motivasi-pengetua dan staf

Upload: lihthien-tang

Post on 05-Mar-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pada pandangan anda, bagaimana seorang pengetua boleh menggunakan teori tersebut untuk memotivasikan stafnya?

Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk membentuk warga yang berguna serta berbakti kepada negara. Perwatakan serta kelakuan guru amat diambil berat. Prestasi serta kebolehan pelajar juga di bawah bimbingan guru. Sebagai seorang pengetua, adalah penting untuk memotivasikan stafnya demi meningkatkan prestasi sekolah. Sebagai contoh, salah seorang guru matematik rasa kurang motivasi kerana peratus kelulusan subjek matematik bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 dalam peperiksaan pertengahan amat tidak memuaskan walaupun latihan dan kelas tambahan telah dijalankan kepada pelajar. Jadi, pengetua memain peranan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku antara guru tersebut dengan pelajar supaya dapat memotivasikan guru tersebut. Pengetua berharap pencapaian pelajar-pelajar bagi subjek matematik dapat dinaikkan dalam peperikasaan percubaan SPM akan datang. Dengan mengaplikasikan Teori Jangkaan dalam situasi ini, pengetua menjangka jika dapat mencari punca-punca kelas tambahan yang diberi itu tidak berkesan, maka prestasi pelajar-pelajar bagi subjek matematik dalam peperiksaan percubaan SPM akan dinaikkan. Pengetua juga cuba meninjau punca pelajar tidak dapat menguasai subjek matematik. Akhirnya pengetua didapati bahawa punca utama kelas tambahan tidak berkesan ialah majoriti pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas tambahan yang berada pada waktu petang. Pelajar-pelajar rasa letih dan kurang motivasi untuk mendengar dan membuat latihan dalam kelas. Selain itu, kertas soalan yang dibagi oleh guru tidak sempat dibincang kerana guru kejar masa untuk menghabiskan silibus. Oleh itu, pengetua mengambil tindakan dengan menukarkan masa kelas tambahan itu kepada sabtu pagi dan memanjangkan jangka masa kelas tambahan. Dengan ini, pelajar-pelajar akan lebih bersemangat untuk menumpu perhatian dan mempunyai masa yang cukup untuk selesaikan latihan yang diberi oleh guru. Selain itu, pengetua meminta guru matematik tersebut berbincang dengan ketua bidang matematik untuk merancangkan jangka masa yang sesuai bagi setiap topik dalam subjek matematik. Hal ini bertindak supaya guru mempunyai masa untuk berbincang soalan latihan yang pelajar tidak faham.Di samping itu, sebagai sokongan dan motivasi, pengetua berjanji dengan guru matematik tersebut bahawa jika semua pelajar Tingkatan 5 dapat mencapai kelulusan dalam subjek matematik pada peperiksaan percubaan SPM, beliau akan memberi satu sijil berserta dengan satu hadiah yang istimawa pada majilis perpisahan akhir tahun.Dalam situasi ini, guru matematik tersebut dapat mengetahui punca-punca para pelajar dapat keputusan yang tidak memuaskan dan beliau turut cuba mengatasikannya. Maka motivasi atau dorongan untuk mengajar adalah lebih tinggi supaya mencapai jangkaan pengetua. Akhirnya, guru matematik tersebut yang berjaya mencapai gol akan dapat ganjaran yang ditawarkan.