pemahaman pelajar tingkatan 4 aliran sains … · dan persamaan kimia. sampel terdiri daripada 100...
TRANSCRIPT
PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS SMK
KHIR JOHARI TERHADAP KONSEP MOL DAN APLIKASINYA
DALAM STOIKIOMETRI
SWARNA A/P SERI RAMALU
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS SMK KHIR JOHARI TANJONG MALIM TERHADAP KONSEP MOL DAN APLIKASINYA DALAM STOIKIOMETRI
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya : SWARNA A/P SERI RAMALU (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO 28, JALAN IKAN KELAH, PM HAJI AZIZ BIN NORDIN TAMAN SLIM, 35900 TANJONG MALIM,PERAK. Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
NAMA PENYELIA
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan : ............................................
Nama Penyelia : PM Haji Aziz Bin Nordin
Tarikh : ..............................................
ii
“saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..............................
Nama Penulis : Swarna a/p Seri Ramalu
Tarikh : ……………………
iv
PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan Projek
Sarjana Muda dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Justeru, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia
PSM iaitu Prof. Madya Haji Aziz Bin Nordin atas segala bimbingan, teguran dan
galakan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Tidak juga dilupakan ucapan penghargan buat Pn. Zauyah selaku Pengetua
sekolah SMK Khir Johari, Guru Kanan Sains iaitu Pn. Kanakithevi, Cik Noraishah
selaku guru mata pelajaran Kimia beserta pelajar-pelajar tingkatan empat aliran Sains
yang telah melibatkan diri dalam kajian ini. Segala pertolongan dan kerjasama yang
telah diberikan oleh kalian tidak akan luput dari kotak ingatan saya sampai bila-bila.
Akhir sekali, rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi banyak
pertolongan, dorongan serta tunjuk ajar kepada saya semasa menlaksanakan PSM,
jutaan terima kasih dirakamkan khas untuk mereka. Semoga hidup kalian diberkati
oleh Tuhan.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini meninjau tahap kefahaman konsep mol di kalangan pelajar
tingkatan empat aliran Sains dan aplikasinya dalam stoikiometri. Kajian ini telah
dijalankan di sekolah SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak yang melibatkan
semua pelajar tingkatan empat aliran Sains di sekolah kajian. Populasi kajian terdiri
daripada semua pelajar tingkatan 4 aliran Sains yang telah mengikuti tajuk Formula
Dan Persamaan Kimia. Sampel terdiri daripada 100 orang pelajar. Borang soal
selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Analisis data telah dijalankan
berbantukan komputer dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Menurut hasil
kajian, hanya 19.0 % responden yang menguasai bahagian konsep mol dan pemalar
Avogadro, 64.0 % responden menguasai penyelesaian masalah yang melibatkan
hubungkait mol dengan jisim bahan, bilangan zarah serta isipadu gas, 49.0 %
responden boleh menyeimbangkan persamaan kimia dan 93.0 % responden tidak
menguasai penyelesaian masalah yang melibatkan soalan-soalan stoikiometri. Secara
keseluruhan, tahap kefahaman responden terhadap konsep mol kurang mampan
mengakibatkan mereka menghadapi kesukaran mengaplikasikannya sewaktu
menyelesaikan soalan-soalan stoikiometri. Akhir sekali cadangan kajian lanjutan
telah disarankan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran pelajar dalam
tajuk yang dikaji.
vi
ABSTRACT
The purpose of this reseach is to overview the level of understanding the
‘mole concept’ among the Form 4 Science stream students and its application to
perform stoichiometry calculations. This research was carried out at SMK Khir
Johari, Tanjong Malim, Perak involving all the Form 4 Science stream students. The
population of this research consist all Form 4 Science stream students who had
studied the topic “ Formula Dan Persamaan Kimia”. There were 100 students in the
sample. Data were collected by using questionaires and were analyzed with the aid
of the latest version of SPSS software. The result showed that only 19.0 % of the
respondents mastered the ‘mole concept’ and Avogadro constant, 64.0 % of the
respondents were able to calculate the mass, number of particles present in an
element and volume of a gas by using mole, 49.0 % of the respondents could balance
chemical equations and finally 93.0 % of the respondents were unable to perform
stoichoimetry calculations. Briefly, most respondents faced difficulty applying the
‘mole concept’ to perform stoichiometry problems because they have poor level of
understanding the ‘mole concept’. Recommendations for further study concerning
this topic were suggested to help the students to overcome this problem.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
viii
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.6.1 Pelajar 5
1.6.2 Guru 5
1.6.3 Kementerian Pendidikan 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 6
1.9 Definisi Istilah 7
1.9.1 Pemahaman 7
1.9.2 Pelajar 7
1.9.3 Konsep 7
1.9.4 Aplikasi 8
1.9.5 Stoikiometri 8
1.9.6 Tinjauan 8
BAB II KAJIAN LITERATUR 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Sejarah Perkembangan Konsep Mol 9
2.3 Definisi Mol 10
2.4 Kepentingan Konsep Mol 11
2.5 Pengiraan Yang Melibatkan Persamaan Kimia
(Stoikiometri) 13
2.6 Pemahaman Konsep Mol 15
2.6.1 Pemahaman Konsep Mol Oleh
Guru 15
2.6.2 Pemahaman Konsep Mol Oleh
Pelajar 16
2.7 Penutup 17
BAB III METODOLOGI KAJIAN 18
3.1 Pengenalan 18
ix
3.2 Rekabentuk Kajian 18
3.3 Lokasi Kajian 19
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 19
3.5 Andaian Penyelidik 19
3.6 Instrumen Kajian 20
3.7 Tatacara Kajian 20
3.8 Tatacara Pengumpulan Data 21
3.9 Analisis Data 21
BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 22
4.1 Pengenalan 22
4.2 Latar Belakang Pelajar 23
4.2.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Kelas 23
4.2.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Jantina 24
4.2.3 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut
Umur 25
4.2.4 Tahap Pencapaian Responden Bagi
Subjek Sains Dalam PMR 26
4.2.5 Tahap Pencapaian Responden Bagi
Subjek Matematik Dalam PMR 27
4.2.6 Peratusan Responden Mengenai Minat
Terhadap Mata Pelajaran Kimia 28
4.2.7 Peratusan Responden Mengenai
Kefahaman Terhadap Konsep Mol 29
4.3 Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Mol
Dan Pemalar Avogadro 30
4.3.1 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B1 30
x
4.3.2 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B2 32
4.3.3 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B3 33
4.3.4 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B4 34
4.3.5 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Terhadap Konsep Mol Dan Pemalar
Avogadro 35
4.4 Kebolehan Pelajar Menyelesaikan Soalan-Soalan
Berkaitan Dengan Hubungkait Mol Dengan Jisim
Bahan, Bilangan Zarah Serta Isipadu Gas. 36
4.4.1 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C1 36
4.4.2 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C2 38
4.4.3 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C3 40
4.4.4 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C4 42
4.4.5 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C5 44
4.4.6 Respon jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C6 46
4.4.7 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Dalam Menyelesaikan Soalan-Soalan
Hubungkait Mol Dengan Jisim Bahan,
Bilangan Zarah Dan Isipadu Gas 47
4.5 Kebolehan Pelajar Menyeimbangkan Persamaan
Kimia Dan Menyelesaikan Soalan-Soalan
Stoikiometri 49
xi
4.5.1 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D1 50
4.5.2 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D2 52
4.5.3 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Dalam Menyeimbangkan Persamaan
Kimia 54
4.5.4 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D3 55
4.5.5 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D4 59
4.5.6 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Dalam Menyelesaikan Soalan-Soalan
Stoikiometri 60
4.6 Pandangan Serta Rumusan Pelajar Terhadap
Konsep Mol Dan Stoikiometri 61
4.6.1 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan E1 61
4.6.2 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan E2 62
4.6.3 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan E3 63
BAB V KESIMPULAN 65
5.1 Kesimpulan Kajian 65
5.2 Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep Mol
Dan Pemalar Avogadro 65
5.3 Kebolehan Pelajar Menyelesaikan Soalan-Soalan
Mengenai Hubungkait Mol Dengan Jisim Bahan,
Bilangan Zarah Dan Isipadu Gas 66
xii
5.4 Kebolehan Pelajar Menyeimbangkan Persamaan
Kimia Dan Menyelesaikan Soalan-Soalan
Stoikiometri 66
5.5 Pandangan Serta Rumusan Pelajar Terhadap
Konsep Mol Dan Stoikiometri 67
5.6 Pencapaian Responden Dalam Penghitungan
Berkaitan Dengan Persamaan Kimia
(Stoikiometri) 68
5.7 Implikasi Kajian 72
5.7.1 Implikasi Kajian Terhadap Guru 72
5.7.2 Implikasi Kajian Terhadap Pelajar 73
5.8 Cadangan Kajian 73
5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 74
6.0 Penutup 76
RUJUKAN 77
LAMPIRAN 79
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Kelas 23 4.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Jantina 24
4.3 Taburan bilangan Pelajar Mengikut Umur 25
4.4 Tahap Pencapaian Responden Bagi Subjek
Sains Dalam PMR 26
4.5 Tahap Pencapaian Responden Bagi Subjek
Matematik Dalam PMR 27
4.6 Peratusan Responden Mengenai Minat
Terhadap Mata Pelajaran Kimia 28
4.7 Peratusan Responden Mengenai
Kefahaman Terhadap Konsep Mol 29
4.8 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B1 30
4.9 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B2 32
4.10 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B3 33
4.11 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B4 34
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Kelas 23 4.2 Taburan Bilangan Responden Mengikut
Jantina 24
4.3 Taburan bilangan Pelajar Mengikut Umur 25
4.4 Tahap Pencapaian Responden Bagi Subjek
Sains Dalam PMR 26
4.5 Tahap Pencapaian Responden Bagi Subjek
Matematik Dalam PMR 27
4.6 Peratusan Responden Mengenai Minat
Terhadap Mata Pelajaran Kimia 28
4.7 Peratusan Responden Mengenai
Kefahaman Terhadap Konsep Mol 29
4.8 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B1 30
4.9 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B2 32
4.10 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B3 33
4.11 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan B4 34
4.12 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Terhadap Konsep Mol Dan Pemalar
Avogadro 35
4.13 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C1 36
4.14 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C2 38
4.15 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C3 40
4.16 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C4 42
4.17 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C5 44
4.18 Respon jawapan Pelajar Terhadap
Soalan C6 46
4.19 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Dalam Menyelesaikan Soalan-Soalan
Hubungkait Mol Dengan Jisim Bahan,
Bilangan Zarah Dan Isipadu Gas 47
4.20 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D1 50
4.21 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D2 52
4.22 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Dalam Menyeimbangkan Persamaan
Kimia 54
4.23 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D3 55
4.24 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan D4 59
4.25 Purata Tahap Penguasaan Pelajar
Dalam Menyelesaikan Soalan-Soalan
Stoikiometri 60
4.26 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan E1 61
4.27 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan E2 62
4.28 Respon Jawapan Pelajar Terhadap
Soalan E3 63
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Mol sebagai ‘orang tengah’ yang
menghubungkan jisim bahan,bilangan zarah
isipadu gas 14
xv
SENARAI SINGKATAN
PMR - Penilaian Menengah Rendah
JMR - Jisim Molekul Relatif
JAR - Jisim Atom Relatif
STP - Suhu Dan Tekanan Piawai
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh borang soal selidik 79
B Surat kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan 80
C Surat kebenaran daripada Fakulti
Pendidikan, UTM 81
D Surat pengesahan borang soal selidik 82
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkataan Kimia berasal daripada perkataan Arab iatu ‘al-kimiya’. Seorang tokoh
Sains yang berbangsa Inggeris iatu Robert Boyle (1627-1691) telah dianggap sebagai
peneraju kimia moden. Kimia merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang sains
yang mengkaji pelbagai bahan yang terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang
berlaku terhadap bahan-bahan tersebut apabila saling berinteraksi antara satu dengan
yang lain (Buni Sunade, 2001).
Justeru, ilmu kimia merangkumi suatu lapangan kajian yang amat luas, daripada
mengkaji zarah-zarah asas dalam suatu bahan sehinggalah kepada saling tindak antara
bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan bahan yang baru. Mata pelajaran ini
diperkenalkan kepada pelajar-pelajar aliran Sains peringkat menengah atas iatu tingkatan
4, 5 dan 6 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan serta
kemahiran yang mampan dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan
2
dan kemahiran ini berdasarkan sikap saintifik dan nilai-nilai murni untuk menyelesaikan
masalah serta membuat keputusan dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, pelajar yang mempunyai pengetahuan kimia yang kukuh boleh
melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di samping mengamalkan budaya Sains dan
Teknologi ke arah pembentukkan masyarakat bersifat ikram, dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta menghargai penciptaan alam sekitar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkataan ‘mol’ merupakan suatu konsep kimia yang unik (Kieffer, 1973).
Perkataan ini berasal daripada Latin iatu ‘moles’ yang bermaksud longgokan atau
timbunan. Dalam konteks kimia, perkataan mol membawa maksud longgokan atau
timbunan atom, molekul, ion dan sebagainya. Menurut unit SI, 1 mol ditakrifkan sebagai
kuantiti bahan yang mengandungi bilangan zarah (atom, molekul, ion) yang sinonim
dengan bilangan atom yang terdapat dalam 12.000 g karbon-12, iatu 6.023x1023 atom.
Konsep mol merupakan tiang utama kepada kebanyakan pengiraan asas dalam kimia
kerana ‘mol’ bersifat seakan-akan ‘orang tengah’ yang menjadi penghubung kepada jisim
bahan, bilangan zarah dan isipadu gas (Toh,Hon Leong, 2002).
Pengiraan-pengiraan melibatkan tindak balas kimia yang ditulis dalam bentuk
suatu persamaan kimia dikenali sebagai stoikiometri (Mickey dan Hassel, 1977).Tindak
balas kimia boleh ditafsirkan sebagai suatu proses di mana satu set bahan kimia (reaktan)
diubahkan supaya membentuk satu set bahan kimia yang baru (produk) (O’ Conner,
1977). Untuk menyelesaikan soalan-soalan stoikiometri, pelajar mesti mememahami
definisi persamaan kimia terlebih dahulu. Persamaan kimia merupakan suatu cara
penulisan untuk menghuraikan sesuatu tindak balas kimia (Goldberg, 2001). Persamaan
kimia memberitahu kita dua jenis maklumat iatu maklumat kualitatif dan maklumat
3
kuantitatif. Maklumat kualitatif memberitahu kita jenis reaktan, hasil tindak balas serta
keadaan fizik bahan tindak balas dan hasil tindak balas yang terlibat.
Melalui aspek kualitatif pula, kita boleh mengetahui kuantiti reaktan dan produk
dalam suatu tindak balas. Persamaan kimia mesti diseimbangkan demi mematuhi Hukum
Keabadian Jisim (Mitchell dan Gunstone, 1984). Menurut hukum ini, atom tidak boleh
dicipta atau dimusnahkan dalam sebarang tindak balas kimia. Bilangan mol sesuatu unsur
sebelum dan selepas tindak balas adalah sama, yakni persamaan kimia mesti
diseimbangkan agar bilangan mol unsur di sebelah kiri persamaan adalah bersamaan
dengan bilangan mol unsur yang sama di sebelah kanan (Toh, Hon Leong, 2002) .
Menurut ( Subramaniam. R, 1994) stoikiometri tindak balas memperihalkan
maklumat kualitatif dan kuantitatif dalaam suatu persamaan kimia yang seimbang.
Justeru, pelajar boleh menghitung kuantiti reaktan serta produk daripada stoikiometri
tindak balas dengan menggunakan hubungkait mol dengan jisim bahan, bilangan zarah
dan isipadu gas. Oleh yang demikian, sebarang penghitungan yang melibatkan jisim,
bilangan zarah dan isipadu gas sentiasa melibatkan penukaran kepada bilangan mol
terlebih dahulu. Pelajar yang menguasai konsep mol dengan kukuh boleh melaksanakan
segala penghitungan berkaitan dengan persamaan kimia (stoikiometri).
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, penyelidik ingin meninjau pemahaman pelajar terhadap konsep
mol serta aplikasi pemahaman tersebut untuk menyelesaikan penghitungan berkaitan
dengan persamaan kimia (stoikiometri). Kajian ini wajar dijalankan oleh penyelidik
untuk meninjau:
4
• Penguasaan pelajar terhadap konsep mol.
• Pemahaman mereka mengenai hubungkait antara mol dengan jisim bahan,
bilangan zarah serta isipadu gas.
• Kebolehan pelajar menyeimbangkan persamaan kimia.
• Kemahiran pelajar menggunakan hubungkait mol ini untuk menyelesaikan soalan-
soalan stoikiometri.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang dialami oleh pelajar
dalam memahami konsep mol serta penggunaannya bagi menyelesaikan soalan-soalan
stoikiometri. Berikut merupakan objektif kajian ini:
• Meninjau kefahaman konsep mol pelajar dalam tajuk Formula Dan Persamaan
Kimia.
• Mengenalpasti sama ada pelajar boleh menghubungkait mol dengan pemalar
Avogadro, jisim bahan, bilangan zarah dan isipadu gas.
• Kebolehan pelajar menulis suatu persamaan kimia yang seimbang.
• Kebolehan pelajar menyelesaikan penghitungan berkaitan dengan stoikiometri.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang dilakukan terhadap pelajar-pelajar tingkatan 4 aliran Sains yang
mengambil mata pelajaran Kimia mempunyai objektif-objektif seperti berikut:
5
• Adakah pelajar memahami konsep mol dalam tajuk Formula dan Persamaan
Kimia?
• Bolehkah pelajar menghubungkait mol dengan jisim bahan, pemalar Avogadro,
bilangan zarah dan isipadu gas?
• Bolehkah pelajar menulis suatu persamaan kimia yang seimbang?
• Bolehkah pelajar menyelesaikan penghitungan berkaitan dengan persamaan kimia
(stoikiometri)?