pengaruh aspek kebajikan ke atas prestasi kerja pembantu rumah
TRANSCRIPT
PENGARUH ASPEK KEBAJIKAN KE ATAS
PRESTASI KERJA PEMBANTU RUMAH WARGA
INDONESIA DALAM DAERAH PONTIAN,
JOHOR.
CHIN PEK LIAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
DEDIKASI
Buatmu ibu (LIM SIEW ENG) dan ayah (CHIN YUN LAI) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan kulupai ….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan kukenangi selamanya ….
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya
kepada penyelia projek sarjana saya, Dr Mohamed Sharif Bin Mustaffa atas
bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek
sarjana ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa berasa jemu dalam proses
menyiapkan projek sarjana ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada responden kajian atas kerjasama yang telah diberikan dan kesudian
mereka meluang masa untuk menjawab item-item dalam borang soal selidik sehingga
menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang
disayangi atas sokongan moral dan kewangan yang diberi. Di samping itu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
berkongsi maklumat serta memberi sokongan moral kepada saya. Tidak lupa juga
terima kasih kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Awam Daerah
Pontian yang telah menyediakan banyak bahan rujukan.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek ini. Sekian
terima kasih.
v
ABSTRAK
Prestasi kerja pembantu rumah amat diragu-ragukan oleh para majikan semasa
pengambilan pembantu rumah warga asing. Antaranya kes yang sering terjadi seperti
kes lari dari rumah, penderaan anak tuan rumah, pembunuhan dan kecurian. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi majikan mengenai aspek-
aspek kebajikan pembantu rumah mengikut keutamaan, prestasi kerja pembantu
rumah serta meninjau pengaruh kebajikan kepada prestasi kerja pembantu rumah
warga Indonesia. Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk kajian kes yang
bersifat kuantitatif. Satu set borang soal selidik yang terdiri daripada 50 item
diedarkan kepada 50 majikan pembantu rumah warga Indonesia di sekitar daerah
Pontian secara rawak. Item soal selidik ini telah menguji kebolehpercayaannya dengan
mengadakan kajian rintis dan indek kebolehpercayaannya adalah .8835. Data-data
yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan
menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0
For Windows. Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek kebajikan yang dikaji
dipersepsikan sebagai penting oleh majikan kepada pembantu rumah warga Indonesia.
Aspek pemakanan dipersepsikan sebagai aspek yang terpenting. Ini diikuti oleh
kemudahan perubatan, bebanan kerja, hak kebebasan, gaji dan masa bekerja. Prestasi
kerja pembantu rumah didapati berada pada tahap sederhana mengikut persepsi
majikan. Melalui dapatan ini, aspek-aspek kebajikan juga didapati mempengaruhi
prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Maka, hipotesis kajian alternatif yang
dibina adalah diterima. Akhir sekali, pengkaji telah mencadangkan beberapa tindakan
dan kajian lanjutan yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.
vi
ABSTRACT
When hiring foreign domestic help, employers are often uncertain of their
performance. This is due to cases like running away from their work place, child
abuse, murder and theft. The objective of this research is to emphasize perception
employers about the welfare aspects of Indonesian maids according to priority and the
work performance of Indonesian maids. It is also to find out whether welfare aspects
affect the work performance of Indonesian maids. The research was a descriptive
quantitative case study research. A set of questionnaires consisting of 50 items had
been distributed randomly to 50 employers of Indonesian maids in Pontian district,
Johor. A pilot study had been carried out and the reliability index was .8835. The data
had been analyzed using descriptive statistics and inference statistics by Statistical
Package For Social Science (SPSS) 15.0 For Windows. The results of the study
showed that welfare aspects were important to Indonesian maids from perception
employers. The study also found that dietetics was the most important aspect. This
followed by medical facilities, burden of work, freedom rights, salary and working
time. Work performances of Indonesian maids were at medium level from perception
employers. With these findings, the welfare aspects were found to influence the work
performance of Indonesian maids. Therefore, alternative hypothesis constructed were
accepted. Finally, researcher suggests some actions and continuation researches to the
authorities.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Kerangka Kajian 12
viii
1.10 Definisi Termonologi 13
1.10.1 Pembantu Rumah Warga Indonesia 13
1.10.2 Persepsi Majikan 13
1.10.3 Kebajikan 14
1.10.4 Hak Kebebasan 14
1.10.5 Bebanan Kerja 14
1.10.6 Masa Bekerja 15
1.10.7 Kemudahan Perubatan 15
1.10.8 Pemakanan 15
1.10.9 Gaji 16
1.10.10 Prestasi Kerja 16
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Garis Panduan dan Syarat-syarat Pengambilan
Pembantu Rumah Asing (Pra) 17
2.2 Buruh Asing Di Malaysia 20
2.3 Masalah-masalah Sosial Buruh Asing 21
2.4 Pembantu Rumah Warga Indonesia 24
2.5 Aspek-aspek Kebajikan Pembantu Rumah
Warga Indonesia 26
2.6 Prestasi Kerja Pembantu Rumah Indonesia 32
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.4 Instrumen Kajian 37
3.5 Kajian Rintis 39
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Kaedah Menganalisis Data 41
3.8 Rumusan 43
ix
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Latar Belakang Responden 46
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 47
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh
Pembantu Rumah Berkhidmat 48
4.3 Persoalan Kajian Satu 48
4.3.1 Hak Kebebasan 50
4.3.2 Bebanan Kerja 51
4.3.3 Masa Bekerja 52
4.3.4 Kemudahan Perubatan 53
4.3.5 Pemakanan 55
4.3.6 Gaji 56
4.4 Persoalan Kajian Kedua 57
4.4.1 Prestasi Kerja Pembantu Rumah Warga
Indonesia 58
4.5 Hipotesis Kajian 62
4.5.1 Hipotesis Kajian Satu 62
4.6 Rumusan 64
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan dan Kesimpulan 66
5.2.1 Aspek-aspek Kebajikan Pembantu Rumah
Warga Indonesia Mengikut Keutamaan 66
5.2.2 Prestasi Kerja Pembantu Rumah Warga
Indonesia 72
5.2.3 Pengaruh Kebajikan ke atas Prestasi Kerja
Pembantu Rumah Warga Indonesia 75
5.2.4 Kesimpulan Perbincangan 78
x
5.3 Cadangan Kajian 80
5.3.1 Cadangan Tindakan 80
5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.4 Penutup 83
RUJUKAN 85
Lampiran A- C 93 - 102
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Statistik pekerja asing di Malaysia yang
mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara)
tiga bulan pertama tahun 2006 20
2.2 Statistik jenayah yang melibatkan warga asing
sepanjang lima bulan pertama tahun 2004 23
2.3 Kos bayaran untuk mendapatkan seorang
pembantu rumah Indonesia 25
2.4 Slip gaji pembantu rumah Indonesia selama
2 tahun 25
3.1 Susunan item dalam soal selidik 39
3.2 Tahap analisis min 42
3.3 Tahap pengaruh prestasi kerja 43
4.1 Latar belakang responden 46
4.2 Aspek-aspek kebajikan pembantu rumah warga
Indonesia yang dipersepsikan sebagai penting
dalam kalangan majikan mengikut keutamaan. 49
4.3 Item-item hak kebebasan 50
4.4 Item-item bebanan kerja 51
4.5 Item-item masa bekerja 52
4.6 Item-item kemudahan perubatan 54
4.7 Item-item pemakanan 55
4.8 Item-item gaji 56
xii
4.9 Persepsi majikan terhadap prestasi kerja
pembantu rumah warga Indonesia 58
4.10 Item-item prestasi kerja pembantu rumah
warga Indonesia 58
4.11 Tahap pengaruh kebajikan ke atas prestasi
kerja pembantu rumah warga Indonesia 62
4.12 Analisis regresi bagi pengaruh aspek-aspek
kebajikan ke atas prestasi kerja pembantu
rumah warga Indonesia 63
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka kajian 12
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
No - Nombor
HRW - Human Right Watch
SPSS - Statistical Package for Social Science
AS - American Dollar
CMR - Coalition for Migrants Right
HKD - Hong Kong Dollar
HIV - Human Immunodeficiency Virus
Aids - Acquired Immunodeficiency Syndrome
Fomema - Foreign Workers Medical Examination Monitoring
Agency
Sdn Bhd - Sendirian Berhad
Dr - Doktor
AWAM - All Women’s Action Society
ILO - Organisasi Buruh Internasional
LRT - Light Rail Transit
KPN - Ketua Polis Negara
PDRM - Polis Diraja Malaysia
SST - Sangat tidak setuju
TS - Tidak setuju
KS - Kurang setuju
S - Setuju
ST - Sangat setuju
RM - Ringgit Malaysia
xv
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
$ - Dollar
= - Sama dengan
+ - Positif
- - Negatif
- Lebih kecil daripada atau sama
R - Nilai kolerasi
R² - Pekali penentuan berbilang
P - Aras signifikan
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Pengesahan status pelajar 93
B Surat memohon kebenaran
mendapat data statistik pembantu
rumah warga asing 94
C Borang soal selidik 96
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Untuk memenuhi aspirasi negara bagi menjadi sebuah negara maju menjelang
2020, Malaysia telah berusaha meningkatkan daya kompetitifnya baik dari segi
infrastruktur, keupayaan modal dan kualiti sumber manusia. Prestasi kerja pekerja
merupakan satu faktor penting semasa pengambilan pekerja. Kini dilaporkan, terdapat
seramai 80,000 graduan yang menganggur di seluruh negara (Mohd. Nahar Mohd.
Arshad, 2005). Pada masa yang sama, kebanjiran pekerja-pekerja asing bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja negara turut menjadi isu yang diperkatakan. Adakah ini
membuktikan prestasi buruh asing lebih baik daripada pekerja tempatan?
Menurut Ahmad Kamil Mohamed (2007), Malaysia merupakan pengimport
buruh asing terbesar di Asia. Menurut beliau, lebih kurang 20 peratus daripada tenaga
kerjanya terdiri daripada warga asing, yang sebahagian besarnya ditempatkan di dalam
bidang pembinaan, ladang kelapa sawit dan perkhidmatan domestik. Hampir setengah
juta warga asing haram, kebanyakannya warga Indonesia telah meninggalkan Malaysia
semasa program pengampunan yang berakhir 28 Februari 2004. Keadaan ini telah
menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang banyak dan menyebabkan kerugian
berjuta-juta ringgit terhadap industri terbabit (Utusan Malaysia, 2007, April 11).
2
Dalam usaha pengurangan penggunaan buruh asing kerajaan telah menggalakkan
sektor-sektor menggunakan automasi tetapi setakat hari ini pelaksanaan proses agak
lambat kerana mengautomasikan operasi memerlukan modal yang tinggi. Di Negara
Jepun, operator mengendalikan perkhidmatan gudang di pelabuhan paling ramai 50
pekerja tetapi di gudang Malaysia memerlukan di antara 400 dan 500 pekerja (Utusan
Malaysia, 2004, Ogos 2).
Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid berpandangan
bahawa Malaysia menjadi pilihan utama pekerja asing kerana Malaysia dilihat mesra
oleh semua bangsa dan agama (Utusan Malaysia, 2004, Ogos 2). Pekerja-pekerja asing
ini juga sedar bahawa Malaysia bergantung harapan kepada khidmat mereka. Mereka
telah menjadi salah satu dari komponen penting di dalam ekonomi Malaysia. Mereka
membina bangunan-bangunan pejabat, menyembelih binatang ternakan, menurap
lebuhraya, mengawal kompleks perumahan dan juga menjadi pembantu rumah.
Pekerjaan-pekerjaan ini adalah tidak sanggup dikerja oleh warga Malaysia terutamanya
generasi muda. Pihak majikan lebih rela mengambil perkerja asing kerana mereka
lebih bekerja kuat dan menunjukkan prestasi kerja yang baik dengan upah yang sedikit.
Kos mengambil warga tempatan bekerja adalah 15% lebih mahal berbanding pekeja
asing (Malaysia Today, 2004, September 8). Dengan mengambil buruh asing, majikan
tidak terbeban membayar caruman KWSP dan malahan tidak perlu menanggung
perbelanjaan kesihatan. Laporan Human Right News (2004) menunjukkan pekerja
asing majoriti menunjukkan prestasi kerja yang baik kerana takut permit mereka
dihentikan oleh majikan dan dihantar pulang ke negara asal.
Kebanyakan rakyat negara ini sering menghubungkan kejadian jenayah seperti
pecah rumah, kecurian, rompakan dan peras ugut dengan warganegara asing
terutamanya buruh asing dari Indonesia. Dengan demikian penduduk tempatan sering
berasa terancam dan tidak tenteram lebih-lebih lagi apabila mereka tinggal di kawasan
yang menjadi pusat buruh asing. Dato’ Haji Noh bin Haji Omar telah menyentuhkan
topik ini dalam Laporan Parlimen Kesebelas 2005. Menurut beliau, kes bunuh yang
terlibat buruh asing pada tahun 2003 dan tahun 2004 meningkat kepada 320 kes; dan
sehingga bulan April tahun 2005 sudah melibatkan 43 kes. Begitu juga kes-kes yang
melibatkan kecederaan seperti seksyen 324, pada tahun 2003 hingga 2004 kesnya
3
meningkat daripada 192 kes kepada 291 kes. Ini bermakna pertambahan kes
melibatkan kecederaan ini sebanyak 51.5%.
Statistik telah menunjukkan jenayah dalam kalangan buruh asing amat tinggi.
Kira-kira 50% daripada 49,000 banduan yang ditahan di penjara di seluruh Malaysia
adalah warga asing dan kebanjiran mereka memburukkan lagi masalah kesesakan di
pusat tahanan (Berita Harian, 2007, Julai 22). 55% jenayah yang dilakukan ialah
jenayah berat seperti membunuh, ragut, rogol dan samun. (Utusan Malaysia, 2004,
Ogos 2). Bekas Menteri Dalam Negeri Azmi Khalid berulang kali mengatakan
pendatang asing ini sebagai “menggugat keselamatan negara” (Malaysia Today, 2004,
September 8). Data-data yang dibincangkan ini membuktikan bahawa pekerja asing
semakin tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik dalam pekerjaan masing-masing
dan sebaliknya mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang negatif. Persoalannya,
mengapakah prestasi kerja pekerja asing semakin merosot? Adakah disebabkan
kebajikan mereka tidak dijaga oleh majikan dengan baik?
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat 72% buruh-buruh asing Indonesia yang sah adalah wanita (Kompas,
2005, Mei 11). Kebanyakan daripada tenaga buruh asing wanita ini bertumpu di sektor
pendapatan yang sangat rendah dan tidak terselaras seperti pembantu rumah.
Kebanyakan mereka menjadi pekerja asing kerana ingin mendapatkan gaji yang lebih
besar dan kesempatan yang lebih baik. Statistik tahun 2006 menunjukkan terdapat
310,000 orang pembantu rumah Indonesia bekerja di Malaysia (Utusan Malaysia,
2007, Jun 17). Pihak majikan lebih suka mengambil pembantu rumah Indonesia kerana
gaji yang lebih murah. Gaji pembantu rumah Indonesia adalah antara RM450 hingga
RM600 berbanding dengan pembantu rumah Filipina perlu membayar minimum
sebanyak RM760 sebulan (Nan Yang Siang Pau, 2007, Mei 24).
4
Hasil kajian yang dijalankan oleh Forum Kerja Pembantu Rumah Tangga
Migran dan Institut For Ecosoc Right menunjukkan terdapat 114 pembantu rumah
Indonesia di Singapura tewas akibat kecelakaan kerja, bunuh diri atau sebab-sebab lain
sejak tahun 1999 hingga 2005 (Kompas, 2005, Mei 11). Angka kematian yang tinggi
ini membuktikan perlindungan yang minimum dalam kalangan pembantu rumah
Indonesia ini. Akibat kegagalan Malaysia dalam melakukan perubahan terhadap
kelemahan pihak imigresen dan agensi buruh, ramai pekerja asing domestik yang telah
menjadi mangsa kepada majikan-majikan dan agensi-agensi buruh yang tidak berhati
perut. Undang-undang Buruh Malaysia, yang melindungi kebanyakan kategori pekerja,
secara khususnya telah menyisihkan pekerja domestik daripada peruntukan akta
tersebut.
