mengaku membenarkan tesis (psm/sarjana/doktor falsafah ... fileuniversiti teknologi malaysia dengan...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ? Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ? JUDUL: MISKONSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MEMAHAMI KONSEP ELEKTROLISIS SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya FAZILAH BINTI ISA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat -syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 16 JALAN DENAI 17, TAMAN BUKIT JAYA, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 81800 ULU TIRAM, JOHOR. Nama Penyelia Tarikh:___________________ Tarikh:___________________ ?

Upload: hanga

Post on 21-Jun-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ? Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ?

JUDUL: MISKONSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MEMAHAMI KONSEP ELEKTROLISIS

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya FAZILAH BINTI ISA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat -syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (? )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 16 JALAN DENAI 17, TAMAN BUKIT JAYA, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 81800 ULU TIRAM, JOHOR. Nama Penyelia Tarikh:___________________ Tarikh:___________________

?

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Tandatangan:

Nama Penyelia : PM. HJ. AZIZ B NORDIN

Tarikh :…………………………..

MISKONSEPSI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MEMAHAMI

KONSEP ELEKTROLISIS

FAZILAH BINTI ISA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : Fazilah Binti Isa

Tarikh : 4 April 2006

iii

DEDIKASI

Jutaan penghargaan ku kalungkan istimewa buat

Yang tersayang ayahanda Isa B. Shahran

Serta bonda tercinta Ramnah binti Husin

Jasamu tetap kukenang hingga ke akhir hayat.

Terima kasih ku semat di hati buat

Kekanda yang dihormati Mohd. Faizal dan isteri Norlina

Kalian amat bermakna buatku

Buat Sahabat–sahabat setiaku

Terutamanya

Norhayati, Noraini, Noor Haslina, Normazuraini dan Syahda Zahrah

Kenangan manis bersama kalian takkan ku lupakan selamanya

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua

Buat Azirudin Saman

Doronganmu membakar semangatku

Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa

Untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihan.

Syukur Alhamdulillah dengan izin dan hidayah Allah S.W.T, juga kekuatan yang

diberikan dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ( PSM ) mengikut jadua l yang

ditetapkan.

Ucapan jutaan terima kasih saya rakamkan serta setinggi-tinggi penghargaan

kepada Prof. Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia projek, yang telah banyak

memberi panduan, bimbingan, teguran dan nasihat tanpa mengenal erti jemu di

sepanjang proses perlaksanaan projek ini.

Juga jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan guru-guru serta pihak yang

terlibat yang telah sudi memberi kerjasama yang amat memberangsangkan.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu-bapa saya yang telah banyak

memberikan sokongan dari segenap aspek serta semangat untuk saya terus berusaha

menyiapkan projek ini. Terima Kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan, kenangan

bersama kalian tidak akan ku lupakan, dan kepada semua pihak yang terlibat dalam

penghasilan kertas projek ini.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya dan semoga Allah memberkati jasa

kalian.

Wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti miskonsepsi pelajar tingkatan 4 dalam

topik elektrolisis. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar terdiri daripada 28 (23.3%)

lelaki dan 92 orang (76.7%) perempuan yang dipilih secara rawak daripada 4 buah

sekolah di daerah Kota Tinggi. Penentuan miskonsepsi dalam elektrolisis ditentukan

melalui soalan berbentuk objektif dan struktur yang terdapat dalam soal selidik. Data–

data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisisan SPSS V11. Analisis statistik

deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratus digunakan dalam tatacara menganalisis.

Hasil kajian menunjukkan miskonsepsi pelajar dalam topik elektrolisis berada pada

tahap sederhana. Kekangan, implikasi dan cadangan turut dinyatakan dalam kajian ini.

Sebagai rumusannya, miskonsepsi perlu dikenal pasti dan diperbetulkan. Sekiranya tidak

dilakukan, pelajar akan terus menerus menghadapi masalah dalam pembelajaran

sehinggalah mereka ke peringkat pengajian lebih tinggi.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the form four students’ misconceptions

in electrolysis topic. 120 respondents comprise of 28 males and 98 females were chosen

randomly from 4 schools in Kota Tinggi. The students’ misconceptions were determined

using objective and subjective questionnaires that had been distributed. Data was

analyzed by using the statistical package for Social Science (SPSS V11). The findings

are presented by frequency, and percentage. The results of the research showed that,

students’ misconceptions in the electrolysis topic are at the medium level. Some

implications of the finding are suggested and some suggestions for the further research

are put forward. As conclusion, misconception in learning should be identified and

corrected immediately. If the measures are not taken, then the problem of

misunderstanding of concepts will continue even at upper level of this study.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAN iv

ABSTRAK v

ABSTACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 8

1.4 Kepentingan Kajian 9

1.5 Skop Kajian 9

1.6 Batasan Kajian 10

1.7 Definisi Istilah 10

1.7.1 Konsep 10

1.7.2 Miskonsepsi 11

1.7.3 Pembelajaran 11

viii

1.7.4 Pengajaran 11

1.7.5 Kefahaman 12

1.7.6 Sains 12

1.7.7 Elektrolisis 12

1.7.8 Kimia KBSM 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 13

2.1 Pengertian Konsep dan Miskonsepsi 13

2.11 Pengertian Konsep 13

2.12 Pengertian Miskonsepsi 14

2.2 Bagaimana Miskonsepsi Berlaku 17

2.3 Miskonsepsi Dalam Elektrolisis 18

2.4 Masalah Pemahaman Konsep Sains 20

2.5 Punca-punca Miskonsepsi 21

2.6 Langkah-langkah Untuk Mengatasi

Miskonsepsi 22

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 25

3.1 Reka Bentuk Kajian 25

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.3 Instrumen Kajian 27

3.4 Prosedur Kajian 28

3.5 Kajian Rintis 29

3.6 Analisis Data 30

ix

4 KEPUTUSAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA

4.0 Pendahuluan 32

4.1 Dapatan Kajian Bahagian A

(Analisis Latar Belakang Responden) 33

4.1.1 Taburan Jantina Responden 33

4.1.2 Taburan Responden

Berdasarkan Sekolah 34

4.1.3 Taburan Bangsa Responden 35

4.1.4 Taburan Agama Responden 35

4.1.5 Taburan Skor Sains PMR

Responden 36

4.1.6 TaburanTaburan Skor Matematik

PMR Responden 36

4.2 Dapatan Kajian Bahagian B

(Analisis Item Soalan Tentang

Tajuk Elektrolisis) 37

4.3 Dapatan Kajian Bahagian C

(Analisis soalan pengujian terhadap

pemahaman sesuatu istilah berkaitan

topik Elektrolisis) 42

4.4 Dapatan Perbandingan Skor Pelajar

Berpencapaian Tinggi dan Rendah 45

4.4.1 Dapatan bahagian B 45

4.4.2 Dapatan bahagian C 48

4.5 Dapatan Bagi Skor Pelajar Berpencapaian Rendah 50

4.5.1 Dapatan Bahagian B 51

4.5.2 Dapatan Bahagian C 54

4.6 Rumusan 55

x

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN

DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 56

5.1 Ringkasan Kajian Dan Dapatan 56

5.2 Dapatan Kajian, Perbincangan

Dan Kesimpulan 59

5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan 1

(Bahagian B) 59

5.2.1.1 Faktor Pemilihan Anion

dan Kation Dalam Elektrolisis

Sebatian Akueus 59

5.2.1.2 Persamaan Tindak Balas

Setengah Dalam Elektrolisis

Sebatian Akueus 60

5.2.1.3 Ramalan Hasil

Tindak Balas Elektrolisis

Sebatian Akueus 60

5.2.1.4 Proses Penyaduran

(Elektrolisis Dalam Industri) 61

5.2.1.5 Proses Pengekstrakkan

(Elektrolisis Dalam Industri) 62

5.2.1.6 Proses Penulenan Elektrolisis

Dalam Industri 62

5.2.1.7 Proses Slektrolisis

Sebatian Lebur 63

5.2.1.8 Persamaan Tindak Balas Setengah

Elektrolisis Sebatian Lebur 63

5.2.1.9 Ramalan Hasil Tindak Balas

Elektrolisis Sebatian Lebur 64

xi

5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan 1

(Bahagian C) 64

5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan 2

(Bahagian B) 67

5.2.4 Perbincangan Dapatan Persoalan 2

(Bahagian C) 70

5.2.5 Perbincangan Dapatan Persoalan 3

(Bahagian B dan C) 71

5.3 Rumusan 75

5.4 Cadangan 75

5.4.1 Cadangan khusus untuk tajuk

Elektrolisis 75

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.5 Penutup 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN 84-95

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan item mengikut aspek kajian

(Bahagian B) 28

3.2 Skala yang digunakan untuk menentukan

tahap pencapaian responden 31

4.1 Taburan jantina responden yang dikaji 33

4.2 Taburan responden berdasarkan sekolah 34

4.3 Taburan responden berdasarkan bangsa 35

4.4 Taburan responden berdasarkan agama 35

4.5 Taburan responden berdasarkan Skor Sains PMR 36

4.6 Taburan responden berdasarkan Skor Matematik PMR 36

4.7 Dapatan berhubung kefahaman pelajar

tentang tajuk elektrolisis 38

4.8 Dapatan berhubung kefahaman pelajar

tentang istilah– istilah dalam elektrolisis 43

4.9 Perbandingan jawapan soalan bahagian B bagi pelajar

yang memperolehi jumlah skor tinggi dan rendah 45

4.10 Perbandingan jawapan tepat, kurang tepat dan salah

bagi setiap item soalan bahagian C bagi pelajar yang

memperolehi jumlah skor tinggi dan rendah 48

4.11 Jumlah skor pelajar berpencapaian rendah bahagian B 51

4.12 Taburan skor pelajar berpencapaian rendah bahagian C 54

5.1 Dapatan berhubung kefahaman pelajar tentang

istilah– istilah dalam Elektrolisis 64

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat kebenaran daripada Bahagian 84

Perancangan dan Penyelididkan Pendidikan

B Surat pengesahan fakulti untuk memohon melaksanakan

penyelidikan 86

C Soalan Soal Selidik 87

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada

28 Februari 1991, di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan

Malaysia telah mengemukakan pandangan mengenai WAWASAN 2020, iaitu ingin

menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian sekaligus menjadi salah sebuah

negara maju.

Bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara perindustrian,

memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan pakar dalam bidang tersebut. Sebuah

negara yang pesat membangun mementingkan kepada keperluan penghasilan tenaga

profesional dan separa profesional bagi menentukan kesinambungan perkembangan

Negara Selaras dengan matlamat ini penyesuaian sistem pendidikan untuk

menghasilkan sumber tenaga yang diperlukan harus dilaksanakan. Penegasan ini

dinyatakan di dalam Pernyataan Rangka Jangka Panjang Kedua sebagaimana berikut:

“ Perhatian yang lebih akan diberikan dalam mempastikan sistem pendidikan

selaras dengan perubahan dan permintaan pasaran buruh. Kawalan yang lebih rapi

terhadap sistem pendidikan dan latihan serta usaha-usaha bagi memperbaiki lagi

kurikulum akan dilaksanakan untuk mempastikan kemahiran yang diajar adalah

sesuai dengan keperluan industri”

2

Jesturu itu sains memainkan peranan penting di dalam merealisasikan

matlamat ini. Persoalannya mengapa sains begitu penting di kaca mata dunia? Ini

adalah kerana sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan

kepada pembinaan konsep yang membolehkan pelajar memahami sesuatu konsep

dengan lebih bermakna dan dapat menjelaskan fenomena -fenomena ini secara

semulajadi dengan tepat dan selaras dengan konsep yang diajar. Tanpa pembinaan

konsep yang sebenar, perbincangan guru dan pelajar hanya terhad kepada perolehan

fakta dan penjelasan kajia n secara tersendiri tanpa menyedari kewujudan

miskonsepsi Hal ini adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu,

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”.

Kimia adalah salah satu bidang dalam sains yang mengkaji mengenai

bagaimana perpaduan antara bahan-bahan kimia itu berlaku dan juga kelakuan

mereka di bawah pelbagai keadaan. Selain itu, ia juga merangkumi fakta, konsep,

prinsip, teori, dan hukum kimia serta hubungkaitnya dengan fenomena alam (Yew,

Gin Gee dan Sulaiman Hassan, 1997).

Perkara yang amat menyedihkan apabila setiap kali diumumkan keputusan

peperiksaan khususnya peperiksaan SPM kimia, prestasi yang ditunjukkan oleh

pelajar tidak menepati kehendak guru yang bertungkus lumus untuk mengajar pelajar

dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang terkini. Salah satu faktor

yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah disebabkan miskonsepsi pelajar

dalam pemahaman sesuatu konsep elektrokimia. Hasil kajian oleh Bloom (1976),

menyatakan masalah dalam pembelajaran sains ini berpunca daripada kesukaran

mata pelajaran itu sendiri, kekurangan pengetahuan asas dan kelemahan pengetahuan

mengenai konsep.

3

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa mata pelajaran sains, khususnya

Kimia sebagai salah satu subjek yang paling sukar difahami oleh pelajar (Ben-Zvi, et

al.,1988). Ini adalah disebabkan terdapat banyak konsep yang abstrak, penggunaan

pengiraan yang sukar serta bahasa sains yang sukar difahami dan sebagainya

Sedutan ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Mohamad, “Mata pelajaran sains dianggap menarik di negara maju tetapi di

Malaysia ia lebih dianggap sebagai membosankan dan menakutkan, ahli-ahli sains

dan pendidik berusaha menjadikan ilmu sains sebagai ilmu yang disenangi oleh

orang dewasa dan bukan hanya segelintir manusia sahaja. Di negara ini, sains masih

merupakan satu perkara yang asing bagi sebahagian besar anggota masyarakat yang

memandang sains itu sebagai bidang yang susah, penuh misteri dan hanya untuk

orang yang otaknya bergeliga sahaja” Berita Harian, (10 Oktober 1983).

Masalah yang timbul di dalam pengajaran dan pembelajaran sains bukan

disebabkan oleh faktor sains itu sendiri tetapi juga disebabkan oleh kaedah yang

biasa digunakan oleh guru iaitu kaedah pengajaran tradisional yang tidak mengambil

kira pengetahuan sedia ada pelajar. Apa yang difahami atau diterima oleh pelajar

sebenarnya bergantung kepada apa yang telah terbina di dalam stuktur pemikiran

mereka (Driver, Guesne, dan Tiberghien, 1985). Pelajar didapati kerap memberikan

interprestasi yang berbeza terhadap beberapa konsep sains sebelum mengikuti

pengajaran sebagaimana yang telah dijelaskan oleh (Driver, et al. , 1985).

“Children develop ideas about natural phenomenon before they are thought

science in school”

Menurut pendekatan konstruktif, minda pelajar bukanlah ibarat tin kosong

tetapi proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara aktif. Pelajar membina

idea hasil daripada interaksi dengan pengalaman harian atau sedia ada dan

kemungkinan menghasilkan berbagai ide yang tak selari dengan ahli sains.

Ketidaksamaan idea pelajar dengan idea saintifik menyebabkan lahirnya

pelbagai istilah yang berkaitan dengan salah tanggapan terhadap konsep kimia.

Istilah yang diberikan adalah pelbagai seperti miskonsepsi (F isher dan Lipson, 1986),

4

kerangka alternatif (Driver dan Easley, 1978) dan sains kanak-kanak (Osborne, et a l.,

1983)

Pelbagai hasil kajian menunjukkan idea-idea pelajar ini sukar untuk diubah

walaupun telah melalui pelbagai remid iasi menerusi pengajaran formal. Daripada

kajian ini didapati kerangka alternatif yang terdapat di dalam minda pelajar

menghalang proses pembelajaran dan kefahaman di dalam beberapa konsep kimia

yang tertentu. Ini turut dijelaskan oleh ( Driver, et a l., 1985) di dalam kenyataannya

iaitu:

“Learning science involve restructing of students’ conceptions”

Apabila konsep yang disampaikan kepada pelajar bercanggah dengan idea

yang telah sedia terbentuk melalui pengalaman seharian mereka, konsep tersebut

sukar difahami dan ini akan menjejaskan minat, motivasi, kerap menjadikan mereka

bosan dan tidak berkecenderungan untuk mencapai kecemerlangan (Sharifah Fetom,

1997).

1.1 Latar Belakang Masalah

Kajian kefahaman pelajar terhadap konsep sains berdasarkan teori

konstruktivisme yang menyatakan ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh

dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid

perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu se ndiri dan guru tidak boleh

belajar untuk murid. Di sekolah guru biasanya melakukan kerja amali hanya sekadar

untuk mengesahkan sesuatu teori tanpa menitikberatkan kefahaman pelajar terhadap

konsep yang diaplikasikan di dalam kerja amali tersebut. Kerja amali lebih

berbentuk seperti ‘buku resepi masakkan’ bagi melaksanakan sesuatu kerja amali

semata-mata bertujuan untuk mengesahkan sesuatu teori atau menerangkan sesuatu

konsep. Guru sains didapati masih terikat dengan kaedah pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru. Hal ini dilihat menjadi begitu merunsingkan apabila

guru masih lagi menggunakan kaedah tradisional iaitu pelajar terus disogok dengan

5

sebanyak mungkin fakta dan konsep tanpa memahaminya dan seterusnya

mewujudkan miskonsepsi (Millar dan Driver, 1987). Para guru bertanggapan

semakin banyak fakta yang diberi maka pelajar akan menjadi semakin pandai.

Akibat daripada tekanan untuk mengejar silibus agar dapat ditamatkan

secepat mungkin guru kurang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka

sendiri pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan oleh kegagalan guru itu sendiri

kerana tidak menghayati Falsafah Pendidikan Sains yang mengutarakan kaedah

inkuiri penemuan (Abu Hassan, 2001).

Pelbagai pandangan telah diberikan oleh ramai pendidik tentang idea pelajar

mengenai kimia. Kerangka alternatif merupakan penghalang utama kepada

kefahaman konsep di dalam pembelajaran kerana ia didapati menghalang

perkembangan kefahaman saintifik dengan pembelajaran baru serta menimbulkan

kesukaran untuk memahami fakta saintifik, mengasimilasi, menyusun dan

mendapatkannya apabila perlu.

Pelajar mempunyai tanggapan yang tidak sejajar dengan fakta sains amat

merunsingkan pemikiran para pendidik dan hal ini diketegorikan sebagai

miskonsepsi dalam kimia. Namun demikian sebahagiannya diketegorikan sebagai

kerangka alternatif pelajar yang merupakan idea yang dipegang oleh mereka

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman seharian mereka

Pelajar lebih cenderung menghafal sesuatu konsep semata-mata untuk

menghadapi peperiksaan timbul akibat daripada menghadapi masalah untuk

memahami dan menguasai konsep serta kemahiran yang mereka pelajari di bilik

darjah. Mereka gagal menunjukkan perkaitan antara konsep terutamanya konsep

yang sedia ada di dalam minda dengan konsep yang baru dipelajari.

Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu

aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses

renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang

wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti

6

yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan

pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat

dibina.

Bagi mengatasi masalah ini pendekatan yang boleh digunakan oleh guru ialah

pendekatan inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah. Pemerolehan pengetahuan

sains melalui aktiviti penyiasatan dan kefahaman konsep yang diperoleh boleh

membetulkan miskonsepsi yang dipegang oleh pelajar sebelum pembelajaran yang

seterusnya diterima. Konsep asas yang telah dikuasai olah pelajar boleh digunakan

pendidik bagi menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu konsep yang baru.

Penguasaan konsep asas kimia yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat

memahami konsep yang lebih sukar terutamanya di peringkat lebih tinggi (Driver

dan Old Man, 1986) serta tidak dapat menghubungkan konsep kimia yang dipelajari

dengan penyelesaian masalah yang mana boleh menyebabkan miskonsepsi (Miller

dan Driver, 1987)

Konsep konstruktivisme juga menyatakan bahawa pelajar memilih dan

menyusun maklumat serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Pines

dan West, 1986; Wittrock, 1974). Apa sahaja maklumat dan penjelasan yang

diberikan oleh guru semasa mereka berada di peringkat bawah lagi dijadikan sebagai

pengetahuan asas bagi menjelaskan konsep-konsep tertentu. Jika penjelasan guru

tidak selari dengan pemahaman pelajar, kesannya pelajar menghadapi masalah

kesalahfahaman konsep tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990). Konsep abstrak yang

tidak dapat dijelaskan dengan baik akan seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar dan

akan menyebabkan mereka gagal menyelesaikan masalah berkaitan dengan konsep

tersebut (A ziz dan Hasnah, 1990).

7

Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan kesannya mungkin akan

menyebabkan pelajar menjadi bosan dan menganggap sains sebagai mata pelajaran

yang sukar. Saranan mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya

para pendidik dan ahli sains menjadikan sains sebagai satu bidang ilmu yang

disegani (Berita Harian, 10 Oktober 1993) seharusnya diberi perhatian sewajarnya.

Para pendidik seharusnya mengenalpasti dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam matapelajaran sains ini dengan tujuan memperbaiki dan

mempermudahkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya minat

terhadap bidang sains terus dapat dipupuk di kalangan pelajar.

Di atas kesedaran inilah penulis ingin menjalankan kajian mengenai

miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran kimia berhubung

dengan topik elektrokimia. Konsep elektrolisis dipilih memandangkan terdapat

kajian yang menyatakan wujud miskonsepsi di kalangan pelajar yang mempelajari

topik elektrolisis. Menurut kajian yang dijalankan oleh Garnet dan Treagust (1992)

di salah sebuah sekolah tinggi di Australia mendapati bahawa pelajar mengalami

miskonsepsi dalam meramalkan hasil elektrolisis dan menentukan elektrod lengai

dan tidak lengai. Manakala di dalam peperiksaan pe ringkat SPM miskonsepsi di

kalangan pelajar terjadi apabila mereka ingin menentukan nyahcas di elektrod bagi

ion H+ dan OH- (Eng et al., 1996)

1.2 Pernyataan Masalah

Elektrokimia adalah bidang kajian mengenai pertukaran tenaga elektrik

kepada tenaga kimia dalam sel elektrolit, juga menerangkan pertukaran tenaga kimia

kepada tenaga elektrik dalam sel galvani atau sel voltan. Dalam sel elektrolit, proses

yang berlaku dipanggil elektrolisis di mana tenaga elektrik melalui satu larutan yang

mana memberikan tenaga yang bersesuaian bagi menyebabkan tindakbalas

pengoksidaan-penurunan yang sponta n berlaku. Bagi sel galvani, disebaliknya pula,

iaitu ia memberikan punca tenaga elektrik yang terhasil daripada tindak balas

pengoksidaan-penurunan yang spontan berlaku dalam larutan.

8

Proses elektrokimia ini mempunyai kepentingan dari segi praktikal dalam

kimia kehidupan seharian. Sel elektrolit boleh memberikan penerangan berkenaan

kimia alam sekitar dan tenaga yang diperlukan bagi kebanyakan tindak balas

pengoksidaan-penurunan yang penting

Peperiksaan atau ujian yang dibentuk berdasarkan format tertentu boleh

membantu guru mengkaji atau manganalisis penguasaan atau kesilapan yang telah

dilakukan oleh pelajar mengenai sesuatu tajuk. Suatu peperiksaan atau ujian ya ng

telah dianalisis menunjukkan data-data mengenai tahap kesilapan yang telah berlaku.

Pelajar didapati sering melakukan kesilapan berkaitan topik elektrokimia.

Hampir keseluruhan konsep dalam kimia berbentuk abstrak (Abu Hassan,

2001). Pelajar didapati tidak dapat melihat keadaan sebenar tentang sesuatu konsep

kimia sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahaminya dan

mewujudkan miskonsepsi (Ben-Zvi et al., 1988)

Berasaskan kepada keadaan inilah satu kajian bertujuan untuk mengenalpast i

masalah miskonsepsi dalam topik elektrokimia yang khusus kepada pemahaman

konsep elektrolisis.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran

pelajar sekolah dalam mempelajari topik elektrolisis.

Secara khusus kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti:-

a) Miskonsepsi yang sering wujud di kalangan pelajar di dalam topik elektrolisis

b) Punca-punca yang menyebabkan wujudnya miskonsepsi

c) Tahap penguasaan konsep asas pada awal pembelajaran topik elektrolisis