pembelajaran berkelompok mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid

21
PEMBELAJARAN BERKELOMPOK MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MURID Disediakan oleh: Ahmad Syariffuddin Bin Abd Latiff 7 PISMP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR PENDAHULUAN Guru memainkan peranan yang penting dalam proses membangunkan modal insan yang cemerlang. Cemerlang disini adalah dari segi mental, jasmani, rohani dan intelek. Sesuai dengan saranan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang mengetengahkan pembagunan dari dalam diri murid itu sediri. Dalam membangunkan modal insan ini, pelbagai masalah akan ditempuhi oleh pihak guru kerana guru merupakan pelaksana dalam menyampaikan ilmu tersebut. Jesteru itu, guru perlulah bijak dalam mengenali dan mengesan masalah murid itu sendiri, setelah itu, guru jugalah yang perlu menangani masalah ini dengan bijak supaya tidak timbul pelbagai tekanan dari dalaman murid tersebut. Tetapi cara dan langkah yang diambil oleh sesorang guru itu perlulah member impak yang berkesan kerana bukan senang untuk menjadi guru yang baik dan mampu menyungkil permasaalahan murid.

Upload: saudagar-urat-saraf

Post on 01-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teknik pembelajaran

TRANSCRIPT

PEMBELAJARAN BERKELOMPOK MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MURIDDisediakan oleh:Ahmad Syariffuddin Bin Abd Latiff7 PISMP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 1INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

PENDAHULUANGuru memainkan peranan yang penting dalam proses membangunkan modal insan yang cemerlang. Cemerlang disini adalah dari segi mental, jasmani, rohani dan intelek. Sesuai dengan saranan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang mengetengahkan pembagunan dari dalam diri murid itu sediri. Dalam membangunkan modal insan ini, pelbagai masalah akan ditempuhi oleh pihak guru kerana guru merupakan pelaksana dalam menyampaikan ilmu tersebut. Jesteru itu, guru perlulah bijak dalam mengenali dan mengesan masalah murid itu sendiri, setelah itu, guru jugalah yang perlu menangani masalah ini dengan bijak supaya tidak timbul pelbagai tekanan dari dalaman murid tersebut. Tetapi cara dan langkah yang diambil oleh sesorang guru itu perlulah member impak yang berkesan kerana bukan senang untuk menjadi guru yang baik dan mampu menyungkil permasaalahan murid.

Kajian tindakan ini dlaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran saya sepanjang saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Segar. Masalah timbul kerana pembelajaran murid kurang berkesan disebabkan murid belajar dalam satu kelompok yang besar iaitu kelas biasa (tradisional). Oleh itu, saya memikirkan jalan penyelesaian bagi murid-murid saya dapat belajar dengan lebih berkesan, penyampaian lebih berkesan dan seterusnya menjadikan kelas tersebut satu kelas yang efisyen dimana bukan sahaja guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih sempurna, malah serapan ilmu atau pembelajaran berlaku semasa di dalam kelas lebih telus dan mudah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSewaktu saya mengajar pada minggu pertama dan kedua di kelas tahun 5 Amanah, saya mendapati bahawa pembelajaran kurang berkesan apabila secara kelompok besar. Masalah disedari kerana ketika saya mengajar, terdapat beberapa orang murid bercakap-cakap apabila saya sedang mengajar. Setelah ditegur, murid yang bercakap tersebut diam tetapi hanya dalam beberapa minit. Teguran didalam kelas mengambil sedikit masa dalam pembelajaran dan ia menggangu dari segi masa, kosentrasi murid, gangguan kepada murid yang ingin belajar, fokus guru dalam mengajar, dan seterusnya menjejaskan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas yang diajar. Masalah murid membuat bising di dalam kelas bukanlah satu perkara yang baru dan wajar dipandang serius kerana ia akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.Saya telah mengenalpasti pembelajaran murid kurang berkesan ketika saya memberi lembaran kerja untuk mengetahui sejauh mana kefahaman murid dalam pengajaran saya ketika saya mengajar. Murid yang ditegur apabila mereka bercakap adalah murid yang paling lemah dalam menjawab soalan-soalan yang saya berikan. Ini menunjukan mereka tidak peka dan pembelajaran pada hari ini tidak berkesan. Segera menyedari hakikat ini sedang berlaku, saya mengambil insiatif dalam usaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh saya sebagai guru untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

FOKUS KAJIANTINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

Saya mengesan masalah yang dihadapi di dalam kelas dimana pembelajaran secara kelompok yang besar, menjadi kurang berkesan. Disini saya akan fokuskan masalah ini terhadap bagaimana kawalan kelas serta bagaimana tahap penerimaan pembelajaran murid mengikut tahap kognitif, kaedah pengajaran serta objektif yang ingin dicapai. Antara masalah yang dihadapi didalam kelas apabila murid ramai ialah : Kepekaan murid didalam kelas kurang. Murid akan membuat bising ketika guru sedang mengajar. Teguran akan dibuat oleh guru menyebabkan masa terbuang dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang ingin belajar hilang fokus dalam belajar akibat gangguan yang dialami. Motivasi murid rendah apabila sesi pembelajaran berlangsung.

Dengan mengenalpasti masalah ini, saya ingin mencari keadah yang sesuai dalam mengatasi masalah yang dihadapi dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, saya berharap pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Antara objektif-objektif yang saya ingin capai ialah :-I. Objektif umum Pembelajaran murid yang berkesan terutamanya dalam mata pelajaran Kemahiran HIdup

II. Objektif khas Pembelajaran murid dipertingkatkan didalam kelas terutamanya subjek kemahiran hidup sekolah rendah Murid diterapkan dalam satu organisasi yang terancang Dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan keupayaan murid berkerja dalam suatu kumpulan Guru dapat mengajar dengan lebih berkesan kepada murid-murid.

KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan kelas 5 amanah yang berusia 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Taman Segar sesi 2011. Bilangan murid dalam kelas tersebut adalah seramai 29 orang murid iaitu 13 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Kelas tersebut terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Bangsa Melayu adalah sebayak 13 orang, diikuti bangsa India seramai 9 orang, dan bangsa Cina seramai 7 orang.

TINDAKAN YANG DICADANGKANPERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKANI. Tinjauan masalahSebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: Ujian kefahaman murid selepas kelas. Ujian kefahaman atau latihan pengukuhan akan dilihat dan dikutip selepas sahaja mengajar didalam kelas. Guru dapat memperoleh data dan maklumat sepanjang menanda serta memeriksa jawapan yang diberikan oleh murid dalam kelas yang diajar tersebut. Setelah data dikumpul dan diperoleh, ia harus disimpan bagi membolehkan penganalisasian data, dan perancangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Latihan kerja rumah. Latihan kerja rumah murid akan diberikan, latihan kerja rumah akan menunjukan bagaimana motivasi murid dalam sesuatu mata pelajaran yang dihadapi. Kerja rumah mempunyai beberapa tujuan yang tersendiri. Menurut Lee & Pruitt (1979), membahagikan tujuan kerja rumah kepada beberapa bahagian. Antaranya kerja rumah sebagai peneguhan kepadapelajar terhadap pembelajaran pelajar pada sesi berkenaan. Selain itu, kerja rumah juga berperanan sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi pembelajaran akan datang. Ujian lisan tehadap murid-murid semasa mengajar di dalam kelas. Ujian lisan terhadap murid di kelas bagi memastikan tahap penerimaan murid adalah mencapai objektif yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian. Ia juga dapat mengukur tahap penerimaan murid, perancangan guru dalam memahamkan lagi pelajar serta mengetahui sejauhmana pencapaian dan kefahaman murid oleh guru. Temu bual guru mata pelajaran kemahiran hidup.

SEBELUM PERANCANGAN KAJIAN TINDAKANSebelum membuat perlaksanaan kajian, kelas adalah seperti biasa atau kaedah pembelajaran secara tradisional dimana murid duduk secara kelompok ramai dalam satu kelas dan guru memberi penerangan serta isi pelajaran dihadapan. Kaedah ini, hampir dilaksanakan di setiap kelas di sekolah kebangsaan taman segar ini. SELEPAS PERANCANGAN KAJIAN TINDAKANII. Cara Berorganisasi (Berkumpulan) Guru akan membuat kumpulan. Menurut Thompson, et al. (1995), pembelajaran kooperatif yang sesuai dalam satu kelompok adakah seramai 4 hingga 6 orang di dalam satu kumpulan. Dalam kumpulan tersebut hendaklah hetrogen iaitu ahli-ahlinya hendaklah terdidi daripada pelbagai kaum, jantina, bangsa dan agama. Hal ini bermanafaat dalam melatih ahli kumpulan memahami dan berkerjasama dalam ahli dalam kumpulan yang berbeza latar belakang setiap ahlinya. Kumpulan akan dibahagikan mengikut jumlah sesuatu kelas. Sebagai contoh saya mengambil kelas 5 Amanah yang mempunyai murid seramai 30 orang murid. Sebanyak 4 kumpulan akan dibuat dan ahli seramai 7 orang dalam setiap kumpulan. Ketua akan dipilih mengikut pencapaian kemahiran hidup yang tinggi dan konsisten atau tahap kognitifnya tinggi. Guru juga akan meletakan seorang yang tinggi tahap kognitif sebagai ketua dalam membimbing ahli-ahli kumpulan yang lain. Selain itu, ia memudahkan tugas guru dalam membimbing murid dalam kelas pengajaran. Guru hanya bertindak sebgai fasilitator ketika pengajaran teori. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dimana guru hanya membimbing murid dalam melakukan sendiri aktiviti sehingga mencapai objektif yang dikehendaki.

SEBELUM PERANCANGAN KAJIAN TINDAKAN Sebelum kajian tindakan dilaksanakan, kaedah untuk mengawal kelas dan disiplin pelajar adalah sepenuhnya atas tanggungjawab seorang guru. Guru (saya) akan menggunakan pendekatan sendiri dalam mengawal kelas serta disiplin murid. Bagi saya kawalan kelas seperti ini tidak berapa efektif dalam mengawal disiplin murid disamping mengajar di dalam kelas.SELEPAS PERANCANGAN KAJIAN TINDAKANIII. Cara pendekatan Token EkonomiCara perlaksanaan Guru akan membuat satu sistem berasaskan Model Disiplin Asertif Canter. Jadual digunakan dalam mengukur tahap pencapaian didalam satu kumpulan Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang menang. Penalti atau markah akan ditolak jika kumpulan tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan guru. Jadual yang digunakan oleh murid didalam kelas tersebut juga boleh meningkatkan motivasi murid-murid.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATASEBELUM KAJIAN TINDAKAN DIJALANKANMENGUMPUL DATA SECARA KUANTITATIF Borang soal selidik. Borang soal selidik disediakan dalam menyelidik sejauh mana minat, tahap kefahaman serta menilai keberkesanan pengajaran seorang guru kepada murid. Penilaian tahap pelajar sebelum berada di dalam kumpulan. Penilaian dibuat dalam memberi lembaran kerja dan soalan secara lisan dalam menentukan kefahaman dan tahap penerimaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Sumber pencapaian murid sebelum ini. (tahap kognitif murid). Pencapaian murid terutamanya subjek kemahiran hidup akan diambil bagi melihat sejauh mana tahap kognitif murid yang berada di dalam kelas tersebut. Perolehan data akan diambil dari guru data Sekolah Kebangsaan Taman Segar. Objektif pembelajaran boleh dinilai dari hasil lembaran kerja murid. Lembaran kerja murid menentukan tercapainya objektif pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Ini menunjukan bertapa pentingnya hasil lembaran kerja murid bagi pengumpulan data yang dilaksanakan.

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DIJALANKANMENGUMPUL DATA SECARA KUANTITATIF Borang soal selidik. Semasa atau selepas kajian tindakan dilaksanakan, borang soal selidik akan diberikan kepada murid-murid dalam mengetahui adakah terdapat perubahan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas selepas kajian tindakan dilaksanakan. Borang soal selidik ini mengukur tahap keberkesanan perlaksanaan kajian tindakan yang dilakukan di kelas. Lembaran Latihan selepas berada di dalam kumpulan. Penilaian tahap pelajar ditentukan dengan memberi lembaran kerja individu dalam mengenalpasti keberkesanan pengajaran secara berkelompok berbanding dengan tradisional (kelompok besar). Analisis Dokumen. Markah yang dikumpul didalam jadual Model Disiplin Asertif Canter. Markah yang dikumpul dalam jadual dibuat oleh guru bakal menunjukan bukti kesungguhan pelajar dalam mencapai kumpulan yang terbaik. Persaingan sihat ini diterapkan kepada murid supaya berlumba-lumba dalam mencari ilmu terutamanya pengajaran kemahiran hidup.

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DIJALANKANMENGUMPUL DATA SECARA KUALITATIF Penilaian secara pemerhatian. dilakukan sebelum kajian tindakan dilakukan. Antara penilaian yang boleh secara pemerhatian adalah mengesan tahap kefahaman murid, mengesan jika murid tidak selesa, minat murid semasa belajar dan sebagainya. Temuramah guru kelas dilakukan sebelum menjalani kajian tindakan untuk mengenalpasti situasi murid serta situasi pengajaran kelas yang bakal dilakukan. Refleksi penyelidik kajian tindakan sebelum, semasa dan selepas kelas. Refleksi penyelidik juga harus dilakukan serta merta bagi mendapatkan data yang konsisten.

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DIJALANKANMENGUMPUL DATA SECARA KUALITATIF Penilaian secara pemerhatian akan dilakukan selepas kajian tindakan dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan kajian tindakan yang dilaksanakan. Antara penilaian yang boleh secara pemerhatian adalah mengesan tahap kefahaman murid, mengesan jika murid tidak selesa, minat murid semasa belajar dan sebagainya. Refleksi penyelidik kajian tindakan sebelum, semasa dan selepas kelas. Refleksi penyelidik adalah penting bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan kajian yang dilaksanakan. Refleksi penyelidik juga harus dilakukan serta merta bagi mendapatkan data yang konsisten.

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATASEBELUM KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKANSaya akan menganalisa data berdasarkan soal selidik yang diedarkan dengan melihat respon dan pandangan pelajar sebelum saya menjalani kajian tindakan ini. Dari data yang saya peroleh, saya akan mengkaji cara yang paling sesuai dalam mengatasi permasalahan yang saya hadapi. Selain itu, saya juga boleh meramal kesalahan dan limitasi yang bakal saya hadapi ketika saya menjalani kajian tindakan kelak. Antara analisis data yang saya lakukan sebelum kajian tindakan dilaksanakan ialah :- Classroom observation : melihat kekerapan pelajar yang tidak memberikan tumpuan dan emosi ketika sesi pembelajaran. Before & after (student's work) : menilai perubahan tahap penulisan pelajar sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan. Ia dilihat dengan melihat lembaran kerja murid. Student opinion survey : melihat adakah pelajar menerima pembelajaran secara kolaboratif tersebut dengan positif atau negatif. Teacher interview : ia melihat bagaimana pandangan guru terhadap murid dan kelas di sekolah taman segar ini. Ini sekaligus dapat memberi sedikit infomasi dan data mengenai tahap kognitif, tahap pencapaian, minat murid dan seterusnya rumusan tentang kelas yang diajar guru sebelum ini.

SEMASA KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKANUntuk mendapatkan data yang hampir rigid dan tepat. Saya akan menganalisa data berdasarkan kaedah yang sama bagi membolehkan perbezaan dilihat sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan. Antara yang saya perhatikan adalah dengan melihat respon dan pandangan pelajar mengenai faedah yang mereka perolehi daripada projek kajian tindakan yang dibuat. Saya juga akan menganalisa data berdasarkan 4 kaedah pengumpulan data yang telah dijalankan iaitu :- Classroom observation : melihat kekerapan pelajar yang tidak memberikan tumpuan dan emosi ketika sesi pembelajaran. Before & after (student's work) : menilai perubahan tahap penulisan pelajar sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan. Ia dilihat dengan melihat lembaran kerja murid. Student opinion survey : melihat adakah pelajar menerima pembelajaran secara kolaboratif tersebut dengan positif atau negatif. Teacher interview : melihat adakah guru menerima baik kaedah ini dalam membantu memudahkan tugas guru meningkatkan pemahaman pelajar.

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil kajian. Data akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Nilai peratusan, min dan mod akan dihuraikan dalam bentuk jadual. Untuk mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan min rendah, sederhana dan tinggi.

PERANCANGAN PERLAKSANAAN TINDAKANJADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN TINDAKANBil Aktiviti Tarikh pelaksanaanCatatan

1.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

2.Menulis proposal kajian

3.Merancang tindakan (Individu/Panitia)

4.Melaksanakan tindakan aktiviti 1

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

6.Melaksanakan tindakan aktiviti 2

7.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

8.Ujian untuk mengesan pencapaian murid

9.Melaksanakan tindakan aktiviti 3

10.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3

11.Ujian untuk mengesan pencapaian murid

12.Refleksi kajian

13.Menulis laporan kajian

14.Pembentangan dapatan kajian

KOS KAJIAN

BIL.JENIS BAHANKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH

1.Kertas A4 80gsm3RM 11.80RM 35.40

2.Catridge Ink Printer2RM 45.00RM 90.00

3.Marker pen 1 setRM 10.00RM 10.00

4.Minyak motorsikal4 literRM 1.90RM 7.60

5.Buku catatan 1RM 2.50RM 2.50

6.Bahan fotostatRM 50.00RM 50.00

7.Plastik board 3RM 3.00RM 9.00

JUMLAH BESARRM 204.50

JANGKAAN HASIL KAJIANDi akhir kajian, diharapkan suatu bentuk atau proses pembelajaran aktiviti berkumpulan atau kelompok dibantu dengan kaedah token, penggaubungjalinan dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid-murid terutamannya subjek kemahiran hidup. Diharapkan usaha kajian tindakan ini dapat membantu penglibatan murid dengan pembelajaran berasaskan kelompok. Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat membantu guru dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam pembelajaran murid serta menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka dalam subjek Kemahiran Hidup.

SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

PENCAPAIAN MURID DALAM SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP PADA TAHUN 2010 MURID TAHUN 5 CEMERLANG, AMANAH DAN 6 BESTARI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEGAR5 CEMERLANG5 AMANAH6 BESTARI