Kes Nirmala itu telah memberi kesan terhadap kerajaan Malaysia dalam
mengambil berat kebajikan pembantu rumah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak telah mengemukakan pernyataan beliau dalam Berita Harian (2004, Mei
21) bahawa hukuman berat kepada pihak yang terbabit dalam kes penderaan bagi
memberi isyarat kepada dunia luar bahawa Malayisa tidak bertolak ansur terhadap
sebarang bentuk penganiayaan ke atas buruh asing. Menurut beliau, majikan pembantu
rumah terbabit akan didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun
Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah manakala dua lagi
tuduhan mengikut Seksyen 324 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan.
Sekysen 326 dan Seksyen 324 masing-masing memperuntukkan hukuman maksimum
penjara 20 tahun dan tujuh tahun serta denda bagi setiap tuduhan (Kadir Dikoh, Hassan
Omar dan Shamsul Kamal Amarudin, 2004).
Kira-kira 90% daripada pembantu-pembantu rumah di Malaysia adalah warga
Indonesia (Yulpisman Asli, Nizam Yatim dan Anand Kumar, 2007). Malangnya dalam
laporan Human Right Watch (HRW) telah menunjukkan beribu-ribu pembantu rumah
Indonesia yang bekerja di Malaysia menghadapi penderaan dan dalam kesengsaraan,
kebajikan mereka telah diabaikan oleh pihak majikan disebabkan polisi-polisi kerajaan
di kedua-dua negara yang gagal untuk memberi perlindungan kepada mereka. Undang-
undang di Malaysia tidak merangkumi pembantu-pembantu rumah di dalam akta-akta
perlindungan hak pekerja dan di Indonesia masih belum ada undang-undang yang
khusus melindungi pekerja-pekerja migran.
5
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Hak Wanita HRW, LaShawn Jefferson,
pembantu rumah Indonesia dilayan sebagai manusia kelas kedua. Mereka perlu bekerja
kuat tetapi didedahkan dengan kemudahan yang minimum seperti makanan yang tidak
mencukupi atau kurang seimbang dan juga keadaan tempat tidur yang teruk (Human
Right News, 2004, Julai 22). Menurut laporan Human Right Watch (2005), pekerja
domestik Indonesia kebanyakannya bekerja selama 16 hingga 18 jam sehari, 7 hari
seminggu dan hanya memperolehi sebanyak kurang daripada AS$0.25 sejam. Ramai
majikan-majikan yang menahan gaji pekerja-pekerja domestik ini sehingga kontrak
mereka selama 2 tahun tamat.
Negara Hong Kong mula memberi prihatin terhadap hal ini. Mereka telah
berusaha memastikan para pekerja domestik mereka menerima rehat dalam sehari yang
cukup, gaji yang setimpal dan had masa bekerja dan hak untuk menyertai persatuan.
Coalition for Migrants Right (CMR) merupakan sebuah persatuan di Negara Hong
Kong untuk menjaga hak-hak buruh migran. Pembayaran gaji pembantu rumah tangga
asing minimum adalah HKD3,270 sejak tahun 2003. Pada tahun 2006, pemerintah
Hong Kong telah menaikkan gaji bagi para buruh migran pembantu rumah tangga
asing. Kenaikan gaji tahun lalu sebesar HKD50 telah menjadi HKD80 (CyberNews,
2006, Jun 1). Walaubagaimanapun, Koalisi Hak-Hak Buruh Migran masih
berpandangan kenaikan ini masih tidak mencukupi dibanding dengan sumbangan
mereka terhadap perekonomian Hong Kong.
Dalam laporan Human Right Watch (2005) juga menyentuh tentang hak
kebebasan pembantu rumah warga asing di Malaysia. Kebanyakan pekerja domestik
adalah dihalang daripada meninggalkan tempat kerja mereka dan ramai di antara
mereka yang mengalami penderaan psikologi, fizikal dan seksual yang dilakukan oleh
agensi buruh dan para majikan. Badan bukan kerajaan dan Kedutaan Indonesia di
Kuala Lumpur telah menerima beribu-ribu aduan daripada pembantu rumah tentang
keadaan kerja, gaji dan penderaan yang mereka alami sejak beberapa tahun.
Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid berpendapat
bahawa kes pembantu rumah menghilang diri adalah kerana situasi atau tempat bekerja
tidak sesuai dan juga majikan tidak menjaga kebajikan mereka seperti kerja melebihi
masa, bebanan kerja yang berat, tidak menawarkan kemudahan seperti makanan yang
6
cukup serta sebab sikap majikan yang pelbagai kerenah atau mendera mereka. Menurut
beliau juga, ada antara mereka memang mempunyai perancangan sebelum datang.
Mereka telah membawa nombor telefon sindiket atau kumpulan yang melindungi
mereka untuk bekerja di tempat lain seperti restoran dan warung-warung dengan
pendapatan yang lebih (Utusan Malaysia, 2004, Ogos 2).
Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah
mendedahkan bahawa dari tahun 2002 hingga tahun 2006 purata setiap tahun
mempunyai 1200 orang pembantu rumah melarikan diri. Menurut beliau juga, terdapat
sebanyak 6800 orang pembantu rumah melarikan rumah pada awal lima bulan tahun
2007 ini. Ini menunjukkan kes melarikan diri ini semakin serius. Beliau telah
menyatakan bahawa agensi pembantu rumah akan diambil tindakan bukan sahaja pihak
majikan kerana kajian menunjukkan sebahagian pembantu rumah melarikan diri adalah
sebab dihasut oleh agensi yang ingin mengautkan keuntungan (Sin Chew Daily, 2007,
Mei 16).
Akhabar China Press juga melaporkan tentang kes pembantu rumah melarikan
diri pada 21 Mei 2007 yang menyatakan bahawa purata baru pada tahun 2007
pembantu rumah terlibat kes lari diri ialah 1200 orang setiap bulan. Kajian yang
dijalankan oleh Akhabar China Press menunjukkan hanya 1% mereka lari diri adalah
kerana kebajikan mereka diabaikan oleh majikan dan tekanan kerja, manakala
sebanyak 99% adalah kerana ingin mencari teman lelaki mereka yang sudah bekerja di
Malaysia. Walaupun pasport mereka disimpan oleh pihak majikan tetapi mereka rela
menjadi pendatang tanpa izin.
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri diarah mewujudkan
sistem pemeriksaan kesihatan seperti dilaksanakan Fomema Sdn Bhd bagi menyelia
dan mengawasi ujian kesihatan ke atas pekerja asing. Dalam Berita Harian pada 30 Jan
2004 telah melaporkan bahawa semua majikan adalah diwajibkan memberi
pemeriksaan kesihatan kepada pekerja asing di akhir tahun agar pekerja asing yang
bekerja di Malaysia sentiasa dalam keadaan sihat (Salina Abdullah, 2004). Kini,
laporan kesihatan pekerja asing merupakan satu syarat bagi memperbarukan permit
kerja. Pemeriksaan kesihatan dijalankan bagi mengesan pengambilan dadah,
7
HIV/Aids, batuk kering, epilepsi (gila babi), barah, sakit buah pinggang, tekanan darah
tinggi, diabetes, malaria, kusta dan penyakit mental.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad telah
mengemukakan bahawa Fomema (Foreign Workers Medical Examination Monitoring
Agency) telah mengesan 40 kes tuberkulosis dalam sehari dan hampir 15,850 kes
dalam setahun dalam kalangan buruh asing semasa pemeriksaan kesihatan tahunan.
Menurut beliau, punca utama buruh asing dijangkiti penyakit ini adalah kerana
keadaan bekerja mereka yang teruk tanpa rehat yang mencukupi. Sesetengah buruh
asing wanita menjangkiti tuberkulosis adalah dibawa daripada penyakit HIV yang
disyaki mereka terlibat dalam jenayah pelacuran dengan memegang permit kerja
pembantu rumah atau pembantu kedai (The Star, 2006, Mac 15).
Satu lagi kes yang terbaru dilaporkan oleh Nan Yang Siang Pau (2007, Jun 10)
yang menyatakan bahawa pembantu rumah yang berpenyakit tibi telah menjangkitkan
penyakit tersebut kepada dua orang anak tuan rumahnya. Majikannya bernama Tan
Boon Heng amat terkejut apabila mengetahui pembantu rumahnya pernah menjangkiti
penyakit tibi melalui laporan Fomema kali kedua. Encik Tan berasa hairan kerana
pembantu rumah yang berpenyakit tibi boleh mendapat permit kerja. Dalam proses
permohonan permit kerja, Encik Tan pernah menolong pembantu rumahnya
menjalankan pemeriksaan badan di salah sebuah Fomema melalui agensi pembantu
rumah. Encik Tan amat kecewa terhadap perbuatan agensi yang sengaja ingin
menyembunyikan laporan Fomema kali pertama.
Datuk Dr.Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan telah mendedahkan bahawa
terdapat 25% pesakit di hospital kerajaan adalah pekerja asing. Kementerian Kesihatan
Malaysia telah mendapati bahawa antara 1.3 juta pekerja asing terdapat 3.4% atau 4
puluh ribu pekerja asing menghadapi pelbagai penyakit termasuk batuk kering,
HIV/Aids, kusta, tibi dan barah. Beliau berpendapat bahawa kebajikan kesihatan
pekerja asing memang diabaikan oleh pihak majikan, mereka perlu bekerja walaupun
dalam keadaan tidak sihat. Beliau juga menyaran bahawa pihak majikan perlu memberi
kemudahan perubatan kepada pekerja asing tanpa memotong gaji mereka dan diberi
cuti sakit jika sakit tenat agar kebajikan mereka dijaga selalu (Sin Chew Daily, 2007,
April 6).
8
Pada 7 Julai 2005, The Star telah melaporkan satu peraturan baru bagi
mengambil pembantu rumah warga asing. Peraturan baru ini merugikan pihak majikan
kerana diwajibkan membayar gaji mereka mula bulan pertama. Pemotongan gaji
beberapa awal bulan untuk kos pentadbiran yang diberi kepada agensi kini adalah tidak
dibenarkan (Audrey Edwards, 2005). Walaubagaimanapun, kebanyakan pihak majikan
dan agensi tidak mempedulikan peraturan baru ini.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, buruh asing
perlu memberi layanan yang adil seperti buruh tempatan dan dilindungi bawah ILO
convention. Menurut beliau, pihak majikan adalah diwajibkan melaporkan kepada
pihak kerajaan tentang situasi atau keadaan bekerja buruh asing, kemudahan-
kemudahan yang diterima oleh buruh asing dari semasa ke semasa (The Star, 2005,
November 14). AWAM (All Women’s Action Society) berpandangan bahawa pembantu
rumah juga adalah pekerja, mereka haruslah dilindungi oleh Akta buruh dan berhak
mendapat bayaran kerja lebih masa, cuti sakit dan kemudahan-kemudahan lain seperti
pekerja lain barulah mereka akan menunjukkan prestasi kerja yang baik (The Star,
2006, Februari 16).
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Dessler (2000), prestasi membawa maksud tahap pencapaian bagi
sesuatu tugas yang dilaksanakan, di mana ia mempengaruhi kesempurnaan individu
dalam memenuhi keperluan tugas tersebut. Kini, prestasi kerja pembantu rumah amat
diragu-ragukan oleh para majikan semasa pengambilan pembantu rumah warga asing.
Antaranya kes yang sering terjadi seperti kes lari dari rumah, penderaan anak tuan
rumah, pembunuhan dan kecurian. Menurut laporan Human Right Watch (HRW) 2004,
salah satu punca menjejaskan prestasi kerja dalam kalangan pembantu rumah
Indonesia adalah kerana kebajikan mereka diabaikan oleh pihak majikannya.
Organisasi Buruh Internasional (ILO) menilai perlindungan hukum bagi pekerja asing
sampai saat ini masih rendah. Undang-undang di Malaysia masih tidak merangkumi
9
pembantu rumah warga asing di dalam akta-akta perlindungan hak pekerja.
Berdasarkan pernyataan yang dikemukakan, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti
aspek-aspek kebajikan pembantu rumah, mengkaji prestasi kerja pembantu rumah dan
seterusnya meninjau pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja pembantu rumah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif. Di antara objektif
kajian ini adalah seperti berikut:-
1.4.1 Mengenalpasti aspek-aspek kebajikan pembantu rumah warga Indonesia (hak
kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan,
dan gaji) yang dipersepsikan sebagai penting dalam kalangan majikan
mengikut keutamaan .
1.4.2 Mengkaji persepsi majikan terhadap prestasi kerja pembantu rumah warga
Indonesia.
1.4.3 Meninjau persepsi majikan terhadap pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja
pembantu rumah warga Indonesia.
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian berkait rapat dengan objektif kajian adalah seperti
berikut:
10
1.5.1 Apakah aspek-aspek kebajikan pembantu rumah warga Indonesia (hak
kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan,
dan gaji) yang dipersepsikan sebagai penting dalam kalangan majikan
mengikut keutamaan?
1.5.2 Apakah persepsi majikan terhadap prestasi kerja pembantu rumah warga
Indonesia?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang diuji di dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.6.1 Terdapat pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja dalam kalangan pembantu
rumah warga Indonesia.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek kebajikan pembantu
rumah warga Indonesia iaitu hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan
perubatan, pemakanan, gaji dan seterusnya meninjau persepsi majikan terhadap
pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja. Hasil kajian dan maklumat-maklumat yang
dikumpulkan adalah penting dan berguna sebagai panduan dan bahan rujukan kepada
beberapa pihak tertentu sama ada dari segi ilmiah ataupun gunaan.
1.7.1 Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada kerajaan Malaysia
tentang kebajikan-kebajikan pembantu rumah warga Indonesia yang berada di
11
Malaysia dari aspek hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan
perubatan, pemakanan, dan gaji.
1.7.2 Kajian ini menjadikan panduan kepada kerajaan Malaysia tentang kepentingan
menjaga kebajikan pembantu rumah warga Indonesia agar meningkatkan
prestasi kerja pembantu rumah Indonesia.
1.7.3 Kajian ini dapat membantu agensi pembantu rumah menetapkan syarat-syarat
menjaga kebajikan pembantu rumah warga Indonesia dengan pihak majikan
dalam kontrak yang ditangani.
1.7.4 Kajian ini dapat menyedarkan para majikan akan kepentingannya menjaga
kebajikan pembantu rumah warga Indonesia untuk meningkatkan prestasi kerja.
1.7.5 Kajian ini dapat menjadikan panduan kepada pihak majikan untuk menjaga
kebajikan pembantu rumah dari aspek hak kebebasan, bebanan kerja, masa
bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan, dan gaji.
1.7.6 Kajian ini dapat membantu pembantu rumah warga Indoneisa mengetahui
bahawa aspek-aspek kebajikan yang sepatutnya mereka nikmati.
1.7.7 Kajian ini juga dapat mendorong pembantu rumah menghasilkan prestasi kerja
yang baik.
1.7.8 Kajian ini juga akan menambahkan lagi bukti-bukti pengaruh kebajikan
pembantu rumah ke atas prestasi kerja pembantu rumah Indonesia.
12
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini adalah terbatas kepada aspek-aspek kebajikan pembantu rumah,
prestasi kerja pembantu rumah serta pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja
pembantu rumah warga Indonesia dari perspektif pihak majikan. Hanya enam aspek
kebajikan pembantu rumah warga Indonesia akan ditujukan dalam kajian ini iaitu
aspek hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan,
dan gaji. Responden yang dipilih hanya terhad kepada majikan-majikan pembantu
rumah warga Indonesia di sekitar daerah Pontian, Johor. Kesahihan kajian bergantung
kepada kejujuran dan keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang
diberikan.
