membaca
DESCRIPTION
bmTRANSCRIPT
1
AKTIVITI KUMPULAN
Agihkan ahli mengikut barisan. Setiap peserta dikehendaki menulis
sebaris ayat diikuti oleh peserta berikutnya dalam sehelai kertas yang sama.
Kumpulan yang berjaya menyudahkan tugasan dahulu dikira sebagai pemenang.
2
KEMAHIRAN MEMBACA
3
A) KONSEP MEMBACA
Fahaman dahulu membaca semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Pelajar yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar dianggap pandai membaca.
Pelajaran membaca secara kuat dan tumpuan kepada suara, kelancaran dan sebutan.Soal memahami tidak dihiraukan.
4
PANDANGAN TOKOH
Venezkey – membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada suatu bentuk bahasa di mana pembaca sudah boleh menimbulkan makna daripadanya.
Lado – membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis.
5
ATAN LONG – membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.
6
Fahaman kini membaca bermakna memindahkan tulisan kepada suara dan memahami makna apa yang dibaca.
Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.
7
AKTIVITI MEMBACA
BACA SURAH
AL-`ALAQ
8
AL-`ALAQ (SEGUMPAL DARAH) SURAH KE-96 DARI 114
BACALAH DENGAN (MENYEBUT) NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN.
DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH
BACALAH! DAN TUHANMU YANG PALING PEMURAH
9
YANG TELAH MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN PENA (QALAM)
(DIA) YANG MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUI
BENAR. SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU SUKA MELAMPAUI BATAS
KERANA DIA MEMANDANG DIRINYA SERBA BERKECUKUPAN
10
SESUNGGUHNYA HANYA KEPADA TUHANMULAH KEMBALI (KAMU)
APAKAH ENGKAU MELIHAT ORANG ( ABU JAHAL) YANG MELARANG
SEORANG HAMBA (MUHAMMAD) KETIKA DIA MENGERJAKAN SOLAT?
APAKAH ENGKAU MELIHAT ORANG YANG MELARANG ITU DAPAT PETUNJUK
04/17/23 11
ATAU DIA MENYURUH(ORANG LAIN) BERTAKWA ( KEPADA ALLAH)
APAKAH ENGKAU LIHAT BAHAWA ORANG YANG MELARANG ITU MENDUSTAKAN (YANG HAK) DAN MEMBELAKANG?
APAKAH DIA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA ALLAH MELIHAT (APA YANG DIPERBUATNYA)
04/17/23 12
SUNGGUH! JIKA DIA TIDAK BERHENTI AKAN KAMI TARIK UBUN-UBUNNYA.
UBUN-UBUN ORANG YANG MENDUSTAKAN LAGI DERHAKA.
MAKA BIARKANLAH DIA MEMANGGIL GOLONGANNYA.
04/17/23 13
KAMI JUGA AKAN MEMANGGIL MALAIKAT ZABANIYAH.
JANGAN! JANGANLAH ENGKAU IKUT DIA DAN SUJUDLAH DAN DEKATKANLAH (DIRIMU KEPADA ALLAH)
04/17/23 14
PENGAJARAN
3 hal penting dalam wahyu pertama iaitu perintah membaca,pengajaran menulis dan pengajaran ilmu.
Membaca, menulis dan ilmu (pengetahuan adalah tiga hal yang menjadi kunci kejayaan manusia untuk menguasai ilmu dunia.
04/17/23 15
RUMUSAN
Membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya.
Mengajar membaca bererti mengajar pelajar memindahkan tulisan kepada suara melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.
04/17/23 16
Membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.
Kemahiran membaca perlu diajar mengikut peringkat supaya penguasannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.
04/17/23 17
Penguasaan kemahiran membaca dari yang mudah kepada yang sukar dan akhirnya pelajar dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca.
Bahan bacaan perlu dipelbagaikan.
Gunakan strategi, kaedah, pendekatan, dan teknik yang sesuai dan berkesan.
1804/17/23
TUJUAN MEMBACA
04/17/23 19
1. TUJUAN SEMERTA – untuk membolehkan pelajar membaca dan memaham iaitu membaca dengan cepat, tidak teragak-agak dan tidak mengambil masa yang panjang.
- Pelajar boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan atau pertolongan guru
04/17/23 20
- Membolehkan pelajar membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi) yang betul
-Membolehkan pelajar membaca senyap tanpa merasa sebarang gangguan.
04/17/23 21
- Boleh memaham bererti boleh menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca.
- Pelajar boleh memberi fikirannya sendiri. Boleh menggunakan perkataannya sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya.
- Boleh menilai dan menimbang hasil bacaannya.
04/17/23 22
- Mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus-menerus dan mencari pengertian daripada apa yang dibaca.
- Menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau mengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.
