menyiasat isipadu menerusi permodelan bentuk 3 dimensi
TRANSCRIPT
1
FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA
TMP 6103
MATHEMATICS FOR GIFTED CHILREN
Laporan Projek
Meneroka Pintar Cerdas (Ruang & Visual):
Menyiasat Isipadu Menggunakan Permodelan 3D
Pensyarah: Prof. Dr. Marzita binti Puteh
Disediakan oleh:
Mohd Fathil Bahari M20091000318
Ahmad Fadzli Muhamad M20091000530
Abdul Kalamudinsah Abdul Karim M20102000763
1.0 Pengenalan
2
Keupayaan murid untuk menggunakan kemahiran ruang dan visual (visual-spatial) adalah
salah satu ciri kanak-kanak pintar cerdas. Mereka mempunyai kemahiran ruang dan visual
yang sangat tinggi dan kompleks. Pada umumnya, ciri-ciri kemahiran ruang dan visual yang
tinggi dan kompleks boleh dilihat pada seseorang kanak-kanak pintar cerdas apabila mereka
dapat membuat hubungkait dan mencari persamaan dan perbezaan sesuatu objek atau
fenomena, mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi mengenai sesuatu objek atau
fenomena dan turut mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Satu lagi kemahiran yang kanak-
kanak pintar cerdas miliki apabila berkait dengan ruang dan visual adalah keupayaan mereka
untuk membentuk objek yang sempurna dari segi rupa ciri secara mental, dan boleh memberi
penerangan yang sangat jelas gambaran mental mereka.
1.1 Latarbelakang Projek
Projek ini dilaksanakan bagi mengesan sekiranya terdapat kanak-kanak pintar cerdas di
Sekolah Kebangsaan Periang menerusi aktiviti ruang dan visual yang telah dirancang. Tujuan
utama projek ini adalah untuk mencungkil kepintaran murid-murid tahun lima dan sekiranya
ada, langkah-langkah terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran sedia ada akan diubah.
Tujuan projek ini juga dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada guru untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang dengan melibatkan
elemen-elemen yang boleh mencungkil atau membangunkan pemikiran murid ke peringkat
yang lebih tinggi seperti yang kanak-kanak pintar cerdas miliki.
2.0 Metodologi Projek
3
Bahagian ini akan membincangkan rekabentuk projek, dan pelaksanaan aktiviti yang
dirancang dan dijalankan untuk mencungkil pintar cerdas di kalangan murid tahun 5 SK
Periang.
2.1 Rekabentuk Projek
Projek ini menggunakan kaedah-pelbagai bagi meneroka ciri-ciri pintar cerdas murid-murid
tahun 5 SK Periang. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi mencapai maksud projek adalah
demonstrasi, inkuiri-penemuan dan temubual.
2.1.1 Demonstrasi
Kaedah ini melibatkan guru menunjukk cara sesuatu aktiviti atau konsep dengan maksud
memberikan pendedahan kepada responden yang diuji. Di dalam projek ini, demonstrasi
dijalankan pada aktiviti 1, iaitu apabila guru menunjuk cara melipat satu bahagian kiub
Sonobe ini. Murid diberi arahan untuk hanya membuat pemerhatian tanpa melibatkan
sebarang kertas di tangan. Tujuannya adalah untuk menilai kemahiran pemerhatian serta
gambaran mental tentang proses melipat tersebut. Sekiranya ada murid yang berjaya
melakukan lipatan untuk satu bahagian tersebut, maka objektif dan penemuan ciri-ciri pintar
cerdas tercapai.
2.1.2 Inkuiri-Penemuan
4
Kaedah inkuiri penemuan dilaksanakan apabila responden meneroka sendiri konsep atau
pembinaan sesuatu objek atau fenomena. Di dalam projek ini, kaedah inkuiri penemuan
dijalankan apabila murid cuba menggabungkan enam bahagian lipatan untuk membentuk
sebuah kiub. Di dalam aktiviti ini, guru tidak memberikan sebarang panduan, dan murid
secara berkumpulan akan membuat proses inkuiri penemuan secara berdikari bagi mencapai
maksud tujuan aktiviti.
2.1.3 Temubual
Temubual dilaksanakan apabila penyelidik hendak mendapatkan maklumbalas secara lisan
daripada responden. Kaedah ini amat bersesuaian dengan tujuan meneroka pemikiran murid
kerana proses temubual boleh menzahirkan maklumat abstrak di dalam kognitif murid secraa
lisan, dan memaksa murid untuk berkomunikasi. Komunikasi adalah amat penting di dalam
pendidikan matematik khususnya dalam meneroka pintar cerdas kanak-kanak dan kaedah ini
bertepatan dengan maksud tujuan aktiviti.
2.2 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi projek ini adalah semua murid tahun lima SK Periang yang terdiri
daripada murid pelbagai kebolehan yang ditempatkan di dalam sebuah kelas. Kelas ini
mengandungi 13 murid semuanya dan terbahagi kepada 5 orang murid lelaki dan 8 orang
murid perempuan. 8 orang murid dikategorikan dalam kumpulan sederhana sehingga
cemerlang manakala selebihnya, iaitu 5 yang lain dikategorikan sebagai kumpulan lemah.
Namun begitu, tujuan projek ini bukanlah untuk membeza-bezakan pencapaian murid tetapi
5
lebih bebas dengan tujuan melihat ciri-ciri pintar cerdas setiap murid dari aspek ruang dan
visual.
2.2 Pelaksanaan aktiviti
Projek ini dibahagikan kepada 3 aktiviti. Setiap aktiviti mempunyai tujuan yang berbeza
tetapi masih memfokuskan kepada keupayaan ruang dan visual murid-murid tahun 5 terbabit.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
i. Aktiviti 1-Demonstrasi lipatan kiub Sonobe
ii. Aktiviti2-Meneroka pembentukan kiub Sonobe
iii. Aktiviti3-Meneroka isipadu menggunakan kiub Sonobe
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan bekerja di dalam kumpulan tersebut. Namun
begitu mereka diberi kebebasan untuk berkomunikasi dengan kumpulan lain bagi
mandapatkan bantuan.
2.2.1 Aktiviti 1-Demonstrasi lipatan kiub Sonobe
6
Menerusi ilustrasi di atas, aktiviti dijalankan secara demonstrasi oleh guru. Manakala murid
hanya membuat pemerhatian dan mengingati pergerakan lipatan untuk menghasilkan satu
bahagian kiub tersebut. Setelah demonstrasi selesai oleh guru, murid diberi sehelai kertas dan
mereka diminta membuat satu bahagian kiub tersebut seperti yang telah didemonstrasi oleh
guru. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat sejauhmana murid dapat memberikan perhatian
serta mempunyai kemahiran visualisasi yang kuat untuk mengingati langkah yang betul
seterusnya membentuk satu lipatan bahagian kiub yang tepat.
2.2.2 Aktiviti 2-Meneroka Pembentukan Kiub Sonobe
7
Berdasarkan ilustrasi di atas, murid-murid seterusnya akan membentuk gabungan bahagian
kiub yang telah disiapkan. Dalam proses membentuk kiub ini, murid menggunakan kaedah
inkuiri penemuan dan cuba jaya untuk menghasilkan kiub yang betul. Sekiranya murid telah
menyiapkan kiub tersebut, mereka akan menunjukkan kepada guru untuk dinilai. Murid yang
tidak berjaya membuat sambungan dengan betul akan diminta oleh guru untuk membuka
semula kiub tersebut dan membuat sambungan sekali lagi.
2.2.3 Meneroka isipadu menggunakan Kiub Sonobe
8
Berdasarkan ilustrasi di atas, kiub-kiub yang telah terhasil akan digunakan bagi menyiasat
isipadu pepejal. Murid bekerja secara berkumpulan dan mereka ditayangkan dengan ilustrasi
diatas. Tujuannya adalah untuk menyiasat gambaran mental mereka mengenai bilangan kiub
yang digunakan, dan adakah mereka sedar kiub yang terlindung yang wujud di dalam setiap
ilustrasi. Pada aktiviti ini, murid akan ditanya secara lisan oleh guru dan mereka akan
memberikan jawapan secara lisan. Kemudian wakil setiap kumpulan akan membuat bentuk
ilustrasi menggunakan kiub yang telah disediakan bagi membuat pembuktian terhadap
jawapan mereka.
3.0 Dapatan Projek
Bahagian ini akan membincangkan dapatan projek hasil daripada aktiviti yang telah
dilaksanakan.
3.1 Aktiviti 1- Demonstrasi lipatan kiub Sonobe
Aktiviti ini dijalankan secara demonstrasi oleh guru. Murid hanya membuat pemerhatian dan
menggunakan keupayaan mental untuk mengingati langkah lipatan. Hasil aktiviti mendapat
hanya dua orang murid berjaya membuat lipatan yang betul. Manakala murid selebihnya
tidak mampu menyelesaikan lipatan menerusi demonstrasi oleh guru. Daripada dapatan
aktiviti ini, objektif penyelidik iaitu untuk melihat sama ada murid dapat membuat lipatan
hanya dengan melihat sekali sahaja langkah telah tercapai.
Untuk memaksimumkan pengetahuan yang diperolehi oleh murid tersebut, penyelidik
telah mengaplikasikan prinsip bimbingan rakan sebaya yang mana murid lain yang
bermasalah diajar oleh dua orang murid yang berjaya ini. Dapat diperhatikan aktiviti kelas
9
menjadi lebih aktif dan banyak komunikasi terhasil. Penyelidik kemudian memberi arahan
supaya setiap murid menghasilkan enam lipatan, bagi mewakili enam permukaan kiub.
Gambar 1: Murid pertama yang berjaya menyempurnakan lipatan pada kali pertama demonstrasi
3.2 Meneroka pembentukan kiub Sonobe
Aktiviti ini dijalankan secara inkuri penemuan iaitu murid meneroka sendiri proses untuk
menggabungkan keenam-enam keping lipatan yang telah disempurnakan pada aktiviti 1.
Murid hanya diberi contoh model kiub yang telah lengkap digabungkan dan mereka
membuat penggabungan dengan meneliti model siap sedia. Menerusi pemerhatian,
kebanyakan murid bersungut tidak dapat membuat sambungan serta tidak faham bagaimana
10
ia boleh disambungkan. Hasil inkuiri penemuan tersebut, hanya seorang sahaja murid
berjaya menggabungkan keenam-enam bahagian dengan sempurna. Murid tersebut adalah
murid pertama yang dapat menyempurnakan lipatan pada aktiviti 1. Daripada dapatan aktiviti
ini, objektif penyelidik iaitu untuk meliaht sama ada murid dapat membuat penggabungan
setiap bahagian lipatan dengan kaedah inkuiri penemuan telah tercapai.
Gambar 2: Murid yang berjaya membuat penggabungan bentuk kiub menerusi inkuiri penemuan
3.3 Meneroka isipadu menggunakan Kiub Sonobe
Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan iaitu etiap ahli berlu bekerjasama menentukan
bilangan kiub yang diperlukan bagi menhasilkan bentuk yang ditera oleh guru menggunakan
projektor LCD. Setiap kumpulan berbincang mengenai bilangan kiub yang terhasil dan
mereka perlu membuat pembentangan. Aktiviti ini lebih berteraskan kepada komunikasi
berkumpulan dan juga untuk melihat gambaran mental mereka menterjemah gambar dua
11
dimensi kepada tiga dimensi. Penterjemahan bentuk 2 dimensi kepada tiga dimensi berlaku
apabila murid membuat pemerhatian, memberikan jawapan dan menggunakan kiub Sonobe
sebagai pembuktian.
Dapatan aktiviti mendapati semua kumpulan (satu kumpulan lelaki dan 2 kumpulan
perempuan) telah berjaya menterjemah gambar 2 dimensi kepada tiga dimensi secara lisan
dan menerusi pembuktian. Namun begitu objektif penyelidik untuk melihat sama ada murid
dapat membuat perkaitan dengan isipadu pepejal tidak tercapai kerana apabila penyelidik
melontarkan soalan mengenai apa yang telah mereka pelajari, tiada satu respon pun
menyatakan bahawa mereka telah mempelajari tantang isipadu. Walaupun tiada jawapan
tepat diberikan tetapi hasil maklumbalas yang diberikan oleh mereka ketika sesi
penterjemahan dua dimensi kepada tiga dimensi, penyelidik yakin apabila diajar topik bentuk
tiga dimensi dan untuk mengira isipadu, murid-murid ini tiada masalah untuk membuat
gamabran mental kerana mereka telah mempunyai pengalaman.
Gambar 3: Penterjemahan daripada bentuk dua dimensi kepada bentuk tiga dimensi
12
Aktiviti yang dijalankan walaupun ringkas tetapi sangat memberi makna kepada penyelidik
kerana ia memberikan gambaran awal bahawa pembelajaran yang berkesan adalah apabila
murid didedahkan dengan pelbagai jenis bahan manipulasi serta disokong oleh komunikasi
berkesan di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
4.0 Kesimpulan dan cadangan
Projek yang dijalankan ini telah memberikan maklumat penting di dalam iklim pengajaran
dan pembelajaran matematik di SK Periang. Penyelidik telah berjaya menemui murid yang
mempunyai keupayaan ruang dan visual yang boleh dikagumi. Tetapi, sama ada murid
tersebut adalah kategori pintar cerdas tidaklah dapat dipastikan secara nyata kerana
penyelidik bukanlah ahli yang pakar menilai aspek psikologi dan IQ murid terbabit.
Namun begitu, satu perkara yang dipelajari oleh penyelidik ketika menjalankan projek
ini adalah, setiap murid akan mempunyai satu kepandaian untuk sesuatu aktiviti. Aktiviti
ruang dan visual ini telah meneukan seorang murid yang mempunyai kemahiran visual dan
ruang yang baik, dan mungkin pada aktiviti yang lain pula akan menemukan murid yang
berkepandaian lebih baik dalam bidang lain.
Apa yang menjadi titik tolak projek ini adalah, peranan guru amat penting di dalam
memupuk pintar cerdas ini. Dan bagaimana hendak memupuknya dalah menerusi peracangan
aktiviti yang bersesuaian dan mampu menyerlahkan pintar cerdas seseorang murid. Ukuran
pandai di dalam bidang akademik bukanlah penentu kayu ukur kejayaan tetapi bagaimana
murid boleh menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah adala lebih penting.
13
Lampiran
Gambar-gambar aktiviti yang dijalankan
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25