penanaman kangkung
TRANSCRIPT
PENANAMAN KANGKUNG
PENGENALAN Kangkung (water convolvulus) -
tanaman sayuran jenis daun yang digemari di Malaysia.
Famili – Convolvulaceae
Tumbuhan herbaceous yang cepat tumbuh dan matang
Dua jenis kangkung :
Kangkung tanah/ darat (Ipomoea reptans Poir) : Tumbuh di atas tanah atau batas yang
mempunyai batang yang tegak ke atas dan daun panjang menirus.
Kebiasaanya ditanam secara komersial.
Kangkung air (Ipomoea aquatic Forsk) : Tumbuh di persekitaran berair seperti di
kolam-kolam, parit atau tali air. Pertumbuhan secara menjalar dengan daun
berbentuk bujur.
Kangkung Darat Kangkung Air
KOMPOSISI ZAT MAKANANNutrien Komposisi bagi setiap 100 g bahagian
yang boleh dimakanProteinKarbohidratLemakSerabutKalsiumBesiFosforusKaliumNatriumBeta –KarotenVitamin B1Vitamin B2NiacinVitamin C
3.1 g3.6 g0.2 g1.0 g
88.0 mg5.2 mg9.0 mg
78.0 mg65.0 mg
4,760.0 mg0.1 mg0.6 mg0.6 mg
48.5 mg
BOTANI TANAMAN
Kangkung merupakan tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Batang – Licin bersegi, sedikit cabang dan berwarna hijau atau ungu
Daun– Berbentuk hati atau panjang menirus. Berwarna hijau
Bunga – Hermafrodit dengan lima sepal dan petal, berwarna putih dan ungu di bahagian tengah kelopak
Benih – Berwarna coklat kehitaman serta berbentuk bulat
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
FAKTOR IKLIM Sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai
suhu di antara 23oC hingga 35oC dengan kelembapan yang tinggi.
Hujan yang terlalu lebat akan menjejaskan kualiti kangkung kerana kesan impak air hujan ke atas daun.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
FAKTOR TANAH Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutama
tanah gembur, tanah lempung (liat) ringan dan tanah lempung (liat) berpasir.
Kemasaman (pH) tanah yang sesuai ialah di antara 5.5 – 6.5. Kadar Ground Magnesium Limestone (GML) yang disyorkan adalah seperti berikut :
Tanah mineral : 3 - 6 tan/hektar GML (jika pH rendah dari 5)
Tanah gambut : 3 – 5 tan/hektar GML
SIFAT TANAH
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Kangkung darat (Ipomoea reptans Poir) Kriteria yang berbeza pada aspek bentuk
daun, saiz batang dan ketinggian pokok. Antaranya –Kangkung Siam (S141),
Kangkung Daun Lebar (K25) dan Kangkung Daun Buluh.
Kangkung Siam adalah jenis yang paling popular di kalangan penanam sayur tempatan.
Kangkung air (Ipomea aquatic Forsk) Kriteria utama – bentuk daun yang lebar,
berwarna hijau tua dan tumbuh secara menjalar.
Batangnya berwarna hijau muda hingga ke ungu
Tiada terdapat kultivar tertentu bagi kangkung air.
PENANAMAN KANGKUNG
PENYEDIAAN TANAH
Proses pengapuran perlu dilakukan untuk kawasan baru. Kadarnya berpandukan pada pH tanah.
Anggaran keperluan kapur adalah seperti berikut
Tanah mineral 3-6 tan/hektar Tanah gambut 3-5 tan/hektar Tanah pasir (bris/ bekas lombong) 1-3
tan/hektar
Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm.
Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.
Alur dibuat merintangi batas dengan jarak 20cm dan sedalam 3 cm untuk menabur benih.
KEPERLUAN BENIH
Kebanyakan kangkung adalah jenis hybrid F1 dan diimport dari luar negara.
Sebanyak 30 kg biji benih diperlukan untuk sehektar tanah atau 40-45 g bagi batas bersaiz 1.2m lebar, 20-30 cm tinggi dan 7.5 m panjang
MENANAM
Biji benih perlu dirawat dengan racun kukat thiram pada kadar 3g/kg biji benih
Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas.
Sebanyak 46 g biji benih sebatas (30 kg biji benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur.
Sungkupan dilakukan
PENJARANGAN
Selepas 10 – 14 hari,
Penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAAN
Kangkung merupakan sayuran jenis jangka pendek.