04/17/23 23
2. TUJUAN LANJUT- Setelah tujuan semerta dapat disempurnakan, pelajar yang keluar dari alam persekolahan akan mempunyai satu alat yang membolehkan mereka mengutip berbagai pengetahuan dan mendapatkan berbagai fikiran daripada buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka.
04/17/23 24
- Membetulkan fahaman yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri.
- Boleh berfikir dan melahirkan fikirannya dengan cara yang teratur.
04/17/23 25
- Boleh membaca dapat menambah satu lagi alat komunikasi iaitu berhubung dengan orang di sekelilingnya.
04/17/23 26
- Sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah. Satu cara untuk menyambung pelajaran dengan banyak membaca.
- Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup dengan meneladani perkara-perkara baik.
04/17/23 27
- Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah dan menjadikan bahan-bahan perbandingan dengan orang lain.
- Latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
- Merapatkan diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia.
2804/17/23
TUJUAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BACAAN
04/17/23 29
1. Membolehkan pelajar mengenal huruf-huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan-perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf- huruf dengan betul dan dapat menggunakannya dalam pertuturan.
04/17/23 30
2. Melatih pelajar membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.
3. Melatih pelajar membaca senyap dan pantas di samping memahami isi yang dibaca.
04/17/23 31
4. Melatih pelajar memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.
5. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan yang dibacanya.
04/17/23 32
6. Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.
7. Meluaskan kosa kata dan mengenal pasti perbezaan-perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza.
04/17/23 33
8. Menanamkan kemahiran menanggap makna perkataan dan ayat-ayat dengan cepat, jelas, dan tepat.
9. Membina kebolehan menilai, mengulas, dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.
10.Menambahkan ilmu pengetahuan.
04/17/23 34
11. Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.
12.Membina sikap, cita-cita, dan fikiran yang “terbuka” dan “positif.”
13.Memudahkan mereka menyelesaikan masalah-masalah seharian berhubung dengan diri ataupun masyarakat.
04/17/23 35
14. Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya.
15.Memberi peluang pelajar mengetahui hal-hal luar negeri supaya akan lahir:
- kecenderungan untuk mengetahui kemajuan dan
perkembangan dalam negara mereka sendiri.
04/17/23 36
- Keinginan membina hidup yang bermakna, hidup untuk berjasa kepada bangsa dan negara
- Kemahuan untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara.
- Hasrat bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosiobudaya masyarakat dan dirinya sendiri.
04/17/23 37
- Kecenderungan mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah.
16. Memperkenalkan keindahan dan kesenian bahasa di samping menggalakkan mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.
17.Membina sikap “suka membaca” sama ada dalam bentuk hiburan atau menambahkan ilmu pengetahuan.
3804/17/23
PROSES MEMBACA
04/17/23 39
Satu proses yang kompleks dan memerlukan beberapa kemahiran tertentu.
Membaca memerlukan seseorang mengenal pasti simbol dan hubungannya dengan makna sesuatu. Membaca memerlukan identifikasi dan pemahaman ( E.V Dechant dan Smith, 1977)
04/17/23 40
Membaca ialah aspek bahasa dan komunikasi.
Membaca merupakan proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea.
Ia merupakan komunikasi pengarang dengan pembaca melalui simbol bertulis/grafik.
04/17/23 41
Membaca memperlihatkan interaksi antara pengarang dengan pembaca.
Membaca memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa iaitu sistem isyarat yang membolehkan mesej itu disampaikan.
04/17/23 42
Sistem isyarat atau sistem simbol yang digunakan itulah yang membawa makna antara orang yang berkomunikasi.
Dalam proses membaca. Sistem isyarat ialah simbol grafik.
Simbol ini sebagai alat penulis menyedarkan pembaca tentang sesuatu hal, idea, pemikiran, perasaan dan sebagainya.
04/17/23 43
Membaca juga salah satu proses pancaindera.
Pembaca mestilah dapat bertindak balas untuk membezakan bentuk melalui penglihatannya terhadap simbol grafik.
Pembaca mesti dapat menyelaraskan penglihatan matanya semasa ia membaca dan bergerak mengikut baris bercetak dari kiri ke kanan (rumi) dan dari kanan ke kiri (jawi)
04/17/23 44
Membaca ialah proses mengenal pasti perkataan.
Pelajar yang baru belajar membaca perlu mempelajari ciri-ciri yang membezakan dalam sesuatu bahasa tulisan dari segi bentuk, bunyi,dan makna. Contoh ‘r’ berbeza dengan ‘s’.
04/17/23 45
Pembaca ini bergantung kepada maklumat yang dilihat dan menangkap makna daripada struktur luaran.
Jika fokus pada bacaan mekanis sahaja, pelajar ini akan gagal memahami pemahaman membaca.
04/17/23 46
Pembaca yang cekap memberi perhatian hanya pada perkataan-perkataan yang penting sahaja.
Perhatian dan kebolehan memproses bagai mendapat makna dengan menggunakan strategi analisis sintesis dalam bacaan.
04/17/23 47
Pembaca yang cekap akan mendapatkan maklumat daripada semua teks, berdasarkan kecekapan bahasa dan pengalamannya, dan tidak menganalisis dengan cara meneliti patah demi patah perkataan.
4804/17/23
JENIS - JENIS BACAAN
04/17/23 49
BACAAN MEKANIS
BACAAN MENTALIS
BACAAN INTENSIF
BACAAN EKSTENSIF
04/17/23 50
BACAAN MEKANIS
Bacaan bersuara iaitu bacaan mekanis ialah menyuarakan tulisan dengan suara yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang perlu dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.
Bacaan mekanis biasanya dilaksanakan di kelas permulaan.
04/17/23 51
Pelajar dilatih membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang betul.
04/17/23 52
TUJUAN BACAAN MEKANIS
Membolehkan pelajar membaca dengan:
a. cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
b. irama yang betul.
c. menggunakan tanda-tanda baca dan tanda berhenti yang betul.
04/17/23 53
d. Menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.
d. Mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
04/17/23 54
CARA MELAKSANAKAN BACAAN MEKANIS
Beri petikan sesuai dengan kebolehan dan umur .
Bersoal jawab dan membantu dengan perkataan atau sebutan atau makna perkataan yang sukar.
Guru membaca sebagai contoh dan pelajar menyemak.
04/17/23 55
Guru membaca dan pelajar mengikut secara individu atau kumpulan.
Guru memandu pelajar membaca secara individu bergilir-gilir.
Guru berbincang dan bersoal jawab mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka secara lisan dan bertulis.
04/17/23 56
BACAAN MENTALIS Bacaan senyap atau akaliah ialah bacaan
yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.
Kelajuannya lebih pantas daripada bacaan mekanis.
Ia dijalankan setelah pelajar menguasai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
04/17/23 57
TUJUAN BACAAN MENTALIS
a. untuk melatih pelajar boleh membaca sendiri.
b. Boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya.
c. Melatih membaca senyap dengan pantas.
d. Menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.
04/17/23 58
CARA MELAKSANAKAN BACAAN MENTALIS
Ia untuk kefahaman dan boleh secara lisan atau bertulis.
Bahan-bahan berperingkat dari senang ke sukar.
Guru tentukan bahan bacaan dan membantu pelajar yang lemah.
Bersoal jawab dan membincangkan perkataan yang sukar.
04/17/23 59
Pelajar mesti faham apa yang dibaca dan tempoh masa yang dihadkan.
Latihan kefahaman seperti menceritakan kembali atau dalam bentuk ujian.
Guru bantu membetulkan kesalahan-kesalahan semasa mengemukan isi bacaan.
04/17/23 60
BACAAN INTENSIF
Ia dikenali sebagai bacaan mendalam
Tujuannya memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca.
Bacaan yang memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa
04/17/23 61
Bacaan yang meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Latihan haruslah dibantu dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru.
04/17/23 62
TUJUAN BACAAN INTENSIF
1. Mengecam / mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang berlawanan dengan tepat.
1. Memahami dengan tepat maksud ataupun idea dalam petikan yang dibaca.
04/17/23 63
3. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
4. Memahami unsur-unsur tatabahasa (morfologi dan sintaksis) dalam bahan bacaan dan dapat menghuraikannya.
5. Memahami bahasa kiasan dan simpulan bahasa .
04/17/23 64
6. Mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan.
7. Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan yang dibaca.
8. Membuat rumusan dan kesimpulan.
9. Mengesan dan memahami apa yang tersirat pada bahan yang dibaca.
04/17/23 65
10. Memahami dan dapat menikmati unsur-unsur estetika dalam bahasa.
11.Mengesan dan menentukan kesan rasa penulis, iaitu nada keseluruhan sesuatu petikan.
12.Memahami graf, carta, peta dan lain-lain yang disertakan dalam petikan.
04/17/23 66
13. Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
14.Meneka atau mengagak maksud keseluruhan konteks secara seimbas lalu.
15.Menggunakan kamus bagi menentukan dengan tepat makna perkataan.
04/17/23 67
16. Mengesan susunan ataupun urutan buah fikiran dalam petikan.
17.Mengenal pasti laras atau penggunaan bahasa yang berbagai-bagai dalam bidang ilmu yang berbagai.
04/17/23 68
CADANGAN BACAAN INTENSIF DALAM P&P
Bahan yang dipilih mestilah menarik minat ataupun bermakna kepada pelajar. Beraneka jenis dan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Berikan masa untuk membaca dan memahaminya seeloknya sebelum P&P. Boleh membaca sendiri atau berbincang dengan rakan.
04/17/23 69
Guru perlu memberi bantuan atau menggalakkan mereka merujuk kepada kamus atau buku-bukutatabahasa.
Sesi soal jawab dengan mengemukakan pelbagai soalan secara lisan ataupun bertulis untuk menguji daya kefahaman mereka.
04/17/23 70
Pelbagaikan aktiviti seperti membincangkan isi petikan, mengkaji unsur tatabahasa, mencari makna melalui kamus, mengesan unsur estetika dan sebagainya.
Latihan bacaan mestilah kerap sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Jika bahan sastera yang dipilih mestilah merupakan hasil karya sezaman.
04/17/23 71
BACAAN EKSTENSIF
Ia dikenali sebagai bacaan meluas. Aktiviti bacaan meluas dilaksanakan
di luar bilik darjah. Bacaan yang menitikberatkan
pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca.
04/17/23 72
Bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, surat khabar, jurnal, ensiklopedia, dan buku-buku rujukan.
Bacaan tanpa bimbingan guru dan pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan.
04/17/23 73
TUJUAN BACAAN EKSTENSIF
1. Membina keyakinan diri untuk membaca buku tanpa bantuan orang lain.
2. Memahami keseluruhan isi kandungan bahan bacaan bagi menambah pengetahuan.
3. Menambahkan kepantasan membaca.
04/17/23 74
4. Memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.
5. memperluaskan perbendaharaan kata.
6. Menikmati kehalusan dan keindahan bahasa.
7. Membentuk tabiat gemar membaca
04/17/23 75
8. Membina kebiasaan membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan
9. Mendedahkan diri kepada laras bahasa yang berbagai-bagai.
10.Memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa sama ada prosa atau puisi
04/17/23 76
CADANGAN BACAAN EKSTENSIF DALAM P&P
Peringkat awal pupuk minat gemar membaca buku cerita.
Bahan haruslah meluas dan sesuai dengan kehendak, minat, umur, sikap, persekitaran, dan tahap penguasaan bahasa pelajar.
Jangka masa menyudahkan bahan bacaan haruslah ditetapkan.
04/17/23 77
Guru sebagai pakar rujuk sekiranya pelajar menghadapi pelajar.
Latih pelajar membaca mengikut teknik SQ3R.
7804/17/23
KAEDAH MEMBACA
04/17/23 79
ABJAD/HURUF
FONIK/BUNYI
SUKU KATA
PANDANG DAN SEBUT
SELURUH PERKATAAN
AYAT.
04/17/23 80
KAEDAH ABJAD/HURUF
Kaedah yang tertua sekali dijalankan semenjak kerajaan Greek dan Rom.
Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.
Kaedah ini dimulakan dengan nama-nama huruf vokal dan konsonan dan konsonan.
04/17/23 81
Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, kemudian rangkai kata, ayat, dan seterusnya diajar membaca.
04/17/23 82
KELEBIHAN
Sesuai dengan susuk BM yang terdiri daripada suku kata-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.
04/17/23 83
Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca.
Dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada pelajar.
04/17/23 84
KEKURANGAN Pelajar membaca dengan lancar
mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibaca. Mereka mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.
Terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.
04/17/23 85
Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
Boleh membosankan terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.
04/17/23 86
KAEDAH FONIK/BUNYI
Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain. Contoh bu + ku = buku.
Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan.
contoh b (beh) , a (ah) =bat (te), u (uh) = tuba + tu = batu
04/17/23 87
KEBAIKAN
Sesuai dengan susuk BM kerana BM terdiri dari suku kata-suku kata yang hampir tetap bunyinya.
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar kosa kata mereka.
04/17/23 88
KEBURUKAN
Bacaan pelajar tidak licin kerana perhatian pelajar tertumpu kepada suku kata-suku kata, satu lepas satu.
Tidak menarik hati kerana suku kata-suku kata yang diajar tidak mempunyai makna yang nyata kepada mereka
04/17/23 89
KAEDAH SUKU KATA
Ia lanjutan dari kaedah abjad. Huruf vokal dan konsonan
dicantumkan menjadi suku kata kemudian perkataan.
Pada permulaan pelajaran bacaan, penekanan kepada suku kata terbuka
04/17/23 90
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini mementingkan dua perkara: i. membunyikan perkataan atau
rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar.ii. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
04/17/23 91
KEBAIKAN
Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan dan menarik minat pelajar.
Bersesuaian dengan resmi semula jadi pelajar mempelajari daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya.
04/17/23 92
Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.
04/17/23 93
KELEMAHAN
Bacaan pelajar mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.
Kaedah ini tidak membolehkan pelajar mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata
04/17/23 94
Pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.
Lambat tercapai kemahiran kecekapan membaca.
04/17/23 95
SELURUH PERKATAAN
Pengajaran dimulai dengan perkataan, frasa dan ayat.
Kaedah ini amat popular dalam pengajaran bacaan B.Inggeris. Perkataan diperkenalkan kepada pelajar dengan menggunakan kad-kad perkataan. Pelajar menyebut secara latih tubi.
04/17/23 96
Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.
Perbendaharaan kata diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi
04/17/23 97
KAEDAH AYAT
Kaedah ayat telah diperkenalkan pada awal tahun 1900 oleh Huvey (1912).
Huvey menekankan bahawa unit yang bermakna dalam bahasa ialah ayat bukan perkataan atau huruf.
Ayat merupakan unit yang bermakna dalam bacaan.
04/17/23 98
Kaedah ini tidak dapat dipraktikkan kerana dalam mengenal pasti perkataan, huruf dan suku kata merupakan elemen dasar yang perlu dikenal terlebih dahulu sebelum seseorang dapat membaca perkataan dan ayat.
9904/17/23
PENDEKATAN BACAAN
04/17/23 100
CERAKINANBINAANEKLETIKPENGALAMAN BAHASA (LEA)
04/17/23 101
PENDEKATAN CERAKINAN
Cara yang berlainan atau berlawan dengan cara sintesis.
Cara ini berdasarkan prinsip analisis atau mencerakin atau mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
04/17/23 102
Perkenalkan ayat – Perkenalkan rangkai kata Perkenalkan perkataan Perkenalkan suku kata Perkenalkan huruf
Cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata , kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.
04/17/23 103
PENDEKATAN BINAAN Cara ini berdasarkan prinsip sintesis atau
membina atau menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar.
04/17/23 104
Perkenalkan huruf Perkenalkan suku kata Perkenalkan perkataan Perkenalkan rangkai kata Perkenalkan ayat
Cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.
04/17/23 105
PENDEKATAN EKLEKTIK
Ia juga dikenali sebagai campuran dari dua cara yang terbesar iaitu cara membina dan cerakinan.
04/17/23 106
Kelebihannya:- Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca.- Dapat mengikut kehendak dan kebolehan pelajar dalam pelajaran bacaan mengikut situasi.- Dapat menggunakan kaedah yang
difikirkan paling sesuai mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan pelajar.
04/17/23 107
- menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai dengan fonem BM.- Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah baru supaya dapat menghapuskan konflik pendapat.
04/17/23 108
CARA MENGAJAR
Tujuannya untuk membolehkan pelajar membaca ayat-ayat pendek, mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya.
Huruf-huruf diajar dari segi bunyinya sahaja. Contoh:
a – ayam, p – payung. i - ikan
04/17/23 109
Suku kata diajar menerusi: - perkataan. Contoh:
ba – bakul , bawang, barang- warna. Contoh a (merah), i (hijau), u ( biru). e ( unggu), o (coklat).- gambar.
Alat mengajar kad-kad imbasan, kad-kad ayat, perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya. Huruf harus terang dan jelas.
04/17/23 110
PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA (LEA)
Pendekatan ini dihasilkan atas dasar bahawa membaca tidak boleh dipisahkan daripada kemahiran berbahasa yang lain iaitu lisan dan tulisan.
Kekuatan pendekatan ini ialah ia menggunakan hanya konsep yang bermakna, disampaikan melalui struktur bahasa yang dijangkakan yang ditulis mengikut tahap pencapaian setiap pelajar.
04/17/23 111
Pendekatan ini sesuai digunakan untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada individu, kumpulan kecil dan kelas.
Pengalaman berbahasa menggunakan pengalaman pelajar yang bermakna. Potensi murid untuk menelah dan memahami konsep dapat ditingkatkan.
04/17/23 112
Teks yang sesuai dari segi semantik dan sintaksis dapat disediakan.
Guru berperanan sebagai sumber dan membimbing pelajar.
Guru perlu prihatin dan bertimbang rasa serta menjadi model pengguna bahasa yang berjaya.
04/17/23 113
LANGKAH-LANGKAH LEA
LANGKAH 1:Menyediakan pengalaman deria yang sebenar – guru dan murid berkongsi pengalaman sebenar, walaupun pengalaman yang mudah.Guru memastikan mereka berkongsi pengalaman yang sama-sama dilalui.
04/17/23 114
LANGKAH 2:Menjalankan aktiviti berasaskan pengalaman melalui main peranan, drama, dan muzik - membantu menguatkan aspek-aspek dalam pengalaman itu. Latihan yang dijalankan membolehkan pelajar mengalami semula peristiwa itu. Motivasi dikekalkan dan kreativiti dapat dihidupkan dan melalui aktiviti boleh mencetuskan perbincangan.
04/17/23 115
LANGKAH 3:Meneruskan perbincangan – Pelajar digalakkan bercerita dan menceritakan semula peristiwa daripada pengalaman mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa-peristiwa itu boleh diterima. Pelajar berpeluang berkongsi idea dan mendapat kosa kata baru serta maknanya dalam proses perbincangan .
04/17/23 116
LANGKAH 4: Menghasilkan Ilustrasi – Pelajar melukis gambar yang ada kaitan dengan pengalaman mereka. Lukisan itu dibincangkan dan pelajar berpeluang mengemukakan pendapat dan maklumat lanjut.
04/17/23 117
LANGKAH 5:Memperbaiki cerita lisan – Guru membentuk ayat yang gramatis berdasarkan cerita dpd pengalaman pelajar.Ayat yang ditulis seeloknya tidak jauh bezanya daripada apa yang disebut agar memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila mereka membaca.
04/17/23 118
LANGKAH 6:Menulis cerita – Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman pelajar. Murid membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan menyebut semula ayat-ayat yang telah dibentuk secara gramatis oleh guru. Melalui pengulangan ini, ekspresi lisan pelajar bertambah baik.
04/17/23 119
LANGKAH 8:Mengesan kefahaman – strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan kosa kata atau peristiwa dalam cerita. Guru membimbing pelajar memberi jawapan.
04/17/23 120
LANGKAH 7:Membaca cerita – Selesai menulis, guru membacakan cerita bagi membolehkan pelajar mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum ia dikehendaki membacanya. Pelajar kemudiannya membaca cerita itu sama ada secara individu atu kumpulan dan guru membimbing jika perlu.
04/17/23 121
LANGKAH 9:Membina bank perkataan – Perkataan-perkataan baru yang dihasilkan melalui proses mencipta berdasarkan pengalaman seperti ini dimasukkan ke dalam bank. Perkataan baru dicatatkan di atas kad perkataan dan menjadi kamus asas kepada pelajar. Kad-kad ini boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang baru
04/17/23 122
LANGKAH 10:Berkongsi cerita – pelajar boleh membacakan ceritanya dalam kumpulan lain dan bertukar-tukar cerita untuk mengetahui pengalaman pelajar lain. Hasil kerja yang lengkap boleh dijilidkan berdasarkan tema dan dapat menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai untuk pelajar.
12304/17/23
TEKNIK
04/17/23 124
LATIH TUBI LAKONAN (TEATER PEMBACA)
SKIMMING SCANNING
SQ3R KWLH DRTA
04/17/23 125
TEKNIK LATIH TUBI
Berbahasa merupakan kemahiran yang hanya boleh dikuasai melalui latihan.
Latihan dan pengulangan harus ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Tujuannya untuk memperbetulkan sebutan pelajar.
04/17/23 126
LATIH TUBI SEBUTAN
Latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem.
Guru menyebut dengan sebutan
dan intonasi yang betul beberapa kali dan murid mengulangnya berkali-kali.
04/17/23 127
Pengulangan boleh dibuat secara kelas, kumpulan dan individu sambil guru mendengarnya dengan teliti untuk mengesan kesilapan dan memperbetulkannya.
Ulang beberapa kali jika murid tidak dapat menyebut dengan tepat.
04/17/23 128
Jika murid boleh menyebut pindahkan penyebutan bunyi dalam perkataan dan seterusnya ayat. Bunyi hanya bermakna jika ia wujud dalam perkataan dan ayat.
Buat latih tubi intonasi yang berbagai dalam ayat atau situasi aktiviti.
04/17/23 129
LATIH TUBI PASANGAN MINIMAL
Pasangan minimal adalah pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan bunyi yang paling minimum dan paling kecil tetapi perkataan-perkataan itu mempunyai makna yang berlainan.
Dua fonem yang berbeza tetapi perbezaan sebutannya amat kecil. Satu fonem bersuara dan satu lagi tidak bersuara.
04/17/23 130
Murid yang kurang daya diskriminasi pendengaran mungkin tidak dapat mengesan perbezaan bunyi itu dan seterusnya tidak dapat menyebut dengan betul.
Latih tubi pasangan minimal untuk memahirkan murid menyebut dengan tepat bunyi yang hampir sama.
04/17/23 131
CONTOH LATIH TUBI PASANGAN MINIMAL
d – l ladang lalang dedak ledak
dari lari
g – k garam karamgeli kelibagi baki
04/17/23 132
s – t keras keratsurat tulatsari tari
b – m burung murungbalam malambalas malas
04/17/23 133
PEMINTAL LIDAH
Guru harus menyediakan ayat-ayat yang mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada pelajar dan mereka hendaklah menyebutnya berulang-ulang sehingga menguasainya.
Ayat yang dibentuk mestilah ayat-ayat yang bermakna agar meninggalkan kesan kepada pelajar.
04/17/23 134
CONTOH AYAT PEMINTAL LIDAH
Pandang pandan depan padang.
Letak tulang atas dulang.
Lusa beli rusa.
Berus beras dua belas kilo.
04/17/23 135
Pawang letak bawang atas parang.
Lobak jatuh dalam lopak.
Badan Badang macam batang.
Gali dua kali
Dari darah dari nanah yang punah di tanah.
04/17/23 136
LATIH TUBI MENYOAL DAN MENJAWAB SOALAN
Ia amat berkesan bagi melatih tubi ciri-ciri prosodi di samping sebutan
Soal jawab dalam bentuk nyanyian dengan mengagihkan pelajar kepada dua kumpulan.
