pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

30
PENGHARGAAN م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا ل م ا س ب مد ح م ا دن ي س ن لي س ر م لم ا ما% ى ا عل لام س ل وا. لاة ص ل وا ن مي ل ع ل ا له رب ل مد ح ل ا. ن ي وم الد ي ى ل% م ا ه ج ه ن ج ه ن ن م . و ن ي ع م حH ه ا حاب ص له واN ى ا عل وDengan perasaan syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayahNya, akhirnya kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan. Kesempatan ini, kami ingin melampirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak- pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini terutamanya pensyarah pembimbing , Encik Mohd. Nor bin. Jusoh yang telah banyak memberi segala tunjuk ajar dan dorongan atas segala kekhilafan dalam pemprosesan dan penyempurnaan tugasan ini. Beliau juga telah memberikan pelbagai perkongsian maklumat dan rujukan-rujukan lain yang berkaitan. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada rakan- rakan yang bekerjasama dalam memperolehi maklumat dan sumber rujukan berkenaan dengan kerja kursus ini. Tambahan pula,tempoh yang diberikan dalam menyempurnakan tugasan ini tidaklah terlalu terhad,justeru kami dan rakan-rakan mengambil inisiatif untuk bersama-sama mencari maklumat seberapa banyak 1

Upload: elixirsorent

Post on 01-Jul-2015

2.851 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

PENGHARGAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العلمين والصالة والسالم على إمام

المرسلين سيدنا محمد وعلى آله واصحابه أجمعين. ومن

نهج نهجهم إلى يوم الدين.

Dengan perasaan syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayahNya,

akhirnya kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan.

Kesempatan ini, kami ingin melampirkan ucapan terima kasih dan penghargaan

kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini terutamanya

pensyarah pembimbing , Encik Mohd. Nor bin. Jusoh yang telah banyak memberi

segala tunjuk ajar dan dorongan atas segala kekhilafan dalam pemprosesan dan

penyempurnaan tugasan ini. Beliau juga telah memberikan pelbagai perkongsian

maklumat dan rujukan-rujukan lain yang berkaitan.

Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kepada rakan-rakan yang

bekerjasama dalam memperolehi maklumat dan sumber rujukan berkenaan dengan

kerja kursus ini. Tambahan pula,tempoh yang diberikan dalam menyempurnakan

tugasan ini tidaklah terlalu terhad,justeru kami dan rakan-rakan mengambil inisiatif

untuk bersama-sama mencari maklumat seberapa banyak mungkin sebagai

pengisian penting dalam menyempurnakan tugasan ini.

Kami juga merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khususnya

kepada kedua ibubapa kami kerana mereka sentiasa memberikan sokongan moral

sepanjang pemprosesan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini dengan

sebaiknya. Doakan kami supaya dapat memperbaiki setiap kelemahan jika terdapat

sebarang bentuk kekurangan dalam melengkapkan kerja kursus ini supaya kami

dapat melakukan setiap tugasan yang diberi dengan lebih sempurna dan mencapai

kepada tahap yang tertinggi, insyaAllah. Sekian.

1

Page 2: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

1.0 PENGENALAN

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun agung yang telah berjaya

membentuk empayar-empayar yang memenuhi salasilah sejarah dunia. Dunia telah

menyaksikan jatuh bangunnya tamadun-tamadun seperti tamadun Rom, tamadun

Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan tamadun Islam itu sendiri. Dalam

membentuk aksara-aksara sejarah, tamadun Islam ternyata memberikan impak yang

kuat kepada keberadaan tamadun dunia pada zaman sekarang.

Puncak kegemilangan Islam bukan sahaja pada zaman penawanan Baitul

Maqdis oleh Umar al-Khattab mahupun penawanan Kota Konstantinopel oleh Sultan

Muhammad al-Fateh tetapi tamadun Islam turut berdiri megah dengan keagungan

dan perkembangan pesat ilmu pengetahuan umatnya. Umat Islam berbangga

memiliki ilmuwan dan cendikiawan seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam

Maliki, Imam Hanafi, al-Biruni, al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Nafis dan lain-lain lagi

dan bidang perubatan merupakan salah satu bidang kepakaran umat Islam pada

zaman ini.

Bidang perubatan mencapai kemuncak kegemilangannya semasa Empayar

Umayyah yang berpusat di Andalusia. Pada waktu ini, bilangan mereka yang

memohon untuk menjadi doktor sangatlah ramai sehingga mereka terpaksa ditapis

berperingkat-peringkat. Pada zaman inilah nama insan seperti Ibnu Sina, al-Zahrawi

Ibnu Nafis dan Ibnu Quff menjadi sebutan.

Antara tokoh perubatan Islam sepanjang zaman yang sentiasa menjadi

rujukan sehinga kini ialah: al-Razi (854M-925M), Ibnu al-Jazzar (895M-980M), al-

Zahrawi (936M-1013M), Ibnu Sina (980M-1037M), Ibnu Zuhr (1091M-1162M),

Muhazzab ad-Deen al-Baghdadi (1117M-1213M), Ibnu Rushd (1125M-1198M),

Muwaffaq ad-Deen al-Baghdadi (1162M-1231M), al-Dakhwar (1170M-1231M), Ibnu

Abi Usaibiya (1204M-1270M), Ibnu al-Nafis (1210M-1288M) dan Ibnu al-Quff

(1232M-1286M). Mereka ini telah memberi sumbangan yang begitu banyak tidak

kiralah melalui pengajarannya, idea-idea baru juga melalui penulisan buku dan

ensiklopedia perubatan.

2

Page 3: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Penulisan pada kali ini akan memfokuskan kepada pencapaian dan

sumbangan tokoh-tokoh perubatan Islam. Namun, penulisan kali ini tidak akan

membincangkan pencapaian dan sumbangan keseluruhan tokoh-tokoh perubatan

yang telah disebutkan di atas. Perbincangan pada kali ini akan berkisar mengenai

empat orang tokoh yang sememangnya tidak asing lagi iaitu Ibnu Sina, al-Zahrawi,

al-Razi dan juga Ibnu Nafis.

Secara amnya, pencapaian dan sumbangan tokoh akan diinpretasikan

melalui pemahaman dan penilaian dari kaca mata insan yang telah jauh berpisah

zaman dengan insan-insan ini. Melalui buku-buku, jurnal-jurnal, ensiklopedia-

ensiklopedia serta maklumat sesawang internet, perihal tentang para tokoh ini akan

digarap dengan idea-idea yang difahami untuk dipersembahkan dalam sebuah

penulisan yang bertajuk ‘Pencapaian dan SumbanganTokoh Perubatan Islam’ ini.

3

Page 4: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN TOKOH PERUBATAN ISLAM

2.0 IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS (980-1037 Masihi)

2.1Latar Belakang 

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Sina. Beliau dilahirkan di

kampung Afsyara Bukhara, Asia Tengah., Beliau berketurunan Iran dan ayahnya

berasal dari Balkh. Abu Abdullah Natali ialah antara guru beliau dalam bidang ilmu

perubatan. Beliau menjadi doktor perubatan ketika masih berumur 17 tahun dan

beliau dikenali sebagai Avicenna di barat (Daud M. H., 1991)

Beliau mula menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil

bimbingan sahabat karib ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah

berjaya menghafal Al-Quran. Dalam usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan

diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh, usuluddin, tafsir, tassawuf dan

sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya dikuasainya ialah

kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik, fizik,

kimia dan kosmologi.

Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran “Doktor Di-

Raja” setelah beliau berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur di

Bukhara pada tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh

doktor-doktor lain. Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-

Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Sepanjang hidupnya, beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya

dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir

di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hirah bersamaan 1037

Masihi.

4

Page 5: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

2.2 Pencapaian dan Sumbangan Tokoh

Hasil Karya

Ibnu Sina dibenarkan menggunakan perpustakaan di istana selepas berjaya

merawat seorang putera raja iaitu Putera Nuh ibn Mansor. Pada usia 21 tahun,

beliau telah mengeluarkan buku-buku perubatan dan sains. Dipercayai bahawa Ibnu

Sina telah menghasilkan 465 buah buku sepanjang hayatnya.

Antara karya beliau yang terkemuka ialah Canon of Medicine atau dikenali

“Al-Qanun Fi Al-Tibb” yang bermaksud peraturan perubatan diterbitkan di Rom pada

tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan

(Daud M. H., 1991). Buku ini dianggap sebagai “the most famous book ever written

dan a medical bible for a longer period than any other works” (Osler). Buku ini

digunakan dengan meluasnya di serata negara selama 600 tahun dan digunakan

sebagai buku teks bukan sahaja di negara Islam bahkan juga di university negara-

negara Eropah (Darussalam, 2001). Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran

Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke

17 M.

Keistimewaan karya ini ialah tentang ketelitian ilmunya dan susunannya yang

sistematik yang menjadikannya karya perubatan Islam yang paling banyak tersebar

dan amat dalam pengaruhnya di Eropah. Beliau juga menulis buku Al-Urjuzah Fi al-

Tibb (seloka perubatan), iaitu mengumpulkan prinsip-prinsip asas perubatan dalam

bentuk puisi kira-kira sebanyak 1334 baris. (Taha, 1992)

Selain daripada “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Ibnu Sina juga telah menulis satu

karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak

mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta

dengan cara untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.

5

Page 6: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Penemuan-Penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa

penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh

berjangkit (contagious). Dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit

kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam

bidang mengenai kesan akal atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan

gangguan psikologi.

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan

membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu

psikosomatis (psychosomatic medicine). Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis

melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti

ketidakseimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini

masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan

dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika

(1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi

sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung.

Kaedanhya bukan sahaja membilang beberapa denyutan jantung di tempat

yang dirasai, tetapi kualitinya yang pelbagai merangkumi kuat atau

lemah. Denyutan, masa antara denyutan dan kelembapan kandungannya di paras

kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung,

seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh

pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit

mempunyai sakit jiwa akibat dipisahkan daripada kekasihnya, beliau boleh

mendapati nama dan alamat kekasih pesakit. Caranya adalah untuk menyebut

banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan

(pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti ,

seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan,

nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda

6

Page 7: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya ,

menurut peraturan syariah maka buatlah" (Nordin, 1995).

Selain daripada itu, Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat

menerangkan meningitis iaitu penyakit yang melibatkan keradangan pada selaput

otak dan saraf tunjang. Beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku

dan menerangkan penyakit yang menyebabkan demam kuning (jaundice) (Haji

Ahmad Fauzi Haji Morad, 1997).

7

Page 8: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

3.0 AL ZAHRAWI (Albucasis) BAPA PEMBEDAHAN (930-1013 Masihi).

3.1 Latar Belakang

Beliau merupakan salah seorang tokoh yang memperkenalkan teknik

pembedahan yang paling efisyen dan selamat. Beliau turut nemberikan sumbangan

terbesar dalam bidang perubatan apabila beliau memperkenalkan lebih dari 300

jenis alat pembedahan. Terkenal sebagai tokoh dalam bidang pembedahan, teori

beliau dalam bidang ini mendapat pengiktirafan yang tinggi serta dikagumi dalam

kalangan sarjana barat dan dalam masa yang sama, beliau juga merupakan perintis

terhadap perkembangan bidang farmasi.

Nama penuh beliau ialah Abu Al Qasim Khalaf Ibn ‘Abbas Al-Zahrawi. Dalam

kalangan ahli sarjana barat, beliau lebih dikenali dengan nama Albulcasis. Beliau

merupakan seorang tokoh pembedahan dunia Islam yang terkenal (Eugene Khoo &

Mohd Hasrul & K.W. Lee, 2008; Kaadan, 2011; Prof. Dr. Sami Khalaf Kamarneh &

Nazha Tawfiq Hamarneh, 2008). Dalam dunia perubatan Islam, beliau dikenali

dengan panggilan Al Zahrawi. Tahun kelahirannya mempunyai banyak

percanggahan pendapat, antaranya adalah beliau dilahirkan pada tahun 930 Masihi

( Eugene Khoo & Mohd Hasrul & K.W. Lee, 2008) manakala ada pendapat

mengatakan beliau dilahirkan pada tahun 936 Masihi (Kaadan, 2011; Prof. Dr. Sami

Khalaf Kamarneh & Nazha Tawfiq Hamarneh, 2008) di al-Zahrah berdekatan

dengan Cordova iaitu Ibu negara Sepanyol.

Al-Zahrawi bukanlah berbangsa Arab sebaliknya berbangsa Sepanyol. Beliau

hidup pada zaman pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia di bawah pimpinan

Khalifah Abdul ar-Rahman an-Nasir dan pewarisnya dari tahun 328-404

pemerintahan khalifah(ca.). Beliau mendiami al-Zahrah hingga ke akhir hayatnya

sewaktu kejatuhan dan keruntuhan bandar tersebut di bawah serangan orang-orang

gasar. Beliau hidup selama 77 tahun (936-1013M) ( Prof. Dr. Sami Khalaf Hamarneh

& Nazha Tawfiq Hamarneh, 2008).

Di situ, beliau menyiapkan ensiklopedia perubatan agungnya yang bernama

al-Tasrif Uman ‘Ajiza An Al-Taalif. Ensiklopedia ini disiapkan sebelum 400ca./1009M

( Prof. Dr. Sami Khalaf Hamarneh & Nazha Tawfiq Hamarneh, 2008).

8

Page 9: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

3.2 Pencapaian dan Sumbangan Tokoh:

Al-Zahrawi telah mengetengahkan banyak pengetahuan penting tentang

pembedahan antaranya ialah pembedahan biasa, kaedah-kaedah mengeluarkan

pundi kencing, pembedahan mata dan gigi, pemotongan organ dari tubuh badan dan

sebagainya. Beliau juga menulis tentang ginekologi masalah mata dan telinga.

Beliau turut diiktiraf sebagai tokoh perubatan Islam yang paling banyak mencipta da

mengetengahkan alat dan perkakas untuk tujuan pembedahan iaitu sebanyak lebih

kurang 300 jenis alat dan perkakas (Haji Ahmad Fauzi Haji Morad, 1997).

Al-Tasrif Uman ‘Ajiza An Al-Taalif

Medical Vademecum (Daud, 1991) adalah terjemahan kitab al-Tasrif Uman

‘Ajiza An Al-Taalif dalam bahasa Inggeris, Latin dan Yahudi. Al-Tasrif mempunyai 3

bab dan 190 fasal yang mencakupi ruang lingkup perubatan, pergigian dan bidang

farmasi ( Prof. Dr. Sami Khalaf Hamarneh & Nazha Tawfiq Hamarneh, 2008).

