penda hulu an

Upload: fatimah-azzahra

Post on 15-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk rujukan

TRANSCRIPT

1.0 Pendahuluan

Pengkajian tentang sejarah masyarakat Malaysia kini telah banyak dikaji. Namun, hal mengenai kebudayaan tidak banyak dinukilkan dalam pengkajian sejarah. Justeru, sejarahwan perlu memahami masyarakat yang dikajinya dengan teliti. Kebudayaan amat berkait rapat dengan masyarakat dan apa yang biasa diamalkan oleh sekumpulan masyarakat itu. Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam dan budaya masing-masing. Adat resam yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan. Peraturan dan panduan ini merupakan satu garis penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesuatu masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka, menyempurna dan melaksanakan amalan nenek moyang sebagai suatu peraturan. Peraturan ini menjadi kebiasaan yang lama-kelamaan menjadi satu kemestian.

Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini. Berdasarkan sejarah, Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan Melayu atau Tanah Melayu yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini. Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan pada abad ke-11 perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan dan merujuk kepada rumpun bangsa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayulah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu dan dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia.

2.0Konsep Dan Unsur-Unsur Yang Membentuk Kebudayaan Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan2.1Konsep Kebudayaan MelayuTerminologi kebudayaan amat sinonim dengan semua jenis masyarakat di Malaysia ini. Namun begitu, ramai orang hanya mengetahui bahawa kebudayaan adalah lambang bagi adat. Sebenarnya, perkataan budaya ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Jika diretropektif kembali sejarah, perkataan budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah yang bermaksud budi pekerti atau akal. Kebudayaan ini adalah sesuatu yang amat berkait rapat dengan aktiviti yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun sesebuah masyarakat. Menurut pengkaji barat, Andreas Eppink(1986), kebudayaan boleh diinterpretasikan sebagai keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas bagi sesebuah masyarakat. Secara konseptual, budaya merujuk kepada corak hidup dan pemahaman yang dipersetujui bersama dan digunakan oleh manusia dalam menjalankan aktiviti seharian mereka.

Terdapat pelbagai pandangan tokoh yang mendefinisikan maksud kebudayaan. Kebudayaan wajar dilihat sebagai simbol-simbol budaya seperti yang dipelopori dan disarankan oleh Clifford Geertz (1973) dan Victor Turner (1967), iaitu ahli antropologi yang telah membuat pengkajian khusus tentang budaya. Dalam kajian tersebut, terdapat lebih kurang 164 definisi budaya yang disentuh dan dimengertikan oleh para sarjana (Kreber dan Kluckhohn 1952). Jelas betapa pelbagai dan tidak seragamnya definisi serta konsepsi seseorang tentang kebudayaan. Antara sumbangan penting masa kini yang memberikan definisi budaya ialah daripada Clifford Greetz dalam bukunya The Interpretation of Culture(1973). Greetz yang menggunakan perspektif antropologi simbolik membuat perbandingan bahawa perkaitan antara manusia dengan kebudayaan ibarat binatang yang terperangkap dalam jerat-jerat makna yang ditenun sendiri. Budaya digariskan oleh Geertz sebagai satu sistem konsepsi warisan yang diungkapkan dalam bentuk-benruk simbolik yang membolehkan manusia berkomunikasi, memperpanjangkan serta membina pengetahuan dan sikap mereka mengenai kehidupan (1973:89). Greetz juga menganggap bahawa kebudayaan sesuatu yang berhubung dengan simbol yang tersedia di hadapan umum dan dikenali oleh ahli masyarakat yang berkenaan. Secara umumnya, ada pendapat yang mengatakan bahawa budaya ini wujud dalam tarian, muzik, dan seni lakonan. Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil daripada unsur budaya. Budaya telah didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).

Terdapat juga pendapat yang mengatakan budaya itu adalah daripada perkataan asalnya budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya istilah budaya (R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat yang mengatakan budaya merupakan perkembangan kata majmuk daripada budi (Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya terbentuk dan dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam proses sosialisasi , individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya komunikasi yang simbolik, bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh individu dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan idea, adat resam, dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman, 1992).

