panduan am untuk staf sekolah

24
PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 1. ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, Pekeliling-pekeliling dan Arahan Perkhidmatan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi arahan tersebut tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah Am, Pekeliling-pekeliling dan Arahan perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpingan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan waktu balik sekolah. 2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.

Upload: gregory-smith

Post on 11-Jul-2016

260 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mnm

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1. ARAHAN AM

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, Pekeliling-pekeliling dan Arahan Perkhidmatan.Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi arahan tersebut tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah Am, Pekeliling-pekeliling dan Arahan perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpingan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. KEDATANGAN

2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum

waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan waktu balik sekolah.

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

3. KELUAR WAKTU MENGAJAR.

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia /Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan.

Page 2: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan atau guru ganti.

4. CUTI

4.1 Cuti penggal.Mengikut surat pekeliling Kementarian Pelajaran KP(PP) 0046. SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk mengganti cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit.4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swata yang melebihi dua

hari berturu-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swata tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas

sebab-sebab persedirian yang mustahak.4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada Kakitangan bukan guru hanya boleh

diberi selepas habis cuti rehatnya.4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 haribagi tiap-tiap genap tahun

perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk bertujuan keluar negeri hanya boleh diambil

sekali dalam masa 4 tahun.4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun

adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaranan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4. Cuti Rehat Khas4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru 7 hari setahun.4.4.2 Cuti diluluskan oleh Guru Besar.4.4.3 Tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Page 3: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

4.4.4 Tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.4.4.5 Cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan

Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (tidak melebihi 120 hari).[Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2005]

4.5 Cuti Keluar Negeri4.5.1 Semua guru hendaklah bercuti ke luar negeri mesti mendapat

kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5. PAKAIAN

5.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.

5.4.1 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai5.4.1 Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T,

kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.5.4.2 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang

sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit.

[Rujuk Pekeliling Iktisas 6/1985, JPA 2/1985 JPA(S)TT.193/37/Jld.4/(77), JPA(S)TT.193/37 Jld.4(86)]

6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman/ pendapat / kepercayaannya kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

7. BILIK GURU

7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Inilah termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

Page 4: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non – teaching period’ dan bukannya ‘ free period’. Oleh itu guru hendakah menggunakan masa tersebut dibilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab

memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan.

9. TUGAS

9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum , kokurikulum, Hal Ehwal Murid dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai kepengetahuan Guru Besar.

10. BUKU REKOD MENGAJAR

10.1 Setiap guru akan diberikan sebuah buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar / Penolong Kanan.

10.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan Guru Penolong Kanan.

10.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

11. JADUAL WAKTU

11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

Page 5: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

11.1 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

12. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

12.1 Setiap guru kelas akan diberi sebuah buku kedatangn. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

12.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.

12.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada dipejabat.12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli

dalam satu minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

12.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penolong Kanan HEM.

12.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samaada sengaja atau tidak hendaklah dibawa kepengetahuan pihak sekolah.

13.2 Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai menggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

14. KEBERSIHAN

14.1.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas . Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi an disimpan dengan selamat

14.2 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kauseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

Page 6: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

15. SURAT MENYURAT

15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

16. SURAT YANG DITERIMA

16.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkanya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah :16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan dipejabat jika fail itu tidak ada

dalam simpananya.16.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.16.3.3 Memulangkan semula fail itu kepejabat.

17. PERGI KE JABATAN PELAJARAN / PELAJARAN DAERAH

17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi.

18. PELAWAT

18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

19. MEMBELI BARANG

19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.

19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

19.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.19.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan

direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

Page 7: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

20. KEGIATAN KOKURIKULUM

20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankandengan cekap dan teratur.

21. PERHIMPUNAN SEKOLAH

21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari-hari yang ditetapkan.

21.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

22. MESYUARAT GURU

22.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan

22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong Kanan / Ketua Panitia

23. BUKU STOK / INVENTORI

23.1 Guru Kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menggunakan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Penolong Kanan.

24. TANDA NAMA

24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan. Majlis rasmi di sekolah dan luar sekolah.

25. KEAHLIAN PIBG DAN KELAB GURU

25.1 Semua guru secara otomatik menjadi ahli PIBG dan Kelab Guru sekolah25.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

26. PENGGUANAAN ALAT-ALAT

26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.26.2 Mesti mendapatkan kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau yang

menjaga.26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan

memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.26.4 Jika berlaku kerosakan laporkan dengan segera.

Page 8: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

27. ARAHAN DAN PEKELILING

27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

27.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan di dalam fail khas masing-masing.

27.3 Sekiranya pekeliling itu dari kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran / PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

28. TELEFON

28.1.1 Pengguanaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru-guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

28.2 Pengguna telefon hendalah mencatatkan tarikh, nama pengguna, No. dipanggil tempat, masa penggunaan dan tandatangan.

29. KUNCI

29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.29.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu dia

hendaklah mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

30. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

30.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

Page 9: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

GURU BERTUGAS MINGGUAN / HARIAN

SENARAI TUGAS

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekuran-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu kipas dan tingkap ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke

hospital atau ke rumah.7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama

pelajar yang memohon.8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah,

masa rehat dan masa pertukaran waktu.9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta

mengawasi harta benda sekolah.11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-

persatuan, unit uniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.12. Mecatatkan perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /

minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas antara perkara-perkara yang perlu dicatatkan ialah:

Pelajar ponteng, tidak hadir dan sakit. Lawatan-lawatan / Pelawat Ucapan / Pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan.

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. PerhimpunanMemastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan.

Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru disediakan.

Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

Page 10: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

PANITIA MATA PELAJARAN

Tujuan Panitia Mata Pelajaran

1. Memperbaiki dan mempertimbangkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-stategi mengajar yang invotif dan boleh mendorong serta mengerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

PERANAN DAN TUGAS-TUGAS PANITIA MATA PELAJARAN

1. Menubuhkan Jawatankuasa Panitia mata pelajaran.2. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaharu atau kemaskini untuk

kegunaan ahli-ahli panitia.3. Bersama-sama Jawatankuasa dan guru mata pelajaran merancang

dan menyelaras atau penyediaan rancangan pelajaran bagi tahunan / pengalan, minggu dan harian.

4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru serta keperluan Pusat Sumber.

5. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap darjah penambahan bahan bagi bank soalan.

6. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya dua kali sepenggal dan mengadakan perjumpaan “ ad hoc “ jika perlu.

8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli panitia (secara formal dan tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah berhubung dengan kaedah pengajaran serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut.

9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang dipoerolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli yang lain.

Page 11: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampir dan tempat lain.

12. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan menbantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.

13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan kepada semua ahli panitia Minit mesyuarat mesti siap seminggi selepas bermesyuarat dan dihantar kepada GPK 1.

14. Menyelenggarkan fail-fail dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan yang berkaitan.[Pekeliling Iktisas Bil 4/1986]

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIADAKAN DALAM FAIL PANITIA

1. Sukatan pelajaran yang terkini.2. Rancangan pelajaran.3. Senarai nama guru, pengalaman, kelayakan kursus yang dihadiri dan

sebagainya bagi panitia berkenaan.4. Minit mesyuarat panitia yang betul mengikut format (Tarikh, masa,

tempat, kehadiran, ucapan pengerusi, mengesahkan minit, perkara berbangkit, perkara-perkara yang dibincangkan, hal-hali lain, ucapan penangguhan, ruangan tindakan, masa tamat mesyuarat, tandatangan setiausaha dan tandatangan pengerusi).

5. Senarai BBM yang ada dan sesuai digunakan serta tempat simpanannya.

6. Senarai buku teks dan buku kerja yang digunakan.7. Senarai jadual waktu peribadi yang kemaskini dan telah disahkan.8. Senarai buku-buku rujukan bagi semua tahun.9. Jadual waktu pencerapan.10. Jadual pemeriksaan buku latihan.11. Analisa keputusan peperiksaan (bulan, penggalan, percubaan, akhir

tahun, PKBS dan peperiksaan awam.12. Pelunjuran prestasi lima tahun ke hadapan.13. Post mortem peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam. Kekuatan

dan kelemahan serta tindakan untuk mengatasi.14. Rancangan perkembangan staf (JPU, Bank Soalan, Tindakan Susulan

dan lain-lain.15. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi jangka panjang dan pendek

(berdasarkan masalah-masalah yang dikenalpasti)16. Laporan ringkas kegiatan di akhir tahun.17. Salinan-salinan program yang telah dijalankan.18. Takwim panitia.