1.9 Kerangka Kajian
Kerangka kajian ini adalah seperti yang dijelaskan dalam rajah di bawah:
Rajah 1.1 Kerangka kajian
HakKebebasan
BebananKerja
MasaBekerja
GajiKemudahanPerubatan
Kebajikan PrestasiKerja
Pemakanan
13
1.10 Definisi Termonologi
Bahagian ini menjelaskan definisi yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian
ini. Kesemua definisi, konsep atau pengoperasian yang diterangkan pada bahagian ini
adalah berdasarkan kesesuaian bagi kajian yang dijalankan.
1.10.1 Pembantu Rumah Warga Indonesia
Menurut Kamus Perdana (2002), pembantu bermaksud penyokong, penolong.
Warga boleh definikasikan sebagai ahli, anggota (Kamus Dewan, 1986). Pembantu
rumah boleh dinyatakan sebagai pekerja domestik (Dorall, R, 1989). Dalam Kajian ini,
pembantu rumah warga Indonesia adalah ditakrifkan sebagai orang yang diupah
dengan tujuan menguruskan kerja rumah, menjaga kanak-kanak atau orang tua serta
tugas-tugas lain yang bersesuaian. Mereka adalah berasal dari negara Indonesia.
1.10.2 Persepsi Majikan
Persepsi bermaksud gambaran dalam hati tentang sesuatu, pandangan,
tanggapan (Kamus Perdana, 2002). Menurut Kamus Dewan (1986), majikan boleh
dinyatakan sebagai orang yang mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang.
Majikan juga diterangkan sebagai tauke (Kamus Perdana, 2002). Dalam kajian ini,
persepsi majikan didefinikasikan sebagai pandangan atau tanggapan daripada tuan
rumah yang mengambil pembantu rumah warga Indonesia.
14
1.10.3 Kebajikan
Kebajikan bermaksud kebaikan atau jasa (Kamus Perdana, 2002). Menurut
Noraini (2002), kebajikan bermakna apa sahaja yang dilakukan sama ada perbuatan
atau pekerjaan baik yang mendatangkan faedah dan keselesaan kepada orang lain.
Walaubagaimanpun, kebajikan dalam kajian ini didefinikasikan sebagai kebaikan-
kebaikan atau kemudahan-kemudahan yang harus dinikmati oleh pembantu rumah.
1.10.4 Hak Kebebasan
Menurut Kamus Dewan (1986), hak bermakna kuasa atas sesuatu atau untuk
berbuat sesuatu. Kebebasan boleh dinyatakan sebagai perihal bebas, kemerdekaan
(Kamus Perdana, 2002). Dalam kajian ini, hak kebebasan menjelaskan bahawa
pembantu rumah mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu dengan bebas dalam
keadaan tidak terhalang atau tidak terkongkong oleh pihak majikan dengan syarat tidak
melanggar undang-undang Malaysia.
1.10.5 Bebanan Kerja
Kamus Perdana (2002) menerangkan bebanan kerja ialah muatan atau pikulan
dalam kerja. Rosli (2003) berpendapat bebanan kerja ialah tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan dan mesti dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Secara
kesimpulannya, bebanan kerja bermaksud tanggungan atau kerja yang perlu dipikul
oleh pembantu rumah dalam tugas hariannya.
15
1.10.6 Masa Bekerja
Menurut Kamus Dewan (1986), masa bermakna waktu, ketika. Bekerja
bermakna melaku atau menjalankan sesuatu atau berbagai kegiatan.
Dalam kajian ini, masa bekerja didefinikasikan waktu atau tempoh yang digunakan
oleh pembantu rumah untuk menjalankan tugas hariannya pada setiap hari. Tugas
hariannya termasuklah mengurus, mengemas, membersihkan rumah, menjaga kanak-
kanak atau orang tua serta tugas-tugas lain yang bersesuaian.
1.10.7 Kemudahan Perubatan
Mengikut Kamus Perdana (2002), kemudahan ditakrifkan sebagai
kegampangan, keselesaan atau kelengkapan. Perubatan ialah prihal berubat, yang
berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati (Kamus Dewan, 2002). Dalam kajian ini,
kemudahan perubatan boleh dijelaskan sebagai kesenangan yang dsediakan oleh pihak
majikan kepada pembantu rumah yang berkiatan hal perubatan. Kemudahan perubatan
ditujukan di sini ialah pemeriksaan badan tahunan, jumpa doktor apabila sakit,
memberi rehat yang cukup semasa tidak sihat.
1.10.8 Pemakanan
Kamus Perdana (2002) menjelaskan pemakanan bermakna jenis-jenis
makanan yang lazim dimakan atau ditentukan untuk dimakan. Dalam kajian ini,
pemakanan yang ditujukan ialah makanan yang dinikmati oleh pembantu rumah setiap
16
hari dengan tujuan untuk mengenyangkan perut. Makanan-makanan tersebut adalah
ditentukan atau disediakan oleh pihak majikannya.
1.10.9 Gaji
Gaji ialah upah yang tetap, bayaran yang tetap untuk pekerjaan (Kamus Dewan.
1986). Secara umumnya, ia boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk ganjaran, upah
atau pendapatan yang didapati oleh individu di atas balasan kerja yang telah dibuat
mengikut syarat yang telah dipersetujui bersama-sama oleh kedua-dua belah pihak.
Dalam kajian ini, gaji disimpulkan sebagai upah yang diterima oleh pembantu rumah
selepas menjalankan tugas mereka pada akhir bulan. Ia juga boleh dinyatakan sebagai
bayaran dari majikan kepada pembantu rumah atas sumbangan mereka dalam
menjalankan tugas.
1.10.10 Prestasi Kerja
Prestasi bermaksud hasil yang telah diperolehi (Kamus Dewan, 1986). Dessler
(2000) menjelaskan prestasi ialah tahap pencapaian bagi sesuatu tugas yang
dilaksanakan, di mana ia mempengaruhi kesempurnaan individu dalam memenuhi
keperluan tugas tersebut. Menurut Ab. Aziz Yusof (2003), penilaian prestasi
merupakan satu proses pengukuran ke atas individu di dalam pekerjanya berdasarkan
faktor pertimbangan tertentu selain daripada produktiviti. Oleh itu, prestasi kerja dalam
kajian ini diukur dari segi tumpuan pembantu rumah warga Indonesia terhadap tugas
hariannya, kesanggupan melakukan tugas, kemampuan ia menangani permasalahan
serta hasil kerja yang ditunjukkan. Kajian ini akan meninjau pengaruh kebajikan ke
atas prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.
17
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Garis Panduan dan Syarat-syarat Pengambilan Pembantu Rumah Asing
(Pra)
Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia (2006) telah
menggariskan keluar 30 garis panduan dan syarat-syarat pengambilan pembantu rumah
asing kepada semua majikan atau agensi pembantu rumah. Antaranya adalah seperti
disenaraikan di bawah:-
1. Permohonan Pas Lawatan (Kerja Sementara) (PL(KS)) Pembantu Rumah Asing
(PRA) boleh dibuat oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang
berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di Pejabat Imigresen Negeri
mengikut alamat majikan.
2. Majikan perlu memastikan Borang Permohonan berserta dokumen yang diperlukan
adalah lengkap sebelum dikemukakan ke Pejabat Imigresen Negeri.
3. Majikan mesti terdiri daripada suami atau isteri yang mempunyai anak berumur
bawah 15 tahun yang perlu perhatian dan jagaan atau ibu bapa yang sakit/ uzur.
4. Suami dan isteri majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) pembantu rumah
asing yang layak dipohon untuk satu keluarga.
18
5. Jumlah pendapatan bulanan majikan yang hendak menggajikan PRA Filipina dan
Sri Lanka hendaklah tidak kurang RM5,000.00 dan bagi PRA Indonesia, Thailand
dan Kemboja ialah tidak kurang dari RM3,000.00.
6. Majikan yang telah diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa tidak layak mendapat
kemudahan PRA.
7. Majikan yang mempunyai alasan yang kukuh dan pendapatan mengikut syarat
yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dibenarkan memohon pembantu
rumah asing kedua.
8. Bakal PRA mestilah perempuan, terdiri daripada warganegara Indonesia, Thailand,
Kemboja, Filipina ataupun Sri Lanka serta berumur tidak kurang daripada 21 tahun
dan tidak melebihi 45 tahun dan disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang
dilantik.
9. Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
10. Bakal Pra mestilah berada di negara asal dan masuk/ datang ke Malaysia
menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan
Malaysia di negara berkenaan.
11. Majikan dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di Fomema Sdn.
Bhd. Sebaik tiba di negara ini dan mendapatkan endosment PL(KS) di Jabatan
Imigresen Malaysia Negeri yang meluluskannya dalam masa satu bulan dari tarikh
tiba.
12. Pembantu rumah asing yang gagal pemeriksaan kesihatan tidak dibenarkan bekerja
dan majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan mendapatkan
Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.
13. Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah
sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
14. Majikan dimestikan menyediakan kemudahan bilik/ tempat tinggal yang sesuai
kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas dan makanan yang berkhasiat. PRA
juga hendaklah diberi rehat secukupnya termasuk waktu tidur sekurang-kurangnya
8 jam sehari.
15. Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah
menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan PRA melakukan ibadah
seperti sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadan dan tidak disuruh melakukan
kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
19
16. Majikan hendaklah maklum bahawa PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan
rakyat tempatan, rakyat asing atau pekerja di negara ini semasa memegang
PL(KS).
17. Majikan hendaklah maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat pemohonan
Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
18. Majikan hendaklah memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/ sektor atau bertukar
majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
19. Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat
Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) setelah mendapat kelulusan
pemeriksaan kesihatan di Fomema Sdn.Bhd.
20. Majikan bertanggungjawab menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan
menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta untuk tujuan lanjutan PL(KS)
atau Memo Periksa Keluar. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada
minggu terakhir setiap bulan.
21. Rawatan perubatan-perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah
tanggungjawab majikan.
22. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia
sekiranya PRA meninggal dunia, hilang atau melarikan diri dari tempat sepatutnya
dia bekerja.
23. Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan
yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
24. Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak
untuk memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru
yang berkelayakan.
25. Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau
pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia
untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.
26. Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi
PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan
mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan
penghantar pulang.
27. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang
dikeluarkan.
20
28. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya
oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan
walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
29. Majikan yang ingin membawa pembantu rumah asing bekerja di luar negara
dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal pembantu
rumah asing berkenaan di Malaysia.
30. Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di
atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan pembantu rumah
asing.
2.2 Buruh Asing Di Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia telah mendedahkan terdapat 2.4 juta buruh asing di
Malaysia sekarang (V.P. Sujata dan Farik Zolkepli, 2007). Bagaimanapun, mereka
yang memiliki permit masuk secara sah adalah 1.2 juta, manakala selebihnya masuk
secara haram (Berita Harian, 2004, Jun 22). Mengikut Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, bilangan pekerja asing sehingga Mac Tahun
2006 ialah 1,850,063 dengan warga Indonesia mencatat jumlah paling ramai
(Ruhaidini, 2006). Antara berikut merupakan statistik pekerja asing di Malaysia yang
mempunyai Pas Lawatan (Kerja Sementara) tiga bulan pertama tahun 2006.
Jadual 2.1 : Statistik pekerja asing di Malaysia yang mempunyai Pas Lawatan (Kerja
Sementara) tiga bulan pertama tahun 2006
Bil Pekerja Asing Mengikut Kewarganegara Jumlah
1. Warga Indonesia 1,215.036
2. Warga Nepal 200,220
3. Warga India 139,716
4. Myanmar 92,020
5. Vietnam 85,835
21
6. Bangladesh 58,878
7. Filipina 22,080
8. Pakistan 15,021
9. Thailand 7,282
10. Sri Lanka 5,076
11. Kemboja 6,637
12. Lain-lain 2,262
Sumber : Ruhaidini Abd. Kadir (2006). “Kebanjiran pendatang asing sumbang
peningkatan kadar jenayah-Polis.” Kuala Lumpur: Utusan Malaysia (2006,
Ogos 21), p.3.
2.3 Masalah-masalah Sosial Buruh Asing
Sumbangan tenaga kerja asing kepada perkembangan ekonomi negara memang
diiktiraf sekian lama. Peningkatan kemasukan buruh asing ini telah memberi banyak
kesan sosial kepada penduduk tempatan. Sejak akhir-akhir ini media-media massa juga
banyak menampilkan berita-berita jenayah seperti merompak, menyamun, mencuri,
merogol, menyeludup dan kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh buruh asing yang
datang ke negara kita.
Kes-kes pergaduhan dalam kalangan buruh asing memang biasanya didengar.
Pada 30 Jan 2004, 271 pekerja rakyat Bangladesh dan Vietnam bergaduh di kawasan
pangsapuri di Sungai Nibong, Georgetown. Hal ini berlaku berpunca daripada salah
faham berkenaan cuti Tahun Baru Cina dan menyebabkan orang cedera termasuk
seorang parah (Badaruddin Mat Zakaria, 2004). Kementerian Sumber Manusia
memperkenalkan peraturan yang melarang majikan mengambil terlalu ramai pekerja
asing pelbagai negara di satu-satu tempat kerja. Bekas Timbalan Menteri Kementerian
Sumber Menteri Dr. Abdul Latif Ahmad telah mengemukakan pendapat beliau dalam
Berita Harian pada 2 Feb 2004 bahawa pendekatan pengasingan pekerja mengikut
22
negara asal perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya rusuhan atau pergaduhan
dalam kalangan buruh asing dari berlainan negara. Beliau juga menekankan bahawa
kebajikan pekerja asing perlu diambil berat oleh pihak majikan terutamanya dalam
penyediaan tempat kediaman yang selesa dan selamat (Arshad Khan, 2004).
Walaupun kerajaan telah berkuat kuasa bahawa pengasingan pekerja asing
mengikut negara asal perlu dijalankan tetapi kebanyakan majikan enggan mengikut
peraturan baru ini kerana ingin menjimat kos perbelanjaan. Pada 21 April 2007, satu
kes pergaduhan telah berlaku di Ipoh telah dilapor oleh Sin Chew Daily. Pergaduhan
berlaku antara pekerja asing Bangledesh dengan pekerja asing dari Nepal. 200 pekerja
asing terlibat dan terdapat 20 orang mengalami cedera.
Pada 26 April 2007, Nan Yang Siang Pau telah mendedahkan satu kes bahawa
seorang pelajar Kolej Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur hampir dirogol dan
dibunuh oleh seorang pengawal keselamatan warga asing di kolej tersebut. Peristiwa
itu berlaku kira-kira lima setengah petang. Pelajar tersebut baru habis peperiksaan dan
ingin berjalan kaki ke stesen LRT. Menurut Nan Yang Siang Pau, pengawal
keselamatan warga asing berasal dari Indonesia dan kelihatan sangat muda disyaki
belum cukup lapan belas tahun.
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengakui,
kebanjiran pendatang asing yang kini melebihi 2.4 juta orang di negara ini
menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah (Ruhaidini, 2006). Perangkaan indeks
jenayah yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, sepanjang lima
bulan pertama tahun 2004 menunjukkan 67,084 kes di Malaysia dilaporkan turut
membabitkan warga asing. Statistik jenayah yang melibatkan warga asing sepanjang
lima bulan pertama tahun 2004 adalah seperti berikut:-
23
Jadual 2.2 : Statistik jenayah yang melibatkan warga asing sepanjang lima bulan
pertama tahun 2004
Jenis Kes Jenayah Bilangan Kes Jumlah
Pecah Rumah Siang
Hari
2,706 kes
Pecah Rumah
Malam Hari
7,681 kes
Curi Lori / Van 2,077 kes
Curi Kereta 3,580 kes
Curi Motosikal 21,086 kes
Ragut 5,517 kes
Jenayah Harta
Benda
Lain-lain Kecurian 13,449 kes
56,096 kes
Membunuh 246 kes
Cubaan membunuh 44 kes
Samun
Berkumpulan
Senjata api
22 kes
Samun
Berkumpulan Tanpa
Senjata Api
5,853 kes
Rogol 748 kes
Mendatang
Kecederaan
1,803 kes
Jenayah
Kekerasan
Lain-lain 923kes
9,639 kes
Pelbagai Jenayah 1,349
Jumlah 67,084
Sumber: Penjara, lokap bagaikan hotel kepada warga asing. (2004, Jun 22). Berita
Harian, p.5
Indeks jenayah membabitkan warga asing ini terlalu besar berbanding nisbah
mereka yang berada di Malaysia yang dianggarkan melebihi 2.4 juta orang. Statistik
warga asing yang melibatkan kes jenayah di Malaysia mengikut kewarganegaraan,
warga Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 61.3%, diikuti warga Filipina
24
(20.5%), Bangladesh (6.7%), Myanmar (3.6%), Thailand (1.1%), Singapura (0.3%)
dan lain-lain (6.5%) (Berita Harian, 2004, Jun 22).
2.4 Pembantu Rumah Warga Indoneisa
Terdapat 72% buruh-buruh asing Indonesia yang sah adalah wanita (Kompas,
2005, Mei 11). Kebanyakan daripada tenaga buruh asing wanita ini bertumpu di sektor
pendapatan yang sangat rendah iaitu pembantu rumah. Mengikut Statistik terbaru yang
didedahkan dalam Utusan Malaysia (2007, Jun 17) menunjukkan terdapat 310,000
orang pekerja asing terlibat dalam sektor pembantu rumah di negara kita. Kira-kira
90% atau 250,000 pembantu rumah adalah berasal dari Indonesia (Yulpisman Asli,
Nizam Yatim dan Anand Kumar, 2007).
Terdapat 380 buah agensi pembantu rumah warga asing di seluruh Malaysia
(Sin Chew Daily, 2007, Jun 23). Agensi-agensi pembantu rumah berperanan penting
untuk membantu majikan dalam proses pengambilan pembantu rumah. Agensi-agensi
pembantu rumah di Malaysia akan bekerjasama dengan agensi-agensi di Indonesia
untuk membekalkan latihan dan kursus kepada pembantu rumah agar mereka dapat
memberi perkhidmatan yang bermutu kepada bakal-bakal majikan. Menurut AHM
Zehadul, Moha Asri dan Mohd Isa (1999), pembantu rumah Indonesia adalah paling
diminati oleh majikan di Malaysia kerana gaji yang murah, bahasa yang difahami dan
budaya masyarakat yang mirip sama dengan Malaysia. Gaji pembantu rumah
Indonesia adalah antara RM450 hingga RM600 berbanding dengan pembantu rumah
Filipina perlu membayar minimum sebanyak RM760 sebulan (Nan Yang Siang Pau,
2007, Mei 24).
Setiap agensi mempunyai kos pembayaran yang berlainan. Antara berikut
merupakan bayaran untuk mendapatkan seorang pembantu rumah Indonesia.
25
Jadual 2.3 : Kos bayaran untuk mendapatkan seorang pembantu rumah Indonesia
Agensi Malaysia RM 1,570.00
Levi Kerajaan, PL(KS), Proses RM 610.00
Agensi Indonesia RM 1.250.00
Pendahuluan Gaji (Pinjaman) RM2,250.00
Jumlah RM5,680.00
Sumber: Agensi Pekerjaan Jenni Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor
Jadual 2.4 : Slip gaji pembantu rumah Indonesia selama 2 tahun
Bulan Gaji Hutang Bayar Kepada
Pembantu
Rumah
Tandatangan
oleh
Pembantu
Rumah
Tarikh
1 RM 450 RM 450 0
2 RM 450 RM 450 0
3 RM 450 RM 450 0
4 RM 450 RM 450 0
5 RM 450 RM 450 0
6 RM 450 0 RM 450
7 RM 450 0 RM 450
8 RM 450 0 RM 450
9 RM 450 0 RM 450
10 RM 450 0 RM 450
11 RM 450 0 RM 450
12 RM 450 0 RM 450
13 RM 450 0 RM 450
14 RM 450 0 RM 450
15 RM 450 0 RM 450
16 RM 450 0 RM 450
17 RM 450 0 RM 450
18 RM 450 0 RM 450
19 RM 450 0 RM 450
20 RM 450 0 RM 450
26
21 RM 450 0 RM 450
22 RM 450 0 RM 450
23 RM 450 0 RM 450
24 RM 450 0 RM 450
Jumlah RM10,800 RM2,250 RM8,550
Net
Jumlah
RM10,800 RM2,250 RM8,550
Sumber: Agensi Pekerjaan Jenni Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.
Pihak majikan adalah diwajibkan membayar gaji kepada pembantu rumah
setiap bulan berdasarkan slip yang ditunjukkan. Walaubagaimanapun, pihak majikan
adalah dibenarkan menolong pembantu rumah membuka satu akaun semasa di bank
untuk menyimpan gaji mereka dengan syarat mendapat persetujuan oleh pembantu
rumah, nama akaun adalah atas nama pembantu rumah sendiri dan buku akaun bank
perlu dipegang oleh pembantu rumah.
Kebanyakan agensi-agensi pembantu rumah memberi jaminan prestasi kerja
kepada pihak majikan. Sekiranya majikan tidak puas hati dengan pembantu rumah
tersebut, atau pembantu rumah itu sakit atau tidak sesuai dalam masa 3 bulan, agensi
akan menggantikan pembantu rumah baru dengan tidak mengenakan apa-apa bayaran.
Begitu juga pembantu rumah lari diri dalam masa 3 bulan. Walaubagaimanapun,
majikan perlu bertanggungjawab terhadap bayaran Levi Kerajaan, Caruman Insurans
dan Fomema (pemeriksaan badan) untuk pembantu rumah baru.
2.5 Aspek-aspek Kebajikan Pembantu Rumah Warga Indonesia
Menurut Herzberg, F., Mausner, B., Snyderman, B. (1959), kebajikan pekerja
perlu dijaga kerana ia akan memberi motivasi kepada seseorang individu dalam
27
pekerjaannya. Pemangku Duta Besar Republik Indonesia A.M Fachir telah
mengemukakan kenyataan dalam Utusan Malaysia pada 17 Jun 2007 bahawa terdapat
1,000 kes penderaan pembantu rumah Indonesia dikesan dalam enam bulan awal
pertama tahun 2007 ini. Menurut Fachir, faktor utama pembantu rumah terdedah kes
penderaan disebabkan mereka tinggal bersendirian dengan majikan dan terbatas dalam
kebebasan manakala pekerja di sektor lain seperti perkilangan dan peladangan kurang
bermasalah ini kerana mereka tinggal secara berkelompok dan mempunyai rakan untuk
membantu (Yulpisman Asli, Nizam Yatim dan Anand Kumar, 2007).
Irawan Saptona (2002) telah membuat satu kajian terhadap statistik kematian
buruh migran di Singapura. Menurut Irawan Saptona (2002), Singapura terdapat 450
ribu buruh migran asing dan terdapat 140 ribu dari jumlah tersebut bekerja sebagai
pembantu rumah tangga. Menurut laporan beliau, dari Januari 1999 hingga April 2002
terdapat 65 pembantu rumah asal Indonesia yang bekerja di Singapura meninggal
dunia kerana berbagai sebab. Dari jumlah tersebut, 18 orang diantaranya tewas bunuh
diri dengan menjatuhkan diri dari lantai apartemen rumah majikannya adalah akibat
tekanan atau stres.
Memang banyak kes penderaan pembantu rumah dilaporkan sejak
kebelakangan ini. Pihak majikan memerlukan perkhidmatan mereka tetapi tidak
memberi layanan yang berperikemanusiaan terhadap individu yang berkhidmat dengan
mereka. Situasi ini semakin membimbangkan. Ketua Kaunselor Division Kedutaan
Republik Indonesia, Soepeno Sahid telah mendedahkan kepada Harian Metro (2003,
Februari 8) bahawa 80% atau 210 kes daripada 263 kes yang dilaporkan ke kedutaan
Indonesia tahun 2002 membabitkan kes pembantu rumah lari diri daripada majikan
kerana terlalu tertekan. 20% atau 53 kes adalah gaji tidak dibayar, didera majikan,
tidak diberikan cuti, majikan tidak mesra dan beban kerja berlebihan.
Pada 16 Februari 2000, Berita Harian telah mendedahkan dua kes penderaan
terhadap pembantu rumah rakyat Indonesia berusia 18 tahun dan 29 tahun oleh
majikan masing-masing yang tinggal di Taman Sri Skudai dan Taman Perling di Johor
Bahru. Kes pertama melibatkan seorang pembantu rumah berasal dari Lampong,
Sumatera Barat, berusia 18 tahun yang dirogol sebanyak 5 kali oleh majikan lelaki
yang berusia 34 tahun. Majikannya juga didakwa tidak pernah membayar gaji selama
28
empat bulan bekerja di rumah dan juga kedai gambarnya serta memaksa pembantu
rumah tersebut menyentuh dan memakan benda-benda haram termasuk daging babi.
Sementara itu, kes kedua melibatkan seorang pembantu rumah bernama Isam Binti
Roki, 34 tahun yang berasal dari Jawa Barat. Beliau didera secara fizikal termasuk
dicurahkan dengan air panas di kaki oleh majikan wanitanya serta tidak pernah
menerima gaji selama empat tahun sembilan bulan bekerja di rumah majikannya di
Taman Perling, Johor Bahru.
Apabila kes Nirmala didedahkan oleh media pada 20 Mei 2004, masyarakat
telah menaruhkan simpati terhadapnya dan mula prihatin terhadap kebajikan golongan
buruh asing. Nirmala, 19 tahun yang cedera teruk seluruh badan termasuk kedua-dua
buah dadanya, akibat didera oleh majikannya Yim Pek Ha (36 tahun) di tempat
kediaman mereka iaitu Kondominium Villa Putra, Jalan Sultan Ismail. Yim
menghadapi tiga tuduhan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Nirmala dan
satu tuduhan sengaja mencederakannya menggunakan cawan besi (Berita Harian,
2007, Julai 27). Baru-baru ini, terdapat satu lagi kes penderaan terhadap pembantu
rumah yang berlaku di Singapura telah dilaporkan oleh Sin Chew Daily pada 3 Mei
2007. Majikannya Tau Sok Yi berumur 25 tahun merupakan seorang suri rumah
tangga telah memaksa pembantu rumahnya menelan daging ayam mentah. Dia juga
didakwa mencubit telinga pembantu rumahnya sehingga berdarah dan menggunakan
pintu menghentak kepala pembantu rumah tersebut.
Terdapat satu kes memaksa pembantu rumah warga Indonesia beragama Islam
makan daging khinzir dan ditegah mengerjakan solat oleh majikan bukan Islam selepas
diambil bekerja di Malaysia telah dilaporkan oleh Mohd Jamilul dan Yusnita dalam
Harian Metro pada 8 Februari 2003 yang lalu. Menurut Nurhayati Abllah (2007),
seorang pembantu rumah Indonesia terpaksa melarikan diri selepas tidak tahan didera
majikannya termasuk dipaksa menyediakan sup daging babi sepanjang tempoh empat
bulan bekerja di sebuah rumah terletak di Jalan Cempaka, Bandar Sri Damansara,
Petaling Jaya. Pembantu rumah yang dikenali sebagai Lilis (27 tahun) mengambil
tindakan melarikan diri pada jam 3 pagi pada 15 Jun 2007 lalu, selepas dipukul serta
ditumbuk oleh majikan perempuannya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten
Komisioner Mazlan Mansur dalam Berita Harian (2007, Jun 18) mengesahkan
29
menerima laporan kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324
Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Menurut Sin Chew Daily (2007, Jun 29), satu lagi kes penderaan pembantu
rumah warga Indonesia telah berlaku di Puchong, Kuala Lumpur. Pembantu rumah
warga Indonesia tersebut telah melarikan diri ke balai polis pada 27 Jun 2007 jam
12.49am semasa majikan sekeluarga sedang tidur lena. Pembantu rumah tersebut
berumur 23 tahun yang baru bekerja di rumah majikan tersebut 5 bulan. Pembantu
rumah tersebut telah menunjukkan bahawa dia dilayan seperti binatang. Menurut
beliau, majikannya telah merotannya, menendang badannya, mencurahkan air panas
terhadapnya serta memaksanya makan lauk di dalam tong sampah dan juga tahi. Kini,
majikan yang berumur 34 tahun telah ditahan dan didakwa atas tuduhan mengikut
Seksyen 324 kanun (menyebabkan kecederaan).
Berita Minggu (2007, Jun 17) telah melaporkan satu kes pembantu rumah
warga Indonesia yang cuba melarikan diri akibat tekanan dan dipercayai mangsa dera
majikannya. Pembantu rumah warga Indonesia tersebut dikenali Samerin, 33 tahun.
Pada 16 Jun 2007, kira-kira jam 11, pembantu rumah tersebut nekad menuruni tingkat
16 sebuah kondominium di Sentul Indah dengan mengikat beberapa pakaiannya untuk
dijadikan tali dalam cubaan melarikan diri daripada majikannya. Tetapi sebaik
memijak tepi dinding tingkat 13, wanita itu dikatakan ketakutan dan tidak meneruskan
tindakannya. Pembantu rumah itu dipercayai dipukul oleh majikannya dan tidak
membenarkan menjamah nasi jika melakukan kesalahan. Mangsa ketika ditemui
mendakwa sering dibelasah oleh majikannya walaupun sudah melakukan kerja rumah
seperti diarahkan (Nurhayati Abllah, 2007).
Pada 20 Jun 2007, terdapat 30 orang warga perempuan Indonesia berkumpul di
Kedutaan Malaysia di Jarkata mogok dengan tujuan untuk membangkang terhadap kes
penderaan pembantu rumah di Malaysia terutamanya kes Samerin yang baru-baru
berlaku. Mereka juga mengedarkan poster yang menunjukkan hak pembantu rumah
sebagai keanggotaan telah dicabut oleh majikan di Malaysia (Sin Chew Daily, 2007,
Jun 21). Walaupun banyak kes penderaan telah didedahkan dan kerajaan juga
mengambil tindakan tegas ke atas majikan yang mendera pembantu rumah.
Malangnya, tabiat penderaan untuk melepaskan ketidakpuashati dan tekanan masih
30
tidak berhenti-henti oleh majikan. Isu ini telah menimbulkan prihatin dan kasihan
daripada orang ramai.
Pada 22 Ogos 2007, Balai Polis Subang Jaya telah menerima satu repot yang
menyatakan pembantu rumah jirannya dikena dera oleh majikannya. Majikan
perempuannya (akauntan) menggunakan tali pinggang memukulnya, guna gunting
mengetuk kepalanya serta menumbuk mukanya sehingga matanya lebam. Siasatan
awal dipercayai sebab sikap bekerja mangsa tersebut yang suka menangguhkan kerja
sehingga saat akhir dan juga kerana majikan yang ingin melepaskan tekanannya di
tempat kerjanya (Sin Chew Daily, 2007, Ogos 23). Ada juga majikan telah kehilangan
perikemanusiaan. Pasangan suami isteri majikan muda berbangsa Cina akan didakwa
membunuh pembantu rumahnya atas tuduhan mengikut Seksyen 201 kanun pada 30
Ogos 2007 di mahkamah. Mengikut berita dari Nan Yang Siang Pau (2007, Ogos 28),
mayat pembantu rumah yang berumur 24 tahun dijumpai dalam sebuah rumah teras
yang berada di Puchong pada 14 Ogos 2007 jam 7 petang. Badan pembantu rumah
tersebut dipenuhi dengan kesan cedera yang disyaki didera sehingga mati.
