motor kasar.docx

Upload: eccyelizabethhendry

Post on 09-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Motor kasarKemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkah laku badan yang memerlukan banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak bergantung pada perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan badan dan juga kemahiran mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak mengalami masalah penglihatan atau pendengaran, mereka akan sukar mengimbangkan badan. Antara contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, melompat, berjalan, dan sebagainya. Tetapi, sedari awal bayi, mereka mula menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor kasar seperti mengangkat kepala, memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada tahap sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa kanakkanak mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami keadaan yang sama dan mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di sebabkan tubuh badan mereka yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu menjaga pemakanan seimbang bagi kanak-kanak agar meraka dapat bergiat cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan keluarga juga turut mempengaruhi dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan prihatin akan perkembangan kanak- kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan peralatan fizikal bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya masyarkat Cina yang gemar melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-anak mereka untuk melakukan aktiviti kecerdasan tersebut.Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang kepada kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang, kiri, dan kanan. Contohnya, kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan kanan. Guru perlu menjadi lebih kreatif dalm memperbanyakkan variasi dalam pergerakan kanakkanak. Ini perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak merasa bosan dan ini akan menyeronokkan lagi kanak-kanak Untuk melakukan aktiviti. Di dalam gerakan motor kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor.

Pergerakan LokomotorDefinisiPergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu, pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan, kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari temapt asal keran kita berlari ke arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya, seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak tersebut memasang angananganbahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain.

Konsep pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana, dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi, mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti awangan, lurus, berlikuliku,dan zigzag. Antara contoh gerakan yang bolehdilakukan kanakkanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan), kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerkan halus-ringan bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat kuat bermaksud pergerakan berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa yang diambil menjadi lambat. Contoh-contoh pergerakan lokomotorTerdapat pelbagai contoh yang melibatakan pergerakan lokomotor antaranya ialah:1. BerjalanBerjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita seharihari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnyan boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindahmindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak- kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula sejak kanakkanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapat menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermula umur 1 tahun. Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisibahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegakdan dalam keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan. Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala condong ke hadapan.2. BerlariSelepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang banyak dan mereka meyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanakkanak sudah boleh berlari dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik. Pada usia 5 hingga 6 tahun, Kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanakkanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang paling penting kanakkanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik.3. MelompatLompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanakkanak lagi dan melibatkan anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanakkanak sudah mula menjadi sempurna. Selalunya Kanak-kanak melompat dengan bantuan papan spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan menyeronokkan kanak-kanak disamping dapat mempelajari cara lompatan bagi haiwanhaiwan tersebut.

Pergerakan bukan lokomotor

3.2.1 DefinisiPergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakakan tubuh badan tanpa beralih tempat.Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

Konsep pergerakan

Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih kepada pergerakan halus-ringan. Contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor

1. TwistGerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu menjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist dengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi lebih seronok. Selain itu, kanak-kanakjuga boleh melakukan twist dengan menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukan dan diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu pertandingan melakukan twist dikalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.2. Memutar gelung di tanganKanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 46 tahun, mereka gemar menggerak dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh untuk Kanak-kanak denagn meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak Dalam melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang satu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di Kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat menguatkan otot-otot tangan.