pengenalan & rumusan

3
Pengenalan Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai di samping penduduknya yang berbilang kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum di negara kita. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan. Menurut Kamus Dewan, definisi membawa maksud penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainyaPerpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita. Selepas membaca tentang artikel “Hubungan Etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal kejernihan dalam kekerohan”, kami telah dapat melihat tentang intensiti perpaduan dan integrasi yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan idea yang dikemukakan oleh pengarang artikel ini, kami akan menilai sejauh manakah rakyat Malaysia dijelmakan.

Upload: leticia-johnson

Post on 08-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan & Rumusan

Pengenalan

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai di samping penduduknya

yang berbilang kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Keadaan ini

dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum di negara kita. Justeru itu, kita

seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian tanpa ada rasa perbezaan antara

satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan.

Menurut Kamus Dewan, definisi membawa maksud penggabungan, peleburan,

persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan

sebagainyaPerpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan

negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di

kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada

perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri

masyarakat majmuk di negara kita.

Selepas membaca tentang artikel “Hubungan Etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal

kejernihan dalam kekerohan”, kami telah dapat melihat tentang intensiti perpaduan dan

integrasi yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan idea yang dikemukakan oleh pengarang

artikel ini, kami akan menilai sejauh manakah rakyat Malaysia dijelmakan.

Page 2: Pengenalan & Rumusan

Rumusan

Kami berasa amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasan ini. Ini

disebabkan tugasan ini dapat menggerakkan kami untuk mempelajari dan mengetahui lebih

lanjut tentang perpaduan di Malaysia. Dalam proses menyempurnakan tugasan ini, kami

menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur

kerana hidup dalam sebuah negara yang aman damai. Perpaduan kaum amat penting untuk

mengekalkan kestabilan politik. Kami berharap agar warga Malaysia akan berganding bahu dan

peka terhadap isu perpaduan negara kita.