Memerlukan baja secukupnya serta masa yang tepat untuk memperoleh hasil yang tinggi
Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.
PEMBAJAAN Pembajaan yang disyorkan:
Bil Pusingan Masa
Jenis baja Kadar/ batas (7.5m
x 1.2m)
Kadar/hektar
1. Sebelum menanam
Baja Organik 6 kg 4 tan
2. Minggu ke2 NPK 15:15:15
0.4 kg 0.25 tan
3. Minggu ke3 NPK 15:15:15
0.5 kg 0.25 tan
PENGAIRAN
Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.
Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas,
Secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
Kuantiti air diperlukan bergantung kepada jenis tanah, umur pokok, dan keadaan cuaca.
Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan air harian bergantung kepada kadar penyejatan iaitu 10-15 mm/hari.
KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT
Dianggarkan sejumlah 30% hasil sayur-saluran dimusnahkan oleh serangga perosak.
Cuaca panas dan lembab serta pengudaraan yang tidak mencukupi menjadikan keadaan sesuai untuk pembiakan serangga perosak serta pertumbuhan kulat dan bakteria
Jenis Serangga / Kulat
Bahagian diserang
Syor kawalan
1. Serangga Kepinding mictis(Mictis Longicornis
Westw.)2. Penyakit Karat Putih(Albugo- ipomoe
aquatic)
Menghisap cairan pokok dan menyebabkan pokok layu
Terdapat bintik putih di permukaan bawah daun
Jika perlu gune racun seperti dimethoate dan cypermethrin.
Musnahkan serangga dan pokok yang diserang.Jika perlu, gunakan racun seperti mancozeb atau benomyl dan amalkan giliran tanaman
KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok.
Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.
Gunakan alat penyembur bertudung ketika menyembur bagi mengelakkan semburan terkena tanaman.
TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL
Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.
Racun perosak
Tempoh sebelum
kutip hasil (hari)
Cara bertindak
DimethoateCypermethrinBenomylMancozeb
73
1414
Sistemik, kontak, racun perutKontak, racun perut
Sistemik, pemulihan, pelindungPelindung
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Nitrogen (N) Keseluruhan pokok kuning, batang kurus
dan pokok terbantut. Fosforus (P)
Pokok terencat. Daun kurang serta kecil dan warna masih hijau.
Kalium (K)Tanda kekuningan bermula di bahagian
bawah daun hingga keseluruhan daun dan menjadi kering dan gugur.
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Magnesium (mg)Tanda kekuningan bermula di bahagian
bawah tepi daun hingga keseluruhan (berklorosis). Daun menjadi kering dan gugur.
Kalsium (Ca)Pucuk terbantut dan mati.
Sulfur (S)Keseluruhan duan menjadi hijau muda atau
hijau kekuningan. Tanda bermula dari daun muda.
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Kuprum (Cu)Pertumbuhan daun muda terencat dan
berklorosis hingga menjadi nektrosis. Zink (Zn)
Kesan klorosis antara urat daun hingga menjadi nekrosis. Daun baru menjadi semakin kecil.
Molibdenum (Mo)Daun tua bernekrosis serta tepi daun
bernekrosis.
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Ferum (Fe)Kekuningan atau keputihan diantara urat
daun muda dan simptom tersebut akan merebak ke urat daun serta daun tua.
Mangan (Mn)Bintik kuning halus antara urat daun muda.
Jika teruk daun muda bernekrosis mengakibatkan mati rosot pada pucuk.
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Boron (B)Bintik kuning halus antara urat daun
muda. Jika teruk daun muda bernekrosis mengakibatkan mati rosot pada pucuk.
PEMUNGUTAN HASIL Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari
selepas ditanam.
Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.
Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/hektar.
Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/hektar.
RUJUKAN Jabatan Pertanian (1982), Kangkung, Bingkisan
Pertanian Bil 46 Jabatan Pertanian Negeri Perak (1994), Panduan
Pengeluaran Tanaman jangka Pendek. Panduan Pengurusan Ladang UPLPK
Jabatan Pertanian (1994-1988), Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
Mardi (1990), Panduuan Pengeluaran Sayur-sayuran Sahadevean, N. (1987). Green Fingers. Sahadevean
Publications Sdn. Bhd. Vimala, P. dan Chan S.K (1990) Tanah dan Pembajaan.
Panduan pengeluaran Sayur-sayuran, MARDI. Wong I.F.T (1986). Soil-Crop Suitability Classification for
Peninsular Malaysia, Kuala Lupmpur, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia