panduan pakaian korporat mqa 1. 2. 3. panduan … · panduan pakaian pakaian lelaki (i) bagi...
TRANSCRIPT
1
PANDUAN PAKAIAN KORPORAT MQA
KANDUNGAN m/s
1. Kata-kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif 2
2. Tujuan 3
3. Panduan Pemakaian Korporat 4
4. Penampilan Rapi 5
5. Panduan Pakaian 6
6. Etika berpakaian 11
7. Penutup 19
2
KATA – KATA ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (KPE)
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia.
Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Buku Panduan Pakaian Korporat MQA ini
berjaya diterbitkan untuk rujukan semua warga Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualification Agency,MQA) . Sebagai kakitangan MQA, penampilan diri, perlakuan dan tindakan
kita akan memberi kesan langsung ke atas imej dan keberkesanan MQA.
Imej seseorang itu dinilai dari beberapa aspek. Di antaranya ialah gerak geri, cara bercakap,
bahasa dan gaya yang digunakan, nada suara, kebersihan dan pakaian yang dipakai. Antara
perkara-perkara tersebut pakaian merupakan fokus dan tumpuan utama kerana pakaian
memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keperibadian seseorang individu.
Pakaian merupakan first impression yang bakal diberi kepada individu lain yang melihatnya.
Pakaian yang dipakai haruslah sederhana dan tidak keterlaluan (over-dressed) atau kurang sopan
(under-dressed).
Pemilihan pakaian juga haruslah sesuai dengan keadaan fizikal diri, jawatan dan tahap ekonomi masing-masing. Tidak
semestinya pakaian yang mahal itu selalu sesuai kerana selain harga, faktor lain yang memainkan peranan adalah bentuk
tubuh badan, warna kulit, dan padanan warna.
Sehubungan itu, Buku Panduan Pakaian Korporat MQA telah dihasilkan berlandaskan pekeliling sedia ada yang mana
ianya boleh dijadikan rujukan atau kamus dalam tatacara pemakaian. Menerapkan nilai-nilai korporat dan nilai-nilai progresif
supaya menjadi amalan semua Warga MQA. Marilah kita sama-sama menghayati Buku Panduan Pakaian Korporat MQA
ini sebagai amalan ke arah memupuk budaya kerja cemerlang.
Sekian,terima kasih.
Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein
Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi Kelayakan Malaysia
3
TUJUAN
MQA amat mementingkan kecemerlangan bukan sahaja daripada segi kualiti dan penyampaian perkhidmatan malah
memberikan penekanan ke arah memantap dan memperhebatkan imej dan identiti warganya.
Panduan pemakaian merupakan langkah proaktif yang diambil oleh agensi ini bagi panduan pemakaian yang jelas dan
selaras dengan imej korporat yang ingin dipupuk dikalangan warganya dan seterusnya mewujudkan keseragaman. Panduan
pemakaian ini menerangkan mengenai definisi penampilan rapi iaitu pakaian dan aksesori yang sesuai selaras dengan
peraturan yang dikeluarkan.
Panduan ini telah disediakan berdasarkan arahan sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan
hendaklah dirujuk bersama-sama dengan pekeliling dan surat pekeliling yang berkaitan:-
(a) Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 – Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa Menghadiri Upacara-
Upacara Rasmi Bagi Pegawai Awam;
(b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2006 – Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa
Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi;
(c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2008 – Pemakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada Hari
Khamis; dan
(d) Surat Edaran 15 Mac 2005 – Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat kepada semua
Pegawai Lelaki Beragama Islam.
Panduan ini merupakan rujukan yang komprehensif kepada warga MQA bagi memperkenalkan pemakaian korporat yang
selaras dengan peraturan sedia ada dan mewujudkan keseragaman berteraskan nilai sepunya bagi melambangkan identiti
dan ketrampilan unggul bertepatan dengan imej MQA yang ingin dibentuk.
4
PANDUAN PEMAKAIAN KORPORAT
Imej seseorang dinilai dari pelbagai aspek antaranya gerak-geri, gaya bahasa, percakapan, nada suara, kebersihan diri dan
pakaian. Cara pemakaian merupakan tumpuan utama kerana pakaian memainkan peranan yang sangat penting dalam
melambangkan keperibadian individu.
