n poutik k!.i - ir.unimas.myuda.pdf · isu kaum penan mulai timbul pada awal tahun 1980an sehingga...
TRANSCRIPT
m OCKAD.e : SE:8AGAi WADAH PEN'(ERTA.'\N POUTIK K!.I.UM PENAN ul SAKAWA;..
EZRA UDA
UNiVERsm't.4ALAYSIASARAWAK
PENULISAN ILMIAL II
Senarai Kandungan
Tajuk Muka surat
Pengenalan 1
Latar Belakang dan Sejarah 'Blockade' Kaum Penan 2
Blockade Sebagai Penyertaan Politik 8
Saluran Penyertaan Politik 16 i. Pam Politik ii. Media Massa iii. Hubungan Individu (personal Connection)
Permintaan Politik Kaum Penan 23
Pencapaian 'blockade' 26
Penutup 33
Bibliografi 35
PE1\TULISAN ILMIAH II
Pengenalan
Kaum Penan adalah salah satu daripada etnik minoriti yang terdapat di Sarawak.
Isu kaum Penan mulai timbul pada awal tahun 1980an sehingga kini berhubung dengan
kegiatan 'blockade' dan 'pembalakan' (Oyoi, B, et aI., 2001: 145). Isu ini telah
menimbulkan satu bentuk hubungan yang tidak baik di antara kaum Penan-pemerintah
Sarawak-Syarikat balak. Banyak kajian dan penulisan yang berteraskan isu ini telah
dihasilkan narnun gagal untuk memperbaiki keadaan yang dihadapi oleh kaum Penan.
Kaum Penan merupakan kaum nomadik yang berpindah randah serta memburu dan
mengutip hasil hutan untuk menyara kehidupan mereka. Narnun begitu pada hari ini
kehidupan mereka mulai terancarn; apabila aktiviti pembalakan mula memasuki kawasan
temp at tinggal kaum ini. Syarikat balak pula; terpaksa berhadapan masalah kerana aktiviti
mereka dihalang oleh kaum Penan yang percaya bahawa kawasan hutan yang diterokai
adalah milik mereka [Penan] atas alasan bahawa nenek moyang mereka "mewariskan"
kawasan itu kepada mereka. Bagi pihak syarikat balak pula; mereka berhak untuk
menerokai kawasan hutan yang sarna atas alasan bahawa mereka diberi "mandat" yang
sah oleh pemerintah untuk beketja di situ. Dalarn hal ini pemerintah juga memainkan
peranan kerana kaum Penan dan pengusaha syarikat balak juga adalah di bawah autoriti
mereka. Oleh yang demikian pemerintah perlu membuat keputusan yang tepat agar
berlaku adil kepada kedua-dua pihak [Penan dan syarikat balak].
Selain daripada aktor di atas, masalah 'blockade' semakin teruk setelah dikaitkan
dengan pelbagai individu dan badan bukan kerajaan [NGO] yang bersifat "subversive"
(Bevis, W.W., 1995: 159). Oleh kerana masalah ini semakin kompleks dan kabur bagi
masyarakat umum di Malaysia; maka kajian ini bertujuan untuk menganalisa aktiviti
kaum Penan ini [blockade] dari sudut pandangan ilmuan politik di negara demokrasi.
Kajian ini in gin melihat bahawa 'blockade' adalah satu landasan yang digunakan oleh
kaum Penan untuk terlibat di dalarn system politik di Malaysia. kajian ini akan melihat,
latar belakang penyertaan politik kaum Penan; sebab-sebab mengapa kaum Penan
memilih bentuk penyertaan politik tersebut, serta melihat sejauh manakah kejayaan dan
kegagalan penyertaan mereka. Jika mereka betjaya atau gagal; apakah faktor-faktor yang
terlibat dan juga, bagaimanakah masa depan politik mereka.
----~----.
PENULISAN ILMlAH II
Latarbelakang dan Sejarah 'blockade' kaum Penan
Masyarakat umum di Malaysia khususnya di Sarawak masih keliru terhadap
identiti "Penan" dan etnik lain di Sarawak khususnya "Punan". Kenyataan ini dibuat
memandangkan pengkaji sering disoal sama ada kaum "Penan" adalah merujuk kepada
kaum "Punan"? Ini menunjukkan bahawa masyarakat awam masih tidak jelas lagi
mengenai perbezaan ini. Walau bagaimanapun, peristiwa yang berlaku pada tahun 1987
(World Rainforest Movement & Sahabat Alam Malaysia, 1989: 4), iaitu penglibatan
kaum Penan dalam siri 'blockade' atau menghalang jalan syarikat balak di Sarawak
memperkenalkan merekakepada masyarakat umum di Malaysia, bahkan kepada
masyarakat antarabangsa. Ini teIjadi kerana peranan pihak media yang pantas
menghidangkan masyarakat dengan peristiwa ini sehingga menarik perhatian di peringkat
tempatan mahupun di peringkat antarabangsa (Wong, 2002a:l).
Sebilangan besar masyarakat Malaysia kini sudah mengenali siapa 'suku Penan'
itu. Namun begitu, tidak banyak orang yang mengenali etnik ini dari aspek pergumulan
atau permasalahan yang membawa tindakan agresif mereka sehingga terlibat dengan
kegiatan 'blockade' sejak tahun 1987 sehingga kini. Sejak tahun 1987 masyarakat umum
di Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai artikel atau penulisan baik melalui media
elektronik atau media cetak yang lebih banyak mengelirukan daripada menjelaskan
keadaan sebenar yang dihadapi oleh etnik ini. Masyarakat Malaysia tidak kira daripada
lapisan pemimpin tertinggi mahupun dari kalangan lapisan masyarakat awam mungkin
telah lama mengecap tindakan 'blockade 1 yang dilancarkan oleh masyarakat Penan
sebagai suatu bentuk penentangan terhadap 'pembangunan' yang secara langsung sebagai
menentang pemerintah. Namun demikian kajian ini akan melihat kegiatan 'blockade'
sebagai satu bentuk penyertaan kaum Penan dalam arus politik Malaysia khususnya di
Sarawak dan bukannya suatu penentangan terhadap pemerintah. Tetapi ingin diingatkan
bahawa hujah di atas bukan bermaksud untuk mendakwa bahawa tindakan 'blockade'
oleh kaum Penan adalah akibat daripada pengabaian masyarakat umum di Malaysia
terhadap hal-ehwal mereka. Tindakan 'blockade' itu adalah akibat daripada tekanan di
dalam kehidupan mereka sahaja. Apa yang perlu jelas bagi masyarakat umum Malaysia
adalah punca dan tujuan 'blockade' tersebut dibuat.
2
PENULISAN ILMIAH II
-Penyertaan politik bertujuan untuk mempengaruhi keputusan pihak berkuasa yang
tidak memihak atau yang memberi kesan negatif kepada golongan tertentu. Dalam
konteks ini tindakan 'blockade' oleh kaum Penan boleh ditegorikan sebagai tindakan
'menunjuk perasaan' tidak puas hati kepada pihak pemerintah khususnya di Sarawak
berhubung isu pembalakan. Jika dilihat dari segi sejarah perhubungan kaum ini dengan
pemerintah di Sarawak, dan sejarah kewujudan pemerintah yang pemah memerintah
bumi Sarawak, baik zaman kesultanan Brunei mahu pun pada zaman pentadbiran Brooke,
Jepun dan juga zaman koloni British belum pemah tercatat di dalam mana-mana buku
para penulis yang memaklurnkan atau yang mengesahkan bahawa kaum ini pemah
melakukan kegiatan 'blockade' atas sebab tidak berpuas hati dengan pemerintah. Malah
jika ditanya kepada orang tua-tua Penan pun mereka tidak pemah melakukan kegiatan
'blockade' sebelum ini, dan blockade bukanlah amalan dan budaya yang diperturunkan
oleh nenek moyang mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh Brosius (1997:489):
"The point of this pervasive Eastern Penan contrast is the fact that they believe that the colonial government respected them and the integrity of the land they occupied, while the current government does not. The colonial government not only left them alone but made sure that others did as well. They not only did not transgress Eastern Penan boundaries but maintained those boundaries so that others would not violate them. The current government by contrast, is not only transgressing that boundary but does so on a massive scale. As one nomadic Penan said, they never had to raise blockades against Orang Putih, only against Malaysia. "
(Brosius, 1997:489):
Keadaan ini berlaku kerana tidak terdapat gangguan dari pihak luar dalam
kehidupan mereka pada zaman tersebut. Malahan mereka hidup dengan hannoni di
manapun mereka tinggal dan mengamalkan adat res am mereka; seperti yang dinyatakan
dalam petikan di berikut:
"For centuries, indigenous people guided by their adat or customs have been living in this blessed soil for centuries without mak-ing any significant alteration
3
PENULISAN ILMIAH II
..
or causing serious damages to the natural environment. Like other indigenous peoples, they are sustained and nurtured by the nature. Their unique culture is inalienable from the forest and land where they attached and belong. "
(Wong,2002b:1)
Namun begitu pemerintah negeri Sarawak di bawah persekutuan Malaysia telah
memecahkan tradisi itu apabila masyarakat ini bertindak mendirikan 'blockade' bagi
menghalang kegiatan pembalakkan di kawasan mereka pada akhir tahun 1980an dan pada
awal 1990an dan sehingga kini: The resistance of indigenous people of Sarawak in
protection oftheir forest home culminated at the late 80s and early 90s when blockades
halted over a dozen sites of logging activities (Wong, 2002a: 1). Peristiwa ini agak ganjil,
kerana pembangunan juga telah dilakukan oleh beberapa pemerintah yang terdahulu
namun tiada berlaku penentangan daripada masyarakat ini [PenanJ, walaupun pemerintah
terdahulu itu adalah orang asmg yang digelar penjajah
(Wong, 2002b: 1).
Keadaan ini bertambah janggal kerana para penjajah memerintah dalam tempoh
berpuluh tahun namun mereka tidak mengalami pengalaman ditentang oleh masyarakat
Penan. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku pada era pasca merdeka; dalam umur
pemerintahan Malaysia yang masih muda jika dibandingkan dengan tempoh
pemerintahan penjajah; mereka telah mengalami nasib malang ini, iaitu terpaksa
menangani masalah 'blockade' daripada kaum Penan. Kalau dilihat dari aspek logiknya,
penjajahlah yang sepatutnya menerima tentangan sebegini rupa; memandangkan pada era
mereka kaum ini [PenanJ secara total di mana-mana pun masih belum menetap dan
mengamalkan adat resam lama mereka sepenuhnya.
Kesukaran sebegini sepatutnya telah lama dialami oleh penjajah jika mereka
melakukan kesilapan di dalam pentadbiran mereka. Kesukaran ini adalah seperti yang
digambarkan oleh Metcalf (1974:36): Since ofcourse even nomadic Pen an build houses
and live in them for month at a time, it is not easy to sort Penan into settled and unsettled
with confidence. Situasi ini menimbulkan persoalan "apakah cara" yang digunakan oleh
4
PENULlSAN ILMIAH II
penjajah sebelum ini sehingga berjaya membuka minda masyarakat Penan untuk tinggal
menetap tanpa menghadapi tentangan seperti yang dialami oleh pemerintah Malaysia.
Galang, R., pegawai di Pejabat Daerah Baram pada November 1959 mencatat sebahagian
daripada peristiwa penting pada awal petempatan tetap kaum Penan seperti berikut:
"In the Ulu Balong River at Long Lamai a group ofPenan has settled and many others came to move with them. 22 doors and families have settled and built a temporary shed. They are planting padi for the first time this year. "
(Murang, 1990: 83)
Peristiwa di atas adalah sesuatu keadaan yang agak ironi. Bagaimana mungkin
kaum nomadik Penan ini begitu mudah meninggalkan cara hidup lama yang berpindah
randah, untuk mendirikan kampung dan bercucuk tanam tanpa konflik besar seperti
'blockade' yang berlaku pada hari ini. Lebih daripada itu, mereka juga menerima dengan
baik kepercayaan penjajah tanpa banyak tentangan. Ini sukar kita percaya, kerana mana
mungkin sesebuah bangsa sanggup menukar kepercayaannya tanpa menimbulkan
ketegangan. Perkara ini dinyatakan oleh Metcalf, (1974:36): Many have become
Christian, following the locally dominant church .... There is one BEM mission station
that caters mostly for Penan, at Long Lamal in the upper Baram. Ingin dijelaskan di sini
bahawa agama atau kepercayaan mereka adalah perkara paling asas yang tidak boleh
diubah sesuka hati. Tetapi perkara itupun turut ditinggalkan pada era penjajah dahulu;
maka adalah tidak mustahil bagi kaum ini menerima segala bentuk pembaharuan, apa
yang penting adalah cara ia disampaikan dan kesannya [positif ataupun sebaliknya].
Penjajah telahpun merintis jalan kepada pemerintah yang mengambil alih pucuk
pentadbiran Sarawak dalam usaha memodemisasikan cara hidup nomadik Penan. Fasa
sukar dalam usaha mengubah kaum Penan telah berjaya di dilalui oleh pihak penjajah,
dan pemerintah yang ada sekarang sepatutnya sekadar meneruskan dan mengukuhkan
5
PENULISAN ILMIAH II
petanda positif ini. Narnun apa yang nyata, malah dunia seluruhnya saksikan adalah
sesuatu yang sebaliknya, kerana wujud ketegangan di antara kaum Penan dengan pihak
pemerintah, berhubung isu pendekatan "pembangunan" yang berbeza. Perkara ini boleh
dianggap sebagai sarnpingan jika dibandingkan dengan kepercayaan mereka. Sebenamya
perkara ini boleh diselesaikan dengan arnan tanpa konfrontasi.
Jika diimbau kembali beberapa tahun yang lalu, peristiwa blockade adalah
serentak dengan kehadiran syarikat balak yang mulai beroperasi di kawasan pedalaman
Sarawak, iaitu di kawasan hulu sungai di mana kaum Penan tinggal:
"In early 1980s, timber companies in the Malaysian state Sarawak, on the island of Borneo, began moving into interior up land areas inhabited by a group of hunter-gatherers known as the Penan. In 1987 the Penan began to actively resist these incursions by establishing a series ofblockades. "
(Brosius, 1994: 1)
Kejadian pertarna blockade oleh kaum Penan adalah pada Mac 1987: In March of
that yeaR., Penan hunter-gatherers in the Baram and Limbang Districts of Sarawak
suddenly erected more than dozen blockades against logging companies (Brosius,
1997:468). Peristiwa ini cukup penting, kerana ia memberi intepretasi yang luas dalarn
perhubungan kaum Penan dengan pihak pemerintah dan juga dengan pihak syarikat
balak. Satu lagi perkara yang menarik untuk diperhatikan pada kebangkitan pertarna
masyarakat Penan men en tang pembalakan adalah penyertaan daripada beberapa etnik
lain seperti Kelabit dan Kayan yang mana mengalarni nasib yang sarna dengan Kaum
Penan (Bevis, W.W. 1995:141). Bertitik tolak daripada sini juga beberapa blockade
didirikan di beberapa tempat dalarn masa-masa seterusnya sehinggalah ke hari ini.
Secara kasamya peristiwa 'blockade' yang berlarutan sejak Mac 1987 boleh disusun
seperti urutan berikut
6
PENULISAN ILMIAH II
Tarikh Kawasan 'blockade'
Mac 1987 May 1988
September-November 1988 10 December 1988
Mac 1993 June 1996-1997
1998
I Baram dan Limbang Long NapiR., Limbang
Baram dan Limbang Long Latei' , Apoh Baram
Mubui, Baram Long Sayan, Baram
Baram 27 Mac 2002 Baram
11 Ogos 2000 2001
Long Kevok, Lunyim, Nen, Baram Long Be10k
Sumber: World Rainforest Movement & Sahabat Alam Malaysia, 1989:6-7,
WRM Bulletin, 57, April 2002 dan http://www.earthis/and.oro.
Dalam tempoh dj atas dan serentak dengan kejadian tersebut juga banyak
peristiwa penting berlaku yang berhubungkait dengan masalah masyarakat pribumi ini.
Peristiwa tersebut secara kasarnya ditunjukkan di bawah (World Rainforest Movement &
Sahabat Alam Malaysia, 1989:6-7):
1. Pada June 1987 12 wakil pribumi Sarawak pergi ke Kuala Lumpur
untuk menemui beberapa pembesar di peringkat pusat termasuk
Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk
membincang masalah mereka.
2. 15 Julai 1987 100 orang native menghadiri workshop yang dike101akan
oleh Sahabat Alam Malaysia di Marudi berhubung masalah mereka
dengan pembalakan.
3. Ogos 1987, 7 orang masyarakat Penan ditangkap kerana membakar
jambatan syarikat balak.
4. 15 September 1987, workshop dikelolakan di Marudi, dan tertubuhnya
Sarawak Penan Association.
5. Oktober 1987 polis menangkap beberapa orang masyarakat Kayan
dari Uma Bawang dan juga Harrison Ngau di bawah ISA (Akta
Keselamatan Dalam Negeri).
7
PENULISAN ILMIAH II
6. 25 November 1987, amendment telah dibuat ke atas Forest Ordinance,
dan ini membenarkan penangkapan kepada sesiapa yang mendirikan
'blockade' (Hukumannya ialah penjara dua tahun dan denda
RM6000).
7. Section 90(B) Forest Ordinance 1953 (Amendment 1993), yang tumt
memberi kesan kepada pihak yang membuat 'blockade' jalan balak. 1
8. 1996 enam (6) orang Penan dari Long Sayan ditangkap Polis kerana
'blockade' .
Berdasarkan rekod-rekod di atas, kelihatan suatu perkembangan barn di dalam
perhubungan masyarakat pribumi, khususnya kaum Penan di Sarawak dengan
pemerintah. Terdapat perubahan drastik dalam hubungan dua hala masyarakat Penan
pemerintah, pada era selepas 1963, jika dibandingkan dengan masa-masa sebelum itu. Ini
boleh dilihat sebagai suatu unsur barn yang menyerap masuk dalam hubungan ekonomi
dan politik masyarakat Penan dengan pihak pemerintah. Oleh yang demikian
perkembangan ini amat menarik dilihat dari segi penyertaan masyarakat ini dalam system
politik Malaysia khususnya Sarawak.
"Blockade" Sebagai Penyertaan Politik
Bolehkah 'blockade' dikategorikan sebagai penyertaan politik? Soalan ini adalah
inti utama yang ingin dijawab di dalam kajian ini. Jika terdapat persetujuan untuk
mengatakan bahawa 'blockade' sebagai satu bentuk penyertaan politik apakah
justifikasinya? Soalan ini tidak akan teIjawab jika pengertian dan pemahaman terhadap
apa yang dikatakan sebagai penyertaan politik adalah cetek. Oleh itu amat mustahak
untuk mengetahui dengan lebih detaillagi pengertian penyertaan politik. lni amat penting
dalam us aha untuk mendapat kepastian sama ada 'blockade' itu boleh dikategorikan
sebagai penyertaan politik ataupun sebaliknya.
Oxford Concise Dictionary Of Politics (1996:362) mendefinisikan dengan lebih
tepat "penyertaan politik" sebagai "taking part in Politics" (atau mengambil bahagian
dalam politik). Selain itu kenyataan Kourvetaris, (1997) juga boleh membantu untuk
I lihat Wong. M.e, 2002a dan juga Oyoi, B, et aI., (2001:149)
8
........................................................'
PENULISAN ILMIAH II
memahami maksud penyertaan politik (lihat juga Syed Ahmad Hussein, 1996; J.H Rapar;
terj. Zainal Abidin BakaR., 1993; Pickles, D. terj. Hussain Mohamed, 1988 dan
Huntington dan Nelson terj. Hassan Ahmad 1986) :
" .. . pada umumnya penglibatan rakyat dalam polilik boleh dikategorikan kepada
dua, iaitu penglibatan konvensional seperti mengundi dan berkempen dalam
pilihan raya. Semen tara yang kedua ialah penglibatan tidak konvensional seperti
melibatkan diri dalam proses protes, demonstrasi, keganasan poUtik dan
revolusi. "
(Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, et. al., 2002: 28)
Penyertaan politik mempunyai pelbagai aspek; dan beberapa pengkaji politik,
misalnya Parry (1972) menekankan tiga aspek utama dalam penyertaan politik iaitu:
(J)The mode ofparticipation, (2)its intensity dan, (3)its quality (Rush, 1992:111). Dalam
aspek pertama iaitu 'mode' atau "bentuk" penyertaan, beliau mengkategorikannya kepada
bentuk formal dan informal yang mana berdasarkan kepada peluang, tahap pada minat
penyertaan, sumber yang ada dan tingkah laku masyarakat terhadap kesedaran menyertai
politik (Rush, 1992: 111).
Berdasarkan ini adalah perlu untuk melihat, penyertaan masyarakat Penan di
Sarawak dari segi 'mode' penyertaan mereka. Di sini 'blockade' memang jelas sebagai
satu bentuk penyertaan politik kaum Penan, kerana penyertaan politik itu merangkumi
semua tindak-tanduk manusia; seperti yang dinyatakan oleh Milbrath (1965) iaitu
daripada "non-involvement" sehinggalah "holding public office." Maka aktiviti
'blockade' itu secara langsung terangkum di bawah definisi ini (Rush, 1992: 111). Di
dalam hirarki penyertaan politik oleh Rush, 'blockade' boleh diletakkan di bawah baris
atau kelas; participation in public meetings, demonstration, etc. seperti yang terdapat
dalam rajah di berikut:
9
t
1 I
PENULISAN ILMIAH II
•
! • Holdinf;( political or administrative office
• Seeking political or administrative office
• Active membership ofa political organization
• Active membership ofa quasi-political organization 2• Participation in public meetings,demonstration, etc
• Passive membership ofa political organization
• Passive membership ofquasi-political organization
• Participation in informal political discussion
• Some interest in politics i Voting
Non-ivolvement in politics i •
Sumber:A hierarchy ofpolitical participation (Rush, 1992:113).
Perbincangan mengenai bentuk penyertaan politik sesuatu masyarakat
memerlukan pertimbangan seperti yang telah disebutkan awal tadi, iaitu peluang,
sumber dan situasi yang dihadapi masyarakat itu. Oleh yang demikian bolehlah
dinilai rasionalnya kaum Penan menggunakan 'blockade' dan bukannya cara lain;
seperti yang digunakan oleh masyarakat lain. Cara penyertaan biasa yang mungkin
lebih mudah adalah melalui membuang undi semasa pilihan raya, iaitu melibatkan
parti politik. Di dalam ilmu politik parti dan pressure group (interest group atau
interests articulation atau kumpulan pendesak) dikenali sebagai agen kepada
mobilisasi politik (Rush, 1992: 113). Mengklasisifikasikan tindakan kaum Penan
sebagai tindakan sebuah parti politik adalah kurang tepat; namun begitu adalah lebih
sesuai penglibatan tersebut jika diletakkan sebagai pressure group. Ini kerana parti
politik mempromosi, mempertahan atau mewakili kegiatan yang lebih luas, manakala
pressure group pula lebih terhad dan spesifik. Jika dinilai dari segi objektif
'blockade' oleh kaum Penan ia lebih condong kepada pressure group dan bukannya
2 Penyertaan politik kaum Penan terletak pada kumpulan public meetings, demonstration.
10
· PENULISAN ILMlAH II
parti politik. Rush, (1992: 113) menjelaskan objektif suatu pressure group sebagai
berikut:
" ... as introduction, repeal or modification of certain laws or regulations. the protection of interests of particular group in society, or the promotion of particular ideologies, beliefs, principle or idea ... "
(Rush, 1992: 113)
Objektif di atas amat selari dengan objektif 'blockade' yang dibuat oleh kaum
Penan iaitu sekadar untuk meminta pemerintah menimbang kembali dasar dan
undang-undang yang memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. Obj ektif
'blockade' oleh kaum Penan itu jelas sekali seperti yang dinyatakan oleh pemimpin
mereka di bawah:
" ... The Penan leaders said that they were not looking for pity from anyone, and they did not want material or monetary compensation. Only land, not money could guarantee their survival ... they wanted the government to understand that they would change at their own pace, "making our own choices and choosing development based on our own needs" ... we want the government to respect our decision and stop the logging operations which are commited only to the destruction oflife ... .,
(World Rainforest Movement & Sahabat Alam, 1989: 11-12)
Jadi di sini amat jelas sekali bahawa permintaan mereka itu amat terhad iaitu
sekadar mengubah polisi pemerintah yang mengancam kehidupan mereka sahaja. Tetapi
bukannya mengubah keseluruhan polisi atau pedembagaan pemerintah Malaysia,
khususnya Sarawak. Kaum Penan membuat 'blockade' kerana mereka percaya bahawa
pembangunan dan polisi pembangunan itu harus menurut aCUan budaya mereka untuk
membolehkan mereka menikmati pembangunan yang sesuai bagi kehidupan mereka.
11
1
PENULISAN ILMIAH II
-
Dalam istilah ilmu politik, aktiviti ini juga boleh dijelaskan sebagai kegiatan "interest
group" yang hanya berminat untuk mengubah dasar sahaja; tetapi tidak bertujuan untuk
menguasai pucuk pemerintahan seperti yang mahu dilakukan oleh parti politik (Hague, et
al.,1992:214).
Walaupun kajian ini meletakkan aktiviti 'blockade' sebagai satu bentuk
penyertaan politik yang bercirikan "interest group atau pressure group"; tetapi harns
diingat bahawa kumpulan pendesak juga mempunyai bentuk yang agak kompleks; seperti
yang diklasifikasikan Hague, (1992:210). Oleh itu kalau dilihat dari segi klasifikasi
tersebut, penglibatan kaum Penan itu lebih bersifat communal yang berlandaskan
customary (lihat rajah berikutnya):
COMMUNALC ~ CUSTOMARY
T:ribe, caste, ethnic groups
INSTITUTIONAL Military, bureaucracy, church
PROTECTNE Trade unions, employers and professional
organisations
PROMOTIONAL Ecology groups, anti-pornography groups
~CIATIONAL
A Classification ofInterest groups.
(Sumber: Hague, et al.,(1992): Comparative Government and Politics: An
Introduction, p.210.)
12 i
l
PENULlSAN ILMIAH II
•
Di negara Barat, banyak kumpulan yang bertindak seumpama yang dilakukan
oleh kaum Penan; misalnya geographic groups dan social movement yang bertujuan
melindungi kepentingan orang di temp at-temp at yang berbeza (Hague, et aI., 1992:214).
Mungkin yang membezakan 'blockade' kaum Penan dengan kumpulan yang serupa di
Barat adalah kerana tindakan kaum Penan tidak teratur seperti di Barat. Namun begitu
tindakan membantah secara terus dan kadang-kala bersifat ganas atau di luar undang
undang awam yang berpunca daripada kegagaIan untuk mencapai permintaan politik
setelah menggunakan kaedah biasa adalah persamaannya (Hague, et aI., 1992:220).
Konsep penyertaan yang digunakan oleh kaum Penan memang menjadi method yang
telah digunakan di negara Barat seperti yang dinyatakankan di bawah:
" ...European farmers, especially in France and Belgium, resort to roadblocks and violent demonstrations as a means ofputting pressure upon the authorities. In much of the Third World mass violence may be a widespread method of demand articulation ... "
(Hague, et aL, 1992:220)
Walau bagaianapun tidak terdapat fakta di sini untuk membuktikan tindakan
kaum Penan yang mendirikan 'blockade' di jalan syarikat-syarikat balak di sekitar
Sarawak sebagai terikut-ikut dengan apa yang teIjadi di Barat. SebaIiknya kejadian itu
berlaku spontan dan kebetulan menyerupai pol a yang teIjadi di Barat. Tidaklah sukar
untuk mendapat jawapan bagi persoalan mengapa kaum Penan membuat 'blockade'
seperti dengan yang berlaku di Barat; faktanya adalah bahawa kaum Penan dan orang
Perancis atau orang Belgium yang disebut di atas adaIah manusia biasa (human-being)
dan menghadapi limitasi yang serupa. Kaum Penan telah pun berusaha untuk mendapat
simpati pemerintah Sarawak sebelum meneruskan dengan 'blockade.' Sebagai contohnya
adaIah usaha mereka untuk mendapat perhatian di peringkat pusat dan negeri:
13
I
PEl\.TULlSAN ILMIAH II
I, ••• the call was made in a memorandum to the Yang-Dipertuan Agong of
Malaysia and Prime MinisteR., Dr. Mahathir Mohamad ... copies were sent to the
Sarawak Head of State, Datuk Haji Ahmad Zaidi Admce bin Mohamad NooR.,
ChiefMinister Datuk Taib Mahmud. the Deputy Malaysian Prime Minister Encik
Ghafar Baba, the Federal Minister of Science, Technology and Environment,
Datuk Amar Stephen Yong, Federal Minister of Education Anwar Ibrahim and
Minister ofPrimary Industry, Datuk Dr. Lim Kheng Yaik ... "
(The Borneo Bulletin, 13 June 1987).
Berdasarkan petikan di atas dapat dilihat bahawa kaum Penan juga pernah
mencuba cara selain 'blockade' untuk berhubung dengan pemerintah mereka. Di dalam
ilmu politik tindakan seperti di atas boleh dikata tindakan kumpulan yang disebut sebagai
interest articulation; seperti yang didefinisikan oleh Almond, et aI., (1993:87) sebagai:
, .... individual making plea or request to a city council membeR., legislatoR., tax or
zoning officer, or, in a more traditional system, village head or tribal chief .. "
Tindakan 'blockade' oleh kaum Penan sebagai satu bentuk penyertaan politik dikukuhkan
lagi dengan wujudnya satu istilah dalam pengkajian ilmu politik yang memberi ruang
kepada 'blockade' atau tunjuk perasaan sebagai penyertaan politik iaitu 'interest
articulation '. Almond, (1993:87-95) menekankan beberapa unsur penyertaan politik yang
terkandung dalam 'interest articulation' misalnya 'anomic groups, nonassociational
groups dan legitimate access channels (mass media, parties and legislatures). Kalau
dinilai daripada karakteristik 'interest articulation '; kegiatan kaum Penan yang
membuat 'blockade' lebih tepat jika dikategorikan sebagai 'anomie interest group '. Oleh
itu 'blockade' boleh dikategorikan sebagai satu bentuk penyertaan politik berdasarkan
definisi 'anomie interest group' yang diberi dalam Almond, et. aI., (1993:87) iaitu;
" ...spontaneous groups that form suddenly when many individuals respond Similarly to
Imstration, disappointment, or other strong emotion ... " Menurut penjelasan di atas
'anomie interest groups' adalah tindakan yang berlaku serta merta dan tidak dirancang
14
........................................................................~,
PENULISAN ILMlAH II
dari tempoh yang lama. Ia terjadi apabila individu itu telah menghadapi tekanan dalam
suatu tempoh tertentu; sehingga sampai kepada tahap yang tidak dapat dikawal. lni
mendorong kepada kegiatan tunjuk perasaan yang dilancarkan di jalan-jalan raya abbat
ketidakadilan yang dialami oleh masyarakat (Almond, 1993:89). Keadaan seumpama
inilah yang mendorong kaum Penan dan juga kaum Bumiputera yang lain bangun untuk
mendirikan 'blockade' di jalan-jalan syarikat balak, khususnya pada akhir tahun 1980an
(World Rainforest Movement & Sahabat Alam Malaysia, 1989:4).
Mengapakah kaum Penan memilih 'blockade' sebagai wadah penyertaan politik
mereka? Sedangkan yang sepatutnya di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia
terdapat banyak lagi saluran penyertaan politik yang lebih mudah dan mungkin juga lebih
berkesan. Mengapakah kaum Penan memilih untuk menggunakan saluran yang berbentuk
informal dan mungkin tidak sah di sisi undang-undang sebegini? Almond, G., et al.,
(1993 :96-98) telah menyenaraikan beberapa saluran politik yang dapat digunakan
khususnya di sesebuah negara demokrasi: (1) personal connections, (2) mass media, (3)
political parties, termasuklah (4) protest demonstration.
Daripada senarai yang disebut di atas, kaum Penan telah memilih cara yang ke-4
(protest demonstration). Di negara liberal demokratik seperti Amerika Sayarikat;
masyarakatnya turnt melibatkan diri dalam politik melalui 'public opinion' ataupun
'opinion polls' (Hague, R., et al., 1992: 172). Parry, G., (1972) telah menyebut beberapa
faktor yang mempengaruhi 'mode' atau bentuk penyertaan politik; antaranya adalah
opporturnity (peluang), level of interest (tahap kepentingan), resource availability
(sumber yang ada) dan prevailing attitudes toward participation in the society concerned
atau kesedaran terhadap pentingnya penyertaan untuk masyarakat, (Rush, M., 1992: 111).
Oleh itu disimpulkan bahawa limitasi atau faktor-faktor di atas menjadi pertimbangan
kaum Penan untuk memilih saluran politik mereka. Oleh hal yang demikian adalah tidak
tepat untuk menyalahkan kaum Penan atas cara yang mereka pilih. Ini adalah kerana
tidak semua saluran boleh mereka gunakan kerana kaum ini tidak berkemampuan untuk
menggunakan saluran-saluran lain yang bersifat teknikal dan berasaskan ilmu
pengetahuan yang tinggi.
15
PENULISAN ILMIAH II
•
Bagi pengkaji atau pemerhati politik; penyertaan politik seumpama yang
digunakan oleh kaum Penan adalah suatu unsur baru di dalam ilmu politik. Di negara
Barat pola penyertaan sebegini muneul pada tahun 1960an dan dikenali sebagai 'new
politics' (Hague, R., et aI., 1992: 161). Hague, menjelaskan situasi ini seperti berikut:
.. ... is a style ofparticipation which goes beyond, and sometimes even excludes, traditional participation through political parties and election campaigns. Advocate ofnew politics are willing to consider new, (or rather, very old) forms ofparticipation, demonstrations, sit-ins and sit-downs, boycotts ... "
(Hague, R.., et at, 1992:111)
Saluran Penyertaan Politik
i. Parti Politik
Untuk menjadikan perbineangan ini lebih jelas adalah perlu untuk mengkaji
beberapa saluran penyertaan politik seeara satu-persatu atau agar lebih terperinci.
Terlebih dahulu kajian ini cuba menganalisa sebab; "mengapa kaum Penan tidak
mempeIjuangkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia melalui parti politik?" Parti politik
merupakan saluran politik yang sah di sisi undang-undang, khususnya di negara
demokrasi. Parti politik pada umumnya "berperanan untuk memperjuangkan dan
menyuarakan kemahuan rakyat di dalam institusi perwakilan" dalam sesebuah negara
(Mohd. Foad Sakdan, 1997:128). Satu fakta yang tidak harus diabaikan dalam
perbincangan ini, adalah bahawa kaum ini [Penan] merupakan masyarakat minoriti di
Sarawak, tambahan pula mereka menetap di kawasan persempadanan pilihan raya yang
berlainan. Oleh hal yang demikian adalah agak sukar bagi kaum Penan menubuhkan parti
politik untuk mengetengahkan peIjuangan mereka. Walau bagaimanapun, adakah ia
sesuatu yang mungkin jika kaum ini mengetengahkan kepentingan mereka melalui parti
politik yang sedia ada? Kalau diimbau kembali latar belakang penyertaan kaum Penan
dalam kegiatan 'blockade' mereka telah pun membawa masalah mereka kepada para
16
j
PENULISAN ILMlAH II
-
menteri (tennasuk Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad) yang merupakan
antara pemimpin tertinggi parti politik [Barisan Nasional-BN] di Malaysia (lihat The
Borneo Bulletin, 13 June, 1987).
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada parti politik yang komited; atau yang
meletakkan masalah kaum Penan sebagai agenda utama di dalam peIjuangan politik
mereka. Bagi para saIjana politik, situasi sebegini bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Almond, G., et al., (I993:97); mengatakan, walaupun parti politik adalah saluran yang
sah bagi penyertaan politik, parti-parti politik lazirnnya mempunyai ideologinya sendiri
yang begitu kuat di samping mempunyai struktur yang berhirarki. Beliau menambah
bahawa parti politik lebih eenderung untuk mengawal kumpulan berkepentingan (interest
group) tetapi bukannya menyelesaikan permintaan kumpulan ini. Berdasarkan penjelasan
di atas maka dapatlah dilihat sebab, mengapa kaum Penan tidak cenderung untuk melobi
parti politik sedia ada dalam penyertaan politik mereka. Almond, juga turut menj elaskan
eiri-ciri sesebuah parti politik yang reIevan dengan persoalan "mengapa kaum Penan
tidak menggunakan parti politik untuk mengetengahkan peIjuangan politik mereka?";
seperti berikut:
".. . parties may peiform many different function and that many different structures may peiform interest aggregation. Parties frequently affect political socialization shaping the political culture as they organize thinking about political issues and strive to build support for their ideologies, specific issues positions, and candidate ... they articulate interest oftheir own ' .. "
(Almond, G., et al., 1993:128).
Keadaan yang dijelaskan oleh Almond menyebabkan parti politik sedia ada di
Sarawak tidak menj adi saluran yang sesuai bagi penyertaan kaum Penan yang
mempunyai skop peIjuangan yang ked] sahaja. Parti politik lebih benninat kepada isu
yang menjurus kepada pengukuhan ideologi mereka; dan semestinya ini saling bertolak
belakang dengan peIjuangan terpenei] kaum Penan.
17
PEl\TULISAN ILMIAH II
ii. Media Massa
Seterusnya kajian ini cuba mencungkil sebab mengapa media massa tidak
digunakan oleh kaum Penan dalam menyampaikan permintaan politik mereka. Secara
teorinya media massa di negara demokrasi adalah beroperasi dengan lebih bebas; oleh
yang demikian di sini dirumuskan bahawa instrumen ini boleh digunakan oleh kaum
Penan untuk mengetengahkan permintaan politik mereka. Namun begitu sebelum
meneruskan perbincangan ini dengan lebih lanjut, perlu difahami apakah yang
dimaksudkan dengan "media massa." Hague, R., et aI., (1992: 175) menjelaskan media
massa sebagai berikut:
" ... the mass media refer to methods of communication which can reach large numbers of people at the same time. Television and newspapers are the most important; others are posters, radio, books, magazine and cinema
(Hague, R., et aI., 1992: 175)
Tidaklah begitu sukar untuk memahami mengapa media massa bukanlah alat
pilihan kaum Penan untuk mengetengah apa yang terbuku di dalam hati mereka. Ini
adalah kerana seperti yang diketahui umum bahawa kaum ini hidup secara nomadik, dan
tinggal jauh dari kawasan yang maju. Oleh yang demikian sudah pastilah mereka tidak
berpeluang untuk mendapat pelajaran yang baik. Apabila pendidikan kurang maka
mereka tidak mampu terlibat secara aktif dengan media massa yang memerlukan
seseorang itu sekurang-kurangnya tahu membaca atau menulis. Kerana aspek pendidikan
yang amat lemah ini maka kaum ini tidak mampu menyalurkan permintaan mereka dalam
bentuk tulisan atau buku yang boleh disebarkan kepada masyarakat, khususnya
pemerintah. Memang tidak dapat dinafikan media massa mempunyai peranan yang
penting dan amat berkesan bagi sesebuah kumpulan seperti kaum Penan untuk
memobilisasikan sokongan bagi peIjuangan mereka. Kemampuan untuk mencapai
sumber media dengan baik boleh membantu mendedahkan peIjuangan mereka kepada
18
PENULISAN ILMIAH II
golongan yang bersimpati dengan nasib mereka, sehingga membolehkan mereka
menerima bantuan dari segi kewangan atau masa (Almond, G., et aL, 1993:97).
Walaupun media massa mempunyai momentum yang lebih mendalam dan
berkesan; tetapi dalam konteks kaum Pen an yang merupakan masyarakat primitif terakhir
di Malaysia sumber ini tidaklah praktikal bagi mereka. Media massa telah beIjaya
membawa isu kaum Penan sehingga sampai ke pengetahuan pemimpin Barat (misalnya
Prince Charles [Putera Wilayah Wales] dan Al Gore [ BekasTimbalan Presiden] Amerika
Syarikat); (Brosius, 1993:88); tetapi ini adalah hasil usaha media asing. Sebaliknya di
peringkat tempatan media massa tidak menyebelahi kaum Penan. Keadaan yang dialami
oleh kaum Penan ini dinyatakan seperti berikut:
" ... The Penan have little or no access to media except for some since some journalists who go to meet them, to voice their problems and express their opinion ... "
(The Borneo Bulletin, July 18, 1987)
Walaupun kajian ini mengatakan media perdana tidak menyebelahi kaum Penan
ini bukan bermaksud media tersebut langsung tidak membuat liputan berkaitan isu kaum
Penan. Liputan oleh media tempatan memang tidak dapat dinafikan, terutamanya apabila
media asing menyebarkan isu kaum Penan sehingga menjadi perhatian dunia (Brosius,
1999:38). Namun begitu laporan-laporan media tempatan bersifat 'top-down,' iaitu
semata-mata untuk mempertahankan diri daripada kritikan media asing (Brosius, 1993: 1).
Hague, R., et al., (1992: 175-179) menyatakan bahawa media massa yang bercirikan ini
(top-down) biasanya terdapat di negara komunis; namun begitu keadaan ini juga turut
berlaku di negara dunia ketiga. Beliau juga menambah bahawa media di negara dunia
ketiga dikawal oleh golongan elit; ini diterangkan seperti berikut:
19
I
PENULISAN ILMlAH II
" ... newspapers are generally elite publications, with circulation confined largely to the big cities. Editors may not operate under strict censorship but they are often fully aware that in a small country it does not do to make too many enemies. Journalists and editors are high on the hit list when repression strike ... "
(Hague, R., et aI., 1992: 178)
Kawalan ketat daripada pihak elit tertentu terhadap media tempatan
menambahkan kesulitan kaum Penan yang tidak mengenal huruf sekalipun ini. Apa yang
dilaporkan di dalam media mass a kebanyakannya adalah mesej daripada pemimpin dari
atas sahaja tetapi bukannya laporan yang datang daripada kaum ini. Penguasaan pihak
tertentu di dalam media tempatan ini dapat dilihat melalui kenyataan berikut:
" ... logging companies are rich and have 'easy access to the news media. Some even have shares in the local press. As a result, they are able to get wide publicity ... the logging companies have official backing ... Datuk James Wong who organized a trip for reporters to visit a logging area in Limbang ... what are the real reason behind the trip? Why did he arrange the trip at this Junecture, and not 30-40 years ago when his company first logged the hill forests? Please let us don't forget that he is one of the several timber operators affected by the blockades; also one who has so much vested interest... "
(The Borneo Bulletin, July 18, 1987).
Media tempatan tidak membincangkan dengan lebih terbuka dan adil isu kaum
Penan; kerana di Malaysia terdapat undang-undang yang mengawal ketat kandungan
akhbar-akhbar. Oleh yang demikian tidak adil untuk menyalahkan media massa secara
total kerana mereka juga terancam jika mengkritik pemerintah dengan terang-terangan.
Hujah ini diketengahkan kerana amat jelas sekali jika dinilai berdasarkan permintaan
yang dibuat oleh Kumpulan Aktivis Media Independen (KAIVII) iaitu untuk
memansuhkan Akta yang menghalang kebebasan akhbar di Malaysia. Di antara
permintan itu adalah seperti berikut:
20
PUil,:;",;;
PENULISAN ILMlAH II
" ... a law be enacted to prohibit mandatory jail sentences or detention without trial from being applied to publishers, editors, journalists and writers and printers who make genuine journalistic errors. "
(KAMI, 2000)
Kenyataan di atas cukup jelas menunjukkan bahawa pihak media sendiri amat
terkongkong dalam membuat sesuatu liputan.
iii. Hubungan Individu (personal Connections)
Satu lagi bentuk penyertaan politik yang perIu dikaji dalam usaha untuk mengenal
pasti sebab-sebab kaum Penan menggunakan kaedah 'blockade;' adalah 'personal
connections' atau 'patron-client relationship '. Pendekatan ini memang tidak dinafikan
keberkesanannya untuk menyampaikan mesej politik sesebuah kumpulan berkepentingan
di dalam sesuatu sitem politik. Almond, Gabriel, A., et al., (1993:96) menjelaskan
pendekatan ini seperti berikut:" .. face-to-face contact is one of the most effective means
of shaping attitudes and conveying messages. Demand communicated by a stranger. In
modern nations, personal connections are usually cultivated with special care ... " Hague,
R., et al., (1992:168), turnt menjelaskan hubungan 'patron-client' itu sebagai hubungan
individu yang berkepentingan dengan 'landlord' iaitu (ethnic leaders, employers or just
political entrepreneurs).
Pendekatan ini memang tampak mudah bagi masyarakat moden hari ini; tetapi ia
amat mustahil bagi kaum Penan yang tinggal jauh di pedalaman. Walau bagaimanapun
mereka pernah mencuba kaedah ini apabila mereka cuba untuk menemui para pemimpin
secara bersemuka (lihat The Borneo Bulletin, 13 June 1987). Pendekatan ini dilihat
sebagai tidak praktikal bagi kaum Penan kerana mereka tidak mampu untuk bertemu
21
-PENULISAN ILMIAH II
dengan para pemimpin negara yang tinggal di kota-kota besar seperti di bandaraya
Kuching atau pun kota metropolitan (Kuala Lumpur) di mana terletaknya pejabat para
pemimpin seperti Abdul Taib bin Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) dan Dr. Mahathir
Mohamad (Perdana Menteri Malaysia). Halangan kewangan dan geografi juga amat jelas
membantutkan penyertaan politik kaum Penan dalam bentuk yang dinyatakan di atas.
Saluran-saluran yang dibincangkan di atas bukanlah satu-satunya cara masyarakat
untuk mengambil bahagian dalam proses politik. Di negara Barat terdapat banyak cara
yang digunakan misalnya 'public opinion' (pendapat awam) atau 'opinion polls' (satu
bentuk pemantauan pendapat atau tingkah laku pengundi), (lihat, Hague, et al., 1992: 172
dan Mclean, 1., 1996:413&352). Saluran ini membolehkan orang awam membincangkan
isu terkini mengenai situasi politik dan membolehkan suara masyarakat diketengahkan
kepada lingkaran perbincangan awam. Perkara ini menjadi kenyataan dan alat berkesan di
negara dunia pertama kerana system media massa lebih telus, bebas dan menjangkau
semua lapisan masyarakat (Hague, R., 1992: 172). Keadaan ini secara langsung
menunjukkan kepada kita sebab mengapa pendekatan ini tidak praktikal dalam konteks
penyertaan politik kaum Penan.
Berdasarkan halangan dan limitasi-limitasi yang telah dibincang di atas, maka
jelaslah mengapa kaum Penan menggunakan 'blockade' untuk perjuangan mereka dan
bukannya saluran lain. Pengkaji politik melihat pola penyertaan dan saluran penyertaan
yang berbeza ini sebagai suatu ketidakadilan di dalam penyertaan politik (Hague, R., et
al., 1992: 158). Hujah ini diketengahkan kerana golongan kelas atasan di dalam sesebuah
masyarakat mempunyai tahap pendidikan yang lebih baik oleh itu mereka memiliki
banyak pilihan di dalam penyertaan politik (ibid); dan kriteria inilah yang tidak dimiliki
oleh kaum Penan. Oleh yang demikian mereka mempunyai saluran yang amat terhad iaitu
melalui 'blockade' sahaja. Hague, membuat penjelasan lanjut berhubung perkara di atas
seperti berikut:
"What explains this bias in participation towards upper levels of society?Differences in participation can be explained by differences in political
22
.............................................................{
~