oktober-disember 2012 -...

5
“Sesungguhnya, mata TUHAN tertuju kepada mereka yang takut akan Dia, yang berharap akan kasih setia-Nya.” (Mazmur 33:18) Adalah sangat menenangkan untuk mengetahui bahawa Seseorang memperhatikan kita. Apabila kita berdoa, Allah memerhatikan kita. Untuk masa seperti ini, kita perlu berdoa tanpa henti untuk Malaysia, kerana doa boleh mengalihkan gunung. Apabila umat Tuhan berdoa, Allah akan bertindak. Dia memberi respon kepada doa kita. Kita selalu menanti untuk Tuhan bertindak, tapi Dia tidak akan bertindak sehinggalah umat-Nya berdoa. Sama seperti lirik lagu yang ditulis oleh Ng Wah Lok (For Every Time I Pray): Aku datang kepada-Mu dalam doa Aku akan mencari wajah-Mu Aku akan berdiri di hadapan-Mu Di sana aku berdoa syafaat Setiap kali aku berdoa Aku menggerakkan tangan Tuhan Doaku melakukan perkara Yang tanganku tak dapat lakukan Setiap kali aku berdoa Gunung-gunung akan disingkirkan Jalan-jalan akan diluruskan Dan bangsa-bangsa berpaling kepada-Mu Tuhan, aku lemah dan tak berdaya Tetapi Engkau adalah kekuatanku Tangan-Mu membimbing aku Dan di sanalah kemenanganku Berdoalah, dan kita akan melihat kehendak Tuhan dijadikan di Negara kita. Semoga Tuhan campur tangan dalam segala isu yang sedang kita hadapi di Negara ini. Sesungguhnya kita memerlukan campur tangan Tuhan dalam masa- masa yang genting sekarang ini. Berita Rakan Penabur ialah penerbitan berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur. Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected] Oktober-Disember 2012 Allah, Alkitab & Apostasi “Marilah kita dengan penuh keberanian datang menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia untuk mendapatkan pertolongan kita pada waktunya.” (Ibrani 4:16) Gereja di Malaysia mengakhiri 2012 dan memasuki tahun baru dengan banyak cabaran. Penggunaan kalimat Allah dan Alkitab bukan suatu isu sehinggalah ia mula dipolitikkan di Malaysia. Pada masa yang sama, kita juga menerima laporan ramai remaja bawah umur yang diislamkan secara agresif di Sabah dan Sarawak. Ramai yang tidak sedar akan ancaman tersebut. Kehidupan berjalan seperti biasa seolah-olah tidak ada bahaya yang akan datang. Dengan maksud yang baik, ramai juga orang Kristian terutama yang bukan berbahasa Malaysia (dan sedihnya, beberapa pemimpin Kristian BM dari Sabah & Sarawak), telah meminta (malah, ada yang menuntut) supaya kita berhenti memperjuangkan “isu Allah”. Mereka gagal melihat bahawa untuk sekian lamanya Kristian Bumuputera di Sabah & Sarawak telah mengguna- kan kata itu, sejak lahir sehinggalah masuk ke lubang kubur. Ia digunakan dalam semua aspek kehidupan Kristian dari pembaptisan, pemberkatan, dalam upacara perkahwinan, pentahbisan dan perlantikan pemimpin, dalam doa-doa umum, ibadah dan khutbah, sehinggalah upacara pengkebumian. Penggunaan kata itu bukan sesuatu yang baru. Ia sudah digunakan jauh sebelum pembentukan Malaysia dan penjajahan British. Bahasa asal Alkitab ialah Ibrani, Aramik dan Koine Yunani. Ia mula-mula diterjemah ke bahasa Latin, dan kemudian kepada 1,223 bahasa yang lain, di mana 471 masih lagi digunakan sehingga sekarang. Masih ada usaha untuk menterjemahkannya kepada 1,500 bahasa yang lain. Umumnya, orang Kristian percaya bahawa firman Allah lebih efektif jika disampaikan dalam bahasa si pendengar. Sebab itulah para mubaligh menghabiskan banyak masa untuk belajar bahasa setempat bagi menterjemah Alkitab, dan mengajar Firman Tuhan dalam bahasa ibunda para pendengar. Malah Lord (Tuhan) tidak boleh sembarangan menggantikan God (Allah) kerana bukan semua tuhan itu adalah Allah yang benar. Berlainan dengan bagaimana Islam disebarkan, yang mengajar penganutnya untuk memahiri bahasa Arab. Bagi orang Kristian, “firman Allah” merujuk kepada kedua-dua pengungkapan kebenaran Allah dalam bahasa manusia, dan penjelmaan Yesus Kristus. Dan sebagai Allah menjelma menjadi manusia, Yesus bercakap dalam bahasa Aramik yang serumpun dengan bahasa Arab. Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Upload: ledung

Post on 03-Mar-2018

256 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oktober-Disember 2012 - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penab… · Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box:

“Sesungguhnya, mata TUHAN tertuju kepada mereka yang takut akan Dia, yang berharap

akan kasih setia-Nya.” (Mazmur 33:18)

Adalah sangat menenangkan untuk mengetahui bahawa Seseorang memperhatikan kita. Apabila kita berdoa, Allah memerhatikan kita. Untuk masa seperti ini, kita perlu berdoa tanpa henti untuk Malaysia, kerana doa boleh mengalihkan gunung. Apabila umat Tuhan berdoa, Allah akan bertindak. Dia memberi respon kepada doa kita. Kita selalu menanti untuk Tuhan bertindak, tapi Dia tidak akan bertindak sehinggalah umat-Nya berdoa. Sama seperti lirik lagu yang ditulis oleh Ng Wah Lok (For Every Time I Pray):

Aku datang kepada-Mu dalam doa Aku akan mencari wajah-Mu Aku akan berdiri di hadapan-Mu Di sana aku berdoa syafaat

Setiap kali aku berdoa Aku menggerakkan tangan Tuhan Doaku melakukan perkara Yang tanganku tak dapat lakukan Setiap kali aku berdoa Gunung-gunung akan disingkirkan Jalan-jalan akan diluruskan Dan bangsa-bangsa berpaling kepada-Mu

Tuhan, aku lemah dan tak berdaya Tetapi Engkau adalah kekuatanku Tangan-Mu membimbing aku Dan di sanalah kemenanganku

Berdoalah, dan kita akan melihat kehendak Tuhan dijadikan di Negara kita. Semoga Tuhan campur tangan dalam segala isu yang sedang kita hadapi di Negara ini. Sesungguhnya kita memerlukan campur tangan Tuhan dalam masa-masa yang genting sekarang ini.

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan

berita elektronik pelayanan Wawasan Penabur.

Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: 03-5888 4987 Email: [email protected]

Oktober-Disember 2012

Allah, Alkitab & Apostasi

“Marilah kita dengan penuh keberanian datang menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan kasih karunia

untuk mendapatkan pertolongan kita pada waktunya.” (Ibrani 4:16) Gereja di Malaysia mengakhiri 2012 dan memasuki tahun baru dengan banyak cabaran. Penggunaan kalimat Allah dan Alkitab bukan suatu isu sehinggalah ia mula dipolitikkan di Malaysia. Pada masa yang sama, kita juga menerima laporan ramai remaja bawah umur yang diislamkan secara agresif di Sabah dan Sarawak. Ramai yang tidak sedar akan ancaman tersebut. Kehidupan berjalan seperti biasa seolah-olah tidak ada bahaya yang akan datang. Dengan maksud yang baik, ramai juga orang Kristian terutama yang bukan berbahasa Malaysia (dan sedihnya, beberapa pemimpin Kristian BM dari Sabah & Sarawak), telah meminta (malah, ada yang menuntut) supaya kita berhenti memperjuangkan “isu Allah”. Mereka gagal melihat bahawa untuk sekian lamanya Kristian Bumuputera di Sabah & Sarawak telah mengguna-kan kata itu, sejak lahir sehinggalah masuk ke lubang kubur. Ia digunakan dalam semua aspek kehidupan Kristian dari pembaptisan, pemberkatan, dalam upacara perkahwinan, pentahbisan dan perlantikan pemimpin, dalam doa-doa umum, ibadah dan khutbah, sehinggalah upacara pengkebumian.

Penggunaan kata itu bukan sesuatu yang baru. Ia sudah digunakan jauh sebelum pembentukan Malaysia dan penjajahan British. Bahasa asal Alkitab ialah Ibrani, Aramik dan Koine Yunani. Ia mula-mula diterjemah ke bahasa Latin, dan kemudian kepada 1,223 bahasa yang lain, di mana 471 masih lagi digunakan sehingga sekarang.

Masih ada usaha untuk menterjemahkannya kepada 1,500 bahasa yang lain. Umumnya, orang Kristian percaya bahawa firman Allah lebih efektif jika disampaikan dalam bahasa si pendengar. Sebab itulah para mubaligh menghabiskan banyak masa untuk belajar bahasa setempat bagi menterjemah Alkitab, dan mengajar Firman Tuhan dalam bahasa ibunda para pendengar. Malah Lord (Tuhan) tidak boleh sembarangan menggantikan God (Allah) kerana bukan semua tuhan itu adalah Allah yang benar. Berlainan dengan bagaimana Islam disebarkan, yang mengajar penganutnya untuk memahiri bahasa Arab. Bagi orang Kristian, “firman Allah” merujuk kepada kedua-dua pengungkapan kebenaran Allah dalam bahasa manusia, dan penjelmaan Yesus Kristus. Dan sebagai Allah menjelma menjadi manusia, Yesus bercakap dalam bahasa Aramik yang serumpun dengan bahasa Arab.

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Page 2: Oktober-Disember 2012 - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penab… · Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box:

Tiada siapa pun yang mengerti kenapa Alkitab mula-mula ditegah di Sabah pada 2

hb Disember 1981,

5 bulan selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih jawatan PM dari Tun Hussien Onn. Mungkinkah isu Alkitab pertama kali dipolitikkan ketika UMNO menghadapi banyak pergolakan dalaman di awal 1980-an, untuk mengalihkan perhatian umum? Sebelum itu, Alkitab bebas didapati dan digunakan tanpa sebarang sekatan.

Baru-baru ini, apabila terdapat ancaman oleh sekumpulan yang menamakan diri mereka “Pasukan Bertindak Anti Bible Bahasa Melayu” untuk membakar Alkitab, ada pula pemimpin Kristian dari Sabah dan Sarawak yang mengata-

kan “itu hanya khabar angin yang ditimbulkan oleh pihak Pembangkang untuk meraih undi Kristian.” Tidak ramai yang menganggap serius perkara itu, apa lagi untuk berdoa kepada Tuhan. Majoriti mereka masih memegang Solusi 10-Perkara Idris Jala untuk Sabah & Sarawak sebelum pilihanraya kecil Sibu. Pada umumnya, mereka percaya umat Kristian di Sabah & Sarawak akan terus bebas beragama sehinggalah kedatangan Yesus yang kedua kali.

Satu permintaan doa oleh seorang saudara sebelum Krismas tahun lalu tentang seorang remaja yang telah diislamkan di Kuching membuka mata kita semua. Murid-murid sekolah diislamkan di sekolah ketika keluarga mereka di kampung tidak tahu menahu apa yang sedang terjadi kepada anak-anak mereka di asrama. Dalam sebuah surat yang ditandatangani oleh 4 orang Uskup Roman Katolik di Sabah, Gereja Katolik Sabah telah mendedah-kan rancangan pengislaman remaja bawah umur di sekolah (lihat ( http://www.mysinchew.com/node/82542). Dan itu baru hujung bongkah ais masalah pengislaman. Statistik JAKIM menunjukkan di antara tahun 1991-2001, seramai 12,985 dari Sabah dan 9,603 dari Sarawak telah masuk Islam. Jumlah ‘saudara baru’ di 2 buah negeri ini melebihi jumlah mana-mana negeri di Semenanjung. New Sabah Times (25

hb Februari 2009) melaporkan sehingga

2008, ada 117,579 “saudara baru” yang berdaftar dengan MUIS di Sabah, majoriti dari kaum Kadazandusun. Adakah kita mahu melibatkan diri atau terus berdiam diri? Adakah kita melihat kedesakan untuk berdoa bagi negara ini? Sanggupkah kita berjaga-jaga satu jam dengan Kristus (Mat 26:40)? Dapatkah kita merasakan inilah masa bagi Allah untuk Malaysia, dan menyedari Dia memegang semuanya di dalam tangan-Nya?

Ketika kita merenung tahun yang lepas dan tahun sekarang, cabaran yang kita hadapi dan pilihan yang ada di hadapan kita, sedarilah hari ini adalah Harinya Tuhan. Dia berkata, "Pada waktu Aku berkenan, Aku akan mendengarkan engkau, dan pada hari Aku menyelamatkan, Aku akan menolong engkau. Sesungguhnya, waktu ini adalah waktu perkenanan itu; hari ini adalah hari penyelamatan itu.” (2 Kor 6:2) Sama seperti kebanyakan orang Kristian, Kristian di Malaysia adalah umat pencinta kedamaian. Para pemimpin dari agama lain sering berkata, “APA LAGI YANG MEREKA MAHU?”

Jawapan kita sangat mudah: “Kami hanya mahu hidup dalam iman kami tanpa ancaman yang sering mengintai di setiap sudut.” Kami akhiri dengan sebuah doa yang ditulis di awal penubuhan Wawasan Penabur di tahun 2009, sebagai renungan dan motivasi kita bersama: Semoga Allah memberkati kita dengan rasa tidak selesa… dengan statistik umat Kristian BM yang beralih ke agama lain, supaya kita dibangunkan dari tidur dan sikap tidak peduli kita.

Semoga Allah memberkati kita dengan kemarahan… pada ketidakadilan, penindasan dan ekploitasi, supaya kita boleh menegakkan keadilan, kebebasan dan keamanan.

Semoga Allah memberkati kita dengan air mata… atas

pencerobohan agama dominan dan penghakisan Kristian, supaya kita boleh menghulurkan tangan untuk menyelamat-kan mereka yang disesatkan, dan mendorong mereka yang setia. Semoga Allah memberkati kita dengan cukup kebodohan… untuk mempercayai bahawa kita boleh membuat perbezaan di dunia ini, supaya kita boleh melakukan apa yang orang lain kata tidak mungkin, dengan bantuan Kristus. Amen.

Page 3: Oktober-Disember 2012 - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penab… · Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box:

Buat Renungan Bersama

Pertama mereka datang untuk Alkitab, dan saya tidak bersuara kerana saya bukan seorang penutur BM, Dan saya tidak menggunakan BM untuk beribadah.

Kemudian mereka datang untuk Bup Kudus, dan saya tidak bersuara kerana saya bukan seorang Kristian Iban, Dan itu bukan tentang bangsa dan bahasa saya.

Kemudian mereka datang untuk Kalimat Allah, dan saya tidak bersuara kerana saya percaya Allah adalah tuhan Islam, dan Alkitab harus menggunakan YHWH untuk Tuhan.

Kemudian mereka datang mengancam untuk membakar Alkitab, dan saya tidak bersuara kerana itu isu di Semenanjung, dan ia hanya sebuah mainan politik.

Kemudian mereka datang untuk semua jenis Bible, dan saya tidak bersuara kerana saya ada Alkitab dalam telefon bimbit, dan agama adalah perkara peribadi.

Kemudian mereka datang untuk anak-anak kami, dan saya tidak bersuara kerana saya bukan seorang Kristian Bumiputera, dan saya tidak menghantar anak-anak saya ke sekolah BM. Kemudian mereka datang untuk saya, Dan mereka menentukan bagaimana saya harus menganut kepercayaan saya, dan tidak ada orang yang tinggal untuk bersuara bagi pihak saya.

Diadaptasi dari Martin Niemöller (1892–1984) Seorang pastor dan ahli teologi Jerman

Surat dari Gereja Bumiputera

Diterbitkan pada 25 Jan 2013, Jumaat, di Kota Kinabalu oleh Komisi Hal Ehwal Sabah (COSA) National Evangelical Christian

Fellowship (NECF) Malaysia

Serangan yang semakin provokatif oleh pihak-pihak tertentu terhadap Alkitab, Kitab Injil dalam bahasa Melayu, adalah serangan langsung kepada hak-hak kebebasan beragama umat Kristian Bumiputera, seperti yang telah termaktub dalam perjanjian-perjanjian mereka pada pertubuhan Malaysia dan dalam Perlembagaan Persekutuan. Adalah menjadi mandat pihak berkuasa untuk menyiasat Ahli Parlimen Ibrahim Ali, yang menyeru umat Islam untuk merampas dan membakar Alkitab, mengikut landas penuh undang-undang bagi memastikan keamanan dan keharmonian di negara ini terjaga. Adalah menjadi mandat pihak berkuasa untuk menyiasat nota ancaman yang dihantar oleh kumpulan yang memanggil diri mereka sebagai ‘Pasukan Bertindak Anti Bible Bahasa Melayu’ mengenai rancangan mereka untuk mengadakan satu ‘pesta’ membakar Alkitab. Provokasi untuk melemahkan Kristian Orang Kristian cintakan keamanan kerana Alkitab mengajar kita sedemikan, namun kita dipaksa untuk bersuara menentang provokasi-provokasi yang diikuti dengan pelbagai cubaan yang berterusan untuk memperkecilkan kebebasan beragama kita. Baru-baru ini terjadi perbuatan sewenang-wenang oleh Jabatan Pendaftaran Negara Sabah di mana agama orang Kristian Bumipuetra ditukar kepada Islam hanya kerana nama mereka mengandungi ‘bin’ atau ‘binti’. Harus diingati bahawa majoriti Kristian di Malaysia adalah Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Alkitab dalam liturgi dan kebaktian mereka. Mereka menggunakan Alkitab secara meluas di Semenanjung di mana ramai mereka bekerja dan belajar di sana. Kebebasan beragama Bagi Sabah dan Sarawak, kita harus ingat bahawa kedua-dua negeri telah dijamin perlindungan dalam perjanjian-perjanjian 20 dan 18 perkara, sebagai syarat untuk menjadi sebahagian daripada negara baru Malaysia. Syarat yang pertama bagi kedua-dua negeri tersebut adalah jaminan kebebasan beragama. Di Sabah, kami telah menikmati kebebasan beragama sejak zaman berzaman. Malah kami telah menurut tradisi kebudayaan kami, membina sebuah batu sumpah di Keningau untuk memperingati hak perlindungan kebebasan beragama kami. Kami menyeru semua pihak untuk menghormati hak-hak kebebasan beragama Bumiputera Kristian. Kepada semua orang Kristian, kami berseru untuk kesabaran, pengampunan dan kasih dalam masa-masa yang mencabar ini. Kita memilih untuk tidak membalas tetapi terus berdoa untuk Malaysia, negara tercinta kita, dan bagi mereka yang berniat untuk menyebar kebencian. Rev Datuk Jerry Dusing Pengerusi, Komisi Hal Ehwal Sabah NECF (NECF-COSA)

Krisis & Peluang

Peluang sentiasa hadir di tengah-tengah krisis. Perkataan Cina untuk krisis membawa dua elemen, bahaya dan peluang. Tidak kira betapa sukar keadaan tersebut, di tengah-tengah setiap krisis terkandung satu peluang yang besar. Berkat-berkat yang besar menanti mereka yang tahu rahsia mencari peluang dalam setiap krisis yang dihadapinya.

Page 4: Oktober-Disember 2012 - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penab… · Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box:

“Flood Sarawak Project”

Tidak, ini tidak ada kaitan dengan pembinaan empangan! Dengan kerjasama gereja-gereja tempatan (dari pelbagai denominasi) di Sarawak, dan sumbangan derma daripada beberapa individu dan gereja di Semenanjung (dan luar negara), 30,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak telah dicetak dan dihantar ke Sarawak untuk disebarkan.

Tumpuan kawasan adalah di kawasan pedalaman yang mempunyai majoriti penduduk Dayak beragama Kristian: Limbang, Baram, Hulu Rajang, Selangau, Seratok, Lubok Antu, Julau, Sri Aman, Mambong dan Batang Lupar. Tupperware juga telah memberi sumbangan dalam bentuk barangan untuk dibawa ke pedalaman. Ada setengah kawasan harus menaiki bot selama 8 jam untuk sampai.

Alkitab Kanak-Kanak telah dibawa masuk melalui Kuching (10,000 naskah untuk Mambong, Mas Gading, Sri Aman & Lubok Antu); Sibu (6,000 naskah untuk Julau, Selangau & Kanowit); Bintulu (6,000 naskah untuk Belaga & Ulu Rejang) dan Miri (8,000 naskah Limbang, Bario & Baram). Alkitab Kanak-Kanak juga telah diedarkan di sekolah-sekolah dengan bantuan daripada Scripture Union.

Update SASA - Satu Anak Satu Alkitab (Kempen 1M 100K)

Kempen Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif 1M 100K yang telah dilancarkan pada April 2012, akan berakhir pada April 2013. Puji Tuhan untuk 90,000 naskah yang telah dicetak setakat ini. Sehingga Februari 2013, hampir 79,000 naskah Alkitab Kanak-Kanak telah diedarkan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kami mengucap syukur kepada Tuhan, berterima kasih kepada sumbangan anda yang telah memungkinkan kami mengedar Alkitab Kanak-Kanak pada harga RM 5/naskah. RM 5 itu hanya cukup untuk menutupi kos penghantaran. Kami bersyukur kepada mereka yang telah membeli Alkitab Kanak-Kanak pada harga RM 30 (Semenanjung) dan RM 20 (Sabah dan Sarawak) – masing-masing setiap belian telah membolehkan kami mencetak 3 dan 2 buah buku sehingga Alkitab Kanak-Kanak dapat diedarkan sehingga ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Daripada 78,835 yang telah diedarkan, 84% telah disebar di Sarawak, 14% di Sabah dan 2% kepada Orang Asli. Sejumlah 30,000 naskah telah disebar ke pedalaman Sarawak melalui Projek “Banjiri Sarawak” (Flood Sarawak Project), membanjiri Sarawak dengan Firman Allah. Bagaimana pun, lebih banyak usaha yang harus dilakukan untuk Sabah.

Tahun ini, Kempen Satu Anak Satu Alkitab akan diteruskan, dengan usaha khusus untuk mengedarkan sekurang-kurangnya 50,000 naskah ke Sabah melalui “Flood Sabah Project,” membanjiri Sabah dengan Firman Allah. Kita semua boleh memainkan peranan untuk meletakkan Alkitab Kanak-Kanak di tangan seorang kanak-kanak.

Sila salurkan sumbangan anda kepada: Wawasan Penabur Sdn. Bhd

P.O.Box: 8327, Kelana Jaya Post Office 46787 Petaling Jaya, SELANGOR

May Bank Account No: 5623 6663 2813

AKK untuk Krismas di Belaga

AKK diambil oleh ibu bapa Penan di Usun Apau-Linau

Page 5: Oktober-Disember 2012 - wawasanpenabur.orgwawasanpenabur.org/wp-content/uploads/2014/05/Berita-Rakan-Penab… · Segala maklum-balas sila hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box:

Badan Penasihat

Rev Wong Fong Yang

Senior Pastor Gereja City Discipleship

Presbyterian Church dan mantan Moderator

untuk Synod Presbyterian Synod di Malaysia

Rev Danil Raut

Presiden, SIB Semenanjung

Lim Heng Seng

Peguam

Rev Datuk Jerry Dusing

Presiden, SIB Sabah

Pengerusi, NECF-COSA & Majlis Gereja-

Gereja Sabah

Badan Pengurus (Penabur)

Chow Chee Yan (PJEFC)

Roshan Thiran (Pusat Injil Kelana Jaya)

Alfred R. Tais (Komisi BM NECF)

Randy Singkee (SSMC)

Puji Tuhan dan kami mengucapkan selamat melayani untuk Rev Datuk Jerry Dusing yang bergabung sebagai Badan Penasihat Wawasan Penabur. Rev Datuk Jerry Dusing ialah Presiden SIB Sabah, Pengerusi Majlis Gereja-Gereja Sabah, dan pengerusi Komisi Hal Ehwal Sabah NECF (NECF-COSA).

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik

kepada gereja-gereja BM.

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya

percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya

ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini

supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja

BM melalui tenaga, dana dan doa.

Mensponsor “Satu Anak Satu Alkitab – Inisiatif

1M 100K” Wawasan Penabur untuk Sabah and

Sarawak. Saya percaya dengan pemberian saya, umat

Kristian berbahasa Malaysia akan dapat diberkati.

Terlibat dalam projek penulisan dan

penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam

pengembangan sumber BM dengan para penulis,

penterjemah dan penerbit yang lain.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang

membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang

membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada

Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan

pelayanan Wawasan Penabur.

Address

Name (or Company Name) Contact Person

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur.

Nama : _________________________________________ Email: _____________________________

Alamat: ___________________________________________________________________________

No. Telefon: ______________________ (rumah) ______________________ (pejabat)

______________________ (telefon bimbit) _____________________ (fax)

Akaun Bank Kami:

(1) Public Bank, Kelana Jaya branch. Account No: 3127674507

(2) CIMB Bank, Damansara Utama branch. Account No: 1250 000 7114 058

(3) May Bank, USJ 9 branch. Account No: 5623 6663 2813

Sijil Pelayanan Kristian (TEE) dalam BM oleh Seminari Teoloji Malaysia. Program modular ini akan bermula pada April 2013. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Ms. Ho Gaik Kim Pengarah TEE BM Tel: 06-632815 Email: [email protected] Website: www.stm.edu.my