modul drill fizik spm

28
ISI KANDUNGAN MODUL TAJUK MUKA SURAT 1 PENGETAHUAN - Apakah yang dimaksudkan dengan ..................... - Nyatakan prinsip/hukum……. 2 MENGKONSEPSI DAN HUBUNGKAIT - Bandingkan .................. .... - Hubungkaitkan ............... ... - Deduksikan konsep fizik/prinsip fizik/hukum fizik 3 APLIKASI -Hitungkan ........ 4 KEFAHAMAN - Terangkan ................... .. 5 MENYELESAIKAN MASALAH - Cadang dan terangkan modifikasi berdasarkan aspek-aspek berikut : 6 MEMBUAT KEPUTUSAN Berdasarkan spesifikasi dalam jadual, terangkan kesesuaian dari aspek-aspek ................... Pilih satu kaedah yang paling baik. Justifkasikan pilihan anda.

Upload: cconander

Post on 11-Jul-2016

307 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

modul drill spm

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANMODULTAJUKMUKA SURAT

1PENGETAHUAN- Apakah yang dimaksudkan dengan ..................... - Nyatakan prinsip/hukum.

2MENGKONSEPSI DAN HUBUNGKAIT- Bandingkan ...................... - Hubungkaitkan .................. - Deduksikan konsep fizik/prinsip fizik/hukum fizik

3APLIKASI-Hitungkan ........

4KEFAHAMAN-Terangkan .....................

5MENYELESAIKAN MASALAH- Cadang dan terangkan modifikasi berdasarkan aspek-aspek berikut :

6MEMBUAT KEPUTUSANBerdasarkan spesifikasi dalam jadual, terangkan kesesuaian dari aspek-aspek ................... Pilih satu kaedah yang paling baik. Justifkasikan pilihan anda.

7MEMBUAT PENGUKURAN, BINA JADUAL, PLOT GRAF

8MENTAFSIR GRAF

9MERANCANG EKSPERIMEN

MODUL 1:PENGETAHUANTERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

TINGKATAN 4 : TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA FIZIK

Kuantiti fizikKuantiti yang boleh diukur

Kuantiti asasKuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan/diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti fizik yang lain.Panjang, jisim, masa, suhu, arus elektrik,

Kuantiti terbitanKuantiti-kuantiti fizik yang diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti fizik yang lain melalui operasi matematik darab, bahagi atau kedua-dua darab dan bahagi.Luas, isipadu, laju, pecutan, daya...

Kuantiti skalarKuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.Dapat diterangkan secara lengkapnya tanpa menunjukkan arah.Luas, isipadu, masa, suhu, laju...

Kuantiti vektorKuantiti fizikyang mempunyai magnitud dan arah.Memerlukan tanda arah untuk menerangkan kuantiti tersebut selengkapnya.Pecutan, halaju, daya, sasaran...

TINGKATAN 4 : TAJUK 2 : DAYA DAN GERAKAN

Jarak Panjang di antara dua titik

(tip: lintasan sebenar yang perlu dilalui ke suatu tempat)Nota : Jangan tulis tip ini dalam jawapan anda10 m12 m15 mABCJarak = laluan ABC= 22 mSesaran = laluan AC = 15 m

Sesaran Panjang di antara dua titik dalam arah tertentu (titik rujukan)

(tip: laluan pintas ke suatu tempat)Nota : Jangan tulis tip ini dalam jawapan anda

KadarMerujuk kepada per masa

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Laju Kadar perubahan jarakUnit laju ialah m s-1

Halaju Kadar perubahan sesaranUnit halaju ialah m s-1

Pecutan Kadar perubahan halaju yang meningkatUnit pecutanialah m s-2

Nyahpecutan Kadar perubahan halaju yang menurunUnit pecutanialah m s-2dengan tanda (-ve)

Inersia Sifat semulajadi suatu jasad untuk menentang perubahan dalam gerakkannya.Atau :Kebolehan suatu jasad untuk kekal pegun jika dalam keadaan pegun, atau kekal bergerak dengan halaju seragam dalam garis lurus sekiranya tiada daya luar yang bertindak.Tiada formula kerana ia bukan kuantiti fizik.Berhubung kait dengan jisim.Semakin besar jisim semakin besar inersia.

Momentum Hasil darab jisim dan halaju

(tip : jangan tulis mv sebagai jawapan)p = mvKuantiti vektorUnit momentum ialah kg m s-1

Prinsip keabadian momentumDalam suatu sistem tertutup, jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaranPelanggaran kenyal : m1u1 +m2u2 = m1v1 + m2v2Pelanggaran tidak kenyal : m1u1 +m2u2 = V(m1 + m2)Letupan : 0 = m1v1 + m2v2

Impuls Perubahan momentumImpuls = mv muImpuls = FtUnit impuls ialah kg m s-1

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Daya impulsKadar perubahan momentum

Unit daya ialah newton, NBerkadar songsang dengan masa perlanggaran. Semakin singkat masa perlanggaran, semakin tinggi daya impuls.

Daya Mengubah keadaan pergerakan jasad. (bergerak, pegun, arah, pecutan, nyahpecutan).Mengubah bentuk jasad.(tip : jangan tulis hasil darab jisim dengan pecutan sebagai jawapan)Daya = jisim x pecutan , F = maUnit daya ialah newton, N

Hukum Newton PertamaMenyatakan bahawa suatu jasad akan terus berada dalam keadaan pegun atau berada dalam gerakan linear sekiranya tiada daya luar bertindak ke atasnya.Rujuk inersia

Hukum Newton KeduaMenyatakan bahawa kadar perubahan momentum untuk objek yang bergerak adalah berkadar terus dan sama arah dengan daya yang bertindak ke atasnya.Rujuk sistem perlanggaran

Hukum Newton KetigaMenyatakan bahawa jika suatu jasad mengenakan daya ke atas jasad yang lain, akan wujud daya yang sama magnitud tetapi bertentangan arah yang dikenali sebagai tindak balas.Rujuk kesan dan akibatContoh : Saya pukul meja. Pukul meja menyebabkan tangan saya sakit.

TenagaKeupayaan melakukan kerjaHaba, bunyi, cahaya, keupayaan, kinetic, elektrik...

Kerja Keupayaan memindahkan tenaga.Hasil darab daya dengan sesaran dalam arah selari daya / / sesaran.Kerja = daya x sesaran jika tidak melibatkan sudut W = Fs (satah rata)Kerja = Fs kos jika melibatkan sudut (satah condong)Unit kerja ia Joule, J

Tenaga KeupayaanTenaga yang terhasil oleh objek kerana kedudukan dari muka BumiEp = mghm = jisim , h = ketinggian, g = kekuatan medan graviti, 10 N kg-1

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Tenaga kinetikTenaga yang terhasil oleh objek yang bergerajEk = m = jisimv = halaju

Prinsip keabadian tenagaMenyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.Buah kelapa jatuh dari pokok ;Tenaga keupayaan Tenaga Kinetik Tenaga Bunyi + Haba

Kuasa Kadar melakukan kerja.Kadar pemindahan tenaga.Kuasa, P =

Kuasa, P =

Unit bagi kuasa ialah watt, W

Kecekapan Peratusan nisbah kerja output kepada kerja input oleh satu sistem

Hukum HookeMenyatakan pemanjangan/pemampatan suatu spring adalah berkadaran terus dengan daya yang bertindak selagi tidak melebihi had kekenyalan spring.F = kxF = daya, k = pemalar spring, x = pemanjangan atau mampatan

Nilai k merujuk kepada kekerasan spring.

KekenyalanKeupayaan suatu jasad untuk kembali kepada bentuk dan saiz asal apabila daya yang dikenakan padanya dikeluarkan.

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

TINGKATAN 4 : TAJUK 3 : DAYA DAN TEKANAN

TekananDaya yang bertindak secara normal di atas suatu luas permukaan.

Daya per unit luas permukaan.

Untuk keadaan pepejal

Untuk keadaan cecairP = hgh = kedalaman , = ketumpatan cecairg = kekuatan medan graviti, 10 N kg-1

Tekanan atmosferaTekanan yang terhasil oleh atmosfera ke atas permukaan Bumi.

MerkuriAirNota : 1 atm = 1.02 x 105 Pa = 76 cm Hg = 10 m H2O

Kalkulator :Tekanan atmosfera = const40Pertukaran unit rujuk shift const nombor 25, 26, 27, 28

Semakin jauh daripada paras laut (Atas gunung) semakin kurang tekanan atmosfera kerana kurang udara.

Salah konsep: Tekanan atmosfera berlaku akibat daripada perlanggaran di antara molekul-molekul udara.

Pembetulan : Tekanan atmosfera berlaku akibat daripada perlanggaran di antara molekul udara dengan suatu permukaan.

Prinsip PascalMenyatakan bahawa untuk suatu sistem tertutup bendalir, tekanan akan dipindahkan secara seragam keseluruh bahagian dalam bendalir/cecair termasuk kepada dinding bekas dan omboh.

Nota :Pemindahan cecair daripada omboh kecil ke omboh besar adalah sama isi padu.

=

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Prinsip ArchimedesMenyatakan bahawa untuk suatu objek yang terendam separuh atau sepenuhnya di dalam bendalir/cecair, berat air yang tersesar adalah bersamaan dengan daya apungan (berat objek yang hilang).

Nota : juga diaplikasikan dalam pengangkutan belon udara panas.Daya apungan = berat cecair yang disesarkanF = Vg

Prinsip BernoulliMenyatakan bahawa bahagian yang mempunyai aliran udara berkelajuan tinggi akan mengalami tekanan rendah dan sebaliknya.Kelajuan tinggi Tekanan rendahKelajuan rendah Tekanan tinggi

TINGKATAN 4 : TAJUK 4 : HABA

Keseimbangan termaKeadaan dimana dua objek bersentuhan mempunyai suhu yang sama dan tiada haba bersih berpindah di antara dua objek.Nota : Mesti guna perkataan bersentuhan

Haba Satu bentuk tenaga

SuhuUkuran darjah kepanasan suatu objek.

Muatan haba tentu, cJumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan kepada 1 oC tanpa berlaku perubahan bentuk jirim

Nota:c tinggilambat panasc rendah cepat panasHaba, Q = mcMaka,c =

= perubahan suhuContoh, cair = 4200 J kg-1 oC-1 Memberi maksud, 1 kg air memerlukan tenaga sebanyak 4 200 J untuk menaikkan suhu sebanyak 1 oC.

Takat leburTakat suhu maksimum bagi suatu unsur/objek sebelum berubah daripada pepejal kepada cecair.Objek dengan takat lebur tinggi objek yang boleh tahan dengan suhu yang sangat tinggi sebelum melebur.

Takat didihTakat suhu maksimum bagi suatu cecair sebelum berubah menjadi gas.

Haba pendam tentu pelakuranJumlah haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg unsur/bahan daripada pepejal kepada cecair atau sebaliknya tanpa ada perubahan suhu.Q = mL

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Haba pendam tentu pengewapanJumlah haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg cecair kepada gas atau sebaliknya tanpa ada perubahan suhuQ = mL

Hukum BoyleMenyatakan untuk sistem gas berjisim tetap, tekanan gas adalah berkadaran songsang dengan isi padu gas jika suhu gas adalah tetap.P1V1 = P2V2

Hukum CharlesMenyatakan untuk sistem gas berjisim tetap, isi padu gas adalah berkadaran terus dengan suhu gas jika tekanan gas adalah tetap.

Nota : Suhu T adalah dalam unit Kelvin. 1 oC = (273 + 1) K 10 oC = (273 + 10) K

Hukum TekananMenyatakan untuk sistem gas berjisim tetap, tekanan gas adalah berkadaran terus dengan suhu jika isi padu gas adalah tetap.

Nota : Suhu T adalah dalam unit Kelvin. 1 oC = (273 + 1) K 10 oC = (273 + 10) K

TINGKATAN 4 : TAJUK 5 : CAHAYA

Hukum SnellMenyatakan ;i) Sudut tuju = sudut pantulanii) Sinar tuju, sinar pantul dan garis nomal berada pada satah yang sama.

Cermin Merupakan satah yang berkilat memantulkan cahaya tuju yang mengenainya.

Kanta Merupakan kaca lutsinar yang membenarkan cahaya terbias melaluinya.

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Indeks biasanNisbah sin (sudut tuju) kepada sin (sudut bias)Indeks biasan,

Nota : sudut i mesti dari medium udara : sudut r medium yang lain seperti air/kaca

Dalam nyataJarak daripada objek ke permukaan airIndeks biasan,

Dalam ketaraJarak daripada imej ke permukaan air

Sudut genting,CSudut dimana semua sinar tuju dibiaskan sepanjang sepadan medium.

Nota : Syarat sinar berambat daripada medium tumpat ke medium kurang tumpat.Indeks biasan,

Pantulan dalam penuhApabila sudut tuju ditingkatkan/dibesarkan daripada sudut genting, sinar bias akan dipantulkan ke medium tuju.Contoh : Logamaya, gentian optik.

Titik fokusTitik dimana semua sinar difokus di atasnya.

Panjang fokusJarak di antara pusat optik kanta ke titik focus.

Kuasa kantaBerkadar songsang dengan panjang fokus

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

TINGKATAN 5 : TAJUK 1 : GELOMBANG

GelombangGetaran/ayunan zarah/jirim yang memindahkan tenaga tanpa memindahkan zarah/jirim

Gelombang melintangGetaran/ayunan zarah/jirim adalah berserenjang dengan arah rambatan gelombang.Semua gelombang kecuali gelombang bunyi

Amplitud, APuncakLembanganSatu panjang gelombang, Satu tempoh,T

Gelombang membujurGetaran/ayunan zarah/jirim adalah selari dengan arah rambatan gelombang.Gelombang bunyi sahaja

Pelembapan ayunanAmplitud ayunan semakin berkurang dengan masa. Frekuensi ayunan tidak berubah dan ayunan akan berhenti pada akhirnya.

Resonans Berlaku apabila frekuensi paksa adalah sama dengan frekuensi jati objek.Contoh : jambatan runtuh kerana tiupan angin

Kenyeringan Bergantung dengan amplitud gelombang.Semakin besar amplitud semakin tinggi kenyeringan

Kelangsingan Bergantung dengan frekuensi gelombang.Semakin kecil frekuensi semakin tinggi kelangsingan

Fenomena gelombangPantulan, pembiasan, pembelauan dan interferens

Pantulan gelombang Dibalikkan oleh oleh satah berkilat atau pemantul Frekuensi, panjang gelombang dan laju gelombang tidak berubah Tukar arah rambatan.

Pembiasan gelombang Melalui medium yang berbeza (ketumpatan berbeza/kedalaman berbeza) Frekuensi tidak berubah. Laju dan panjang gelombang berubah.(berkurang apabila merambat dari medium kurang tumpat ke medium lebih tumpat atau medium dalam ke cetek)

Pembelauan gelombang Melalui halangan atau celah Frekuensi, panjang gelombang dan laju tidak berubah Berubah bentuk muka gelombang

Interferens gelombangPertindindihan / superposisi antara gelombang-gelombang

a = saiz bukaan celahx = jarak diantara pinggir terang yang bersebelahan = jarak diantara pinggir gelap yang bersebelahanD = jarak diantara skrin dengan celahAntinod garisan yang menyambung titik-titik interferens membinanod garisan yang menyambung titik-titik interferens memusnah

Cahaya monokromatikGelombang dengan satu panjang gelombang / satu warna

koheranSama frekuensi / sama fasa

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Spektrum elektromagnetSiri gelombang elektromagnet yang terhasil daripada ayunan medan magnet dan medan elektrikRadio, Mikro, inframerah, cahaya nampak, ultraunggu, sinar- X, gammaSinar gammafrekuensi tinggi, panjang gelombang pendek. Bahaya dan boleh membunuh sel kenserSinar-X PengimbasanUltraungguPengimbas wang palsuInframerahalat kawalan jauhGelombang mikro ketuhar, satelitGelombang radio komunikasi

TINGKATAN 5 : TAJUK 2 : ELEKTRIK

Cas Jumlah aliran elektronQ = ne , n=bilangan elektron, e = 1.67 x 10-19 CQ = it , i =arus , t = masa

Unit bagi cas adalah coulomb,C

Arus elektrikKadar pengaliran cas elektrikI = Q/tUnit bagi arus elektrik adalah ampare, AArus rendah jika rintangan tinggi

Kerintangan Bertentangan arah dengan arus elektrik

Nota : Rintangan tinggi : wayar/dawai panjang dan nipisKuprum : konduktor elektrik yang baik. Wayar penyambung.Aluminium : Wayar kabel elektrik, murah dan tahan karatTungsten : filament mentol, mudah mengion untuk member Sinar (Kerintangan tinggi, elemen pemanas

Kerintangan tinggi hasil banyak haba lebih voltan Kurang arus

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

VoltanBeza keupayaanKerja yang dilakukan untuk mengerakkan satu coulomb cas di antara dua titik.Voltan, V = IR

Nota peringatan :Lebih voltan jika kerintangan tinggi.Voltan tinggi tidak bererti arus juga tinggi.

Daya gerak elektrik d.g.eKerja yang dilakukan untuk mengerakkan satu coulomb cas di dalam satu litar lengkap.E = IR+Ir

Hukum OhmMenyatakan bahawa beza keupayaan,V yang merentasi suatu konduktor ohmic adalah berkadaran terus dengan arus yang mengalir di dalamnya jika faktor suhu dan faktor lain adalah ditetapkan.Hukum Ohm, V = IR

VIKonduktor ohmicKonduktor bukan ohmicVI

Nota Penting :Semua dawai mematuhi Hukum Ohm.Mentol dan alat pemanas tidak mematuhi Hukum Ohm.

Tenaga elektrik, EJumlah kerja yang dilakukan untuk mengerakkan satu coulomb cas di dalam masa satu saat.E = VIt

Masa,t adalah dalam saat.Unit tenaga adalah Joule, J

Kuasa elektrik, PKadar tenaga elektrikP = IVUnit kuasa adalah Watt,W

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

240 V, 300WIni member maksud, peralatan elektrik tersebut dibekalkan dengan voltan 240V dan menghasilkan kuasa pada kadar 300J setiap saat.240V , 300WV = 240P = 300

Daripada : P = IV300 = I(240)I = 1.25 A

FiusMerupakan suatu kompenan elektrik yang disambung di dalam plug /soket elektrik untuk mamatikan bekalan kuasa apabila berlakunya lebihan arus.Bila berlakunya lebihan arus, fius akan terbakar (terputus) dan bekalan kuasa akan terputus. Ini menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.

TINGKATAN 5 : TAJUK 3 : ELEKTROMAGNET

Electromagnet Pengaliran arus elektrik di dalam gegelung dawai yang menghasilkan maden magnet.

Hukum Gengaman Tangan KananMenyatakan untuk konduktor pembawa arus: 1) Untuk dawai lurusibu jari akan menunjukkan arah pengaliran arus dan jari-jari yang lain menunjukkan arah medan magnet.

2) Untuk gegelung dawaiIbu jari akan menunjukkan arah utara,U dan jari-jari yang lain menunjukkan arah pengaliran arus.

Hukum Tangan Kiri FlemingMenyatakan apabila ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dalam keadaan berserenjang antara satu sama lain, Ibu jari mewakili arah tindakan daya, jari telunjuk mewakili arah medan magnet (U-S) dan jari tengah mewakili arah arus.Untuk Motor(Menghasilkan pergerakan daya,F)(digunakan untuk menentukan arah tindakan daya,F)Ibu jari Daya, FJari telunjuk Medan magnet, BJari tengah Arus, I

Cara ingat :FBI di US

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Hukum Tangan Kanan FlemingMenyatakan apabila ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dalam keadaan berserenjang antara satu sama lain, Ibu jari mewakili arah tindakan daya, jari telunjuk mewakili arah medan magnet (U-S) dan jari tengah mewakili arah arus.Untuk Dinamo (Menghasilkan Elektrik)(digunakan untuk menentukan arah arus,I)Ibu jari Daya, FJari telunjuk Medan magnet, BJari tengah Arus, I

Cara ingat :FBI di US

Hukum LenzMenyatakan bahawa, arah arus aruhan yang terhasil sentiasa bertentangan dengan arah pergerakan yang menghasilkan arus.Kegunaan :Untuk menentukan arah arus aruhanUntuk menentukan kutub magnet (Utara,U atau Selatan,S)

Hukum FaradayMenyatakan bahawa magnitud arus aruhan yang terhasil sentiasa berkadaran terus dengan kadar pemotongan fluk magnet apabila magnet digerakkan keluar/masuk suatu solenoid.

Arus aruhanArus yang terhasil apabila bar/batang magnet digerakkan keluar/masuk solenoid dan tiada sebarang sentuhan fizikal diantara batang magnet dan solenoid.

TINGKATAN 5 : TAJUK 4 : ELEKTRONIK

Pancaran termionProses pembebasan electron daripada pemanasan katod.

Elektron berkelajuaan tinggi.Lebih banyak elektron akan terbebas jika ;*Katod dipanaskan pada suhu lebih tinggi.*Lebih banyak/besar permukaan katod yang terdedah dengan pemanasan.*Jenis bahan yang digunakan untuk katod.

Osiloskop Sinar KatodO.S.KPeralatan yang digunakan untuk menunjukkan bentuk gelombang bagi mengukur1) sela masa yang sangat singkat2) beza keupayaan

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Rektifikasi Proses mengubah arus ulang alik kepada arus terus.Guna diod.

1) Rektifikasi gelombang separuh (1diod)2) Rektifikasi gelombang penuh (4 diod)

Perlu kapasistor untuk menstabilkan arus(Perata arus).Kapasistor menyimpan cas apabila arus meningkat dan membebaskan cas apabila arus menurun.

Semikonduktor Bahan/unsur yang sifat kekonduktorannya di antara konduktor dan penebat. Kumpulan 14.Sifat kekonduktorannya boleh ditingkatkan dengan1) meningkatkan suhu2) menambah bendasing (Kumpulan 13 dan q5 melalui proses pendopan)Semikonduktor tulen (semikonduktor intrinsik)Contoh : Silikon dan germanium (Kumpulan 14)Kekonduksian elektrik yang lemah.

Semikonduktor jenis-P (Semikonduktor ekstrinsik)*Silikon didop dengan kumpulan 13 (boron, gallium, indium)*Lebih kehadiran lohong Lohong pembawa cas majoriti)Semikonduktor jenis-n(Semikonduktor ekstrinsik)*Silikon didop dengan kumpulan 15 (arsenic, antimony, fosforus)*Lebih kehadiran elektron bebas elektron bebas pembawa cas majoriti)

Diod semikondoktorCantuman semikonduktor jenis-p dan jenis-n.Sempadan jenis-p dan jenis-n dikenali sebagai simpang p-n

Simpang p-nlectron bebas daripada jenis-n meresap dan merentasi simpang untuk mengisi lohong pada jenis-p lalu membentuk satu lapisan susutan.

Pincang ke depanArus hanya dapat mengalir dalam pincang ke depan.Anod pada diod disambung pada terminal positif dan katod disambung pada terminal negatif.

Voltan sumber melebihi voltan simpang diod.Lapisan susutan menjadi nipis dan hilang sama sekali.

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Pincang songsangArus tidak dapat mengalir.Anod pada diod disambung pada terminal negatif dan katod disambung pada terminal positif.

Voltan simpang diod melebihi Voltan sumber.Lohong tertarik ke terminal negatif, dan electron bebas tertarik keterminal positif. Lapisan susutan menjadi lebar.

Transistor Mempunyai tiga terminalC PengumpulB TapakE -PengeluarBerfungsi sebagai;1) Penguat (Amplifier) arus 2) Pembahagi voltan3) Suis automatik (Suis lampu, suis kecemasan/kebakaran)

Get logikMempunyai satu atau dua input tetapi hanya satu output.Berfungsi sebagai litar pensuisan dalam sistem elektronik dan komputer.

DANATAUTAKTAKDANTAKATAU

Nota: Mesti mahir jadual kebenaran.

TINGKATAN 5 : TAJUK 5 : KERADIOAKTIFAN

Radioisotopunsur tidak stabil yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.

Keradioaktifan Proses penguraian spontan dan rawak suatu unsur tidak stabil kepada unsur yang lebih stabil dengan memancarkan sinar radioaktif dan pembebasan tenaga.Spontan : berlaku sendiri tanpa perlu sumber atau faktor luar seperti suhu dan tekanan.

Rawak : tidak dapat dipastikan dengan tepat radioisotop yang mana mengalami pereputan dan bila ia berlaku.

Separuh-hayat, T Tempoh / masa yang diperlukan oleh suatu unsur untuk mereput / mengurai separuh daripada aktiviti asal.

Alfa , Atom helium, H

*Bercas positif*Terpesong ke arah terminal negatif (Terpesong sedikit kerana berjisim besar,inersia besar untuk bergerak lurus)*Kuasa pengionan yang tinggi.*Kuasa penembusan yang rendah,(beberapa cm), (Boleh dhentikan oleh kertas)

TERM DALAM FIZIKTAKRIFAN / DEFINISIFORMULA/ CONTOH / SOALAN

Beta, e-Elektron berkelajuan tinggi.*Bercas negatif*Terpesong ke arah terminal positif (Terpesong banyak kerana berjisim kecil,inersia kecil untuk bergerak lurus)*Kuasa pengionan yang sederhana. *Kuasa penembusan yang sederhana, (Beberapa meter), (Boleh dhentikan oleh kepingan aluminium)

Gama,Sinar elektromagnet*Tidak terpesong dalam medan elektrik dan medan magnet kerana tiada cas.Kuasa pengionan yang rendah.Kuasa penembusan yang tinggi (Beberapa ratus meter), (Boleh dihentikan oleh plumbum)

Tenaga NuklearTerhasil daripada proses pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus

Pembelahan nukleusSatu tindak balas apabila nuklid berjisim besar dipecahkan menjadi nuklid-nuklid yang lebih kecil.Membedil unsur yang tidak stabil dengan neutron.Tenaga dalam bentuk sinaran radioaktif dan haba dibebaskan.

Contoh : Tindak balas berantai dalam logi janakuasa nuclear.

Pelakuran nukleusSatu tindak balas percantuman nuklid-nuklid yang ringan untuk membentuk nuklid yang lebih berat.Hanya boleh berlaku jika nuklid-nuklid ringan bertembung dengan kelajuan yang amat tinggi.

Tenaga yang besar dibebaskan.

Contoh : Matahari sebagai reactor pelakuran semula jadi.

Tindak balas berantaiTindak balas pembelahan nukleus menghasilkan neutron-neutron yang bergerak laju. Neutron ini menyebabkan nukleus lain disekitarnya terbelah dan membebaskan neutron untuk proses yang seterusnya. Proses seterusnya berlaku secara spontan.Hanya boleh berlaku sekiranya kuantiti unsur radioaktif yang terlibat melebihi jisim genting.

Sekiranya kurang daripada jisim genting, neutron yang terbebas berkemungkinan besar tersasar daripada sasaran kerana ruang di antara nuklid adalah terlalu besar.

MODUL 2:MENGKONSEPSI DAN HUBUNGKAITSoalan 1 [Daya dan tekanan]Rajah 1(a) dan Rajah 1(b) menunjukkan dua sfera A dan B dengan ketumpatan berbeza dimasukkan dalam air

Rajah 1(a) Rajah 1(b)Berdasarkan Rajah 1(a) dan Rajah 1(b) (i)bandingkan ketumpatan Sfera A dan B[1 markah] (ii)bandingkan berat Sfera A dan B[1 markah] (iii)bandingkan berat air yang disesarkan oleh Sfera A dan B[1 markah] (iv)hubungkaitkan berat sfera dengan berat air yang disesarkan[1 markah](v)hubungkaitkan berat air yang disesarkan dengan daya tujahan air[1 markah]

Soalan 2 [Daya dan tekanan]seorang nelayan mendapati botnya terapung dengan paras yang berbeza di dalam laut dan sungai walaupun botnya membawa beban yang sama. Ketumpatan air laut dan air sungai masing-masing ialah 1025 kg m-3 dan 1000 kg m-3di lautdi sungai

Rajah 2(a)Rajah 2(b)Rajah 2(a) dan 2(b)menunjukkan situasi bot di dalam laut dan sungai(a) What is meant by density? [1 mark](b) Based on Diagram 2(a) and Diagram 2(b)(i) Compare the level of the boat in the sea water and in the river water. [1 mark](ii) Compare the volume of water displaced by the boat in the sea and in the river. [1 mark](iii) Compare the density of sea water and river w [1 mark] (c) (i) Relate the volume of water displaced to the density of water. [1 mark] (ii) Deduce relationship between weight of the boat and the weight of the water displaced. [1 mark](d) Name the physics principle that explains the situation above. [1 mark]