panduan solat

36

Upload: anwrppdmjg

Post on 23-Dec-2015

123 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

panduan solat

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN SOLAT
Page 2: PANDUAN SOLAT

*****

OLEH : HJ MOHD SOLEH HJ AHMAD

JABATAN PENGAJIAN UNDANG-UNDANG ISLAMUNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Diringkas & diolah semula oleh:

Mohamed Awang Teh

Persoalan :

1. Solat Jamaah

2. Solat Musafir (Jamak dan Qasar)

Page 3: PANDUAN SOLAT

HUKUMNYA

1. Imam Ar-Rafie

Sunat Muakad Berdasarkan hadis bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat seorang diri 27 darjat (kali).

2. Imam An-Nawawi

Fardhu KifayahWajib bagi lelaki merdeka dan bermukim serta ada pakaian menutup aurat.Pendapat ini lebih muktamad serta jadi pegangan sebilangan besar para ulamak

Nasnya, hadis riwayat Abu Daud & An-Nasai bermaksud :“ Tidak ada tiga orang yang mendiami satu-satu kampung atau kawasan sedangkan mereka tidak mendirikan solat berjamaah melainkan syaitan akan menguasai mereka. Jadi, dirikan solat berjamaahkerana serigala hanyalah memakan kambing-kambing yang terpencil sahaja.”

KEUZURAN UNTUK BERJAMAAH

1. Hujan – boleh membasahkan pakaian2. Angin kencang – malam3. Becak (lecah) – mengotorkan pakaian4. Sakit5. Sejuk @ panas bersangatan6. Sangat lapar @ dahaga7. Rasa nak buang air kecil @ besar8. Takut orang zaliminya @ hartanya9. Takutkan peminta hutang kerana benar-benar tidak mampu

dijelaskan segera.

Page 4: PANDUAN SOLAT

10. Takuti hukum siksa yg boleh dimaafi jika menghilangkan diri beberapa hari

11. Tiada pakaian12. Takut ketinggalan rombongan musafir13. Makan sesuatu yang berbau busuk14. Tunggu keluarga terdekat nazak15. Tunggu pesakit yang tiada penjaga

TEMPAT AFDHAL BERJAMAAH

1. Lelaki – di masjid2. Wanita dan khunsa - di rumah

Wanita rupawan makruh ke masjid.

NIAT IMAM DAN MAKMUM

1. Pada solat Fardu Jumaat – wajib bagi imam dan makmum.Pada solat-solat lain – Imam : tak wajib - makruh , tiada fadilat jamaah jika tak niat imam..

2. Makmum : Jk niat selepas takbir, sah tapi makruh (tiada fadilat jamaah). Imam Nawawi – harus.

MAKRUH JADI IMAM

1. Orang alim fasiq2. Orang yang buat kerja bidaah tapi tak menjadi kafir3. Perangai keji dan tak disukai makmum4. Banyak salah dalam bacaan tapi tak mengubah makna5. Tidak fasih sebutan pad sebahagian huruf seperti : Dodd an Qof6. Merampas jawatan imam sedangkan dia tidak berhak.7. Tidak berhati-hati daripada najis8. Pekerjaannya kotor9. Anak zina (tak tahu nasab). Boleh jika sesama anak zina.10. Belum berkhatan walaupun baligh11. Kanak-kanak – walaupun lebih ilmunya drp orang dewasa.

Page 5: PANDUAN SOLAT

ORANG YANG UTAMA JADI IMAM

1.Sultan @ wakilnya 2.Imam yang dilantik 3.Penghuni tetap (asal) :

3.1. Penyewa lebih aula drp. pemberi sewa3.2. Pemberi pinjam lebih aula drp yang meminjam

4. Lebih alim feqah 5. Lebih alim Al-Quran – bacaan dan sebagainya. 6. Lebih waraq 7. Lebih dahulu hijrah ke Madinah (sekarang tiada lagi) 8. Lebih dahulu masuk Islam 9. Lebih baik keturunan 10.Lebih baik kelakuan 11.Lebih bersih pakaian 12.Lebih bersih badan 13.Lebih baik pekerjaan 14.Lebih baik suaranya 15.Lebih baik rupa parasnya 16.Telah berkahwin 17.Jk sama semuanya, undi .

BEBERAPA ADAB SOLAT BERJAMAAH

Adab Sebelum Solat

1. Imam orang yang disukai ramai makmum. Makruh jd imam, jk makmum lebih baik ilmu feqah dan bacaannya.

2. Makruh muazin jadi imam bagi solat berkenaan3. Solat awal walaupun makmum sedikit lebih afdal drp solat lewat

serta ramai makmum. 4. Jadi imam dgn ikhlas.Jk terbatal sembahyang, jgn malu untuk

keluar. Makmum terdekat ganti.5. Pastikan saf makmu sempurna sebelum takbiratul ihram.6. Sunat imam nyaringkan suara bila takbir. Makmum hanya dgr

sekadar dirinya.

Page 6: PANDUAN SOLAT

Adab Dalam Bacaan

1. Sunat imam perlahankan bacaan iftitah & taawuz.2. Sunat imam nyaringkan bacaan pada2 rakaat Subuh, Jumaat,

Maghrib dan Isyak.3. Sunat nyaringkan “Amin!” bersama imam4. Selepas ‘waladhollin!” sunat imam diam sekejap sebelum kata

“Amin!”5. Selepas “Amin!” sunat imam diam sekedar makmum baca

fatihah.6. Sunat diam seketika sebelum rukuk.7. Sunat bg imam bacasurah panjang bagi solat Subuh, sederhana

bg. solat Zuhurdan Asar dan surah-surah akhir bg solat Maghrib.

Adab Dalam Mengerjakan Rukun-rukun

1. Sunat imam meringankan rukuk dan sujud2. Makmum jangan mendahului imam ketika rukuk, sujud dsb.3. Imam guna lafaz jamak bila berdoa4. Makruh makmum berdiri seorang tanpa masuk saf.

Syarat-syarat Sah Mengikut Imam (Berjamaah)

1. Aturan sembahyang makmum dan imam sama (muafakat) pada perbuatan- perbuatan zahir. 2. Wajib makmum ikut imam. 3. Tahu perpindahan rukun-rukun oleh imam sama ada:

a. lihatb. dengar (suara imam atau mubaligh)

4. Jangan menyalahi imam dalam perkara sunat yang mencacatkan seperti :

a. Sujud tilawah - Wajib muafakat pada buat atau tinggal.b. Sujud sahwi - Wajib muafakat pada buat , tidak pada tinggal.c. Tasyhud awal

Page 7: PANDUAN SOLAT

- Wajib muafakat pada tinggal , tidak pada buat.d. Qunut - Tak wajib muafakat pada buat dan tinggal

5. Makmum terkebelakang drpd imam kadar 3 hasta @ kurang. Jk lebih luput fadilat berjamaah.

Jk sama dgn imam – makruh & luput fadilat jamaah. 6. Niat ikut imam. Jk tidak sprt sembahyang sorang diri. Tapi jk sembahyang Jumaat @ mi’adah - Wajib niat.

7 Yakin sembahyang imam itu sah.8. Hendaklah sembahyang imam itu tak wajib diulang9. Tak boleh berimamkan org yg sdg jadi makmum.10. Bukan imam yang kurang drp makmum sprt : perempuan @

khunsa.11. Bukan imam yang “ummi” – cacat bacaan fatihah kadar 1 huruf

@ 1 tasydid Sdgkan makmum lebih qari fatihahnya.12. Imam dan makmum berada pada satu tempat.

Kedudukan Saf

1.Imam dan seorang makmum lelaki.

a. Makmum berdiri di kanan imam – terkebelakang sedikit.

b. Jika berdiri di kiri imam – makruh, luput fadilat berjamaah.

2.Imam dan dua orang makmum lelaki.

a. Jika makmum kedua dating, berdirilah di kiri imam – terkebelakang sedikit.

b. Bila takbiratul ihram, imam melangkah ke depan @ makmum undur ke belakang- buat saf di belakang imam.

c. Jika makmum di kanan undur sebelum makmum di kiri bertakbiratul ihram- makruh dan luput fadilat jamaah.

d. Jika tiada ruang di tepi kiri imam, takbir di belakang imam – makmum di kanan undur buat saf.

Page 8: PANDUAN SOLAT

3. Imam lelaki bersama makmum perempuan. Seorang atau lebih, hendaklah berdiri di belakang imam.

4. Imam bersama makmum lelaki dan seorang perempuan.

. Jika seorang lelaki dan seorang perempuan - lelaki berdiri di kanan imam, perempuan

di belakang makmum lelaki.

5. Imam bersama dua lelaki @ lebih dan perempuan & khunsa

. Lelaki di belakang imam, diikuti khunsa , akhir sekali

perempuan.

6.Imam bersama seorang makmum lelaki, khunsa dan perempuan.

Makmum lelaki di kanan imam, khunsa di belakang imam dan

perempuan di belakang khunsa.

7. Susunan Saf

Saf pertama lelaki baligh. Jika tak penuh penuhkan dengan kanak-

kanak lelaki. Saf kedua kanak-kanak dan di belakang kanak-kanak

ialah wanita.

Jk lelaki baligh dating lewat, jangan undurkan kanak-kanak lelaki

dalam saf pertama. Jika khunsa atau wanita hendaklah diundurkan.

*******************

Page 9: PANDUAN SOLAT

MASALAH MUAFIQ DAN MASBUQ

A. ERTI MUAFIQ

Makmum yang sempat berdiri (qiam) bersama imam dalam masa bacaan fatihah yang sederhana.

1. Kewajipan makmum muafiq.

a. Baca fatihah hingga sempurna (selesai)b. Tidak boleh terkemudian daripada imam dua rukun fi’li tanpa

uzur. Jika tidak terbatal sembahyangnya.c. Jika makmum uzur dimaafkan tiga rukun yang panjang.d. Jika imam rukuk krtika makmum bangkit kpd rakaat kedua,

makmum dikira masbuq – tinggalkan fatihah & rukuk.e. Mesti sempat tomakninah dalam rukuk bersama imam. Jika

tidak, gugur rakaat tersebut.f. Jika semasa bangkit itu, imam berada pada rukun selepas

rukuk, ikut imam dan wajib tambah rakaatnya.

2 Makmum Terkemudian Drp Imam Melebihi Tiga Rukun Yang Panjang

a. Hendaklah berniat mufaroqah.b. Atau meneruskan bacaan fatihah dan mengikut imam tetapi

ditambah satu rakaat selepas salam imam. c. Jika imam rukuk rakaat kedua, makmum itu belum selesai baca fatihah, hendaklah niat mufaroqah. Kalu tidak , batal sembah-

yangnya jika ia tahu hukumnya. d. Jika imam berada dalam tasyhud, makmum boleh sama ada:

i. Tinggal fatihah dan duduk tasyhud atauii. Niat mufaroqah dan sembahyang sendiri.

3. Keuzuran Yang Mengharuskan Makmum Muafiq TerkemudianDrp Imam Dgn Tiga Rukun Yang Panjang.

Page 10: PANDUAN SOLAT

a. Kelemahan semula jadi – lambat bacaan kerana berat lidah ataumenjaga tertil. Jika waswas tidak dimaafkan.

b. Ibnu Hajar menghukum orang waswas yang sebati (jadi tabiat)dihukum uzur juga.

c. Jika syak atau yakin belum baca fatihah sebelum rukuk,, wajib baca fatihah dan dimaaf hingga tiga rukun yang panjang.

d. Terlupa dia sedang sembahyang dan tidak baca fatihah , tiba- tiba imam rukuk.

e. Lalai daripada membaca fatihah, wajib baca jika teringat sebe- lum rukuk,

g. Asyik baca yang sunat kerana diyakini sempat baca fatihah.

h. Imam rukuk selepas baca fatihah sedangkan makmum belum baca fatihahnya.

i. Makmu rukuk setelah mendengar takbir yang disangka imamrukuk. Bila sedar ia qiam semula dan selesaikan fatihahnya.

j. Bernazar baca surah lain selepas fatihah.

k. Syak beberapa huruf dalam fatihahnya sebelum ia rukuk.

l. Imam cepat baca tasyhud. Makmum tak selesaikan tasyhud lalu berdiri tetapi tak sempat baca fatihah imam rukuk:i. Menurut Imam Ramli – Wajib sempurnakan fatihah hingga tiga rukun yang panjang.ii. Menurut Ibnu Hajar – Dimaafkan dua rukun fi’li sahaja. Jika tidak sempat, niat mufaroqah.

m. Tertidur waktu tasyhud awal. Bila berdiri tak sempat sem- purnakan fatihah bersama imam :

i. Imam Ramli- Wajib sempurnakan fatihah hingga 3 rukun yang panjang.ii. Ibnu Hajar – Makmum masbuq.

Page 11: PANDUAN SOLAT

n. Imam lupa/ tertinggal tasyhud awal. Makmum baca kerana disangka imam sedang baca tasyhud :

i. Imam Ramli – Wajib sempurnakan fatihah hingga 3 rukun panjang.

ii. Ibnu Hajar – Makmum masbuq.

o. Syak kadar masa sempat fatihah bersama imam @ tidak :i. Imam Ramli – Makmum muafik yang dimaafkan 3 rukun yang panjang.ii. Ibnu Hajar – Muafiq yang dimaafkan 2 rukun fi’li sahaja. Jika imam sujud wajib ia sujud dan tambah satu rakaat. Jika tak sempat juga, kena niat mufaroqah.

Pilihlah pendapat dua ulama itu yang difikirkan mudah.

B. ERTI MASBUQ

Makmum yang tidak sempat qiam (berdiri) bersama imam dalam tempoh memuatkan bacaan fatihah kadar sederhana.

1. Kewajipan Makmum Masbuq

a. Wajib baca fatihah sekadar yang sempat supaya dapat rukuk ber-sama imam.

b. Jika tak sempat rukuk serta tomakninah bersama imam, luputlahrakaat itu.

c. Tidak boleh makmum terlewat 2 rukun fi’li daripada imam.

d. Jika membaca yang sunat atau diam maka wajib baca fatihahkadar baca yang sunat itu. Jika tidak, batal sembahyang kalautahu haramnya. Jika jahil @ lupa rakaat itu luput.

e. Jika tak sempat rukuk bersama imam, ikutlah di mana rukunImam berada. Rakaat itu luput.

f. Jika fatihah belum selesai dengan kadar yang wajib itu,imam hendak sujud, wajib niat mufaroqah kerana wajib sem-

Page 12: PANDUAN SOLAT

purnakan fatihah itu.

2. Syarat Makmum Masbuq Dapat Rakaat Dan Gugur

Fatihah

a. Imam sudah rukuk ketika makmum sampai.

b. Jika imam masih berdiri, baca fatihah setakat yang sempat dan rukuk ikut imam. Dapat rakaat jika :

i. Imam suci drp hadas dan najis.ii. Sempat bersama imam dalam rukuk yang dikira

(bukan rukuk tambahan kerana imam lupa).iii. Dapat tomakninah dalam rukuk bersama imam.

3. Apakah Yang Patut Dilakukan Oleh Makmum Masbuq

a. Sunat tinggal baca yang sunat, terus baca fatihah selepas takbirkecuali yakin sempat maka disunatkan baca yang sunat itu.

b. Sunat muafakat (turut serta) dengan imam membaca zikir, takbir ,intiqolat danlain-lain.

c. Jika imam telah sujud, selepas takbiratul ihram tidak sunat takbir bagi turun sujud.

d. Wajib muafakat perbuatan dengan imam di mana rukun imam berada.

e. Sunat takbir semasa bangun selepas tahyat awal dan angkat dua tangan seperti takbiratul ihram.Tidak wajib berdiri segera.

f. Jika bukan selepas tahyat awal, wajhib bangun segera. Tidak sunat angkat tangan. Haram duduk kadar istirahat selepas imam beri salam kedua.Jika sengaja duduk sedangkan ia tahu batal sembahyangnya.Jika tidak tahu @ tak sengaja sunat sujud sahwi.

g. Sunat tunggu hingga imam beri salam kedua kerana ia berhubung dengan sembahyang bagi makmum masbuq.

h. Jika bangun sebelum imam selesai salam pertama tanpa niat mufaroqah, batal sembahyangnya jika sengaja dan tahu hukumnya. Kecuali ia duduk semula.

i. Ulang qunut dalam rakaat kedua Subuh dan ulang tasyhud awal pada sembahyang Maghrib dan seumpamanya.

************************

Page 13: PANDUAN SOLAT

BEBERAPA MASALAH

1. Makmum takbiratul ihram serentak dengan imam. Qaul yang sahih : Tidak sah sembahyangnya.

2. Makmum takbiratul ihram mendahului imam Tidak sah solatnya tanpa khilaf.

3. Makmum rukuk dsb.nya serentak dengan imam Makruh. Luput fadilat berjamaah.Begitu juga jk makmum

Berdiri sebaris dengan imam.

4. Makmum memberi salam serentak dengan imam.a. Pendapat yang sahih : Makruh. Luput fadilat jamaah.b. Pendapat kedua : Batal solatnya.

5. Makmum masbuq bangun sebelum imam beri salamBatal solatnya jika tidak niat mufaroqah.

6. Bilakah makmum wajib mendahului imamnya.?Iaitu bila imam duduk bukan pada tempatnya, seperti padarakaat pertama. Makmum tunggu imam pada qiamnya.Jika sengaja duduk, batal solatnya. Sebelum itu, sedarkan imam dengan tasbih 3 kali (niat zikir). Jk perempuan, tepuk telapak tangan atas belakang tangan kiri.

7. Makmum masbuq dalam solat jenazah.a. Selepas takbiratul ihram, baca fatihah walaupun imam berada dalam takbir yang lain.b. Jika imam takbir sebelum makmum baca fatihah, ikutlah takbir. Gugurlah fatihahnya.Begitu juga jika makmum

sedang baca fatihah, imam bertakbir. Makmum ikut takbir dan tinggalkan fatihah. Sempurnakan takbir dan bacaan seterusnya.

8. Makmum masbuq baca doa iftitah hingga tak sempat habis baca fatihah imam takbir kedua dalam solat jenazah. Batal solatnya. Tak sunat baca doa iftitah. Segerakan mayat lebih utama.

Page 14: PANDUAN SOLAT

9. Membaca doa iftitah dalam solat jenazah ghaib.Sunat membacanya. Begitu juga sembahyang jenazah di kuburyang telah dikebumikan. Bahkan boleh berdoa panjang.

10. Tempat imam berrdiri semasa solat jenazah.Mayat lelaki – Berbetulan kepalanyaMayat perempuan – Berbetulan pinggangnya.

11. Arah kepala mayat diletakkan ketika solat jenazahMayat lelaki - Di kiri imamMayat perempuan @ khunsa – Di kanan imamKecuali jika sembahyang bersebelahan kuburt Nabi di MasjidMadinah, kepalanya ke kiri imam juga.

12. Berjamaah di belakang imam fasiq dengan sembahyang seorang diri, mana lebih afrdal?Afdal berjemaah di belakang imam fasiq.

13 Ada najis yang boleh dilihat pada kain imam.Jika dimaklumkan ada najis pada kain imam, semua makmum batal solatnya.

14. Imam beredehem-dehem nyata dua huruf, didengari oleh mak-maum yang hampir.Jika nyata dua huruf tanpa uzur syar’ie dan diketahui dengan sengaja , batallah solat semua makmum jikaq tidak niatmufaroqah.

15. Makmum masbuq jadi imam hanya pada rakaat tambahan.Dalam hal ini, makmum yang dapat baca fatihah dengan sem-urna sahaja dapat rakaatnya kerana imam bukan ahli yanglayak tanggung fatihah makmum. Fadilat jamaah sbg imam & makmum juga hasil.

16. Makmum baca tasyhud awal hingga Allahumma Solli’alaMuhammad tetapi imam belum bangun ke rakaat ketiga.Lebih aula dibaca lebih panjang. Tetapi jk ia diam setakat itu Tidak membatalkan solatnya.

Page 15: PANDUAN SOLAT

17. Ketika qiam, imam syak tentang niatnya sedangkan makmumsudah takbiratul ihram.Harus imam takbiratul ihram perlahan dan niat. Sah solat seka-liannya jika makmum tidak tahu. Jika mereka tahu batal solatmereka.

18. Saf yang diselangi mimbar .Saf itu tidak terputus.

19. Masalah ‘ Sami’allahu liman ha midah’ ketika I’tidal..a. Mazhab Shafie - Samada imam atau makmum, ketika bangkit drp rukuk sunat membaca ‘Sami’allahu liman hamidah’ dan ketika berdiri dibaca ‘ Rabbana lakalhamd’b. Mazhab Hanafi – Imam baca sami’allahu liman hamidah’ Makmum (bilal/mubaligh) sambut dengan ‘Rabbana Lakalhamd.’

20. Cara mendapatkan fadilat berjamaah yang sempurna.a. Sempat takbiratul ihram bersama imam.b. Bagi solat Jumaat, makmum perlu dapat sekurang-kurangnya satu rakaat bersama imam. Jika tidak, wajib sempurnakan dengan Zuhur.

21. Kedudukan makmum yang sederhana bacaannya mengikut Imam yang cepat bacaannya.Makmum itu dikira masbuq pada setiap rakaatnya. Baca fatihah sekadar yang sempat sahaja.

22. Imam berhadas atau ada najis hukmi (tersembunyi). Makmum tidak wajib mengulangi sembahyangnya.Begitu juga jika berlaku hal-hal lain yang tersembunyi.

23. Makmum keseorangan di belakang lalu menarik salah seorang dari saf.Orang yang kena tarik sunat membantunya. Pahala safasalnya tidak hilang. Syarat-syarat sunat menarik makmum ituIalah :

a. Makmum yang ditarik itu merdekab. Harus muafakat antara kedua-duanya.c. Masih ada tidak kurang ddua orang makmum dalam

saf yang ditarik.d. Dilakukan ketika qiam sahaja.e. Ditarik selepas takbiratul ihram.

Page 16: PANDUAN SOLAT

24. Solat berjamaah dalam bangunan bertingkat. a. Jika masjid, makmum tahu perpindahan imam dari rukun ke rukun lain samada lihat @ dengar. Tangga berada dalam masjid walaupun jauh, berpusing @ membelakangi qiblat.b. Jika bukan masjid, mesti ikut syarat : i. Jarak makmum dan imam tak lebih 150 m ( 300 hasta). ii. Makmum tahu perpindahan rukun imam. iii. Tangga tidak membelakangkan qiblat.dan berbetulan dengan saf imam @ makmum yang bersama imam. iv. Perlu ada makmum di muka tangga(rabitah) melihat imam.Jadi, tidak boleh ada penghalang di antaranya. Kalau tidak, mesti ada imam berasingan.

25. Makmum sembahyang di serambi bukan masjid.a. Boleh, syarat ada pintu terbuka yang terletak di hadapan.b. Jika pintu di tengah saf, makmum yang berbetulan dengan pintu dan ke belakang sahaja sah jemaah mereka.

26. Solat tahyatul masjid dan I’tikaf di surau yang diizinkan MajlisAgama mendfirikan solat Jumaat Tidak sah kerana ia bukan masjid kecuali setelah pihak berkuasamengangkat tarafnya menjadi masjid.

27. Ruhbah dan Harim Al – Masjid.a. Ruhbatul masjid Binaan yang dibuat untuk menampung keperluan jamaaah di luar bangunan masjid atau tempat di luar masjid yang dipagar dikira sebagai masjid juga.b. Harimul masjid Tempat yang dibina bersambung dengan masjid tetapi dikhaskan untuk membuang sampah atau memasak atau Membasuh pinggan. Ia tidak dihukum sebagai masjid.

28. Orang yang tidak sah jadi makmum.Orang buta dan tuli yang tidak tahu perpindahan rukun oleh imam. Orang ini hanya sah jadi imam sahaja.

29. Selepas sembahyang didapati imam berhadas atau ada najis.Jika najis yang zahir wajib makmum mengulangi solatnya. Imam wajib memberitahu makmum. Jika najis hukmi tak Wajib makmum mengulanginya.

Page 17: PANDUAN SOLAT

Musafir bererti mengembara melalui daratan, laut mahupun udara.Islam mengharuskan :

1. Jamak dan qasar solat2. Menyapu khuf (kasut tertentu) selama 3 hari bila berwuduk3. Berbuka puasa Ramadhan.

PERATURAN MUSAFIR.Musafir digolongkan ke dalam :

1. Wajib – Mengerjakan haji , menuntut ilmu2. Sunat - Menziarahi ibu bapa, keluarga, ulamak dsb.3. Harus - Melancong , berniaga.

SOLAT QASARSolat Qasar - iaitu memendekkan solat 4 rakaat dijadikan 2 rakaat. Harus qasar bagi orang yang :

1. musafir bukan untuk tujuan muksiat2. masih berada dalam musafir

Qasar dan jamak adalah kelonggaran (rukhasah).Tujuannya :

1.Meringankan masalah seseorang musafir .2.Memudahkan melaksanakan hak-hak Allah3.Menggalakkan pelaksanaan fardu yang diwajibkan.4. Tidak ada lagi alasan untuk mengabaikannya.

KADAR PERJALANAN DIHARUSKAN QASARPerjalanan tidak kurang daripada 89 kilometer @ 88.704 km. atau2 marhalah – Menurut Dr. Wahbah .Jika jarak 3 marhalah ke atas disunatkan qasar.

PERMULAAN BOLEH JAMAK @ QASAR SOLATDi luar kawasan dan sempadan qariah seperti :

1. Jika ada kota, dikira selepas keluar kota2. Selepas melintasi sempadan kampong seperti parit atau jalan.3. Selepas kawasan perumahan yang akhir kampong itu.

BERAKHIRNYA MUSAFIR

Page 18: PANDUAN SOLAT

Berakhirnya musafir kerana salah satu daripada sebab berikut :

1. Sampai kembali ke tempat permulaan yang jauhnya 2 marhalah atau lebih. Di sini ada 2 masalah:1.1. Jika mula safir di kediamannya maka akhirnya pun di situ.1.2. Jika tempat mula bukan kediamannya maka akhirnya pun di

tempat itu (jika hendak bermukim 4 hari 4 malam atau lebih tidak kira hari masuk dan keluar ).

2. Dengan mulanya pulang daripada perjalanan yang kurang Daripada 2 marhalah. Ada 2 masalah juga :2.1. Kembali ke tempat kediaman2.2. Kembali ke tempat mula safir yang bukan tempat

kediamannya daripada perjalanan kurang daripada 2 marhalah tetapi berakhir bila ada niat bermuqim 4 hari 4 malam atau lebih.

3. Semata-mata niat untuk pulang walaupun belum pulang Ada dua

masalah:3.1. Niat untuk pulang ke tempat kediamannya dan tidak

meneruskan musafirnya. Jika niat untuk pulang tetapi meneruskan semula perjalanan ke tempat dituju, tidak terputus safirnya.

3.2. Niat pulang ke tempat mulanya tetapi bukan kediamannya dengan syarat ada qasad untuk bermukim. .Jika niat meneruskan musafirnya maka dikira yang baru pula.

Kedua-dua masalah ini tidak boleh jamak @ qasar di tempat berhenti & berniat hendak pulang tetapi boleh jamak & qasar bila keluar dari tempat itu jika tempat tuju 2 marhalah dan lebih.

4. Niat bermukim 4 hari 4 malam @ lebih (selain hari masuk & Keluar). Ada 2 masalah :

4.1. Niat bermukim dengan kadar masa seperti di atas sebelum sampai di tempat tersebut. Syaratnya dia orang yang bebas.4.2. Niat bermukim apabila tiba di tempat tersebut.

5. Semata-mata beriqamah (bermukim). Ada 2 masalah juga :

Page 19: PANDUAN SOLAT

5.1. Tidak bercadang untuk bermukim tetapi terputus safir apabi- la dia niat untuk bermukim selama yang tersebut di no. 4 .5.2. Jika qasadnya bermukim kurang daripada 4 hari untuk me- nyelesaikan hajatnya tetapi tidak terlaksana maka safirnya berakhir setelah bermukim selama 18 hari. Selama tempoh itu dia harus jamak & qasar solatnya.

SYARAT-SYARAT SAH SOLAT QASAR

1. Solat fardu 4 rakaat sahaja.2. Jarak perjalanan 2 marhalah (89 km) @ lebih.3. Tujuan yang baik ( wajib, sunat @ harus)4. Ada qasad @ tahu arah tuju. Jk tidak tahu arah tuju, harus qasar

apabila perjalanan sudah sampai 2 marhalah.5. Tidaki boleh berimamkan orang yang sembahyang tamam

(bukan qasar).6. Tidak boleh ikut imam yang diragui safirnya. Jk zan ia musafir

boleh ikut, sebab zahirnya orang musafir mengqasarkan solatwalaupun ia tamamkan.

7. Niat qasar dalam takbiratulihram.8. Jk syak niat qasar atau tamam makawajib ditamamkan. Jika

imam tamamkan solat samada lupa atau tidak, wajib makmumtamamkan juga.

9. Tahu harus qasar & kaifiatnya. Tidak sah jika buat kerana ikut orang sahaja.

10. Dilakukan di luar tempat bermukim.11. Kekal safirnya hingga selesai solat.

SOLAT JAMAK

Syarat sebagaimana solat qasar. Harus jamak (himpun) :

1. Zuhur dan ‘Asar2. Maghrib dan ‘Isyak

Jamak Taqdim

1. Zuhur dan Asar dihimpun dalam waktu Zuhur2. Maghrib dan ‘Isyak dihimpun dalam waktu Maghrib

Page 20: PANDUAN SOLAT

Jamak Taakhir

1. Zuhur dan ‘Asar dihimpun dalam waktu ‘Asar2. Maghrib dan ‘Isyak dihimpun dalam waktu ‘Isyak

Solat tanpa jamak lebih afdal kecuali :a. Tidak dapat berjemaah jika tidak jamakb. Ada rasa benci akan solat jamakc. Syak pada harus jamak.

SYARAT-SYARAT SAH JAMAK TAQDIM

1. Dahulukan solat Zuhur @ Maghrib. Jika didahulukan ‘ Asar @‘Isyak tidak sah solat ‘Asar @ ‘Isyak itu. Jika Zuhur @ Maghrib(empunya waktu) batal, dengan sendirinya ‘Asar @ ‘Isyak batal juga.

2. Niat jamak dalam masa solat empunya waktu dalam takbiratulIhram (afdal). Boleh niat jamak di mana-mana juzuk solat hattadalam salam pertama.

3. Mualat (berturut-turut) kira-kira tak sempat 2 rakaat solat .Jk diceraikan dengan azan, iqomah berwuduk @ tayamum takmengapa.

4. Kekal safirnya hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua.

SYARAT-SYARAT SAH JAMAK TAAKHIR

1. Niat jamak taakhir sebelum habis waktu pertama. Jika tidak, haram mentaakhirkan solat pertama.

2. Kekal safirnya hingga sempurna solat kedua.

Pada jamak taakhir tidak disyaratkan 4 perkara :

a. Berniat jamak dsalam masa solat pertamab. Berniat jamak dalam masa solat keduac. Mualatd. Tidak disyaratkan tertib.

Bagaimanapun keempat-empat perkara tersebut sunat dilakukan.

Page 21: PANDUAN SOLAT

LAFAZ NIAT SOLAT QASAR DAN JAMAK

1. Solat Zuhur Qasar

لى تعا لله ء ا د أ قصرا كعتين ر لظهر ضا صلىفر أSahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.

Jika ‘Asar atau ‘Isyak nyatakan solat berkenaan.

2. Solat Zuhur Qasar serta Jamak Taqdim

ا ليه ا عا مجمو قصرا لظهرركعتين ضا صلىفر ألى تعا لله داء لعصرأ

Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar dijamakkan kepadanya‘Asar kerana Allahg Ta’ala.

3. Solat ‘Asar Qasar serta Jamak Taqdim

ا لى ا عا مجمو قصرا ركعتين لعصرى ضا صلىفر ألى تعا لله ء دا أ لظهر

Sahaja aku solat fardu ‘Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepada ZuhurKerana Allah Ta’ala.

4. Solat ‘Asar Qasar serta Jamak Taakhir

ا ليه ا مجموعا قصرا ركعتين لعصرى ضا صلىفر ألى تعا لله ء دا أ لظهر

Sahaja aku solat fardu ‘Asar dua rakaat qasar dijamakkan kepadanya Zuhur kerana Allah Ta’ala.

5. Solat Zuhur Qasar serta Jamak Taakhir

ا لى ا عا مجمو قصرا ركعتين لظهر ضا صلىفر ألى تعا لله ء دا أ لعصر

Page 22: PANDUAN SOLAT

Sahaja aku solat fardu Zuhur 2 rakaat qasar dijamakkan kepada ‘Asar kerana Allah Ta’ala.

6. Solat Maghrib serrta Jamak Taqdim

ا ليه ا تمجموعا ركعا ث ثال لمغرب صلىفرضا ألى تعا لله ء دا أ ء لعشا

Sahaja aku solat fardu 3 rakaat dijamakkan kepadanya ‘Isyak kerana Allah Ta’ala.

7. Solat ‘Isyak Qasar serta Jamak Taqdim

ركعتين لعشاء فرضا صلى ا أ لى ا عا مجمو قصرالى تعا لله اء د أ ب لمغر

Sahaja aku solat fardu ‘Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan kepada Maghrib kerana Allah Ta’ala.

8. Solat ‘Isyak Qasar serta Jamak Taakhir

ا ليه ا عا مجمو ا قصر كعتين ر لعشاء صلىفرضا ألى تعا لله اء د أ لمغرب

Saja aku solat fardu ‘Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan kepadanya Maghrib kerana Allah Ta’ala.

9. Solat Maghrib serta Jamak Taakhir

اء د أ لعئاء ا لى ا ت كعا ر ث ئال لمغرب صلىفرضا ألى تعا لله

Sahaja aku solat fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan kepada ‘Isyak kerana Allah Taala.

Page 23: PANDUAN SOLAT

Lafaz niat ini dibaca sebelum takbir. Niat dizahirkan dalam hati dalam takbiratul ihram. Ada 3 perkara perlu zahir semasa niat:

1. Qasad : Aku sembahyang2. Ta’aruq : Fardhu3. Ta’ayun : Zuhur ( qasar / jamak …imam/makmum)

BEBERAPA MASALAH

1. Seorang musafir , mulanya bertujuan baik, kemudian melakukan maksiat. Harus dia jamak dan qasar solatnya.

2. Jalan tuju ada 2 : Satu jauh( 2 marhalah @ lebih) dan satu lagi dekat .

Jika ada sebab seperti lebih mudah, ziarah , selamat maka harus ikut Jalan jauh dan jamak @ qasar.

3. Safir berakhir bila sampai di tempat yang dituju kerana niat bermukim 4 nhari 4 malam tidak kira hari masuk dan keluar Contohnya: Jika orang itu tiba di tempat tuju pada waktu gelincir matahari (awal Zuhur) pada hari Sabtu dan berniat untuk keluar pada waktu gelincir matahari hari Rabu hendaklah dia solat tamam. Tetapi jika dia berniat keluar sebelum gelincir matahari, harus jamak dan qasar.

4. Jika orang itu tiba pada malam hari, baki malam itu tidak dikira tetapi kiraan 4 hari itu bermula keesokannya.

5. Solat yang ditinggal semasa musafir tidak harus diqadak dengan qasar Begitu juga solat yang ditinggalkan semasa bermukim tak harus diqadak semasa musafir dengan qasar.

***************************************

Page 24: PANDUAN SOLAT