nota tenet

27

Click here to load reader

Upload: aidamohdhafiz

Post on 29-Sep-2015

126 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

RBT

TRANSCRIPT

[NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg 11.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK1.1 STRATEGIMenurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracubajaya. Strategi merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar,gayapengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum. Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.2 PENDEKATAN Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam kontekspendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara bagaimanasesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya. Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.1.2.1 PENDEKATAN DEDUKTIF Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus, prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru. Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti pengukuhan murid-murid menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek, minat, kecekapan, dan daya cipta.1.2.2 PENDEKATAN INDUKTIF Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat. Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com (1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa, Sains dan Matematik1.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris elective bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan). Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Kebiasaannya, pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik.1.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur (1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan pengajaran ini lebih bepusatkan murid.KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/ MAKMAL

OBJEKTIF

1.Menyatakankonsepkeselamatan,keselamatanpekerjaandankeselamatanindustri,faedahkeselamatanindustridankepentinganmempelajarinya.

2.MenyatakantujuanAktaKeselamatandanKesihatanPekerjaan,perananKeselamatandanKesihatanPekerjaanNegara (NIOSH)danfungsiJabatanKeselamatandanKesihatanPekerjaanMalaysia.

3.MenyatakanpenaltiyangdikenakansetelahAktaKeselamatanPekerjaandanPekerjaandikuatkuasakan.

4.Menyatakanlangkah-langkahkeselamatandalammenjalankankerjadanmematuhiEtikaDiridanEtikaKerjasemasamelakukankerja.

5.Menerangkanbagaimanaapiterhasil,caraapimerebakdankaedahmemadamkankebakaran.

6.Membezakankelas-kelaskebakarandanjenis-jenisalatpemadamapi.

7.Menghuraikanpengurusankebakarandanpenggunaanperalatanpencegahankebakaran.

Objektif1:Konsepi.Konsepkeselamatan.

Keadaanterpeliharaatauterhindardaripadabahaya,bencanaataugangguanyangbolehmenyebabkanberlakunyakemalangan.

ii.Konsepkeselamatanpekerjaan.

Ilmudanpenerapanteknologiuntukmeningkatkankeselamatanyangberkaitandenganalatkerja,proseskerja,tempatkerjadankawasanlingkungannya.

iii.Konsepkeselamatanindustri.Faedahkeselamatanindustridankepentinganmempelajarinya.

Keselamatanindustriadalahpekerjayangbebasdaripadabahayaataurisikokecederaan,kawalankerugianakibatkemalangansertamelindungikerugianterhadapmanusia,hartadanpendapatan.

iv. Faedahkeselamatanindustriadalah

bagimenghindar/mencegahkemalanganyangbolehmenyebabkankecederaan/bahayakepadapekerja/pelajar,kakitangandankelengkapan/peralatan.

Kepentinganmengelakkanrisikokemalanganyangmenjejaskankeselamatanpekerjadanindustri.

Objektif2:TujuanAktaa.Untukmemastikankeselamatan,kesihatandankebajikanorang-orangyangsedangbekerjaterhadaprisikokepadakeselamatanyangberbangkitdaripadaaktivitiorang-orangyangsedangbekerja;

b.Untukmelindungiorang-orangditempatkerjaselaindaripadaorang-orangyangsedangbekerjaterhadaprisikokeselamatanataukesihatanyangberbangkitdaripadaaktivitiorang-orangyangsedangbekerja;

c.Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;

d.Untukmengadakancarayangmenurutperundangankeselamatandankesihatanpekerjaanyangberkaitanbolehdigantikansecaraberperingkat-peringkatolehsistem,peraturandantataamalanindustriyangdiluluskan, yangberjalansecarabergabungdenganperuntukanAktainiyangdimaksudkanuntukmengekalkanataumembaikistandardkeselamatandankesihatan

PerananNIOSH

1.Untukmenyediadanmenyenggarakansuatutempatdansistemkerjayangselamatdansihat;

2.Untukmemastikanbahawasemuakakitanganadalahdiberimaklumat,arahan,latihandanpenyeliaanberkenaancarauntukmenjalankantugasdenganselamatdantanparisikokepadakesihatan;

3.Untukmenyiasatsemuakemalangan,penyakit,keracunandankejadianberbahayadanmengambillangkah-langkahuntukmemastikankejadian-kejadiantersebuttidakberulanglagi;

4.Untukmematuhikehendak-kehendakperundanganmengenaidankesihatansepertiyangditetapkandidalamAktaKeselamatandanKesihatanPekerjaan1994,peraturan-peraturannyadantataamalan-tataamalanyangdiluluskan;

5.Untukmenyediakankemudahan-kemudahankebajikanbagisemuapekerja;dan

6.Untukmengkajisemuladasariniapabilaperlu.

FungsiJabatanKeselamatandanKesihatanPekerjaanMalaysia

Menyediakanpersekitarankerjayangselamatdansihatuntuksemuapekerjanyadanorang-oranglainyangmungkinterjejasolehaktiviti-aktivitinya.

OBJEKTIF 3:

MenyatakanpenaltiyangdikenakansetelahAktaKeselamatandanKesihatanPekerjaan.

Sek51-individu

Dendatidaklebihsepuluhriburinggitatau Dipenjarakanselamatempohtidakmelebihisatutahunatau Kedua-duanya.

Dalamhalberterusanbolehdidendatidakmelebihisaturiburinggitbagitiap-tiaphariatausebahagiandaripadaseharisemasakesalahanituberterusanselepassabitan.

Sek52 PertubuhanPerbadanan

Sek53 KesatuanSekerja

Sek54 Agen

OBJEKTIF 4:

Menyatakanlangkah-langkahkeselamatandalammenjalankankerjadanmematuhiEtikaDiridanEtikaKerjasemasamelakukankerja.

Puncakemalangan(mekanikal/penggunaanjentera/alat):

Langkah-langkahkeselamatansemasamenjalankankerja.1.Elakkandrpmemegangataumenyentuhbahagiantajampadamesin/alat.2.Pastikanmesinadasistempembumian3.Matikansuiskuasasepenuhnyabilamesintidakdigunakan.4.Kerosakan laporan5.Fiuskenabetul.Elakkanbebanlampau6.Pastikanbahagianenjinbergerakadapengadang.

Langkah-langkahkeselamatandalammenjalankankerjadanmematuhiEtikaDiridanEtikaKerjasemasamelakukankerja.

.

Faktor-faktor Yang MenjadiPunca Kebakaran

A.FaktorSemulajadi

BencanaAlam Kemarau, Letupan Gunung Berapi

B.Faktor KemalanganKelalaian, Kecualian/ Kesilapan ManusiaC.Faktor Sengaja Dibakar

Perbuatan Sengaja Dibakar / Khianat

OBJEKTIF 5:

Menerangkanbagaimanaapiterhasil,caraapimerebakdankaedahmemadamkankebakaran.

Caraapiterhasil:

1.Percikanapikerjakimpalan,bungaapi

2.Apiubatnyamuk,mancis,puntungrokok

3.Kebocoran/mampatangas

4.Habamekanikalakibatgeseran.

5.Elektrik

Litarpintas

Lebihankuasabebanalirankuasa

Pemanasansetempatpadaterminal/sambunganyanglonggar

Salahpemasangansaizwayar/fiusKebocoranaruselektrikkabel/penebatrosak

3 unsur sebabkan kebakaran bahan api - kayu, kertas, minyak, gas udara -oksigen suhu/ haba - menggalakkan nyalaan api

Cara-caraapimerebak:

1.Olakanhabapemindahanhaba

2.Pengaliranmelaluipengalirhaba

3.Bahanganmelaluigelombangcahaya

4.Terusmenerusapabilabahanbakarbersentuhanantarasatusamalain

Kaedahmemadamkankebakaran:

1.Melaparkanpindahkanbahanterbakar/belumterbakarketempatlain/pecah/hancurkanbahanapiyangterbakar

2.Melemaskanhalangkemasukanudara/tutup/sungkup

3.Menyejukanturunkanhaba/suhunya

4.Memutuskanrantaikimiatindakbalas *CO2, BCF,serbukkering

*CO2 karbondioksida*BCF BromochlodateFlumetheaneOBJEKTIF 6:Membezakankelas-kelaskebakarandanjenis-jenisalatpemadamapi.(bagimenentukanjenisalatpemadamapiyangsesuai/bolehdigunakan)Jenis-jenispemadamapidanpuncaapi/kelasrisikokebakaran:

emadamapikebakaranLabelAirKayu,sampahsarap,plastik,kainATabungmerahBuihMinyak, cat, petrol,lekar, thinner, gasBSoda acid, water CO2TabungkrimDebukeringSemuajenisbahanABCSodiumbikarbonatKarbondioksidaMinyak, cat, petrol,lekar, gas,peralatangasBCTabunghitam/biruTidakrosakkankomponenelektrikTindakan PencegahanSistem Keselamatan KebakaranTerdiri Daripada :Pencegahan& PerlindunganKebakaranPencegahan Kebakaran1.Pendidikan Dan Latihan2.Penguatkuasaan3.Kejuruteraan4.Kawalan Keselamatan5.Penyelenggaraan Peralatan6.Good House Keeping

Perlindungan Kebakaran1.Perlindungan Pasif-TanggaTerlindungan-Koridor Terlindung-Pintu Rintangan Api-Lif Bomba

2.Perlindungan Aktif-Alat Pecah Kaca-Alat Pengesan Haba-Alat Pengesan Asap-Sistem Pemasangan Sprinkler-Sistem Pemasangan Pancur-Sistem Pili Bomba

Definisi Pengurusan Bengkel Mengikut Kamus Dewan, pengurusan ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. Contohnya seperti menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas, mengatur alat dan kelengkapan serta penyelarasan kewangan. Brech (1975) mentakrifkan pengurusan sebagai proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan biasanya berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berkesan dan ekonomi. Ia merupakan usaha koperatif untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Ia merupakan usaha koperatif untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Ia juga merupakan proses penginterasian input organisasi iaitu manusia, bahan dan alat. 2.Falsafah, teori serta model keselamatan Keselamatan Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, bencana atau gangguan yang mungkin berpunca daripada sumber atau persekitaran yang tidak menentu. Keadaan selamat adalah hasil daripada perubahan tingkah laku manusia atau perancangan fizikal persekitatran yang dapat mengurangkan kemungkinan wujudnya bahaya dan secara langsung menghindar berlaku kemalangan. Individu yang selamat adalah individu yang bebas dari bahaya; dan wujud dalam keadaan persekitaran yang aman dan sejahtera. Individu sedemikian akan mengubah pola tingkah lakunya supaya dapat mencegah berlaku kemalangan pada dirinya endiri ataupun orang lain. Industri, tempat kerja atau tempat latihan yang selamat adalah: Bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan; Mempunyai kawalan kerugian akibat dari kemalangan; dan Melindungi kerugian manusia, harta benda dan juga pendapatan/keuntungan Kesihatan Edward Wenk (1989) mendifinisikan kesihatan sebagai ketiadaan risiko yang boleh menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada tubuh badan seperti kemalangan, penyakit dan bencana alam semulajadi. Kesihatan di mana jua, sama ada di rumah, tempat kerja atau tempat latihan, harus bebas dari kesan jangka pendek atau jangka panjang yang boleh membawa kemudaratan kepada fisiologi tubuh badan. 3.Kemalangan Satu istilah yang telah disebut dan dikaitkan dengan keselamatan adalah kemalangan, yang bermaksud suatu peristiwa yang tidak dirancangkan dan memberikan keputusan yang tidak boleh diterima. Antara definisi kemalangan adalah: Kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh diduga (Dewan Bahasa & Pusataka) Perbuatan atau peristiwa tidak dirancang yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada individu atau kerosakan kepada harta benda (Strasser, Aron & Bohn, 1981) Peristiwa yang tidak dirancang atau dikawal yang disebabkan oleh faktor manusia, faktor keadaan atau persekitaran ataupun kombinasi mana-mana faktor. Ia akan menggangu proses kerja dan mungkin menyebabkan kecederaaan, kesakitan, kematian, kerosakan harta benda ataupun peristiwa lain yang dikehendaki. (colling, 1990) Konsep Utama Keselamatan Menurut Strasser, Aaron dan Bohn (1981), keselamatan adalah satu keadaan yang terhasil akibat perubahan tingkah laku manusia atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan bahaya, dengan itu mengurangkan kemalangan. Definisi ini melibatkan dua konsep utama yang berkaitan dengan keselamatan: a) Tingkah laku manusia Keselamatan sama ada di rumah, tempat kerja atau tempat belajar berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Tidak dinafikan manusia memerlukan keselamatan tetapi ada kalanya tindakan manusia boleh menggangu keselamatan aitu punca berlakunya kemalangan. Oleh itu, faktor tingkah laku 4.manusia perlu diambil kira dalam mereka bentuk program, perlatan, bengkel atau apa sahaja yang melibatkan keselamatan. Usaha mesti dilakukan untuk mengurangkan kesilapan manusia atau human error, seterusnya menghindar kemalangan. b) Mencegah kemalangan Keselamtan perlu dikekalkan dengan mencegah kemalangan daripada berlaku. Maka, pencegahan kemalangan mesti dijadikan matlamat utama dalam keselamatan. Kemalangan berlaku kerana bersebab, tetapi langkah-langkah perlu diambil unutk mengawal kemalangan. Selepas kejadian kemalangan, langkah pembetulan mesti dilakukan agar kemalangan tidak diulang Falsafah Kehidupan Yang Selesa Tingkahlaku manusia perlu diberi perhatian dalam usaha mewujudkan kehidupan yang selamat an selesa. Terdapat tiga faktor yang mengawal tingkahlaku : a) Sikap Sikap tidak dapat dilihat, walaubagaimanapun silkap berkati rapat dengan tingkah laku manusia. Kewujudanya dapat dikenal pasti dengan memerhati tingkah laku manusia. Sikap boleh didefinisikan sebagai kecenderungan atau kesediaan unutk bertindak balas sama ada secara positif atau negatif kepada sesuatu keadaan atau objek. Strasser, Aaron & Bohn (1981) menyenaraikan empat aspek penting berkaitan dengan sikap seperti berikut : Sikap selalunya diarahkan kepada sesuatu objek Di sini, objek boleh terdiri daripada sesuatu yang nyata seperti manusia atau kenderaan, ataupun sesuatu yang tidak nyata seperti 5.pegangan politik; konsep keselamatan atau keselamatan terhadap aktiviti spesifik seperti memandu Sikap bukan satu tindakan tetapi kecenderungan untuk bertindak Sikap ialah kesediaan dan kecenderungan untuk memberi tindakan atau respon yang digalakkan/baik atau tidak digalakkan/tiak baik. Respon kepada sikap merupakan tingkah laku yang dilahirkan Sikap boleh bertahan lama iaitu bersifat kekal Sikap tidak mudah diubah atau dibaiki apabila telah terbentuk Sikap bersetuju atau menentang Manusia cenderung untuk menunjukkan sikap positif terhadap sesuatu yang memberi kepuasan; tetapi sikap negatif terhadap sesuatu terbentuk hukuman dan kekecewaan. b) Tabiat Tabiat adalah tindakan atau respon automatik kepada sebarang rangsangan. Kebanyakan tindakan rutin manusia adalah automatik dan berlaku tanpa perlu difikirkan. Misalnya cara manusia makan, berpakaian, bercakap dan juga memandu merupakan tindakan automatik. Semua contoh ini adalah tabiat. Manusia membentuk tabiat secara automatik apabila respons kepada rangsangan diulang-ulang dan diperkukuhkan. Seperti sikap, tabiat juga sukar untuk diubah atau dibaiki kerana sifatnya yang automatik dan tidak melibatkan proses berfikir sebelum tindakan dilakukan. Oleh itu, tabiat buruk hanya boleh diubah dengan memberi kesedaran kepada pemilik tabiat tersebut. Si pemilik pula perlu berusaha untuk mengeluarkan tabiat itu daripada senarai respons automotiknya. 6.Walau bagaimanapun, pembentukan amalan yang baik akan menghasilkan tabiat baik. Misalnya pelajar yang dididik dari awal lagi untuk mengamalkan langkah-langkah yang selamat semasa di bengkel akhirnya akan menjadikan amalan-amalan ini sebagai tabiat. Amalan tabiat yang baik akan memastikan tingkah laku yang selamat. c) Nilai Niai adalah prinsip dalam kehidupan seseorang. Biasanya, prinsip ini telah lama dibentuk dan dapat bertahan sehingga sebahagian daripada kehidupan individu. Nilai melibatkan kepercayaan dan pegangan seseorang individu atau kumpulan apabila mengalami situasi yang berbeza. Seperti sikap dan tabiat; nilai juga mengawal tingkah laku manusia. Malah dalam keadaan tertentu, struktur nilai boleh mengatasi sikap mahupun tabiat supaya nilai yang wujud dapat dikekalkan. Maka apabila seseorang individu meletakkan nilai yang tinggi pada tingkah laku yang selamat, individu tersebut akan berusaha untuk memastikan tingkah lakunya dalam apa jua situasi tidak akan membawa kepada kemudaratan. 7.Hubung Kait Keselamatan dan Teori Keperluan Maslow Teori Keperluan Maslow Manusia tidak akan puas dengan apa yang diperolehi dan dimiliki. Walupun keinginannya telah dipenuhi, namun sikap tidak puas hati akan mendorong manusia mendapatkan kepuasan seterusnya. Menurut Maslow, keperluan yang berhierarki akan memotivasikan seseorang individu untuk bertindak seperti berikut: 1. Keperluan fisiologi Keperluan pertama bagi manusia adalah unutk memenuhi kehendak biologikal seperti makanan, air, udara dan tidur yang cukup. Misalnya seseorang individu yang sedang lapar akan berusaha unutk memenuhi keperluan kepada makan. 2. Keperluan keselamatan Keperluan untuk hidup selesa dalam persekitaran stabil dan selamat seperti tempat tinggal dan pakaian. Misalnya, seseorang individu akan memotivasikan untuk mencari perlindungan dan mempunyai sumber pendapatan tetap 8.3. Keperluan kepunyaan dan kasih sayang Keperluan untuk terlibat dengan individu lain dalam kumpulan sebagai ahli dan juga rakan, dikasihi dan diterima seperti dikasihi ibu bapa, suami isteri dan rakan. Misalnya menjadi ahli kumpulan keagamaan, sosial dan persatuan. 4. Keperluan kebanggaan Keperluan untuk merasa dirinya dihormati, dihargai, mendapat darjat dan status dalam kumpulan/masyarakat. Misalnya menerima pujian, mendapat gelaran, disebut dalam ucapan dan menerima hadiah. 5. Keperluan kecapaian kendiri Keperluan untuk mencapai sesuatu yang terbaik mengikut kebolehan sendiri, dan untuk diri sendiri. Misalnya memanjat gunung tertinggi dan menjadi hartawan. Teori dan Model Penyebab Kemalangan Herbert W. Henrich (1930) telah mengemukaan satu teori yang dikenali sebagai Teori Penyebab Domino. Teori ini berasaskan kepada kegagalan pekerja sebagai nadi kepada sesuatu masalah atau punca utama kemalangan. Model ini menunjukkan bagaimana satu faktor terdahulu memberi kesan kepada faktor berikutnya dan seterusnya. Oleh itu, kawalan hanya ditumpukan kepada kegagalan pekerja untuk mencegah kemalangan. Teori ini merangkumi lima faktor utama berturutan seperti berikut : 9.Faktor I : persekitaran sosial dan keturunan Terdapat sifat-sifat yang tidak baik yang dimiliki oleh individu sama ada dari keturunan ataupun terbentuk akibat interaksi dengan persekitaran. Sifat-sifat seperti kecuaian, degil, tamak akan menjadi punca kepada berlakunya kesilapan. Faktor II : kesilapan manusia Manusia boleh mewarisi atau membentuk sifat seperti panas baran, cuai, perasaan gementar, sikap sambil lewa, kejahilan mengenai keselamatan yang akan menjadi punca kepada berlakunya tindakan yang tidak selamat. Faktor III : tindakan tidak selamat/bahaya mekanikal atau fizikal Tindakan-tindakan tidak selamat seperti guna kasar, membuka penghadang keselamatan, memulakan kerja tanpa berpakaian sesuai akan membawa kepada perlaksanaan kerja yang tidak selamat keadaan mekanikal atau fizikal yang tidak selamat seperti ketiadaan penghadang laluan kurang pencahayan, gear-gear mesin yang tidak dihadang, akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Factor IV: kemalangan Kemalangan ialah kejadian atau peristiwa seperti seseorang yang terjatuh, terkena objek melayang, tertikam dengan pahat; di mana semua insiden ini menyebakan kecederaan. Faktor V: kecederaan Melecet, lebam, luka, patah adalah antara kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. 10.Model Faktor Kemanusiaan Ferell Model ini juga dikenali sebagai Model Kesilapan Manusia, dibentuk berasaskan Teori Penyebab Domino Heinrichm. Model ini menekankan bahawa kemalangan berlaku akibat daripada rangkaian penyebab insiden-inisden permulaan dan kesilapan manusia atau human error merupakan insiden permulaan yang utama. Tiga situasi ini menjadi punca kepada kesilapan manusia adalah: i) Beban lebih (overload) Berlaku apabila wujud ketidaksepadanan antara beban dengan keupayaan seseorang individu ketika tindakan dilakukan. Beban di sini merangkumi tugas, persekitaran, emosi dan situasi semasa. ii) Ketidaksuaian (noncompatibility) Tindak balas atau respon tidak betul atau sesuai kepada sesuatu situasi. Misalnya, saiz stesen kerja yang terlalu besar mengunakan daya berlebihan daripada yang diperlukan. iii) AktivitI salah (improper activity) Melakukan aktiviti salah kerana tidak tahu, ataupun sengaja mengamibl risiko. Biasanya, individu yang sengaja melakukan seseatu tindakan atau aktiviti memiliki persepsi yang amat rendah mengenai kemalangan. 11.Model Penyebab Kemalangan-Insiden Petersen Petersen telah membentuk satu model yang disesuaikan dengan Model Faktor Kemanusiaan Ferell. Model Petersen telah menggabung kesilapan manusia dan juga kegagalan sistem sebagai penyebab kemalangan. Tiga kategori utama dalam model Petersen yang menyebabkan kesilapan manusia ialah i. Beban lebih ii. Jerat ergonomik Ergonomik adalah kajian mengenai pengantaramuka mesin dengan manusia supaya situasi kerja dapat dioptimakan. Ergonomik melibatkan faktor biomekanikal seperti tekanan pada otot-otot, sendi dan juga saraf, faktor-faktor sensori seperti keletihan mata, kebisingan dan kepanasan, dan juga faktor persekitaran luaran seperti gegaran dan pencahayan. iii. Keputusan unutk membuat kesilapan Ini mencadangkan bahawa kerap memilih sama ada secara sedar atau tidak untuk melaksanakan tugas secara tidak selamat. Sistem di mana kita hidup yang dipengaruhi oleh kuasa sosial, politik dan ekonomi melibatkan tekanan untuk memenuhi sasaran pengeluaran dan pengaruh rakan sebaya. Model Sistem Firenze 12.Konsep yang digunakan dalm model ini berasaskan pada pembahagian sistem menjadi tiga komponen yang saling berinteraksi iaitu manusia, mesin dan persekitaran. Model sistem yang paling terkenal adalah model yang dibentuk oleh R.J. Firenze (1978). Model in memaparkan kaitan jelas antara manusia, mesin dan persekitaran dengan proses menggunakan maklumat untuk membuat keputusan di samping mengambil kira risiko yang wujud. Tugas akan berjaya dilakukan jika tiada kewujudan stress yang boleh menggangu keseluruhan proses. Bagi membantu kita untuk membuat keputusan yang terbaik di samping dapat menghitung risiko yang wujud, Firenze telah menyenaraikan lima kriteria yang boleh dijadikan panduan iaitu (i) Keperluan tugas (ii) Kebolehan dan batasan untuk menerima tugas (iii) Apakah keuntungan yang diperolehi jika kita cuba lakukan tugas dan berjaya (iv) Apakah akibatnya jika kita cuba lakukan tugas tetapi gagal (v) Adakah kita akan rugi jika tidak mencuba langsung. 13.Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mempunyai dasar untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan bersama- sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama: menyediakan dan menyelenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat; memastikan bahawa semua kakitangan telah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan mengenai cara menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; 14. menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-Iangkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi; mematuhi kehendak perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan dan peraturan-peraturannya dan taat-amalan yang diluluskan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan mengkaji semula dasar ini apabila perlu. Kepentingan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di antara kepentingan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kepada Pendidikan Kejuruteraan adalah seperti berikut: (a) Mengelakkan pembaziran masa dan tenaga serta menjimatkan wang Memandangkan untuk menguruskan sesebuah bengkel mengambil masa yang lama dan menggunakan banyak tenaga, maka tujuan pertamanya ialah untuk mengelakkan masa dan tenaga terbuang. Melihat dari fizikal bengkel itu sendiri, 15.didapati untuk membina sebuah bengkel menelan belanja yang banyak. Oleh itu, sekiranya bengkel telah berjaya diurus maka ia dapat menjimatkan wang rakyat. Kelengkapan-kelengkapan bengkel umumnya adalah mahal dan sukar untuk diselia bagi mengekalkan jangka hayat kelengkapan berkenaan. Di samping itu, ia juga memerlukan: Perancangan untuk penempatan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan efektif Pengelolaan iaitu penyelenggaraan kelengkapan di samping pengelolaan rekod untuk stok dan inventori Pengurusan terutamanya penyimpanan kelengkapan, pengurusan panel alatan dan kaedah penstoran. (b) Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan Seperti mana yang telah diperjelaskan, di dalam sesebuah bengkel akan terdapat pelbagai peralatan, kelengkapan dan bahan yang bernilai tinggi. Sekiranya kemudahan berkenaan tidak diuruskan dengan baik dan sistematik kemungkinan risiko kejadian kemalangan akan menjadi lebih tinggi. Sebagai contoh, jika serpihan kerja tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan bertaburan di dalam bengkel boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Peraturan bengkel amat perlu disediakan dan sentiasa dipatuhi. Begitu juga sekiranya alatan tangan tidak diselenggara dengan baik ia boleh menyebabkan kemalangan dan menghasilkan kerja-kerja yang tidak berkualiti. (c) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bengkel yang kondusif lagi selamat. Guru teknikal alkan memnbuat pembelian bahan dan peralatan sekurang- kurangnya sekali bagi setiap tahun. Pada kebiasaannya pembelian tersebut akan 16.dilakukan pada kahir setiap tahun sebelum sesi persekolahan bermula. Sekiranya aspek ini tidak diuruskan dengan sempurna maka sudah pasti akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan kelengkapan yang dibeli jika tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan bengkel berada dalam keadaan tidak kondusif dan tidak selamat untuk pengajaran dan pembelajaran. (d) Menghasilkan produk yang lebih berkualiti Sekiranya alatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam sesebuah bengkel dikelola atau diselenggarakan mengikut jadual akan meningkatkan jangka hayat alatan dan kelengkapan berkenaan, selamat digunakan dan pasti akan dapat digunakan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti selain daripada menjimatkan masa. (e) Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan Kemalangan akan mudah berlaku sekiranya tiada suatu sistem pengurusan diwujudkan di dalam sesebuah bengkel. Sebagai contoh, minyak yang tumpah ke lantai sekiranya tidak dibersihkan segere akan mengundang berlakunya kemalangan sama ada terhadap guru atau pelajar yang menggunakan bengkel berkenaan. (f) Mengurangkan kos pengeluaran dan pembaziran Bahan pembelajaran yang dirancang dan diuruskan dengan sempurna dapat menurangkan kos pengeluara. Setiap guru perlu menyediakan bahan pembelajaran untuk kerja amali secukupnya. Penggunaan bahan yang tidak terancang akan menyebabkan berlakunya pembaziran dan seterusnya meningkatkan kos. 17.(g) Menjimatkan masa bekerja Bengkel dengan alatan, kelengkapan dan bahan yang terurus dengan baik dan sistematik akn menjadikan bengkel berkenaan lebih efektif dan efisien. Bengkel yang efektif dan efisien boleh menjamin kepada penghasilan produk yang lebih cepat dan berkualiti. (h) Boleh menjadikan kebanggaan guru kerana indah dipandang Sesebuah bengkel yang terurus dengan baik selalunya menjadi kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Bengkel seumpama ini sudah pasti kelihatan lebih ceria dan menarik kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini boleh menjadi kebanggaan kepada guru yang dipertanggungjawabkan.