Kebudayaan Melayu pula dapatlah ditakrifkan sebagai sesuatu norma, amalan atau kebiasaan yang diterima pakai dan diakui menjadi identiti bagi masyarakat Melayu. Gumperz (1993) sendiri mengakui yang budaya Melayu cukup unik dan mengandugi norma, nilai dan ciri yang perlu sentiasa dikaji. Budaya Melayu ini juga bersifat dinamik dan berubah-ubah hasil dari pemikiran masyarakat Melayu yang semakin berkembang selain pengaruh luar yang boleh diterima pakai dan tidak melanggar atau bertentangan dengan budaya Melayu asal.Kesimpulan daripada pelbagai definisi tersebut, sarjana-sarjana Barat dan Timur mempunyai pandangan ataupun takrifan tentang budaya ataupun kebudayaan yang tidak jauh bezanya. Justeru itu, budaya mempunyai pengertian tertentu dalam konteks sesuatu masyarakat tersebut. Namun, yang jelas konsep budaya luas pengertiannya dan mencakupi semua aspek kehidupan yakni berhubung dengan persoalan persekitaran sama ada fizikal atau sosial. Oleh yang demikian, pengetahuan, kepercayaan, kesenian, keperibadian, dan lain-lain yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Melayu merupakan kebudayaan.

Setiap masyarakat mempunyai budayanya masing-masing. Bagi masyarakat Melayu konsep utama yang terdapat bagi membentuk budayanya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Antara ciri-ciri budaya masyarakat Melayu dapat dijelaskan kepada beberapa perkara seperti berikut.a. Bersifat dinamikSemua orang mesti mengetahui bahawa budaya bersifat dinamis dan akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta mempelbagaikan lagi budaya itu. Budaya berkembang dan berubah berikutan dengan perubahan masyarakat itu sendiri. Walaupun terdapat pengaruh dari luar ke dalam sesuatu budaya, namun ia bukanlah satu peniruan semata-mata tetapi merupakan perolehan dan penyesuaian yang ditentukan oleh kebudayaan yang menerimanya ( Wan Abdul Kadir,1983). Kebudayaan yang bersifat dinamik dapat diertikan sebagai amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu telah menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan.selapas iti, penerimaan kepada budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan b. Menerima dan menolak unsur tertentuPenolakan atau penentangan merupakan aspek yang menunjukkan bahawa budaya Melayu mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk ke dalam budaya Melayu tidak sesuai dengan masyarakat Melayu . Penerimaan pula berlaku kerana rasa bersedia untuk menerima dan kesesuaiannya kepada budaya Melayu.c. DiwarisiKebudayaan Melayu diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Budaya penting bagi setiap masyarakat kerana ia melambangkan identity sesuatu bangsa dan masyarakat (Asma,1994). Seperti budaya Melayu dikenali melalui bahasa pertuturan atau pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya, kain batik, dan baju Melayu. Selain itu, budaya juga dapat membezakan sesuatu bangsa dan masyarakat yang berlainan.

d. Proses kesinambungan Kebudayaan mengalami proses kesinambungan merupakan urutan , namun masih berlaku sedikit perubahan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

Setiap individu harus menghormati budaya individu lain kerana ia merupakan cara hidup yang telah sekian lama diamalkan dan ada sesetengah budaya yang berkaitan dengan kepercayaan dan adat resam menyentuh sentimen peribadi sesuatu kaum. Sifat budaya adalah universal tetapi dalam masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. (A.Aziz,1994).

2.2Unsur-Unsur Yang Membentuk Kebudayaan Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan

Setiap masyarakat memiliki kebudayaan. Kebudayaan setiap masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Namun, ada unsur-unsur penting yang membentuk kebudayaan dan ianya dimiliki secara umum dimiliki oleh setiap masyarakat. Melville J. Herskovits, merupakan ahli pengkani telah menyenaraikan empat unsur asas kebudayaan, iaitu alat-alat teknologi, sistem ekonomi, keluarga, dan kekuasaan politik. Sementara itu, Manakala, Bronislaw Malinowski menyebut unsur-unsur pokok kebudayaan meliputi sistem norma yang membolehkan kerjasama antara anggota masyarakat dalam meneruskan kehidupan bersama mereka. Alat-alat dan lembaga atau petugas pendidikan, termasuk keluarga sebagai lembaga pendidikan yang utama. Di samping itu, pendapat yang paling popular mengenai unsur budaya telah dibawakan oleh Clyde. Kluckhohn dalam karyanya Universals Categories of Culture memaparkan ada tujuh unsur kebudayaan yang dianggap unsur kebudayaan yang menyeluruh.

Rajah 1.0 : Unsur Kebudayaan Menurut Clyde Kluckhon

Sebenarnya, unsur-unsur yang digariskan oleh pengkaji-pengkaji ini merujuk kepada konsep kebudayaan yang lebih besar. Kebudayaan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek non-material dan aspek material. Aspek material sebenarnya lahir daripada aspek non-material kerana cetusan pemikiran atau gagasan yang melahirkan sesuatu dalam bentuk kebendaan atau reka cipta. Walaupun ahli sains sosial sering menumpukan konsep budaya pada aspek non-material seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, adat resam, kesenian, nilai, norma dan sebagainya, aspek non-material ini hanya mudah difahami apabila dirujuk pada aspek lahiriahnya seperti tingkah laku, kesenian, adat resam, atau artifek budaya, yang sebenarnya lahir daripada ilmu pengetahuan dan pemikiran manusia (Wan Hashim, 1991). Elemen budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material, budaya material dan cultural lag. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan material ialah simbol, bahasa, nilai, dan norma. ( Noran Fauziah, 1987, Eshleman & Cashion, 1985). Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seharian. Misalnya, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budaya dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuah masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anak mereka. Tetapi bagi Masyarakat Melayu lain pula caranya. Justeru, terdapat empat elimen budaya yang lazimnya membentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah: simbol atau lambang, norma, kawalan dan nilai.Simbol atau lambang iaitu kewujudan sesuatu budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. Simbol penting untuk berkomunikasi. Masyarakat pada zaman batu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Oleh itu, ahli antropologi budaya turut mengkaji simbol sebagai salah satu unsur budaya. Antara contoh simbol ialah huruf, nombor, lambang dan bendera. Cara atau bentuk pakaian juga merupakan simbol budaya. Adakalanya sesetengah simbol sama dengan masyarakat yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang berbeza. (Hofstede, 1991). Bahasa merupakan sebahagian daripada unsur simbol yang penting. Bahasa merupakan aplikasi yang sistemetik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai, dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Walaupun ada beberapa medium lain yang mewujudkan proses komunikasi, namun bahasa juga merupakan kaedah komunikasi yang unik dan mudah difahami oleh khalayak. Ini kerana banyak perkara boleh diterangkan dan disampaikan maksudnya melalui bahasa seperti mimpi dan pengalaman. Setiap masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri.

Bahasa merupakan asas kepada budaya dan penting kepada masyarakat. Penggunaan bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa. Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat. Bahasa adalah sistemperkataan yang bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya. Ia melibatkan pertuturan, penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidak menggunakan bahasa dan penyataan. Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara pelbagai bangsa.Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam konteks sosial. Terdapat nilai yang positif dan yang negatif seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian daripada personaliti diri. Nilai yang sering diutamakan seperti menghormati orang tua, patuh kepada pihak atasan, kesetiaan dan larangan berbohong. Nilai membentuk sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai tingkahlaku yang boleh diterima dan ditolak.Namun begitu, nilai tidak semestinya menentukan tingkahlaku kita. Norma yang menentukan persepsi tingkahlaku yang ideal dalam sesuatu situasi. Ia tidak semestinya mencerminkan perkara atau tingkahlaku yang sebenar. Nilai mempengaruhi tingkahlaku manusia dan digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai tingkah laku orang lain. Nilai, norma dan kawalan sesuatu budaya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, sesuatu masyarakat yang meletakkan nilai tinggi ke atas institusi kekeluargaan akan mewujudkan norma dan kawalan ketat sebagai usaha untuk memastikan tidak berlakunya zina atau perceraian. Nilai sesuatu budaya itu boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang ituakan berkekalan sepanjang hayatnya.

Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkah laku. Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang didapati melanggarnya. Norma menyediakan panduan yang boleh diaplikasikan kepada tindak-tanduk manusia agar sesuai dengan orang lain apabila terdapat situasi yang kurang jelas atau kabur. Norma menyediakan piawai di mana seseorang itu dapat menilai orang lain dan membuat keputusan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Norma merupakan ciptaan manusia, dan manusia mengalaminya sebagai sebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial. Manusia merujuk kepada beberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan hukuman dijatuhkan kepada mereka yang melanggarnya. Ahli sosiologi mengkelaskan norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidak formal.

Norma yang formal ialah normal yang yang telah didokumenkan dan ditetapkan jenis formal hukumannya sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut. Undang-undang adalah norma yang formal. Norma yang tidak formal ialah norma yang diterimapakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak tidak formal didokumenkan, contohnya pakaian yang sesuai dipakai. Memakai baju yang dipenuhi oleh manik berkilat ke pejabat bukanlah salah tetapi tidak sesuai. Ia lebih sesuai dipakai ke majlis malam.

Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan. Ganjaran atau hukuman ke atas tingkahlaku bersabit dengan norma sosial. Terdapat dua jenis kawalan iaitu, kawalan positif dengan kawalan negatif.

Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi oleh ahli masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam masyarakat yang berlainan. Budaya material yang masih wujud dan diamalkan lagi sehingga kini ialah penggunaan pakaian, adat-adat sama ada adat diraja atau pada rakyat, makanan dan banyak lagi.

Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan budaya bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan dengan budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang adakalanya tidak dapat diselesaikan. Contohnya seperti penciptaan perabot yang akan memusnahkan banyak kawasan hutan.

2.3Konsep Kebudayaan KebangsaanKebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh.Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum. Sebagaimana yang difahami, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Maka, ianya berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan Malaysia menetapkan dasar bagi kebudayaan agar ianya dapat dimengerti dengan jelas.Sesuatu dasar kebudayaan itu boleh dilihat dari dua sudut, pertama dasar formal yang disetujui atau diluluskan pihak pemerintah untuk menjadi dasar yang biasanya dikepilkan dengan kuasa pelaksanaan yang jelas melalui Akta Parlimen atau dikenali sebagai dasar ad hoc.Yakni mengikut kehendak semasa. Kedua, dasar yang mengikut kepeduan sementara sahaia yang mekanismenya diluluskan oleh sesuatu konvesyen atau persidangan rasmi kerajaan. Betkaitan DKK, pendekatan yang diambil ialah melalui kaedah kedua iaitu resolusi konvensyen pada tahun 1971. DKK diwuiudkan melalui resolusi Kongres Kebudayaan dan Kebangsaan diterimapakai sebagai kehidupan yang murni dan bertenaga menghasilkan produk kehidupan yang bernilai. Budaya dan kebudayaan memang boleh diterima sebagai mempunyai implikasi pengertian yang sama berkaitan tamadun atau peradaban lantaran kedua-duanya berkaitan belaka dengan hidup yang disaluti akal budi yang maju.Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan garis panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.Pembentukan kebudayaan kebangsaan yang mesti disedari ialah budaya bukan menyeluruh atau homegen .Menurut Julain H. Steward (1963) konsep kebudayaan kebangsaan dapat dilihat daripada tiga segi iaitu kebudayaan kebangsaan merupakan hasil ciptaan kebangsaan seperti dalam bidang sains, kesusasteraan, falsafah dan sebagainya. Julian H. Steward pula menambah bahawa terdapat institusi-institusi sosial yang memainkan peranan dalam keseluruhan hidup sesuatu negara. Manakala perkara ketiga dapat kita konsepsikan kebudayaan sebagai denominator umum perilaku yang dikongsi oleh semua anggota negara.Kebudayaan Kebangsaan sebanarnya diwujudkan bagi mennyuburkan kembali benih-benih nilai yang terbaik dalam sesuatu bidang kerja, disiplin, hormat pada ibu bapa dalam kalangan kanak-kanak, budaya penyayang dan nilai positif yang boleh dikongsi bersama-sama. Malaysia yang terkenal dengan rakyat yang berbilang kaum yang mempunyai budaya ketimuran amat menitikberatkan nilai dan norma dalam kehidupan bermasyarakat. Tiga perkara telah dirumuskan sebagai dasar oleh kongres tersebut iaitu Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini dan unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar bolehlah diterima menjadi unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ketiga-tiga prinsip ini adalah berlandaskan kepada beberapa pemikiran nasionalisme awalan yang banyak dipengaruhi oleh peristiwa 13 Mei 1969. Sebahagian daripada pemikiran tersebut, seperti yang dihuraikan di dalam perbincangan dan perbahasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, adalah menjurus kepada matlamat-matlamat murni dari sudut kepentingan rakyat asal rantau ini. DKK dianggap sebagai perkara kontroversi oleh sesetengah pihak lantaran beberapa matlamat dan olahan bahasa di dalam DKK itu menimbulkan kesamaran atau kekeliruan. DKK adalah dijuruskan kepada keutamaan kebudayaan rakyat asal rantau ini, suatu klausa yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kesamaran kerana ia tidak persis dari segi definisi.

2.4Unsur Budaya KebangsaanKebudayaan Kebangsaan Malaysia terbina berlandaskan tiga prinsip atau unsur yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai dasar yang dinamakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ketiga-tiga unsur itu terdapat pada rajah di bawah.

Rajah 2.0: Unsur Kebudayaan Kebangsaan

i) Berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau IniUnsur yang pertama melibatkan penerimaan berasaskan kebudayaan serantau. Rantau ini merujuk kepada semua kawasan daerah kepulauan Melayu yang pastinya mempunyai corak kebudayaan yang hampir sama dan pasti ada pertaliaan diantaranya. Tamadun Melayu meliputi rantau yang luas termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini, iaitu kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.(ii) Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai, DiterimaSebuah kebudayaan besar biasanya memiliki sub-kebudayaan atau biasa disebut sub-kultur, Iaitu sebuah kebudayaan yang memiliki sedikit perbezaan dalam hal perilaku dan kepercayaan dari kebudayaan induknya. Sungguhpun begitu , tidak bermakna sesuatu budaya itu tidak boleh diterima pakai apabila berlaku sebarang perubahan demi kebaikan dan kemudahan. Justeru, unsur kedua kebudayaan ialah sifat dinamik. Sesuatu budaya itu akan sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Hal ini kerana, zaman dan situasi dahulu dan kini berbeza dan faktor kehidupan berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya membuatkan sesuatu budaya itu dapat menerima unsur budaya lain. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Oleh itu, jika unsur budaya Cina, India, Arab dan lain-lain didapati sesuai dan wajar, maka ia boleh diberikan pertimbangan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Penerimaan ini bergantung pada ketidakwujudan percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya, dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberikan panduan kepada manusia untuk mengisi kehendak emosi dan fizikal. Oleh itu, agama Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan tambahan pula dengan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. Fakta sejarah membuktikan bahawa nilai-nilai Islam telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.Ketiga-tiga insur di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Ia juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan memaparkan kesejagatan dalam menentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berpihak kepada semua kaum namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan dan sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.Peranan kementerian atau jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.Tuntasnya. penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun perlulah diingat, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. 3.0 Kedudukan Kebudayaan Kebangsaan Pada Masa Kini, Masa Depan Dan Langkah-Langkah Penambahbaikan.Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai kaum, bangsa, keturunan dan agama. Walaupun begitu, amat sukar untuk mencapai kemajuan yang sempurna jika tidak menitikberatkan aspek perpaduan. Ini kerana setiap etnik dan bangsa mementingkan kedudukan dan kepentingan sendiri, malahan; terdapat juga etnik yang tidak menghiraukan kepentingan bangsa lain. Kemajuan Negara yang sempurna hanya akan tercapai melalui kerjasama setiap etnik dan bangsa dalam Negara. Pendek kata penduduk negara perlu Sehati Sejiwa Untuk Malaysia.Jika ditinjau jiran benua asia kita iaitu Jepun,satu negara yang merupakan sebuah negara maju dan berkembang dengan pesat selepas Amerika Syarikat. Jepun mempunyai budaya yang mirip kepada Malaysia. Namun begitu, kegemilangan jepun mempunyai kisahnya tersendiri. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Jepun mementingkan kejayaan dalam kuasa, ketenteraan dan penaklukkan. Hal ini disebabkan oleh pabila kekalahan teruk Jepun dalam peperangan kepada Barat, ia masih tidak berputus asa untuk membina sebuah empayar tersendiri yang mewah dan maju. Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun tukar strategi penaklukkan ke atas ekonomi seluruh dunia. Kini, jelas kelihatan Jepun berjaya menggenggam ekonomi lebih separuh daripada Dunia. Dari aspek perpaduan pula, orang Jepun amat menghormati antara satu sama lain. Perpaduan wujud dalam masyarakat Jepun dengan sikap bertimbang rasa dan saling bantu-membantu. Contohnya, kebanyakkan orang Jepun di Jepun atau luar negara membeli barangan buatan tempatan. Bagi mereka, ini menjadi satu tanggungjawab untuk melindungi kepentingan-kepentingan negara mereka tersendiri. Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, unsur perpaduan sangat penting. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman, keharmonian dan kestabilan, yang memungkinkan negara mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara maju dengan mudah. Jika hal tersebut tercapai, negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain.Adakah perpaduan terlaksana sepenuhnya di negara ini? Perkara yang menjadi isu pokok dalam hal ini ialah penyatuan budaya. Setiap kaum mempunyai budaya yang berlainan yang melambangkan identiti kaum masing-masing. Memang sukar untuk melaksanakan penyatuan dalam kepelbagaian ini. Kebersatuan ini dapat wujud jika tunjangnya, iaitu budaya dapat kita satukan tanpa menghilangkan identiti satu-satu kaum. Inilah yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Perkara yang menjadi punca kesukaran dalam pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah jarak sosial antara anggota masyarakat yang dahulunya sangaja dilakukan oleh penjajah agar rakyat di tanah Melayu tidak bersatu. Imlikasinya, hal ini menyebabkan kurangnya interaksi antara kaum. Begitu juga apabila wujudnya sekolah vernakular, murid Melayu belajar di sekolah kebangsaan, murid India di sekolah Tamil dan murid Cina di sekolah Cina tidak dapat berinteraksi dan bersatu padu.. Kurangnya interaksi ini berlarutan hingga sekolah menengah dan seterusnya di Universiti. Banyak Universiti swasta yang ditubuhkan mempunyai pelajar yang majoritinya didominasi oleh satu-satu kaum. Apabila sekolah berdasarkan kaum, soal bahasa menjadi isu penting. Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu yang mempersatukan kaum tidak dikuasai dengan baik oleh bukan penutur asli bahasa tersebut. Masing-masing menggunakan bahasa kaum masing-masing. Inilah yang menghalang komunikasi antara kaum, sekali gus mengurangkan hubungan. Pelbagai usaha dilakukan, misalnya mengadakan pertandingan yang melibatkan pelbagai kaum, dengan menggunakan bahasa Kebangsaan tetapi belum menampakkan kejayaan yang besar dari segi pelaksanaan dasar ini.Kecenderungan anggota masyarakat untuk mengekalkan identiti masing-masing dan keengganan untuk membuka dunia sosial kepada kaum lain juga menjadi penghalang pada pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Setiap kaum mempunyai adat resam yang berbeza-beza mengikut kaum. Jadi isu ini menyebabkan kurangnnya wujud perpaduan kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu juga, di Malaysia, jelas kelihatan selama beberapa waktu rakyatnya tidak mempunyai semangat yang sama, persefahaman dan perpaduan sebagai satu rupa bangsa. Walaupun mempunyai sistem undang-undang negara yang sama, mereka masih mewarisi undang-undang adat dan tradisi hidup yang berlainan dari segi perkahwinan, adat resam, moral, kepercayaan dan sebagainya.Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.Perpaduan kaum di Malaysia amat sukar direalisasikan dengan kata-kata kosong sahaja. Ia memerlukan tindakan atau usaha semua pihak untuk mewujudkan satu negara yang bersatu padu dan maju dalam pelbagai aspek. Misalnya pelajar-pelajar institut pendidikan guru yang bakal menjadi penjana utama anak-anak Malaysia perlu mempunyai minda yang kental dan inovatif untuk mewujudkan perpaduan kaum. Bagi mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, kesemua pihak haruslah memainkan peranan terutamanya kerajaan. Antara usaha yang kerajaan dapat lakukan ialah dengan menambah baik pelan ekonomi negara. Seperti yang kita maklum, Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) banyak merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Perapatan jurang ekonomi ini dapat membantu semua kaum lebih bertolak ansur. Kerjasama antara kaum dalam bidang ekonomi dapat menjana ekonomi negara dengan lebih baik. Peristiwa berdarah 13 Mei terjadi juga disebabkan oleh jurang ekonomi yang terlalu besar antara kaum terutamanya kaum Melayu dan kaum Cina. Kaum Cina menguasai ekonomi pada ketika itu kerana mereka mendiami kawasan bandar dan lombong.Sistem pendidikan yang mantap dapat menyediakan generasi yang lebih berilmu dan berfikiran terbuka. Generasi muda merupakan pewaris negara. Oleh sebab itu, pihak kerajaan haruslah menyediakan satu pelan pendidikan yang mantap dan sesuai agar dapat menyediakan generasi muda pada masa kini menjadi generasi yang dapat memaju negara ke tahap yang tertinggi. Ini terbukti apabila Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan PPPM 2013-2025 yang mana dikatakan merupakan pelan pembangunan pendidikan yang terbaik pernah dihasilkan sebelum ini kerana ianya merupakan terjemahan daripada kehendak dan pendapat pelbagai pihak daripada semua peringkat baik pihak golongan atasan dan cendekiawan hinggalah kepada golongan bawahan dan orang kampung di negara ini. Generasi muda akan lebih berfikiran jauh dan mengetahui kesan buruk disebabkan oleh perpecahan perpaduan. Generasi yang diberi pendidikan yang baik akan lebih menghargai perpaduan yang sedia ada seterusnya berusaha untuk memperbaikinya lagi. Walau bagaimanapun, cabaran dalam pelaksanaan PPPM 2013-2025 ini amatlah besar kerana ianya memerlukan kefahaman dan penghayatan yang sangat dalam terhadap kehendak dan kemampuan kerajaan oleh semua pihak. Kerajaan juga dapat memantapkan perpaduan dengan memperkasakan aktiviti keagamaan dalam kalangan rakyat. Malaysia mempunyai pelbagai agama, tetapi tidak menjadi satu batu penghalang bagi memantapkan lagi perpaduan antara kaum. Semua agama menyuruh penganutnya berkelakuan baik dan menghormati orang lain. Dengan peneguhan agama yang lebih baik, nescaya rakyat negara ini menjadi individu yang lebih baik. Penerapan nilai agama akan menjadikan seseorang lebih bertolak ansur dan menghormati oeang lain tanpa mengira agama. Agama persekutuan adalah agama Islam tetapi agama lain bebas diamalkan menurut perlembagaan. Jadi, tiada menjadi halangan untuk agama sebagai satu ejen menyatupadukan rakyat Malaysia.Di samping itu juga, kerajaan boleh memperbanyakkan aktiviti-aktiviti sosial dan beramah mesra sesama rakyat. Antaranya ialah aktiviti rumah terbuka pada musim perayaan yang sering diadakan oleh menteri-menteri di Malaysia tidak kira bangsa juga merupakan salah satu langkah terbaik dalam mengeratkan hubungan antara kaum. Rumah terbuka yang dianjurkan oleh menteri-menteri yang dihadiri oleh ramai rakyat Malaysia yang berbilang kaum mampu mengeratkan hubungan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Sebagai contoh rumah terbuka Perdana Menteri bagi Hari Raya Aidilfitri yang menyediakan juadah yang menunjukkan pelbagai budaya masyarakat Malaysia, seperti juadah masyarakat Melayu, Cina dan India dapat memperkenalkan masyarakat terhadap juadah-juadah pelbagai kaum di Malaysia. Tidak kurang semangat berjiran walau berlainan bangsa, bangsa lain untuk datang ketika majlis perkahwinan atau ketika perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti-aktiviti ini perlu diteruskan untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia agar setiap kaum dapat menghormati budaya dan memahami budaya kaum lain. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan salah faham antara kaum.Dengan aktiviti seumpama ini, penglibatan rakyat akan menunjukkan perpaduan dalam kalangan mereka. Aktiviti ini memerlukan penglibatan daripada rakyat sendiri dan dana daripada kerajaan. Dana yang kerajaan sumbangkan akan merealisasikan segala perancangan aktiviti. Rakyat juga turut bersemangat untuk melibatkan diri apabila kerajaan sendiri turun padang. Pergaulan dan interaksi sesama rakyat akan memperkukuhkan lagi perpaduan dengan lebih mengenali satu sama yang lain. Dengan mengenali sesama rakyat, mereka akan lebih memahami adat budaya masing-masing seterusnya akan lebih menghormati adat kaum yang lain. Anjuran secara besaran-besaran juga boleh diadakan dengan mempromosi menggunakan media massa supaya segala maklumat boleh disampaikan kepada semua.Selain itu juga, bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu terutamanya kepada golongan belia Negara, aspek kebudayaan kebangsaan perlu diterapkan dalam diri setiap anak Malaysia lebih-lebih lagi pada zaman ini terdapat banyak budaya-budaya luar yang tidak sihat yang semakin mempengaruhi golongan remaja.Contohnya, kerajaan boleh memperkenalkan subjek kebudayaan di setiap sekolah agar murid-murid tanpa mengira bangsa dapat belajar dan mendalami kebudayaan di Malaysia dengan lebih terperinci.Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum dapat diperkukuhkan dan diterapkan dalam diri setiap murid kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Selain itu, kempen-kempen kebudayaan juga boleh diadakan di setiap negeri bagi meningkatkan kebudayaan kebangsaan dalam diri setiap individu.Kempen-kempen ini perlu mengetengahkan kebudayaan masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum agar semua orang dapat mempelajari kebudayaan setiap kaum secara tidak langsung.Kempen-kempen yang diadakan boleh dibuat pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan jabatan-jabatan swasta atau kerajaan. Pada kempen tersebut pelbagai aktiviti boleh diadakan seperti pameran, pertandingan pakaian kebudayaan, pertandingan makanan kebudayaan dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. Akhir sekali, kerajaan juga boleh menguatkuasa undang-undang atau Akta bagi kesalahan yang boleh menggugat perpaduan negara. Dengan tertubuhnya Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan 1948 menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam isu yang boleh menggugat kehormonian masyarakay majmuk di Malaysia.

