pemikiran daripada perspektif islam

48
pPP4023 Pemikiran Kritis Dan Kreatif BAB 3 PEMIKIRAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Upload: mazmon-mahmud

Post on 27-May-2015

10.380 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran daripada perspektif islam

pPP4023Pemikiran Kritis Dan

Kreatif

BAB 3PEMIKIRAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Page 2: Pemikiran daripada perspektif islam

AHLI KUMPULAN Nur Faizah Binti Mohamed Eran L20112008685

Rose Azureen Binti Shuib L20112008688

Norhasnini Binti Jamalludin L20112008690

Siti Zunairah Binti Baharol L20112008682

Sharmiza Binti Saharim L20112008687

Page 3: Pemikiran daripada perspektif islam

KEMULIAAN AKAL

AKAL

ANUGERAH DARI ALLAH

MARTABAT YANG

TINGGIMEMIKUL AMANAH SEBAGAI

KAHLIFAH

mengkaji, mencari ilmu

dan mengukuhkan

keimanan kepada Allah

Page 4: Pemikiran daripada perspektif islam

PENGERTIAN AKAL Menurut kamus dewan, akal bermaksud

segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia

Menurut pendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab, akal membawa pengertian kepintaran.

Menurut al-Muhasabi, akal ialah al-Gharizah, iaitu sesuatu sifat semula jadi manusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu isu.

Page 5: Pemikiran daripada perspektif islam

Pendapat imam ghazali terhadap akal

Akal ialah sesuatu sifat yang boleh membezakan diantara manusia dengan haiwan dan makhluk lain.

Akal ialah segala ilmu dan pengetahuan yang dapat mempastikan sesuatu kemungkinan terhadap perkara-perkara yang mungkin dan kemustahilan terhadap perkara yang berbentuk mustahil.

Akal ialah segala ilmuan dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia melalui pengalaman-pengalaman yang lalu dan apa yang dialaminya

Akal ialah sesuatu yang mempunyai kekuatan atau sesuatu kekuatan yang diperolehi atau dicapai ekoran perkembangan daripada kemuncak naluri tersebut

Page 6: Pemikiran daripada perspektif islam

Keistimewaan akal

• Penentu utama kepada kebahagiaan dan kesengsaraan.

• Berupaya mencari petunjuk kepada kebenaran dan meninggalkan segala larangan.

• Akal sebagai tempat bergantungnya hukum.• Dapat meningkatkan pencapaian manusia.• Manusia dapat mengenali dan mengakui

kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.• Menjadikan manusia yang bertaqwa dan

beiman.

Page 7: Pemikiran daripada perspektif islam

KEPENTINGAN BERFIKIRIslam menjadikan perbuatan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua umat manusia

Dengan berfikir, manusia berupaya mencapai tujuan asal kejadiannya – mengabdikan diri kepada Allah SWT.Berfikir merupakan satu ibadah tertinggi kerana dengan adanya akal fikiran yang waras, manusia berupaya menjalankan ibadah-ibadah lain dengan sempurna.Contoh : Menunaikan Rukun Islam

Page 8: Pemikiran daripada perspektif islam

Allah secara jelas mengangkat martabat manusia yang

menggunakan akal fikiran & merendahkan darjat manusia

yang gagal menggunakan akal fikirannya melalui firmannya

dalam surah al-Anfal ayat 22 yang bermaksud

Page 9: Pemikiran daripada perspektif islam

“ Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk melata di sisi Allah ialah mereka (manusia) yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya” surah al-Anfal ayat 22

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga:-• melata : taraf terbawah, daif, hina• tuli : tidak dapat mendengar : tidak mempedulikan sesuatu apa pun

Page 10: Pemikiran daripada perspektif islam

Manusia

berupaya

menambah

keyakinan &

keimanan

kepada Allah SWT

Dengan melihat kejadian

alam yang hebat,

pemikiran manusia

akan teringat &

menghubungkaitkan dengan

Yang Maha Pencipta

Ingatan yang

berterusan akan

mendorong manusia

melakukan perkara-perkara

yang makruf dan menghindari perkara-

perkara mungkar.

Hal ini selaras dengan

firman Allah dalam surah

Ali-Imran ayat 191

Page 11: Pemikiran daripada perspektif islam

“ Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka”. Surah Ali-Imran ayat 191

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga:- Kebatilan : perihal tidak benar

Page 12: Pemikiran daripada perspektif islam

Peranan akal berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

Page 13: Pemikiran daripada perspektif islam

PEMIKIRAN ISLAM

Page 14: Pemikiran daripada perspektif islam

PEMIKIRAN ISLAM VS PEMIKIRAN SEKULAR (BARAT)

PEMIKIRAN ISLAMCara berfikir dalam islam berteraskan kepada penjelasan wahyu (berpandukan al-

Quran dan hadis)PEMIKIRAN SEKULAR (BARAT)

Wujud hasil daripada kegeniusan akal fikiran manusia semata-mata

Page 15: Pemikiran daripada perspektif islam

PEMIKIRAN ISLAM

• Meskipun pemikiran Islam berasal daripada wahyu yang turun daripada langit, itu bukanlah bermaksud ia semata-mata tentang urusan ukhrawi (akhirat).

• Intipati wahyu dalam al-Quran dan hadis sebenarnya berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia disamping mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.

Page 16: Pemikiran daripada perspektif islam

2 Kaedah utama dalam Pemikiran Islam

KAEDAH

NAQLIAHKaedah berfikir

bersumberkan wahyu

AQLIAHPemikiran

berteraskan wahyu

dengan akal sebagai

pembantu.

Page 17: Pemikiran daripada perspektif islam

KAEDAH NAQLIAH

FAKTA DAN HUKUM- Fakta boleh terdiri daripada benda atau perbuatan- Jika fakta adalah benda, 2 hukum mendasarinya iaitu

samada halal atau haram.- Contoh : Buah-buahan (halal), Arak (haram).- Dalil daripada al-Quran dan hadis akan diambil bagi

menjelaskan hukum ke atas fakta di atas.- Jika fakta adalah perbuatan pula, maka ia tertakluk

kepada lima hukum utama iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Page 18: Pemikiran daripada perspektif islam

Makanan yang haram dimakan

• Bangkai• Darah yang mengalir• Daging babi• Sembelihan dengan selain nama Allah• Sembelihan yang diperuntukkan selain Allah• Haiwan yang diterkam binatang buas lainnya

Page 19: Pemikiran daripada perspektif islam

Contoh perbuatan dan hukum

HUKUM PERBUATAN

WAJIB Berpuasa di bulan Ramadhan, Solat Fardhu

SUNAT Bersedekah, Membaca al-Quran

HARUS Makan, minum, memasak

MAKRUH Bersembang di laman chat, makan minum sambil berdiri

HARAM Berzina, Mencuri

Page 20: Pemikiran daripada perspektif islam

KAEDAH NAQLIAH

NAQLIAH FAKTA

BENDA

PERBUATAN

2 HUKUM

5 HUKUM

HALAL

HARAM

WAJIB

SUNAT

HARUS

HARAM

MAKRUH

Page 21: Pemikiran daripada perspektif islam

KAEDAH AKLIAH

AKLIAH

4. Pemikiran akliah turut

digunakan untuk memberikan

justifikasi terhadap

sesuatu syariat Allah SWT

3. Ketajaman akal manusia

diperlukan untuk

menterjemahkan hukum

kerana tidak semua hukum datang dalam bahasa yang

jelas.

1. Merujuk kepada

pemikiran yang

berteraskan wahyu dengan

akal sebagai pembantu

2. Akal berfungsi sebagai alat untuk memahami wahyu

Allah SWT yang disampaikan menerusi

al-Quran dan hadis.

Page 22: Pemikiran daripada perspektif islam

Kesimpulan Pemikiran Islam

• Secara konklusinya, jelas di sini bahawa pemikiran islam sangat mengutamakan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum dan pedoman kehidupan.

• Namun begitu, penggunaan akal fikiran turut diperlukan terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan nyata tentang kedudukan hukumnya, dan untuk mendalami ilmu al-Quran dan hadis yang akhirnya boleh membawa manusia ke arah keimanan yang lebih mantap.

Page 23: Pemikiran daripada perspektif islam

Pemikiran Ibnu Khaldun

Page 24: Pemikiran daripada perspektif islam

Biodata

• Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin Al-Hassan atau dikenali sebagai Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan tahun 732 Hijrah(17 Mei 1332 M)

• Berketurunan Arab• Mendapat pendidikan daripada ayahnya dalam

pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, Hadis perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik

• Meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun 808 Hijrah(Mac 1406 Masihi) di Mesir.

Page 25: Pemikiran daripada perspektif islam

Teori Epistemologi Ibnu Khaldun• Dalam bukunya al-Muqaddimah, Ibnu Khaldun menjelaskan

manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan mereka berfikir untuk mengatur dan mengolah sumber alam bagi memenuhi keperluan manusia

• Menurut Ibnu Khaldun, ilmu yang wujud dalam diri manusia mempunyai dua sumber, iaitu akal dan wahyu.

• Keupayaan akal jugalah yang membezakan manusia

dengan makhluk lain

• Berbekalkan ilmu pengetahuan juga, darjat manusia berupaya ditingkatkan untuk menjadi semakin hampir dengan Tuhan.

• Ibnu Khaldun menyatakan bahawa hidupnya manusia kerana ilmu pengetahuan, dan gelapnya hati manusia adalah kerana miskinnya ilmu pengetahuan.

Page 26: Pemikiran daripada perspektif islam

Ilmu pengetahuan dikelaskan kepada dua jenis :

Ilmu-ilmu Tradisional (al-Ulum al-Naqliyyah al-Wadiyyah)

• Ilmu yang didapati melalui rasul Allah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah

• Ilmu Tafsir yang menjelaskan lafaz-lafaz al-Quran• • Ilmu Qiraah yang menyatakan bacaan al-Quran

• Ulum Hadith yang menjelaskan sanad dan perkhabaran perawi-perawi tentang Sunnah Rasulullah

Page 27: Pemikiran daripada perspektif islam

• Ilmu Fiqh yang merupakan hukum yang diperolehi daripada perbuatan manusia

• Ilmu Kalam yang membahaskan aqidah keimanan dan hujah-hujahnya

• Ilmu Bahasa yang meliputi lughah, nahu, bayan dan adab. Jelasnya, semua ilmu ini adalah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah

• Menurut Ibnu Khaldun ilmu dalam kategori ini merupakan ilmu yang perlu dipelajari kerana faedah dari ilmu itu sendiri.

Page 28: Pemikiran daripada perspektif islam

Ilmu-ilmu Falsafah/Rasional Akal (al-Ulum` al Hikmiyyah al-

Falsafiyyah)

• Ilmu Matematik yang menjelaskan sukatan dan ukuran

• Ilmu Handasah (Geometri) yang membahaskan persoalan ukuran dan timbangan

• Ilmu Hay’ah (Astronomi) yang melihat kepada pergerakan cakerawala

Page 29: Pemikiran daripada perspektif islam

• Ilmu Mantik yang menyatakan cara menjaga akal dari kesalahan

• Ilmu Tabii (Nature) yang mengkaji hal jisim dan persoalan-persoalan fizik

• Ilmu Ilahiyyat (Metafizik) yang membahaskan persoalan ketuhanan

• Ilmu-ilmu ini merujuk kepada ilmu sokongan yang perlu dipelajari bagi membolehkan seseorang untuk menguasai ilmu dari golongan yang pertama

Page 30: Pemikiran daripada perspektif islam

Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan penting bagi memenuhi 6 tujuan

utama

• Keagamaan• Akhlak• Kemasyarakatan• Pekerjaan• Pemikiran• Kesenian

Page 31: Pemikiran daripada perspektif islam

Beberapa prinsip asas yang perlu dipatuhi oleh pendidik dalam menyampaikan ilmu

• Ilmu yang disampaikan sesuai dengan usia pelajar dan kemampuan akal pelajar

• Pendidikan dilakukan secara bertahap dan melibatkan pengulangan

• Menggunakan satu buku untuk satu tajuk pada satu masa

• Setiap sesi pembelajaran boleh diselangi dengan masa rehat

• Melaksanakan kaedah berdialog atau berdiskusi

Page 32: Pemikiran daripada perspektif islam

2 Metod Pengajaran mengikut perspektif Ibnu Khaldun:

Metod bertahap dan pengulangan

• Melibatkan 2 tahap:

a)tahap pertama: guru menyampaikan ilmu secara ringkas dan melihat kemampuan pelajar

b)tahap kedua: guru akan menerangkan kembali pelajaran dengan lebih jelas dan mendalam

Page 33: Pemikiran daripada perspektif islam

Metod dialog dan diskusi

• Mengadakan pertanyaan dan jawapan untuk mencari kebenaran

• Untuk membentuk dan meningkatkan kemahiran berfikir

• Untuk menghormati pendapat orang lain

• Mendorong pelajar bersikap aktif dalam pembelajaran

• Mempraktikkan ilmu yang diperolehi

Page 34: Pemikiran daripada perspektif islam

PEMIKIRAN : IMAM AL-GHAZALI

Page 35: Pemikiran daripada perspektif islam

BIODATA IMAM AL-GHAZALI

• Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali

• Gelaran “Al-Ghazali” diberi bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada juga yang mangatakan sempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

• Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di Tus, Khurasan iaitu di utara Iran.

Page 36: Pemikiran daripada perspektif islam

• Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.

• Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini.

• Beliau mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah

Page 37: Pemikiran daripada perspektif islam

• Beliau juga menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan spt bidang perundangan, kehakiman, sains dan juga pendidikan.

• Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.

• Kebanyakkan hasil-hasil karya beliau berbentuk falsafah. Oleh itu, pengkaji-pengkaji Barat menganggap Imam Al-Ghazali adalah seorang ahli falsafah

Page 38: Pemikiran daripada perspektif islam

• Antara hasil-hasil karya beliau yang lain termasuklah Mizanul-amal, Hidfayah Al-Salikin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Jawahir Al-Quran dan sebagainya.

• Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya

Page 39: Pemikiran daripada perspektif islam

TEORI EPISTEMOLOGI IMAM AL-GHAZALI

• Epistemologi bermaksud ilmu/pengetahuan

• Teori epistemologi Imam Al-Ghazali adalah berasaskan teori ilmu Islam.

• Beliau juga telah mengemukakan banyak teori berhubung falsafah ilmu dan pendidikan

Page 40: Pemikiran daripada perspektif islam

• Tujuan pendidikan – untuk mendapat keredhaan Allah dan dihindari daripada tujuan duniawi

Dalam kitab Ihya Ulumuddin – teori falsafah ilmu dan pendidikan merangkumi

Tujuan pendidikan

Keutamaan ilmu

Keutamaan orang

memiliki ilmu

Etika belajar dan mengajar

Page 41: Pemikiran daripada perspektif islam

Dari segi menuntut ilmu

Amalkan prinsip keserataan dalam

pendidikan

Wajibkan semua orng menuntut ilmu –

dibuktikan melalui hadis

Martabat & tahap ilmu

seseorang dapat ditentukan melalui 3

perkara iaitu :

Usaha yang digunakan

Manfaat yang diperoleh

Tempat mempelajari ilmu tersebut – formal & tak formal

Page 42: Pemikiran daripada perspektif islam

ILMU TERPUJI (AL-MAHMUD) i) ilmu fardhu ain - wajib dipelajari spt ilmu agamaii) Ilmu fardhu kifayah – perlu dipelajari spt ilmu matematik

ILMU TERKUTUK (AL-MADZMUM)- ilmu yang tidak digalakkan

untuk dipelajari kerana boleh menyesatkan seperti ilmu sihir, ilmu nujum dan sebagainya

Ilmu pengetahuan

diklasifikasikan kepada 2

kategori utama

Page 43: Pemikiran daripada perspektif islam

Membersihkan jiwa daripada kejelikan

akhlak dan keburukan sifat

Memberi tumpuan sepenuhnya

dalam pembelajaran

Menghormati ilmu dan

guru

Mengelak daripada mendengar perselisihan

manusia

ETIKA-ETIKA MENUNTUT

ILMU

Menetapkan tujuan pendidikan hanya kerana Allah SWT

Page 44: Pemikiran daripada perspektif islam

Mewujudkan hubungan yang positif antara guru

dengan pelajar Meneladani rasul

Sentiasa menasihati

pelajar

Menyampaikan ilmu mengikut

keupayaan pelajar

PENDEKATAN PENGAJARAN

Page 45: Pemikiran daripada perspektif islam

KAEDAH/CARA PENGAJARAN MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI

METOD PERBANDINGAN

METOD HALAKAH

METOD PETUNJUK DAN BIMBINGAN

METOD DIALOG DAN PERBINCANGAN

METOD KETELADANAN

Page 46: Pemikiran daripada perspektif islam

RUMUSANAkal

merupakan kekuatan

terbesar yang dianugerahkan oleh Allah SWT

kepada manusia. Akal menjadi faktor

utama yang membezakan

manusia dengan haiwan

serta membolehkan

manusia membezakan di

antara kebenaran &

kebatilan

Amalan berfikir dituntut

dalam Islam untuk

memandu manusia ke

arah mencapai keredaan

Allah. Pemikiran

drpd perspektif

Islam berpaksikan

wahyu yg disampaikan menerusi al-Quran dan

Hadis.

Menurut Ibnu Khaldun &

Imam Ghazali,

menuntut ilmu adalah

wajib terutamanya ilmu agama.

Bagi mencapai

tujuan pendidikan,

guru & pelajar perlu

mematuhi beberapa

etika / adab.

Page 47: Pemikiran daripada perspektif islam

bibliografi

Jamal@Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah Zainol (2012). Pemikiran Kritis dan Kreatif : Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Kaisar Media Kreatif.

Kamus Dewan Edisi Ketigahttp://www.paranorms.org/t469-tafakur-dalam-perspektif-psikologi-islam http://jomfaham.blogspot.com/2012/04/kepentingan-penggunaan-akal-dan tradisi.htmlhttp://id.wikipedia.org/wiki/Wajib http://drjuanda.com/?p=837 http://afina-hawa2hawa.blogspot.com/2010/03/hukum-hukum-dalam-islam.html http://id.wikipedia.org/wiki/Makruh http://id.wikipedia.org/wiki/Haram http://elhijrah.blogspot.com/2011/02/daftar-makanan-haram-berdasarkan-al.html

Page 48: Pemikiran daripada perspektif islam

Soalan pengukuhan

1.Terangkan dua kaedah pemikiran islam?

2.Apakah perbezaan di antara manusia dengan makhluk Allah yang lain seperti haiwan, tumbuhan dan jin?

3.Nyatakan 2 kepentingan berfikir dalam konteks agama islam?

4.Nyatakan etika-etika menuntut ilmu yang perlu dipraktikkan oleh pelajar menurut imam Al-Ghazali?