Page 12: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

19. Anggaran belanjawan.20. Semua pekeliling, surat-surat arahan berkaitan mata pelajaran dari

KPM / JPN / PPD21. Laporan kerja, seminar, bengkel dan lain-lain yang pernah dihadiri

guru panitia.22. Salinan minit mesyuarat JK Kurikulum sekolah.

PERANAN DAN TUGAS-TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan dalam buku rekod pengajaran.

2. Merancangan kerja-kerja harian dan kerja rumah murid.3. Memeriksa buku latihan murid.4. Mengadakan ujian bulanan dan peperiksan penggalan.5. Memeriksa dan memberi markah bagi setiap ujian dan peperiksaan

yang diadakan.6. Menganalisa keputusan ujian dan peperiksaan serta merekodkannya.7. Mengambil berat tentang kemajuan akademik pelajar-pelajar.8. Menamankan semangat kepimpinan kesedaran sivik dan akhlak yang

baik kepada pelajar.9. Mengadakan kelas tambahan dan pemulihan.10. Peka dengan perubahan dalam suktan pelajaran dan

melaksanakannya.11. Menghadiri kursus tertentu yang dikelolakan oleh kementerian

pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.12. Meminta penjaga menyemak kertas ujian / peperiksan dan

menandatangani. Disamping itu penjaga diminta menandatangani buku-buku latihan / buku kerja sekurang-kurangnya dua kali setahun.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas, Bendahari, AJK Kebersihan, AJK Kecerian, memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan tulis, meyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskinikan papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga-bunga untuk kelas.

1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :1.2.1 Jadual waktu1.2.2 Jadual Tugas

Page 13: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

1.2.3 Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru dan papan kapur

1.2.4 Moto kelas.1.2.5 Alatan kebersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam,

bakul sampah dan lain-lain.1.3 Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan

baik dam selamat digunakan.1.4 Melaporkan perabut dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru

berkenaan.1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada

budi bicara pelajar. Tabung itu adalah bertujunan seperti berikut :1.6.1 Keceria kelas1.6.2 Kebajikan pelajar1.6.3 Jamuan ahkir tahun ( jika perlu)

2. JADUAL KEDATANGAN DAN KEDATANGAN PELAJAR.

2.1 Menandakan jadual kedatang harian selewat-lewatnya waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.

2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.

2.3 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.2.4 Menjaga keselamatan buku daftar kedatangan.

3. LAPORAN PELAJARAN, SIJIL BERHENTI SURAT AKUAN

Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, ko-kurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semesta / penggal.Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapaMenyediakan dan mengisiMark Sheet bagi setiap peperiksan / analisa peperiksaanSijil berhenti Sekolah dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan persekolahan.

4. MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN

Memberi galakan motivasi dan rangsangan minat pelajar terhadap akademikMenggalakkan pertandingan berbentuk akademik dan memberi hadiah.Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.Melaporkan kepada guru pembimbing dan guru kaunseling jika kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.

Page 14: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

Melaporkan kepada guru Tatasusila jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah.Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:-

4.7.1 Mendapatkan dan mengisi dalam dua salinan borong “Melanggar peraturan sekolah” yang dapat diperoleh dari guru tatasisila.

4.7.2 Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

5. BUKU TEKS, BIASISWA DAN BANTUAN

5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada semua pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

5.2 Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan

menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberi senarai itu kepada guru SPBT.

5.4 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan.

6. KUTIPAN YURAN DAN DERMA

6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.

6.2 Mengutip derma PIBG.6.3 Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.6.4 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.6.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah, wang peperiksaan serta

buku kutipan yuran / resit kepada pejabat.6.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

7. PENDAFTARAN PELAJAR.

7.1 Menerima kemasukan pelajar baru.7.2 Mendaftar pelajar baru ke dalam buku kemasukan dan

mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru itu dari buku kemasukan pelajar daripada GPK HEM

7.3 Menentukan penerima borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar mendapat buku teks.

7.4 Menentukan penerimaan kad kemajuan pelajar dan kod 001 dari sekolah yang terdahulu.

7.5 Menentukan rumah sukan.7.6 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

8. MURID KELUAR

8.1 Menentukan kad kemajuan murid di hantar ke pejabat.

Page 15: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurkan8.3 Menentukan kelulusan untuk pertukaran telah diterima.8.4 Menentukan buku teks telah dipulangkan.

9. PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN

9.1 Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti ko-kurikulum dan

menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan.9.3 Mengalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti

ko-kurikulum.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.1 Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.1.2 Membanyakkan koleksi PSS.1.3 Mempertingkatkan penggunaan PSS.1.4 Memastikan kelengkapan PSS.1.5 Memastikan keselesaan PSS.1.6 Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar.1.7 Pengagihan beban tugas.1.8 Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan

pelajar PSS.1.9 Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan

penggunaannya.1.10 Memastikan stok kemaskini.1.11 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS.1.12 Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi.1.13 Merancang aktiviti dan melaksanakan.1.14 Menilai perjalan PSS dan membuat tindakan susulan.

2. PENYELARAS PSS / GURU MEDIA

2.1 Menyelaras semua program yang dirancang.2.2 Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan

mengadakan mesyuarat.2.3 Menyediakan jadual waktu bertugas pelajar bagi PSS dan

Perpustakaan.2.4 Menyediakan peraturan dan undang-undang PSS dan

Perpustakaan.2.5 Menceriakan PSS.2.6 Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang

memerlukannya.2.7 Membantu melaksanakan program perkembangan staff.

Page 16: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

2.8 Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti PSS.

2.9 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PSS.

3. GURU PERPUSTAKAAN

3.1 Menguruskan perpustakaan.3.2 Menguruskan perlantikan pengawas PSS / Perpustakaan.3.3 Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.3.4 Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua

pelajar.3.5 Melatih pengawas PSS/Perpustakaan yang baru dilantik supaya

mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.3.6 Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.3.7 Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.3.8 Menguruskan pembelian buku.3.9 Mengelaskan buku mengikut system yang digunakan di sekolah.3.10 Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.3.11 Melaksanakan aktiviti yang dirancangkan.3.12 Merawat buku.3.13 Menguruskan hapuskira buku3.14 Membuat laporan tahunan untuk rekod.

4. GURU BAHAN BANTUAN MENGAJAR/BBM/APD

4.1 Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.

4.2 Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.

4.3 Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.

4.4 Menggadakan peratur dan cara-cara penggunaan BBM / APD.4.5 Menguruskan penggunaan BBM / APD secara berterusan.4.6 Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu

sekolah.4.7 Memastikan keselamatan BBM / APD.4.8 Membantu Guru Besar dalam urusan memilih, sebut harga alat-alat

BBM / APD.4.9 Menggalakkan penggunaan BBM / APD dalam pengajaran dan

direkodkan dengan kemas.4.10 Memastikan bilik BBM / APD sentiasa kemas dan ceria.4.11 Menyediakan laporan Tahun BBM / APD.

Page 17: Panduan Am Untuk Staf Sekolah

PEPERIKSAAN DAN PERNILAIAN

1. Bertanggungjawab menguruskan peperiksaan kebangsaan UPSR dan peperiksaan dalaman.

2. Mengisi borang-borang pendaftaran calon (dari Lembaga Peperiksaan) dan disahkan oleh Guru Besar.

3. Memberitahu tarikh tutup, pembayaran yuran peperiksaan kepada pelajar.

4. Menyediakan jadual waktu peperiksaan dan jadual guru bertugas bagi peperiksaan diperingkat sekolah dan diedarkan kepada Guru dan muris-murid.

5. Menyediakan dewan atau bilik peperiksaan dan mempastikan ia sesuai untuk murid dan menepati arahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

6. Menampal jadual waktu peperiksaan di dalam bilik peperiksaan.7. Mengatur dan menyusun keduduk calon.8. Mempastikan kebersihan bilik atau dewan peperiksaan adalah dalam

keadaan baik.9. Mengumpulkan semua markah murid yang telah disiapkan oleh guru

kelas dan kemudiannya diserahkan kepada GPK 1.10. Mengumpulkan soalan-soalan untuk bank soalan.11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar.