pemasangan & pengujian sistem komputer mikro

14
PEMASANGAN & PENGUJIAN SISTEM KOMPUTER MIKRO. PENGENALAN Langkah keselamatan ketika membaik pulih adalah bertujuan menjaga supaya tidak berlaku kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada penyelenggara dan kerosakan yang lebih besar pada alat yang dibaiki, dipasang atau alat-alat yang digunakan. Langkah-langkah ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu sebelum menyelenggara, semasa menyelenggara dan selepas menyelenggara. PERALATAN DAN KAWASAN KERJA PEMASANGAN KOMPUTER Bagi menjalankan proses pemasangan komputer perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan. a) Sebelum Menyelenggara a) Keadaan tempat menyelenggara i. Pastikan kawasan yang luas dan selesa. ii. Cahaya yang cukup terang iii. Suhu yang sesuai untuk alat-alat elektronik iv. Penebat lantai yang baik seperti getah v. Punca bekalan yang mencukupi vi. Peralatan baikpulih tersusun vii. Jauh dari gegaran b) Meja Senggaraan i. Cukup lebar untuk menempatkan alat-alat pengujian dan alat yang dibaiki. ii. Kedudukan yang sesuai dengan bangku penyelenggaraan c) Alat-alat Senggaraan i. Mempunyai alat-alat asas yang mencukupi dan sesuai. ii. Ada penstabil voltan dan bekalan kuasa sementara. iii. Mempunyai manual seperti litar skematik dan data komponen. iv. Alat pengujian yang mencukupi b) Semasa Menyelenggara 1. Tentukan tiada cas statik semasa membuka perkakasan dan komponen komputer. 2. Menggunakan alat-alat yang sesuai dan betul semasa membuka perkakasan komputer seperti : i. Menggunakan pemateri yang sesuai (15 Watt hingga 18 Watt) 1

Upload: fazrul-rosli

Post on 30-Jul-2015

297 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

PEMASANGAN & PENGUJIAN SISTEM KOMPUTER MIKRO.

7.0 PENGENALAN

Langkah keselamatan ketika membaik pulih adalah bertujuan menjaga supaya tidak berlaku kemalangan yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada penyelenggara dan kerosakan yang lebih besar pada alat yang dibaiki, dipasang

atau alat-alat yang digunakan. Langkah-langkah ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu sebelum

menyelenggara, semasa menyelenggara dan selepas menyelenggara.

7.1 PERALATAN DAN KAWASAN KERJA PEMASANGAN KOMPUTER

Bagi menjalankan proses pemasangan komputer perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan.

a) Sebelum Menyelenggara

a) Keadaan tempat menyelenggara

i. Pastikan kawasan yang luas dan selesa.

ii. Cahaya yang cukup terang

iii. Suhu yang sesuai untuk alat-alat elektronik

iv. Penebat lantai yang baik seperti getah

v. Punca bekalan yang mencukupi

vi. Peralatan baikpulih tersusun

vii. Jauh dari gegaran

b) Meja Senggaraan

i. Cukup lebar untuk menempatkan alat-alat pengujian dan alat yang dibaiki.

ii. Kedudukan yang sesuai dengan bangku penyelenggaraan

c) Alat-alat Senggaraan

i. Mempunyai alat-alat asas yang mencukupi dan sesuai.

ii. Ada penstabil voltan dan bekalan kuasa sementara.

iii. Mempunyai manual seperti litar skematik dan data komponen.

iv. Alat pengujian yang mencukupi

b) Semasa Menyelenggara

1. Tentukan tiada cas statik semasa membuka perkakasan dan komponen komputer.

2. Menggunakan alat-alat yang sesuai dan betul semasa membuka perkakasan komputer seperti :

i. Menggunakan pemateri yang sesuai (15 Watt hingga 18 Watt)

ii. Menggunakan penarik (extractor) untuk keluar cip dari soket.

iii. Menggunakan ‘sucker’ atau ‘braided-wick’ untuk membuang pateri.

iv. Menggunakan manual atau rujukan yang betul.

c) Selepas Menyelenggara

1. Pastikan semua sambungan telah dibuat dengan betul.

1

Page 2: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

2. Pastikan tiada lebihan pateri tertinggal.

3. Pastikan casing yang sesuai dibuat atau dipasang dengan betul supaya tidak berlaku litar pintas semasa

pengujian dan diberikan bekalan pada sistem.