Menurut Berita Harian pada 18 Jun 2007, Jabatan Imigresen akan
menyenaraihitamkan seumur hidup majikan yang didapati bersalah mendera pembantu
rumah sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan perbuatan salah di
sisi undang-undang. Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri dalam Sin Chew Daily (2007, Jun 21) telah mengemukakan statistik bahawa
sejak bulan Januari ke Jun 2007 terdapat 4010 orang majikan disenaraikan dalam
senarai hitam. Mereka telah ditahan untuk mengupah pembantu rumah warga asing
lagi. Kebanyakan mereka adalah terlibat dalam tidak membayar gaji kepada pembantu
rumah dan sebahagian kecil adalah kerana kes penderaan. Menurut Datuk Seri Radzi
Sheikh Ahmad lagi, kini Kedutaan Indonesia terdapat 61 orang pembantu rumah warga
Indonesia menduduki di dalamya untuk menunggu panggilan mahkamah tentang kes
penderaan.
Kes seperti menyalahkan guna permit pembantu rumah turut berlaku. Pada 12
Februari 2007 jam 8pm, Jabatan Imigresen Malaysia telah menemui 9 pekerja asing
Indonesia bekerja sebagai tukang urut di sebuah budget hotel di Sungai Rengit dengan
memegang permit pembantu rumah. Mereka berumur antara 24 hingga 43 tahun yang
31
terdiri daripada majikan yang berlainan nama tetapi tempat kerja yang sama iaitu
alamat budget hotel tersebut. Menurut Datuk Ishak Mohamed, selain kes ini hasil siasat
daripada Jabatan Imigresen juga mendapati bahawa terdapat pembantu rumah dipaksa
oleh pihak majikan untuk bekerja sebagai sambilan di restoran yang dibuka oleh
saudaranya (V.P. Sujata dan Farik Zolkepli, 2007).
Mengikut statistik baru dari Kedutaan Indonesia dalam Sin Chew Daily (2007,
Jun 26), terdapat 1200 pembantu rumah warga Indonesia meminta tolong kepada
Kedutaan Indonesia pada tahun 2006. 80% antara mereka adalah kerana dihutang gaji
oleh majikan. Mereka tidak pernah menerima sebarang gaji sejak mereka bekerja
dengan majikan. Hanya 20% pembantu rumah warga Indonesia terlibat dalam kes
penderaan. Mengikut pendapat Nazarudin Zainun dan Aoijah Likin (2004), punca
utama berlaku kes penderaan kepada pembantu rumah adalah kerana prestasi kerja
pembantu tidak seperti diharapkan. Menurut pandangan mereka, majikan
mengeluarkan belanja yang besar sehingga mencecah RM5,000 untuk kos
pengambilan dan mereka juga dibayar gaji setiap bulan. Keadaan ini menyebabkan
harapan majikan kepada pembantu rumah sangat tinggi. Apabila pembantu rumah
gagal memberikan perkhidmatan yang baik maka menghasilkan kekecewaan dan
seterusnya terjadilah kes penderaan.
Malaysia dan Indonesia telah menandatangani satu Memorandum dengan
tujuan mengatur migrasi tenaga kerja antara kedua-dua negara pada tahun 1998 dan
menandatangani satu Memorandum lagi pada 10 Mei 2004. Memorandum Saling
Pengertian ini bertujuan meregulasi prosedur rekrutmen bagi ratusan ribu warga
Indonesia yang tiap tahun merantau ke Malaysia untuk bekerja. Walaubagaimanapun,
kedua-dua Memorandum masih tidak berupaya melindungi kebajikan pembantu rumah
di Malaysia. Menurut The Jarkarta Post (2004, Februari 12), Memorandum yang
ditandatangani pada 10 Mei 2004 mengizinkan majikan menahan pasport pembantu
rumah dan melarang mereka berorganisasi melalui berbagai serikat atau asosiasi tenaga
kerja lain. Tanpa hak memegang pasport, pembantu rumah telah menghadapi
pengekangan atas gerak mereka . Memorandum tersebut juga menjelaskan bahawa
majikan dan agen tenaga kerja Indonesia perlu membiayai perbelanjaan perjalanan
dengan pesawat, dan buruh migran sepatutnya mendapatkan gaji minimum AS$10 per
hari.
32
Menurut Jefferson, L.R., Direktur Eksekutif Divisi Hak Perempuan dalam
Human Right Watch (2004), perjanjian buruh migran yang ditandatangani pada tanggal
10 Mei 2004 sebenarnya melewatkan kesempatan untuk melindungi hak-hak mereka
yang paling memerlukan. Menurut beliau, perjanjian ini hanya melindungi mereka
seperti barangan dagangan tetapi tanpa jaminan atas hak-hak mereka. Jefferson juga
menunjukkan bahawa Memorandum tersebut tiada standard-standard minimum untuk
kondisi kerja, termasuk gaji minimum yang ditetapkan, jam kerja, pembayaran gaji
yang teratur, hari libur dan tempat kerja yang aman (Human Right Watch, 2004, Mei
11).
Data-data yang dikumpulkan membuktikan kebajikan-kebajikan pembantu
rumah sekarang berada pada paras yang membahaya. Majikan meminta perkhidmatan
yang berkualiti daripada pembantu rumah mereka tetapi tidak sanggup menawarkan
kemudahan-kemudahan yang setimpal dengan sumbangan mereka. Maka, pengkaji
mengandaikan kebajikan-kebajikan pembantu rumah warga Indonesia semakin
diabaikan oleh majikan dan kurang diberi prihatin.
2.6 Prestasi Kerja Pembantu Rumah Indonesia
Majoriti pembantu rumah menunjukkan prestasi kerja yang baik kerana takut
permit mereka dihentikan oleh majikan dan dihantar pulang ke negara asal. Mereka
akan mengalami kerugian besar terutamanya dari segi gaji. Mereka akan mengalami
lagi kehilangan gaji lima bulan pertama untuk pemotongan kos pentadbiran agensi
pembantu rumah sekiranya pertukaran majikan baru. Ini kerana kebanyakan agensi-
agensi pembantu rumah memberi jaminan prestasi kerja kepada pihak majikan.
Sekiranya majikan tidak puas hati dengan prestasi kerja pembantu rumah tersebut
dalam tempoh masa 3 bulan, agensi akan menggantikan pembantu rumah baru dengan
tidak mengenakan apa-apa bayaran. Sebenarnya pembayaran tersebut akan dikenakan
kepada pembantu rumah itu sendiri iaitu tidak dapat menerima gaji lagi selama lima
bulan pertama. Peraturan baru yang telah dilaporkan oleh The Star pada 7 Julai 2005
33
telah jelas menerangkan bahawa pemotongan gaji pembantu rumah bagi beberapa
bulan pertama untuk kos pentadbiran adalah tidak dibenarkan, tetapi kebanyakan pihak
majikan dan agensi tidak mempedulikan peraturan baru ini.
Walaubagaimanapun, prestasi kerja pembantu rumah warga asing kini kian
membimbangkan. Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
dalam Sin Chew Daily (2007, Mei 16) telah mendedahkan bahawa dari tahun 2002
hingga tahun 2006 purata setiap tahun mempunyai 1200 orang pembantu rumah
melarikan diri. Purata baru pada tahun 2007 pembantu rumah terlibat kes lari diri telah
meningkat menjadi 1200 orang setiap bulan (China Press, 2007, Mei 21). Seorang
pembantu rumah asal Indonesia bernama Warni Samiran Audi telah dihukum mati
pada 19 Jun 2000 di Arab Saudi dengan tuduhan membunuh majikan wanitanya
dengan menggunakan paip besi. Hasil siasatan menunjukkan Warni berkelakuan
demikian kerana berasa tertekan dengan majikan yang terlalu leceh. Berita ini telah
dilaporkan oleh Kompas pada 21 Jun 2000.
Pada 26 Ogos 1999, satu perkara yang menakutkan telah berlaku di Masai,
Johor Bahru. Seorang pembantu rumah Indonesia bernama Mariana telah menculik
anak tuan rumahnya yang berumur 3 tahun lalu membunuhnya. Dia telah memasukkan
anak kecil tersebut dalam beg plastik dan membuangnya ke sebidang tanah terbiar.
Kini, Mariana telah didakwa bawah Seksyen 302 dan dijatuhkan hukuman penjara
selama 12 tahun. Menurut laporan kaunseling dari kaunselor Teh Poh Teik yang
dikemukakan dalam The Star pada 22 Mac 2005, sebenarnya Mariana merupakan
seorang pembantu rumah yang rajin, bertanggungjawab dan juga sayang kepada anak-
anak tuan rumah. Kes pembunuhan ini berlaku kerana atas sebab kekecewaan, tekanan
kerja serta bebanan kerja yang berat (Maizatul Nazlina, 2005).
Kes pembunuhan yang berlaku pada 2 Julai 2007 jam 3.30 petang di Kelang,
Selangor mengesyaki puncanya adalah kerana pembantu rumahnya dan pembantu
rumah jiran berpakat dengan orang luar untuk mencuri barang tuan rumahnya. Mangsa
bernama Teh Hui Lian, 41 tahun telah dirogol dan dibunuh di rumah kediamannya.
Kini suami mangsa juga ditahan untuk siasat polis ( Nan Yang Siang Pau, 2007, Julai
4). Nan Yang Siang Pau (2007, Ogos 22) melaporkan satu kes lagi pembantu rumah
membunuh majikannya lalu hilang diri. Kes pembunuhan ini berlaku pada 19 Ogos
34
2007 jam 9.10 pagi. Pembantu rumah tersebut disyaki meletakkan racun dalam
makanan majikan tuanya yang berumur 70 tahun mengakibatkannya terbunuh.
Pembantu rumah itu diupah oleh anak mangsa untuk menjaganya di mana dia baru
bekerja 10 hari. Kini, pembantu rumah tersebut telah ditahan oleh polis.
Pembantu rumah yang cuba membunuh majikan sekeluarga pada 2 Februari
2007 jam 3 petang dengan mencampurkan racun serangga ke dalam air minuman
majikan sekeluarga telah menjatuhkan hukuman sebanyak 4 bulan di bawah dakwaan
Sekyen 323 iaitu terpaksa mencederakan orang lain (Nan Yang Siang Pau, 2007,
September 21). Dalam rayuan pembantu rumah tersebut menyatakan beliau adalah
tidak tahan layanan majikan yang tidak baik dan bebanan kerja yang berat. Beliau
pernah berulang-kali meminta agensi menukarkan majikan baru tetapi permohonannya
tidak diluluskan. Tujuan pembantu rumah berbuat demikian kerana ingin majikannya
hantarnya balik ke Indonesia.
Majikan mendera pembantu rumah biasa didengar, pembantu rumah mendera
anak tuan rumah juga turut berlaku. Pembantu rumah merupakan orang yang paling
mendekati anak-anak tuan rumah selain daripada ibu bapa mereka. Maka, mereka telah
menjadi mangsa baginya untuk melepaskan ketidakpuashati dari tekanan kerjanya.
Pada 4 Julai 2006, satu kes telah dilaporkan oleh Sin Chew Daily yang menyatakan
bahawa seorang pembantu rumah Indonesia disyaki mendera anak tuan rumah lelaki
yang berumur 3 tahun sehingga telinga kanannya hampir 65% pekak akibat ditampar
oleh pembantu rumah tersebut. Ini kerana kanak-kanak tersebut tidak mahu makan
tengah hari dengan duduk diam. Pembantu rumah tersebut menafikan kesalahannya
dan menyatakan bahawa anak tuan rumahnya cedera kerana terjatuh daripada basikal.
Pembantu rumah mendera anak tuan rumah yang hanya 11 bulan sehingga
tidak sedarkan diri telah dilaporkan oleh Sin Chew Daily pada 24 Ogos 2007. Siasatan
awal, tenggorak mangsa sudah retak dan mempunyai kesan dicekik serta terdapat
banyak kesan cubit dan kesan gigitan gigi di seluruh badannya. Selepas 5 hari di
hopistal, mangsa tersebut gagal diselamat. Pembantu rumah berumur 32 tahun kini
didakwa atas tuduhan mengikut Seksyen 302 kanun (membunuh) (Sin Chew Daily,
2007, Ogos 28). Baru-baru ini Nan Yang Siang Pau (2007, September 1) melaporkan
satu kes pembantu rumah mendera anak tuan rumah yang berumur 1 tahun dan 3 tahun
35
tetapi dia menuduh majikannya menderanya untuk bela diri. Nasib baik segala
tindakan pembantu rumah telah dirakam dalam video tape dan menjadi bukti yang
terbaik.
Puan Teh, 35 tahun dengan perasaan yang sedih mendedahkan kisah benarnya
dalam Sin Chew Daily pada 20 Julai 2007 bahawa suaminya telah mengadakan
hubungan luar biasa dengan pembantu rumahnya semasa beliau dalam bulan pantang
selepas bersalin. Pembantu rumah tersebut tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik
dalam tugas hariannya sebaliknya mengoda tuan rumah lelakinya yang hampir
mengakibatkan suami isteri tuan rumah bercerai. Kini, pembantu rumah warga
Indonesia tersebut telah dihantar pulang negara asalnya. Puan Teh berasa amat kecewa
tentang prestasi kerja pembantu rumah dan beliau sekarang tidak berani untuk
mengambil pembantu rumah warga asing lagi.
Pembantu rumah juga melibatkan diri dalam kes kecurian. Menurut Berita
Harian (2006, April 17), seorang pembantu rumah warga Indonesia bernama Suermi
Riyanto (31 tahun) telah melarikan barangan kemas bernilai RM350,000 dari rumah
majikannya pada 29 Mac 2006 antara pukul 1 pagi hingga 5 pagi. Suermi bekerja di
rumah Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz selama 6 tahun telah mengaku
salah mencuri 25 jenis barangan kemas milik isteri Nazri di No 4. Jalan Eksekutif
U1/6, Glenmarie Court. Suermi didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan
telah dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret. Satu lagi kes pembantu
rumah lari diri berlaku pada 20 Jun 2007 di Petaling Jaya. Pembantu rumah tersebut
berumur 24 tahun sengaja melimpahkan darah ikan di merata-rata tempat terutamanya
di ruang makan dan dapur untuk mengelirukan majikan sekeluarga berlaku kes
pendarahan. Majikannya merupakan seorang doktor dan mengesyaki pembantu
rumahnya diculik oleh seorang lelaki Cina (Sin Chew Daily, 2007, Jun 21)
Berdasarkan perbincangan-perbincangan tadi, jelas menunjukkan terdapat
banyak kes yang melibatkan pembantu rumah warga asing telah berlaku termasuklah
kes melarikan diri, pembunuhan, kecurian, penderaan anak tuan rumah, kes pelacuran
dan lain-lain. Maka, pengkaji mengandaikan bahawa prestasi kerja pembantu rumah
warga Indonesia semakin merosot.
36
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan suatu perkara penting untuk mencari penyelesaian
dalam persoalan kajian serta untuk mencapai objektif kajian dan menguji hipotesis.
