranan ICT Dalam Pendidikan 20
2.9 Masalah Penggunaan ICT dalam kalangan guru 21
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Lokasi Kajian 24
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 25
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Analisis Data 32
3.9 Penutup 33
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Maklum Balas Soal Selidik 35
4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 35
4.4 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 36
4.4.1 Jantina 36
4.4.2 Umur 37
4.4.3 Program 37
4.4.4 Bangsa 38
ix
4.5 Maklumat Bahagian B Soal Selidik 38
4.5.1 Tahap Kemahiran Guru Pelatih KH 39
Terhadap Penggunaan ICT Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
4.5.2 Sikap Guru Pelatih KH Terhadap 41
Penggunaan ICT Semasa Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
4.5.3 Masalah-Masalah Yang Wujud 44
Terhadap Penggunaan ICT Oleh Guru
Pelatih KH Semasa Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran
4.5.4 Perbezaan Antara Tahap Penggunaan 46
ICT Dengan Faktor Jantina Dalam
Kalangan Guru Pelatih KH
4.5.5 Perbezaan Antara Tahap Penggunaan 47
ICT Dengan Faktor Program Dalam
Kalangan Guru Pelatih KH
4.6 Rumusan 48
4.7 Kesimpulan 49
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Latar Belakang Responden 51
5.2.2 Apakah Tahap Kemahiran Guru 52
Pelatih KH Fakulti Pendidikan Dalam
Penggunaan ICT Semasa Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran?
5.2.3 Apakah Sikap Guru Pelatih KH 54
Terhadap Penggunaan ICT Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?
x
5.2.4 Adakah Wujud Masalah-Masalah 55
Penggunaan ICT Dalam Kalangan Guru
Pelatih KH Semasa Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran?
5.2.5 Adakah Terdapat Perbezaan Yang 58
Signifikan Di Antara Guru Pelatih
KH Fakulti Pendidikan UTM Berdasarkan
Faktor-faktor Demografi (Jantina dan
Program) Dalam Penggunaan ICT?
5.3 Rumusan Kajian 59
5.4 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 60
5.4.1 Pihak Fakulti Pendidikan 61
5.4.2 Guru Pelatih 61
5.4.3 Pihak Sekolah 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.6 Kesimpulan dan Penutup 63
RUJUKAN 65 Lampiran A – D 72 - 84
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan Item Soal Selidik 27
3.2 Prosedur Kajian 28
3.3 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha 30
Cronbach (Kajian Rintis)
3.4 Jadual Pembetulan Item Soal Selidik 31
3.5 Jadual Pemeringkatan Min 32
3.6 Pengukuran Persoalan Kajian 33
3.7 Nilai p (Aras Signifikan) Untuk Hubungan 33
Antara Pembolehubah
4.1 Perbandingan Nilai Pekali Kebolehpercayaan 36
Alpha Cronbach Kajian Rintis Dengan Kajian
Sebenar
4.2 Taburan Jantina Responden 37
4.3 Taburan Umur Responden 37
4.4 Taburan Program Responden 38
4.5 Taburan Bangsa Responden 38
4.6 Taburan Tahap Kemahiran Guru Pelatih KH 40
Terhadap Penggunaan ICT Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
4.7 Taburan Tahap Sikap Guru Pelatih KH 43
Terhadap Penggunaan ICT Semasa Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
xii
4.8 Taburan Masalah-Masalah Yang Wujud 45
Terhadap Penggunaan ICT Oleh Guru Pelatih
KH Semasa Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran
4.9 Keputusan Ujian-T Berhubung Tahap 46
Penggunaan ICT Berdasar Faktor Jantina
4.10 Keputusan Ujian-T Berhubung Tahap 47
Penggunaan ICT Dengan Faktor Program
4.11 Tahap Penggunaan ICT Semasa Proses 48
Pengajaran dan Pembelajaran
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICT = Information and Comunication Technology
IT = Information Technology
KH = Kemahiran Hidup
KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P = Pengajaran dan pembelajaran
PIPP = Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PKPG = Program Khas Pensiswazahan Guru
RRJP3 = Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
SPH = Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran
Hidup
SPSS = Statistical Package Of Sciences
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soalan Soal selidik 72
B Kajian Lepas Berkaitan Dengan ICT 77
C Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 81
Cronbach Kajian rintis (Keseluruhan)
D Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 82
Cronbach Kajian rintis (Mengikut
Dimensi)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadi
fenomena biasa dalam kehidupan manusia dewasa ini. Setiap aspek dalam kehidupan
tidak dapat lari daripada menggunakan kemajuan dalam bidang ini. Keadaan ini
menggambarkan bahawa kemajuan ICT secara tidak langsung telah meningkatkan
kualiti hidup manusia. Secara umum, ICT bermaksud peralatan telekomunikasi yang
digunakan untuk memperolehi maklumat dengan lebih luas seperti melalui telefon,
internet, komputer, teknologi satelit dan lain-lain alat komunikasi. Melalui peralatan
ini kita boleh mencapai, memperoleh, menyimpan, memanipulasi dan menyampaikan
maklumat sesama kita.
Negara Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun telah
mensasarkan status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam Konteks pendidikan
di Malaysia, bagi merealisasikan Wawasan 2020 kerajaan tidak mahu ketinggalan
dalam arus pembangunan ICT. Mohd Arif dan Rosnaini (2003) menyatakan ICT
adalah pengupaya yang menjadi tunjang penting dalam urusan P&P dan pengurusan
sekolah. Jesteru, pihak kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan kesediaan dan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar
dengan kemahiran-kemahiran teknologi terkini. Antaranya ialah langkah kerajaan
mewujudkan sekolah-sekolah bestari, iaitu program yang dikemukan oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia pada 28 Julai 1997 sebagai salah satu daripada tujuh
Aplikasi Perdana Multimedia Super Corridor (Mohd Arif dan Rosnani, 2003).
2
Objektifnya adalah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) di samping menyediakan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
untuk memenuhi kehendak abad ke-21.
Memandangkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini
semakin penting pada masa kini maka sewajarnya guru pelatih diberikan
pendedehan, ilmu pengetahuan, dan kemahiran yang secukupnya bagi membantu
mereka untuk pengajaran di bilik darjah. Oleh itu guru pelatih digesa supaya
melengkapkan diri dengan bermacam pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang
berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba
mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan
pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari
nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa
komputer riba sebagai penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara
maju.
1.2 Latarbelakang Masalah
Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era teknologi maklumat
dan globalisasi ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang diguna
pakai bagi beberapa dekad yang lalu. ICT merangkumi pelbagai teknologi yang
disepadukan untuk menyimpan, dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk
seperti teks, suara, imej dan grafik, animasi, dan sebagainya menggunakan alat-alat
elektronik (Aliza, 2004). Dalam dunia yang semakin digital, institusi moden,
organisasi perniagaan, kerajaan, mahkamah, organisasi sukan, institusi pendidikan,
universiti, dan lain-lain, amat memerlukan penggunaan pemprosesan perkataan,
hampaan elektronik, pengurusan fail, penggunaan grafik, pencarian maklumat,
penggunaan mel elektronik (e-mail), penggunaan perisian, penggunaan pangkalan
data dan lain-lain yang berorientasikan maklumat (Zoraini Wati, 1993). Sekolah
yang tidak menyediakan pelajar-pelajarnya untuk menggunakan aplikasi tersebut
adalah dianggap gagal dalam mencapai misi pendidikannya (Aliza, 2004).
3
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) telah mengariskan tiga dasar utama
dalam memastikan pelaksanaan ICT dalam pendidikan berjalan lancar seperti mana
yang dirancang. Tiga dasar tersebut adalah seperti berikut :
(i) Dasar pertama mengaplikasikan literasi ICT untuk semua pelajar, iaitu
pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
(ii) Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam
pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum
bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti
mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). ICT sebagai alat P&P bermaksud
menggunakan kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan
perisian kursus, internet dan aplikasi generik yang lain, contohnya
perisian Computer Aided Design (CAD) dalam mata pelajaran Reka
Cipta dan Lukisan Kejuruteraan.
(iii) Dasar ketiga pula menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan
produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini
terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem
aplikasi pengurusan yang membawa kepada pembaikan proses kerja
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
ICT telah pun diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam semua matapelajaran di peringkat universiti, kolej, sekolah menengah dan
sekolah rendah secara berperingkat. Para pendidik di peringkat rendah mahupun di
peringkat tinggi, cuba sedaya upaya untuk menggunakan ICT di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan input yang terbaik kepada pelajar-
pelajar mereka. Guru-guru perlu menyesuaikan pengajaran mereka dengan keadaan
semasa dan mengaplikasikan kaedah-kaedah pengintegrasian teknologi terkini yang
relevan dalam masyarakat bermaklumat. Oleh itu, guru-guru hendaklah mempunyai
inisiatif untuk melengkapkan diri serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
dalam bidang ICT dan dapat mengaplikasikannya bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
4
Namun begitu dalam kajian Kleiman (2000) dalam Zainudin, Meor Ibrahim,
Mohd. Ali dan Rahman Sukor (2008) telah mendapati bahawa guru-guru kurang
kompeten dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer. Walaubagaimana-
pun, mereka masih berasa selesa semasa menggunakan komputer. Internet
contohnya, merupakan salah satu saluran pengetahuan yang boleh digunakan dalam
mendapatkan maklumat dan idea-idea baru berkenaan satu-satu perkara. Sekiranya
guru-guru tidak mempunyai pengetahuan tentang pencarian di internat, proses
menggunakan akan menjadi lebih lama dan kadang kala tidak boleh dijalankan.
Keadaan ini terutamanya bagi guru-guru yang tinggal diluar bandar. Perkara ini
berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang mendorong guru-guru tersebut tidak
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ting dan Woo (2005) menyatakan terdapat cabaran dan masalah dalam
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu sikap negatif guru
terhadap penggunan ICT dan guru kurang berkemahiran dalam menggunakan ICT
untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Yuszalina (2005)
dalam kajiannya mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru
kemahiran hidup dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran
adalah berada di tahap rendah. Jadi, masalah guru-guru tidak menggunakan ICT
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sebabkan oleh tiga
faktor iaitu, sikap negatif guru terhadap penggunaan ICT, guru kurang berkemahiran
dalam menggunakan ICT dan guru kurang berpengetahuan dalam ilmu ICT. Ini
menunjukkan ada sebahagian guru-guru masih belum bersedia memperlengkapkan
diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT untuk kegunaan diri
sendiri atau semasa pengajaran dan pembelajaran.
Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Muhamad ada mengingatkan para
guru bahawa “kerajaan telah berbelanja besar dalam menyediakan infrastruktur
teknologi di sekolah dan para guru hendaklah menggunakan teknologi yang
disediakan oleh kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang cemerlang”
(Utusan Malaysia, 28 Jun 2001). Shaari, Zulkifli, Aaharuddin, Zaharuddin dan
Zainon (2005) menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memulakan inisiatif melengkapkan sekolah dengan kemudahan komputer dan
5
teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT). Penggunaan komputer yang meluas
kini telah memberi impak yang amat besar terhadap pendidikan. Oleh yang
demikian, seluruh warga pendidik harus mempunyai asas dalam penggunaan
komputer dan ICT. Untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini,
guru perlu mempunyai kemahiran ICT yang secukupnya. Guru perlu tahu bagaimana
menyediakan persembahan menggunakan komputer, melayari internet, melayari e-
mel, menggunakan perinsip multimedia dalam pengajaran dan tahu menginovasikan
ICT untuk pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Ekhwan dan Mat Jizat (2004), kebanyakan guru masih lemah dalam
kemahiran komputer, di mana sebanyak 68% guru tidak mempunyai kemahiran
pengendalian komputer. Ini disokong oleh Norizan (2003) dalam kajiannya
mendapati majoriti guru tidak mempunyai kemahiran komputer yang baik. Guru
masih memerlukan tunjuk ajar dari orang lain apabila menggunakan perisian asas
seperti MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint. Manakala tentang kemahiran
dalam penggunaan MS Access dan peralatan multimedia seperti perisian Paint dan
Photoshop dan peralatan multimedia seperti pengimbas, kamera digital dan video
digital amat rendah. Begitu juga dengan kemahiran melakukan aktiviti perhubungan
secara elektronik seperti e-mel, chat, dan kumpulan perbincangan, dan penerokaan
untuk mendapatkan maklumat menggunakan CD-ROMs dan internet juga berada
pada tahap kemahiran rendah. Sedangkan kemahiran menggunakan perisian-perisian
dan peralatan-peralatan ICT ini membolehkan seseorang guru menghasilkan pelbagai
dokumen-dokumen seperti soalan ujian, surat-surat, nota rujukan, mencipta
persembahan, membina graf dan carta, menerima dan mengirim maklumat dan
sebagainya telah tidak dikuasai dengan baik oleh guru. Oleh itu, bolehlah dikatakan
bahawa kemahiran ICT guru-guru berada pada tahap rendah dan pekara ini
hendaklah dilihat sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Di sini jelas betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah
terutamanya guru-guru dalam menentukan kejayaan pengaplikasian ICT dalam
pendidikan hari ini. Daripada analisis pembacaan penulis, kebanyakan kajian hanya
tertumpu pada guru-guru sedia ada sahaja tetapi tidak banyak tertumpu pada guru-
guru pelatih (rujuk lampiran B). Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan
6
untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan sedia ada dalam bidang ICT
dalam kalangan guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor dan mendapat maklumat tentang sikap dan masalah-masalah
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mereka
menjalani program latihan mengajar. Kajian ini penting sebagai langkah awal
meninjau ke arah persediaan guru pelatih menghadapi perubahan penggunaan ICT
sepenuhnya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.
1.3 Pernyataan masalah
Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran
ICT sedia ada dalam kalangan guru-guru pelatih semasa mereka menjalani program
latihan mengajar. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru pelatih
terhadap penggunaan ICT dan masalah-masalah yang wujud dalam penggunaan ICT
oleh guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor, terdiri daripada
para pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
(SPH) yang telah menjalani latihan praktikum.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup
Fakulti Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.
2. Untuk mengetahui sikap guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti
Pendidikan terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
7
3. Untuk mengetahui masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan
guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengkaji perbezaan antara faktor demografi dengan penggunaan ICT
dalam kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan
UTM.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan yang terdapat dalam kajian ini ialah: 1. Apakah tahap kemahiran guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti
Pendidikan dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan
pembelajaran?
2. Apakah sikap guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan
terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Adakah wujud masalah-masalah penggunaan ICT dalam kalangan guru
pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor-faktor
demografi (jantina dan program) dalam penggunaan ICT dalam
kalangan guru pelatih Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan UTM?