pelanggaran tatasusila agama dalam kalangan anggota ... filepelanggaran tatasusila agama dalam...
TRANSCRIPT
PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
MAHANI BINTI SAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya : MAHANI BINTI SAUD (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
ALAMAT TETAP: KG. CEMARA, SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD08700 JENIANG, Nama Penyelia KEDAH. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : Nama Penyelia : Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Tarikh : 30 APRIL 2008
PELANGGARAN TATASUSILA AGAMA DALAM KALANGAN ANGGOTA
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)
MAHANI BINTI SAUD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : Nama Penulis : Mahani binti Saud Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Khas Buat
Suami Tercinta Mohd. Zaffan bin Mat Johari
Terima kasih yang tidak terhingga
Atas dorongan dan semangat tidak pernah luput
Memimpin tanganku tatkala kulemah
Memberi kekuatan untuk ku terus membara
Ayahanda Saud bin Hj. Ismail dan Bonda Shaariah bt Shafie…
Terima kasih dari anakanda
Pengorbanan, jasa dan kasih sayangmu
Tidak akan kulupakan
Yang menjadi inspirasi dalam meniti perjalanan hidup
Kekanda Zaidi, Habsah, Hasmini dan adinda Hamdi…
Perjalanan kita masih jauh
Teruskanlah perjuangan
Buat guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu..
Terima kasih di atas segalanya
Sahabat seperjuanganku..
Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan
Segala suka duka tika bersama
Tak mungkin kulupakan
Buat selamanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan
hingga ke noktah terakhir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia
projek yang dihormati, Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad di atas segala nasihat,
dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan
PSM ini.
Ucapan terima kasih khas buat suami tercinta, Mohad Zaffan bin Mat Johari
yang banyak membantu dan memberi sokongan padu tanpa rasa jemu. Tidak lupa juga
kepada anggota tentera di unit 91 RAJD yang memberi kerjasama yang baik. Sahabat-
sahabat seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar.
Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama dalam
kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Seramai 114 orang responden
dalam kalangan anggota ATM daripada unit 91 Rejimen Bina RAJD di salah sebuah
kem di Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan
adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 32 item soalan. Nilai kebolehpercayaan
instrumen kajian ialah α=0.913. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan,
peratusan dan min data. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap
kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama berada pada tahap tinggi iaitu 4.55.
Diikuti oleh pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh anggota ATM
berada pada tahap rendah iaitu 1.32. Kemudian, faktor-faktor yang mendorong anggota
ATM melanggar tatasusila agama berada pada tahap rendah iaitu 2.03. Di akhir kajian,
penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi
perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk
penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study had been conducted to identify the level of religion law disobeyed among
Malaysian Armed Forces (MAF) personnel. 114 army personnels had been selected
from one of the camp in Kuala Lumpur as respondents. The research instrument used in
the study was set of questionnaire that contained 32 items. The reliability value of the
research instrument was α=0.913. The data gathered was analyzed using Statistical
Package for Social Science (SPSS), version 12.0 software to obtain the frequency,
percentage and mean of the data. Overall findings of the study showed that the level of
religion understanding among MAF personnel was at mean value 4.55 which can be
considered at high level. Followed by religion law disobey attitude with mean value 1.32
which was low level. Then, the factors that influence MAF personnel to disobey religion
law also with low mean value which was 2.03. At the end of the study, the researcher
had proposed several suggestions to the related parties to ensure full attention is paid
towards the studied problems. Suggestions for further research were also proposed for
further research in the future.
.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Had Kajian 8
viii
1.8 Takrifan Istilah 9
1.8.1 Anggota tentera 9
1.8.2 Tatasusila agama 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Sejarah Tentera Darat Malaysia 11
2.3 Sejarah Selepas Merdeka 14
2.4 Konfrontasi 15
2.5 Misi PBB 16
2.6 Syarat Kelayakan 17
2.6.1 Syarat Kelayakan Am 17
2.6.2 Syarat Kelayakan Akademik 17
2.6.2.1 Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek 17
2.6.2.2 Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas 18
2.6.2.3 KAGAT 19
2.6.2.4 Lain-lain pangkat 19
2.7 Misi dan Visi Tentera Darat 19
2.7.1 Profesionalisne dan Pembangunan Insan 20
2.7.2 Kepimpinan 20
2.7.3 Pengurusan 20
2.7.4 Pembangunan Tentera Darat 21
2.7.5 Perhubungan dan Imej 21
2.7.6 Pemikiran Kreatif 21
2.8 Struktur Tentera Darat 22
2.9 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 23
2.9.1 Sejarah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 23
2.9.2 Peranan Dan Tugas 24
ix
2.10 Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) 25
2.10.1 Peranan 26
2.10.2 Objektif Operasi/Bidang Tugas 26
2.10.3 Kandungan Dasar Pembinaan Mental dan 27
Kerohanian Islam (DPMKI) Angkatan Tentera
Malaysia
2.10.4 Aktiviti Harian 29
2.10.5 Aktiviti Mingguan 30
2.10.6 Aktiviti Tahunan 32
2.11 Konsep Ketenteraan Menurut Islam 33
2.11.1 Pembinaan Peribadi 34
2.11.2 Kekuatan Psikologi 35
2.11.3 Falsafah Jihad 36
2.11.4 Strategi dan Prinsip Asas Peperangan 37
2.12 Tatasusila Agama 38
2.12.1 Pelaksanaan Kewajiban Agama 39
2.12.1.1 Solat 39
2.12.1.2 Puasa 40
2.12.1.3 Zakat 41
2.12.2 Menghindari Perkara Yang Dilarang Dalam
Agama 42
2.12.2.1 Membunuh 42
2.12.2.2 Zina 43
2.12.2.3 Mencuri 44
2.12.2.4 Arak 44
2.12.2.5 Judi 45
2.13 Kajian Lepas 46
2.14 Kesimpulan 48
x
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 49
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Lokasi Kajian 50
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 50
3.5 Instrumen Kajian 51
3.6 Kajian Rintis 52
3.7 Prosedur Kajian 53
3.8 Analisis Data 54
3.9 Kesimpulan 55
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 56
4.2 Bahagian A: Latar Belakang Responden 56
4.3 Bahagian B: Tahap Kefahaman Angota ATM Terhadap
Tatasusila Agama 61
4.4 Bahagian C: Pelanggaran Tatasusila Agama Yang Sering
Dilakukan Oleh Anggota ATM 66
4.5 Bahagian D: Faktor-faktor Yang Mendorong Anggota
ATM Melanggar Tatasusila Agama 71
4.6 Kesimpulan 84
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 85
5.2 Perbincangan 85
5.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 86
xi
5.2.2 Bahagian B: Tahap Kefahaman Angota ATM
Terhadap Tatasusila Agama 87
5.2.3 Bahagian C: Pelanggaran Tatasusila Agama Yang
Sering Dilakukan Oleh Anggota ATM 90
5.2.4 Bahagian D: Faktor-faktor Yang Mendorong
Anggota ATM Melanggar Tatasusila Agama 92
5.3 Rumusan 94
5.4 Cadangan 95
5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti dan Program
Agama Yang Menyeluruh dan Terancang 96
5.4.2 Penguatkuasaan Undang-undang Yang 97
Melibatkan Semua Peringkat Anggota.
5.4.3 Penyuburan Nilai dan Pengetahuan Agama 97
5.4.4 Kepimpinan Melalui Teladan 97
5.4.5 Silibus Kursus 98
5.4.6 Penilaian Prestasi 98
5.4.7 Mengisi Perwajatan Guru Agama Pasukan 99
Dengan Guru Agama Yang Kompeten.
5.5 Kajian Lanjutan 99
5.6 Kesimpulan 100
BIBLIOGRAFI 101
LAMPIRAN 105
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 52
3.2 Prosedur Kajian 53
3.3 Jumlah Skor dan Tahap Yang Selaras Dengannya 54
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 57
4.3 Taburan Responden Mengikut Status 58
4.4 Taburan Responden Mengikut Pangkat 58
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Berkhidmat 59
4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Akademik 59
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 60
4.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 60
4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 61
4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 62
4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 62
4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 63
4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 63
4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 64
4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 64
4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 65
4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 65
4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 66
xiii
4.19 Taburan Skor Bagi Item 11 66
4.20 Taburan Skor Bagi Item 12 67
4.21 Taburan Skor Bagi Item 13 67
4.22 Taburan Skor Bagi Item 14 68
4.23 Taburan Skor Bagi Item 15 68
4.24 Taburan Skor Bagi Item 16 69
4.25 Taburan Skor Bagi Item 17 69
4.26 Taburan Skor Bagi Item 18 70
4.27 Taburan Skor Bagi Item 19 70
4.28 Taburan Skor Bagi Item 20 71
4.29 Taburan Skor Bagi Item 21 71
4.30 Taburan Skor Bagi Item 22 72
4.31 Taburan Skor Bagi Item 23 72
4.32 Taburan Skor Bagi Item 24 73
4.33 Taburan Skor Bagi Item 25 73
4.34 Taburan Skor Bagi Item 26 74
4.35 Taburan Skor Bagi Item 27 75
4.36 Taburan Skor Bagi Item 28 75
4.37 Taburan Skor Bagi Item 29 76
4.38 Taburan Skor Bagi Item 30 76
4.39 Taburan Skor Bagi Item 31 77
4.40 Taburan Skor Bagi Item 32 78
4.41 Rumusan Dapatan Kajian Tahap Kefahaman Warga Angota 78
Tentera Terhadap Tatasusila Agama
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Pelanggaran Tatasusila Agama 80
Yang Sering Dilakukan
4.43 Rumusan dapatan kajian faktor-faktor yang mendorong anggota 81
tentera melanggar tatasusila agama
xiv
SENARAI SINGKATAN
ATM Angkatan Tentera Malaysia
ATMA Akademi Tentera Malaysia
DYMM Duli Yang Maha Mulia
DPMKI Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam
IPDA Institut Pengajian Tentera Darat
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
KAGAT Kor Agama Angkatan Tentera
MAT Majlis Angkatan Tentera
MONUC UN Mission in Congo
MPAJA Malayan Peoples Anti Japanese Army
PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PMR Penilaian Menengah Rendah
RA Royal Artillery
RACC Royal Army Ordnance Corps
RAJD Rejimen Askar Jurutera Diraja
RASC Royal Army Service Corps
S Setuju
SAW Salallahu Alaihi Wassallam
SRP Sijil Rendah Pelajaran
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPMV Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
SS Sangat Setuju
xv
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Taala
TDM Tentera Darat Malaysia
TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
TT Tanpa Tahun
TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 105
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 111
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Setiap orang Muslim wajib mematuhi syariat Islam yang telah ditetapkan sebagai
landasan dalam menjalani kehidupan seharian. Syariat yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT perlu dipatuhi oleh semua golongan tanpa mengira pangkat darjat, pekerjaan, tua
atau muda, kaya atau miskin, dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Al-Quran
merupakan panduan utama kepada orang Muslim, kerana segala peraturan dan hukum
syarak telah termaktub di dalam al-Quran sebagai penunjuk ke jalan yang diredhai
Allah. Namun, mereka tidak mengambil berat tentang apa yang telah dijelaskan di dalam
al-Quran., malah semakin berkembang kemungkaran di atas muka bumi ini. Seperti
firman Allah:
ô‰s) s9uρ $ uΖøù §|À ’Îû #x‹≈ yδ Èβ# u™öà)ø9$# (#ρã©.¤‹u‹ Ï9 $ tΒuρ öΝèδ ߉ƒÌ“ tƒ ωÎ) #Y‘θà çΡ
“Dan Sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan Tauhid Dengan berbagai cara di Dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); Dalam pada itu, penerangan Yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.”
(al-Isra’ : 41)
2
Pelanggaran hukum syarak ini sering dilakukan oleh semua golongan masyarakat
sama ada orang awam, ahli politik, ahli korporat dan termasuklah dikalangan anggota
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dalam bidang ketenteraan anggotanya telah diajar
supaya mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Nilai dan etika amat
dititikberatkan dalam organisasi ini, sehinggakan tindakan yang tegas akan dikenakan ke
atas anggota yang telah melanggarnya. Namun, sekiranya anggota tentera terlibat dengan
gejala sosial yang melibatkan pelanggaran terhadap tatasusila agama, tetapi kurang diberi
perhatian dan tiada tindakan yang sewajarnya diambil terhadap perkara tesebut.
Kebiasaannya, anggota ATM yang melibatkan diri dengan perkara yang dilarang
agama melakukan aktviti mereka pada hujung minggu. Pada ketika ini mereka bebas
untuk melakukan apa sahaja. Ini kerana mereka diberi pelepasan dari segi masa dan
tempat mengikut pas keluar atau pas cuti yang mereka isi serta kemukakan kepada pihak
atasan. Mengapakah gejala ini berlaku? Pada dasarnya, kekurangan ilmu agama dan
amalan rohani yang tidak menentu serta kekurangan pengisian yang bermanfaat seperti
kelas fardu ain dan sebagainya adalah punca kepada permasalahan ini. Pengisian rohani
amat penting bagi anggota tentera untuk mengukuhkan lagi rohani mereka. Oleh itu,
mengadakan kelas fardu ain amatlah penting kerana ia dapat memberi pengetahuan yang
lebih mendalam kepada anggota ATM, kerana kebanyakkan anggota ATM amat cetek
tentang hukum-hakam agama, sekiranya tidak diperbaiki dan diperingati selalu, maka
mereka akan lebih jauh dari agama.
Sebagai tambahan, kelayakan akademik minimum yang perlu dicapai oleh
individu yang memohon menjadi warga tentera tidak menyenaraikan subjek agama
sebagai antara matapelajaran yang perlu lulus dengan baik. Hanya matapelajaran Bahasa
Melayu sahaja yang dittikberatkan. Walaupun demikian, perkara ini adalah lumrah
kepada kehidupan dan berlaku hampir di setiap peringkat jabatan atau majikan yang
memerlukan warga kerja.
Pada pandangan masyarakat pula, apabila disebut sahaja anggota tentera akan
tergambar di mata masyarakat pelbagai keburukan antaranya kaki perempuan, kaki botol,
3
terlibat dengan penzinaan, suka menganggu perempuan, dan pelbagai aktiviti kotor yang
lain. Adakah masyarakat pernah persoalkan tentang mengapa anggota tentera boleh
terlibat dengan perkara tersebut?
Walaubagaimana pun, Masyarakat amat mengambil berat dan menaruh
kepercayaan penuh terhadap kredibiliti ATM yang mana bukan sahaja untuk pertahanan
negara tetapi juga anggota-anggotanya sebagai ‘role model’ kepada anak-anak remaja
yang sedang mencari dan membina jati diri. Ini adalah kerana imej dan penampilan yang
ditunjukkan oleh setiap anggota tentera mempamirkan kekentalan disiplin yang mana
menzahirkan produktiviti yang dihasilkan oleh ATM keseluruhannya. Kebanggaan ini
dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu. (http://www.freewebs.com)
Namun, nilai-nilai agama kurang dititikberatkan dalam organisasi ketenteraan.
Sepertimana yang diketahui segala undang-undang dan cara-cara perlaksanaan dalam
organisasi ini adalah berorientasikan cara-cara yang telah diterapkan oleh barat walaupun
banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang penubuhan ATM. Ini kerana, faktor
kolonial iaitu pengaruh British yang masih ada dalam sistem yang diamalkan oleh
anggota tentera seperti budaya hidup di mess, majlis-majlis keraian, doktrin-doktrin
latihan dan sebagainya. Sebenarnya ini berlaku kepada semua golongan masyarakat hari
yang lebih percaya apa yang telah dibawa oleh orang-orang barat adalah lebih berkualiti.
Tetapi tidak disedari bahawa umat Islam yang hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunah
itu yang lebih cemerlang.
Menurut Yusuf Al-Qaradawi, (2005:295) orang yang beriman, hidup dan bekerja
dalam batas-batas yang telah ditentukan Allah. Dia menjauhkan diri dari perbuatan yang
dilarang Allah, tidak mahu tenggelam dan hanyut dalam dosa dan maksiat, dapat
mengendalikan nafsunya, sehingga tidak terjerumus ke dalam jurang bahaya, umpamanya
meminum minuman keras, berjudi atau mengikut hawa nafsu yang mengakibatkan
kehancuran moral dan budi kemanusiaan. Kerana itu, orang beriman terpelihara
4
hidupnya, kesihatan dan kekuatan badannya, kekuatan akal dan fikirannya serta
ketenangan jiwanya .
Setiap umat perlu percaya dengan tiap-tiap janji Allah, dan perlu berpegang
dengan akidah yang satu. Setiap sesuatu perkara yang telah bercampur dengan perkara-
perkara munkar, tidak akan mendapat pertolongan daripada Allah.
1.2 Latar Belakang Masalah
ATM merupakan sebuah organisasi yang amat penting kepada negara. ATM juga
boleh diibaratkan sebagai tulang belakang negara. Sekiranya berlaku peperangan, maka
ATM merupakan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan
negara dari serangan musuh.
Sememangnya tanggungjawab dan pengorbanan anggota ATM adalah besar.
Mereka sanggup mengorbankan diri sendiri demi menyelamatkan negara dan nyawa
orang lain. Mereka sanggup menjalani pelbagai latihan yang lasak untuk
memperkukuhkan lagi kekuatan fizikal dan mental.
Selain itu, anggota ATM terpaksa mengorbankan masa dan juga kebahagiaan diri
sendiri demi kebahagiaan seluruh masyarakat di Malaysia. Mereka terpaksa
meninggalkan anak dan isteri, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama
dengan keluarga. Namun, ATM tidak pernah merungut apatah lagi untuk memberontak.
Oleh itu, pengorbanan yang begitu besar ini perlu dihargai oleh semua masyarakat
Malaysia.
Jika dilihat dari sudut peranan dan pengorbanan yang mereka tunjukkan,
masyarakat sewajarnya menghargai jasa-jasa yang telah mereka taburkan ini. Anggota
5
tentera diiktiraf sebagai warga yang berdisiplin, bertanggungjawab dan kemas
penampilan serta perwatakan. Ini adalah impak kepada latihan dan budaya kerja yang
mereka praktikkan. Tetapi dalam kesibukan masyarakat membincangkan hal-hal ini,
terdapat budaya dan etika yang menyalahi syariat agama yang ditunjukkan oleh
segelintir dari anggota ATM itu sendiri.
Dasawarsa ini, banyak kejadian yang berbaur jenayah telah ditimbulkan oleh
segelintir anggota ATM. Pada tahun 2000, negara telah dgemparkan dengan peristiwa
beberapa anggota tentera yang membuat rampasan senjata dan cuba merancang serangan
ke atas kedaulatan negara. Peristiwa yang dikenali sebagai Sauk itu mencatat titik hitam
kepada sejarah ATM. (http://www.freewebs.com)
Selain itu, pada hujung dekad ke 21, beberapa anggota tentera yang telah bersara
mewujudkan kumpulan rompak bersenjata yang dikenali sebagai Geng Komando.
Mereka telah melakukan beberapa siri rompakan yang melibatkan kecederaan orang
awam,(http://ms.wikipedia.org/wiki). Ini juga sebagai bukti pelanggaran syariat Islam
yang tidak sepatutnya berlaku ke atas sebuah organisasi yang terkenal dengan disiplin
dan etika yang tinggi.
Selain kes-kes tersebut, terdapat kes-kes terpencil yang turut melibatkan
pelanggaran syariat Islam yang telah dilakukan oleh segelintir anggota ATM. Kes-kes
berzina, meminum minuman keras, berjudi dan seumpamanya yang dilakukan oleh
segelintir anggota ATM ini, walaubagaimana pun diklasifikasikan sebagai kes-kes
terpencil kerana beberapa alasan. Pertama pekara-perkara seperti ini telah menjadi
kebiasaan masyarakat zaman sekarang. Jika berpeluang untuk meninjau aktiviti-aktiviti
di kelab-kelab malam seluruh negara, kita akan merasa sedih kerana yang mengunjungi
dan yang menjadi peminat setia tempat-tempat ini adalah dari kalangan umat Islam
sendiri.
6
Alasan kedua adalah kemungkinan perkara ini tidak didedahkan kerana tidak
cukup bukti untuk dibawa ke pengadilan. Alasan ketiga kemungkinan penguatkuasaan
undang-undang kepada anggota-anggota yang terlibat tidak dapat dibuat secara
menyeluruh kerana aktiviti-aktiviti ini dilakukan semasa anggota bercuti dan
sebagainya.
Walaupun apa alasan dan kemugkinan yang timbul, sewajarnya perkara ini
membimbangkan kita. Justeru kajian ini dibuat untuk merungkai permasalahan ini.
Semoga hasil kajian yang diperolehi dapat memberi kebaikan kepada pihak-pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap masalah pelanggaran tatasusila
agama dalam kalangan anggota ATM.
1.3 Pernyataan Masalah
Organisasi ATM kini sedang dilanda dengan masalah tingkah laku anggotanya.
Terdapat banyak kes yang berlaku melibatkan perkara yang dilarang dalam agama. Ada
di antara isu-isu seperti ini tidak didedahkan kerana sebab-sebab yang telah
dibincangkan di atas. Pada dasarnya, aktiviti yang menyalahi syariat ini tidak
dikategorikan sebagai jenayah kerana tidak melibatkan pelanggaran undang-undang
negara amnya dan tatatertib ATM khasnya. Tetapi kesalahan yang dilakukan ini
membawa satu keaiban kepada agama.
Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh anggota ATM ialah meminum
minuman keras, terlibat dalam penzinaan, dan perjudian. Walaupun ia dianggap perkara
biasa dalam ketenteraan, namun ia merupakan kesalahan yang amat besar dalam syariat
Islam. Sekaligus ia akan memberi kesan kepada pembinaan institusi ketenteraan sebuah
negara Islam yang sepatutnya menjadi contoh dan ikutan oleh organisasi lain.
7
Justeru kajian ini dibuat untuk mencari dan mengenalpasti pelanggaran tatasusila
agama dalam kalangan anggota ATM. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat memberi
sumbangan idea dan pelaksanaan kepada organisasi yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung ke atas peradaban serta pembentukan nilai-nilai murni di dalam sunubari
anggota ATM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif- bagi kajian ini adalah :-
a. Mengenal pasti tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama.
b. Mengenal pasti pelanggaran tatasusila agama yang sering dilakukan oleh
anggota ATM.
c. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong anggota ATM melanggar
tatasusila agama.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif , persoalan yang akan ditmbulkan oleh pengkaji dalam
kajian ini adalah seperti berikut:
a. Sejauh manakah tahap kefahaman anggota ATM terhadap tatasusila agama.
8
b. Apakah pelanggaran tatasusila agama yang dilakukan oleh anggota ATM.
c. Apakah faktor pendorong anggota ATM melanggar tatasusila agama.