pembinaan perisian multimedia pendidikan … · 3.7 paparan perisian video windows movie maker 34...
TRANSCRIPT
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN BERASASKAN
MODEL KONSTRUKTIF NEEDHAM LIMA FASA BAGI TAJUK
MOMENTUM DALAM MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN EMPAT
ELLISON DANNY LEINSIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2007
For my family
The footsteps of a man I wish to follow,
Danny Leinsin Limpakan
The heart of a gentle woman to have,
Nusiah Gimbun
Sisters and brother of my responsibility,
Ernesta Louise Danny
Eudora Davina Danny
Elfreda Floria Danny
Elroy Danny Leinsin
PENGHARGAAN
Segala pujian, hormat dan syukur saya naikkan kepada Tuhan yang memulakan
semuanya, kerana dari Dialah berasalnya segala hikmat dan pengetahuan yang kita alami
sekarang ini. Hanya dengan kuasa dan rencanaNya yang begitu indah, barulah projek ini
dapat diselesaikan. Segala kemuliaan hanya untukNya.
Penghargaan yang sangat dalam didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
kepada En Mohd Ali Bin Ibrahim selaku pembimbing Projek Sarjana Muda (PSM) yang
atas dorongannya projek ini mampu diselesaikan dengan sempurna. Tanpa dorongan
beliau, projek ini tidak akan terbimbing dan mencapai hasil yang baik, tersusun, dan
teratur. Terima kasih buat beliau.
Kepada keluarga yang sangat saya kasihi, terima kasih kerana sentiasa bersama
saya sewaktu saya menghadapi kesukaran. Terima kasih buat sokongan doa yang telah
banyak membuat saya bertumbuh sehingga saya dapat mencapai tahap ini. Buat peribadi
yang bakal menjadi keluarga bersama, terima kasih atas hati yang sentiasa memberi
dorongan dan semangat kepada saya.
Saya juga tujukan penghargaan kepada rakan seperjuangan saya, Mohd
Norafdzar bin Nordin kerana memberi pandangan dan pendapat serta dorongan dan
sokongan untuk terus berusaha menyelesaikan projek ini. Ucapan terima kasih juga buat
guru – guru di Sekolah Menengah Shan Tao kerana terlibat sama dalam menilai projek
ini.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih buat setiap individu yang
tidak sempat disebutkan secara langsung mahupun tidak langsung terlibat sama dalam
membantu menyiapkan projek ini baik secara fizikal mahupun secara dorongan. Terima
kasih buat anda semua.
ABSTRAK
Projek ini dilaksanakan dengan tujuan membina sebuah perisian interaktif
multimedia pendidikan bagi tajuk Momentum dalam topik Forces and Motion mata
pelajaran Fizik tingkatan empat. Isi kandungan perisian adalah selaras dengan huraian
sukatan pelajaran Fizik tingkatan empat. Perisian ini sesuai digunakan dalam
pembelajaran kendiri mahupun sebagai alat bantu pengajaran pembelajaran dalam kelas.
Pembinaan aktiviti pembelajaran adalah berdasarkan Model Konstruktif Needham Lima
Fasa dalam bentuk interaksi video yang diterbitkan dengan situasi – situasi Fizik yang
sesuai. Rekabentuk perisian pula dibina mengikut Model ADDIE. Perisian – perisian
yang terlibat secara khusus dalam pembinaan projek adalah perisian pengarangan
Macromedia Authorware, Photostudio, Dart XP Pro, dan Windows Movie Maker.
Perisian – perisian ini digunakan bagi menggabungkan pelbagai kriteria seperti teks,
grafik, animasi, audio, dan video bagi menghasilkan satu perisian yang menarik. 10
orang guru yang berpengalaman dengan kepakaran masing – masing dalam pengajaran
Fizik dan pembinaan perisian terlibat dalam penilaian perisian tersebut. Keputusan
penilaian menunjukkan bahawa perisian tersebut adalah sangat bersesuaian dalam
keberkesanan isi kandungan, reka bentuk dan interaksinya.
ABSTRACT
The aim of this project is to construct an educational interactive software for
Momentum which is under the chapter of Forces and Motion of Physics form four. The
syllabus of studies within this software is according to the Physics syllabus for form four
study. This software is either applicable for personal studying or for the general used of
teaching aids in class. The Five Phase Constructive Model of Needham is used during
the construction of the learning activities within. The situations are prepared according
to the physics of Momentum which is a contextual phenomenon to students. This
software is designed using the ADDIE Model, with the tools of Macromedia
Authorware, Photostudio, Dart XP Pro and Windows Movie Maker. These software
tools are used to combine interactions such as text, graphics, animations, audios and
videos. The evaluation of this software was made by 10 experienced teachers which
major in teaching Physics and software building. The result shows a good response for
the usage of this software by its effectiveness in contents, design, and interaction.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Rasional Projek 5
1.6 Kepentingan Projek 6
1.7 Skop Projek 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Pembinaan 7
1.8.2 Penilaian 7
1.8.3 Perisian 7
1.8.4 Multimedia 7
1.8.5 Konstruktivisme 8
1.8.6 Model Pembelajaran Konstruktif
Needham Lima Fasa
8
1.9 Rumusan 9
2 SOROTAN PENULISAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Model Pembelajaran 12
2.2.1 Model Konstruktif Needham Lima
Fasa
12
2.3 Pembinaan Multimedia 13
2.4 Aplikasi Model Pembelajaran Dalam Reka
Bentuk Perisian Multimedia
15
2.4.1 Model Pembelajaran Konstruktif 15
2.5 Kajian Dalam Pembelajaran Sains 16
2.5.1 Pembelajaran Sains Tanpa PBK
(Tradisional)
17
2.5.2 Pembelajaran Sains Dengan PBK 18
2.6 Rumusan 19
3 METODOLOGI 20
3.1 Pengenalan 20
3.2 Model Pembinaan Perisian 20
3.2.1 Analisis (Analysis) 21
3.2.2 Rekabentuk (Design) 21
3.2.3 Pembinaan (Development) 21
3.2.4 Implementasi (Implementation) 22
3.2.5 Penilaian (Evaluation) 22
3.3 Perkakasan 23
3.4 Analisis Pembinaan Perisian 23
3.4.1 Isi Kandungan Perisian
Pembelajaran
23
3.4.2 Strategi Pembelajaran Perisian 25
3.5 Reka Bentuk Perisian 26
3.5.1 Bahagian Isi Kandungan 26
3.5.2 Bahagian Interaksi 27
3.5.3 Bahagian Antara Muka 30
3.6 Perisian Pembangunan 30
3.6.1 Perisian Bahasa Pengarangan 31
3.6.2 Perisian Grafik 32
3.6.3 Perisian Animasi 32
3.6.4 Perisian Audio 33
3.6.5 Perisian Video 34
3.7 Rumusan 35
4 PEMBINAAN PERISIAN 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Hasil Pembinaan Perisian 36
4.2.1 Title dan Guide 37
4.2.2 Introduction dan Tasks 39
4.2.3 Lesson Core 40
4.2.3.1 Physics I Saw 41
4.2.3.2 Basic Intelligence 42
4.2.3.3 Guided Intelligence 43
4.2.3.4 Altered Intelligence 45
4.2.3.5 Questions 46
4.2.4 Learning Map 47
4.2.5 Question Store 48
4.2.6 Word Reference 49
4.2.7 The Author 50
4.3 Penilaian Perisian 50
4.3.1 Kriteria Penilaian Perisian 51
4.3.2 Kumpulan Penilai 51
4.3.3 Skala Penilaian Perisian 52
4.3.4 Hasil Penilaian 52
4.3.4.1 Kesesuaian Isi Kandungan 53
4.3.4.2 Kesesuaian Reka Bentuk 54
4.3.4.3 Kesesuaian Interaksi 55
4.4 Rumusan 55
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
57
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan Pembinaan Perisian 57
5.2.1 Pembinaan Bahan Interaktif 58
5.2.2 Pemilihan Reka Bentuk 59
5.2.3 Halangan Teknikal Perkakasan 59
5.3 Kesimpulan 60
5.4 Cadangan 61
5.4.1 Penambahbaikan Isi Kandungan
Perisian
62
5.4.2 Penambahbaikan Reka Bentuk
Perisian
62
5.4.3 Penambahbaikan Interaksi Perisian 63
5.5 Penutup 63
BIBLIOGRAFI 65
LAMPIRAN 68
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Isi Kandungan Bagi Tajuk Momentum 24
3.2 Penstrukturan Isi Kandungan Bagi Tajuk
Momentum Berasaskan Model Konstruktif
Needham Lima Fasa
27
4.1 Skala Likert Lima Mata 52
4.2 Hasil Penilaian Keberkesanan Isi Kandungan 53
4.3 Hasil Penilaian Keberkesanan Reka Bentuk 54
4.4 Hasil Penilaian Keberkesanan Interaksi 55
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Model Konstruktif Needham Lima
Fasa
25
3.2 Carta Alir Interaksi Dalam Perisian Bagi Tajuk
Momentum
28
3.3 Carta Alir Interaksi Dalam Lesson Core 29
3.4 Paparan Perisian Pengarangan Macromedia
Authorware 6.5
31
3.5 Paparan Perisian Grafik Photostudio 2000 32
3.6 Paparan Perisian Audio Dart XP Pro 33
3.7 Paparan Perisian Video Windows Movie Maker 34
4.1 Title 38
4.2 Guide 38
4.3 Introduction dan Tasks 40
4.4 Fasa Physics I Saw Dalam Lesson Core 42
4.5 Fasa Basic Intelligence Dalam Lesson Core 43
4.6 Fasa Guided Intelligence Dalam Lesson Core 44
4.7 Fasa Altered Intelligence Dalam Lesson Core 45
4.8 Fasa Questions Dalam Question Store 46
4.9 Learning Map 47
4.10 Question Store 48
4.11 Word Reference 49
4.12 The Author 50
SENARAI SINGKATAN
et al - And Others
ABM - Alat Bantu Mengajar
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
CD - Compact Disc / Cakera Padat
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Huraian Sukatan Pelajaran Fizik Tingkatan
Empat Bagi Tajuk Momentum (Momentum)
68
Lampiran B Papan Cerita Perisian 70
Lampiran C Borang Penilaian Perisian 75
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas merupakan suatu kitaran yang asas
bagi seseorang pelajar semasa berada dalam peringkat persekolahan. Kemampuan
pelajar memahami bahan dan isi kandungan yang disampaikan oleh para guru
biasanya dilihat menerusi pencapaian pelajar semasa penilaian ujian atau peperiksaan
sekolah. Pihak guru sering memikirkan cara untuk memperbaiki dan mempercepat
proses pemahaman pelajar bagi memudahkan kedua – dua pihak guru dan murid.
Bagi memungkinkan keadaan tersebut dicapai, para penyelidik dalam pendidikan
menyarankan agar penggunaan bahan multimedia dimantapkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan komputer merupakan suatu
penerapan multimedia yang sangat diperlukan dalam pendidikan pada masa kini
sebagai medium untuk menyokong suatu pengajaran (Nelson, 2001). Penggunaan
komputer dalam pembelajaran yang lebih dikenali sebagai Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) menunjukkan bahawa teknologi telah dapat
diterapkan dalam pendidikan dan semestinya akan melancarkan lagi proses
pembelajaran.
Pembelajaran dengan PBK mempunyai kekuatan dalam bahagian antara
muka dimana pelajar dapat memerhatikan secara langsung fenomena – fenomena
yang tidak dapat ditunjukkan dalam kelas. PBK yang baik dapat membantu pelajar
untuk memahami isi kandungan mata pelajaran dengan lebih efektif, dan juga dapat
memotivasikan pelajar untuk mempunyai sifat ingin tahu yang lebih kuat (Norliza et
al, 2004). Dengan adanya PBK, pembelajaran akan bersifat aktif dimana pelajar akan
terlibat sama melakukan sesuatu semasa proses pembelajaran berlangsung.
Sebagaimana yang kita ketahui, pembelajaran dalam bidang sains bukanlah
merupakan suatu proses yang dapat dilaksanakan tanpa mengaplikasikan apa yang
dipelajari. Pembelajaran dikatakan berjalan apabila pelajar mengaplikasikan
pengetahuan sains yang dipelajari kepada situasi – situasi praktikal. Dengan adanya
PBK, proses pembelajaran dapat dijalankan dengan permulaan yang baik berikutan
kekuatan PBK dalam bahagian antara mukanya, dimana pelajar dapat melaksanakan
eksperimen awal dengan menggunakan PBK (Silberman dan Lawson, 1995).
Sungguhpun ianya dilaksanakan dalam bentuk media, sekurang – kurangnya PBK
dapat membantu dengan memberi gambaran dan pemahaman yang umum.
Perlaksanaan eksperimen dalam bentuk media juga dapat membantu melengkapi
alatan makmal yang tidak terdapat di sekolah – sekolah yang tertentu.
Perisian PBK yang diperlukan dalam sekolah – sekolah perlulah bersesuaian
dengan piawaian sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh
sebab itu, perisian yang dibina tidaklah diperbolehkan untuk bertumpu kepada nilai
komersil semata – mata (Rohaida et al, 2006). Inovasi boleh dilakukan dalam
bahagian penyampaian, uji diri, tutorial dan latih tubi dengan lebih kreatif serta
kritikal, tanpa mengubah piawaian yang ditetapkan oleh KPM sekiranya wujud
persaingan dalam nilai komersil.
Dalam pembinaan perisian PBK, pembelajaran boleh berlangsung dalam
corak tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Pembinaan perisian yang bertaraf
lebih tinggi masih diperlukan supaya pembelajaran dapat berlangsung dalam bentuk
subjektif, dimana pelajar dapat memberikan pandangan, serta menerima maklum
balas kemudiaannya oleh guru yang menyelia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Seperti yang kita ketahui, teknologi memainkan peranan yang penting dalam
proses pengajaran – pembelajaran sains, dimana ia telah banyak membantu pihak
guru menerangkan fenomena – fenomena sains. Pihak guru telah menggunakan
rancangan televisyen, radio, perisian komputer, perisian khusus, dan internet sebagai
sumber data untuk menjadikan isi pelajaran lebih mudah difahami dan lebih daripada
itu menjadikan pembelajaran lebih menarik (Abu Hassan, 2003).
Sungguhpun teknologi banyak disediakan, masih ramai lagi pelajar yang
mempunyai tahap pengetahuan yang rendah dalam sains. Kejadian seperti ini
mungkin disebabkan oleh faktor penggunaan teknologi yang bukan pada tahap yang
maksimum. Sekiranya penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dimaksimakan,
PBK dalam kelas sukar diteruskan kerana ini memerlukan para guru yang berpotensi
untuk membina dan menggunakan perisian berkomputer (Wiske et al, 1991).
Penggunaan teknologi dalam pendidikan yang kurang, menjadikan pelajar
sukar untuk menggambarkan dan memahami tentang apakah sains yang sebenarnya.
Ini merupakan suatu penghalang bagi pelajar untuk memahami dan menerima sains
sebagai pengetahuan yang amat berguna kepada mereka.
PBK dalam kelas membuka jalan bagi para pendidik menggambarkan situasi
– situasi Fizik, yang dimana pada masa dahulunya merupakan sesuatu yang sukar.
Objektif dalam menghasilkan suatu perisian PBK adalah supaya pelajar dapat terlibat
sama dengan aktif dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Dengan adanya PBK para guru dan pelajar berkongsi suatu persekitaran yang aktif,
dimana minda digunakan dengan sepenuhnya semasa proses pembelajaran
berlangsung.
1.3 Pernyataan Masalah
Pembelajaran sains dalam sekolah telah membuka ruang minda pelajar untuk
berfikir secara logik mengenai fenomena dan situasi yang berlaku dalam kehidupan
harian. Walau bagaimanapun, para guru sering tertanya – tanya sama ada pelajar
memahami isi kandungan yang disampaikan ataupun tidak setelah sesi pengajaran
selesai (Haugland dan Wright, 1997).
Persoalan yang sering timbul dikalangan para guru ialah apabila pelajar
mereka dapat menjawab soalan mengenai suatu masalah yang diberi, tetapi tidak
dapat menerangkan secara Fizik mengapa situasi tersebut perlu diselesaikan dengan
cara yang dipilih. Perkara diatas mejelaskan tentang kekerapan pelajar kembali
kepada guru mereka untuk bertanyakan bahan pengajaran yang sama walaupun
sudah diterangkan kepada mereka beberapa kali.
Pelajar biasanya akan hadir mengikuti kelas sains dengan berbekalkan
kerangka pemikiran awal tentang fenomena – fenomena yang berlaku di muka bumi.
Kerangka pemikiran ini terbentuk berdasarkan pengalaman pelajar sendiri dimana
kemungkinan besar idea tersebut tidak betul, tetapi masih dipegang kuat oleh pelajar
itu sendiri. Pelajar akan sukar memahami topik – topik dengan konsep yang dalam,
dan juga tidak akan mengenalpasti konsep yang sebenar sekiranya pelajar tersebut
berada dalam keadaan miskonsepsi terhadap sesuatu topik.
Pendekatan yang sesuai terhadap konsep Fizik adalah perlu bagi
memungkinkan pemahaman yang mantap kepada pelajar, seterusnya memudahkan
P&P sains dalam sekolah. Pendekatan yang sesuai juga akan membuka langkah
kepada pelajar melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dimana
kekuatan dan asas yang kukuh akan mengarahkan mereka dalam kajian sains yang
lebih luas.
1.4 Objektif Projek
Projek yang dilaksanakan ini mempunyai dua tujuan utama dalam bidang
teknologi maklumat. Objektif tersebut dinyatakan sebagai;
i) membina perisian bagi tajuk Momentum dalam cara penyampaian
PBK.
ii) menilai perisian yang dibina dengan beberapa individu pakar untuk
menguji sejauh mana kekuatan perisian tersebut untuk digunakan
dalam proses PBK.
1.5 Rasional Projek
Projek ini dilaksanakan berikutan keperluan perisian PBK yang lebih mantap
sebagai suatu komponen yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran mereka
mengenai sains. Pembinaan perisian PBK ini adalah berasaskan kepada Model
Konstruktif Needham Lima Fasa dimana pelajar dibimbing semasa membuat
pembentukan semula idea mereka dalam proses pembinaan pengetahuan yang baru.
Ahli – ahli konstruktivis mencadangkan bahawa pengetahuan baru perlu
terbentuk daripada pengetahuan sedia ada pelajar. Oleh itu, pembinaan perisian PBK
ini perlulah dilengkapi dengan fasa – fasa yang dapat membantu pelajar untuk
membentuk suatu pengetahuan yang baru berdasarkan apa yang mereka ketahui
sebelumnya. Fasa – fasa tersebut akan berubah sedikit demi sedikit mengikut
kemampuan pelajar memahami topik tersebut, sehinggalah pelajar itu dapat
memahami sepenuhnya.