panduan ringkas penggunaan dewan eja pro 2010

Upload: azim-chiaki-hiroshi

Post on 14-Jul-2015

252 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Panduan Ringkas Penggunaan Dewan Eja Pro 2010

Menggunakan Penyemak Ejaan dalam MS Word

Dewan Eja dapat berintegrasi dengan MS Word 2003, 2007 dan 2010. y Dalam MS Word 2003, bebutang-bebutang Dewan Eja berada dalam bar alat:

MS Word 2007 dan 2010, reben Dewan Eja berada dalam tab Add-Ins.

Dalam

Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS Word: 1) Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah, dan kesilapan tatabahasa dengan garisan hijau. 2) Jika dokumen anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (menu Tools-> Spelling and Grammar atau tekan F7).

Semak seluruh dokumen dalam bahasa Melayu Klik bebutang . Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan digariskan dengan merah, dan kesilapan tatabahasa digariskan hijau. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus.

Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Inggeris 1) Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. Semak sebahagian dokumen dalam bahasa Melayu Dewan Eja 2010 menyokong penyemakan ejaan pelbagai bahasa dalam satu dokumen. 1) Dalam dokumen, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2) Klik bebutang . Bahagian terserlah akan disemak oleh Dewan Eja. 3) Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah, dan kesilapan tatabahasa dengan garisan hijau. Bahagian yang lain dalam dokumen akan terus disemak oleh penyemak ejaan bahasa Inggeris yang dibekalkan bersama MS Office. 2) Klik bebutang .Kesilapan ejaan dalam Bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah, dan kesilapan tatabahasa dengan garisan hijau. Semak dokumen yang panjang Sekiranya dokumen terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan tersilap. 1) Klik bebutang 2) Klik menu "Tools" -> "Spelling and Grammar" atau tekan "F7". 3) Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan dijumpai.

Semak seluruh dokumen dalam bahasa Inggeris

Klik bebutang

. Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan digariskan merah, dan kesilapan tatabahasa digariskan hijau. Klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus untuk mendapatkan cadangan pembetulan.

Menggunakan Penyemak Ejaan dalam MS Excel

Dewan Eja 2010 dalam MS Excel 2007 dan 2010 berfungsi berlainan berbanding dengan MS Word. Ia tidak menggariskan perkataan yang tersilap ejaannya. Reben Dewan Eja berada dalam tab Add-Ins.

Semak seluruh dokumen dalam bahasa Melayu Dalam MS Excel 2007/2010, klik bebutang . Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan dijumpai.

Semak seluruh dokumen dalam bahasa Inggeris

Klik bebutang

. Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan digariskan merah, dan kesilapan tatabahasa digariskan hijau. Klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus untuk mendapatkan cadangan pembetulan.

Menggunakan Penyemak Ejaan dalam MS PowerPoint

Dalam MS PowerPoint 2007 dan 2010, reben Dewan Eja berada dalam tab Add-Ins.

Terdapat dua cara untuk menyemak ejaan dalam MS PowerPoint 2007/2010 : 1) Kesilapan ejaan akan ditandakan dengan garisan merah. 2) Jika persembahan anda terlampau panjang, anda juga boleh menggunakan penyemak ejaan standard (tab Review -> Spelling and Grammar atau tekan F7).

Semak seluruh persembahan dalam bahasa Melayu Dalam MS PowerPoint 2007/2010, klik bebutang Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan digariskan dengan merah. Untuk mendapatkan cadangan pembetulan bagi perkataan yang digariskan, klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus.

Semak sebahagian slaid dalam bahasa Inggeris 1) Dalam slaid, serlahkan bahagian yang dikehendaki. Semak sebahagian slaid dalam bahasa Melayu Dewan Eja 2010 menyokong penyemakan ejaan pelbagai bahasa dalam satu slaid. 1) Dalam slaid, serlahkan bahagian yang dikehendaki. 2) Klik bebutang . Bahagian terserlah akan disemak oleh Dewan Eja. 3) Kesilapan ejaan dalam bahasa Melayu akan ditandakan dengan garisan merah. Bahagian yang lain dalam dokumen akan terus disemak oleh penyemak ejaan bahasa Inggeris yang dibekalkan bersama MS Office. 2) Klik bebutang .Kesilapan ejaan dalam Bahasa Inggeris akan ditandakan dengan garisan merah.

Semak seluruh persembahan dalam bahasa Inggeris

Dalam MS PowerPoint2007/2010, klik bebutang Kesilapan ejaan dalam bahasa Inggeris akan digariskan merah. Klik perkataan itu dengan bebutang kanan tetikus untuk mendapatkan cadangan pembetulan.

Semak persembahan yang panjang Sekiranya persembahan terlalu panjang, penyemak ejaan standard boleh menyemak dengan lebih cepat kerana ia hanya berhenti pada perkataan tersilap. 1) Klik bebutang 2) Klik menu Review" -> "Spelling and Grammar" atau tekan "F7". 3) Kotak dialog penyemak ejaan standard akan dipaparkan apabila kesilapan dijumpai.

Menggunakan Penyemak Tatabahasa Melayu dalam MS Word

y Sama seperti penyemak ejaan, penyemak tatabahasa

berintegrasi dengan MS Word dan mengawasi penulisan anda. Bagaimanapun, ia mengawasi keseluruhan ayat anda dan bukan setiap perkataan. Ia cuba untuk melihat sekiranya ayat anda mematuhi peraturan pratakrif tatabahasa. Sekiranya ayat anda tidak mematuhi peraturan tersebut, penyemak tatabahasa akan mencadangkan kebarangkalian kesilapan. Buat masa ini, ia dapat mengenal pasti lebih 40 jenis kesilapan lazim.

y Memandangkan bahasa mempunyai konteks yang berbeza-

beza dan serba guna, penyemak tatabahasa tidak mungkin dapat mengenal pasti 100% kesilapan dengan betul. Misi utamanya ialah untuk menggariskan bahagian ayat yang mungkin mengandungi kesilapan tatabahasa dengan warna hijau dan mencadangkan sebab kesilapan tersebut. Anda sebagai penulis perlu membuat keputusan sama ada cadangan tersebut relevan atau tidak. Hasilnya, penyemakan menjadi lebih senang dan kebarangkalian untuk berlakunya kesilapan tatabahasa dapat dikurangkan.

Menggunakan Antara Muka Terjemahan dalam MS Word

Antara Muka Terjemahan membenarkan anda mengakses laman web perkhidmatan terjemahan yang terkemuka untuk menterjemahkan dokumen anda. Anda perlu bersambung dengan Internet untuk menggunakan ciri ini. 1. Klik bebutang di dalam reben atau bar alat Dewan Eja. 2. Antara Muka Terjemahan dibuka di dalam anak tetingkap tugas pada bahagian kanan MSWord. Di dalam MSWord 2003, ia akan dibuka di dalam tetingkap terapung. 3. Serlahkan teks yang anda ingin terjemahkan. 4. Teks tersebut akan dihantar secara automatik ke laman web perkhidmatan yang telah dipilih. Hasil terjemahan akan dipaparkan di dalam Antara Muka Terjemahan. 5. Untuk memasukkan hasil terjemahan ke lokasi semasa kursor, klik "Tampal kandungan ke kursor". Untuk memasukkan hasil terjemahan ke hujung dokumen, klik "Tampal kandungan ke hujung dokumen". 6. Laman web perkhidmatan terjemahan yang disokong dipaparkan di dalam tab. Klik pada tab untuk memilih laman web perkhidmatan terjemahan.

Tips: Sekiranya anda tidak mahu menghantar teks ke perkhidmatan terjemahan secara automatik, buang tanda "Hantar teks secara automatik". Kemudian, anda perlu klik "Hantar teks" untuk menghantar teks yang diserlahkan ke laman web perkhidmatan yang dipilih. Anda boleh menukar bahasa sumber dan sasaran dengan mengklik pada senarai juntai bawah "Bahasa".

Menggunakan Koleksi Templat dalam MS Word

Koleksi templat mengandungi lebih 100 sampel dokumen untuk memudahkan anda memulakan berbagai-bagai jenis penulisan, termasuk surat, borang, laporan, dan pelbagai jenis dokumen perniagaan. 1) Klik bebutang di dalam bar alat atau reben Dewan Eja. 2) Templat dokumen akan disenaraikan. Pilih templat yang anda ingin guna dan klik "Open".

3) Templat dokumen akan disenaraikan. Pilih templat yang anda ingin guna dan klik "Open".

Menggunakan Kamus Elektronik

Membuka Kamus Elektroniky Kamus elektronik dibuka secara automatik apabila Windows dimulakan. y Untuk memastikan sama ada kamus elektronik aktif atau tidak, sila lihat "System Tray"

yang biasanya terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan skrin. Ikon kamus elektronik akan dipaparkan jika aktif.y Jika kamus elektronik tidak aktif atau telah ditutup, terdapat 2 cara untuk membukanya

semula: Cara 1y Klik bebutang "Start" pada Bar Tugas Windows, kemudian klik "Programs". y Klik "Dewan Eja Pro 2010". y Klik ikon

"Kamus Elektronik Dewan Eja Pro 2010".

Cara 2y Aktifkan "Desktop". y Anda akan menjumpai ikon "Shortcut to Kamus Elektronik Dewan Eja Pro 2010". Klik

dua kali pada ikon tersebut.

Menutup Kamus ElektronikTerdapat 2 cara untuk menutup kamus elektronik. Cara 1y Klik bebutang

pada kamus elektronik jika ia masih berada pada skrin anda.

Cara 2y Klik bebutang kanan tetikus pada ikon kamus elektronik dalam "System Tray". y Klik "Keluar" pada menu timbul yang dipaparkan.

Mencari Makna Perkataan dengan Bar Gelintar Dewan Eja Pro 20101. Taipkan perkataan dalam kotak kombo.

2. Klik pada bebutang di sebelah kanan kotak kombo ATAU tekan kekunci "Enter" pada papan kekunci. 3. Hasil pencarian akan dipaparkan.

Mencari Makna Perkataan dengan "CheckAnywhere"Cara 1: Gunakan Penyerlahan Dalam perisian yang berkenaan: 1) Serlahkan perkataan yang dikehendaki dan lepaskan bebutang tetikus. 2) Setelah melepaskan bebutang tetikus, ikon Dewan Eja Pro akan wujud di sebelah kursor sebentar lagi.

3) Klik pada ikon itu dan hasil pencarian akan dipaparkan. Cara 2: Gunakan Penunjuk Tetikus Dalam perisian yang berkenaan: 1) Bawakan kursor tetikus atas perkataan yang dikehendaki. 2) Ikon Dewan Eja Pro akan wujud di sebelah kursor sebentar lagi. 3) Klik pada ikon itu dan hasil pencarian akan dipaparkan.

Kawalan dan Navigasiy Tab RingkasanSelepas melakukan pencarian, tab ringkasan akan memaparkan petikan hasil carian dari setiap kamus. Anda boleh klik pada senarai hasil carian untuk terus membuka tab kamus yang diinginkan untuk melihat keseluruhan kandungan. Tab ringkasan juga mengandungi Pautan Cepat ke tab laman web integrasi. Klik pada ikon Pautan Cepat untuk membuka tab yang diinginkan.

y Tab Kamus

Klik pada tab kamus untuk melihat hasil carian. Sekiranya perkataan tidak dapat dijumpai, cadangan akan disenaraikan. Anda boleh serlahkan mana-mana cadangan untuk melakukan pencarian yang lain.

y Tab Laman Web Integrasi

Tab ini membenarkan anda untuk mencari perkataan pada laman web terpilih, enjin carian, dan perkhidmatan terjemahan. Hasil carian akan diambil dan diintegrasikan ke dalam paparan Dewan Eja Pro 2010.

Tips: Anda boleh mengklik bebutang untuk menetapkan tab sebagai kegemaran. Tab kegemaran akan sentiasa dipaparkan dahulu semasa membuat pencarian. Anda boleh mengklik bebutang untuk membuka tab laman web integrasi di dalam tetingkap pelayar yang baru.

Menukarkan/Menetapkan Kedudukan Bar Gelintary Anda boleh menggerakkan Bar Gelintar dengan menyeret y

y y y

(drag) bar tajuk di bahagian atas. Anda boleh menetapkan atau tidak menetapkan tetingkap pada kedudukan semasa dengan menukar antara mod-mod berikut: Pindahkan Bar Gelintar ke kedudukan kursor semasa membuat pencarian. Tetapkan Bar Gelintar pada kedudukan semasa. Tetapkan Bar Gelintar pada kedudukan semasa, dan jadikannya sentiasa di atas.

Menyesuaikan Saiz Bar Gelintary Anda boleh membesarkan atau mengecilkan Bar Gelintar dengan menyeret

sempadannya. Opsyen Aktifkan/Tutupkan Auto Mulay Auto Mula berfungsi untuk mengaktifkan kamus elektronik secara automatik semasa

komputer anda dibuka.y Klik bebutang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro 2010 dalam "System Tray". y Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Mula menunjukkan bahawa fungsi ini

telah diaktifkan. Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan.y Klik Auto Mula pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan Auto

Mula.

Aktifkan/Tutupkan Auto Kemas Kiniy Auto Kemas Kini berfungsi untuk memeriksa pengemaskinian secara automatik dari

Internet selepas anda mengaktifkan kamus elektronik.y Klik bebutang kanan tetikus pada ikon Dewan Eja Pro 2010 dalam "System Tray". y Pada menu timbul, tanda semak di sebelah Auto Kemas Kini menunjukkan bahawa fungsi

ini telah diaktifkan. Jika tanda semak tersebut tiada, bermakna fungsi ini belum diaktifkan.y Klik Auto Kemas Kini pada menu timbul tersebut untuk mengaktifkan atau menutupkan

Auto Kemas Kini.

Nota: Sekiranya terdapat versi yang lebih baru, pemberitahuan akan dipaparkan seperti di bawah:

Perkataan Hari IniSetiap hari, anda boleh mempelajari perkataan dan ilmu yang baru dengan merujuk kepada kotak dialog "Perkataan Hari Ini" yang dipaparkan secara automatik.Kotak dialog ini juga boleh dipaparkan setiap minggu dengan menukarkan opsyen dalam menu: