microsoft word - thesis hisham combined

Upload: azrol-adnan

Post on 04-Apr-2018

271 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    1/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    i

    PERBANDINGAN STAIL KEPIMPINAN JURULATIH PENDIDIKAN LUAR DAN JURULATIH BINA INSAN GURU DI INSTITUT PERGURUANTEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

    HISHAMUDDIN BIN HASSAN

    PROJEK PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHISEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN

    FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    BANGI

    2007

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    2/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    ii

    KANDUNGAN

    Halaman

    PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    KANDUNGAN vi

    SENARAI LAMPIRAN ix

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI RAJAH xi

    BAB I PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Pernyataan Masalah 7

    1.3 Tujuan Kajian 10

    1.4 Persoalan Kajian 11

    1.5 Hipotesis Kajian 12

    1.6 Kerangka Konseptual 13

    1.7 Definisi Istilah 15

    1.8 Kepentingan Kajian 19

    1.9 Batasan Kajian 20

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    3/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    iii

    BAB II KAJIAN KEPUSTAKAAN

    2.1 Pendahuluan 21

    2.2 Literatur Berkaitan 212.3 Kajian Berkaitan 25

    2.4 Kepimpinan Dan Asas Pengkonsepan 48

    2.5 Kajian Luar Negara 57

    2.6 Kesimpulan 61

    BAB III METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pendahuluan 63

    3.2 Rekabentuk Kajian 64

    3.3 Populasi Kajian 65

    3.4 Sampel Kajian 65

    3.5 Instrumen Kajian 65

    3.6 Prosedur Pengumpulan Data 67

    3.7 Penganalisisan Data 68

    3.8 Kajian Rintis 69

    BAB IV DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pendahuluan 71

    4.2 Profil Responden 72

    4.3 Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar dan 75Jurulatih Bina Insan Guru Secara Keseluruhan

    4.4 Analisis Perbandingan Stail Kepimpinan 77

    4.5 Rumusan 84

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    4/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    iv

    BAB V PENUTUP

    5.1 Pendahuluan 86

    5.2 Ringkasan Kajian 86

    5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 88

    5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 90

    5.5 Implikasi Dapatan Kajian dan Cadangan 91

    5.6 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 94

    RUJUKAN 96

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    5/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    v

    SENARAI RAJAH

    No. Rajah Halaman

    Rajah 1 Kerangka Konseptual Kajian 14

    Rajah 2 Grid Pengurusan oleh Blake & Mouton 29

    Rajah 3 Model Kepimpinan Situasional oleh Hersey & Blanchard 31

    Rajah 4 Dimensi Kepimpinan Mengikut Struktur dan Kuasa oleh Fiedler 34

    Rajah 5 Model Kepimpinan Kontingensi oleh House 53

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    6/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    vi

    LAMPIRAN

    Halaman

    A Instrumen Kajian ( Soal Selidik ) 105

    B Surat kebenaran membuat kajian daripada Bahagian 110Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( BPPDP ),Kementerian Pelajaran Malaysia

    C Analisis Data 112

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    7/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    vii

    SENARAI JADUAL

    No. Jadual Halaman

    4.1 Interpretasi Skor Min Stail Kepimpinan Yang Diamalkan Oleh 72Jurulatih Pendidikan Luar dan Jurulatih Bina Insan Guru

    4.2 Taburan Mengikut Jantina 73

    4.3 Taburan Mengikut Umur 74

    4.4 Taburan Mengikut Bangsa 74

    4.5 Taburan Mengikut Penglibatan 75

    4.6 Stail Kepimpinan Jurulatih Secara Keseluruhan 76

    4.7 Ujian-t Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan 78Luar dan Jurulatih Bina Insan Guru Berdasarkan Jantina

    4.8 Ujian-t Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan 79Luar dan Jurulatih Bina Insan Guru Berdasarkan Umur

    4.9 Ujian ANOVA Satu Hala Perbandingan Stail Kepimpinan 81Jurulatih Pendidikan Luar dan Jurulatih Bina Insan GuruBerdasarkan Bangsa

    4.10 Ujian-t Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan 82Luar dan Jurulatih Bina Insan Guru Berdasarkan Penglibatan

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    8/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    viii

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang maha pengasih lagi penyayang kerana dengan limpah kurnia dan keredaannya dapatlah saya

    menyempurnakan kertas projek ini mengikut kehendak dan jangka masa yang ditetapkan.

    Dalam menyiapkan kertas projek ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-

    tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd. Taib Bin Harun, penyelaras

    Program Sukan dan Rekreasi selaku penyelia yang dihormati dan disanjungi kerana telah

    banyak membantu, membimbing, memberi galakan serta menyumbang idea-idea yang

    sangat bernas kepada saya dalam menyempurnakan penulisan ini.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pihak Institut

    Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru kerana telah memberi kebenaran kepada

    saya untuk menjalankan kajian di sana.

    Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah di

    Fakulti Pendidikan yang pernah membimbing dan menyampaikan ilmu melalui kursus-

    kursus yang saya pernah ikuti dalam mematangkan pemikiran dan mempertingkatkan

    minat saya dalam penulisan kajian ini.

    Dipohonkan doa serta kasih sayang kepada bonda, Hajah Samsiah Binti A. Hamidyang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan buat saya.

    Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua

    yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kertas projek ini. Semoga hasil kajian

    projek ini sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan yang bermakna dan bernilai

    kepada profesion perguruan serta mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah

    hendaknya.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    9/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    ix

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan stail kepimpinan jurulatihPendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru di Institut Perguruan Temenggong

    Ibrahim, Johor Bahru, Johor berdasarkan jantina, umur, bangsa dan penglibatan guru

    pelatih. Kajian ini berdasarkan Teori Laluan Matlamat oleh House. Seramai 80 orang

    guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah telah dijadikan sebagai

    responden. Alat ukur Leadership Behaviour Description Questionaire ( LBDQ Form XII )

    yang telah diubahsuai digunakan bagi mengukur stail kepimpinan jurulatih. Data yang

    diperolehi bagi kajian ini diproses dengan menggunakan Statistical Package For Social

    Science ( SPSS ). Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik

    inferensi. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan

    bagi menghurai sampel dan menjawab soalan-soalan kajian. Manakala statistik inferensi

    seperti Ujian-t dan ANOVA Satu Hala digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis

    kajian. Paras keyakinan .05 ditetapkan sebagai asas untuk menerima atau menolak

    hipotesis nol. Dapatan kajian menunjukkan stail kepimpinan yang paling dominan

    diamalkan oleh jurulatih Pendidikan Luar ialah tingkah laku berorientasikan pencapaian

    diikuti dengan tingkah laku menyokong dan mengarah pada tahap tinggi manakalatingkah laku penyertaan pada tahap sederhana. Bagi jurulatih Bina Insan Guru pula, stail

    kepimpinan yang paling dominan ialah tingkah laku berorientasikan pencapaian, diikuti

    tingkah laku mengarah, menyokong dan penyertaan pada tahap sederhana. Analisis data

    mendapati keputusan berikut: hipotesis pertama, kedua, ketiga dan keempat diterima

    kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan perbandingan stail kepimpinan jurulatih

    Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan jantina, umur, bangsa dan

    penglibatan.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    10/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    x

    ABSTRACT

    The aim of the this research was to look at the difference in leadership style betweenoutdoor education and Bina Insan Guru trainers in Temenggong Ibrahim Teacher

    Training Institute, Johor Bahru, Johore base on sex, age, race and involvement of teacher

    trainees. This research base on Path Goal Theory. 80 teacher trainees that undergo the

    course for undergraduate student were the respondents. The modified Leadership

    behaviour Description Questionnaire ( LBDQ Form XII ) was used to measure the

    leadership style of trainers. Data gathered for this research was processed through the

    Statistical Package For Social Science ( SPSS ). Two type of statistic were used, namely

    descriptive statistic and inference statistic. Descriptive statistic such as frequency,

    percentage, mean and standard deviation were used to clarify the samples and answer

    questions in this research. As for inference statistic, t-test and one way ANOVA were

    used to test all the hypothesis in this research. Level of confident .05 was used as base

    whether to accept or decline the nol hypothesis. Finding of research showed that the most

    dominant leadership style for outdoor education trainer was that of behaviour base on

    achievement oriented, followed by supportive and directive at high level with

    participative at moderate level. As for trainer of Bina Insan Guru, the most dominant

    leadership style was behaviour base on achievement oriented followed by directive,

    supportive and participative at moderate level. Analysis of data showed the following

    result: the first, second, third and fourth hypothesis were accepted due to no significant

    difference in comparison between the style of leadership of outdoor education and Bina

    Insan Guru trainer base on sex, age, race and involvement.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    11/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    1

    BAB I

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Kepimpinan merupakan suatu aspek yang paling penting dalam soal pengurusan.

    Kepimpinan berkait rapat dengan soal-soal kemanusiaan. Bagaimana seorang manusia itu

    berinteraksi dengan manusia yang lain sehingga tidak menimbulkan masalah di antara

    mereka. Dengan erti kata lain stail atau gaya kepimpinan akan menentukan segala-

    galanya. Bagaimana pemimpin itu dapat mempengaruhi orang lain sehingga menjadikan

    dirinya seorang pemimpin yang berkesan?

    Perkara ini termasuklah kecekapan yang sepatutnya mendahului orang lain iaitu

    cekap menjalankan tugas. Mempunyai komitmen yang tinggi dan dedikasi dalam

    menjalankan tugas tanpa menghiraukan berbagai rintangan yang dihadapinya. Rela

    berkorban dari segi wang ringgit, masa dan tenaga demi kelancaran tugasnya.

    Mempunyai kepakaran terhadap tugasnya iaitu soal memimpin dan mempengaruhi orang

    di bawahnya. Ini bererti untuk mendapatkan kecekapan, komitmen, dedikasi dan

    pengorbanan memerlukan minat. Tanpa minat yang tinggi terhadap sesuatu tugas yang

    dijalankan menjadikan seseorang itu tidak komited dan sering mencari alasan. Minat akan

    menentukan kejayaan dan keberkesanan sesuatu tugas itu. Minat juga menjadikan

    seseorang itu tidak pernah mengira titik peluhnya, wang ringgitnya dan lain-lain lagi

    untuk menjalankan tugasnya.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    12/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    2

    Ada juga sesetengah orang menganggap bahawa tugas yang dijalankan itu sebagai

    satu ibadah. Jika ini berlaku, ia adalah suatu perkembangan yang menggalakkan. Adalah

    agak sulit jika seseorang pekerja atau kakitangan itu sentiasa membandingkan gajinyadengan hasil kerjanya. Keadaan ini boleh menjadikan seorang kakitangan itu bersikap

    negatif terhadap tugasnya. Perasaan tidak puas hati akan sentiasa muncul di dalam diri

    seseorang itu. Pemimpin yang berkesan mestilah dapat membawa sesuatu organisasi yang

    dipimpinnya itu ke arah perubahan. Tidak syak lagi bahawa seorang pemimpin yang

    berkesan itu mestilah mempunyai kualiti kepimpinan, idea-idea baru yang banyak dan

    bernas, bermotivasi ke arah perubahan kerja untuk menuju matlamat bersama. Razali Mat

    Zin ( 1991 ) menyatakan, Keupayaan untuk mewujudkan satu keadaan yang pekerjanya

    sanggup bekerja keras dan memberi kerjasama kepada organisasi, ...ke arah pencapaian

    matlamat bersama adalah pengukur utama bagi menentukan kejayaan seorang pengurus .

    Ini bermakna keberkesanan kepimpinan sesuatu organisasi juga diukur setakat mana

    keseluruhan kakitangannya memberikan sokongan yang padu terhadap pelaksanaan

    segala tugas yang telah dirancangkan. Untuk mendapat sokongan yang padu di kalangan

    kakitangan bawahan sudah tentu ada kaitannya dengan stail kepimpinan. Stail

    kepimpinan seseorang amat penting dalam meraih sokongan dari kakitangan bawahan.

    Jika tersilap gaya akan menyebabkan seseorang itu bersikap dingin dan bosan dengan

    segala arahan yang dikeluarkan. Kesannya segala arahan yang bakal dikeluarkan akan

    dipandang sinis dan membawa berbagai persepsi di kalangan orang bawahan.

    Fiedler ( 1967 ) memberi peranan yang amat penting kepada hubungan pemimpin

    dengan para pengikutnya dalam usaha pemimpin mengawal situasi ke arah matlamat dan

    objektif organisasi. Hubungan akan menentukan tentang sejauh mana pemimpin akan

    mendapat taat setia, pergantungan dan sokongan daripada orang-orang yang bekerja di bawahnya. Mengikut pendapat mereka, jika seseorang ketua sudah berjaya meningkatkan

    motivasi para pekerja, mereka akan patuh kerana anggota-anggota kelompok sudah

    menerima arahan dengan perasaan rela hati.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    13/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    3

    House dan Mitchell ( 1974 ) menyatakan stail pemimpin ialah cara pemimpin

    bertindak ketika mengendalikan orang-orang bawahannya bagi mencapai matlamat dan

    objektif organisasi. Stail kepimpinan ini pula kerapkali mengambil kira bentuk perubahan

    dalam tingkah laku orang bawahan. Hal ini bermakna stail kepimpinan pemimpin boleh berubah mengikut situasi tertentu yang dipengaruhi oleh ciri-ciri para pekerja dan tekanan

    atau kehendak persekitaran seperti suasana bekerja, tugas, sistem ganjaran, hubungan

    antara staf dan sebagainya.

    House ( 1971, 1974 ) melalui Path-Goal Theory menyatakan bahawa

    seseorang pemimpin itu boleh mendapatkan tahap prestasi kerja yang memuaskan jika

    mendapat kerjasama yang positif daripada kumpulan pekerja yang diberitahu tentang apa

    yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran selaras dengan prestasi kerja yang

    cemerlang. Pemimpin boleh berfungsi memberi motivasi dengan cara memperbanyakkan

    habuan peribadi kepada orang bawahan apabila berjaya mencapai matlamat kerja.

    Pemimpin juga akan mempastikan laluan ke arah mencapai matlamat mendapatkan

    habuan itu mudah dilalui dengan cara memperjelaskan tugas, mengurangkan sekatan dan

    menambah peluang untuk mendapatkan kepuasan peribadi pekerja.

    Sehubungan itu, House dan Mitchell ( 1974 ) membahagikan stail kepimpinan

    pemimpin kepada empat iaitu:

    i. Kepimpinan Mengarah ( Directive Leadership )

    ii. Kepimpinan Menyokong ( Supportive Leadership )

    iii. Kepimpinan Menyertai ( Participative Leadership )

    iv. Kepimpinan Berorientasikan Pencapaian ( Achievement Oriented

    Leadership )

    Arnold dan Fieldmen ( 1986 ) mendapati bahawa pemikiran asas teori House ini

    ialah pemimpin dapat mempengaruhi pengikut ( subordinate ) melalui motivasi dan

    pencapaian asas kerja dengan menyediakan ganjaran dan membantu kumpulan bawahan

    mencapai matlamat kerja dan organisasi.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    14/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    4

    McGregor ( 1984 ) menyatakan bahawa stail kepimpinan atau kepelbagaian stail

    kepimpinan yang dipilih oleh seseorang pemimpin itu banyak bergantung kepada

    kepercayaan dan andaian tentang orang yang bekerja di dalam organisasinya. Tindakan

    pemimpin yang terlalu mengikut kehendak sendiri akan membantutkan prestasi organisasikerana tindakannya yang berseorangan di dalam membuat keputusan dan terlalu banyak

    masa digunakan untuk memantau dan menyelia pekerja-pekerja di bawahnya bagi

    memastikan matlamat organisasi tercapai.

    Argyris ( 1976 ) melaporkan bahawa di dalam kajiannya telah menunjukkan

    impak seorang pemimpin autokratik menjadikan orang bawahannya terlalu bergantung

    kepadanya, sentiasa menyerah, berpusatkan pemimpin, sentiasa berasingan antara satu

    sama lain yang kadang kala menyebabkan permusuhan, produktif hanya apabila

    pemimpin ada manakala merosot produktivitinya apabila ketiadaan pemimpin. Hal ini

    menunjukkan bahawa seseorang pemimpin yang berkesan harus sentiasa menjauhkan diri

    daripada mewujudkan suasana yang boleh mencetuskan konflik di kalangan ahli-ahlinya

    seterusnya mengakibatkan kemorosotan produktiviti.

    Apabila disebut pemimpin, sudah tentu melibatkan orang-orang yang dipimpinnya.

    Bagi seorang guru, pemimpinnya dirujuk kepada pengetua manakala bagi seorang atlit

    atau peserta sesuatu program dan aktiviti, pemimpinnya pula dirujuk kepada jurulatih.

    Jurulatih dikatakan sebagai pemimpin kerana mereka merupakan orang yang paling

    hampir dengan atlit atau peserta dan mengetahui latar belakang serta segala permasalahan

    mereka. Seorang pemimpin yang berkesan seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur

    penghormatan, keyakinan dan sifat-sifat yang diingini oleh peserta yang ada dalam diri

    jurulatih.

    Kepimpinan jurulatih dianggap sebagai unsur-unsur yang kritikal dalam

    menentukan pencapaian matlamat ahli bimbingannya. Keberkesanan seorang jurulatih

    selalu dikaitkan denagan keberkesanan kepimpinannya. Sesebuah organisasi akan

    berpotensi dan beroperasi dengan berkesan jika terdapat seorang jurulatih yang berkesan

    dilantik di dalamnya.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    15/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    5

    Cabaran sebenar yang terdapat pada jurulatih ialah bagaimana mereka boleh

    mempengaruhi orang yang dipimpinnya untuk memperolehi penghasilan yang lebih baik

    demi kepentingan bersama. Stail kepimpinan seseorang jurulatih itu bukanlah terletak pada corak dan cara kepimpinannya sahaja tetapi sebaliknya bergantung kepada

    hubungan secara semulajadi antara jurulatih dengan pengikut bawahannya. Seorang

    jurulatih yang berjaya biasanya mempertimbangkan segala bentuk tindakan dan

    keputusan sebelum memulakan tugasannya. Jurulatih sebegini lebih berkeyakinan dan

    mudah memiliki gaya atau stail yang bertepatan dan bersesuaian dalam diri jurulatih itu.

    Stail kepimpinan jurulatih akan menentukan identiti seorang jurulatih menurut

    pandangan peserta bawahannya. Pilihan yang dibuat terhadap stail kepimpinan jurulatih

    akan mempengaruhi bentuk perhubungan yang hendak diwujudkan. Perhubungan antara

    jurulatih dan pesertanya mungkin boleh berlaku secara formal atau tidak formal seperti

    melalui arahan-arahan yang diberikan semasa aktiviti.

    Stail kepimpinan seorang jurulatih yang bergantung sepenuhnya kepada kuasa

    paksaan akan menyebabkan peserta bawahannya dan orang lain mempunyai prasangka

    dan prejudis terhadapnya. Jurulatih yang sebegini sentiasa berada di dalam ketegangan

    dan menjadi takut kepada keadaan, penentangan dan perubahan yang berlawanan dengan

    pendapat peribadinya. Ini boleh menghasilkan kesan negatif dan tidak

    memberangsangkan di dalam sesebuah organisasi itu.

    Dilema yang berlaku kepada seorang jurulatih adalah untuk memilih stail

    kepimpinan yang dapat memberi keberkesanan dan kekuatan kepadanya untuk terus

    unggul sebagai pemimpin. Terdapat berbagai-bagai cara pemimpin dapat memimpinorang bawahannya. Berdasarkan stail kepimpinan yang wujud pada hari ini, terdapat 3

    stail kepimpinan yang utama iaitu:

    a. Kepimpinan Autokratik ( Autocratic Leadership )

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    16/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    6

    Ibrahim Mamat ( 1998 ), menyatakan bahawa seseorang autokrat percaya kuasa membuat

    keputusan dipegang oleh pemimpin. Beliau memberi perintah dan pengikut mesti patuh

    kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autokrat dapat memastikan

    tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang-orang bawahan tetapioleh kerana mereka ini hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerja

    mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.

    b. Kepimpinan Demokratik ( Democratic Leadership )

    Ibrahim Mamat (1998), pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang

    dalam membuat sesuatu keputusan. Beliau juga percaya kepada musyarah dan akan

    menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada

    mereka untuk membuat sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing.

    Pemimpin demokratik boleh menjadi pembimbing yang baik bagi kumpulannya. Beliau

    menyedari peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa

    tanggungjawab dan kerjasama yang baik kepada setiap orang bawahannya.

    Pemimpin demokratik juga berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan

    perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Ini adalah kerana

    kepimpinannya bersifat membantu menyebabkan beliau dihormati dan dihargai serta

    dilihat sebagai lambang `kebaikan. Orang bawahan tidak melihat beliau sebagai seorang

    majikan kerana apabila sesuatu hasil yang diperolehi, ia dianggap dari usaha bersama

    antara majikan dan subordinat.

    c. Kepimpinan Lepas-Bebas ( Laissez-faire Leadership )

    Stail kepimpinan ini memberikan sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk

    bertindak atau membuat keputusan. Pemimpin tidak campur tangan langsung kerana beliau melihat orang bawahannya sebagai orang yang sudah matang, tahu mana yang baik

    dan yang mana buruk serta tahu membezakan antara yang betul dan salah. Baginya, orang

    bawahannya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan. Tujuan

    utamanya adalah agar matlamat yang dipersetujui tercapai.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    17/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    7

    Stail kepimpinan yang sebegini memperlihatkan keadaan yang sangat bebas dan

    liberal. Kadang-kadang ia memperlihatkan seolah-olah sesebuah organisasi itu tidak

    mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara mereka yang tersendiri.

    Stail kepimpinan ini akan mewujudkan sesebuah organisasi yang berkesan sekiranyasubordinat betul-betul matang tetapi sekiranya ramai di antara subordinat kurang matang

    maka hasil yang sebaliknya akan terhasil. Ini adalah kerana subordinat seperti hilang

    pedoman kerana tiada pemandu yang menunjuk arah.

    1.2 PERNYATAAN MASALAH

    Kepimpinan merupakan suatu keperluan lebih-lebih lagi apabila terdapat sekumpulan

    manusia di dalam sesuatu organisasi. Tanpa adanya pemimpin di kalangan mereka,

    menjadikan kumpulan tersebut terumbang-ambing tanpa arah dan kemungkinan juga akan

    timbul pertelingkahan dalam menentukan hala tuju. Menurut Abd. Halim ( 1996 ),

    manusia memikul tanggungjawab untuk menguruskan dunia bererti memakmurkan dan

    mengembangkan sumber alam ( Surah Al-Hud, Ayat 61). Ini bermakna tanggung jawab

    memimpin tidak dapat dielakkan. Walaupun mereka tidak menjadi pemimpin dunia,

    sekurang-kurangnya mereka akan menjadi pemimpin di dalam keluarga.

    Menjadi seorang pemimpin, tugas dan tanggung jawabnya adalah besar. Mereka

    adalah orang yang bertanggungjawab membawa perubahan kepada organisasi yang

    dipimpinnya. Untuk membawa perubahan sudah tentulah pemimpin itu perlu berani

    menghadapi risiko dan bertanggungjawab.

    Ramai berpendapat bahawa stail kepimpinan seseorang pemimpin mempunyaikesan yang signifikan ke atas morale sesebuah organisasi. Jika di sekolah, masalah utama

    di dalam pentadbirannya ialah ketidakupayaan pemimpinnya mengendalikan sekolah

    dengan berkesan. Ini dinyatakan oleh Zaidah Akmaliah Lope Pihie dalam Faridah Karim

    dan Zubaidah Aman ( 1999 ) iaitu masalah utama dalam pentadbiran sekolah ialah

    ketidakupayaan pengetua untuk memotivasikan guru, pentadbiran yang tidak mengambil

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    18/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    8

    kira faktor keupayaan guru dan kurangnya pengiktirafan terhadap bakat dan potensi guru.

    Hal demikian merupakan antara punca guru mengalami tekanan dan seterusnya berlaku

    masalah-masalah disiplin di kalangan guru. Sapora Sipon ( 2006 ) menyatakan tekanan

    kerja guru yang tidak terkawal melalui strategi berdaya tindak yang berkesan akanmemberi kesan negatif kepada pelbagai aspek seperti kesejahteraan fizikal, mental dan

    emosi guru dan seterusnya memberi kesan kepada mutu pendidikan negara.

    Selain dari itu, wujud juga masalah seperti kurang komitmen, ketidak hadiran

    bertugas dan perasaan burn out di kalangan guru di sekolah. Ini disebabkan masalah guru

    itu sendiri terhadap persekitarannya. Ini dinyatakan oleh Shahril @ Charil Marzuki

    ( 2000 ) iaitu antara masalah yang timbul di sekolah pada masa kini ialah wujudnya

    hubungan yang kurang baik dan mesra antara pengetua dengan guru, guru dengan guru

    dan guru dengan pelajar.

    Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa masalah guru di

    sekolah ada kaitannya dengan proses penyediaaan guru yang berkualiti. Ini timbul kerana

    kurangnya jati diri dan disiplin diri guru itu sendiri di dalam menjalani kerjaya keguruan.

    Sehubungan itu, pihak yang bertanggung jawab di dalam menjalankan latihan keguruan

    seperti Institut Pendidikan Guru merupakan organisasi yang bertanggung jawab

    melaksanakan program bagi peningkatan jati diri dan pembinaan insan di kalangan guru-

    guru di peringkat awal khususnya guru pelatih.

    Namun begitu, program-program pembinaan insan dan jati diri yang dijalankan

    perlulah mempunyai kesinambungan dan dapat memberi kesan yang positif ke atas bakal-

    bakal guru yang akan berhadapan dengan cabaran di sekolah. Program-program yang

    telah kenalpasti dan dipercayai dapat membentuk jati diri dan membina insan guru adalahseperti Pendidikan Luar dan Bina Insan Guru. Di dalam hal ini, sudah tentulah jurulatih

    yang bertindak sebagai pelaksananya. Bagi menghasilkan output yang baik dan berkualiti

    kepimpinan jurulatih memberikan sumbangan yang cukup besar ke atas organisasi dan

    persekitaran aktiviti.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    19/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    9

    Sebagai pemimpin, jurulatih di dalam menjalankan tugas kepimpinannya terpaksa

    mengetuai pasukan manusia yang mempunyai berbagai-bagai perbezaan dan pandangan.

    Jurulatih juga terpaksa berdepan dengan karenah yang timbul dari pelbagai bentuk situasi.

    Oleh itu, sebagai pemimpin, jurulatih perlu bijak memilih tingkah laku kepimpinan yangsesuai dengan situasi yang dihadapinya bagi memastikan segala arahan tugas kepada

    peserta bawahannya dapat dilaksanakan dengan baik.

    Jurulatih yang dapat memanipulasikan stail kepimpinan yang sesuai dengan

    situasi dapat membantu usahanya menjayakan aktivitinya seterusnya dapat mewujudkan

    iklim persekitaran aktiviti yang kondusif. Persekitaran aktiviti yang kondusif dan positif

    dapat meningkatkan motivasi peserta seterusnya mewujudkan persekitaran yang

    merangsang ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Seorang pemimpin juga adalah seorang jurulatih. Pada umumnya dapatlah

    dikatakan bahawa fungsi jurulatih antaranya ialah membentuk dan membimbing peserta

    bawahannya ke arah kejayaan terhadap tugas dan kerjayanya. Jurulatih berperanan

    menentukan arah dan objektif tugas peserta bawahannya. Berkomunikasi secara lisan

    adalah perkara yang paling baik untuk menjalinkan hubungan antara jurulatih dengan

    pesertanya. Dengan berkomunikasi dapat mendekatkan hubungan antara jurulatih dengan

    pesertanya seterusnya dapat mengelakkan jurang yang terlalu jauh. Mungkin dengan

    adanya komunikasi akan dapat menjadikan perbualan tersebut sebagai motivasi dan

    bimbingan kepada mereka.

    Kepimpinan seseorang jurulatih, amat mempengaruhi kejayaan sesebuah

    organisasi program. Yusuf Basiron ( 1995 ) menyatakan kebijaksanaan dan keberkesanan

    pemimpin mengadaptasi cabaran dan perubahan dalam wawasan merupakan kuncikejayaan sesebuah organisasi. Dalam konteks kepimpinan jurulatih, kebijaksanaan dan

    keberkesanan ini boleh diukur melalui pendekatan dan kaedah pengurusan yang

    diterjemahkan melalui tingkah laku kepimpinan yang diamalkan oleh seorang jurulatih

    dalam menggerakkan seluruh organisasi sesuatu program ke arah mencapai matlamat dan

    objektif yang ditetapkan.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    20/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    10

    Jurulatih memerlukan sepenuhnya kerjasama dan sokongan semua pihak yang

    menjadi anggota dalam organisasinya. Sebagai jurulatih, hubungan yang baik perlu dijalin

    dengan peserta kerana ia penting terhadap kuasa dan keberkesanan kepimpinan. Sebab itu, jika jurulatih dihormati kerana sebab-sebab personaliti, perlakuan dan kebolehan maka

    mereka tidak perlu bergantung kepada pangkat atau sesuatu autoriti formal dalam

    kepimpinannya. Sebaliknya, jurulatih yang tidak disukai atau tidak dipercayai tidak

    berupaya memimpin walaupun secara formal dan mungkin terpaksa bergantung pada

    arahan-arahan yang lebih merupakan paksaan terhadap pesertanya untuk melaksanakan

    sesuatu tugasan.

    Kesimpulannya, cabaran kritikal Institut Pendidikan Guru adalah memastikan

    semua program Pendidikan Luar dan Bina Insan Guru yang dijalankan dapat dipimpin

    oleh jurulatih yang berkesan yang sememangnya mempunyai kekuatan personaliti, teori

    dan amalan. Oleh itu, jurulatih sebagai seorang pemimpin semestinya mempunyai

    hubungan yang erat dengan peserta bawahannya. Cara berinteraksi melahirkan tingkah

    laku yang mencorakkan bagaimana tugasan dijalankan dan mempengaruhi peserta

    bawahannya.

    Berdasarkan pernyataan di atas maka penulis ingin melihat bagaimana stail

    kepimpinan yang diamalkan oleh jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru

    di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru di dalam mengendalikan aktiviti

    dan program. Hasil daripada dapatan kajian ini nanti akan dirujukkan kepada Teori Path-

    Goal yang telah dikemukakan oleh House ( 1971 ).

    1.3 TUJUAN KAJIAN

    Di Malaysia pada masa kini terdapat banyak kajian telah dibuat mengenai kepimpinan.

    Kajian-kajian yang telah dijalankan hanyalah tertumpu kepada sama ada stail kepimpinan,

    peranan pemimpin, keberkesanan pemimpin, tingkah laku pemimpin, hubungan

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    21/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    11

    kepimpinan dengan motivasi dan sebagainya. Namun kajian mengenai perbandingan stail

    kepimpinan oleh jurulatih program Pendidikan Luar dan Bina Insan Guru masih kurang

    dilakukan.

    Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk:

    1.3.1 Melihat perbandingan stail kepimpinan yang diamalkan oleh jurulatih

    Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru di Institut Perguruan

    Temenggong Ibrahim Johor Bahru.

    1.3.2 Melihat adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih

    Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan jantina.

    1.3.3 Melihat adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih

    Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan umur.

    1.3.4 Melihat adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih

    Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan bangsa.

    1.3.5 Melihat adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih

    Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan penglibatan.

    1.4 PERSOALAN KAJIAN

    Berdasarkan tujuan-tujuan di atas, kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:

    1. Adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih Pendidikan

    Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan jantina.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    22/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    12

    2. Adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih Pendidikan

    Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan umur.

    3. Adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih PendidikanLuar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan bangsa.

    4. Adakah terdapat perbezaan perbandingan stail kepimpinan jurulatih Pendidikan

    Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan penglibatan.

    1.5 HIPOTESIS KAJIAN

    Berdasarkan tujuan-tujuan di atas, kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:

    1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan stail kepimpinan

    jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan jantina.

    2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan stail kepimpinan

    jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan umur.

    3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan stail kepimpinan

    jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan bangsa.

    4. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan stail kepimpinan

    jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru berdasarkan penglibatan.

    1.6 KERANGKA KONSEP

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    23/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    13

    Dalam kajian ini, penulis menggunakan Teori Path-Goal iaitu Teori Laluan Matlamat

    yang dipelopori oleh House ( 1971 ) sebagai rujukan. House ( 1971 ) telah menyatakan

    ada empat kaedah kepimpinan bagaimana seorang pemimpin itu mempengaruhi

    pengikutnya iaitu berbentuk pengarahan, sokongan, penyertaan ( partisipatif ) dan berorientasikan pencapaian ( menuju matlamat ).

    Stail kepimpinan yang pertama iaitu pengarahan yang biasanya akan

    meningkatkan usaha di kalangan kakitangan. Sesetengah kakitangan gemar cara yang

    sebegini kerana adalah mudah baginya untuk menjalankan tugas bagi mencapai matlamat

    organisasi. Walaupun stail kepimpinan cara ini berbentuk autokratik tetapi pengikut akan

    merasa puas apabila matlamat organisasi tercapai akhirnya. Stail kepimpinan ini biasanya

    akan meningkatkan prestasi di kalangan pengikut.

    Stail kepimpinan yang kedua iaitu stail kepimpinan yang menyokong di mana

    amat diperlukan oleh kakitangan terutama di dalam situasi tekanan. Umpamanya di dalam

    keadaan kakitangan dibebani dengan timbunan kerja, sokongan moral dari pihak atasan

    amatlah diperlukan. Sokongan moral, tolak-ansur yang diberikan oleh pihak atasan dapat

    meredakan tekanan emosi yang sedang dihadapi oleh kakitangan dan seterusnya dapat

    menghindari perkara-perkara negatif yang mungkin timbul di kalangan kakitangan. Ini

    menjadikan kakitangan meningkatkan daya usahanya untuk menyiapkan kerja yang

    diamanahkan. Ketiadaan sokongan dalam situasi tekanan akan menyebabkan kakitangan

    kehilangan semangat untuk menyiapkan tugas yang diamanahkan. Kesannya produktiviti

    akan berkurangan dan prestasi kerja kakitangan akan menurun.

    Stail kepimpinan yang ketiga ialah stail penyertaan ( partisipatif ). Kepimpinan

    stail ini adalah seorang pemimpin itu turut bersama-sama dengan kakitangan bawahandalam membuat sesuatu perancangan tugas, perancangan program, penetapan matlamat,

    membuat kawalan dan penyelarasan terhadap sesuatu program dan membuat keputusan.

    Pemimpin sentiasa berunding dan menerima pandangan serta cadangan dari kakitangan

    bawahannya. Kekuatan stail kepimpinan jenis ini adalah bergantung kepada setakat mana

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    24/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    14

    seseorang pemimpin itu mampu mengawal segala sumber yang ada dengan cekap dan

    berkesan.

    Stail kepimpinan yang keempat pula ialah stail kepimpinan yang berorientasikankejayaan. Kepimpinan stail ini adalah pemimpin yang bertanggungjawab menetapkan

    matlamat. Pemimpin mempunyai penuh keyakinan terhadap kemampuan dan kebolehan

    yang dimiliki oleh kakitangan bawahannya untuk menjayakan tugas yang telah ditetapkan.

    Rajah 1

    Kerangka Konseptual Kajian

    ( Diubahsuai dari Path-Goal Theory oleh House & Mitchell, 1974 )

    Kerangka konseptual menerangkan hubungan antara pembolehubah yang

    digunakan dalam kajian ini. Stail kepimpinan jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih

    Bina Insan Guru iaitu tingkahlaku mengarah, menyokong, penyertaan dan berorientasikan

    kejayaan merupakan pembolehubah bersandar yang dipengaruhi oleh faktor-faktor

    Faktor Demografi

    JantinaUmur Bangsa

    penglibatan

    Stail Kepimpinan

    - Mengarah- Menyokong- Penyertaan- Berorientasikan

    pencapaian

    KepimpinanJurulatih

    - PendidikanLuar

    - Bina InsanGuru

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    25/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    15

    demografi seperti jantina, umur dan bangsa. Faktor demografi ini merupakan

    pembolehubah tidak bersandar. Manakala jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina

    Insan Guru sendiri merupakan output iaitu pembolehubah tidak bersandar. Stail

    kepimpinan yang merupakan pembolehubah bersandar.

    1.7 DEFINISI ISTILAH / KONSEP

    Di dalam penyelidikan ini penulis akan menjelaskan beberapa konsep dari istilah yang

    digunakan di dalam penyelidikan. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perbezaan

    persepsi sehingga terjadinya salah tafsir dalam menentukan tanggapan.

    1.7.1 Kepimpinan

    Kepimpinan berasal dari perkataan pimpin yang bermaksud dibimbing, dipandu dan

    ditunjuk. Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin

    ketika mengarah anggota-anggota kelompok untuk melaksanakan tugas yang akan

    membawa kepada tercapainya matlamat yang ditujui bersama ( House & Mitchell 1974,

    Hersey & Blanchard 1977, Fielder & Garcia 1987 dan Koontz & Weihrinch 1988 ).

    Koontz dan ODonnel ( 1972 ), mendefinisikan kepimpinan sebagai suatu

    kemahiran untuk mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas dengan penuh minat

    dan keyakinan. Kepimpinan juga merupakan satu proses kakitangan untuk

    menghubungkaitkan proses-proses seperti perancangan, pengelolaan dan pengawasan.

    Hodges ( 1950 ) di dalam Zaitol Akmaliah ( 1999 ) pula menyatakan kepimpinanadalah sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai

    matlamat organisasi.

    Reed ( 1967 ) menyatakan kepimpinan sebagai cara-cara mempengaruhi tingkah

    laku manusia supaya sesuatu perjuangan itu dapat dilaksanakan mengikut kehendak

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    26/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    16

    pemimpin. Dalam kajian ini, kepimpinan akan ditakrifkan sebagai kebolehan pengetua

    menunjukkan daya inisiatif, bekerjasama, melibatkan diri dan memberi sumbangan

    kepada guru di sekolahnya.

    Jaafar Muhamad ( 1999 ) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu seni atau

    proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya

    mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi. Manakala

    Robiah K. Hamzah ( 2001 ) menyatakan bahawa kepimpinan adalah merupakan suatu

    bentuk hubungan apabila seseorang mempunyai kesempatan dan kemampuan untuk

    mempengaruhi perlakuan orang lain, melalui gerak laku, pemikiran, tutur kata dan

    tindakannya.

    Stogdill ( dalam Bass dan Stogdill 1990 ) pula memberi definisi kepimpinan

    sebagai satu usaha individu atau kumpulan untuk membangun dan mengekalkan struktur

    tugas dan hala tuju matlamat yang perlu untuk prestasi kumpulan yang berkesan.

    Manakala Lee ( 1985 ) mendefinisikan kepimpinan sebagai kebolehan mempengaruhi dan

    meyakinkan manusia di dalam dan di luar organisasi untuk bekerja dan membantu ke arah

    pencapaian matlamat organisasi.

    Kepimpinan boleh dirumuskan sebagai gaya kepimpinan seseorang pemimpin

    terhadap individu atau kumpulan berdasarkan keupayaan serta kebijaksanaannya

    mengurus staf bawahannya dengan sumber yang ada untuk mencapai matlamat tertentu.

    1.7.2 Jantina

    Jantina di dalam kajian ini bermaksud guru-guru pelatih lelaki dan guru-guru pelatih perempuan

    1.7.3 Umur

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    27/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    17

    Umur di dalam kajian ini merujuk kepada usia responden yang terdiri daripada dua

    peringkat umur iaitu 21 hingga 30 tahun dan 31 hingga 40 tahun

    1.7.4 Bangsa

    Bangsa di dalam kajian ini merujuk kepada bangsa responden yang terdiri daripada

    Melayu, Cina dan India

    1.7.5 Penglibatan

    Penglibatan di dalam kajian ini merujuk kepada responden yang tidak pernah terlibat dan

    yang pernah terlibat di dalam aktiviti pendidikan luar seperti berkhemah, berkayak,

    abseiling dan sebagainya.

    1.7.6 Jurulatih

    Dalam kajian ini jurulatih adalah orang yang ditugaskan untuk melatih orang lain supaya

    mahir di dalam bidang yang diceburi.

    1.7.7 Pendidikan Luar

    Mohd. Yusof Abdullah ( 1992 ) menyatakan pendidikan luar diambil dari kata nama `

    outdoor yang bermaksud alam semulajadi yang jauh daripada kediaman manusia. Ia

    juga membawa maksud perbuatan mencari sesuatu di dalam alam sekitar luar. Pendidikan

    luar ialah proses pendidikan yang berlaku apabila pelajar dibawa ke persekitaran luar bagi

    maksud memperkayakan, memperkembangkan dan melengkapkan pendidikanmenggantikan pembelajaran bilik darjah.

    Lund ( 2002 ) menyatakan bahawa pendidikan luar merupakan kaedah

    pembelajaran berdasarkan pengalaman dengan menggunakan semua deria. Ia dijalankan

    di tempat yang khusus tetapi tidak secara ekslusif, melalui pendedahan ke atas alam

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    28/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    18

    persekitaran semula jadi. Penekanan yang diberikan ialah mengenai pengetahuan

    berdasarkan kajian hubungan antara manusia dengan alam semulajadi.

    Neill ( 2002 ) merujuk pendidikan luar sebagai antarabangsa. Pembelajaran berdasarkan pengalaman di mana tumpuan manusia di dalam aktiviti-aktiviti yang

    mencabar bagi meningkatkan kesejahteraan individu, komuniti dan persekitaran.

    Lewis ( 1975 ) menyatakan pendidikan luar memerlukan penggunaan deria-deria

    pendengaran, penglihatan, rasa, sentuh dan bau bagi penerokaan dan pengamatan.

    Ford ( 1981 ) pula menyatakan pendidikan luar memberi penekanan ke atas tiga

    domain pembelajaran iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap.

    1.7.8 Bina Insan Guru

    Bina insan guru di dalam kajian ini bermaksud pembentukan diri individu dengan ilmu

    dan kemahiran yang berlandaskan nilai dan norma tempatan , keagamaan dan universal.

    1.7.9 Stail Kepimpinan

    Stail kepimpinan merupakan satu kemahiran atau corak pentadbiran yang bertujuan untuk

    mempengaruhi individu di dalam menyelesaikan tugasan masing-masing dengan penuh

    minat dan berkeyakinan ke arah pencapaian matlamat. Menurut Abdullah Mohd. Yusof

    ( 1997 ), stail kepimpinan merupakan suatu pendekatan seseorang pemimpin untuk

    mengarah dan mengawal sumber-sumber tenaga di dalam organisasi yang dipimpinnya

    bagi mencapai matlamat organisasi. Di dalam penyelidikan ini, penulis menfokuskankepada Teori Path-Goal ( Teori Laluan Matlamat ) yang dikemukakan oleh House

    ( 1971 ).

    1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    29/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    19

    Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perbandingan terhadap gaya kepimpinan yang

    diamalkan oleh jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru Institut

    Pendidikan Guru di Malaysia . Dapatan kajian ini diharapkan dapat menghasilkan

    penjelasan kepada persoalan kajian dan dijadikan pedoman serta panduan kepada semua pentadbir umumnya dan jurulatih-jurulatih yang terlibat khususnya:

    1. Hasil kajian ini akan dapat menerangkan tentang perbandingan stail kepimpinan

    yang diamalkan oleh jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru di

    Institut Perguruan Temenggong Ibrahim.

    2. Di samping itu, diharapkan hasil kajian ini dapat mengenalpasti stail kepimpinan

    yang diinginkan oleh semua guru pelatih di Institut Pendidikan Guru di Malaysia

    3. Hasil kajian ini diharapkan akan dapat memberi maklum balas kepada pihak

    pengurusan institut di dalam merancang program bagi meningkatkan kualiti

    kepimpinan di peringkat program yang dilaksanakan.

    4. Hasil kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dan

    memperkayakan budaya ilmu di dalam bidang perancangan dan pengurusan

    pendidikan.

    5. Hasil kajian ini diharapkan akan dapat dijadikan sebagai panduan kepada setiap

    pemimpin atau semua yang berkepentingan di dalam bidang pengurusan

    khususnya pengurusan Institut Pendidikan Guru.

    6. Hasil kajian ini juga diharapkan akan dapat dijadikan input bagi pentadbir atau pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru dan ketua-ketua jabatan yang masih

    kurang pengalaman di dalam mentadbir organisasi.

    7. Hasil kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu pihak Bahagian Pendidikan

    Guru, Institut Pendidikan Guru dan pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    30/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    20

    mendapatkan maklumat serta rujukan dalam aspek keberkesanan kepimpinan

    jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru.

    8. Diharapkan juga agar kajian ini dapat dijadikan pendorong kepada kajian-kajianlain supaya budaya penyelidikan ini dapat dijadikan sumber di dalam membantu

    peningkatan dan keberkesanan pendidikan di negara ini.

    1.9 BATASAN KAJIAN

    Kajian yang dijalankan ini adalah terbatas ke atas jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih

    Bina Insan Guru Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Di dalam kajian

    ini guru pelatih lelaki dan perempuan yang dipilih secara rawak dan sedang mengikuti

    Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah sebagai sampel dan populasi kajian. Tumpuan

    kajian ini ialah untuk mengetahui perbandingan stail kepimpinan jurulatih Pendidikan

    Luar dan jurulatih Bina Insan Guru di dalam mengendalikan program dan aktiviti yang

    diwajibkan kepada guru pelatih di Institut Pendidikan Guru.

    Dapatan kajian ini tidak akan dapat menggambarkan secara keseluruhan Stail

    Kepimpinan jurulatih Pendidikan Luar dan jurulatih Bina Insan Guru yang terdapat di

    Malaysia. Bahkan ia hanya menggambarkan Stail Kepimpinan jurulatih Pendidikan Luar

    dan jurulatih Bina Insan Guru di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim sahaja.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    31/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    21

    BAB II

    KAJIAN KEPUSTAKAAN

    2.1 PENDAHULUAN

    Bab ini membincangkan teori dan konsep yang berkaitan dengan tingkah laku jurulatih

    dan hubungannya dengan kepimpinan. Konsep-konsep kepimpinan yang berkesan serta

    Teori Laluan-Matlamat yang dikemukakan oleh Robert J. House dan Terence R. Mitchell

    ( 1974 ) dihuraikan dengan mendalam. Bab ini juga membentangkan kajian-kajian lepas

    berkaitan dengan gaya kepimpinan dan kesannya ke atas kepimpinannya.

    2.2 LITERATUR BERKAITAN

    Pemimpin adalah merupakan suatu lambang kepada organisasi. Maju atau mundurnya

    sesebuah organisasi itu akan memperlihatkan kewibawaan seseorang pemimpin itu.

    Dalam erti kata lain pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab mencorakkan cara

    bekerja sesebuah organisasi. Peranannya sebagai pemangkin perubahan amat diperlukan

    sekali dalam menentukan hala tuju organisasi yang dipimpinnya.

    Sebagai pemimpin, memang tidak dinafikan bahawa mereka terpaksa berhadapandengan berbagai situasi dan tingkah laku orang yang dipimpinnya. Di sinilah kewibawaan

    seorang pemimpin itu dinilai oleh anak buahnya.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    32/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    22

    2.2.1. Pemimpin dan Kepimpinan

    Pemimpin disebut sebagai ketua atau ` leader bermaksud orang yang memimpin.

    Menurut Patrick et. al. ( 1997 ), All leaders have responsibility to teach and guide their juniors. Tambahnya lagi, Leaders are responsible for building trust within

    organizations.

    Ini bermakna sebagai seorang ketua atau pemimpin, tanggungjawabnya adalah

    berat iaitu mengajar dan memimpin kakitangan yang baru. Seorang pekerja baru

    hendaklah dipimpin dan diberi tunjuk ajar dengan sebaik-baiknya. Bukan hanya

    meletakkan kesalahn dan kelemahan di bahu pekerja sahaja. Pemimpin juga bertanggung

    jawab membina kesetiaan pekerja terhadap organisasi. Apabila kesetiaan telah terbina di

    dalam jiwa pekerja berkenaan, mereka akan merasakan bahawa organisasi itu adalah

    kepunyaannya. Justeru itu, seluruh tenaganya akan dicurahkan kepada organisasi jika

    ianya diperlukan.

    Menurut Gordon ( 1991 ) kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di

    antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan

    keseluruhan ahli-ahlinya yang menganggotai kumpulan, pemimpin mempengaruhi dan

    pengikut mematuhi atau akur.

    Cribbin ( 1972 ) di dalam Razali Mat Zin ( 1991 ) menyatakan kepimpinan dapat

    dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa

    yang khusus serta dapat merangsang mereka berusaha secara rela hati bagi mencapai

    matlamat bersama.

    Dari beberapa definisi yang diberikan di atas dapatlah dinyatakan bahawa

    kepimpinan melibatkan dua pihak iaitu pemimpin dan orang yang dipimpin.

    Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan kerjasama mereka supaya melakukan apa

    yang dikehendaki tanpa adanya unsur-unsur paksaan walaupun kepimpinan itu

    mempunyai kuasa.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    33/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    23

    Patrick et.al ( 1997 ) menyatakan Leadership adalah To comprehend what a

    profound change there has been...leadership skills must be mastered by everyone in the

    organization if the organization is to survive. Berdasarkan kepada kenyataan ini, jelaslah

    menunjukkan bahawa dalam kepimpinan mereka mestilah memahami apakah perubahan- perubahan yang telah dilakukan. Kepimpinan juga mestilah benar-benar mahir mengenai

    segala yang ada di dalam organisasi demi menjamin kesinambungan dan kelancaran

    sesebuah organisasi.

    Oleh yang demikian, pemimpin dan kepimpinan sebenarnya adalah suatu yang

    tidak dapat dipisahkan kerana pemimpin sebagai ketua perlu melaksanakan tugas

    memimpin. Dari situlah akan dilihat kemampuan kepimpinannya dalam menggerakkan

    pengikut-pengikutnya bagi mencapai matlamat organisasi.

    2.2.2 Kepimpinan dan Pengurusan

    Di dalam aspek kepimpinan seseorang pemimpin itu mestilah dapat merangsang

    pengikut-pengikutnya supaya bekerja menuju ke suatu matlamat. Mereka mestilah

    berupaya mempengaruhi orang lain untuk sama-sama bekerja ke arah pencapaian

    matlamat tanpa wujudnya paksaan.

    Menurut Ibrahim Mamat ( 1993 ) di dalam aspek pengurusan seorang pemimpin

    itu tidak boleh lari menjalankan fungsinya iaitu perancangan, pengelolaan, motivasi dan

    pengawasan. Beliau menambah lagi bahawa bagi memastikan fungsi-fungsi itu berjaya

    dilaksanakan, tiga kemahiran diperlukan:

    1. Kemahiran teknik : Kebolehan menggunakan pengetahuan, kaedah-kaedah,

    teknik-teknik dan alat-alat yang diperlukan bagi menjalankan sesuatu tugas.

    Kebolehan ini adalah hasil daripada pengalaman, pendidikan dan latihan.

    2. Kemahiran komunikasi : Kebolehan bergaul dan bekerja dengan manusia lain.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    34/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    24

    3. Kemahiran konsep : Kebolehan memahami keanekaragaman dalam organisasi dan

    kemudian menyesuaikan diri di dalamnya.

    Kemahiran-kemahiran ini perlu ada pada pengurus supaya ia dapat bertindak sebelum sesuatu masalah timbul dan bukan selepas masalah timbul.

    Razali Mat Zin ( 1991 ) telah memberikan empat dimensi utama di dalam

    kepimpinan pengurusan:

    1. Personaliti pemimpin: Setiap pemimpin mempamerkan ciri-ciri personaliti

    tertentu. Oleh kerana pemimpin berbeza dari segi latar belakang, nilai dan prinsip,

    minat dan kecondongan maka gelagat kepimpinan yang tertonjol dalam proses

    kepimpinan juga berbeza.

    2. Personaliti kumpulan: Setiap kumpulan mengandungi dua atau lebih individu

    sebagai ahlinya. Setiap individu memiliki personaliti tersendiri tetapi apabila

    mereka berinteraksi di antara satu dengan lain secara formal atau tidak formal

    maka kumpulan itu akan membina ciri-ciri khusus baginya dari segi personaliti,

    penerimaan, kuasa, keberkesanan, kemahiran dan lain-lain. Jadi setiap kumpulan

    memerlukan corak atau jenis kepimpinan yang khusus dan bersesuaian dengannya.

    Satu corak gelagat kepimpinan yang berkesan dan berjaya dalam satu kumpulan

    mungkin gagal dalam kumpulan yang lain.

    3. Keadaan: keadaan berbeza dari banyak aspek dan adalah mustahil untuk

    mendapatkan semua keadaan menjadi seragam setiap masa. Perbezaan keadaan

    menyebabkan corak kepimpinan yang diperlukan tidak sama malah lebihmenekankan kepada kesesuaian dengan sifat keadaan tersebut.

    4. Faktor organisasi: Setiap organisasi atau jabatan dalam organisasi adalah berbeza

    di antara satu sama lain dari segi sejarah kewujudan, tradisi, peraturan bertulis dan

    yang tidak bertulis, kaedah-kaedah pengurusan, pembahagian kerja dan kejelasan

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    35/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    25

    tanggungjawab. Oleh itu, kepimpinan mesti mengambil kira perbezaan-perbezaan

    di atas bagi merangka strategi untuk mencapai matlamat-matlamat organisasi.

    Berdasarkan empat dimensi yang dinyatakan di atas maka jelaslah sebagai pemimpin yang sekali gus menjalankan tugas mengurus perlu mengambil kira keempat-

    empat di atas di dalam menentukan segala bentuk tindakan. Sebagai pemimpin yang

    menjalankan tugas pengurusan perlu peka terhadap kemahuan setiap pekerjanya.

    Kesilapan di dalam menentukan tindakan dan arahan akan menimbulkan konflik.

    2.3 KAJIAN BERKAITAN

    2.3.1 Sejarah Teori-teori Kepimpinan

    Teori Trait (Sifat/Perangai) dalam kepimpinan adalah yang pertama dikaji di awal tahun

    1900. ( Northouse, 2001 ). Teori ini mendefinisikan ciri-ciri trait adalah sifat yang

    menjadikan seseorang itu pemimpin. Teori ini menumpukan kepada kualiti-kualiti

    semulajadi dan ciri-ciri yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin sosial, praktikal dan

    ketenteraan.

    Stogdill ( 1948 ) mencadangkan tidak ada set ciri-ciri yang konsisten yang

    membezakan pemimpin-pemimpin dengan bukan pemimpin merentasi kepelbagaian

    situasi. Sebaliknya kepimpinan adalah hubungan antara orang-orang di dalam latar

    belakang sosial. Kajian mendapati, pemimpin-pemimpin dalam teori ini adalah bijak,

    peka, bertanggungjawab, celik akal, berinisiatif, yakin diri, mudah bersosial dan tabah

    ( Stogdill 1974 ). Namun kualiti-kualiti ini menjamin yang seseorang individu itu akanmenjadi pemimpin. Ciri-ciri ini mesti relevan dengan situasi-situasi di mana pemimpin itu

    berfungsi seperti:

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    36/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    26

    Menggerak rasa tanggung jawab dan pelaksanaan tugas

    Bertenaga dan tabah dalam menuju sasaran

    Berani dan telus dalam menyelesaikan masalah

    Menggerak dan mempraktikkan inisiatif di dalam situasi-situasi sosial, keyakinan

    diri dan mengenal perasaan sendiri.

    Kesanggupan untuk menerima akibat-akibat dari keputusan dan tindakan

    Kesediaan untuk menghadapi tekanan interpersonal

    Kesanggupan untuk berdepan dengan kekecewaan

    Mampu untuk mempengaruhi perlakuan orang lain

    Keupayaan untuk menstruktur sistem interaksi sosial bagi mencapai matlamat

    Pendekatan cara kepimpinan berbeza dengan pendekatan ciri-ciri iaitu ia

    menekankan perlakuan pemimpin dan bukannya ciri-ciri personaliti mereka. Pendekatan

    cara fokus kepada apa pemimpin lakukan dan bagaimana mereka bertindak ke atas orang

    bawahan ( Fleishman 1973 ). Terdapat 2 ciri kepimpinan yang telah dikenalpasti iaitu

    perlakuan tugasan dan perlakuan hubungan. Perlakuan tugasan adalah fokus kepada

    sasaran pencapaian. Manakala perlakuan hubungan adalah fokus kepada menolong orang-

    orang bawahan untuk merasa selesa antara satu sama lain.

    2.3.2 Kajian Ohio State

    Teori-teori tingkah laku yang paling komprehensif dan sering ditiru bermula

    dengan penyelidikan di Universiti Ohio State di akhir tahun 1940-an. Penyelidik-

    penyelidik telah cuba mengenalpasti dimensi-dimensi tingkah laku pemimpin. Bermula

    dengan banyak dimensi, mereka telah mengurangkan kepada dua kategori yang

    diterangkan oleh pekerja bawahan. Mereka mengkategorikan dua dimensi ini memulakan

    struktur dan pertimbangan. Tingkah laku memulakan struktur adalah merujuk kepada

    setakat mana pemimpin mendefinisikan dan menstrukturkan peranannya serta peranan

    orang bawahan untuk mencapai matlamat organisasi. Ini termasuklah tingkah laku yang

    cuba menyusun perhubungan tugasan dan matlamat. Menurut Robbins ( 1998 ), seorang

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    37/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    27

    pemimpin yang mempunyai ciri-ciri memulakan struktur dikatakan sebagai seorang yang

    mengarahkan ahli kumpulan melakukan tugasan tertentu, menjangkakan pekerja

    mempunyai standard prestasi yang tertentu dan menekankan pematuhan kepada mesej

    yang telah ditetapkan. Pertimbangan menerangkan setakat mana seorang berkemungkinanmempunyai perhubungan tugasan yang dicirikan oleh kepercayaan, hormat terhadap idea

    orang bawahan dan mengambil kira perasaan mereka. Mereka menunjukkan kesanggupan

    untuk menyediakan keselesaan untuk pengikut-pengikut, kesejahteraan, status dan

    kepuasaan hati terhadap pekerjaan. Seorang pemimpin yang mempunyai pertimbangan

    yang tinggi boleh disebut sebagai seorang yang membantu orang bawahan dengan

    masalah peribadi mereka, peramah dan boleh didampingi dan melayan semua pekerja

    bawahan sama rata.

    Penyelidikan yang mendalam, berdasarkan definisi ini mendapati pemimpin

    mempunyai daya memulakan struktur dan pertimbangan yang tinggi, cenderung untuk

    mencapai prestasi dan kepuasan pekerja yang tinggi daripada mereka yang mempunyai

    pertimbangan atau memulakan struktur atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun gaya

    yang tinggi tidak selalunya membawa keputusan yang positif. Sebagai contoh, pemimpin

    yang mempunyai tingkah laku memulakan struktur yang tinggi akan melibatkan

    ketidakpuasan hati, ketidak hadiran dan pusing ganti yang tinggi dan kuran gkepuasan

    hati terhadap pekerjaan.

    Kajian-kajian lain mendapati pertimbangan rasa yang tinggi mempunyai

    perhubungan secara negatif dengan prestasi pemimpin yang dinilai oleh ketua mereka.

    Sebagai rumusan, kajian Ohio State mencadangkan bahawa gaya tinggi-tinggi biasanya

    membawa kesan yang positif tetapi terdapat beberapa bukti yang mencukupi

    menunjukkan bahawa faktor-faktor situasional perlu diintegrasikan ke dalam teori.

    2.3.3 Kajian Universiti Michigan

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    38/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    28

    Kajian kepimpinan yang dijalankan di Universiti Michigan pada masa yang sama dengan

    Ohio State mempunyai objektif-objektif yang sama; untuk mencapai ciri-ciri tingkah laku

    pemimpin yang berkaitan dengan ukuran keberkesanan prestasi.

    Para pengkaji di Michigan Universiti telah mengenalpasti terdapat dua jenis

    tingkah laku kepimpinan iaitu berorientasikan pekerja dan berorientasikan pengeluaran.

    Pemimpin yang berorientasikan pekerja mempunyai kecenderungan melihat keperluan

    pekerja-pekerja bawahan mereka dan menerima perbezaan-perbezaan individu yang

    wujud di antara ahli-ahli. Pemimpin yang berurusan dengan orang bawahan dengan penuh

    rasa perikemanusiaan, menunjukkan minat atas apa yang dilakukan oleh orang bawahan

    dan menunjukkan rasa penuh hormat kepada pekerja secara individu. Pemimpin yang

    berorientasikan pengeluaran pula cenderung menekankan aspek teknikal atau aspek

    penghasilan kerja ( Bowers 1976 ). Tumpuan utama ialah untuk mencapai tugasan

    kumpulan dan ahli-ahli kumpulan adalah untuk mencapai maksud tersebut.

    Rumusan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik Michigan memihak kepada

    pemimpin-pemimpin yang berorientasikan pekerja. Pemimpin yang berorientasikan

    pekerja dikaitkan dengan kumpulan produktiviti dan kepuasan pekerja yang rendah.

    2.3.4 Grid Pengurusan

    Blake dan Mouton ( 1964 ) telah memperkenalkan grafik dua dimensi gaya kepimpinan.

    Mereka mengemukakan grid pengurusan berdasarkan gaya mengambil berat terhadap

    orang dan mengambil berat terhadap pengeluaran yang merujuk kepada dimensi Ohio

    State bagi pertimbangan rasa dan memulakan struktur atau dimensi Michigan yang

    berorientasikan pekerja dan pengeluaran.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    39/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    29

    Rajah 2

    Grid Pengurusan oleh Blake & Mouton ( 1964 )

    Grid ini mempunyai sembilan kedudukan di sepanjang setiap paksi, membentuk

    81 kedudukan yang berbeza di mana gaya seorang pemimpin boleh diletakkan. Grid tidak

    menunjukkan keputusan tetapi menunjukkan faktor-faktor yang dominan mengikut

    pemikiran pemimpin.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    40/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    30

    Berdasarkan kajian Blake dan Mouton ( 1985 ), pengurus didapati bertindak

    dengan baik di bawah gaya 9.9 berbanding dengan 9.1 ( gaya autoriti ) atau gaya 1.9

    ( gaya kelab country ). Grid memberi rangka yang lebih baik bagi mengkonsepsikan gaya

    kepimpinan. Terdapat sedikit bukti substantif yang menyokong rumusan yangmengatakan gaya 9.9 adalah yang paling berkesan di dalam semua keadaan.

    Berdasarkan grid, cara yang paling dapat mencapai keputusan terbaik ialah

    melalui cara berpasukan kerana ia bercirikan rasa ambil tahu ke atas kedua-dua orang

    bawahan dan pengeluaran. Walau bagaimanapun, konsep satu cara yang boleh

    disesuaikan dengan semua situasi atau keadaan tidak disokong oleh kajian kepimpinan

    yang berkesan. Steinmetz & Todd telah merumuskan bahawa beberapa pemimpin yang

    efektif apabila mereka kurang ambil berat terhadap orang lain manakala yang lain lebih

    efektif apabila mereka kurang ambil berat pada pengeluaran. Bagaimanapun, masih ada

    yang efektif bila mereka kurang ambil berat pada kedua-duanya iaitu pada orang lain dan

    pengeluaran.

    2.3.5 Teori Situasional Hersey dan Blanchard

    Paul Hersey dan Ken Blanchard telah mengembangkan satu model kepimpinan

    yang telah mendapat sokongan kuat di kalangan pakar pembangunan pengurusan. Model

    ini dipanggil teori kepimpinan keadaan yang telah digunakan sebagai alat latihan di

    syarikat-syarikat terkemuka, ia juga diterima luas dalam semua cawangan angkatan

    tentera.

    Hersey and Blanchard ( 1977 ) dalam pendekatan situasi menyatakan bahawa lain

    situasi lain cara kepimpinan dan pemimpin perlu mengadaptasi cara kepimpinannya

    dengan situasi-situasi yang berbeza.

    Kepimpinan keadaan adalah satu teori kontingensi yang menumpukan kepada

    pengikut-pengikut. Kejayaan kepimpinan dicapai melalui pemilihan gaya kepimpinan

    yang sesuai dan bergantung kepada tahap kesediaan pengikut. Penumpuan ke atas

    pengikut dalam keberkesanan kepimpinan mencerminkan kenyataan bahawa pengikut

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    41/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    31

    yang menentukan sama ada menerima menerima atau menolak pemimpin. Walau apapun

    yang dilakukan oleh pemimpin, keberkesanan bergantung kepada tingkah laku

    pengikutnya. Ini adalah dimensi penting yang kurang ditegaskan dalam kebanyakan teori

    kepimpinan.

    Rajah 3

    Model Kepimpinan Situasional oleh Hersey & Blanchard ( 1977 )

    Kepimpinan situasional menggunakan dua dimensi kepimpinan yang dikenal pasti oleh

    Fiedler: tingkah laku tugas dan hubungan. Akan tetapi, Hersey dan Blanchard mengambil

    satu langkah ke hadapan lagi dengan mempertimbangkan setiap satu sebagai tinggi atau

    rendah dan menggembeleng mereka kepada empat tingkah laku kepimpinan yang spesifik

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    42/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    32

    iaitu memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan membahagi tugas. Mereka

    dihuraikan seperti berikut:

    1. Memberitahu ( tugas tinggi hubungan rendah ).Pemimpin mendefinisikan tugas dan memberitahu seorang apa, bagaimana, bila

    dan di mana tugas-tugas perlu dilaksanakan. Ia mengutamakan tingkah laku

    direktif.

    2. Menjual ( tugas tinggi hubungan tinggi ).

    Pemimpin menunjukkan kedua-dua tingkah laku direktif dan sokongan.

    3. Mengambil bahagian ( tugas rendah hubungan tinggi )

    Pemimpin dan pengikut bersama-sama membuat keputusan. Peranan utama

    pemimpin adalah sebagai fasilitator dan komunikator.

    4. Membahagi tugas ( tugas rendah hubungan rendah )

    Pemimpin memberi sedikit sahaja arahan dan sokongan.

    Komponen terakhir teori ini adalah mendefinisikan empat peringkat kesediaan

    pengikut:

    R1. Orang tidak boleh dan tidak mahu atau tidak yakin mengambil tanggung jawab

    melakukan sesuatu. Mereka adalah tidak cekap dan tidak yakin.

    R2. Orang tidak boleh tetapi sanggup menjalankan tugas yang diperlukan. Mereka

    bermotivasi tetapi tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan sekarang.

    R3. Orang boleh tetapi sanggup atau curiga untuk membuat apa yang dikehendaki pemimpin.

    R4. Orang boleh dan sanggup untuk melakukan tugas yang diamanahkan.

    Rajah model kepimpinan ini mengintegrasikan komponen-komponen itu menjadi

    model kepimpinan situasional. Apabila pengikut mencapai tahap kesediaan yang semakin

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    43/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    33

    tinggi, pemimpin bertindakbalas dengan mengurangkan kawalan terhadap aktiviti-aktiviti

    dan juga mengurangkan tahap tingkah laku hubungan. Pada peringkat R1, pengikut

    memerlukan arahan jelas dan spesifik. Di peringkat R2, kedua-dua tingkah laku tugas-

    tinggi dan hubungan tinggi diperlukan. Tingkah laku tugas-tinggi menggantikanketidakupayaan pengikut dan tingkah laku hubungan-tinggi cuba mempengaruhi pengikut

    secara psikologi untuk mengikut kehendak pemimpin. R3 melambangkan masalah

    motivasi yang boleh diselesaikan dengan gaya yang tidak direktif, mengambil bahagian

    dan memberi sokongan. Akhir sekali di R4, pemimpin tidak perlu mengambil tindakan

    yang banyak kerana pengikut sanggup dan boleh memikul tanggung jawab.

    Jika diperhatikan terdapat persamaan di antara empat gaya kepimpinan Hersey

    dan Blanchard dan empat sudut ekstrim dalam Petak Pengurusan. Gaya memberitahu

    adalah sama dengan pemimpin 9, 1; menjual adalah sama dengan 9, 9; mengambil

    bahagian adalah sama dengan1, 9; dan mengambil tugas setaraf adalah sama dengan

    pemimpin 1, 1. Menurut Hersey dan Blanchard, Petak itu menegaskan keperihatinan

    terhadap pengeluaran dan orang yang menunjukkan dimensi sikap. Kepimpinan

    situasional menegaskan gelagat tugas dan hubungan.

    2.3.6 Teori Kontingensi

    Teori Kontingensi di dalam kepimpinan menerangkan bahawa pemimpin adalah

    berpadanan dengan keadaan-keadaan atau situasi-situasi tertentu. Keberkesanan

    seseorang pemimpin bergantung kepada bagaimana baik gaya kepimpinannya bersesuaian

    dengan situasi ( Fiedler & Chemers, 1974 ). Di dalam usaha untuk memahami prestasi

    pemimpin, adalah penting untuk mengetahui situasi-situasi yang dipimpinnya. Fiedler

    ( 1967 ) menetapkan bahawa terdapat tiga dimensi situasi yang mempunyai kesan kritikalke atas keberkesanan pemimpin:

    1. Hubungan pemimpin dan ahli

    - tahap kepercayaan antara pemimpin dan ahli kumpulan

    2. Struktur tugasan

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    44/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    34

    - tahap sesuatu tugasan itu boleh didefinisikan secara spesifik.

    3. Kedudukan Kuasa

    - jumlah kuasa secara formal yang ada pada seseorang pemimpin di atas

    jawatan yang dimilikinya.

    Rajah 4

    Dimensi Kepimpinan mengikut struktur dan kuasa oleh Fiedler ( 1964 )

    Kajian Fiedler telah menyokong idea-idea ini bahawa situasi-situasi ini boleh berlaku bila pemimpin itu disukai, dipercayai dan ada hubungan yang baik dengan ahli,

    tugasan yang dibina dengan sebaiknya dan tingginya tahap kekuasaan

    2.3.7 Teori Kepimpinan Atribusi

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    45/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    35

    Teori atribusi menjelaskan bagaimana orang ramai cuba memahami hubungan

    penyebab kesan. Apabila sesuatu berlaku, mereka ingin mengaitkan kejadian tersebut

    dengan sesuatu penyebab. Dalam konteks kepimpinan, teori atribusi menyatakan

    bahawa kepimpinan merupakan suatu tanggapan yang dikaitkan dengan orang ramaidengan individu-individu yang lain. Dengan berdasarkan rangka atribusi ini, para

    penyelidik mendapati bahawa orang ramai mengaitkan para pemimpin dengan ciri-ciri

    berikut iaitu kebijaksanaan, personaliti yang outgoing, kemahiran bertutur yang baik,

    sikap agresif, bertimbang rasa, rajin dan tabah. Selaras dengan pernyataan ini, seseorang

    pemimpin yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam menginisiatifkan struktur

    (tugasan) serta pertimbangan orang ramai didapati mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin

    yang baik. Pemimpin yang sedemikian dianggap dapat bertindak dengan sebaiknya tanpa

    mengira jenis situasi yang dihadapi.

    Untuk tahap organisasi, rangka atribusi menggariskan keadaan-keadaan di mana

    orang ramai akan menggunakan kepimpinan untuk menjelaskan kesudahan-kesudahan

    yang berkaitan dengan organisasi. Keadaan-keadaan tersebut merupakan sesuatu yang

    melampaui pencapaian sesebuah organisasi. Apabaila sesebuah organisasi mempunyai

    pencapaian yang teramat buruk atau yang tersangat baik, orang ramai akan terdorong

    membuat tanggapan kepimpinan yang telah menyebabkan pencapaian sedemikian. Salah

    satu tema teori kepimpinan atribusi yang dianggap menarik adalah persepsi yang

    beranggapan bahawa secara umumnya, para pemimpin yang efektif akan selalu konsisten

    dan tidak teragak-agak dalam membuat keputusan.

    2.3.8 Teori Kepimpinan Karismatik

    Teori kepimpinan karismatik adalah berasaskan perkembangan teori atribusi. Teori inimengatakan bahawa pengikut akan mempamerkan keupayaan kepimpinan yang berani

    dan luar biasa apabila mereka memerhatikan tingkah laku-tingkah laku yang tertentu.

    Tumpuan utama kajian dan pembelajaran kepimpinan karismatik adalah kepada ciri-ciri

    yang membezakan di antara pemimpin yang berkarisma dan pemimpin yang tidak

    berkarisma.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    46/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    36

    Beberapa pengkaji telah cuba mengenalpasti ciri-ciri seseorang pemimpin

    berkarisma. House ( 1971 ) menyatakan bahawa terdapat tiga ciri utama pemimpin

    berkarisma iaitu sikap yakin diri yang amat tinggi, dominasi serta sikap berpegang teguhterhadap kepercayaan sendiri. Conger dan Kanungo ( 1988 ) telah membuat kesimpulan

    bahawa pemimpin-pemimpin yang berkarisma mempunyai suatu objektif sempurna yang

    ingin mereka kecapi, komitmen diri yang teguh terhadap objektif tersebut, diandaikan

    bersikap tidak konvensional, tegas dan yakin diri serta dianggap sebagai agen perubahan

    radikal dan bukannya pengurus status quo semata-mata. Berikut adalah ringkasan

    perbezaan ciri-ciri berkarisma dan tidak berkarisma:

    1. Yakin-diri.

    Mereka mempunyai keyakinan diri yang sepenuhnya terhadap penilaian yang

    dibuat serta keupayaan diri mereka sendiri.

    2. Satu Visi

    Ini merupakan satu objektif yang ideal bertujuan untuk memperbaiki keadaan di

    masa hadapan berbanding dengan keadaan semasa.

    3. Keupayaan untuk menyampaikan visi tersebut.

    Mereka boleh menjelaskan serta menyampaikan visi mereka dalam bentuk yang

    mudah difahami oleh orang lain. Kaedah penyampaian ini menunjukkan bahawa

    pemimpin tersebut sedar akan keperluan para pekerja. Ini boleh dijadikan suatu

    faktor motivasi.

    4. Penegasan terhadap visi tersebut.Para pemimpin berkarisma dianggap sangat komited, sanggup menghadapi risiko

    diri yang tinggi, sanggup membelanjakan kos yang tinggi serta melakukan

    pelbagai pengorbanan untuk mencapai visi tersebut.

    5. Gelagat luar biasa.

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    47/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    37

    Mereka yang berkarisma mempunyai gelagat yang dianggap oleh orang ramai

    sebagai sesuatu yang baru, tidak konvensional serta menentang kebiasaan. Bila

    pemimpin-pemimpin tersebut telah mencapai kejayaan, kelakuan tersebut akan

    menimbulkan kejutan dan seterusnya dipuji oleh para pengikutnya.

    6. Dianggap sebagai agen perubahan.

    Para pemimpin yang berkarisma dianggap sebagai agen perubahan radikal dan

    bukannya penjaga status quo semata-mata.

    7. Sensitif terhadap persekitaran.

    Para pemimpin ini berupaya melakukan penilaian realistik berkenaan konstrain

    persekitaran dan sumber-sumber yang diperlukan untuk melakukan perubahan

    tersebut.

    Buat masa ini, tumpuan diberikan kepada usaha mengenalpasti bagaimana

    pemimpin-pemimpin yang berkarisma mempengaruhi para pengikutnya. Proses

    mempengaruhi ini bermula apabila pemimpin menyampaikan visi yang menarik kepada

    pengikutnya. Visi tersebut menghubungkan masa kini dengan masa hadapan yang lebih

    cerah dan seterusnya secara tidak langsung akan menyebabkan para pengikut berasa

    bahawa masa hadapan mereka di dalam organisasi tersebut lebih terjamin. Kemudiannya,

    pemimpin tersebut akan memaklumkan kepada pengikutnya tentang tingkat pencapaian

    yang diharapkan serta menyatakan kepercayaannya bahawa mereka akan mendapat

    pencapaian yang diidamkan itu. Ini akan meningkatkan harga diri serta keyakinan diri di

    kalangan para pengikutnya. Akhir sekali, pemimpin berkarisma akan melakukan

    pengorbanan serta bertingkah laku tidak konvensional untuk menunjukkan keberanian

    serta ketegasannya terhadap visi yang telah ditetapkan.

    Kepimpinan karismatik tidak selalu diperlukan untuk mengecapi tahap pekerja

    yang tinggi. Kepimpinan sedemikian mungkin lebih sesuai di dalam keadaan di mana

    tugasan para pengikutnya mempunyai unsur ideologi. Ini boleh menjelaskan mengapa

    setiap kali munculnya pemimpin berkarisma, kemungkinan besar adalah untuk tujuan

  • 7/30/2019 Microsoft Word - Thesis Hisham Combined

    48/125

    Hishamuddin B Hassan (2007). Perbandingan Stail Kepimpinan Jurulatih Pendidikan Luar Dan Jurulatih Bina Insan Guru Di InstitutPerguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Tesis Masters yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

    38

    politik, agama, peperangan, untuk memperkenalkan sesuatu produk atau dalam keadaan

    keselamatan nyawa tergugat.

    Namun demikian, pemimpin-pemimpin berkarisma mungkin akan menjadi liabilitisesebuah organisasi apabila krisis atau keadaan yang memerlukan perubahan radikal telah

    tamat. Ini adalah kerana keyakinan diri yang amat tinggi pada seorang pemimpin yang

    berkarisma itu sering bertukar menjadi liabiliti.

    2.3.9 Kepimpinan Transformasi

    Pendekatan semasa kepimpinan ini adalah kepimpinan yang mengubah organisasi dan

    individu serta memimpin ke arah perubahan yang proaktif. Kepimpinan ini menaikkan

    tahap motivasi kedua-dua pihak iaitu pemimpin dan pengikut. Ia memberikan isyarat

    mengenai perubahan-perubahan asas dasar-dasar di dalam sesuatu organisasi. Di d