pdfill pdf editor with free writer and tools · induktif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk...

21
PDFill PDF Editor with Free Writer and Tools PDFill PDF Editor with Free Writer and Tools PDFill PDF Editor with Free Writer and Tools

Upload: ngothuan

Post on 24-Jun-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree W

riter

and

Tool

s

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree W

riter

and

Tool

s

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree W

riter

and

Tool

s

Tajdid In Qur’anic Studies

193

SIGNIFIKAN PENGGUNAAN RUQYAH BERASASKAN AL-QURAN

DALAM RAWATAN PENYAKIT: SATU ANALISIS1

Khadher Ahmad2

Abdullah Yusof

Mohd Farhan Md Ariffin

Abstrak

Dalam keterangan al-Quran ayat 82 surah al-Isra’, jelas menyatakan

bahawa al-Quran mampu untuk menjadi penyembuh kepada penyakit

manusia. Berasaskan keterangan itu, pada masa kini, al-Quran

dijadikan sebagai ruqyah dan terapi dalam rawatan pelbagai penyakit

sejajar dengan perkembangan dan pertumbuhan pusat-pusat rawatan

alternatif berasaskan ruqyah khususnya di Malaysia. Bagaimana al-

Quran menjadi penyembuh kepada pelbagai penyakit manusia? Apakah

signifikan penggunaan sesuatu ayat untuk rawatan sesuatu jenis penyakit

dan bagaimana perawat menentukan bahawa sesuatu ayat itu sesuai

untuk sesuatu jenis penyakit? Melalui aplikasi metodologi analisis

induktif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat

al-Quran yang digunakan bagi rawatan terhadap sesuatu penyakit dan

meneliti signifikan ayat-ayat tersebut sebagai “al-syifa’” kepada

penyakit manusia. Hasil kajian mendapati terdapat tiga signifikan yang

menjadi faktor kepada penetapan sesuatu ayat dijadikan sebagai ruqyah

iaitu [1] Mempunyai kalimah atau perkataan utama secara jelas yang

berkaitan dengan penyakit; [2] Pengajaran terhadap kisah disebalik

penurunan ayat; dan [3] Pesmahaman tersirat disebalik maksud ayat al-

Quran. Akhirnya, diharapkan perbincangan terhadap isu ini akan dapat

membantu memberi kefahaman semua pihak berhubung dengan

penggunaan ayat al-Quran sebagai ruqyah dalam rawatan dan

kaitannya dengan penyakit manusia.

Kata Kunci: Ruqyah, al-Quran, Rawatan Islam, Alternatif, Penyakit,

al-Syifa’.

1 Artikel ini adalah hasil penyelidikan di bawah geran UMRG yang berjudul “Pusat-Pusat Rawatan Alternatif

Islam Berteraskan al-Quran dan al-Sunnah: Kajian di Malaysia” yang bernombor: RG419-12HNE dan

dibentangkan dalam The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014 (MUQADDAS IV) pada 14-15

April 2014 bertempat di Centre of Quranic Research (CQR), Wisma R&D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Emel:

[email protected]

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

194

PENGENALAN

itab suci al-Quran merupakan Kalam Allah yang agong yang menjadi

rujukan dan panduan kepada seluruh umat Islam. Keistimewaan al-Quran

apabila ia menjadi salah satu daripada mukjizat Nabi SAW. Apa yang

diceritakan dan dikhabarkan dalam al-Quran adalah bersifat “hidup” dan tidak

“basi” ditelan zaman sama ada kepada umat Islam pada masa lalu, sekarang

mahupun akan datang sehingga tibanya Kiamat. Jelas daripada ayat 9 surah al-Hijr,

Allah SWT memberikan jaminan pemeliharan al-Quran daripada segala bentuk

penyelewengan, penambahan dan pengurang. Al-Quran yang ada dan dibacakan

pada hari ini adalah menyamai al-Quran yang diturunkan kepada Nabi SAW.

Dalam pada itu, perkara “akar” yang meletakkan al-Quran itu sebagai

penawar kepada penyakit adalah berdasarkan kepada keterangan ayat 82 surah al-

Isra’, ayat 44 surat Fussilat dan ayat 57 surah Yunus.

Intipati ayat-ayat tersebut jelas menyatakan bahawa al-Quran mampu untuk

membantu menyembuhkan penyakit manusia daripada jenis penyakit fizikal dan

penyakit rohani. Berasaskan kepada kenyataan ini, dapat dinyatakan bahawa

menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah penyembuhan penyakit

merupakan tindakan yang berasas serta bertepatan dengan kehendak al-Quran itu

sendiri.

Persoalannya adalah bagaimana sesuatu surah atau ayat itu dijadikan

sebagai ruqyah untuk mengubati sesuatu penyakit? Realiti pada hari ini, didapati

bahawa sesuatu penyakit yang dihadapi, perawat Islam atau pengamal pengubatan

alternatif Islam, akan menggunakan ayat-ayat tertentu yang berbeza untuk rawatan

penyakit yang berbeza. Bagaimana perawat itu mengetahui bahawa sesuatu ayat itu

sesuai untuk rawatan sesuatu penyakit? Oleh yang demikian, melalui kajian dan

penelitian ini akan dapat didedahkan signifikan sesuatu ayat digunakan dalam

rawatan penyakit yang tertentu.

SKOP DAN METODOLOGI

Melalui metodologi analisis induktif, deduktif dan diskriptif, artikel ini berusaha

untuk meneliti dan menganalisis ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah

(jampi) dalam merawat pelbagai jenis penyakit manusia sama ada berbentuk

penyakit fizikal (jasmani) atau penyakit rohani.

Berhubung dengan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah

dalam rawatan sesuatu jenis penyakit, pengkaji merujuk kepada bahan rujukan

berbentuk buku yang digunapakai sebagai nota rujukan dalam kuliah pengajian

ilmu pengubatan Islam. Fokus utama adalah terhadap penggunaan ayat-ayat al-

Quran yang dijadikan sebagai ruqyah bagi rawatan sesuatu penyakit. Dengan itu,

kajian ini memberi fokus terhadap buku lima jilid yang diterbitkan oleh Persatuan

Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') yang ditulis oleh Dato’

Dr. Haron Din selaku pengasas dan penasihat Darussyifa’.3 Selain itu, pengkaji

3 Buku tersebut adalah “Siri Pengajian Pengubatan Islam” yang dijadikan sebagai teks pengajian pengubatan

Islam di Darussyifa’, Bangi dan semua cawangannya. Siri buku ini terdiri daripada 5 jilid iaitu: Jilid 1:

K PD

Fill

PDF

Edito

r with

Fre

e W

riter

and

Too

ls

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

195

juga merujuk kepada buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit” yang ditulis oleh

penulis yang sam.4 Sebab utama pemilihan kedua-dua buku ini adalah kerana ia

mengandungi maklumat lengkap cara rawatan sesuatu penyakit dan menjadi

rujukan utama bagi semua ahli dan pelajar di Darussyifa’. Bahkan, ia turut menjadi

teks pengajian pengubatan Islam di Darussyifa’ sendiri.

Oleh itu, ayat-ayat al-Quran yang telah dikenalpasti dan digunakan sebagai

ruqyah bagi rawatan terhadap sesuatu penyakit itu akan dianalisis daripada sudut

signifikan penggunaan ayat-ayat tersebut terhadap sesuatu jenis penyakit. Hasil

kajian ini dapat mendedahkan kepada awam tentang peri pentingkan al-Quran

dalam membantu menyembuhkan penyakit manusia dan bagaimana al-Quran itu

menjadi panduan kepada kehidupan manusia khususnya dalam mengubati pelbagai

penyakit yang dihadapi oleh manusia sama ada penyakit jasmani ataupun rohani.

PENGGUNAAN AYAT AL-QURAN SEBAGAI RUQYAH PADA ZAMAN

RASULULLAH SAW DAN SAHABAT

Penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah (jampi) dalam rawatan penyakit

merupakan satu perkara yang telah bermula sejak zaman penurunan al-Quran itu

sendiri lagi. Baginda SAW dan sebahagian daripada para Sahabat telah

menggunakan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah untuk

merawat pelbagai jenis penyakit.

Antara peristiwa yang pernah berlaku adalah apabila Abi Sa‘id al-Khudri

yang telah membacakan surah al-Fatihah bagi membantu merawat seorang ketua

kabilah yang telah disengat kala jengking. Dengan keyakinan yang teguh daripada

pihak Abi Sa‘id al-Khudri dan takdir daripada Allah SWT, ketua kabilah tersebut

disembuhkan oleh Allah SWT. Selepas itu, Nabi SAW memperakukan apa yang

dibacakan dan dilakukan oleh Abi Sa‘id al-Khudri tersebut sehingga terbit

ungkapan baginda: “Bagaimana kamu tahu bahawa al-Fatihah itu ubat

(penawar)?”5

Dalam situasi yang lain, Nabi SAW pernah ditimpa kesakitan dan baginda

akan membacakan al-Mu‘awwidhat6 bagi merawat kesakitan tersebut. Hal yang

sama juga pernah dilakukan oleh ‘A’ishah ketika mana beliau membantu

membacakan al-Mu‘awwidhat atas permintaan Nabi SAW bagi tujuan merawat

kesakitan yang dihadapi oleh Nabi SAW. Selepas itu beliau telah meniupkannya ke

tapak tangan Nabi SAW sebelum disapu ke seluruh tubuh badan Nabi SAW

sepertimana dalam hadith yang diriwayatkan daripada 'A'ishah RA.7

Pengantar Pengubatan Islam; Jilid 2: Rawatan Penyakit Jasmani (I); Jilid 3: Rawatan Penyakit Jasmani (II);

Jilid 4: Rawatan Penyakit Rohani; dan Jilid 5: Rawatan Penyakit Akibat Sihir. Siri buku ini telah diterbitkan

pada tahun 2011 oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'). 4 Rujuk: TG Dato’ Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab,

(Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), 2008). 5 Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Salam, Bab ( جواز أخذ الجرة على الرق ية بالقرآن والذكار), no.hadith 2201]. Muslim bin al-

Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir,

(Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 2014), j.4, h. 1727. 6 Al-Mu‘awwidhat adalah merujuk kepada kombinasi tiga surah dalam al-Quran iaitu surah al-Ikhlas, surah al-

Falaq dan surah al-Nas. 7 Hadith daripada ‘A’ishah RA berkata:

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

196

Kemudian, selain daripada situasi di atas, Nabi SAW turut menyarankan

umat baginda untuk beramal dengan surah-surah dan ayat-ayat tertentu bagi tujuan

untuk perlindungan diri daripada terkena penyakit sama ada penyakit fizikal

ataupun penyakit rohani. Antaranya galakan Nabi SAW supaya beramal dengan

ayat 255 surah al-Baqarah atau dikenali sebagai ayat Kursi dengan tujuan untuk

perlindungan daripada gangguan dan hasutan syaitan.8 Demikian juga saranan

supaya beramal dan membaca surah al-Baqarah kerana rumah-rumah yang

penghuninya tidak membacakan surah al-Baqarah digambarkan sebagai tanah

perkuburan yang merujuk kepada rumah yang usang, berpenghunikan makhluk-

makhluk halus dan tidak mempunyai keberkatan di dalamnya. Bahkan, syaitan

tidak akan memasuki rumah yang sentiasa penghuninya membacakan surah al-

Baqarah. Perkara ini jelas disebutkan dalam hadith riwayat Abu Hurairah RA.9

Merujuk kepada apa yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa

penggunaan ayat-ayat al-Quran atau daripada surah-surah tertentu sebagai ruqyah

dan amalan boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit serta membantu

dalam melindungi seseorang daripada terkena sesuatu penyakit. Apa yang jelas

adalah, Nabi SAW dan para sahabat turut mempraktikannya sebagai satu bentuk

rawatan serta pencegahan daripada terkena penyakit.

أن النب واذاف ه ل ع الذ قف هيع بال ر ع ع على لك كان ن لى اللع عليع و ع بي ع عليع ه هم ا ق ق كن أا أ ل ركتها

Maksudnya: "Bahawasanya Nabi SAW telah merawat dirinya ketika sakit dengan membaca al-Mu‘awwidhat

(tiga Qul). Apabila baginda sakit agak tenat (sebelum kewafatan), baginda meminta agar aku ('A’ishah RA)

membaca dan meniupkan Mu‘awwidhat ke tangannya (Nabi SAW) dan menyapu (ke tubuh badan) baginda

untuk mendapat keberkatan (daripada tangan baginda sendiri)."

Hadis riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab al-Tibb, Bab { رأة ت رقي الرج ال }, no.hadith 5310]. Abu ‘Abd

Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari al-Ja‘fi selepas ini al-Bukhari, al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-

Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunaninih wa Ayyamih (Sahih al-Bukhari), ditahqiqkan oleh

Muhammad Zahir bin Nasir al-Nasir, j.18, (Mansurah, Mesir: Dar Tuq al-Najah, 1422H) 8 Hadith daripada riwayat Abu Hurairah RA berkata:

يثو ظ زكاة رضان همتان آف هج لك ب لى اهلل عليع و ول اللع لن ر لى اهلل عليع وك ول اللع نك إل ر الطام همخذتع ه قل : لره ك الل يا ل زال لك. ه قص ال ع ه قال:إذا أو إل هراشك هاق رأ آة الكر و اهظ و قربك شيطان لى ع ت تص . وقال النب

، ذاك شيطان قك وهو كذوب لك : اهلل عليع و

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menugaskan aku untuk menjaga hasil zakat kutipan pada bulan Ramadan

(makanan dll), tiba-tiba datang seseorang yang mengambil makanan. Aku pun merampasnya (menangkapnya)

dan berkata: “Aku akan adukan hal kamu kepada Rasulullah SAW”. Kemudian aku pun menceritakannya,

termasuk pesanan orang itu (kepadaku) yang berkata: “Jika kamu ingin tidur bacalah ayat al-Kursi nescaya

kamu akan selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu

sehingga ke pagi.” Nabi SAW bersabda lagi: “Dia telah jujur kepadamu padahal dia adalah pendusta, dia itu

adalah syaitan”.

Hadis sahih riwayat al-Bukhari [Kitab al-Wakalah, ( ع إل أج ، وإن أق ر وكا ه هو جائز ، ه ت رك الوكي شيئاا همجازه امل ىى باب إذا وك رجلا

.no.hadith 2311). Lihat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, j.3, h.101 ,(جاز 9 Hadith daripada Abi Hurayrah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ورة ال قرة ر ال ي الذ ت قرأ هيع قابر، إن الشيطان ن لوا ب يوتكك ت

Maksudnya: “Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai tanah perkuburan. Sesungguhnya

syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.” Hadith riwayat Muslim [Kitab

Salah al-Musafirin wa Qasriha, ( ج لة الناهلة ب يتع، وجوازها ال تحاب no.hadith 780]. Lihat Muslim, Sahih ,(باب ا

Muslim, j.1, h.789.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

197

KONSEP AYAT AL-QURAN SEBAGAI RUQYAH DALAM RAWATAN

PENYAKIT

Apabila dirujuk kepada al-Quran, dalam konteks melihat al-Quran sebagai ruqyah

kesembuhan penyakit dapat diteliti pemahaman terhadap beberapa ayat yang jelas

menyebutkan hal tersebut.

Pertama: Melalui al-Quran Allah SWT menyatakan pendirianNya bahawa

kalam Allah itu mampu untuk memberi kesembuhan penyakit kepada manusia

sama ada penyakit rohani ataupun jasmani (fizikal). Kenyataan ini berasaskan

kepada keterangan daripada ayat 82 surah al-Isra’. Apabila dirujuk kepada tafsiran

ayat ini, Fakhr al-Din al-Razi contohnya menyatakan bahawa keseluruhan al-

Quran adalah penyembuh bagi orang-orang yang beriman. Ketahuilah bahawa

kesembuhan itu adalah terhadap semua penyakit rohani dan juga penyakit jasmani

(fizikal). Sedangkan, dari sudut penyembuhan terhadap penyakit rohani

merangkumi dua jenis iaitu penyembuhan dari sudut iktikad dan juga sudut akhlak

yang buruk. Manakala dari sudut penyembuhan penyakit jasmani, didapati bahawa

mengambil keberkatan dengan membacanya (yakni ayat-ayat al-Quran yang

dijadikan sebagai ruqyah) dapat membantu memyembuhkan banyak daripada

penyakit manusia.10

Kedua: Al-Quran diturunkan untuk membantu menyembuhkan penyakit

rohani masyarakat. Antaranya adalah penyakit hati. Penyakit hati disebutkan dalam

beberapa ayat yang dikaitkan dengan sifat nifaq golongan munafik dan juga

golongan yang kufur kepada Allah SWT. Kenyataan ini dapat dirujuk kepada

beberapa tempat di dalam al-Quran seperti surah al-Baqarah ayat 10, surah al-

Anfal ayat 49; surah al-Tawbah ayat 125; surah al-Hajj ayat 53; surah al-Nur ayat

50; surah al-Ahzab ayat 12 dan 60; surah Muhammad ayat 20 dan 29; dan surah al-

Mudaththir ayat 31.