7.2 LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN ASAS KOMPUTER MIKRO

Pemasangan asas suatu sistem komputer mikro bermula dengan memasang papan sistem (system board) atau papan

utama (motherboard). Papan utama merupakan jantung bagi setiap komputer dan merupakan pusat kawalan dan

pengoperasian sistem komputer. Motherboard merupakan satu papan litar yang besar dan terletak di bahagian

bawah chasis unit sistem komputer mikro.

Motherboard diperbuat daripada kepingan kaca serat (fiberglass) berwarna hijau dan pada trek litarnya dipenuhi

dengan cip IC, perintang, kapasitor dan litar elektronik/digital. Rajah 7.2 (a) di bawah menunjukkan satu contoh

susunatur dalaman chasis sistem komputer mikro. Beberapa komponen seperti motherboard, bekalan kuasa dan slot

pengembangan dapat dilihat pada bahagian dalaman chasis tersebut.

Rajah 7.2 (a) Unit dalaman chasis sistem komputer mikro

2

Slot Pengembangan

Slot Kad Video, Permainan etc.

Motherboard , IC dan Mikropemproses

Kabel dan Penyambung Connectors

Unit Bekalan Kuasa dan kipas

PemacuCakera Keras Hard disc

Page 3: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

7.2 (b) Lakaran dalaman sebuah chasis komputer mikro jenis desktop

7.2 (c) Lakaran dalaman sebuah chasis komputer mikro jenis tower

Untuk memasang papan utama (motherboard) yang baru, langkah-langkah berikut boleh dilaksanakan:

1. Keluarkan penutup chasis dengan membuka kesemua skru pada chasis. Keluarkan soket palam tiga pin

daripada unit bekalan kuasa.

2. Keluarkan semua kabel dan kad-kad daripada slot perhubungan dan pengembangan (expansion and

connectors slot). Untuk memudahkan penyambungan semula, tandakan setiap kabel dan penyambung serta

kad yang telah dikeluarkan.

3. Keluarkan papan utama dari unit sistem.

4. Sambungkan motherboard yang baru dan sambungkan semula semua kabel, penyambung dan cip-cip

ingatan yang mungkin boleh digunakan semula.

5. Pastikan pengikat (standoff) dipasang dengan betul dan pemsangan pengikat berbeza-beza mengikut jenis

komputer. Pengikat memastikan motherboard berada pada kedudukan yang tetap dan kukuh di dalam

chasis.

6. Akhir sekali masukkan semula slot pengembangan, kad-kad video, kabel sambungan ke unit bekalan kuasa

dan kabel ke kawalan pemacu cakera.

7. Sambungkan peranti-peranti seperti monitor dan papan kekunci. Hidupkan (ON) bekalan kuasa dan buat

pengujian asas sama ada motherboard yang baru dapat beroperasi dengan baik atau tidak.

7.2.1 Memasang mikropemproses (CPU)

Mikropemproses ialah cip litar bersepadu (Integrated Circuit) yang berbentuk segi empat bujur (contoh Intel 8088)

atau berbentuk segi empat sama (contoh Intel 80286, 80486, Pentium dsb.). Komputer IBM XT menggunakan

mikropemproses 8088 yang dipasang pada bahagian atas kanan papan utama. Setiap cip mikropemproses dapat

dikenalpasti melalui aksara (huruf/nombor) yang tertulis pada badan cip IC berkenaan.

3

Page 4: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

7.2.1 (a) Susunatur satu motherboard komputer terkini

Aksara pada badan cip IC menyatakan tentang jenis litar bersepadu tersebut, kelajuan dalam megahertz (MHz) dan

pengilangnya. Jenis mikropemproses juga dikenali berdasarkan kelebaran saiz bas datanya di mana terdapat

mikropemproses 8 bit (8085), 16 bit (80286), 32 bit (80486), 64 bit (Pentium) dan sebagainya di pasaran.

Mikropemproses yang bermula dengan nombor 6 seperti 6800, 68000, 6812 dan sebagainya merupakan

mikropemproses keluaran Motorola. Intel mengeluarkan mikropemproses keluarga 8.

Terdapat slot khas yang dipasang siap di atas motherboard dan pengguna hanya perlua meletakkan cip

mikropemproses ini pada slot berkenaan. Kebanyakkan mikropemproses yang terkini seperti Intel Pentium dan Intel

Itanium yang mempunyai kelajuan pemprosesan tinggi memerlukan satu kipas tambahan dipasang di atas badan cip

IC untuk menstabilkan suhu cip. Rajah 7.2.1 (b) di bawah menunjukkan cip mikropemproses Intel Pentium II yang

ada di pasaran.

Rajah 7.2.1 (b) Mikropemproses Intel Pentium II

7.2.2 Memasang cip Math Coprocessor

Hampir kesemua motherboard komputer XT terdapat soket kosong yang terletak di sebelah kanan mikropemproses

untuk meletakkan cip math co-processor untuk meningkatkan keupayaan kerja-kerja memproses pengiraan yang

rumit. Untuk komputer IBM jenis AT, cip Intel 80286 memerlukan math co-processor 80287 untuk meningkatkan

4

Page 5: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

keupayaan pemprosesannya. Kebanyakkan cip mikropemproses yang terkini tidak lagi memerlukan soket tambahan

untuk cip math co-processor kerana telah mempunyai math co-processor yang terbina di dalamnya (built-in).

7.2.3 Memasang cip ingatan ROM BIOS dan RAM BIOS

Terdapat bebrapa soket di atas motherboard yang dikhaskan untuk meletakkan cip IC untuk ingatan ROM BIOS atau

RAM BIOS. Terdapat juga soket untuk cip IC ingatan yang lain seperti Flash RAM, SRAM/DRAM, dan cache

RAM. Biasanya motherboard telah melabelkan soket IC tersebut pada bahagian hujung soket untuk memudahkan

pemasangan. Sesetengah komputer menggunakan cip RAM jenis CMOS yang memerlukan penyambungan kepada

satu bateri (3V ~ 18V). Pastikan kabel penyambung pada bateri dan kedudukan pin IC dipasang dengan betul.

7.2.4 Memasang slot perhubungan dan pengembangan (connectors and expansion slot)

Slot penyambung dan pengembangan merupakan slot untuk membolehkan kad-kad kawalan seperti kad untuk

permainan, kad paparan video, kad bunyi, kad modem dan aplikasi yang lain boleh digunakan dan ditambah ke

dalam satu sistem komputer mikro. Deretan slot-slot ini dapat dilihat pada bahagian tepi motherboard di mana slot

penyambung daripada kad dapat dikeluarkan pada panel belakang chasis. Kad-kad ini merupakan satu litar

elektronik yang membolehkan litar bersambung atau berhubung dengan motherboard jika kad dimasukkan ke dalam

slot pengembangan.

7.2.5 Memasang suis DIP

Kebanyakkan komputer peribadi mempunyai suis DIP pada motherboard yang digunakan untuk menetapkan

maklumat sistem (system configuration) seperti jenis mikropemproses, jenis math co-processor, bilangan pemacu

cakera, jenis paparan dan jumlah kapasiti ingatan. Suis-suis DIP ini dinamakan SW1 dan SW2 dan dilabelkan di atas

motherboard.

7.2.6 Memasang pelompat (jumper)

Hampir kesemua komputer peribadi menggunakan pelompat (jumper) yang digunakan untuk menentukan jenis kad

video, kad paparan video, konfigurasi cakera keras, ingatan pada papan utama dan kelajuan komputer berkenaan.

Kedudukan pelompat berbeza-beza di antara satu komputer dengan komputer yang lain.

7.2.7 Memasang bekalan kuasa, penyambung kuasa (power connector) dan kipas

Penyambung kuasa dan unit bekalan kuasa terletak bersebelahan antara satu sama lain di atas motherboard. Kabel

warna (ribbon cable) yang membawa bekalan kuasa dari unit bekalan kuasa akan disambungkan ke dalam soket

yang disediakan pada motherboard untuk kegunaan keseluruhan litar dan komponen-komponen elektronik dan

digital di atas motherboard. Kipas dipasangkan pada bahagian belakang unit bekalan kuasa untuk menetapkan suhu

5

Page 6: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

unit bekalan kuasa. Kipas ini biasanya boleh dilihat pada bahagian belakang luaran chasis CPU satu komputer

mikro.

7.2.8 Memasang lampu LED dan sambungannya

Lampu LED disambungkan pada panel hadapan sistem komputer mikro atau pada panel hadapan luaran satu chasis

komputer mikro. Ia berfungsi sebagai indicator atau penunjuk untuk menyatakan bekalan kuasa telah dihidupkan

(ON), data sedang dibaca atau ditulis dari/ke cakera keras atau butang RESET telah ditekan. Biasanya lampu LED

yang mewakili cakera keras disambung terus kepada cakera berkenaan di dalam chasis dan bukannya disambungkan

pada motherboard.

7.2.9 Memasang bateri (jika ada)

Sesetengah komputer peribadi dilengkapkan dengan satu jam dalaman (internal clock). Bagi membolehkan jam ini

berfungsi, ia memerlukan sebuah bateri untuk beroperasi semasa komputer dimatikan (OFF). Kedudukan bateri ini

berbeza-beza mengikut jenis pengilang dan komputer. Biasanya bateri terletak di bahagian dalaman belakang panel

chasis. Terdapat bateri yang dilekatkan pada motherboard menggunakan penyepit (clip) an ada yang dipaterikan

terus (soldered) pada motherboard. Bateri juga biasanya disambungkan kepada cip CMOS RAM untuk memastikan

cip dapat berkendali dengan bekalan yang tetap dan data lebih selamat walaupun ada gangguan bekalan kuasa pada

sistem.

7.2.10 Memasang alat pembesar kuasa (speaker)

Alat pembesar suara di pasang dengan muka depan pembesar di pasang menghadap bahagian luar chasis (biasanya

lubang-lubang halus ditebuk pada chasis). Terdapat satu kabel penyambung yang menghubungkan pembesar suara

dengan pelompat pada motherboard. Biasanya pembesar suara yang dimaksudkan adalah pembesar suara dalaman

dan bukannya peranti pembesar suara luaran yang dapat kita lihat pada komputer mikro jenis multimedia sekarang

ini.

7.2.11 Memasang kad paparan video (video card)

Kad paparan video disambungkan pada slot-slot pengembangan yang terletak di dalam chasis CPU. Kad-kad yang

dislotkan bersambung kepada motherboard melalui beberapa kabel penyambung. Biasanya penambahan kad pada

sistem memerlukan pengguna memasukkan pemacu yang serasi dengan kad tersebut. Rajah 7.2.11 menunjukkan

port luaran daripada setiap jenis kad paparan video MDA, CGA, EGA dan VGA.

6

Page 7: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

Rajah 7.2.11 Perbandingan susunatur bagi papan penyambungan kad video tipikal

7.3 APLIKASI PEMASANGAN DAN PENGUJIAN ASAS KOMPUTER MIKRO

7.3.1 Alat pembesar suara

Alat pembesar suara boleh dianggap sebagai sebahagian daripada motherboard kerana ia hanya disambungkan

kepada pelompat yang terletak di atas motherboard. Kaedah yang paling mudah untuk menguji pembesar suara

adalah dengan memulakan operasi komputer (switched ON power).

Sebaik sahaja komputer dihidupkan dan beroperasi, akan kedengaran satu bunyi ‘beep’ di akhir ujian kendiri POST

(Power On Self Test) pada satu sistem komputer mikro yang menandakan pembesar suara berfungsi. Bunyi ‘beep’

ini ditafsirkan oleh komputer yang menunjukkan beberapa perkara seperti berikut:

Satu ‘beep’ panjang dan diikuti dengan dua ‘beep’ pendek

Komputer mungkin menghadapi masalah pada monitor atau mana-mana kabel penyambung.

Satu ‘beep’ panjang dan diikuti dengan satu ‘beep’ pendek

Komputer mungkin menghadapi masalah pada motherboard.

Satu ‘beep’ pendek

Komputer tidak menghadapi masalah.

7.3.2 Lampu penunjuk LED

Walaupun lampu LED merupakan penunjuk kepada beberapa peranti yang disambungkan kepada komputer,

kerosakan juga boleh berlaku pada LED. Untuk mengesan kerosakan pada LED, kita mestilah mengenalpasti kabel

7

Page 8: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

dan penyambungan LED pada motherboard. Beberapa pelompat digunakan untuk menyambungkan LED kepada

peranti yang berbeza. Biasanya ia akan dilabelkan di atas motherboard dan ditulis pada manual pemasangan.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa konfigurasi pelompat LED yang ditetapkan untuk satu komputer mikro:

Lampu LED Disambungkan kepada

Lampu tanda kuasa AT (AT

Power ON)J20 pada papan utama

Cakera keras pada AT J6 pada cakera keras

Cakera keras AT

P3 atau J3 atas

penyambung pelbagai

(multi connector strip)

Jadual 7.3.2 Konfigurasi Pelompat IDE

LED juga boleh diuji dengan menyambungkan satu bateri bernilai 9 Volt atau multimeter pada hujung kaki LED.