4.0KesimpulanBerdasarkan pendapat-pendapat yang telah dinyatakan budaya bolehlah dirujuk sebagai keseluruhannya cara hidup manusia yang boleh diamalkan dan diterima secara umum secara positif dan termasuklah fenomena manusia yang berlaku dalam masyarakat yang bukan berunsur biologi. Sememangnya terdapat beberapa pendapat berkaitan dengan dengan definisi budaya. Begitu juga pendapat tentang elemen-elemen budaya yang berbeza-beza mengikut tokoh. Aspek pentingnya terbahagi kepada dua ketegori iaitu meterial dan bukan meterial. Kepentingan budaya akan membolehkan masyarakat sedar dan menghargai warisan budaya, disamping menghormati budaya sendiri dan orang lain. Jika dilihat melalui perkembangan semasa, kebudayaan Melayu dilihat menghadapi cabaran yang besar kerana ia semakin tersisih dari segi pengamalannya. Golongan pelapis iaitu golongan muda sekarang semakin meminggirkan kebudayaan Melayu kerana mereka lebih mengagungkan budaya barat. Unsur-unsur kebudayaan Melayu tidak lagi dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Umum mengetahui bahawa budaya barat mempunyai banyak kesan negatif.sepatutnya, penerapan adat dan budaya Melayu tradisional Malaysia perlulah diperkenalkan kerana ia merupakan suatu amalan yang diamalkan oleh nenek moyang masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai Islam. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang kadang bertenbung dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ini kerana ianya diamalkan mengikut cara yang salah atau terlalu taasub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalan-amalan yang berkaitan dengan agama. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah

5.0Refleksi

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahnya, saya dikurniakan ketenangan hati dan kewarasan minda dalam menyempurnakan tugasan ini. Segala cetusan idea dan segala bantuan hanyalah kehendak Allah semata. Pada hari pertama saya mendapat tugasan ini, seperti biasa, saya mendapat penerangan lengkap dari pensyarah pembimbing saya, Pn Norainah Mohd Salleh. Pn Norainah banyak menerangkan mengenai keperluan yang perlu ada dalam membuat tugasan yang cemerlang. Pn Norainah ada menekankan tentang skop tugasan agar penerangan tidak tersilap tentang tugasan kebudayaan ini. Matapelajaran Kebudayaan Melayu ini berkait rapat dengan skop bidang budaya dan masyarakat Melayu. Sehinggakan saya sendiri sebagai orang Melayu mula mengenali budaya dengan lebuh dalam dan menanam minat untuk mengamalkannya Untuk tugasan kali ini, durasi masa yang diberikan adalah selama satu bulan bersamaan empat minggu. Pada minggu pertama, saya masih belum memberikan fokus kepada tugasan kerana bebanan tugas lain dan masa kamisangat padat dengan kuliah. Namun pada masa terluang, saya sempat menjengah ke perpustakaan dan melakukan sedikit rujukan. Rujukan utama yang menjadi kitab panduan saya ialah buku Budaya Melayu yang dikarang oleh Syed Ismail Syed Mustapa. Buku itu menjadi asas dalam yang saya pelajari. Buku lain ada juga dalam bahasa Inggeris yang saya cari melalui laman sesawang. Rujukan lain yang mengikut profoma ialah buku Open University Malaysia dan Modul Budaya Melayu. Saya mula serius dalam menyiapkan tugasan bermula pada 29 Febuari dan pada mulanya saya menyangka tugasan ini mudah pada awalnya. Namun setelah membuat kolaborasi bersama rakan, barulah saya mula mendapat gambaran penuh dan terperinci tentang tugasan yang diberikan kepada saya. Seterusnya, tajuk yang saya perlu kupaskan dalam tugasan ialah mengenai Budaya Melayu, takrifannya serta mengenai unsur Budaya Melayu dan Unsur Dasar Budaya Kebangsaan. Terlebih dahulu, saya membuat pembacaan tentang pentakrifan dan konsep budaya agar daya tidak terkeluar dari skop tugasan yang diberi. Sekali imbas, tugasan memerlukan saya mengupas tentang Budaya Melayu serta unsur-unsur yang membentuk budya Melayu. Namun apabila ditegur oleh rakan saya, barulah saya sedar bahawa penjelasan tentang dasar budaya Melayu perlu mempunyai perkaitan juga dengan unsur Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Justeru alhamdulillah saya dapat perbetulkan kembali konsep yang telah silap tadi. Saya sangkakan unsur budaya Melayu dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah sama. Rupanya tidak dan banyak pendapat lain tentang unsur-unsur yang membentuk kebudayaan Melayu.Kebudayaan mempunyai pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya didefinisikansebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistemsosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikapdan nilai. Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisidan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan,didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaandan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat. Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi pantang larang, adat resam, agama dan sebagainya.

Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya pelajari. Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Terdapat beberapa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Maka, kerajaan perlulah menetapkan satu dasar yang menggariskan kebudayaandi Malaysia. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah yangbesar. Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman sesawang untuk dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalah terhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal inimenyebabkan saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yang penting dalam tugasan ini. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi. Apabila bahan rujukan banyak, terkadang saya juga menjadi keliru dan akhirnya saya hanya memuatkan beberapa pendapat sahaja dari tokoh-tokoh pengkaji budaya.Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan dapat mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja kursus projek ini. Alhamdulillah. Semoga semua insan yang membantu saya menyiapkan tugasan ini diberkati oleh Allah.

18