modul bhn kemasan, jenis paku dan skru
DESCRIPTION
noteTRANSCRIPT
Bahan Kemasan
Kemasan kayu merupakan proses menghias dan melindungi permukaan bahan
kayu. Kecacatan atau lubang bekas paku pada permukaan boleh dilindungi dan
dihias dengan menggunakan bahan kemasan seperti tepung penyumbat, varnis,
timbertone dan stain.
3.1 Jenis bahan kemasan
Sampang (Varnis)
Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri)
atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering
(linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan
spirit supaya mudah digunakan secara sapu atai sembur.
Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil
masa selama 12 hingga 24 jam.
Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai
digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.
Venier Kayu
Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada
permukaan kayu.
Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada
permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.
Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:
a. Kayu Cengal
b. Kayu Nyatoh
c. Kayu Balau
d. Kayu Meranti
e. Kayu Sepetir
Timbertone (tona kayu)
Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu
asal.
Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek
yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna kayu.
Kelebihannya adalah tahan lasak. Maka timbertone sesuai digunakan
untuk menghias perabot rumah.
Stain
Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran permukaan dan
membangkitkan serta menonjolkan kecantikan urat kayu.
Satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna yang
dikehenaki sebelum kemasan dibuat.
Stain yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan
mengikut pelarutnya.
Terdiri dari pelumur air, spirit atau minyak
3.2 Jenis-jenis paku
Paku biasa (common nail) – berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam
pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak
dan pembinaan am.
Paku kotak (box nail) – serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih
kecil.
Paku kemasan (finishing nail) – digunakan untuk kerja-kerja kemasan
seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak
memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan
boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam
paku.
Paku panel (casing nail) – sejenis paku dawai yang halus, kepalanya
berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada
kayu.Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai
digunakandalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.
Paku venir – Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan
kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai
dan bahan-bahan yang nipis.
Paku payung – kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam
pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang
kebocoran di tempat yang dipakukan.
Paku berkepala dua – mempunyai dua kepala, digunakan dalam
pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama
terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan
tukul berkuku.
Paku konkrit – diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan
kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang
pendakap dan sebagainya.
Paku bergelugur (berangkai) – sejenis paku nipis berbentuk segiempat
bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk
menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.
3.3 Jenis skru
Skru kepala rata (countersunk) – diperbuat daripada keluli lembut
bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang
dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang
memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk
pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.
Skru kepala bulat – mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian
bawahnya rata. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau tembaga dan
digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan Nampak sebagai
hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu. Biasanya
digunakan untuk meleketkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu.
Kepalanya timbul sebagai hiasan
Skru kepala timbul – Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat,
diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru
kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di
mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.
Skru kepala segiempat – merupakan sejenis skru yang kuat yang
diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu
diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja
kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu
pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.
3.4 Soalan objektif:
1. Rintangan cuaca
Tahan air
Bahan kemasan yang manakah mempunyai sifat-sifat di atas?
A. Syelek
B. Varnis
C. Timbertone
D. Venier kayu
2. Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:
i Kayu Cengal
ii Kayu Nyatoh
iii Kayu Balau
iv Kayu Meranti
A. i, ii, dan iii
B. i, ii, dan iv
C. ii, iii, dan iv
D. Semua di atas
3. Gambar di bawah menunjukkan
A. Paku payung C. Paku Panel
B. Paku konkrit D. Paku Kotak
4. Gambar di bawah menunjukkan
A. Skru kepala rata
B. Skru kepala timbul
C. Skru kepala bulat
D. Skru kepala segiempat
5. Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran permukaan dan
membangkitkan serta menonjolkan kecantikan urat kayu.
Bahan kemasan di atas ialah
A. Stain
B. Cat
C. Timbertone
D. Varnis
3.5 Soalan struktur:
1. Senaraikan 5 jenis paku.
-paku kotak
-paku konkrit
-paku panel
-paku kemasan
-paku payung
2. Senaraikan 4 jenis skru.
-skru kepala bulat
-skru kepala rata
-skru kepala timbul
-skru kepala segiempat
3. Senaraikan 3 jenis bahan kemasan.
-varnis
-syelek
-stain
3.6 Soalan esei:
1. Terangkan sifat dan kegunaan tona kayu (timbertone).
Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu
asal.
Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek
yang terdiri dari pelbagai jenis dan warna kayu.
Kelebihannya adalah tahan lasak.
Maka timbertone sesuai digunakan untuk menghias perabot rumah.
2. Terangkan sifat dan kegunaan stain.
Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran permukaan dan
membangkitkan serta menonjolkan kecantikan urat kayu.
Satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk mendapatkan warna yang
dikehenaki sebelum kemasan dibuat.
Stain yang digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan
mengikut pelarutnya.
Terdiri dari pelumur air, spirit atau minyak
3. Terangkan persamaan dan perbezaan antara paku biasa dan paku kotak.
Persamaan: berkepala bulat, sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat
seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.
Perbezaan: tolok paku kotak lebih kecil daripada paku biasa.