Sekiranya lampu LED menyala, bermakna LED berkeadaan baik. Jika semua penyambungan kabel dan lampu LED

berkeadaan baik, bermakna terdapat bahagian utama di atas motherboard yang rosak atau trek yang menyambungkan

pelompat dengan motherboard yang rosak.

7.3.3 Menguji Papan Utama (motherboard)

Pengujian motherboard dilakukan dengan melaksanakan operasi surihan (tracing) pada trek litar tercetak PCB

(Printed Circuit Board). Biasanya banyak masalah boleh berlaku pada tempat pertemuan pateri (solder joint) yang

melekatkan komponen kepada papan utama.

Sambungan pematerian yang kurang baik (cold or dry soldering) akan mengganggu fungsi litar sekali-sekala.

Mengenalpasti sambungan pematerian yang kurang baik agak sukar, tetapi boleh dirumuskan bahawa pateri yang

kelihatan pudar (dull) dan kasar (grainy) adalah kurang baik dan pateri yang bersih dan berkilat adalah baik.

Sambungan pateri juga boleh retak dan pecah hingga menyebabkan komponen-komponen tercabut, terutama jika ada

gegaran (vibration). Sambungan pateri yang retak dibaikpulih dengan cara menambah pateri atau memateri semula

pada sambungan yang berkenaan dengan mencairkan pateri lama. Ada juga masalah dari segi papan utama yang

pecah atau tertanggal gam di bawah surih disebabkan terjatuh atau suhu melampau.

Trek yang terputus perlu disambungkan semula dengan mematerikan kedua-dua hujung trek dengan satu wayar

penyambung. Walau bagaimanapun, wayar penyambung mungkin memberi sedikit gangguan dalam penghantaran.

Selain daripada itu, litar pintas juga boleh berlaku akibat sisa pateri, wayar atau skru yang tertinggal/terjatuh ke atas

trek surihan PCB papan utama. Kaki komponen yang terlalu panjang atau bengkok seperti perintang juga boleh

menyebabkan litar pintas. Multimeter digunakan untuk mengesan litar pintas dan juga surihan trek yang terputus

pada papan utama.

8

Page 9: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

7.3.4 Menguji bekalan kuasa

Secara asasnya bekalan kuasa boleh diuji dengan memeriksa julat voltan keluaran dari unit bekalan kuasa. Selain

daripada itu dengan menggunakan kuar logik (logic probe), kita dapat mengesan paras voltan yang dibekalkan pada

setiap cip IC ketika bekalan kuasa dihidupkan. Get-get logik -IC biasanya menerima voltan +5V untuk beroperasi.

Kuar logik akan menunjukkan nyalaan HI (5V) atau LO (0V) pada pin bekalan cip IC tersebut.

Masalah –masalah unit bekalan kuasa boleh dikesan dan diperbaiki berdasarkan jenis kerosakan seperti berikut:

a) Gangguan kuasa

Perkara ini berlaku ketika bekalan terputus sama sekali disebabkan oleh kejadian pokok tumbang, kilat, tiang

elektrik tumbang dan sebagainya. Biasanya apabila perkara ini terjadi, tidak semua komponen dalam komputer

kehilangan kuasa serentak dan berada di dalam keadaan terapung (hang).

Ini boleh menyebabkan kerosakan pada maklumat yang sedang disimpan ke dalam cakera atau sedang diproses.

Penggunaan AVR (Average Voltage Regulator) pada sambungan unit bekalan kuasa memberikan masa untuk

pengguna menyimpan maklumat dan mematikan komputer dengan cara yang betul beberapa minit selepas

bekalan kuasa terputus.

b) Voltan rendah

Voltan rendah berlaku bila bekalan kuasa yang disalurkan dari talian pendawaian utama terlebih kuasa

(overload). Bekalan kuasa yang dibekalkan akan berkurang (bukan 240V), tetapi kebanyakkan peralatan

komputer masih dapat berkendali dengan baik jika voltan berkurang sehingga 190V sahaja.

c) Voltan tinggi

Voltan tinggi berlaku disebabkan surge dan berlaku semasa proses pensuisan pada litar pencawang. Ia jarang

berlaku tetapi lebih merbahaya dan boleh merosakkan banyak bahagian unit bekalan kuasa dan komputer.

d) Voltan tinggi mendadak (spike)

Voltan tinggi mendadak dan kemudian turun tiba-tiba (spike) terjadi disebabkan pengaruh kilat pada kabel

pencawang. Sejenis alat yang dipanggil surge protector boleh melindungi semua peralatan elektrik dan

komputer dari gangguan spike. Pastikan peralatan elektrik dan komputer melalui unit surge protector untuk

menjamin keselamatan peralatan.

e) Gangguan hingar

Bunyi, hingar dan ‘noise’ merujuk kepada jenis gangguan yang sama iaitu gangguan pada isyarat ulang alik

(A.U) yang disambungkan pada bekalan kuasa. Bunyi boleh mnyebabkan isyarat yang dihantar pada peralatan,

terutamanya peralatan digital sukar difahami dan komputer mungkin tidak dapat beroperasi dengan betul.

Gangguan

bunyi boleh disebabkan oleh pancaran frekuensi radio/TV, telefon bimbit, lampu kalimantang dan peralatan

elektronik pada sistem kereta.

f) Kejatuhan kuasa (drop out)

9

Page 10: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

Kejatuhan bekalan kuasa seketika biasanya disebakan gangguan semasa proses pensuisan pada pencawang. Oleh

kerana kejatuhan ini adalah singkat dan kecil nilainya, ia tidak banyak mengganggu operasi bekalan kuasa dan

komputer.

7.4 APLIKASI PEMASANGAN DAN PENGUJIAN PERANTI DAN PERSISIAN KOMPUTER MIKRO

7.4.1 Pemasangan Pemacu Cakera Keras & Pemacu Cakera Optik.

Sebelum pengguna memasang cakera keras atau cakera optik, pengguna harus mengetahui port

sambungan bagi sebuah cakera keras atau cakera optik tersebut.

Terdapat 3 jenis port yang harus diketahui oleh pengguna iaitu port IDE, port bekalan kuasa dan port

pelompat (jumper) iaitu port yang menentukan cakera keras berkenaan menjadi master atau slave.

Port IDE mempunyai 50 pin seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.4.1 (a) dibawah. Pin-pin ini

mempunyai fungsi yang tersendiri.

Port bekalan kuasa pula mempunyai 4 pin manakala port pelompat mempunyai 8 pin.

10

Page 11: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

Rajah 7.4.1 (a) Fungsi pin-pin IDE bagi sebuah cakera keras.

Semasa memasang kabel pada cakera keras atau cakera optik, pengguna harus tahu membezakan

diantara kabel bekalan kuasa dan kabel IDE.

Kebel IDE mempunyai 50 jalur wayar yang mana salah satu daripada wayarnya ditandakan dengan

warna merah manakala kabel bekalan kuasa pula mempunyai hanya 4 wayar sahaja.

Semasa memasang kabel berkenaan, pastikan kedudukan kabel IDE yang ditandakan dengan warna

merah dipasang secara bersebelahan dengan kabel bekalan kuasa yang berwarna merah.

Selepas itu barulah pengguna boleh menetapkan samada cakera keras berkenaan menjadi slave ataupun

master.

Penetapan ini juga bergantung kepada kabel IDE berkenaan.

Kabel IDE mempunyai 3 penyambung itu satu disambungkan pada papan induk, manakala yang dua lagi

ditandakan dengan slave ataupun master.

Sekiranya pengguna menyambung cakera keras atau cakera optik pada port slave ataupun master,

pengguna juga harus menetapkan cakera keras atau cakera optik berkenaan menerusi pin pelompat.

7.4. (a) Pandangan Sisi Hadapan Jenis-jenis Pemacu PC tipikal

7.4.2 Pemasangan Pemacu Cakera Liut

Secara umumnya proses pemasangan pemacu cakera liut adalah sama seperti pemasangan pemacu-

pemacu lain.

Perbezaan adalah pada penggunaan kabel IDE dan kabel bekalan kuasa sahaja kerana saiznya yang agak

kecil berbanding dengan kabel pemacu lain.

11

Page 12: Pemasangan & Pengujian Sistem Komputer Mikro

7.4.3 Pengujian Pemacu Cakera Keras, Cakera Liut dan Cakera Optik

Pemacu yang telah lengkap dipasang pada sistem komputer dapat diuji status operasinya dengan cara

melihat BIOS yang akan memaparkan status pemacu berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam rajah

7.4.3.

Dalam rajah tersebut, BIOS gagal mengesan kehadiran cakera keras pada sistem komputer dan hanya

mengesan kehadiran pemacu cakera optik jenis ATAPI-Incompatible.

Pemacu yang berfungsi akan menghasilkan nyalaan lampu dan dapat melakukan proses baca dan tulis

seperti yang diarahkan oleh pengguna.

Rajah 7.4.3 BIOS mengesan kehadiran pemacu pada sistem.

12