Bab ini adalah menjurus kepada metodologi kajian dan akan membincangkan aliran
kajian, kaedah serta prosedur yang digunakan dalam kajian ini untuk memperolehi
dapatan kajian dan keputusan kajian yang sah serta boleh dipercayai. Aspek yang
diperbincangkan meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen
kajian, kajian rintis, prosedur kajian dan kaedah penganalisisaan data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Jenis kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah kajian deskriptif berbentuk
kajian kes yang bersifat kuantitatif. Kajian kes ialah usaha mengkaji satu-satu unit
pada satu-satu masa untuk melihat secara intensif peristiwa yang berlaku dan pada
37
peringkat akhir dapat membuat andaian tentang unit populasi yang lebih besar tentang
peristiwa yang sama (Mohd. Najid Abdul Ghafar, 1999). Soal selidik bentuk soalan
tertutup digunakan untuk mengkaji aspek-aspek kebajikan pembantu rumah warga
Indonesia, prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia serta meninjau pengaruh
kebajikan ke atas prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia daripada persepsi
majikan.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada pihak majikan yang mempunyai pembantu
rumah warga Indonesia di sekitar daerah Pontian, Johor. Memandangkan bilangannya
terlalu ramai, maka seramai 50 orang majikan pembantu rumah warga Indonesia
dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Teknik rawak mudah ini digunakan supaya
semua majikan pembantu rumah warga Indonesia mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih. Menurut Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999), 30 orang responden adalah
mencukupi sekiranya sampel tersebut dapat mewakili populasi dan dikehendaki
menjawab instrumen kajian iaitu soal selidik dengan jujur, ikhlas serta tepat. Segala
maklumat diri responden akan dirahsiakan.
3.4 Instrumen Kajian
Menurut Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), instrumen dengan soal selidik
mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis.
Selain itu, soal selidik juga dapat membantu menjimatkan tenaga, masa dan kos (Mohd
Sheffie Abu Bakar, 1991). Maka, pengkaji telah menggunakan satu set soal selidik
untuk mendapatkan maklum balas responden agar mereka lebih mudah dan berani
38
untuk memberi tindak balas terhadap aspek yang dikaji (Mohd. Majid Konting, 1990).
Pemilihan soal selidik berdasarkan kesesuaian bagi mengkaji aspek-aspek kebajikan
pembantu rumah warga Indonesia dan prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia
daripada persepsi majikan.
Item-item dibina oleh pengkaji berdasarkan objektif kajian ini. Borang soal
selidik ini telah disahkan oleh Dr Mohamed Sharif Bin Mustaffa. Set soal selidik ini
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A adalah item-item berkaitan dengan latar belakang subjek kajian. Item-item
yang dikemukakan termasuklah jantina, keturunan, umur responden, tempoh pembantu
rumah warga Indonesia berkhidmat. Bahagian ini perlu dikemukakan kerana latar
belakang responden kemungkinan akan mempengaruhi persepsinya terhadap aspek-
aspek kebajikan dan prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.
Bahagian B bertujuan untuk mengkaji objektif pertama iaitu aspek-aspek
kebajikan pembantu rumah warga Indoneisa yang dipersepsikan sebagai penting dalam
kalangan majikan. 30 item yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah berkaitan
dengan enam aspek kebajikan iaitu hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja,
kemudahan perubatan, pemakanan, dan gaji. Terdapat lima item dikemukakan bagi
setiap aspek kebajikan yang dikaji dan berjenis soalan tertutup. Terdapat 18 item
soalan yang berbentuk positif dan 12 item ialah berbentuk negatif. Di dalam bahagian
C, item-item yang dikemukakan adalah berkisar kepada objektif kajian kedua iaitu
mengkaji persepsi majikan terhadap prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.
Item-item dalam bahagian ini adalah berjenis soalan tertutup dan jumlah keseluruhan
ialah 20 item. Soalan berbentuk positif dan soalan berbentuk negatif masing-masing
mempunyai 10 item. Semua soalan dalam bentuk negatif dalam bahagian B dan
bahagian C akan dipositifkan semasa analisis kajian dijalankan agar data yang
diperolehi senang dibaca dan ditakbir.
Data yang dikumpul dari bahagian B dan bahagian C akan digunakan untuk
mengukur objektif ketiga iaitu meninjau persepsi majikan terhadap pengaruh kebajikan
ke atas prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Item-item terperinci soal
selidik adalah seperti di dalam Lampiran C. Susunan item dalam soal selidik mengikut
bahagian adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
39
Jadual 3.1 : Susunan item dalam soal selidik
Bahagian Aspek No
Hak kebebasan 1, 7, 13, 19, 25
Bebanan kerja 2, 8, 14, 20, 26
Masa bekerja 3, 9, 15, 21, 27
Kemudahan perubatan 4, 10, 16, 22, 28
Pemakanan 5, 11, 17, 23, 29
B
Gaji 6, 12, 18, 24, 30
C Prestasi 1 – 20
Kesemua item yang berjenis soalan tertutup dalam soal selidik ini adalah
menggunakan skala 5 mata yang terdapat 5 maklum balas iaitu point 1 untuk sangat
tidak setuju (SST), point 2 untuk tidak setuju (TS), point 3 untuk kurang setuju (KS),
point 4 untuk setuju (S) dan point 5 untuk sangat setuju (ST). Responden dikehendaki
menandakan satu jawapan berdasarkan peringkat persetujuan mereka. Skala 5 mata ini
sesuai digunakan kerana peringkat persetujuan ini adalah mempunyai kesenambungan
iaitu daripada sudut negatif ke positif. Ini membolehkan responden membuka minda
dan berfikir dengan lebih matang sebelum memberi jawapan.
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis perlu dijalankan untuk memperolehi kesahan dan
kebolehpercayaan kandungan item-item dalam soal selidik sebelum menjalankan
kajian sebenar. Menurut Syed Arabi Idid (1992), kesahan bermaksud sejauh mana
sesuatu kajian itu sah dengan cara pengukurannya bagi membolehkan pengkaji
mengetahui sejauh mana kajian itu boleh diharapkan dengan tepat. Kebolehpercayaan
pula merujuk kepada ketekalan (konsistensi) keputusan kajian iaitu sesuatu tahap yang
diperolehi oleh pengkaji sememangnya melambangkan tahap kemahirannya dalam
kajian tersebut (Mohd. Najib Abdul Ghafar, 1999).
40
Sebanyak 10 set soal selidik diedarkan kepada majikan pembantu rumah warga
Indonesia secara rawak dalam daerah Kuala Langat, Selangor. Ini kerana sampel yang
dipilih ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji iaitu
budaya setempat serta merupakan kawasan yang sedang membangun.
Hasil kajian rintis ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical
Package for Social Science). Kebolehpercayaan soal selidik yang telah diuji dan nilai
alpha yang didapati ialah .8835. Menurut Mohd Majid Konting (2000), pekali
kebolehpercayaan yang sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur
adalah mempunyai pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada .60. Maka instrumen
kajian ini adalah sesuai digunakan dalam kajian ini.
3.6 Prosedur Kajian
Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah mengadakan beberapa kali sesi
perbincangan dengan penyelia untuk menyediakan proposal kajian. Setelah melakukan
kajian rintis dan memperolehi nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
terhadap alat kajian yang digunakan. Maka, pengkaji pun mengedarkan borang soal
selidik kepada responden iaitu majikan pembantu rumah warga Indonesia secara rawak
di sekitar daerah pontian, Johor.
Borang soal selidik adalah diedarkan terus kepada responden kerana pengkaji
berpendapat kaedah ini lebih efektif dan dapat mengurangkan risiko kehilangan borang
soal selidik. Selain itu, penerangan ringkas tentang tujuan kajian juga diberi terus
kepada responden agar jawapan yang diberikan adalah lebih ikhlas. Pengkaji juga tidak
menetapkan masa bagi responden untuk menjawab soal selidik agar mereka dapat
menjawab dalam keadaan yang lebih selesa di samping mendapat maklum balas yang
lebih tepat. Bagi responden Cina yang buta huruf, pengkaji akan membantu dengan
memberi penjelasan setiap item dalam Bahasa Cina kepada responden agar segala
jawapan yang diberi adalah sepadan dengan persepsi mereka. Tempoh pengumpulan
41
data adalah selama tiga minggu iaitu daripada 3/ 9/2007- 24/ 9/2007. Pengkaji
menjalankan analisis data setelah semua borang selidik yang diedarkan berjaya
berkumpul balik.
3.7 Kaedah Menganalisis Data
Pemprosesan data merupakan suatu teknik untuk pengumpulan, pengolahan,
penganalisisan, penyimpanan dan penyaluran data. Tujuan pemprosesan data adalah
untuk mendapat maklumat yang berguna dan bermakna daripada data.
Sebelum data dianalisis, pengkaji menyemak kesemua set-set soal selidik yang
diperolehi dengan memastikan semua arahan diikuti dengan betul dan semua ruang
jawapan dijawab atau dipilih. Data-data yang diperolehi dianalisis mengikut persoalan
kajian dan hipotesis kajian supaya memudahkan perbincangan hasil kajian dalam Bab
5 nanti. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer
SPSS 15.0 For Windows.
Bahagian A dalam soal selidik ini ialah latar belakang responden. Statistik
deskriptif yang digunakan adalah peratusan dan kekerapan (frekuensi). Tujuan analisis
dijalankan adalah untuk memudahkan pengkaji mengenali latar belakang responden.
Bagi bahagian B, kaedah stastistik deskriptif yang digunakan ialah skor purata (min)
bagi objektif kajian pertama. Nilai skor purata (min) yang diperolehi menunjukkan
persepsi responden terhadap aspek-aspek kebajikan pembantu rumah warga Indonesia
iaitu hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan,
dan gaji mengikut keutamaan. Dalam bahagian C, kaedah statistik deskriptif berbentuk
skor purata (min) digunakan untuk menentukan persepsi majikan terhadap prestasi
kerja pembantu rumah warga Indonesia bagi objektif kajian kedua. Penganalisian tahap
min dalam kajian ini adalah berpandukan kepada Jadual 3.2.
42
Jadual 3.2 : Tahap analisis min
Skor Min Tahap Persetujuan
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Jawatan Kuasa Pembangunan Diri Pelajar UTM (1999/2000) dalam Yusri
(2000).
Kaedah stastistik inferensi digunakan untuk menentukan pengaruh
pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar bagi objektif kajian ketiga
iaitu meninjau persepsi majikan terhadap pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja
pembantu rumah warga Indonesia. Analisis model regresi linear (Mohd Salleh dan
Zaidatun, 2001) ataupun dipanggil analisis regresi pelbagai (Amir Hussin, 1989) atau
analisis regresi berbilang (Zukarnain dan Hishamuddin, 2001) digunakan dalam kajian
ini untuk menguji hipotesis kajian. Ini kerana ia sesuai digunakan untuk data kajian
yang mempunyai satu pembolehubah bersandar (prestasi kerja) dan beberapa
perbolehubah bebas (hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan
perubatan, pemakanan, dan gaji).
Pekali penentuan berbilang (R²) digunapakai untuk melihat pengaruh kebajikan
kepada prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Hubungan yang rapat terjadi
apabila R² mendekati angka 1, dan hubungan yang renggang pula berada di tempat
nilai R² itu menuju ke arah sifar (Amir Hussin, 1989). Oleh itu, R² berada dalam
lingkungan 0 R² 1. Jika R² = 0.00 bermakna dua pembolehubah itu adalah bebas
atau tidak berkaitan langsung (Bailey, 1979).
Selain itu, nilai kolerasi (R) juga boleh digunakan untuk melihat hubungan
korelasi linear antara dua pembolehubah (Zukarnain dan Hishamuddin, 2001). Ini
disokong oleh Bailey (1979) yang menyatakan bahawa nilai R yang menghampiri nilai
+1 menunjukkan pengaruh yang sangat kuat manakala nilai ‘R’ yang menghampiri -1
pengaruh negatif dan lemah. Walaupun begitu, pengkaji akan menjurus kepada R²
untuk menentukan tahap pengaruhnya dalam kajian ini. Sementara pekali ‘Beta’ akan
digunakan untuk membandingan sumbangan setiap aspek kebajikan (hak kebebasan,
bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan, dan gaji) kepada
43
pembolehubah bersandar iaitu prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Pekali
‘Beta’ semakin mendekati angka 1 bermakna sumbangannya semakin tinggi dan
sebaliknya (Bailey, 1979). Jika pekali ‘Beta’ dalam bentuk negatif, ini bermakna
peningkatan aspek kebajikan tersebut akan menjejaskan prestasi kerja pembantu rumah
warga Indonesia.
Aras signifikan yang digunakan untuk menguji hipotesis kajian sama ada
diterima atau ditolak dalam kajian ini ialah alpha level 0.05 (5%). Aras ini sesuai
digunakan kerana ia sering digunakan di dalam penyelidikan sains sosail (Bailey,
1979). Sekirannya nilai signifikan kurang daripada 0.05, iaitu aras keertian yang
ditetapkan, maka pekali berkenanan adalah signifikan (Zukarnain dan Hishamuddin,
2001). Maka, pengkaji menentukan pembolehubah bebas dalam persamaan regresi
mempunyai pengaruh kepada pembolehubah bersandar atau tidak dengan bantuan nilai
signifikan.
Pengkaji juga meninjau tahap pengaruh kebajikan kepada prestasi kerja
pembantu rumah warga Indonesia berpandukan Jadual 3.3.
Jadual 3.3 : Tahap pengaruh prestasi kerja
R² Tahap Pengaruh
0.67 hingga 1.00 Kuat
0.34 hingga 0.66 Sederhana
0 hingga 0.33 Lemah
3.8 Rumusan
Dalam bab ini telah menceritakan reka bentuk kajian, populasi dan sampel
kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur kajian dan kaedah penganalisisaan
data. Harap metodologi kajian yang dipilih dalam bab ini akan membantu pengkaji
44
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Semoga ianya boleh membantu pihak
majikan untuk menjaga kebajikan-kebajikan pembantu rumah warga Indonesia di
samping dapat meningkatkan prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.
45
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan secara terperinci hasil dapatan
atau keputusan kajian yang diperolehi. Kerja analisis dijalankan berdasarkan data
mentah daripada 50 responden iaitu majikan pembantu rumah warga Indonesia di
sekitar daerah Pontian, Johor. Segala data yang dikumpulkan daripada kajian ini
dianalisis berdasarkan aspek-aspek penyelidikan iaitu persoalan kajian dan hipotesis
kajian yang telah dibina. Data-data tersebut diproses dengan perisian komputer SPSS
15.0 For Windows.
Bahagian A soal selidik dianalisiskan untuk mendapatkan data-data latar
belakang responden bagi subjek kajian. Manakala bahagian B soal selidik dianalisis
untuk mencapai persoalan kajian pertama. Bahagian C pula dianalisis untuk mencapai
persoalan kajian kedua. Data yang didapati dari bahagian B dan bahagian C juga
digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang dibina dalam kajian ini.
46
4.2 Latar Belakang Responden
Bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden, sebanyak 4
soalan dikemukakan dalam bahagian A soal selidik. Seramai 50 orang responden
terlibat dalam kajian ini. Jadual 4.1 menunjukkan data-data terperinci mengenai latar
belakang responden.
Jadual 4.1 : Latar belakang responden
Pembolehubah Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 13 26.0Jantina
Perempuan 37 74.0
Melayu 19 38.0
Cina 27 54.0
India 2 4.0
Keturunan
Lain-lain 2 4.0
30 tahun ke bawah 4 8.0
30 tahun - 40 tahun 21 42.0
41 tahun – 50 tahun 19 38.0
51 tahun – 60 tahun 4 8.0
Umur
60 tahun ke atas 2 4.0
1 tahun ke bawah 3 6.0
1 tahun – 2 tahun 17 34.0
2 tahun – 3 tahun 11 22.0
3 tahun – 4 tahun 8 16.0
Tempoh
Pembantu Rumah
Berkhidmat
4 tahun ke atas 11 22.0
47
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
Berpandukan kepada Jadual 4.1, jelas menunjukan responden perempuan
melebihi responden lelaki. Seramai 13 orang atau 26.0% daripada responden terdiri
daripada lelaki. Manakala 37 orang atau 74.0% daripada responden adalah perempuan.
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan
Majoriti responden adalah terdiri daripada kaum Cina iaitu sebanyak 54.0%
atau 27 orang. Diikuti dengan kaum Melayu iaitu sebanyak 38.0% atau 19 orang.
