pemikiran tidak rasional - careercounselling4u.uitm.edu.my · penulis: encik rosdi ali k.b.,p.a....
TRANSCRIPT
Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355442630 Faks : 0355443493
https://careercounselling4u.uitm.edu.my https://counselling2u.uitm.edu.my https://www.facebook.com/PKKUiTM/ Editor: Pn Siti Nuraini Amran K.B.,P.A.
SALAM KAUNSELOR BIL. 3 (2018)
PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL Penulis: Encik Rosdi Ali K.B.,P.A.
Pernah atau tidak kita bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran yang tidak rasional? Dalam bahasa
mudah, ia bertentangan dengan pemikiran yang rasional. Manusia seringkali menafikan apabila orang lain
menyatakan bahawa dia mempunyai pemikiran yang tidak rasional atau negatif. Hal ini disebabkan oleh persepsi
atau pengetahuan tentang pemikiran tidak rasional hanya berdasarkan jangkaan sahaja. Berikut disenaraikan 12
pemikiran yang tidak rasional seperti yang dinyatakan oleh Albert Ellis dalam Theory of Rational Emotive Behavior
Therapy (REBT) pada tahun 1977. Cuba anda renungkan sejenak, adakah anda sedang mengalami
pemikiran-pemikiran yang dinyatakan di bawah ini. Jika anda mempunyai satu atau lebih pemikiran ini sehingga
menjejaskan kehidupan seharian, sila dapatkan khidmat nasihat mereka yang profesional bagi membantu anda
menyelesaikan masalah berkenaan. Ini kerana pemikiran yang rasional, akan menzahirkan emosi dan tindakan yang
positif.
1. Saya mesti diterima oleh orang yang rapat atau orang yang signifikan dalam hidup saya kerana ia sangat
penting bagi saya.
2. Saya mesti disayangi oleh keluarga, kekasih atau sesiapa sahaja yang penting dalam hidup saya kerana ia
merupakan perkara penting bagi diri saya.
3. Saya percaya bahawa semua masalah pasti ada jawapannya dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti
saya tidak bagus dan tidak berguna.
4. Saya mesti mendapatkan apa yang saya harapkan, mahukan dan jangkakan dan jika saya gagal mendapatkannya
ia adalah suatu keadaan yang sangat mengecewakan dan teruk.
5. Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya dan saya bertanggungjawab ke atasnya.
6. Lari daripada masalah adalah lebih baik daripada menghadapi masalah tersebut.
7. Saya hanya bagus dan berguna jika saya tidak mempamerkan kekurangan saya. ika saya mempamerkan
kekurangan diri, saya adalah tidak bagus, teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak akan menerima
saya.
8. Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan melampau mestilah dipersalahkan dan diambil tindakan.
9. Saya mesti bergantung kepada orang lain dalam meneruskan kehidupan saya.
10. Saya mesti sentiasa beringat tentang bahaya yang mungkin berlaku.
11. Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi zaman lampau telah mencorakkan diri saya pada hari ini.
12. Kebahagiaan saya berpunca daripada orang lain atau di luar kawalan diri saya dan saya tidak berkuasa untuk
Berubah Daripada Pemikiran Tidak Rasional Kepada Pemikiran Yang Lebih Rasional
Rujukan: Corey, G. (2005). Student Manual Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California: Brooks/Cole publishers. Ellis, A., & Harper, R. (1997). Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California: Thomson Brooks/Cole. Melati Sumari et al. (2014). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
KEKUATAN BOLEH JADI KELEMAHAN,
KELEMAHAN BOLEH JADI KEKUATAN...
Encik Rosdi Ali K.B.,P.A. Pegawai Psikologi Kanan
UiTM Shah Alam
1. PERTIKAIKAN LOGIK INDIVIDU
Logik yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah suatu keadaan yang menjadi kebiasaan pada seseorang individu.
Sebagai contoh, apabila seseorang individu tidak mahu menyuarakan pendapat ketika berada dalam sesuatu
mesyuarat. Individu itu tidak semestinya tidak mahu menyatakan pendapatnya tetapi mungkin terdapat faktor lain
yang menghalangnya daripada meneruskan tindakannya untuk terus bersuara.
2. PERTIKAI KEPERCAYAAN INDIVIDU MENGGUNAKAN BUKTI
Kepercayaan tidak rasional seseorang individu boleh dipertikai dengan cara mengemukakan bukti. Sebagai contoh,
apabila berhadapan dengan individu yang kemurungan setelah melalui episod kegagalan dalam kehidupannya.
Individu ini boleh dijelaskan dan diingatkan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai sebelum ini sebagai
bukti kepadanya bahawa kegagalan sekali bukanlah bererti gagal untuk selamanya.
3. PERTIKAIKAN FUNGSI INDIVIDU
Kepercayaan tidak rasional seseorang individu juga boleh dipertikai dengan cara memberi perhatian kepada kesan
yang akan dialami oleh individu apabila mereka mengamalkan kepercayaan tersebut. Dalam hal ini, seseorang
individu boleh dibimbing dengan memikirkan bahawa keadaan itukah yang diinginkan terjadi kepada dirinya.
4. MEMBENTANGKAN RASIONAL
Dalam cara ini, seseorang individu dibentangkan dengan rasional kepercayaan lain bagi menggantikan kepercayaan
tidak rasional yang sedang dialami. Cara ini boleh membantu individu menukar kepercayaan tidak rasional kepada
kepercayaan yang lebih rasional. Contohnya “Saya tidak boleh berubah, lebih-lebih lagi zaman lampau telah
mencorakkan diri saya pada hari ini”. Kepercayaan yang lebih rasional adalah “ Saya boleh memulakan langkah
pertama untuk perubahan diri sendiri”