Penampilan dan gaya yang dipamerkan oleh seseorang individu akan menjurus kepada penilaian mengenai:-
i. Imej dan personalitinya;
ii. Kedudukan ekonominya;
iii. Tahap dan latar belakang pendidikan;
iv. Tahap kedudukan sosial;
v. Kejayaannya;
vi. Moral; dan
vii. Kehebatannya.
Oleh yang demikian, penekanan yang sewajarnya harus diberikan kepada
penampilan individu terutama daripada segi pemakaian. Pakaian yang
sesuai harus dipilih bersesuaian dengan jawatan dan majlis yang dihadiri.
Pemakaian korporat didefinisikan sebagai pakaian yang sesuai dipakai
semasa hadir bertugas. Pakaian yang dipakai hendaklah senantiasa
bersih, kemas dan bersopan. Panduan ini juga turut memperjelaskan
mengenai penampilan rapi dari segi pakaian dan aksesori yang
dibenarkan serta etika pemakaian bagi warga MQA.
5
PENAMPILAN RAPI
Bahagian Badan Lelaki Perempuan
Rambut Rambut berimej korporat dan formal
(tidak terlalu mengikut fesyen,
mencacak, gaya Trojan, punk, skinhead
dan hippies)
Rambut disisir kemas dan bergunting
rapi
Janggut dan misai digunting rapi
Rambut yang disisir/diikat rapi
Bagi yang bertudung perlu memilih tudung
yang bersesuaian dengan baju
Kuku Dipotong pendek dan bersih
Tidak digalakkan menggunakan pewarna kuku yang berwarna terlalu terang/hitam
Solekan - Sederhana
Postur badan Postur badan yang betul semasa duduk dan berjalan
6
PANDUAN PAKAIAN
Pakaian Lelaki
(i) Bagi pegawai lelaki bergred 27 ke atas, sut, seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali
leher. Jika baju tersebut berlengan panjang, lengan baju hendaklah jangan dilipat.Baju kemeja
berlengan pendek adalah tidak dibenarkan kecuali baju korporat yang dibekalkan oleh Agensi
Kelayakan Malaysia.
(ii) Bagi pegawai lelaki kumpulan sokongan bergred 22 dan ke bawah, seluar panjang berserta
baju kemeja. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. Jika baju tersebut berlengan panjang lengan
baju hendaklah jangan dilipat.
(iii) Pemakaian baju batik pada setiap hari Khamis adalah diwajibkan bagi semua pegawai lelaki.
Memakai baju batik buatan Malaysia adalah digalakkan semasa menghadiri urusan rasmi di luar
Negara bagi melambangkan identiti dan imej perkhidmatan awam Malaysia.
(iv) Pemakaian baju kebangsaan iaitu baju Melayu, bersamping dan bersongkok pada hari
Jumaat amat digalakkan pada semua pegawai lelaki yang beragama Islam.
(v) Bagi pegawai lelaki yang telah dibekalkan pakaian seragam, pakaian tersebut adalah wajib
untuk dipakai pada setiap hari.
(vi) Bagi menghadiri sesuatu upacara rasmi, pegawai hendaklah berpakaian sebagaimana yang
ditentukan oleh upacara tersebut, jika tidak ditentukan pegawai hendaklah memakai
pakaian yang bersesuaian.
(vii) Seluar jenis khakis atau cotton pants tidak dibenarkan untuk dipakai di waktu pejabat.
7
Pakaian Wanita
Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia seseorang pegawai wanita.
Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut :
(i) Pegawai wanita disarankan memakai pakaian kebangsaan seperti baju kurung,
kebaya atau pakaian kaum masing-masing boleh dipakai jika ia sesuai dipakai semasa
bekerja. Bagi pegawai wanita yang memakai tudung hendaklah memakai tudung
yang bersesuaian.
(ii) Bagi pegawai wanita profesional pemakaian sut, kot, skirt dan kemeja berlengan
panjang juga dibenarkan. Walaubagaimanapun, pegawai wanita tidak digalakkan
memadan sut dengan seluar yang terlalu ketat dan baju hendaklah melepasi paras
punggung.
(iii) Pemakaian baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis adalah diwajibkan bagi semua pegawai wanita
profesional dan bukan profesional. Pemakaian baju batik buatan Malaysia juga adalah digalakkan semasa menghadiri
urusan rasmi di luar Negara bagi melambangkan identiti dan imej perkhidmatan awam Malaysia.
(iv) Wanita mengandung digalakkan memakai pakaian mengandung yang bersesuaian dan tidak menjolok mata.
(v) Tatacara pemakaian tudung labuh adalah sama dengan wanita bertudung. Memakai purdah atau menutup mata
adalah tidak dibenarkan.
(viii) Bagi pegawai wanita yang telah dibekalkan pakaian seragam, pakaian tersebut adalah wajib untuk dipakai pada
setiap hari.
(ix) Bagi menghadiri sesuatu upacara rasmi, pegawai hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan oleh upacara
tersebut, jika tidak ditentukan pegawai hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian.
8
Tips tambahan pemilihan pakaian
Jenis pakaian Tips Pemilihan
Seluar/sut seluar 1. Seluar dan kot hendaklah sepadan dari segi
warna dan jenis bahan;
2. Pilihan warna yang digalakkan adalah
berwarna gelap; dan
3. Sut perlu dipadankan dengan kemeja lengan
panjang dan tali leher.
Skirt/gaun/sut
skirt
1. Skirt dan kot mestilah sepadan dari segi warna
dan jenis bahan
2. Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan
panjang dan dipadankan dengan skaf
3. Pilihan warna sut skirt yang digalakkan adalah
warna gelap.
Kemeja, blaus dan
jaket
1. Kemeja, turtleneck diterima untuk pemakaian
di pejabat.
2. Pilihan warna dan corak yang digalakkan
adalah pastel;
3. Kemeja berjalur hendaklah dipadankan
dengan tali leher tanpa corak atau sebaliknya;
dan
4. Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar,
kolar haruslah dibutangkan.
9
Panduan Aksesori
Lelaki Perempuan
Aksesori dan
barang kemas
Pin tali leher: dipakai selari dengan
bahagian tengah saku.
Rantai/gelang/cincin:haruslah
sederhana
Jam tangan: memakai yang bersesuaian.
Tali pinggang: seelok-eloknya warna tali pinggang dipadankan dengan warna kasut.
Alat solek, wangian
dan semburan
badan
Pilih bauan yang lembut supaya ia tidak melemaskan dan memeningkan
Pewangi yang lembut sesuai dipakai disiang hari dan pewangi yang kuat sesuai
digunakan diwaktu malam
Alat solek hendaklah dipakai secara minimal dan sesuai dengan keadaan
Beg tangan - Warna: sesuaikan warna beg tangan
dengan warna kasut.
10
11
ETIKA BERPAKAIAN
Penampilan diri adalah penting dalam mempamerkan personaliti dan imej seseorang. Oleh yang demikian, ciri-ciri kualiti
dalam tatacara dan etika pemakaian yang komprehensif perlu diberi penekanan sewajarnya agar penampilan yang seragam
dan profesional di kalangan warga MQA akan dapat dibentuk. Ini akan dapat merealisasikan hasrat untuk mewujudkan
warga MQA yang berketrampilan dan berimej profesional.
Penglibatan aktif warga MQA dalam mesyuarat, aktiviti atau
majlis rasmi di peringkat kementerian, kebangsaan dan
antarabangsa meletakkan keperluan untuk penampilan yang
segak dan bergaya. Cara penampilan warga MQA yang akan
memberikan tanggapan yang positif terhadap individu dan
organisasinya.
Penampilan imej yang positif akan dapat dicapai dengan
pemahaman dan pematuhan kepada etika pemakaian MQA
yang menghuraikan dengan jelas mengenai perkara yang
digalakkan dan dilarang dalam etika berpakaian.
12
Lelaki
Dibenarkan Dilarang
Kepala Berkepala botak hanya dibenarkan
atas sebab-sebab berikut :
(i) Genetik
(ii) Mengerjakan Haji dan Umrah
(Muslim)
Nazar
Misai melebihi bibir atas
Janggut mencecah butang atas baju
Rambut mencacak, punk atau skinhead
Menindik telinga
Badan Kolar baju perlu kelihatan ½ inci dari
leher
Memakai kemeja berlengan panjang
yang dibutangkan atau memakai cuff
link
Baju yang berjalur timbul (bold)
boleh dipakai dengan tali leher
berjalur halus
Hujung kepala tali leher mesti
mencecah bahagian ‘buckle’ tali
pinggang
Memakai sut yang berlainan warna dengan
warna seluar kecuali jika memakai sports-
jacket
Memakai tali leher berkarakter kartun
Memakai bow tie
Memakai lebih dari satu cincin pada satu
tangan
Kemeja berlengan pendek kecuali pakaian
seragam
13
Dibenarkan Dilarang
Padan tali leher berjalur dengan baju
plain dan tali leher plain dengan baju
berjalur
Memakai tanda nama di sebelah kiri
Kemeja bercetakan perkataan yang tidak
sesuai,logo ,gambar atau slogan yang
bercirikan unsur politik, ganas, seram dan
yang seumpamanya
Memakai kedua-dua kemeja dan tali leher
berjalur dalam masa yang sama
14
Dibenarkan Dilarang
Kaki
Kasut MESTI sentiasa BERSIH dan
BERKILAT
Warna kasut seelok-eloknya
dipadankan dengan warna tali
pinggang
Memakai selipar, kasut getah, dan kasut
sukan / tenis
Kasut yang tiada bertumit
(Kecuali atas sebab kesihatan)
Ketrampilan
Tidak mempunyai tattoo
Tiada nafas berbau
Tidak mempunyai bau badan
(khususnya bau rokok)
15
Wanita
Dibenarkan Dilarang
Kepala
Rambut di sisir rapi
Bagi yang berambut panjang,
seelok-eloknya
disanggulkan/netting
Bagi yang bertudung, digalakkan
memilih tudung yang sepadan
dengan warna baju
Melepaskan rambut / tidak disisir rapi
16
Dibenarkan Dilarang
Badan
Kemeja berlengan panjang
Lengan kemeja seelok-eloknya
dapat dilihat ½ inci daripada jaket
Memakai kemeja berlengan
panjang yang berbutang atau
memakai cuff link
Memakai tanda nama di sebelah
kiri
Berkuku panjang dan tidak bersih
Baju yang terdedah di bahagian pinggang
(midriff)
Kemeja berlengan pendek kecuali pakaian
seragam
Kemeja bercetakan perkataan yang tidak
sesuai, logo, gambar atau slogan yang
bercirikan unsur politik, ganas, seram dan
yang seumpamanya
17
Dibenarkan Dilarang
Kaki
Kasut bertumit sederhana
Memakai sarung kaki yang sesuai
dengan warna kulit
(sekiranya memakai sarung kaki)
Kasut tiada bertumit
Selipar
Aksesori
Memakai barang kemas yang
sederhana
Memakai yang
Bersesuaian
Memakai hanya satu cincin pada
satu tangan
Memakai barang kemas terlalu banyak
Memakai subang telinga yang melampau
(Dangling earrings)
18
Dibenarkan Dilarang
Ketrampilan
Solekan yang sederhana
Tidak mempunyai tattoo
Memakai wangian yang sesuai
dan minimal
Solekan yang keterlaluan
Mempunyai tattoo
Memakai wangian yang kuat.
19
PENUTUP
Usaha dan cabaran dalam menjayakan penampilan imej yang positif dikalangan
warga MQA memerlukan komitmen dan penghayatan semua warga. Kerjasama yang
erat dikalangan warga MQA amat diharapkan bagi bersama-sama menerajui dan
melaksanakan hasrat ini untuk melahirkan warga yang berketrampilan dan disegani.
Komitmen dan pemikiran yang positif pasti akan menjadikan impian ini satu
kenyataan. Ayuh mari kita bersama-sama berganding bahu dalam menghayati dan
melaksanakan pemakaian serta penampilan yang selaras dengan panduan yang
telah disediakan ini.