13704/17/23
BENGKEL
NYANYIAN LAGU “TANYA SAMA POKOK”.
NYANYIAN LAGU “BANGAU OH! BANGAU.”
NYANYIAN LAGU “ MAKAN APA”
13804/17/23
MODUL 2/3 UNIT 3/7
PERINGKAT KESEDIAAN MEMBACA
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA
KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN PADA PERINGKAT KESEDIAAN MEMBACA
13904/17/23
PERINGKAT
PERINGKAT PRABACAAN
KAEDAH DAN PENDEKATAN
PELAKSANAAN PENGAJARAN MEMBACA PERINGKAT PRABACAAN
14004/17/23
PENDEKATAN PEBAS
Pendekatan ini diolah oleh PPK Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Program Bacaan Asas Bahasa Malaysia pada Januari 1980.
Program ini bertujuan mengesan pelaksanaan pendekatan bacaan asas yang dicadangkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sek. Ren
14104/17/23
MAKSUD PENDEKATAN PEBAS
PEBAS - Pendekataan Bacaan Asas PPK adalah gabungan kaedah pandang sebut, suku kata, dan abjad.
Pelajar diajarkan dahulu kemahiran-kemahiran prabacaan
14204/17/23
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN PRABACAAN
Pelajar diperkenalkan bentuk-bentuk yang sama dan berbeza
Guru memperkenalkan bunyi-bunyi yang sama dan berbeza
Perkenalkan huruf satu-persatu sehingga pelajar dapat membunyikannya.
Dua bunyi umum diperkenalkan
14304/17/23
Bunyi-bunyi huruf vokal diperdengarkan sehingga pelajar-pelajar mengenali bunyi vokal
Bunyi cantuman huruf konsonan dan vokal diperdengarkan. Contoh s a = sa
Semua huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal dan dibunyikan
Bunyi cantuman dua huruf konsonan iaitu “ng”, “sy”, “ny”, “kh”, dan “gh” diperdengarkan kepada pelajar.
14404/17/23
SELEPAS PRABACAN Pelajar diajar mengenal perkataan. Perkataan dicerakinkan kepada bunyi –
suku kata – huruf. Suku kata terbuka dahulu baru suku
kata tertutup. Selepas mengenali perkataan –
tiga/empat ayat. Pengukuhan bacaan digunakan dalam
tulisan
14504/17/23
KEKUATAN PENDEKATAN PEBAS
Pelajar dapat mengenali huruf dan bunyi satu persatu dengan jelas.
Binaan bunyi kepada suku kata, kata dan ayat menunjukkan perkembangan unit kecil kepada unit yang bermakna.
Pencerakinan perkataan dapat mengukuhkan kemahiran mengenal perkataan jika dibuat secara sistematik.
Bahan-bahan bacaan digunakan dalam aktiviti penulisan dan mengukuhkan kemahiran membaca.
14604/17/23
KELEMAHAN PENDEKATAN PEBAS Pengenalan bunyi huruf dan cantuman konsonan
dan vokal satu persatu akan menjemukan murid cerdas.
Latih tubi mengenal bunyi huruf dan suku kata mengambil masa lama dan latihan ini tidak bermakna.
Jika bahan tidak disusun secara sistematik dan tidak menitikberatkan minat pelajar boleh menimbulkan rasa jemu pelajar.
Proses membaca untuk pemahaman mungkin terlalu lambat kerana penekanan bacaan mekanis enam bulan.
14704/17/23
PENDEKATAN GABUNGAN BUNYI KATA
Pendekatan ini diolah oleh Prof. Isahak Haron pada tahun 1982.
Pendekatan ini dicadangkan oleh PPK sebagai salah satu pendekatan pengajaran bacaan asas dalam KBSR.
14804/17/23
ASAS PENDEKATAN PROF. ISAHAK
1. Sistem ejaan B.Malaysia fonemik
2. Kebanyakan suku kata BM mudah dan jelas.
3. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan pada peringkat permulaan terdiri daripada perkataan yang sudah difahami maknanya.
14904/17/23
Pelajar hanya perlu mengenal beberapa huruf vokal dan konsonan, kemudian bunyi suku kata dan membaca perkataan yang bermakna dalam dua pelajaran pertama.
Pelajar dapat membaca beberapa perkataan bermakna dengan cepat.
15004/17/23
Murid tidak perlu menghafal huruf abjad pada peringkat kesediaan membaca kerana diperkenalkan terus dari perkataan kepada ayat.
Bunyi vokal diperkenalkan dahulu.
15104/17/23
LANGKAH PENGAJARAN
1.Guru hendaklah memulakan pengajaran dengan memperkenalkan satu atau dua bunyi huruf vokal “a”. “i” atau “u”. Buat latihan membunyikan huruf beberapa kali berselang-seli menggunakan kad imbasan. Kemudian catatkan huruf-huruf ini di papan tulis.
15204/17/23
2. Kemudian kenalkan bunyi huruf konsonan. Contoh “k”.Buat latihan membunyikan huruf “k” beberapa kali dengan jelas menggunakan kad imbasan.
3. Gabungkan huruf konsonan dengan vokal menjadi suku kata. Cth ka ki ku. Buat latihan membunyikan suku kata berselang-selang beberapa kali.
15304/17/23
4. Cantumkan suku kata-suku kata menjadi perkataan bermakna.cth. Ka ki = kaki, ku ku = kuku.
5. Daripada perkataan dibina frasa dan ayat. Contoh kuku kaki.
6. Setelah pelajar cekap membaca, tidak perlu membunyikan huruf bagi perkataan baru.
15404/17/23
7. Perkenalkan perkataan suku kata terbuka kemudian suku kata tertutup dan beransur-ansur perkataan-perkataan baru.
8. Latihan yang diberi hendaklah mengukuhkan kemahiran membaca, menulis, dan berfikir pelajar.
15504/17/23
KEKUATAN PENDEKATAN GABUNGAN BUNYI KATA
Dalam dua/tiga pelajaran, pelajar dapat mengenal suku kata dan seterusnya perkataan bermakna. Ini menimbulkan minat dan keseronokan pelajar membaca.
Huruf-huruf berwarna digunakan bagi sesuatu suku kata dalam kata baru yang diperkenalkan. Ini memudahkan pelajar mengecam bunyi dan suku kata baru.
15604/17/23
Murid senang menggabungkan huruf dan bunyi dan mencantumkannya menjadi perkataan.
Gambar-gambar berwarna yang digunakan dapat menjelaskan makna.
Perkembangan bahan dan pelajaran bacaan disusun satu persatu supaya kemahiran membaca dibina dari senang kepada yang susah.
15704/17/23
KELEMAHAN PENDEKATAN GABUNGAN BUNYI KATA
Satu dua pelajaran dimulakan dengan unit kecil tetapi digabungkan dengan kata bersuku kata tertutup. Contoh “a” – ayam
Perkembangan kata baru agak mendadak sedikit.Pelajar yang lambat menangkap hubungan huruf dan bunyi mungkin tidak dapat mengikutinya.
15804/17/23
PENDEKATAN ABJAD – SUKU KATA
Pendekatan gabungan kaedah abjad dan suku kata yang telah disesuaikan mengikut kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai oleh murid pada peringkat awal seperti dalam sukatan pelajaran KLSR 1981
15904/17/23
PENGAJARAN BACAAN PERINGKAT PRAMEMBACA
Pelajar mengenali huruf dan bunyi . Gabungan huruf konsonan dan vokal
menjadi suku kata. Unit-unit kecil digabungkan dengan vokal
menjadi suku kata. Latih tubi mengeja suku kata Pengukuhan dengan melukis bentuk-
bentuk yang menyerupai huruf kemudian latihan menulis huruf.
16004/17/23
PRINSIP PENGAJARAN BACAAN PERINGKAT AWAL
Penguasaan bahasa lisan Penglihatan Pendengaran Hubungan huruf dan bunyinya. Peraturan membaca dari kiri ke kanan Gabungjalin semua aspek bahasa. Menimbulkan dan menghidupkan minat
murid.
16104/17/23
CADANGAN LANGKAH PENGAJARAN
Guru menunjukkan kad huruf dan murid menyebut nama huruf berkali-kali
Guru mencantumkan huruf dangan vokal “a, e, i, o,u. “ dan menulis suku kata. Latihan mengeja suku kata berulang-ulang secara kumpulan dan individu.
Ulang aktiviti di atas dengan menukar huruf.
Cantumkan suku kata menjadi perkataan.
16204/17/23
KEKUATAN PENDEKATAN ABJAD-SUKU KATA
Ciri-ciri persamaan dan perbezaan huruf dan hubungannya dengan bunyi dapat diperkenalkan dengan jelas melalui latihan mengeja.
Cantuman bunyi huruf konsonan dengan vokal menjadi suku kata kemudian perkataan dpt membimbing pelajar mengenal perkataan dengan senang.
16304/17/23
Pemeringkatan bahan mengikut kosa kata murid menjadi faktor penting supaya murid membaca dan memahami makna.
Penggabungjalinan kemahiran bahasa menjadikan pelajaran bacaan lebih menarik dan setiap kemahiran saling kukuh-memperkukuhi.
16404/17/23
KELEMAHAN PENDEKATAN ABJAD-SUKU KATA
Dengan memperkenalkan nama huruf kepada murid jika tidak dikawal oleh guru boleh mengakibatkan hafalan huruf dari”a “hingga “z” .
Melalui latihan mengeja, jika tidak dikawal, pelajaran membaca boleh menjemukan murid.
Guru menggunakan cara lama jika ia tidak merancang pemeringkatan bahan pengajarannya.
16504/17/23
RENUNGAN BUAT GURU:
BERBURU DI PADANG DATAR,
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI;
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.