Bahagian pertama ialah berkenaan pembekamam (mengeluarkan darah) bagi

penyakit apoplexy (penyakit yang menghilangkan deria disebabkan oleh pecahan

urat darah di otak). Bahagian kedua pula berkenaan dengan pembedahan yang

dibuat dengan pisau belah (scalpel) dan pembedahan mata dan mulut.

Manakala bahagian ketiga pula berkenaan pembedahan bagi pelbagai bentuk

pecah tulang dan terseliuh serta yang berkaitan dengan kelahiran anak. Bahagian

yang terakhir kitab ini membincangkantentang penyakit gigi dan pengubatanya. Ia

telah menjadi asas bagi ilmu pergigian di Eropah (Nordin, 1995). Kitab ini

merupakan peninggalan agung dari Al-Zahrawi yang telah menjadi rujukan besar

dalam kalangan sarjana kedoktoran terutamanya dalam bidang pembedahan. Bab

yang berkenaan dengan pembedahan dalam kitab Al-Tasrif adalah satu tesis

pembedahan ilustrasi yang pertama dalam ilmu perubatan.

Kitab al-Tasrif telah banyak diulang-cetak dan diterjemah ke dalam pelbagai

bahasa. Semasa kejatuhan kota az-Zahra, ibu negara teragung pemerintahan Bani

Umayyah pada 404H/1013M, penerbitan kitab ini hampir-hampir berkubur dengan

kematian al-Zahrawi. Ketika itu, zaman perubatan Islam mula menampakkan sirna

kabus. Hanya selepas kira-kira 270 tahun selepas kematian beliau, barulah dunia

Islam kembali mempunyai tokoh pembedahan seperti beliau iaitu Abu’l-Faraj b.al

9

Page 10: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Quff dengan karyanya al-Umdah ( Prof. Dr. Sami Khalaf Hamarneh & Nazha Tawfiq

Hamarneh, 2008).

Kitab At-Tasrif juga disebut sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang

mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan

pembedahan. Jumlah helaian pula tidak kurang daripada 1500 muka surat. Dalam

bab pembedahan, Al-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik

pembedahan, alat-alat bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib.

Antara teknik pembedahan dan pemeriksaan yang diperkenalkan oleh Al-Zahrawi

ialah:

1.      Teknik pembedahan mata untuk katarak.

2.      Teknik pembedahan hidung dan telinga.

3.      Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.

4.      Teknik rawatan pergigian.

5.      Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.

6.      Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya kanser payudara).

7.      Teknik merawat tulang patah

Kaedah Menghentikan Pendarahan.

Al-Zahrawi telah mngemukakan 3 kaedah berkesan untuk menghentikann

pendarahan terutamanya dan kaedah ini turut mendapat perakuan dari sarjana barat

dan ada yng tetap digunakan sehingga kini. Tiga kaedah tersebut ialah: Kaedah

Ligasi, kaedah kauterisai dan menekan arteri darah (Kaadan, 2011). Al Zahrawi

menggunakan benang sutera untuk tisu yang berselirat (ligation). Manakala untuk

kaedah menekan arteri, al-Zahrawi menggunakan dan memperkenalkan teknik

pengikat di lengan untuk menghentikan pengaliran darah ketika berlakunya

pendarahan yang teruk.

Pembezaan Jenis-jenis Patah Tulang

Beliau membezakan antara jenis-jenis patah tulang iaitu: avultion, tulang

hancur, tulang yang patah yang menembusi membran(patah menembusi luar kulit)

ataupun dipanggil superficial dan patah hairline (Kaadan, 2011). Al-Zaharawi juga

telah berjaya menggambarkan secara terperinci tentang bagaimana untuk

mengubati tulang terseliuh.

10

Page 11: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Memperkenalkan Posisi Pembedahan

Dalam kitab at-Tasrif, al-Zahrawi ada menyebut tentang kedudukan yang

boleh digunakan untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah pernafasan

dan jantung. Dan hari ini ia dikeneli sebagai posisi Trendelenburg kerana

kemudiannya teknik ini diterangkan oleh ahli bedah German, Freidrich

Trendelenburg (1844-1924).

Teknik ini meletakkan kepala pesakit agak rendah dari posisi tubuh dan

sering digunapakai untuk meningggikan ‘venous return’ dalam hipotensi. Posisi ini

dapat menghasilkan pernafasan yang sesuai untuk pembedahan yang mengambil

masa yang ringkas selain ia dapat mengurangkan risiko pendarahan kerana posisi

ini dapat meningkatkan tekanan vena sentralis, tekanan intrakranial dan tekanan

intraokular (USU, 2009).

Hemofilia

Tokoh ini adalah insan yang mempelopori perincian dalam bidang hemofilia.

Beliau adalsh orang pertama yang memperihalkan secara terperinci mengenai

hemofolia. Hemofolia merukan penyakit keturunan yang berpunca daripada

kekurangan faktor pembekuan darah. pesakit lazimnya akan mengalami pendarahan

yang serius apabila terluka (Selangor, 2011).

11

Page 12: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

4.0  AL-RAZI PAKAR FARMASI (854-925 Masihi)

4.1 Latar Belakang

Al-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang terkenal pada Zaman

Pertengahan. Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya tetapi

di kalangan masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama Rhazes. Beliau

yang berbangsa Parsi dilahirkan di al-Razi di bahagian selatan Tehran pada tahun

864 masihi bersamaan 251 hijrah. Nama al-Razi adalah diambil daripada nama

tempat lahirnya itu.

Ketika berumur 30 tahun, beliau berhijrah ke Baghdad untuk menunutut ilmu

di sana. Beliau mempelajari ilmu-ilmu falsafah kemudian mula mempelajari ilmu

perubatan selepas umurnya meningkat 40 tahun. Beliau berguru dengan al- Tabari

Walaupun al-Razi lebih banyak mengkaji tentang ilmu kimia pada masa kecilnya,

tetapi kemudiannya beliau mahir dalam ilmu perubatan sehingga terkenal sebagai

ketua para tabib dan tabib perubatan klinikal yang terkenal.

Beliau terus-menerus menjadi rujukan bagi ilmu perubatan di Eropah

sehingga abad ke-11 hijrah bersamaan 17 masihi. Orang-orang barat mengatakan

bahawa “ilmu perubatan telah berkubur, lalu dihidupkan kembali oleh Jalinus dan

ilmu perubatan itu berselerak, maka al-Razi telah mengumpulkannya”. Al-Razi

menggabungkan di antara pengalamannya dan pembacaan yang luas.

Keistimewaan beliau ialah sifatnya sebagai ahli perubatan yang sentiasa mengkaji

tanda-tanda dan sifat-sifat penyakit. Kemahiran beliau dalam menganalisa dan

tanda-tandanya serta cara rawatannya telah menjadi rujukan ahli perubatan

selapasnya (Taha, 1992).

Al-Razi telah dilantik sebagai ketua di sebuah hospital di al-Razi setelah

kembali dari Baghdad. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pengarah di sebuah

hospital utama di Baghdad semasa pemerintahan Adhud Daulah. Sebaik sahaja

bersara, beliau kembali ke kampungnya di al-Razi di mana beliau telah mengajar

kesihatan di hospital tempatan dan menyambung minatnya dalam bidang penulisan.

Al-Razi akhirnya meninggal dunia pada tahun 930 M.

12

Page 13: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

4.2. Pencapaian dan Sumbangan Tokoh

Hasil Karya

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya

adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan

tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau

hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-

Judari wa al-Hasabah.

Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur dan dikenali

sebagai 'Comprehensive Book' yang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi

dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Buku ini dikarang oleh beliau dalam

jangka masa 15 tahun. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian

mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua

pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah

20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh

doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M

dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M, 1578M dan

1745M di Paris.

Sebuah lagi karya al-Razi yang terbesar ialah Al-Mansuri iaitu kitab perubatan

pertama yang ditulis oleh beliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah di Razi

pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin

pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber Al-Mansoris'. Ia mengandungi

10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan

Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan

nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16. 

Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama

berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin

buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan

diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke

dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di London pada 1848M. Tesis

berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematik yang sulung

13

Page 14: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau telah menyarankan

beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut.

Al-Razi atau Rhazes telah menghasilkan kitab yang berkaitan dengan ruang

(space), waktu (time), gerak (motion), ilmu vitamin (nutrition), perkembangan

(development), pembusukan (putrefaction), iklim (metrology), ilmu mata (optic) dan

alkemi (alchemy) (Daud M. H., 1991).

Al- Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau

menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu

perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau

dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa

Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk

mengubati penyakit kanak-kanak.

Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' atau

dikenali alergi rhinitis dan penyebabnya. Ia adalah sejenis penyakit yang terjadi

ketika sistem kekebalan tubuh bereaksi berlebihan terhadap zat yang telah terhirup

seperti serbuk sari. Penyakit ini menyebabkan bahagian hidung atau mata menjadi

sesak atau gatal.

Al-Razi juga merupakan ahli perubatan pertama yang membezakan antara

cacar dengan campak, menyediakan beberapa jenis ubat daripada tumbuhan dan

tanaman dan merekodkan banyak kes klinik dengan tepat. Beliau membahagikan

ubat kepada tiga kategori iaitu galian (mineral), sayuran (vegetables), dan benda

hayat (biological) serta menjelaskan fungsi-funsinya (Haji Ahmad Fauzi Haji Morad,

1997).

Selain itu, al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol

atau dalam bahasa Arab al-Kuhl yang digunakan untuk tujuan perubatan. Beliau

juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan

opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan

dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi

terhadap kesihatan.

14

Page 15: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana

beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam

pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui

saluran kencing.

Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit

katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan

memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis

pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata.

Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap

keamatan cahaya. Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut

dalam ilmu farmasi:

Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut.

Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat.

Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka

Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau

menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini.

"Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit,

membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau

juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya

membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri". 

15

Page 16: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

5.0 IBNU AL NAFIS (1210-1288 Masihi).

5.1 Latar Belakang

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam

al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir

Bandar Damsyik yang bernama Kersh pada tahun 607H(1210M) semasa

pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi

 Beliau ialah seorang doktor perubatan, pakar anatomi dan fisiologi, pakar

bedah, pakar mata, bukan itu sahaja, belaiu juga mahir dalam ilmu hadis, ilmu fiqh,

ilmu aqidah, ilmu falsafah, sastera dan juga seorang saintis terkemuka pada zaman

itu. Beliau turut menulis mengenai pelbagai bidang seperti psikologi, sosiologi,

astronomi, kosmologi, geologi, tatabahasa Arab dan sejarah. Ketokohannya dalam

bidang perubatan memang tidak dapat disangkal lagi kerana beliaulah yang telah

membuka dimensi baru dengan penemuan beliau yang akan diceritakan sebentar

lagi

Ibn Nafis membesar dan belajar tentang ilmu perubatan di Damsyik. Beliau

belajar ilmu ini di bawah seliaan professor Al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad

Abdul Rahim Ibn Ali Al-Dakhwar di Sekolah Perubatan Bimaristan Al-Nuuri (Abdel-

Halim, 2008). Antara tokoh yang pernah menjadi gurunya ialah Al-Syiekh

Radhiuddin Abu Al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah Al-Rahibi, dan ‘Imran Al-Isra’ili.

Kemudiannya, Beliau berpindah ke Kaherah untuk menyambung pelajaran di Al-

Bimaristan Al-Naseri yang dibina oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Ibn Nafis menjadi

ketua hospital Hospital Al-Mansouri pada tahun 1285M.

Pada hujung usianya, Ibn Nafis telah diserang oleh sejenis penyakit yang

memaksanya menggunakan arak sebagai penawar, namun beliau menolak dengan

mengatakan, "Aku tak ingin bertemu Allah Taala sedang pada tubuhku ada secebis

daripada arak." Setelah enam hari menderitai penyakitnya itu, Beliau kembali ke

rahmatullah pada usia 80 tahun pada tahun 668H bersamaan 1290M (Mesir, 2010)

semasa zaman pemerintahan Sultan Qalawun.

16

Page 17: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

5.2 Pencapaian dan Sumbangan Tokoh

Sistem Peredaran Darah

Insan yang berasal dari Syria ini telah memberikan penjelasan yang betul

buat kali pertamanya bagi sistem peredaran darah melalui rongga-rongga jantung

dan paru-paru. Ini merupakan satu penemuan yang sangat penting dalam ilmu

perubatan. Namun di barat, penemuan tersebut telah dianggap dibuat oleh Michael

Servetus, seorang Portugis dalam abad ke 18M. Tetapi dari kajian ilmiah seterusnya

oleh beberapa orang penyelidik seperti Meyerhof (1835) dan Kahirallah A.A (1936)

telah menafikan pendapat ini.- (Nordin, 1995).

Dalam sejarah silam Mesir kuno, Erasistratus of the Alexandria School (310

S.M – 250 S.M) mempercayai bahawa sistem darah hanya berada pada lapan sisi

peredaran, yang dinamakan salur darah (vein) dan bahagian kanan jantung.

Manakala pada sebelah yang satu lagi yang dinamakan bahagian kiri jantung dan

arteri sepatutnya mengandungi udara sahaja kerana apabila ujian dilakukan

terhadap haiwan, bahagian arteri hanya kosong dan ia dinamakan dengan nama

“arteria”. Kemudian datang Galen (131 M – 210 M) iaitu sarjana perubatan Yunani

yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung

menerusi pergerakan seperti alunan ombak dari kanan jantung ke kiri jantung

melalui satu bukaan di dalam septum jantung, kemudiannya ia bercampur dengan

udara dari paru-paru dan kemudiannya beredar secara teratur ke seluruh tubuh

badan .

Teori ini digunapakai berkurun-kurun lamanya dan tiada sesiapapun yang

berani menyangkal teori ini termasuk Ibn sina sendiri. Namun Ibn Nafis dengan

beraninya menyangkal teori tersebut dengan menyatakan bahawa darah dari ruang

kanan jantung mesti melalui ruang kiri jantung tetapi bukanlah secara terus. Septum

jantung yang tebal tidak mempunyai lubang dan tidak juga mempunyai liang-liang

yng jelas kelihatan ataupun liang yang halimunan seperti teori yang dibawa oleh

Galen. Beliau nmenjelaskan bahawa darah dari ruang kanan jantung akan melalui

vena arteriosa (pulmonary artery) ke jantung, kemudiannya ia melaluinya,

bercampur dengan udara, kemudiannya bergerak melepasi arteria venosa

(pulmonary vein) untuk sampai ke ruang sebelah kiri jantung.

17

Page 18: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah

teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari

jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah

mengasaskan ‘Circularpulmunory System’. Walaubagaimanapun Ibnu al-Nafis tidak

sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang

sama.

Penulisan karya

Ibn Nafis tidak hanya mengeluarkan teori-teori serta mebuktikannya dengan

pemerhatian dan eksperimen tetapi turut menulisnya untuk dijadikan rujukan. Beliau

banyak menulis kitab-kitab dan ensiklopedia perubatan dan Urologi (Abdel-Halim,

2008). Antara karya beliau ialah Kitab al-Syamil Fil-sina al-Tibb (Kitab Menyeluruh

Tentang Seni Perubatan ditulis pada kurun ke 13), Muhazzib fi al-Kohl al-Mujarab

(Kitab Ophthalmologi- berkenaan kajian tentang mata) , al-Mujaz Fi al-Tibb (Contoh-

contoh dalam Perubatan- ringkasan lengkap), Syarah al Qanun Fi al-Tibb (Syarah

Kitab Qanun Fi al-Tibb Ibn Sina), Syarah Tashrih al-Qanun (Kritikan terhadap

anatomu dalam Kita Qanun Fi al-Tibb) (Abdel-Halim, 2008), al-Mukhtasar min al-

Aghdiyah (diet pemakanan sihat) (Haji Ahmad Fauzi Haji Morad, 1997), Risalah Fi

Manafi' all-A'da (Anon, 2009).

Kitab al-Mujaz Fi al-Tibb (Contoh-Contoh Dalam Perubatan) merupakan kitab

terbaik yang pernah pernah dikarang oleh Ibn Nafis. Ibn Nafis telah mengelaskan

ilmu perubatannya dan menulis secara sistematik, teratur, mudah difahami, ringkas

tetapi padat dan tepat serta terus kepada apa yang ingin disampaikan. Ini

merupakan salah satu ciri penting dari buku teks perubatan Islam dari segi

kejernihan isinya berbanding penulisan buku-buku perubatan kuno. (Abdel-Halim,

2008). Nama kitab al-Mujaz bukannlah diberi oleh Ibn Nafis sendiri tetapi diberi oleh

sarjana-sarjana perubatan yang mengkaji karya beliau selepas kematian beliau.

Kitab al-Syamil Fil-sina al-Tibb pula merupakan karya perubatan yang

terbanyak yang pernah dihasilkan oleh Ibn Nafis. Memetik penulisan Rabie E. Abdel

Halim dalam penulisannya yang bertajuk Contributions of Ibn Al-Nafis (1210-1288

AD) to the Progress of Medicine and Urology beliau menulis, “menurut ahli

sejarah kurun ke 13 hingga kurun 14 al-Zahabi (1274-1348), setelah meneliti isi

kandungannya (merujuk daftar isi kitab al-Syamil Fil-sina al-Tibb), kitab tersebut

18

Page 19: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

mempunyai 300 jilid. Walaubagaimanapun, Ibn Nafis hanya menulis sebanyak 80

jilid semasa hayatnya. Sehingga sekarang, hanya 28 jilid yang boleh ditemui dan

telah disunting dan diterbitkan oleh Ziedan. Kitab al-Syamil merupakan ensiklopedia

saintifik ke enam yang ditulis oleh seorang penulis sahaja.

Jadual 2 – Ensiklopedia Perubatan yang Mendahului al-Syamil yang Ditulis

Oleh Ibn Nafis.

Sarjana Kurun (Masihi) Ensiklopedia

Al-Razi (Razes) 9-10 Al-Hawi*

Ali Ibn al-Abbas 9-10 Kamil Al-Sinaa*

Al-Zahrawi (Albucasis) 10-11 Al-Tasrif*

Ibn Sina (Avicenna) 10-11 Al-Qanun*

Ibn Zuhr (Avenzoar)

Ibn Rushd (Averoes)11-12

Al-Taiseer dan

Al-Kulliyyat#

Al-Baghdadi

Muhazzab al-Din12-13 Al-Mukhtar Fi Al-Tibb*

Ibn Nafis 13Al-Syamil Fi Al-Sina

Al-Tibb*

*ditulis oleh seorang penulis, # ditulis oleh penulis bersama.

Accordingly, in his books Sharh Tashreeh Al-Qanun, Risalat al-Aadaa and Al-

Risalah Al-Kameleyyah, we find the first description of the coronary vessels and the

true concept of the blood supply of the heart as well as the correct description of the

pulmonary circulation and the beginnings of the proper understanding of the

systemic circulation. Those discoveries of Ibn Al-Nafis, translated to Latin by

Andreas Alpagus (printed in Venice in 1547), appeared, 6 years later, in the

Christianismi Restituto of Servetus and, in 1555, in the De Fabrica Humani Corporis

of Vesalius (2nd edition) then in the works of Valvarde (1554), Columbus (1559),

Cesalpino (1571), and finally Harvey in 1628 (Abdel-Halim, 2008)

19

Page 20: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

Pembetulan Otot Pergerakan Mata

Sebagai seorang pakar mata, beliau juga insan pertama yang membetulkan

pendapat asal yang mendakwa otot pergerakan mata daripada tiga kepada enam

otot. Beliau turut mendahului Bartolomeo Eustachi (1514 - 1574) dengan menemui

arteri koronari yang membekalkan nutrisi kepada otot-otot jantung (Mesir, 2010).

Pembinaan Hospital

 

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan

oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau

menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-

bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik

khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital.

Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan ‘al-

Mansouri’.

Konsep ini memerlukan setiap doktor yang mempunyai kepakaran dalam

bidang khusus seperti kepala dan pembedahan, memberi pelajaran kepada siswa

dan doktor-doktor serta mengadakan ujian dan menganugerahkan kertas syahadah.

Semua doktor perlu lulus ujian mereka sebelum dibenarkan menjalankan

pekerjaannya oleh pihak pemerintah (Nordin, 1995).

20

Page 21: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

PENUTUP

Konklusinya, jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pada

zaman keemasan duhulu telah mencapai satu tahap yang amat mengkagumkan

dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun

dan generasi kini di seluruh dunia.

Kelebihan ahli-ahli perubatan Islam tidak hanya tertumpu dalam bidang

perubatan sahaja malah mereka turut menceburi bidang falsafah. contohnya Ibnu

Sina yang telah menulis buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan

falsafah. Beliau dianggap orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah

dan sains dalam Islam. Lebih utama lagi, mereka merupakan ulama’ yang

menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti feqah dan tasawuf. Penguasaan dalam

pelbagai bidang ilmu itu menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh.

Mereka tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan

tertinggi dalam bidang yang diceburi.

Di samping tokoh-tokoh perubatan yang dihuraikan kehidupan dan

pencapaian mereka di atas, terdapat ramai lagi tokoh perubatan Islam yang

dilahirkan oleh tamadun dan dunia Islam. Di antara mereka termasuklah Abu Yusuf

Ishak bin Kindi yang merupakan tokoh opyik yang handal, Ibnu Rushd yang terkenal

dengan buku Al-Kuliyah, Ibnu Al-Quff yang menyerlah dalam bidang perubatan dan

pembedahan melalui bukunya Al Umdah Fi Sinaat Al-Juraah, dan Ibnu Khatimah

yang telah mengarang buku tentang wabak hawar.

Nyatalah bahawa tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang bukan

terlalu banyak dalam bidang perubatan. Tokoh- tokoh perubatan Islam dan hasil

karya mereka bukan hanya terkenal malah amat berpengaruh dan menjadi rujukan

utama dalam dunia perubatan di dunia. Ianya tetap menjadi sejarah penting dalam

bidang perubatan sampai bila-bila.

21

Page 22: Pencapaian dan sumbangan tokoh perubatan

BIBILIOGRAFI

Buku

Abdul Rahman Nawas, N. M. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Darussalam, G. (2001). Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Piblications & Distributors.

Daud, M. H. (1991). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Daud, M. H. (1991). Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Haji Ahmad Fauzi Haji Morad, A. T. (1997). Tamadun Islam. Universiti Putra Malaysia.

Nordin, S. (1995). Sains Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, A. H. (2010). Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Puchong: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.

Taha, A. (1992). Kedoktoran Islam. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaran Kerja

Eugene Khoo & Mohd Hasrul & K.W. Lee. (2008). Sumbangan Tokoh-tokoh Perubatan Islam.

Prof. Dr. Sami Khalaf Hamarneh & Nazha Tawfiq Hamarneh. (2008). The Physician-Surgeon and The Natural Origins and manufacture of Drug.

Abdel-Halim, R. E. (2008). Contribution of Ibn Al-Nafis (1210-1288AD) to the Progress of Medicine Urology. Saudi Medical Jaournal , Vol. 29 (1).

Kaadan, A. N. (2011). Some Arab and Muslim Physicians Achievements Attributed to Western Physicians. Allepo, Syria: Allepo University.

Laman Web

Anon. (2009, Julai 24). Sumbangan Islam Dalam Bidang Perubatan. Retrieved 2011, from Tamadun Islam dan Tamadun Asia: http://titas-haba.blogspot.com

Mesir, I. (2010). Ibn Al-Nafis: Muslim cemerlang dan kreatif. Retrieved 2011, from Isma Mesir: http://ismamesir.com

Selangor, J. I. (2011, Februari 8). Al-Zahrawi: Pakar Bedah dari Cardoba. Retrieved 2011, from Jejak Ilmuwan Selangor: http://jejakilmuwan.com

USU, D. A. (2009, May 22). Posisi (Kedudukan) dan Risiko-risiko yang Terkait. Retrieved 2011, from Departemen Anestesiologi dan Reanimasi FK USU: http://anastesi.usu.ac.id

22