RBT 3117 Pensyarah: Pn Hjh. Rasidah Bt Samat En. Zamri Bin Baba AHLI KUMPULAN1. Nisah Bt Mustapha2. Che Eshah Bt Ibrahim3. Rasidah Bt Bakar4. Fuziati Bt Misbah5. Asmara Bt Mahmud2. BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP PERATURAN DAN KESELAMATAN3. Peraturan dan Keselamatan Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.4. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-(i) Keselamatan umum(ii) Keselamatan diri dan rakan(iii) Keselamatan alatan dan bahan5. Keselamatan AmPeraturan dari segi pemakaian dan potonganrambut yang diurus dengan kemas danmenggunakan kasut bertutup perlu difahamioleh semua murid.Rambut mestilah pendek dan kemas.Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki talileher perlu dimasukkan ke dalam apron.Lengan baju yang panjang dilipat kemas.Sebelum memasuki bengkel perlu mendapatkebenaran dan berada dibawah pengawasanguru sepenuhnya.6. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.7. Keselamatan Diri dan Rakan Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. Bagi murid yang memakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika bekerja.8. Bagi murid-murid perempuan,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas. Jangan bermain atau bergurau- senda semasa berada di bengkel KH. Amalan sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.9. Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkelTudung dimasukkan ke dalam apron danrambut hendaklah diikat kemas.Tali leher ditanggalkan atau dimasukkanke dalam apron.Lengan baju panjang hendaklah dilipat.10. Keselamatan Alatan dan Bahan Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.11. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.12. Rutin Bengkel Kemahiran HidupOrganisasi Bengkel adalah perkarautama yang perlu diwujudkan diawalpermulaan sesi mengajar guru bagimemastikan bengkel dapat diuruskandengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadualsecara teratur dan lebih sistematik.13. Aspek kebersihan dan keselamatanmesti diutamakan dalam setiap aktivitipengajaran dan pembelajaran dibengkel KH. Melalui organisasibengkel murid berpeluangmempelajari aspek kerjasama dalamkumpulan serta mempraktikkanamalan kerja yang teratur sertaselamat.14. Pelupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KHBahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid sepertikayu, plastik, kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskandengan baik.Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkanberlakunya pencemaran alam sekitar. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tongsampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buanganmengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca danplastik.Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasaberkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitarsemula bahan.Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagimelupuskan sisa buangan.15. Langkah Keselamatan(Amalan 4M)1. Membersih Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat. Menitikberatkan kebersihan diri dan mental. Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi. Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu: Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi16. 2. Menyusun Atur Guna alat mengikut kegunaannya. Simpan alat di tempat yang betul. Menilai Diri dan Tempat Kerja. Pencahayaan yang cukup. Peredaran udara yang baik. Lantai kering dan tak berminyak. Mendisiplin. Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.17. 3. Menilai Diri dan Tempat Kerja Pencahayaan yang cukup. Peredaran udara yang baik. Lantai kering dan tidak berminyak.18. 4. Mendisiplin Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.19. Etika dan budaya kerja Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja. Etika kerja termasuk - menepati masa - bertanggungjawab - amanah - patuh20. Menepati masaMurid perlu menghadiri kelasdan menyiapkan kerjamengikut jadual yangditetapkan.21. BertanggungjawabMurid melaksanakan tugasan yangdisediakan untuk keselamatan dankebersihan.22. AmanahBersikap amanah dalammenjaga harta benda dibengkel.23. PatuhMurid perlu mengikutperaturan bengkel danarahan guru.24. Budaya kerja Bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesuatu organisasi. Budaya kerja dapat memupuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid.25. Sekian, terima kasih.