pembangunan bahan e-pembelajaran · pdf filememadai dari segi skop dan kualiti untuk...

28
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BERTAJUK ‘SETS’ DAN ‘TRIGONOMETRY II’ MATEMATIK TINGKATAN EMPAT NOOR DIYANA ADILAH BINTI ADNI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vophuc

Post on 09-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK ‘SETS’ DAN ‘TRIGONOMETRY II’ MATEMATIK

TINGKATAN EMPAT

NOOR DIYANA ADILAH BINTI ADNI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN

MOODLE BAGI TAJUK ‘SETS’ DAN ‘TRIGONOMETRY II’

MATEMATIK TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : NOOR DIYANA ADILAH BINTI ADNI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________ (TAND Alamat Tetap : T

8

Tarikh :

CATATAN : *lampirkan suratini perlu dikelas

__________________________ _______________________________ ATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

NO 8 ,JALAN MAJU 2, PM. DR ZALEHA ISMAIL

AMAN MAJU,

3 000, BATU PAHAT, JOHOR.

11 APRIL 2008 Tarikh : 11 APRIL 2008

(NAMA PENYELIA)

Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis kan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

PENGAKUAN

Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ........................................

Nama Penyelia 1 : PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL

Tarikh : ......11 APRIL 2008..........

Page 4: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE

BERTAJUK ‘SETS’ DAN ‘TRIGONOMETRY II’ MATEMATIK

TINGKATAN EMPAT

NOOR DIYANA ADILAH BINTI ADNI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 5: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang saya yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : ___

Nama Penyelia : NOO

Tarikh :

____________________

R DIYANA ADILAH BINTI ADNI

Page 6: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda

Adni Bin Saimon dan Remi Binti Kardi

Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak

ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.

Juga doa dan nasihat ayahanda dan bonda sepanjang anakanda

meneruskan pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia.

Kepada abang dan adik-adik yang dikasihi,

Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan

Buat teman-teman juga yang sentiasa memberi dorongan , galakan

serta doa kalian

untuk sama-sama terus berjaya

Semoga jasa anda semua diberkati ALLAH.

Page 7: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, akhirnya saya berjaya menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan

kepada Prof Madya Dr Zaleha Ismail selaku penyelia PSM 1 dan PSM 2 yang telah

memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya sehingga saya berjaya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Jutaan terima kasih buat ibu bapa, rakan web portal ’Mathematics Form 4’

serta rakan-rakan lain yang terlibat secara langsung atau tidak di atas doa, dorongan,

sokongan danbantuan yang diberikan sehingga projek ini dapt dihailkan. Jasa kalian

amat dihargai.

Wassalam

Page 8: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang

berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek e-pembelajaran bertajuk

‘Sets’ dan ‘Trigonometry II’ ini telah memilih sistem pengurusan kursus, MOODLE

yang mampu menyediakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan mewujudkan

persekitaran konstruktivisme sosial di mana guru, pelajar dan bahan pembelajaran

saling berinteraksi di antara satu sama lain melalui sumber dan aktiviti interaktif

yang disediakan. Nota guru yang disediakan dalam format html dan power point ini

dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran manakala nota pelajar adalah

berdasarkan sukatan KBSM Nota guru dan nota pelajar mempunyai paparan nota

yang ringkas, padat, menarik, terkini, interaktif, set induksi yang berkaitan dengan

pengalaman dan kehidupan seharian pelajar dan disertakan juga soalan yang

memandu pelajar berfikir. Antara aktiviti interaktif yang dibangunkan dalam

MOODLE ini adalah seperti Kuiz, Hot Potatoes Quiz, Tugasan, Forum, ‘Chat’ dan

Journal. Elemen soalan kuiz dibina berdasarkan miskonsepsi dan analisis kesilapan

yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklumbalas. Sistem

pengkalan data membenarkan guru dan pelajar dapat mengikuti prestasi pelajar

berdasarkan markah, tempoh masa, kekerapan yang boleh diperolehi. Tugasan juga

diberikan dalam usaha untuk memberi peneguhan kepada pelajar khususnya. Di

dalam ruangan forum dan ’Chat’, pelajar dan guru dapat saling berinteraksi antara

satu sama lain. Pelajar juga dapat melakukan refleksi pembelajaran di dalam journal.

Projek ini telah menggunakan pendekatan bersistem model ADDIE yang

merangkumi lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan

penilaian.

Page 9: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

vi

ABSTRACT

Web based learning is viewed as an effective alternative in the process of

teaching and learning. An e-learning project entitled ‘Sets’ and ‘Trigonometry II’ has

chosen MOODLE which can support student centered learning and create social

constructivism learning where teachers, students and learning material will interact

among each other through resources and interactive activities. Teacher’s note in html

and power point format are developed based on learning objective while students’

lesson is based on KBSM. Teacher’s notes and students’ lesson provide a brief,

interesting, latest, interactive and also set induction which is related with students’

experiences and real life situation. Questions are also provided in order to guide

students to think. Interactive activities provided under MOODLE are Quiz, Hot

potatoes Quiz, Assignment, Forum, Chat and Journal. Quiz elements are developed

based on students’ misconceptions and common mistakes analysis. Every answer are

well-provided with feedbacks. The database system enable let teachers and students

monitor their marks, timing and mode of usage from the activities provided.

Assignment is given as reinforcement to students. Teacher and students will interact

with each other through forum and chat activities. This project used ADDIE

instructional design theories which contain five phase which are analysis, design,

development, implementation and evaluation.

Page 10: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

1.5.2 Guru

1.5.3 Sekolah

1.5.4 Ibu bapa dan masyarakat

7

7

7

8

8

Page 11: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

viii

1.6 Skop dan batasan projek 9

1.7 Kerangka Teori Projek 10

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Portal

1.8.2 Web Portal Pendidikan

1.8.3 ICT

1.8.4 Pelajar

12

12

12

12

13

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 E-pembelajaran

2.2.1 Definisi e-pembelajaran

2.2.2 Istilah e-pembelajaran

2.2.3 Ciri-ciri e-pembelajaran

2.2.4 Kebaikan e-pembelajaran

15

15

15

16

16

2.3 Perkembangan web portal dulu dan kini 18

2.3.1 Kelebihan Portal Pendidikan

2 .3.2 Contoh Portal Pendidikan di

Malaysia

2.3.3.1 Web Portal Pendidikan

Utusan Malaysia

2.3.3.2 Cikgu. Net

2.3.3.3 Web Sekolah Berita Harian

2.3.3.4 myschool.Net

18

18

19

19

20

20

2.4 Perisian Sumber Terbuka 21

2.4.1 Kelebihan perisian sumber terbuka 21

2.5 Sistem Pengurusan Kursus MOODLE 22

2.5.1 Rangka Keseluruhan MOODLE

2.5.1.1 Teori konstruktivisme sosial

Pengurusan laman web

MOODLE

22

22

Page 12: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

ix

2.5.1.2 Hubungan pembelajaran

matematik dan sosial

konstruktivisme

2.5.2 Pengurusan Laman Web

MOODLE

2.5.3 Pengurusan pengguna MOODLE

2.5.4 Penguusan Kursus MOODLE

2.5.4.1 Modul sumber (Resource

Module)

2.5.4.2 Modul Lesson (Lesson

Module)

2.5.4.3 Modul Kuiz (Quiz Module)

2.5.4.4 Modul Tugasan (Assignment

Module)

2.5.4.5 Modul Forum

2.5.4.6 Modul Perbualan (Chat)

2.5.4.7 Modul Jurnal (Journal

Module)

24

24

25

25

26

26

26

27

27

28

29

2.6 Kemudahan Infrastruktur yang

dilaksanakan oleh kerajaan.

29

2.7 Keberkesanan kajian luar negara 30

2.8 Keberkesanan kajian dalam negara 31

2.9 Pembelajaran matematik

2.9.1 Kesukaran dalam pembelajaran

matematik.

2.9.2 Kesilapan yang sering dilakukan

oleh pelajar dalam matematik

2.9.2.1 Kesalahan yang sering

dilakukan oleh pelajar dalam topik

‘Sets'.

2.9.2.2 Kesalahan yang sering

dilakukan oleh pelajar dalam topik

‘Trigonometry II’

33

33

34

34

37

Page 13: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

x

2.10 Penutup 39

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Kaedah Pelaksanaan

3.2.1 Analysis (Analisis)

3.2.2 Design (Rekabentuk)

3.2.3 Development (Pembangunan)

3.2.3.1 Prosedur pembangunan nota

guru (Teacher’s Note)

menggunakan sumber

(Resource)

3.2.3.2 Prosedur pembangunan nota

pembelajaran pelajar

(Students’ Lesson)

3.2.3.3 Prosedur pembangunan kuiz

(Quiz)

3.2.3.4 Prosedur pembangunan Hot

Potatoes Quiz

3.2.3.5 Prosedur pembangunan

Tugasan (Assignment)

3.2.3.6 Prosedur pembangunan

Forum

3.2.3.7 Prosdur pembangunan Chat

3.2.3.8 Prosdur pembangunan

Journal

3.2.4 Implementation ( Pelaksanaan )

3.2.5 Evaluation (Penilaian)

40

41

42

47

48

51

53

54

58

59

59

59

60

60

3.3 Penutup 61

Page 14: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xi

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 62

4.2 Web Portal ‘Mathematics Form 4’

4.2.1 Skrin ‘Login’

4.2.2 Penyusunan dan struktur

penyampain bahan e-pemebelajaran

62

63

64

4.3 Hasil projek bahan e-pembelajaran bertajuk

‘Sets’

4.3.1 Nota guru (Teacher’s Note)

4.3.2 Nota Pelajar (Students’ Lesson)

4.3.3 Kuiz (Quiz)

4.3.4 Hot Potatoes Quiz

4.3.5 Tugasan (Assignment )

4.3.6 Forum

4.3.7 Chat

4.3.8 Jurnal (Journal)

64

65

68

71

73

74

74

75

76

4.4 Hasil projek bahan e-pembelajaran

bertajuk ’Trigonometry II’

4.4.1 Nota guru (Teacher’s Note)

4.4.2 Nota Pelajar (Students’ Lesson)

4.4.3 Kuiz (Quiz)

4.4.4 Hot Potatoes Quiz

4.4.5 Tugasan (Assignment )

4.4.6 Forum

4.4.7 Perbualan (Chat)

4.4.8 Jurnal (Journal)

76

77

79

81

84

84

85

86

87

4.5 Penutup 88

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Perbincangan projek 89

Page 15: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xii

. 5.3 Keistimewaan dan kebaikan web portal

Mathematics Form 4

91

5.4 Kelemahan web portal Mathemathics

Form 4

92

5.5 Masalah yang dihadapi 92

5.6 Cadangan penambahbaikan dan

pembangunan pada masa hadapan

93

5.7 Kesimpulan 94

RUJUKAN 95

LAMPIRAN 100-146

Page 16: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Jumlah projek dan kos penyediaan infrastruktur

Program Sekolah Bestari

29

2.2 Kriteria sistem penyampaian portal pendidikan 31

2.2 Kesalahan pelajar dalam mencari set pelengkap 35

2.3 Kesalahan pelajar dalam konsep kesatuan set dan

persilangan set

35

3.1 Jadual topik yang dibangunkan serta objektif

pembelajaran

42

3.2 Rekabentuk pembinaan item soalan bagi topik

‘Sets’

44

3.3 Rekabentuk pembinaan item soalan bagi topik

‘Trigonometry II’

46

3.4 Analisis item mengikut faktor serta min 59

Page 17: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xiv

SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 10

2.1 Hubungan di antara pembelajaran jarak jauh,

pembelajaran online dan pembelajaran berasaskan

web

16

2.2 Carta alir proses penanda aras kajian 32

2.3 Kesalahan Pelajar dalam mencari set pelengkap 36

2.4 Kesalahan Pelajar mengenai konsep kesatuan set dan

persilangan set

36

2.5 Kesilapan pelajar dalam mencari sudut sepadan 38

3.1 Lima fasa dalam model ADDIE 41

3.2 Carta alir pembangunan nota guru (Teacher’s Note) 48

3.3 Skrin Upload a File 49

3.4 Skrin Turn Editting On 49

3.5 Skrin Add a Resource and Link to a file or Web Page 50

3.6 Skrin Link to a file or Web Page 50

3.7 Carta alir pembangunan Students’ Lesson 51

3.8 Skrin Add an activityLesson 52

3.9 Skrin Add Branch Table 52

3.10 Skrin Add Branch Table pada bahagian bawah 53

3.11 Carta alir pembangunan kuiz (Quiz) 53

3.12 Skrin Editting Multiple Choice Question 54

3.13 Carta alir pembangunan Hot Potatoes Quiz 55

3.14 Skrin RegisterHot Potatoes 56

3.15 Skrin Jcross 57

3.16 Skrin JMatch 58

Page 18: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xv

3.17 Carta alir pembangunan Assignment 58

3.18 Carta alir pembangunan aktiviti Chat 59

3.19 Carta alir pembangunan aktiviti Journal 59

4.1 Skrin Login 63

4.2 Skrin Create new account 63

4.3 Skrin Mathematics Form 4 64

4.4 Skrin Main Menu topik ‘Sets’ 65

4.5 Skrin permulaan nota guru bagi topik ‘Sets’ 66

4.6 Skrin set induksi bergambar topik ‘Sets’ 67

4.7 Skrin set induksi berbentuk soalan bagi topik ‘Sets’ 67

4.8 Skrin soalan dalam nota guru bagi topik ‘Sets’ 68

4.9 Skrin muat turun power point nota guru topik ‘Sets’ 68

4.10 Skrin awal nota pelajar topik ‘Sets’ 69

4.11 Skrin nota pelajar ‘Sets’ dan butang navigasi 70

4.12 Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota pelajar

‘Sets’

70

4.13 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi

topik ‘Sets’

71

4.14 Skrin maklum balas bagi jawapan yang kurang tepat

bagi tajuk ‘Sets’

72

4.15 Skrin paparan pengkalan data ‘Practice Sets’ 72

4.16 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ topik ‘Sets’ 73

4.17 Skrin Assignment bagi topik ‘Sets’ 74

4.18 Skrin forum bagi topik ‘Sets’ 75

4.19 Skrin aktiviti Chat bagi topik ‘Sets’ 75

4.20 Skrin journal bagi topik ‘Sets’ 76

4.21 Skrin Main Menu topik ‘Trigonometry II’ 77

4.22 Skrin Main Menu bagi nota guru ‘Trigonometry II’ 78

4.23 Skrin set induksi bagi topik ‘Trigonometry II’ 78

4.24 Skrin memuat turun power point nota guru topik

‘Trigonometry II’

79

4.25 Skrin awal nota pelajar Trigonometry II’ 80

4.26 Skrin nota pelajar dan butang navigasi ’Trigonometry 80

Page 19: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xvi

II’

4.27 Skrin latihan dan maklumbalas dalam nota pelajar

’Trigonometry II’

81

4.28 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang betul bagi

kuiz ‘Trigonometry II’

82

4.29 Skrin maklumbalas bagi jawapan yang salah bagi kuiz

‘Trigonometry II’

83

4.30 Skrin pengkalan data ‘Practice Trigonometry II’ 83

4.31 Skrin ‘Hot Potatoes Quiz’ bagi topik ‘Trigonometry

II’

84

4.32 Skrin Assignment bagi topik ‘Trigonometry II’ 85

4.33 Skrin forum bagi topik ‘Trigonometry II’ 86

4.34 Skrin aktiviti Chat bagi topik ‘Trigonometry II’ 87

4.35 Skrin Journal bagi topik ‘Trigonometry II’ 88

Page 20: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xvii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning Environment

HTML - Hypertext Markup Language

JPEG - Joint Photographic Experts Group

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

ABM - Alat Bantu Mengajar

Page 21: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Rekabentuk item soalan kuiz bagi

topik ‘Sets’

100

B Rekabentuk item soalan kuiz bagi

topik ‘Trigonometry II’

127

Page 22: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam menuju era abad ke 21, teknologi maklumat telah membawa

perubahan yang dinamik dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan khususnya

pendidikan sains dan matematik telah diberi keutamaan dalam merealisasikan

perkembangan sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menggerakkan institusi pendidikan bagi melahirkan generasi celik IT

melalui proses pendidikan di sekolah.

Kurikulum pendidikan telah digubal dari semasa ke semasa seiring dengan

perubahan pesat teknologi yang berlaku di mana kurikulum baru mengandungi

literasi maklumat dan komunikasi dengan menggunakan sains dan teknologi

(Rozinah, 2007). serta lebih menekankan kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai

murni. Dalam masa lima dekad kebelakangan ini, kurikulum Matematik Sekolah di

Malaysia telah mengalami perubahan yang signifikan. Setiap perubahan kurikulum

matematik, daripada bentuk tradisi kepada bentuk KBSM dilakukan secara terancang

berdasarkan perkembangan semasa yang memerlukan kefahaman matematik yang

lebih canggih dan mencabar (Noor Azlan, 2004).

Matematik yang perlu diajar sentiasa mengalami perubahan, bukan statik

kerana keperluan matematik sentiasa berubah selari dengan kemajuan sains dan

teknologi yang pesat berkembang (Noor Azlan, 2004). Perubahan kepada ICT tidak

Page 23: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

banyak berlaku di Malaysia kerana penggunaannya terhad. Pada 1920-an,

penggunaan komputer setakat memberi markah ujian dan memberi maklumbalas

kepada pelajar. Kemudian pembelajaran berbantukan komputer diperkenalkan pada

1996 berkonsepkan arahan berbantukan komputer. Antara fungsinya menyampaikan

konsep, teori, latih tubi, simulasi, tutorial, penyelesaian masalah dan permainan.

Kemudian, teknologi multimedia mula berkembang menyebabkan industri internet

berkembang pesat. Perkembangan internet merubah bentuk pengajaran dan

pembelajaran kepada e-pembelajaran.

E-pembelajaran yang berkonsepkan pembelajaran menggunakan media

elektronik sebagai pengantaraan semakin meluas diaplikasikan dalam pendidikan

terutamanya matematik. Menurut Rozinah (2007), e-pembelajaran telah mengatasi

banyak masalah cara pengajaran berbentuk tradisional dan telah merangkumi banyak

aspek pembelajaran seperti Computer Based Training (CBT) kepada Learning

Management System (LMS) dan Course Management System (CMS).

Salah satu cabang e-pembelajaran yang semakin meluas diaplikasikan ialah

portal pembelajaran. Sehingga kini, portal pembelajaran semakin berkembang

melalui pengguna internet kerana portal pembelajaran merupakan pintu laluan yang

menyalurkan informasi dan bahan yang terkini menerusi internet .

Matematik ialah suatu bidang yang mempunyai keindahan yang tersendiri.

(Noor Azlan, 2004). Dengan kemudahan teknologi ICT dan unsur multimedia dalam

dunia pendidikan matematik kini, keindahan Matematik lebih mudah ditonjolkan

menyeronokkan. Matematik bukanlah melambangkan nombor semata-mata tetapi

mereka menyedari bahawa matematik berkait rapat dengan kehidupan sebenar

mereka. Oleh itu, keindahan Matematik itu haruslah dibina dari peringkat sekolah.

Dengan penggunaan web portal dalam pendidikan matematik, keindahan matematik

lebih terserlah dan ini akan dapat meningkatkan minat pelajar dan persepsi pelajar

terhadap matematik.

Page 24: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

Konsep matematik dalam pelbagai bentuk interaktif dan terkini juga dapat

dipelbagaikan melalui pembangunan web portal matematik. Pembangunan web

portal matematik ini bukan sahaja dijangkakan dapat meningkatkan prestasi

matematik malah kemahiran softskills dan generik dapat diterapkan. Teknologi ICT

perlulah dimanfaatkan sepenuhnya dan menggunakan pendekatan yang sesuai supaya

keberkesanan P&P dapat dicapai. Tambahan pula pelaksanaan kurikulum di sekolah

memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan

kehendak pendidikan masa kini dan masa depan (PPK 2001). Ini selari dengan

matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) untuk menghasilkan

pendidikan berkualiti untuk semua pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam menuju era abad ke 21, penggunaan ICT dalam pendidikan antara

aspek yang ditekankan dalam pembangunan modal insan disamping menerapkan

pembelajaran sepanjang hayat dan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Kewujudan

teknologi baru telah memberi peluang dan kemudahan yang luas dalam bidang

pendidikan. Kementerian sememangnya peka terhadap kualiti P&P dalam bilik

darjah (Noor Azlan, 2004 ). Maka tidak hairanlah jika banyak institusi pendidikan

dan sekolah telah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam membantu usaha kerajaan

untuk membangunkan modal insan.

Hasil dari pemesatan teknologi ICT yang pesat kini, pembelajaran

berbantukan komputer tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya dan menjadi

perintis kepada perkembangan ICT dalam pendidikan matematik. Ini selari dengan

objektif KBSM matematik bukan sahaja menekankan kepada penggunaan teknologi

yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan

masalah, meneroka ilmu matematik malah ingin menjadikan pelajar bersikap positif

terhadap matematik dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik (PPK

2000).

Page 25: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

Guru juga tidak dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran matematik di

kelas ekoran daripada tugas guru di era elektronik kian mencabar (Mat Jizat 2005).

Guru merupakan pengantara yang sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu

kurikulum (Noor Azlan, 2004). Guru bukan sahaja mendidik dan melahirkan pelajar

yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga memiliki kemahiran lain seperti

kemahiran menggunakan komputer. Tambahan pula dengan kesibukan guru di

sekolah, tidak semua pelajar dalam sesebuah kelas mendapat perhatian dan ilmu

yang diberikan. Akibat daripada tugas mereka yang pelbagai, guru tidak mempunyai

banyak peluang menganalisis serta merangka langkah-langkah secara terancang

untuk menterjemahkan kehendak kurikulum.

Sistem pendidikan tradisional yang berpusatkan guru juga kurang relevan

untuk diaplikasikan di dalam kelas matematik pada masa kini dan ia menjadikan

suasana pembelajaran kurang kondusif. Bahan bantu mengajar pula kurang

diaplikasikan. Pelajar lebih menjadi pasif dan menjadi kurang bermotivasi untuk

belajar. Pelajar menjadi bosan, kurang berminat matematik dan tidak mahu belajar

dan menganggap matematik suatu subjek yang sukar. Kefahaman pelajar secara

totalnya tidak dapat dinilai di dalam kelas. Penekanan lebih tertumpu kepada hasil

pembelajaran bukannya proses pembelajaran.

Menurut Jamalludin (2003), jumlah pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas

juga menyebabkan kurangnya interaksi antara pelajar dan guru. Interaksi antara

guru dan pelajar menjadi lebih terbatas serta tahap kefahaman pelajar juga sukar

dinilai. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran

kurang berkesan.

Jika kita lihat senario sistem pendidikan matematik sekarang ini, pengajaran

guru matematik lebih tertumpu kepada penggunaan buku teks semata-mata ‘content

oriented’ dan lebih ke arah ‘exam oriented’ secara linear dan tanpa perubahan bahan

dan sumber maklumat matematik menjadi terhad dan tidak meluas. Dengan

pembangunan web portal ’Mathematics Form 4’ ini juga sememangnya dapat

meningkatkan proses capaian maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan yang

lebih cepat dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah, interaktif,

Page 26: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

seronok dan menggembirakan. Pelajar pula diberi peluang untuk memilih teknik

belajar yang bersesuaian dengan diri mereka, membentuk pengetahuan sendiri dan

mengalami suasana yang menarik dan menyeronokkan.

Persepsi pelajar terhadap matematik sebagai suatu subjek yang sukar

bukanlah alasan yang boleh diterima pakai lagi. Berbekalkan teknologi terkini dalam

pendidikan, konsep yang abstrak dan sukar difahami dapat dipermudahkan dengan

pelbagai pendekatan yang lebih interaktif dan menarik. Konsep yang abstrak dan

memerlukan daya imaginasi yang tinggi dapat dikurangkan melalui e-pembelajaran.

(Rozinah 2007). Perkaitan dan pengaplikasian matematik dengann dunia sebenar

juga antara aspek yang berjaya ditekankan melalui penggunaan teknologi.

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan

matematik. Kemahiran menyelesaikan masalah matematik juga boleh

menggambarkan kemampuan seseorang pelajar dalam menangani masalah kehidupan

seharian. Latihan matematik yang kurang di kelas dan tidak pelbagai menyebabkan

pelajar tidak memiliki kemahiran mnyelesaikan masalah. Faktor kesibukan guru

matematik untuk mengejar silibus di kelas menyebabkan guru tidak dapat

menyediakan latihan intensif dan mempelbagaikan kaedah mengajar kepada pelajar.

Sistem pendidikan matematik dahulu lebih menumpukan kepada penguasaan

pengiraan dan kemahiran menghafal fakta dan formula berbanding dengan tahap

kefahaman pelajar terhadap konsep sebenar matematik. Konsep sebenar matematik

boleh dipermudahkan dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian pelajar. .

Selain itu, portal pendidikan sedia ada juga terdapat juga kekurangan di mana

terdapat laman web portal yang tidak mempunyai perkhidmatan database yang

lengkap dan terkini dari segi sumber nota dan latihan kepada pengguna. Portal

pendidikan sedia ada dibincangkan di dalam bab dua. Selain itu juga bahasa yang

digunakan masih lagi tidak berdasarkan kepada kurikulum sains dan matematik

dalam bahasa Inggeris. Bagi ruangan kuiz dan latihan pula, soalan tidak pelbagai

dan juga langkah penyelesaian tidak ditunjukkan dengan sistematik apabila pelajar

Page 27: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

memberikan jawapan yang salah. Maklum balas yang diberikan kurang efektif

kerana melibatkan penghantaran melalui email. Selain itu faktor motivasi juga

kurang diberi penekanan.

Jelasnya, web portal Mathematics Form 4 boleh dijadikan bahan sokongan

alat bantu mengajar kerana menurut Lim Chap Sam (2003), ABM meningkatkan

penguasaan pelajar terhadap konsep matematik, menyediakan suasana pembelajaran

yang seronok dan meningkatkan motivasi instrinsik.

1.3 Pernyataan Masalah

Pembelajaran Matematik dahulu dan kini tidak dapat lari dari masalah. Guru

matematik tidak mempellbagaikan kaedah mengajar di kelas dan masih

mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional yang kurang relevan untuk

diaplikasikan sekarang. Pengajaran matematik di kelas juga kurang berpusatkan

pelajar. Pelajar hilang minat terhadap matematik mungkin disebabkan oleh sistem

pengajaran yang statik dan kurang bersistematik serta konsep yang abstrak dan

kurang difahami oleh pelajar. Pelajar juga sering melakukan kesalahan lazim dalam

matematik. Sila rujuk bab 2 dan bahagian lampiran. Selain itu, portal pendidikan

sedia ada tidak dapat menyediakan bahan terkini dari masa ke semasa. Justeru itu,

projek ini dibangunkan sebagai bahan sokongan terbaik dalam aktiviti pengajaraan

dan pembelajaran matematik dengan mewujudkan bahan pengajaran yang berkualiti

dari segi kualiti, kuantiti, kos yang efektif, aktiviti dan perkhidmatan database.

Page 28: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN · PDF filememadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ... nota pelajar mempunyai paparan nota yang ringkas,

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk

i. Membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE bagi tajuk

‘Sets’

ii. Membangunkan bahan e-pembelajaran berasaskan MOODLE bagi tajuk

‘Trigonometry II’

yang merangkumi Nota guru berformat Resource, Nota Pelajar berformat Lesson,

Kuiz (Quiz), Hot Potatoes Quiz, Tugasan (Assignment), Forum, Chat (Perbualan)

dan Journal (Jurnal)