Kaum India dan lain-lain masing-masing mempunyai 4.0% atau dua orang responden.
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur
Merujuk kepada kekerapan dan peratusan responden mengikut umur yang
dinyatakan pada Jadual 4.1, responden yang berumur antara 30 tahun hingga 40 tahun
mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 42.0% (21 responden). Diikuti
dengan responden yang berumur antara 41 tahun hingga 50 tahun iaitu sebanyak
38.0% (19 responden). Responden yang berumur antara 30 tahun ke bawah dan
responden yang berumur 51 tahun hingga 60 tahun masing-masing mempunyai 8.0%
iaitu 4 orang. Akhir sekali, peratusan responden yang paling rendah adalah responden
yang berumur 60 tahun ke atas iaitu hanya 4.0% (2 responden).
48
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempoh Pembantu Rumah
Berkhidmat
Berdasarkan hasil kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1, didapati
sebahagian besar responden iaitu 17 responden (34.0%) mempunyai pembantu rumah
warga Indonesia yang berkhidmat antara antara 1 tahun hingga 2 tahun. Ia diikuti oleh
responden yang mempunyai pembantu rumah warga Indonesia yang telah berkhidmat
antara 2 tahun hingga 3 tahun dan 4 tahun ke atas masing-masing terdapat 11
responden (22.0%). Terdapat 8 responden (16.0%) mempunyai pembantu rumah yang
berkhidmat antara 3 tahun hingga 4 tahun. Hanya sebilangan kecil responden iaitu 3
orang (6.0%) mempunyai pembantu rumah yang berkhidmat kurang daripada 1 tahun.
4.3 Persoalan Kajian Satu
Aspek-aspek Kebajikan Pembantu Rumah Warga Indonesia yang
Dipersepsikan sebagai Penting dalam Kalangan Majikan Mengikut
Keutamaan.
Persoalan kajian satu ini terdiri daripada 30 item yang dikemukakan di dalam
bahagian B soal selidik, di mana setiap aspek kebajikan yang dikaji diwakili oleh 5
item. Segala soalan adalah berbentuk skala 5 mata dan jenis tertutup. Kaedah statistik
deskriptif yang digunakan untuk menganalisis data ini ialah skor purata (min) yang
berpandukan tahap persetujuan seperti ditunjukkan pada Jadual 3.2 yang dibincangkan
di Bab 3.
49
Jadual 4.2 : Aspek-aspek kebajikan pembantu rumah warga Indonesia yang
dipersepsikan sebagai penting dalam kalangan majikan mengikut keutamaan.
Bil Aspek Min Sisihan
Piawai
Tahap Persetujuan
1. Pemakanan 4.02 0.40 Tinggi
2. Kemudahan Perubatan 3.88 0.52 Tinggi
3. Bebanan Kerja 3.56 0.64 Sederhana
4. Hak Kebebasan 3.30 0.60 Sederhana
5. Gaji 3.26 0.61 Sederhana
6. Masa Bekerja 3.18 0.63 Sederhana
Berdasarkan hasil analisis, didapati aspek pemakanan dan kemudahan
perubatan dipersepsikan sebagai penting dan perlu memberi penekanan kepada
pembantu rumah warga Indonesia. Ini dibuktikan oleh nilai min yang diperolehi oleh
responden bagi kedua-dua aspek tersebut adalah pada tahap persetujuan tinggi.
Manakala aspek bebanan kerja, hak kebebasan, gaji dan masa bekerja dipersepsikan
sederhana penting terhadap pembantu rumah warga Indonesia.
Walaubagaimanapun jika disusunkan mengikut keutamaan, didapati bahawa
aspek pemakanan dipersepsikan sebagai terpenting oleh majikan kerana tercatat skor
purata yang paling tinggi iaitu 4.02. Aspek kemudahan perubatan yang mempunyai
skor purata kedua tinggi iaitu sebanyak 3.88. Diikuti dengan aspek bebanan kerja (min
=3.56), hak kebebasan (min =3.30) dan aspek gaji (min =3.26). Akhir sekali ialah
aspek masa bekerja yang dipersepsikan sebagai paling kurang penting iaitu hanya
mencapai skor purata sebanyak 3.18. Secara terperinci tentang aspek-aspek kebajikan
dapat diterangkan di bawah.
50
4.3.1 Hak Kebebasan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa hak kebebasan dipersepsikan sebagai
aspek yang keempat penting terhadap pembantu rumah dalam kalangan majikan
pembantu rumah warga Indonesia. Aspek ini memperolehi skor purata sebanyak 3.30
yang berada pada tahap persetujuan sederhana.
Jadual 4.3: Item-item hak kebebasan
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
25
Pembantu rumah saya bebas melakukan
perkara yang dia suka asalkan tidak
melanggari peraturan-peraturan.
3.58 0.93
Soalan
7
Pembantu rumah saya mempunyai hak
untuk menyatakan ketidakpuasan dirinya.
3.44 0.99
Soalan
1
Pembantu rumah saya mempunyai
kebebasan untuk berkomunikasi dengan
jiran-jiran.
3.32 0.94
Soalan
13
Pembantu rumah saya dibenarkan keluar
rumah dengan keizinan saya.
3.22 1.06
Soalan
19
Saya mengizinkan rakan-rakan atau
saudara-mara pembantu rumah saya
menziarahinya.
2.94 1.11
Jumlah 3.30 0.60
Berdasarkan Jadual 4.3, didapati semua responden sederhana menyetujui
bahawa pembantu rumah adalah bebas melakukan perkara yang dia suka asalkan tidak
melanggari peraturan-peraturan (min = 3.58). Nilai min yang kedua tinggi ialah item
yang mengenai bahawa responden memberi hak kepada pembantu rumahnya untuk
menyatakan ketidakpuasan dirinya iaitu mempunyai skor purata sebanyak 3.44.
Responden juga sederhana menyetujui bahawa pembantu rumahnya adalah mempunyai
kebebasan untuk berkomunikasi dengan jiran-jiran (min=3.32). Ini diikuti oleh item
51
yang menyatakan pembantu rumah responden adalah dibenarkan keluar rumah dengan
keizinan majikannya (min = 3.22). Item yang mengenai responden mengizinkan rakan-
rakan atau saudara-mara pembantu rumahnya menziarahinya memperolehi skor purata
yang paling rendah iaitu hanya terdapat nilai min 2.94.
4.3.2 Bebanan Kerja
Aspek bebanan kerja dipersepsikan sebagai aspek yang ketiga penting kepada
pembantu rumah warga Indonesia dalam kalangan responden kajian ini jika dibanding
dengan aspek-aspek kebajikan lain. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa
responden dalam kajian ini adalah sederhana menyetujui bahawa aspek bebanan kerja
penting kepada pembantu rumah warga Indonesia iaitu skor purata sebanyak 3.56.
Jadual 4.4 : Item-item bebanan kerja
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
2
Kerja yang ditugaskan kepada pembantu
rumah saya adalah bersesuaian dengan
kemampuannya.
4.12 0.80
Soalan
26
Saya tidak akan meminta pembantu rumah
saya mengangkat barang yang melepasi had
kemampuannya.
3.56 0.99
Soalan
14
Pembantu rumah saya tidak perlu
membersihkan rumah saudara-mara saya.
3.52 0.97
Soalan
8
Pembantu rumah saya tidak diminta untuk
membuat kerja di luar tugasnya.
3.32 1.10
Soalan
20
Pembantu rumah saya tidak perlu
membantu saya di tempat kerja saya.
3.26 1.08
Jumlah 3.56 0.64
52
Mengikut Jadual 4.4, didapati responden sangat menyetujui bahawa kerja yang
ditugaskan kepada pembantu rumahnya perlu bersesuaian dengan kemampuannya iaitu
mencapai tahap persetujuan yang paling tinggi oleh responden (min= 4.12). Selain itu,
responden juga sederhana menyetujui bahawa tidak patut meminta pembantu
rumahnya mengangkat barang yang melepasi had kemampuannya iaitu skor purata
kedua tinggi 3.56. Item mengenai pembantu rumah responden adalah tidak perlu
membersihkan rumah saudara-mara majikannya memperolehi tahap persetujuan
sederhana tinggi iaitu skor purata sebanyak 3.52. Item berkaitan pembantu rumah
responden tidak diminta untuk membuat kerja di luar tugasnya telah memperolehi skor
purata sebanyak 3.32. Ini diikuti oleh nilai min 3.26 iaitu responden sederhana
menyetujui pembantu rumahnya adalah tidak perlu membantunya di tempat kerjanya.
4.3.3 Masa Bekerja
Hasil kajian ini menunjukkan aspek masa bekerja telah dipersepsikan sebagai
aspek kebajikan yang paling tidak penting kepada pembantu rumah warga Indonesia
dalam kalangan responden kajian. Aspek masa bekerja telah mencapai tahap
persetujuan yang sederhana dalam kajian ini iaitu skor purata hanya mempunyai 3.18.
Jadual 4.5 : Item-item masa bekerja
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
3
Pembantu rumah saya tidak perlu bangun
sebelum 5.30 pagi.
3.62 1.18
Soalan
21
Pembantu rumah saya diberi masa rehat
melebihi sejam pada waktu petang.
3.58 1.05
Soalan
9
Pembantu rumah saya diberi rehat sebelum
12.00 malam.
3.38 1.60
Soalan Masa bekerja pembantu rumah saya tidak 3.04 1.19
53
15 melebihi 12 jam sehari.
Soalan
27
Pembantu rumah saya dibenarkan rehat
walaupun belum menyiapkan semua kerja
yang dipesan.
2.30 0.76
Jumlah 3.18 0.63
Merujuk kepada Jadual 4.5, hasil kajian menunjukkan bahawa responden
sederhana menyetujui bahawa pembantu rumahnya adalah tidak perlu bangun sebelum
5.30 pagi memperolehi skor purata persetujuan yang paling tinggi iaitu 3.62 dalam
aspek masa bekerja ini. Responden juga sederhana menyetujui bahawa pembantu
rumahnya diberi masa rehat melebihi sejam pada waktu petang (min =3.58). Item yang
menyatakan tentang pembantu rumah responden diberi rehat sebelum 12.00 malam
telah mencapai persetujuan yang ketiga tinggi iaitu skor purata sebanyak 3.38. Ini
diikuti oleh nilai min sebanyak 3.04 iaitu item yang menerangkan tentang masa bekerja
pembantu rumah responden adalah tidak melebihi 12 jam sehari. Responden kajian
juga kurang setuju bahawa pembantu rumahnya dibenarkan rehat walaupun belum
menyiapkan semua kerja yang dipesan. Tahap persetujuannya agak rendah iaitu skor
purata hanya memperolehi 2.30.
4.3.4 Kemudahan Perubatan
Aspek kemudahan perubatan ini telah dipersepsikan sebagai aspek kebajikan
yang kedua penting kepada pembantu rumah warga Indonesia dalam kalangan
responden kajian (min =3.88). Jika dilihat secara terperinci, skor purata yang
diperolehi dalam aspek ini adalah berada pada tahap persetujuan yang tinggi. Ini
membuktikan bahawa subjek kajian adalah menyetujui bahawa kemudahan perubatan
penting untuk menjaga kebajikan pembantu rumah.
54
Jadual 4.6 : Item-item kemudahan perubatan
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
4
Saya tidak akan memotong gaji pembantu
rumah saya tentang kos perubatannya.
4.18 0.77
Soalan
10
Saya akan membawa pembantu rumah saya
jumpa doktor sekirannya dia tidak sihat.
4.12 1.04
Soalan
22
Saya menolong pembantu rumah saya
menjalankan pemeriksaan badan setiap
tahun dengan tanggungan majikan.
3.96 0.90
Soalan
28
Pembantu rumah saya dibenarkan mendapat
cuti sakit sekirannya dia jatuh sakit tanpa
memotong gajinya.
3.82 0.92
Soalan
16
Pembantu rumah saya diberi rehat semasa
dia sakit walaupun belum menghabiskan
kerja hariannya.
3.32 1.15
Jumlah 3.88 0.52
Merujuk kepada Jadual 4.6, responden kajian sangat menyetujui tidak akan
memotong gaji pembantu rumahnya tentang kos perubatannya. Item ini telah
memperolehi nilai min tertinggi iaitu 4.18 dalam aspek ini. Seterusnya ialah item
berkaitan responden akan membawa pembantu rumahnya jumpa doktor sekiranya dia
tidak sihat telah memperolehi persetujuan kedua tinggi iaitu 4.12. Mereka juga
menyetujui bahawa majikan perlu menolong pembantu rumahnya menjalankan
pemeriksaan badan setiap tahun dengan tanggungan majikan (min= 3.96). Subjek
kajian ini juga setuju membenarkan pembantu rumahnya mendapat cuti sakit sekiranya
dia jatuh sakit tanpa memotong gajinya. Item ini memperolehi persetujuan yang tinggi
iaitu skor purata sebanyak 3.82. Nilai min yang terendah ialah item yang berkaitan
pembantu rumah perlu diberi rehat semasa dia sakit walaupun belum menghabiskan
kerja hariannya iaitu hanya memperolehi skor purata 3.32, skor purata ini masih berada
pada tahap persetujuan yang sederhana tinggi.
55
4.3.5 Pemakanan
Dapatan kajian menunjukkan aspek pemakanan telah memperolehi skor purata
yang tetinggi iaitu 4.02. Aspek pemakanan ini telah dipersepsikan sebagai aspek
kebajikan paling penting oleh responden kajian. Skor purata aspek pemakanan ini telah
mencapai tahap persetujuan yang tinggi dalam kalangan responden kajian.
Jadual 4.7 : Item-item pemakanan
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
17
Pembantu rumah saya dibekalkan sarapan
pagi, makanan tengah hari, makanan malam
dengan mencukupi.
4.54 0.50
Soalan
29
Makanan yang dibekalkan kepada pembantu
rumah saya adalah seimbang daripada
semua jenis zat makanan.
4.32 0.59
Soalan
11
Makanan yang diberi kepada pembantu
rumah saya adalah sama dengan ahli
keluarga saya.
4.18 0.83
Soalan
23
Saya akan membawa pembantu rumah saya
bersama-sama sekiranya kami sekeluarga
keluar makan di restoran.
3.76 1.04
Soalan
5
Pembantu rumah saya diberikan kebebasan
merancang masa untuk menjamu selera.
3.32 0.98
Jumlah 4.02 0.40
Hasil analisis dalam Jadual 4.7 menunjukkan bahawa item mengenai pembantu
rumah perlu dibekalkan sarapan pagi, makanan tengah hari, makanan malam dengan
mencukup telah memperolehi persetujuan tinggi dalam kalangan subjek kajian iaitu
mencapai skor purata yang tertinggi 4.54. Responden kajian juga sangat menyetujui
bahawa makanan yang dibekalkan kepada pembantu rumahnya perlu seimbang
daripada semua jenis zat makanan (min= 4.32). Manakala persetujuan tinggi juga
56
terhadap item mengenai makanan yang diberi kepada pembantu rumah responden
adalah sama dengan ahli keluarganya iaitu memperolehi skor purata 4.18. Ini diikuti
dengan item berkaitan membawa pembantu rumahnya bersama-sama sekiranya
responden sekeluarga keluar makan di restoran, item ini telah memperolehi skor purata
sebanyak 3.76. Item yang berbunyi tentang pembantu rumah diberikan kebebasan
merancang masa untuk menjamu selera telah mencapai tahap persetujuan yang
sederhana tinggi dan memperolehi nilai min yang terendah (3.32) dalam aspek
pemakanan ini.
4.3.6 Gaji
Hasil analisis jelas menunjukkan aspek gaji dipersepsikan sebagai aspek
kebajikan yang kurang penting oleh responden kajian jika dibanding dengan aspek-
aspek kebajikan lain. Ini kerana aspek gaji memperolehi tahap persetujuan sederhana
dalam kalangan responden kajian dan memperolehi skor purata yang kelima tinggi
iaitu skor purata 3.26.
Jadual 4.8 : Item-item gaji
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
24
Saya menolong pembantu rumah saya
membuka sebuah akaun simpanan di bank
untuk menyimpan gajinya.
4.04 0.99
Soalan
18
Saya akan menaikkan gaji pembantu rumah
saya selepas genap setahun berkhidmat.
3.58 0.86
Soalan
6
Saya membayar gaji secara tunai kepada
pembantu rumah saya setiap bulan
mengikut kadar bayaran yang ditetapkan
dalam kontrak.
3.12 1.52
57
Soalan
30
Pembantu rumah saya adalah bebas
menggunakan gajinya tanpa pengetahuan
kami sekeluarga.
2.92 0.92
Soalan
12
Saya tidak akan menyimpan sementara gaji
pembantu rumah saya sehingga kontraknya
tamat.
2.66 1.22
Jumlah 3.26 0.61
Mengikut Jadual 4.8, didapati responden sangat menyetujui untuk menolong
pembantu rumahnya membuka sebuah akaun simpanan di bank untuk menyimpan
gajinya iaitu mendapat tahap persetujuan yang paling tinggi oleh responden (min
=4.02). Item berkaitan menaikkan gaji pembantu rumahnya selepas genap setahun
berkhidmat mencapai skor purata yang kedua tinggi iaitu 3.58. Selain itu, subjek kajian
juga sederhana menyetujui bahawa membayar gaji secara tunai kepada pembantu
rumahnya setiap bulan mengikut kadar bayaran yang ditetapkan dalam kontrak (min
=3.12). Ini diikuti item mengenai pembantu rumah responden adalah bebas
menggunakan gajinya tanpa pengetahuan responden sekeluarga memperolehi
persetujuan sederhana rendah iaitu skor purata hanya 2.92. Skor purata yang terendah
ialah 2.66 iaitu item yang berkaitan majikan tidak akan menyimpan sementara gaji
pembantu rumahnya sehingga kontraknya tamat. Item ini telah mencapai tahap
persetujuan sederhana rendah.
4.4 Persoalan Kajian Kedua
Persepsi Majikan terhadap Prestasi Kerja Pembantu Rumah
Warga Indonesia
Sebelum meninjau pengaruh kebajikan kepada prestasi kerja pembantu rumah
warga Indonesia, item-item perlu dianalisis terlebih dahulu dengan menggunakan
kaedah skor purata (min) untuk mengetahui tahap prestasi kerja pembantu rumah
58
warga Indonesia. Terdapat 20 item yang dikemukakan di dalam bahagian C soal
selidik digunakan untuk menguji prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia. Data
yang dikumpulkan untuk menjawab persoalan kajian kedua dalam kajian ini.
Jadual 4.9 : Persepsi majikan terhadap prestasi kerja pembantu rumah warga
Indonesia
Dimensi Min Sisihan
Piawai
Tahap
Persetujuan
Prestasi Kerja 3.64 0.54 Sederhana
Berdasarkan hasil analisis, diketahui bahawa persepsi responden kajian
terhadap prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia berada di tahap persetujuan
sederhana tinggi iaitu memperolehi skor purata sebanyak 3.64.
4.4.1 Prestasi Kerja Pembantu Rumah Warga Indonesia
Responden kajian telah menyetujui bahawa pembantu rumah mereka telah
mencapai prestasi kerja sederhana iaitu skor purata sebanyak 3.64.
Jadual 4.10 : Item-item prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia
Nombor Item Nilai Min Sisihan
Piawai
Soalan
17
Saya tidak pernah mengesyaki pembantu
rumah saya ingin mencari peluang untuk
melarikan diri.
4.10 0.91
Soalan
15
Pembantu rumah saya sangat menyayangi
anak-anak saya.
4.02 0.80
Soalan
1
Pembantu rumah saya dapat menjalankan
tugas hariannya dengan baik.
3.90 0.68
59
Soalan
2
Kami sekeluarga amat berpuas hati terhadap
tugasan yang dijalankan oleh pembantu
rumah saya.
3.80 0.78
Soalan
12
Saya rasa pembantu rumah saya merupakan
seorang yang bertanggungjawab.
3.80 0.78
Soalan
8
Tugas harian yang dijalankan oleh pembantu
rumah saya adalah sistematik.
3.78 0.74
Soalan
18
Saya percaya pembantu rumah saya boleh
menjalankan tugas yang diarah dengan
sempurna.
3.76 0.89
Soalan
20
Pembantu rumah saya dapat membahagikan
masa untuk menjalankan kerjanya dengan
teratur.
3.76 0.82
Soalan
4
Pembantu rumah saya tidak pernah mencari
alasan agar tidak menjalankan tugasan yang
diarah oleh majikan.
3.70 0.93
Soalan
13
Pembantu rumah saya sering menolong saya
walaupun kerja tersebut adalah di luar
tugasnya.
3.70 0.95
Soalan
16
Pembantu rumah saya tidak pernah mengadu
tentang bebanan kerjanya.
3.62 0.92
Soalan
7
Pembantu rumah saya dapat menjalankan
tugas secara automatik tanpa teguran daripada
majikan.
3.58 0.97
Soalan
19
Pembantu rumah saya tidak pernah
mengkritik kami sekeluarga di belakang kami
dengan jiran tertangga.
3.54 1.01
Soalan
5
Saya tidak pernah mengesyaki pembantu
rumah saya mencuri di rumah saya.
3.52 1.09
Soalan
6
Pembantu rumah saya tidak pernah mangadu
bahawa dia kerap merasa letih.
3.44 0.95
60
Soalan
10
Pembantu rumah saya tidak pernah memberi
alasan tidak sihat agar tidak perlu
menjalankan tugasan hariannya.
3.40 0.95
Soalan
9
Saya tidak pernah curiga pembantu rumah
saya berniat berhubung dengan orang luar
untuk mencari teman.
3.38 1.16
Soalan
11
Pembantu rumah saya tidak mengambil
kesempatan untuk curi tulang.
3.36 0.98
Soalan
14
Pembantu rumah saya tidak akan
menangguhkan kerja sehingga saat akhir.
3.34 0.96
Soalan
3
Hasil kerja pembantu rumah saya tidak
memeningkan kepala kami sekeluarga.
3.22 0.89
Jumlah 3.64 0.54
Jadual 4.10 telah menunjukkan nilai min dan sisihan piawai item-item prestasi
kerja pembantu rumah warga Indonesia secara terperinci. Berpandukan itu, didapati
bahawa majoriti responden kajian tidak pernah mengesyaki pembantu rumahnya ingin
mencari peluang untuk melarikan diri. Ini kerana item ini mendapat tahap persetujuan
yang paling tinggi iaitu skor purata 4.10. Manakala item yang memperolehi tahap
persetujuaan yang kedua tinggi (min= 4.02) ialah item yang menggambarkan
pembantu rumah responden kajian sangat menyayangi anak-anak majikannya. Skor
purata yang ketiga tinggi ialah item yang mengenali pembantu rumah responden dapat
menjalankan tugas hariannya dengan baik memperolehi skor purata sebanayak 3.90.
Semua responden dalam kajian ini telah mengakui bahawa mereka sekeluarga
amat berpuas hati terhadap tugasan yang dijalankan oleh pembantu rumahnya dan
pembantu rumahnya merupakan seorang yang bertanggungjawab. Masing-masing
mendapat skor purata 3.80. Mereka juga menyetujui bahawa tugas harian yang
dijalankan oleh pembantu rumahnya adalah sistematik (min =3.78). Namun begitu,
item yang menyatakan bahawa responden kajian percaya pembantu rumahnya boleh
menjalankan tugas yang diarah dengan sempurna telah mencapai tahap persetujuan
yang tinggi (min = 3.76). Item berkaitan pembantu rumah responden dapat
membahagikan masa untuk menjalankan kerjanya dengan teratur juga mendapat skor
61
purata yang sama dengan item tadi iaitu 3.76. Item yang menggambarkan pembantu
rumah responden tidak pernah mencari alasan agar tidak menjalankan tugasan yang
diarah oleh majikan dan item yang menyatakan pembantu rumahnya sering menolong
majikan walaupun kerja tersebut adalah di luar tugasnya juga mendapat tahap
persetujuan tinggi iaitu masing-masing memperolehi skor purata 3.70.
Ini diikuti oleh item mengenai responden kajian berpandangan pembantu
rumahnya tidak pernah mengadu tentang bebanan kerjanya memperolehi nilai min 3.62
iaitu pada tahap persetujuan sederhana tinggi. Responden kajian juga sederhana
menyetujui bahawa pembantu rumahnya dapat menjalankan tugas secara automatik
tanpa teguran daripada majikan (min =3.56). Item yang mengenai bahawa pembantu
rumahnya tidak pernah mengkritik mereka sekeluarga di belakangnya dengan jiran
tertangga memperolehi tahap persetujuan yang sederhana tinggi iaitu nilai min
sebanyak 3.54. Seterusnya ialah item yang berbunyi tentang responden kajian tidak
pernah mengesyaki pembantu rumahnya mencuri di rumahnya memperolehi skor
purata 3.52 iaitu pada tahap persetujuan sederhana tinggi. Responden kajian juga
sederhana menyetujui bahawa pembantu rumahnya tidak pernah mengadu bahawa dia
kerap merasa letih (min =3.44).
Pembantu rumah responden tidak pernah memberi alasan tidak sihat agar tidak
perlu menjalankan tugasan hariannya telah mencapai tahap persetujuan sederhana
tinggi iaitu skor purata 3.40. Ini diikuti oleh item yang menggambarkan responden
tidak pernah curiga pembantu rumahnya berniat berhubung dengan orang luar untuk
mencari teman (min =3.38). Responden kajian juga sederhana menyetujui bahawa
pembantu rumahnya tidak mengambil kesempatan untuk curi tulang iaitu mendapat
nilai min sebanyak 3.36. Seterusnya ialah skor purata 3.34 iaitu item yang menyatakan
pembantu rumahnya tidak akan menangguhkan kerja sehingga saat akhir. Item yang
menggambarkan hasil kerja pembantu rumah responden tidak memeningkan kepala
mereka sekeluarga mendapat persetujuan yang paling kurang berbanding dengan item-
item lain iaitu hanya mencapai skor purata 3.22.
62
4.5 Hipotesis Kajian
Dalam bahagian ini, kaedah statistik inferensi berbentuk analisis regresi
digunakan untuk menentukkan pengaruh kebajikan kepada prestasi kerja pembantu
rumah warga Indonesia. Aras signifikan yang digunakan untuk menguji hipotesis
kajian ialah alpha level 0.05. Pekali ‘R² ’ digunakan untuk menentukan tahap pengaruh
aspek-aspek kebajikan yang dikaji dalam kajian ini ke atas prestasi kerja pembantu
rumah warga Indonesia mengikut ukuran dalam Jadual 3.3. Manakala pekali ‘Beta’
digunakan untuk membandingan sumbangan setiap aspek dalam kebajikan (hak
kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja, kemudahan perubatan, pemakanan, dan gaji)
kepada pembolehubah bersandar iaitu prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.
4.5.1 Hipotesis Kajian Satu
Terdapat Pengaruh Kebajikan ke atas Prestasi Kerja dalam Kalangan
Pembantu Rumah Warga Indonesia
Jadual di bawah menunjukkan tahap pengaruh kebajikan kepada prestasi kerja
pembantu rumah warga Indonesia.
Jadual 4.11: Tahap pengaruh kebajikan ke atas prestasi kerja pembantu rumah
warga Indonesia.
Pengaruh R R² Sig Tahap
Pengaruh
Prestasi Kerja 0.702 0.493 0.000 Sederhana
Hasil analisis pada Jadual 4.11 telah menunjukkan bahawa terdapat pengaruh
kebajikan ke atas prestasi kerja warga Indonesia di mana R² =0.493; p<0.05 tetapi
pengaruhnya pada tahap yang sederhana. Ini dibuktikan oleh aras kesignifikanan yang
kurang daripada 0.05. Maka, hipotesis kajian ini adalah menerima hipotesis alternatif
63
dan menolak hipotesis nol iaitu hipotesis kajian yang menyatakan ‘Terdapat pengaruh
kebajikan ke atas prestasi kerja dalam kalangan pembantu rumah warga Indonesia’
adalah diterima.
Jadual 4.12 : Analisis regresi bagi pengaruh aspek-aspek kebajikan ke atas
prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia
Bil Item R R² Beta Sig
i. Kebajikan 0.702 0.493 - 0.000
ii. Gaji - - 0.517 0.000
iii. Bebanan Kerja - - 0.374 0.004
iv. Pemakanan - - 0.295 0.021
v. Kemudahan Perubatan - - 0.025 0.845
vi. Masa Bekerja - - 0.019 0.890
vii. Hak Kebebasan - - -0.163 0.227
Berdasarkan Jadual 4.12, didapati aspek gaji telah memberi sumbangan
tertinggi dalam mempengaruhi prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.
Pengaruhnya ialah pada tahap yang signifikan iaitu 0.000 (p< 0.05) dan sumbangannya
terhadap prestasi kerja pada tahap pengaruh yang sederhana tinggi iaitu sebanyak Beta
0.517. Sumbangan pengaruh yang kedua tinggi ialah aspek bebanan kerja iaitu
ditunjukkan oleh pekali Beta sebanyak 0.374; sig 0.004 (p<0.05). Ini bermakna
pengaruhnya amat signifikan dan berada pada tahap pengaruh yang sederhana tinggi.
Aspek pemakanan juga mempengaruhi prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia
pada tahap yang signifikan (sig= 0.021; p<0.05) tetapi sumbangannya pada tahap
pengaruh yang lemah iaitu pekali Beta 0.295.
Manakala aspek kemudahan perubatan (Beta= 0.025; sig 0.845) dan aspek
masa bekerja (Beta= 0.019; sig 0.890) pula didapati memberi sumbangan terhadap
prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia tetapi hubungannya renggang dan
kurang penting terhadap prestasi kerja pembantu rumah kerana berada pada tahap yang
tidak signifikan (p>0.05). Aspek hak kebebasan pula memberikan pengaruh yang
kurang penting terhadap prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia (sig=0.227; p
>0.05). Hubungan aspek hak kebebasan dengan prestasi kerja adalah dalam bentuk
64
negatif (Beta= - 0.163) iaitu bermakna semakin banyak hak kebebasan diberi, maka
prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia akan semakin merosot.
4.6 Rumusan
Berdasarkan hasil analisis data dalam bab ini, didapati objektif kajian yang
ditetapkan di peringkat awal telah dicapai. Pengujian hipotesis kajian juga
menunjukkan bahawa hipotesis alternatif diterima dan hipotesis nol ditolak. Dapatan
kajian telah menunjukkan responden dalam kajian ini telah menyetujui bahawa
kesemua aspek kebajikan yang dikaji (hak kebebasan, bebanan kerja, masa bekerja,
kemudahan perubatan, pemakanan, dan gaji) adalah penting dalam kerja berpasukan.
Aspek pemakanan adalah dipersepsikan sebagai paling penting untuk menjaga
kebajikan pembantu rumah. Ini diikuti oleh kemudahan perubatan, bebanan kerja, hak
kebebasan, gaji dan akhir sekali ialah masa bekerja.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi responden kajian terhadap
prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia berada pada tahap persetujuan
sederhana. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa gabungan kesemua aspek
kebajikan yang diuji dalam kajian ini boleh mempengaruhi prestasi kerja dalam
kalangan pembantu rumah warga Indonesia. Kesemua dapatan kajian dalam bab ini
akan dibawa kepada bab seterusnya untuk dibincangkan dan disimpulkan secara
terperinci agar kebajikan-kebajikan pembantu rumah boleh diperhatikan dan
seterusnya membantu meningkatkan prestasi kerja pembantu rumah warga Indonesia.