membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak

Upload: zakiahdaud

Post on 08-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak

    1/5

    Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanakTuesday, 26 May 2009 20:33

    Oleh Zahir Zainudin

    Kata orang bijak pandai, Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan

    penulisan. Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun

    merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

    Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara

    umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya

    menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

    Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

    Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara

    beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai

    bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataanmama dan papa. Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada

    kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

    Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam

    peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak,

    perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental,

    emosi, sosial dan bahasa.

    Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak

    ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan

    kanak-kanak pada masa ini kerana :

    - Umur 1 hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan

    mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini

    akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahumembaca.

    1 / 5

  • 8/7/2019 membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak

    2/5

    Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanakTuesday, 26 May 2009 20:33

    - Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak

    dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat

    membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan

    bacaan yang dibacanya.

    - Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangatdahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan

    mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, Ni apa? atau Apa tu? Ujian menunjukkan

    kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada

    percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40

    peratus.

    Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih

    faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti

    mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan

    perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

    Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

    Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca

    dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat

    memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemahkeupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan

    pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

    - Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf

    yang dilihat.

    - Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.

    - Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan

    perkataan.

    - Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.- Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung

    dengan sebutan.

    - Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.

    - Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.

    - Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui

    tujuan dan maksud.

    Kesan tidak tahu membacaTidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan

    2 / 5

  • 8/7/2019 membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak

    3/5

    Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanakTuesday, 26 May 2009 20:33

    sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing

    dan berjaya dalam hidup.

    Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah

    diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale

    menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat

    menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga

    sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

    Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik,

    mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagiminat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

    Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan,

    proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku,

    kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

    Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami

    perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan

    mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah

    memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

    Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?

    Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut

    peringkat umur.

    0 hingga 2 tahun

    - mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia

    18 bulan.

    - belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.

    - kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidaklangsung.

    3 / 5

  • 8/7/2019 membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak

    4/5

    Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanakTuesday, 26 May 2009 20:33

    - rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak

    gambar dan berwarna-warni.

    - kosa kata berkembang sehingga 270.

    2 hingga 4 tahun

    - peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.

    - terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.

    - perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.

    - kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.

    - pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa

    harus- bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.

    - mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

    4 hingga 7 tahun

    - perkembangan otak memasuki fasa terakhir.

    - kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenalibanyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.

    - corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan

    bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya

    pendengaran mereka.

    - mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

    - Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun

    umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami

    tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

    Membantu kanak-kanak membaca

    Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa

    panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

    1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari.

    Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang

    dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

    2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataanbaru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada

    4 / 5

  • 8/7/2019 membentuk-kemahiran-membaca-kanak-kanak

    5/5

    Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanakTuesday, 26 May 2009 20:33

    rakan-rakannya pula.

    3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.

    Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut"

    kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

    4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu.Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

    Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

    Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi,

    kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur

    kanak-kanak.

    ---------------------

    ** Zahir Zainudin merupakan seorang penyelidik bebas sains sosial yang mengkajiperkembangan isu-isu sosial Malaysia. Beliau adalah juga ahli HALUAN Selangor.

    5 / 5