Selain daripada penyakit hati tersebut, terdapat beberapa jenis lagi penyakit

rohani yang turut berkaitan dengan hati yang disebutkan dalam al-Quran iaitu hati

keras (surah al-An‘am ayat 34); penyakit riya’ (surah al-Nisa’ ayat 38); penyakit

was-was (surah Taha ayat 120 dan al-A’raf ayat 20); penyakit lupa (surah al-Kahf

ayat 63, surah Yusuf ayat 42 dan surah al-An’am ayat 68); dan sifat membazir

(surah al-Isra’ ayat 27). Dengan bantuan dan petunjuk daripada al-Quran, pelbagai

penyakit yang berkaitan rohani dapat diubati. Keterangan ini bertepatan dengan

kenyataan Allah di dalam al-Quran dalam ayat 13 surah al-Ra‘d yang menyatakan

bahawa hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Ini bermakna

bahawa apabila sering membaca kitab Allah, merenung dan menghayatinya, pasti

dekat dengan Allah dan dianugerahkan Allah ketenangan apabila sentiasa dekat

denganNya.

Ketiga: Al-Quran menyebutkan penyakit yang pernah dihadapi oleh

seseorang, lalu dikemukakan juga solusi dalam penyelesaian terhadap penyakit

tersebut. Pengajaran ini dapat dirujuk kepada kisah Nabi Ayyub AS yang ditimpa

penyakit kulit. Selepas menceritakan perihal tersebut, Allah SWT menyebutkan

10 Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan al-Razi dikenali dengan nama Fakhr al-Din al-Razi,

Mafatih al-Ghaib, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, 1420H), j.21, h.390.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

198

juga penyelesaian terhadap penyakit iaitu iaitu usaha daripada pihak baginda

sendiri. Nabi Ayyub AS mengadu kepada Allah sehingga Allah SWT

memerintahkan agar baginda menghentak kaki sehingga terpancarnya air. Air itu

digunakan sebagai bahan rawatan melalui kaedah minum dan mandi. Hal ini

diceritakan dalam surah al-Anbiya’ ayat 83 dan surah Sad ayat 42. Demikian juga

sebab penurunan tiga surah yang dinamakan al-Mu‘awwidhat iaitu gabungan

antara surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas yang diturunkan untuk membantu

menyembuhkan kesakitan yang dihadapi oleh Nabi SAW setelah baginda telah

disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-A‘sam.

Keempat: Selain menyebutkan tentang penyakit, al-Quran turut menyeru

supaya memohon perlindungan daripada terkena penyakit. Perkara ini dirujuk

kepada usaha dan ikthiar pemeliharaan diri daripada terkena penyakit. Antaranya

al-Quran mengajak supaya berlindung daripada hasutan dan gangguan syaitan

(surah al-Mu’minun ayat 97-98; surah al-Isra’ ayat 27; surah al-Anbiya’ ayat 82;

surah al-Baqarah ayat 168 dan ayat 275; dan surah Ali ‘Imran ayat 36). Selain itu,

al-Quran turut menyatakan bahawa peri penting kepada perlindungan tersebut

kerana syaitan berusaha untuk mengikat manusia. Ikatan tersebut akan membawa

kepada penyakit kepada manusia. Perkara ini dapat dirujuk kepada beberapa ayat

dalam surah al-Nisa’ ayat 76; surah Fussilat ayat 36; surah Sad ayat 41-42; surah

al-Nahl ayat 98; dan surah al-A’raf ayat 200.

Kelima: Al-Quran turut membantu mengkhabarkan bahan-bahan yang baik

yang sesuatu dijadikan sebagai ubat atau penawar kepada penyakit manusia.

Contohnya, Allah SWT menyebutkan tentang khasiat madu lebah yang bermanfaat

untuk penyembuhan dan penjagaan kesihatan manusia ini. Perkara ini dapat

dirujuk pada ayat 69 surah al-Nahl. Demikian dalam kisah ibu Nabi ‘Isa AS yang

menanggung kesakitan bersendirian ketika mahu melahirkan anaknya itu. Bahkan

ketika itu juga Maryam berada dalam keadaan dukacita terhadap apa yang dihadapi

itu. Namun, Allah SWT telah membantu Maryam dengan meminta agar beliau

mengoncangkan pohon tamar agar dapat memakan buah tamar yang hampir masak

itu sebagai salah satu usaha untuk membantu meringankan bebanan yang

ditanggung itu. Hal ini diceritakan dalam surah Maryam pada ayat 23-25.

Berdasarkan kepada keterangan yang disebutkan jelas memberi pentunjuk

bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang boleh membantu untuk penyembuhan

penyakit manusia sama ada penyakit rohani ataupun jasmani. Cuma, bagaimana

manusia atau umat Islam menjadikan al-Quran itu sebagai penyembuhan adalah

terletak kepada pemahaman, kemahuan dan kemahiran masing-masing.

RUQYAH DARIPADA AL-QURAN YANG DIGUNAKAN DALAM

RAWATAN PENYAKIT

Dalam penelitian yang dijalankan terhadap buku-buku yang dijadikan sebagai

bahan penyelidikan, pengkaji akan memilih secara rawak jenis penyakit yang

ditawarkan perkhidmatan rawatan di Darussyifa’ yang menggunakan ayat-ayat

tertentu dan khusus bagi sesuatu penyakit. Perlu untuk dinyatakan bahawa bagi

rawatan menggunakan ruqyah ini, tidak semestinya sesuatu penyakit hanya satu

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

199

ayat sahaja yang digunakan. Bahkan, kebanyakannya adalah kombinasi beberapa

ayat, doa-doa daripada hadith dan doa-doa yang baik serta selawat Nabi SAW.

Cumanya, dalam penelitian ini, fokus hanya kepada ayat al-Quran yang dijadikan

sebagai ruqyah bagi penyakit-penyakit tertentu sama ada berbentuk penyakit

rohani ataupun jasmani.

Bagi mengelakkan perbahsan yang panjang, pengkaji meringkaskan dalam

Jadual 1.0 di bawah:

Jadual 1.0: Senarai Penyakit dan Ruqyah Yang Digunakan Dalam Rawatan

NO. JENIS PENYAKIT NAMA SURAH DAB AYAT AL-QURAN

YANG DIJADIKAN SEBAGAI RUQYAH

1. Rawatan Sihir Yunus (10): 81-82; Al-A‘raf (7): 118-122; Taha

(20): 69; al-Nisa’ (4): 84 & Yusuf (12):64

2. Sakit Pinggang Al-Shu‘ara’ (26): 130 & al-Buruj (85): 12-16

3. Pening Kepala/ Sakit

Kepala

al-Waqi‘ah (56): 19

4. Kayap Hud (11): 44

5. Lumpuh Al-Anbiya’ (21): 30

6. Masalah Zuriat Al-Anbiya’ (21): 89; Ali ‘Imran (3):38 & Al-

Anbiya’ (21): 30

7. Sakit Dalam Dada Akibat

Sesak Nafas

Al-Sharh (94): 1-8; Al-An‘am (6): 125 & al-Zumar

(39): 22

8. Sakit Dada: Dada

Berdebar-debar

Al-Ra‘d (13): 28; Al-An‘am (6): 13; Al-

Syura(42):33 & Al-Furqan: 45

9. Lambat bercakap Al-Nisa’ (4): 164

10. Terkena Api Al-Anbiya’ (21): 69

11. Tercekik Tulang Al-Isra’ (17): 80

12. Pelembut Hati Taha (20): 1-5

13. Barah Al-Qalam: 1-2

14. Kencing Malam Hud (11): 44

15. Tulang Patah Yasin (36): 78-79; Al-Baqarah (2): 259 & Al-

Anbiya’ (21): 30

Sumber: Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, , 2008 dan Siri Pengajian

Pengubatan Islam, 2011 karya TG Dato’ Dr. Haron Din.

PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada perbahasan yang dikemukakan dapat jelaskan beberapa

perkara yang penting yang perlu diberikan perhatian, iaitu:

[Pertama]: Sebahagian al-Quran atau keseluruhan al-Quran itu sebagai

penyembuh.

Imam al-Baghawi mengatakan bahawa “min” dalam ayat 82 surah al-Isra’ itu

bukan menunjukkan “sebahagian” tetapi membawa maksud bahawa diturunkan al-

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

200

Quran itu yang mengandungi keseluruhannya penyembuhan, yakni penyembuhan

daripada kesesatan, kejahilan, menerangkan segala percanggahan, menjelaskan

kemusykilan, menyembuhkan dari segala bentuk keraguan (syubhah) dan memberi

petunjuk kepada kekeliruan, bahkan ia penyembuh bagi hati iaitu dengan

menghilangkan segala kejahilan serta menjadi rahmat kepada orang-orang yang

beriman. Kemudian al-Quran tidak memberi manfaat kepada orang yang zalim,

sedangkan bagi orang-orang yang beriman dapat manfaat dan rahmat dari al-Quran

itu.11

Imam al-Zamakhshari juga mengatakan bahawa “min al-Qur’an” itu

dimaksudkan juga “li al-tab‘id” (yakni sebahagian), iaitu segala sesuatu yang

diturunkan daripada al-Quran adalah penyembuhan bagi orang-orang yang

beriman. Al-Quran menambahkan keimanan mereka, memperbaiki agama mereka

lalu al-Quran menempatkan untuk mereka sebagai faktor (tempat) bagi

penyembuhan daripada penyakit. Keterangan ini bertepatan dengan sabda Nabi

SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak menjadikan al-Quran sebagai (sumber)

penyembuhan, maka tiadalah kesembuhan Allah padanya.”12

Ibn ‘Atiyyah memetik pandangan al-Qadi Abu Muhammad yang berkata

bahawa al-Quran itu benar diturunkan dalam bentuk sebahagian-sebahagian dalam

usaha penurunannya (kepada Nabi SAW). Seolah diturunkan al-Quran satu persatu

yang mana terdapat padanya (ayatnya) itu keseluruhannya shifa’ (penyembuhan).

Penggunaan isti‘ah “al-Shifa’” bagi al-Quran dikirakan sebagai al-Quran

menghilangkan keraguan, membuka penutup hati bagi memahami mukjizat dan

tanda-tanda kekuasaan Allah yang menetapkan syariatNya. Diandaikan juga

bahawa dimaksudkan “al-Shifa’” iaitu manfaatnya (yakni al-Quran) terhadap

(penyembuhan) penyakit dengan menggunaan ruqyah-ruqyah dan doa-doa

perlindungan dan sebagainya daripada al-Quran. Bahkan secara zahir al-Quran

sendiri itu adalah merupakan satu rahmat (Allah SWT). 13

Fakhr al-Din al-Razi mengatakan “min” pada ayat tersebut bukan

bermaksud “li al-tab‘id” tetapi untuk menunjukkan jenis (li al-jins). Makna

diturunkan daripada jenis al-Quran itu yang terdapat padanya kesembuhan. Bahkan

keseluruhan al-Quran itu adalah penyembuhan bagi orang-orang yang beriman.

Ketahuilah bahawa al-Quran itu penyembuh bagi penyakit rohani dan juga

penyakit jasmani. Penyembuhan terhadap penyakit rohani adalah pada zahir al-

Quran itu sendiri.14

Terdapat dua jenis penyakit rohani iaitu iktiqad yang batil dan akhlak yang

buruk. Iktiqad batil iailah merujuk kepada iktiqah yang rosak terhadap aspek

ketuhanan, kenabian, hari kiamat, serta qada’ dan qadar. Dengan itu, al-Quran

11 Abu Muhammad al-Husayn bin Mas‘ud bin Muhammad bin al-Fara’ al-Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur‘an, ed. ‘Abd al-Razzaq al-Mahdi, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1420H), j.3, h.158. 12 Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Amru bin Ahmad al-Zamakhshari, al-Kashshaf ‘an Ghawamid al-Tanzil, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 1407H), j.2, h.689. 13 Abu Muhammad ‘Abd al-Haq bin Ghalib bin ‘Abd al-Rahman bin Tamam bin ‘Atiyyah, al-Muharrar al-

Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz, ed. ‘Abd al-Salam ‘Abd al-Shafi Muhammad, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi,

1407H), j.3, h.480 14 Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan bin al-Husayn al-Razi atau dikenali Fakhr al-Din al-

Razi, Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir), (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1420H), j.21, h.389-391.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

201

menjadi dalil bagi kebenaran tentang perkara-perkara tersebut dan menbatalkan

segala anutan yang batil. Al-Quran membatalkan segala anutan yang salah

daripada segala penyakit batin dan dengan sebab itu al-Quran adalah penyembuhan

bagi jenis penyakit rohani ini. Kemudian bagi akhlak yang buruk, maka al-Quran

mengandungi keterangan dan penjelasan terhadap segala bentuk kerosakan dan

memberi petunjuk kepada akhlak yang baik lagi sempurna dan amalan yang

terpuji. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh al-Khazin dalam tafsirnya.15

Oleh itu, kata Fakhr al-Din al-Razi lagi, al-Quran menjadi penyembuhan

bagi penyakit sedemikian. Maka, jelas bahawa al-Quran adalah penyembuh bagi

segala bentuk penyakit rohani. Manakala penyembuhan bagi penyakit jasmani pula

adalah mengambil barakah dengan membacanya yang dapat mengatasi pelbagai

penyakit.16

Ibn Kathir pula menyatakan bahawa al-Quran tidak membawa datang

kebatilan sama ada dari apa jua keadaan. Al-Quran menghilangkan di dalam hati

segala penyakit manusia seperti penyakit syak, nifaq, syirik dan kecenderungan

kepada kejahatan. Bahkan al-Quran menyembuhkan segala penyakit tersebut. Al-

Quran juga menjadi rahmat iaitu melalui al-Quran akan meningkatkan keimanan,

hikmah, kebaikan dan cenderung kepada kebaikan. Hal ini tidak berlaku melainkan

kepada sesiapa yang membenarkan dan mengikutinya (yakni mengikuti petunjuk

al-Quran).17

Dalam keterangan daripada hadith Nabi SAW, daripada Abi al-Ahwas bahawa

seorang lelaki bertemu dengan ‘Abd Allah dan berkata:

قيع؟ قال ع اهلل: " ر أهم لع ال ع إن أخي رف اشتكى بطنع وإ شاء اء شيئ ي: ال ا الشا اهلل شاءا رجس، إن حان اهلل، ا ج

ا الص ور "للناس، والقرآن شاء ل

Maksudnya: “Sesungguhnya saudaraku sakit, iaitu menanggung

sakit pada perutnya. Sesungguhnya bolehkah aku memberikan

kepadanya arak untuk diminum (bagi mengubatinya)? Kata ‘Abd

Allah: “Maha Suci Allah, Allah tidak sekali-kali memberikan

kesembuhan pada bahan yang najis, tetapi Dia berikan

kesembuhan pada dua perkara iaitu: madu yang menyembuhkan

penyakit (fizikal) manusia, dan al-Quran yang dapat

menyembuhkan (penyakit) di dalam dada.”18

15 ‘Ala’ al-Din ‘Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Umar al-Shiyahi atau lebih dikenali dengan al-Khazin,

Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil, ed. Muhammad ‘Ali Shahin, (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1415H),

j.3, h.143-144. 16 Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j.21, h.390. 17 Abu al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir al-Basri, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, ed. Shami bin Muhammad

Salamah, (Taybah: Dar Taybah li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 1999), j.5, h.112. 18 Hadith riwayat al-Tabarani,[ no.hadith 8910]. Lihat Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-

Tabarani (1404H/1983M), al-Mu‘jam al-Kabir, ditahqiqkan oleh Humaidi bin ‘Abd al-Majid al-Salafi, al-

Mawsal: Maktabah al-‘Ulum wa al-Hakam, j.9, h.184.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

202

Merujuk kepada perbincangan di atas, dapat dinyatakan bahawa al-Quran

keseluruhannya adalah penawar kepada penyakit manusia. Ini bermakna bahawa

apa jua penyakit dapat dirawat melalui terapi al-Quran. Walaupun demikian, ia

bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu mengambil pengajaran dan

manfaat daripada al-Quran itu sendiri. Bahkan ia juga berkait rapat dengan tujuan

dan niat seseorang ketikamana menjadikan al-Quran itu sebagai wasilah

penyembuhan. Tambah lagi, apa yang diusaha yang dilakukan untuk mencari

kesembuhan bagi sesuatu penyakit, ia adalah ikhtiar semata-mata tetapi

kesembuhan adalah milik Allah SWT jua.

[Kedua]: Adakah merawat melalui ruqyah menafikan peranan doktor dalam

rawatan penyakit.

Berhubung dengan ikhtiar rawatan penyakit melalui kaedah terapi ruqyah, adakah

bermaskud bahawa menafikan peranan doktor dalam rawatan penyakit? Dalam isu

berkaitan dengan peranan doktor perubatan di hospital dan klinik, rawatan melalui

terapi ruqyah adalah sebagai salah satu bentuk ikhtiar rawatan sepertimana

mendapatkan rawatan daripada seorang doktor. Tidak wujud soal menafikan

peranan doktor dalam konteks usaha untuk mencari penawar bagi sesuatu penyakit.

Hal ini boleh dirujuk kepada beberapa hadith yang menyatakan bahawa Allah tidak

menurunkan sesuatu penyakit, melainkan bersamanya ubat. Ini bermakna Nabi

SAW memberikan galakkan dan sarankan agar berikhtiar mencari ubat apabila

sakit atau ditimpa sesuatu penyakit. Cuma, ia memerlukan usaha, kegigihan serta

kesabaran yang tinggi untuk mencari dan mendapatkan penawar yang sesuai

dengan penyakit tersebut.19

Daripada Abi Hurayrah RA, daripada Nabi SAW

bersabda:

أ زل لع شاءا ا أ زل اللع داءا إ

Maksudnya: “Tidaklah Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit

melainkan diturunkan baginya ubat (kesembuhan).”20

Manakala dalam riwayat Usamah bin Syarik RA berkata, sabda Nabi SAW:

ع شاءا إ الرم ت اووا عاد ع ضع داءا إ و حاع ل اللع هإن اللع

19 Selain daripada hadith yang disebutkan, terdapat hadith-hadith lain yang menggalakkan umat Islam

berikhtiar mencari ubat bagi mengubati suatu penyakit, iaitu: Daripada Jabir RA, daripada Rasulullah SAW

bersabda: ( يب هإذا دواء داء لك ا اء دواء أ وج عز اللع بإذن ب رأ ال ) Maksudnya: “Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila sesuatu

ubat dapat mengubati sesuatu penyakit, maka ia sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.” [Hadith riwayat

Muslim [Kitab al-Salam, ( تحاب دواء داء لك ا باب الت اوى وا ), no.hadith 5741]. Lihat Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain

al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad:

Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘. 2000), h. 1069. 20 Hadith riwayat al-Bukhari [Kitab al-Tibb, ( أ زل لع شاءا باب ا أ زل اللع داءا إ ), no.hadith 5678]. Lihat Bukhari, Abu

‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al- al-Ja‘fi, Sahih al-Bukhari dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-

Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, 2000), h.486.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

203

Maksudnya: "Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah,

kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit kecuali diciptakan

juga bersamanya ubat, melainkan satu penyakit sahaja iaitu

penyakit tua."21

Dalam hadith yang lain, diriwayatkan dari Abi Darda’ RA, Rasulullah SAW

bersabda:

لك ا داء دواءا ه ت اووا و ت اووا برام واء وج اء وال إن اللع أ زل ال

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat

dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah,

dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diharamkan.”22

Ibn Battal mengatakan bahawa pada hadith riwayat al-Bukhari di atas (yakni

hadith Abi Hurayrah RA), jelas menunjukkan bahawa keharusan untuk berikhtiar

mencari ubat. Bahkan beliau menyangkal pendapat golongan sufi yang menyangka

bahawa kewalian (mencapai tahap seorang wali) tidak sempurna melainkan reda

terhadap semua musibah atau bala yang diturunkan dan tidak perlu baginya untuk

mencari ubat. Sedangkan, Nabi SAW jelas mengharuskan perkara

tersebut.23

Manakala Ibn Hajar dalam Fath al-Bari merumuskan dengan

mengaitkan pada semua riwayat di atas dengan tambahan daripada beberapa

riwayat yang lain bahawa setiap penyakit ada ubatnya kerana Allah SWT

menurunkan sesuatu penyakit bersama dengan penawarnya.24

Oleh yang demikian, dalam hadith-hadith yang dinyatakan, Rasulullah

SAW menggalakkan umat baginda untuk berikhtiar mencari ubat, namun cara dan

21 Hadith riwayat Ibn Majah [Kitab al-Tibb, ( باب ا أ زل اللع داءا إ أ زل لع شاءا ), no.hadith 3436. Ibn Majah, Abu ‘Abd

Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (1417H), Sunan Ibn Majah, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-

Kutub al-Sittah, al-Riyad: Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘, h. 2684 22 Hadith riwayat Abu Dawud [Kitab al-Tibb, ( كر باب وهة الدوة ال ), no.hadith 3874. Abu Dawud, Sulayman bin

al-Asy‘at al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-

Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘, h.1507 23 Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalf bin ‘Abd al-Malik bin Battal al-Kubra al-Qurtubi selepas ini Ibn Battal

(1423H/2003M), Sharh Sahih al-Bukhari, ditahqiqkan oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, al-Riyad:

Maktabah al-Rushd, j.9, h.394. 24 Maksud diturunkan ubat adalah diturunkan ilmu tentang penyakit itu di atas lidah Nabi SAW, atau

diibaratkan dengan turun itu sebagai takdir. Tambahan lagi, konsep berubat itu terikat hanya kepada perkara-

perkara yang dihalalkan sahaja, kerana tidak harus untuk berubat dengan sesuatu yang diharamkan. Manakala

hadith riwayat Jabir pula mengisyaratkan bahawa kesembuhan terhadap penyakit tertakluk kepada keizinan

Allah SWT. Hal ini kerana, kemungkinan sesuatu penyakit itu telah dilakukan pelbagai kaedah dan rawatan

serta berapa jumlah ubat yang diberi, namun masih tidak berjaya. Tambahan lagi, dalam hadith Ibn Mas‘ud

pula, ia adalah isyarat bahawa sebahagian ubat tidak diketahui oleh sesiapa pun kerana ia telah ditetapkan

sebab-sebabnya demikian. Akan tetapi ia tidak pula menafikan tawakkal kepada Allah SWT. Oleh itu, sesiapa

yang beriktikad bahawa kesembuhan itu adalah dengan izin Allah dan takdirnya (iaitu ketentuan dari Allah),

sesungguhnya ia yakin dengan kekuasaan Allah padanya. Bahkan, sesuatu ubat itu boleh menjadi penyakit

atau racun jika ditakdirkan Allah SWT sedemikian. Dari itu, penyakit yang dihadapi adalah di atas takdir

(ketentuan) dan kehendak Allah SWT terhadapnya, sedangkan berubat (ikhtiar rawatan) bukan pula menafikan

konsep tawakkal kepadaNya sepertimana untuk menghilangkan lapar dan dahaga, sudah pasti perlu makan dan

minum. Lihat Ibn Hajar (1421H/2001M), Fath al-Bari, op.cit., j.10, h.141-142.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

204

pendekatan berikhtiar tersebut adalah bergantung kepada kepandaian dan

kepintaran masing-masing. Perkara utama yang diberi penekanan adalah tidak

mencampurkan antara hak dengan batil yakni tidak berubat dengan menggunakan

bahan ubatan yang diharamkan seperti najis, arak dan sebagainya. Apa yang

penting dan utama adalah ketika berusaha mencari ikhtiar rawatan, pastikan

mengikuti syariat Islam.

Kemudian dalam berubat pula, keyakinan tentang kesembuhan pula adalah

hanya milik Allah SWT sahaja. Hal ini kerana apa jua pekerjaan yang dilakukan,

niat adalah perkara utama yang ditekankan. Dengan niat yang baik, akan

menentukan hala tuju sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak. Oleh itu,

ketika berikhtiar mencari ubat, letakkan keyakinan bahawa hanya Allah yang

Maha Penyembuh penyakit, lainya adalah sekadar ikhtiar dan usaha manusia

sahaja.

Dari itu, jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang

mampu untuk memberikan nilai kesembuhan penyakit jasmani dan rohani

manusia. Bahkan, bukan sekadar ayat-ayat tertentu sahaja, tetapi keseluruhan al-

Quran itu mendatangkan petunjuk dan hidayah kepada semua manusia. Kemudian,

melalui panduan hadith Nabi SAW, baginda sangat menggalakkan orang yang

sakit supaya berikhtiar mencari ubat dan penawar sesuatu penyakit. Pendekatan

rawatan melalui penggunaan ruqyah daripada al-Quran adalah salah satu

pendekatan yang boleh diamalkan dan bertepatan dengan keterangan al-Quran dan

penjelasan daripada Nabi SAW.

HASIL ANALISIS

ANALISIS SIGNIFIKAN PENGGUNAAN AYAT-AYAT AL-QURAN

DALAM RAWATAN PENYAKIT

Berdasarkan kepada jenis penyakit dan ayat-ayat yang digunakan sebagai ruqyah

bagi sesuatu penyakit itu, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat empat

signifikan yang membawa kepada penggunaan ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai

ruqyah rawatan iaitu:

[Pertama]: Signifikan dengan tema ayat atau kalimah yang terkandung di dalam

ayat yang berkaitan dengan penyakit.

Dalam aspek ini, didapati bahawa kebanyakan ruqyah yang dibacakan ke atas

penyakit adalah merujuk kepada tema atau terdapat kalimah khusus yang mewakili

penyakit atau berkaitan dengan tempat yang sakit atau mewakili anggota badan

yang terkena penyakit.

Contohnya, kombinasi ruqyah yang digunakan dalam rawatan penyakit

yang berkaitan dengan sihir adalah terdiri daripada komibinasi beberapa ayat yang

jelas berkaitan dengan tema sihir iaitu ayat 81-82 surah Yunus; ayat 118-122 surah

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

205

al-A‘raf; ayat 69 surah Taha; ayat 84 surah al-Nisa’ dan ayat 64 surah Yusuf.25

Keseluruhan ayat tersebut menyentuh tentang sihir.

Dalam ayat 81-82 surah Yunus, ayat 118-122 surah al-A‘raf dan ayat 69

surah Taha Allah SWT menyebutkan tentang sihir yang berlaku pada zaman Nabi

Musa AS, usaha Nabi Musa AS bersama Nabi Harun AS memerangi sihir dan

berlawan dengan ahli tukang sihir Firaun serta Allah membatalkan sihir-sihir yang

dilakukan oleh tukang-tukang sihir Firaun tersebut. Manakala ayat ayat 84 surah

al-Nisa’ dan ayat 64 surah Yusuf adalah kombinasi ayat untuk memohon

pemeliharaan dan penjagaan daripada Allah SWT daripada terkena penyakit sihir

khususnya dan umumnya daripada segala gangguan makhluk halus.

Manakala dalam rawatan sakit kepala atau pening kepala, ayat yang

digunakan sebagai ruqyah adalah ayat 19 surah al-Waqi‘ah. Dalam ayat itu

terdapat tema ayat yang menyebutkan tentang keadaan golongan yang mendapat

Syurga Allah yang akan hidup di dalamnya dalam keadaan senang lenang dan

disediakan pelbagai kenikmatan. Bahkan mereka tidak akan merasai pening dan

tidak pula mabuk.

Kemudian, sama juga dalam rawatan terhadap sakit dalam dada akibat

sesak nafas. Kombinasi ruqyah rawatnnya adalah terdiri daripada ayat 1-8 surah al-

Sharh, ayat 125 surah al-An‘am dan ayat 22 surah al-Zumar. Keseluruhan ayat

tersebut mempunyai tema yang berkaitan dengan dada dan permohonan supaya

dilapangkan dada di mana Allah SWT menyatakan bahawa apabila seseorang itu

diberikan hidayah Islam, maka Allah SWT akan melapangkan dada mereka. Jadi,

konsep “lapang dada” itu menunjukkan permintaan supaya masalah sesak dada

dapat disembuhkan dan dilapangkan dada.

Demikian dalam rawatan sakit dada iaitu dada berdebar-debar. Kombinasi

ayat yang dijadikan ruqyah dalam rawatan adalah ayat 28 surah al-Ra‘d, ayat 13

surah al-An‘am, ayat 33 surah al-Shura dan ayat 45 surah al-Furqan. Keseluruhan

ayat itu mengandungi tema khusus iaitu memohon ketenangan dan ketenteraman

daripada segala kegelisahan dan permasalahan. Terdapat kalimah “sakana” dan

“tatma’inn” yang membawa maksud ketengangan.

Kemudian, dalam merawat masalah tulang patah akibat terjatuh,

kemalangan dan sebagainya, ruqyah yang digunakan dalam rawatan adalah

kombinasi ayat 78-79 surah Yasin, ayat 259 surah al-Baqarah dan ayat 30 surah al-

Anbiya’. Signifikan penggunaan ayat-ayat tersebut adalah berkait rapat dengan

tema tersebut. Dalam ayat 78-79 surah Yasin Allah SWT menyebutkan tentang

kekuasaanNya yang mampu untuk menghidupkan kembali tulang bendulang yang

telah hancur seperti debu. Manakala pada ayat 259 surah al-Baqarah juga Allah

SWT mahu menunjukkan kekuasaanNya menghidupkan kembali keldai daripada

tulang-tulang keldai yang telah hancur itu. Pada ayat 30 surah al-Anbiya’, seperti

yang disebutkan ia menjelaskan tentang asal kejadian makhluk daripada air dan

kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan sesuatu.

[Kedua]: Pengajaran terhadap kisah dan pengajaran disebalik penurunan ayat.

25 Haron Din, Dato’ Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan

Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), 2011), h. 161-163.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

206

Dalam situasi yang kedua pula, sebahagian ayat yang digunakan dalam rawatan

sesuatu penyakit adalah bersesuai dengan pengajaran terhadap kisah dan disebalik

penurunan ayat tersebut. Contohnya, ayat 1-5 dari surah Taha, digunakan sebagai

ruqyah untuk rawatan pelembut hati iaitu berkaitan dengan penyakit seseorang

yang bersikap kasar dan keras hati atau keras hati. Kisah disebalik ayat ini adalah

merujuk kepada pengajaran yang dipetik daripada kisah pengislaman Saidina

Umar al-Khattab yang mendengar ayat tersebut sehingga melembutkan hati beliau

yang keras menentang Islam sebelum itu. Ayat tersebut menjadi faktor Saidina

Umar al-Khattab mendapat hidayah Allah dan melembutkan hati beliau untuk

menerima Islam. Pada masa yang sama Allah memaqbulkan doa Nabi SAW agar

dikuatkan Islam dengan salah seorang daripada dua Umar.26

Demikian juga dalam rawatan berhubung dengan masalah sukar

mendapatkan zuriat, ayat yang digunakan sebagai ruqyah adalah ayat 30 dan 89

surah al-Anbiya’dan ayat 38 surah Ali ‘Imran.

Dalam ayat 89 surah al-Anbiya’ dan ayat 38 surah Ali ‘Imran, terdapat

signifikan yang jelas daripada kisah berkaitan dengan permohonan dan doa Nabi

Zakaria AS untuk mendapatkan anugerah anak. Signifikan terhadap doa yang

dipohon oleh Nabi Zakaria tersebut, ia dijadikan sebagai ruqyah dalam usaha

ikhtiar untuk mendapatkan zuriat dan juga mengambil pengajaran daripada kisah

tersebut. Manakala dalam ayat 30 surah al-Anbiya' pula, terdapat signifikan yang

jelas di mana Allah SWT menyatakan bahawa setiap sesuatu asal kejadian

makhluk itu adalah daripada air. Berasaskan kepada keterangan Allah bahawa

kejadian makhluk itu semuanya berasaskan kepada air, maka amat sesuai ruqyah

itu digunakan sebagai ruqyah untuk rawatan kesukaran mendapatkan anak. Hal ini

kerana manusia dan semua makhluk itu adalah ciptaan Allah SWT.

[Ketiga]: Pemahaman tersirat disebalik maksud ayat al-Quran

Dalam kisah berkaitan dengan Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan

kemampu kepada baginda untuk bercakap secara terus. Perkara itu diabadikan

dalam ayat 169 surah al-Nisa'. Permahaman terhadap maksud disebalik kisah ini,

maka ayat ini telah dijadikan sebagai ruqyah bagi merawat kanak-kanak yang

lambat bercakap. Signifikannya adalah kerana kemampuan bercakap secara terus

itu adalah kemampuan tertinggi yang dianugerahkan Allah SWT kepada Nabi

Musa AS. Oleh sebab itu, dijadikan ayat ini sebagai ruqyah rawatan bagi kanak-

kanak yang lambat bercakap.

26 Rujuk kepada hadith daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ر ب الطاب » لم بمب جه ب هشام أو ب لك « اللهك أعز اإل لك هم لى اللع عليع و ول اللع ر على ر ه غ ا ع قال: هم

Maksudnya: ““Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan (pengislaman) Abu Jahal bin Hisham atau dengan

(pengislaman) ‘Umar bin al-Khattab.” Kata Ibn ‘Abbas lagi: “Setelah paginya (pagi Jumaat), maka pergilah

‘Umar bertemu dengan Rasulullah SAW dan beliau memeluk Islam.” Kata al-Tirmidhi hadith ini gharib

dengan wajah ini. Lihat Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Tirmidhi al-Sulami, al-Jami‘ al-Sahih Sunan al-

Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, (Misr: Sharikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa

al-Babi al-Halabi, 1975), j.5, h.618.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

207

Demikian juga bagi kesakitan akibat daripada terkena api atau sesuatu yang

panas, maka ruqyah yang digunakan adalah ayat 69 surah al-Anbiya'. Dalam ayat

ini menyebutkan tentang arahan Allah SWT terhadap unggun api yang digunakan

oleh Raja Namrud yang mahu membakar Nabi Ibrahim AS. Arahan Allah SWT,

sifat api yang panas dan membakar itu menjadi sejuk dan tidak membakar menjadi

signifkan terhadap penggunaan ayat ini sebagai ruqyah bagi merawat kesan

terbakar atau terkena api atau bahan yang panas.

Manakala dalam rawatan penyakit lumpuh pula, ayat yang dijadikan

sebagai ruqyah adalah ayat 30 surah al-Anbiya’. Lumpuh adalah penyakit yang

menyebabkan anggota badan mati atau tidak dapat berfungsi disebabkan oleh

gangguan pada saraf. Oleh sebab itu, pada ayat 30 surah al-Anbiya’ ini, Allah

SWT menyebutkan bahawa segala makhluk ciptaanNya adalah daripada sumber

air. Jadi, difahami bahawa dalam ayat itu menyeru supaya aggota yang tidak

berfungsi itu kembali “hidup” yakni berfungsi seperti sediakala. Namun demikian,

dalam rawatan lumpuh terdapat beberapa pendekatan lain yang dilakukan seperti

urutan, menanam pesakit dalam pasir dan sebagainya. Ayat tersebut hanya sebagai

ruqyah sahaja.

Dalam rawatan terhadap masalah tercekik tulang pula, ruqyah yang

digunakan adalah ayat 80 surah al-Isra’. Pengunaan ayat ini adalah berasaskan

kepada pemahaman terhadap ayat iaitu konsep masuk dan keluar. Apabila

masuknya makanan ke dalam mulut makan masuklah dengan baik, sedangkan

apabila keluar juga keluarlah dengan baik. Jadi, tercekik tulang itu menandakan

wujudnya masalah. Melalui doa ini dipohon agar yang tercekik itu dapat

dilepaskan dan menyelamatkan orang yang tercekik itu.

Bagi penyakit barah pula, ayat yang dijadikan sebagai ruqyah adalah ayat 1

dan 2 surah al-Qalam. Barah adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang

menggangu sel dalam badan manusia. Berlakunya barah apabila sel dalam badan

tersebut menjadi “gila”. Oleh sebab itu, dijadikan ayat tersebut sebagai usaha dan

ikhtiar untuk memohon agar sel tersebut tidak memberontak sehingga

menyebabkan berlakunya barah. Semuanya adalah pemahaman berasaskan kepada

maksud yang tersirat daripada ayat dan dikaitkan dengan penyakit tersebut.

Demikian juga berkaitan dengan masalah kencing malam yang sering

berlaku kepada kanak-kanak apabila tidur. Sebagai usaha dan ikhtiar masalah ini,

ayat ruqyah yang digunakan adalah daripada ayat 44 surah Hud. Dalam ayat ini

Allah SWT memerintahkan agar bumi menelan air dan langit berhenti menurunkan

hujan dalam peristawa banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh AS

sehingga menenggelamkan semuanya termasuk gunung ganang. Signifikan kepada

arahan Allah supaya bumi menahan air daripada keluar dan langit menahan air

daripada turun, menjadi sebab kepada penggunaan ruqyah ini sebagai penahan

daripada kencing malam.

[Keempat]: Merujuk kepada pengalaman dan ilmu yang dipelajari atau diwarisi

daripada pengalaman orang lain.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

208

Perkara ini merujuk kepada sebahagian penyakit yang dirawat menggunakan

kombinasi ayat-ayat tertentu sebagai ruqyah, namun dalam ayat tersebut tidak

menjelaskan ketiga-tiga ciri sebelum ini. Pengkaji melihat bahawa ia sangat berkait

dengan pengalaman dan ilmu warisan daripada orang-orang tua terdahulu. Ini

bermakna bahawa sesuatu ayat itu telah menjadi satu amalan turun temurun atau

daripada petua-petua orang tua-tua telah diamalkan bagi rawatan penyakit dan

berdasarkan pengamalan itu, ternyata ia memberi kesan kesembuhan terhadap

penyakit tersebut. Sedangkan pada ayat itu tidak mengandugi tema, mempunyai

asbab al-nuzul namun tiada kaitan dengan penyakit dan sebagainya lagi.

Contohnya, dalam rawatan sakit pinggang, ayat yang digunakan sebagai

ruqyah adalah kombinasi ayat 130 surah al-Shu‘ara’ dan ayat 12-16 surah al-Buruj.

Dalam ayat 130 surah al-Shu‘ara’ menyebutkan tentang memukul dan menyeksa

dengan kejam. Manakala dalam ayat 12-16 surah al-Buruj menceritakan tentang

kekuasaan Allah SWT. Jadi, tiada sebarang tema atau sebab penurunan yang dapat

dikaitkan dengan penyakit. Namun, ia adalah berasaskan kepada pengamalan dan

ilmu yang diwarisi daripada orang-orang tua terdahulu yang menggunakan ayat ini

sebagai ruqyah dalam rawatan penyakit tersebut.

Demikian juga dalam rawatan penyakit kayap. Ruqyah yang digunakan

dalam ayat 44 surah Hud. Secara umumnya, tiada sebarang tema dalam ayat untuk

dikaitkan penyakit atau berkait dengan sebab penurunan ayat. Ayat ini dijadikan

ruqyah berasaskan kepada pengalaman dalam kalangan masyarakat yang

mendalami ilmu berkaitan dengan penyakit. Bahkan, berasaskan kepada

pengalaman itu, mereka telah berjaya untuk membantu menyembuhkan penyakit

tersebut dengan izin Allahn SWT.

Pengkaji meringkaskan perbahasan dalam bentuk jadual di bawah. Lihat

Jadual 2.0 di bawah.

Jadual 2.0: Senarai Jenis Penyakit, Ayat-Ayat Ruqyah Rawatan dan Signifikan

Ayat Terhadap Rawatan Penyakit

NO. JENIS

PENYAKIT

AYAT AL-QURAN

YANG

DIJADIKAN

SEBAGAI

RUQYAH

SIGNIFIKAN AYAT DENGAN

PENYAKIT

16. Rawatan Sihir Yunus (10): 81-82 Tema Sihir

Konsep memohon pembatalan sihir

Al-A‘raf (7): 118-122 Menceritakan tentang kemenangan

di pihak yang hak dan hancurnya

kebatilan (sihir)

Taha (20): 69 Sihir adalah tipu daya dan perbuatan

tukang sihir tidak akan berjaya

al-Nisa’ (4): 84 Pengakuan kekuatan Allah

Yusuf (12):64 Memohon pemeliharaan daripada

kejahatan

17. Sakit Pinggang Al-Shu‘ara’ (26): 130 Pengalaman pengamal

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

209

al-Buruj (85): 12-16

18. Pening Kepala/

Sakit Kepala

al-Waqi‘ah (56): 19 Terdapat istilah pening dalam ayat

(tema ayat)

19. Kayap Hud (11): 44 Pengalaman pengamal

20. Lumpuh Al-Anbiya’ (21): 30 Tema ayat: menyebutkan bahawa

setiap yang hidup itu diciptakan

daripada air- signifikan kepada

lumpuh yang disebabkan kematian

sel tulang belakang dll

21. Masalah Zuriat Al-Anbiya’ (21): 89 Pengajarah daripada kisah Nabi

Zakaria AS Ali ‘Imran (3):38

Al-Anbiya’ (21): 30

22. Sakit Dalam Dada

Akibat Sesak

Nafas

Al-Sharh (94): 1-8/ Tema ayat: Memohon dilapangkan

dada Al-An‘am (6): 125

al-Zumar (39): 22

23. Sakit Dada: Dada

Berdebar-debar

Al-Ra‘d (13): 28 Tema ayat: berhubung dengan

kalimah “sakana” dan “itainna”

yang merujuk kepada maksud

memohon ketenangan dan

ketenteraman

Al-An‘am (6): 13

Al-Syura(42):33

Al-Furqan (25): 45

24. Lambat bercakap Al-Nisa’ (4): 164 Pengajaran daripada kisah Nabi

Musa yang boleh berkomunikasi

secara langsung dengan Allah

25. Terkena Api Al-Anbiya’ (21): 69 Pengajaran daripada kisah Nabi

Ibrahim yang dicampakkan ke dalam

api

26. Tercekik Tulang Al-Isra’ (17): 80 Tersirat:

Kalimah: konsep masuk dan keluar

dengan kemuliaan (baik/selamat)

27. Pelembut Hati Taha (20): 1-5 Pengajaran Kisah pengislaman Umar

al-Khattab

28. Barah Al-Qalam: 1-2 Berkaitan dengan virus barah yang

menggila (terkait dengan kalimah

majnun)

29. Kencing Malam Hud (11): 44 Ayat supaya air ditahan daripada

keluar (bumi menelan air dan langit

menahan daripada menurunkan air

(hujan)

30. Tulang Patah Yasin (36): 78-79 Tema ayat: menghidupkan tulang-

tulang

Al-Baqarah (2): 259 Penyusunan tulang bendulang oleh

Allah

Al-Anbiya’ (21): 30 Setiap kejadian daripada air

Sumber: Hasil rumusan terhadap analisis yang dijalankan.

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

210

KESIMPULAN

Daripada segala perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa:

Pertama: Al-Quran merupakan kitab wahyu dan Kalam Allah yang

merupakan mukjizat kepada Nabi SAW. Salah satu kemukjizatan al-Quran adalah

mampu untuk membantu menyembuhkan penyakit jasmani dan rohani manusia.

Cumanya diserahkan kepada manusia bagaimana untuk memanfaatkan wahyu dan

Kalam Allah tersebut. Apa yang pasti al-Quran itu adalah petunjuk jalan kepada

manusia dan Nabi SAW sebagai utusan yang bertanggungjawab untuk

menjelaskan kandungannya.

Kedua: Merujuk kepada perbincangan, hanya sebahagian daripada ayat-

ayat al-Quran yang digunakan sebagai ruqyah dalam rawatan sesuatu penyakit.

Bahkan, kadang kala hanya satu ayat atau sepotong ayat sahaja. Oleh itu, perlu

untuk dijelaskan bahawa ketika rawatan dijalankan, tidak bermakna bahawa hanya

ayat tersebut dibacakan sebagai ruqyah. Kemungkinan ayat tersebut

dikombinasikan dengan doa-doa yang lain atau ayat-ayat lain sebagai tambahan

dalam rawatan tersebut. Dalam hal ini, tidak timbul isu bahawa sesuatu penyakit

itu bergantung kepada satu jenis ruqyah sahaja, tetapi kemungkinan gabungan dan

kombinasi dengan beberapa doa yang lain.

Ketiga: Walaupun sesuatu penyakit itu mempunyai signifikan yang jelas

tersurat atau tersirat, merujuk kepada penelitian, pengkaji dapat menyatakan

bahawa ia bergantung sepenuhnya kepada sumber ilmu yang dipelajari oleh

seseorang perawat atau pengamal itu dalam menggunakan sesuatu ayat atau

kombinasi ayat-ayat tertentu sebagai ruqyah. Hal ini dibuktikan bahawa dalam

kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini.27

Sekalipun jenis

penyakit yang sama, kadang kala kombinasi ayat-ayat ruqyah tersebut adalah

berbeza. Kadang kala, ilmu yang dipelajari daripada beberapa orang guru itu

digabungkan atau disenergikan sehingga lahir kombinasi baru berdasarkan kepada

ijtihad pengamal itu sendiri. Oleh sebab itu, ia kombinasi ayat-ayat ruqyah untuk

merawat sesuatu penyakit adalah berbeza.

BIBLIOGRAFI

Abu Dawud, Sulayman bin al-Asy‘at al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud,

dalam dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar

al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi‘.

Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas‘ud bin Muhammad bin al-Fara’ al-

Baghawi, Ma‘alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur‘an, ed. ‘Abd al-Razzaq al-Mahdi,

(Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1420H).

Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al- al-Ja‘fi, Sahih al-Bukhari dalam

Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-

Nashr wa al-Tawzi‘, 2000).

27 Khadher Ahmad, “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam al-Kutub al-Sittah: Aplikasi di

Pusat Rawatan Islam di Malaysia”, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012).

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

211

Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari al-Ja‘fi selepas ini al-, al-

Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa

Sunaninih wa Ayyamih (Sahih al-Bukhari), ditahqiqkan oleh Muhammad Zahir

bin Nasir al-Nasir, j.18, (Mansurah, Mesir: Dar Tuq al-Najah, 1422H)

Fakhr al-Din al-Razi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan al-Razi,

Mafatih al-Ghaib, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, 1420H).

Fakhr al-Din al-Razi, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan bin al-Husayn

al-Razi, Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir), (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-

‘Arabi, 1420H).

Haron Din, Dato’ Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi,

Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’),

2011).

Haron Din, Dato’ Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi,

Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’),

2011).

Haron Din, TG Dato’ Dr. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan Doa-

Doa Mustajab, (Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan dan

Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), 2008).

Ibn ‘Atiyyah, Abu Muhammad ‘Abd al-Haq bin Ghalib bin ‘Abd al-Rahman bin Tamam

bin ‘Atiyyah, al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-‘Aziz, ed. ‘Abd al-

Salam ‘Abd al-Shafi Muhammad, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 1407H).

Ibn Battal, Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalf bin ‘Abd al-Malik bin Battal al-Kubra al-Qurtubi,

Sharh Sahih al-Bukhari, ditahqiqkan oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, (al-

Riyad: Maktabah al-Rushd, 2003).

Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Isma‘il bin ‘Umar bin Kathir al-Basri, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim,

ed. Shami bin Muhammad Salamah, (Taybah: Dar Taybah li al-Nashr wa al-

Tawzi‘, 1999).

Ibn Majah, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (1417H), Sunan Ibn

Majah, dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad:

Maktabah al-Ma‘arif li al-Nashr wa al-Tawzi‘.

Khadher Ahmad, “Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam al-Kutub al-

Sittah: Aplikasi di Pusat Rawatan Islam di Malaysia”, (Tesis PhD, Jabatan al-

Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur, 2012).

Khazin, ‘Ala’ al-Din ‘Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin ‘Umar al-Shiyahi, Lubab al-

Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil, ed. Muhammad ‘Ali Shahin, (Beirut: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah, 1415H).

Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim, ditahqiqkan

oleh Ahmad Muhammad Syakir, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 2014).

Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim dalam

Mawsu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-

Nashr wa al-Tawzi‘. 2000).

Tabarani, Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-, al-Mu‘jam al-Kabir,

ditahqiqkan oleh Humaidi bin ‘Abd al-Majid al-Salafi, (al-Mawsal: Maktabah

al-‘Ulum wa al-Hakam. 1983)

Tirmidhi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa al-Sulami, al-Jami‘ al-Sahih Sunan al-Tirmidhi,

ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, (Misr: Sharikah Maktabah

wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975).

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

Tajdid In Qur’anic Studies

212

Zamakhshari, Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Amru bin Ahmad al-Zamakhshari, al-Kashshaf

‘an Ghawamid al-Tanzil, (Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 1407H).

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools

PDFi

ll PD

F Ed

itor w

ith F

ree

Writ

er a

nd T

ools