mal_may09

24
MEI 2009 BSP Meningkatkan Explorasi Dan Penghasilan Majalah bulanan yang menyampaikan berita aktiviti-aktiviti BSP, BLNG, BST dan BSM

Upload: sriyonodwizuliyanto

Post on 02-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mal_may09.pdf

TRANSCRIPT

  • MEI 2009

    BSP Meningkatkan Explorasi DanPenghasilan

    Majalah bulanan yang menyampaikan berita aktiviti-aktiviti BSP, BLNG, BST dan BSM

  • Grahaeme HendersonPengarah Urusan, BSP

    Dari Meja Pengarah Urusan BSPRakan-rakan Sejawat Sekalian,Kita telah melangkah jauh menuju ke suku tahun kedua 2009 dan saya berhasrat untuk menyampaikan perkembangan di dalam beberapa perkara yang menjadi keutamaan. Yang pertamanya adalah berkenaan prestasi keselamatan kita yang terus menjadi satu kebimbangan yang serius bagi kita semua. Siasatan telah menunjukkan bahawa insiden-insiden

    yang berlaku seharusnya telah dapat dielakkan dengan mudah, sekiranya pematuhan, teguran dan sikap yang betul telah diamalkan sepenuhnya. Kita sedang melaksanakan Peraturan-peraturan Melindungi Nyawa yang mewajibkan pematuhan yang tidak berbelah-bagi terhadap 12 peraturan berkaitan dengan perkara-perkara yang telah menjadi punca kehilangan nyawa di seluruh Kumpulan Shell. Saya menyeru kepada semua untuk meluangkan masa bagi memahami Peraturan-peraturan Melindungi Nyawa dan mempastikan pengamalannya yang menyeluruh di BSP dan juga di kalangan para kontraktor, pada setiap hari.Baru-baru ini saya telah melakukan salah satu antara berbagai-bagai lawatan yang saya lakukan ke tempat-tempat kerja dan kali ini saya berada seharian di luar pantai di Ampa-9, Fairley-4, Champion-7 dan tapak penggerudian Al-Baraka di Mampak. Melalui usaha yang gigih, terbukti telah kelihatan peningkatan yang nyata pada integriti serta keadaan keseluruhan fasiliti-fasiliti kita, di samping semangat kerja yang semakin meningkat. Syabas dan teruskan usaha awda sekalian!Projek-projek berjalan lancar dengan pemasangan jaket Bugan di mana kerja-kerja menanam cerucuknya sedang rancak dilakukan. Tidak lama lagi dek 1,400 tan pelantar ini akan dipasang dan kita akan menepati jadual bagi memulakan pengeluaran yang pertama pada tahun ini. Ini adalah kejayaan kejuruteraan Buatan Brunei dan satu lagi bukti keupayaan semua kakitangan di BSP. Satu lagi perkembangan yang bagus adalah permulaan kerja penggerudian telaga laut dalam di Alap Alap pada paras kedalaman air 800 meter, dengan menggunakan salah satu kapal penggerudi yang paling canggih di dunia, Frontier Phoenix. Kita mempunyai rancangan untuk menggerudi telaga-telaga laut dalam yang lain di masa hadapan.Seperkara yang menjadi tumpuan utama adalah kos. Hampir tiada kata yang mampu saya luahkan bagi menyatakan betapa pentingnya BI500, yang seharusnya menjadi sebahagian penting dalam urusan perniagaan kita. Kita telah mencatat sejumlah hasil yang amat baik setakat ini, tetapi keperluan tetap ada bagi menyempurnakan projek-projek yang telah dikenalpasti dan untuk terus mencari perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan lagi kecekapannya di samping penjimatan kos. Seperti yang awda semua sedia maklum, kita telah mencapai kemajuan-kemajuan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini di dalam usaha meningkatkan faedah bagi kakitangan serta memperelokkan lagi keadaan di tempat kerja. Pembukaan kafe baru di Oasis adalah salah satu lagi langkah maju ke hadapan, dengan lebih banyak lagi yang akan diusahakan di masa hadapan.Kita juga telah mencatat kehadiran yang mengkagumkan di acara tahunan MDs Fun Run atau Langkah Sihat yang telah disertai lebih daripada 3,500 kakitangan. Ianya terbukti satu acara yang hebat dan saya menanti kehadiran awda semua di acara yang sama di tahun hadapan.Seperti kebiasaannya, saya mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan awda semua.Yang ikhlas,

    SALAMBRUNEI

    MAKLUMAT LANJUTSekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada: [email protected]

    Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp.com.bn/main/mediacentre/media_centre.asp

    LANGGANANBagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada [email protected] dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda

    DITERBITKAN OLEH Jabatan Hal Ehwal Luar Korporat Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn BhdJalan UtaraPanagaSeria KB3534Brunei Darussalam

    PENYUNTING EKSEKUTIF Justin Jaapar

    TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Haji Jahis

    FOTOGRAFI Mohd Zufri Mohd BakhtiarJames How (Nanyang Photo Trading)John Han (Nanyang Photo Trading)Aryo Santoso (Nanyang Photo Trading)Jerome Wong (Jen Studio)

    PENCETAKWing On Printing Sdn Bhd

    PENULIS TAMBAHANGeo Andrew

    SINGKATAN BSP Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn BhdBLNG Brunei LNG Sdn BhdBSM Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn BhdBST Brunei Shell Tankers Sdn Bhd

    KAN

    DU

    NG

    AN

  • 02DARI MEJA PENGARAH URUSAN BSP

    04KESELAMATAN PROSES DAN PERMIT KEBENARAN KERJA

    05MINGGU PENJIMATANTENAGA BSP

    06FORUM VENDOR BRUNEI SHELL 2009

    07FORUM PERNIAGAAN IKS APEC

    08PERKEMBANGAN BI 500

    09ADAKAH KITA BERSEDIA UNTUK SAPHRON?

    10FORUM TENAGA 2009

    13BUGAN DIPERCEPATKAN BAGI MENINGKATKAN PENGELUARAN MINYAK DAN GAS

    16CERAMAH DAN PAMERAN BIASISWA BSP

    17LETSCOACH BSP

    18SESI PERTEMUAN OPM 7

    19KLINIK PERALATAN BERKUASA ELEKTRIK

    20PROJEK REJUVENASI SISTEM AIR PENDINGIN DISIAPKAN

    2167 PELAJAR MENERIMA HADIAH GANJARANDARI BLNG

    22BST RAIKAN KETUA PEGAWAI RAKYAT BRUNEI YANG PERTAMA

    23LATIHAN TINDAK BALAS KECEMASAN ROXANA

    10

    MD LANGKAH SIHAT

    6

    14

  • 04 SALAM Mei 2009

    Jabatan PPA Raikan 6 TahunTanpa TRC

    abatan Bekalan Kuasa dan Kemudahan (PPA) berserta dengan para kontraktornya telah meraikan kejayaan bersama mereka mencapai 6 tahun tanpa TRC, dengan

    catatan 16.7 juta jam kerja, pada 12 Mei 2009 di Big Top OGDC.Hadir di majlis tersebut sebagai tetamu kehormat adalah Pengurus Aset Pemerosesan Hidrokarbon, Haji Mohammad bin Haji Jaya diiringi oleh pihak kontraktor yang diwakili oleh syarikat-syarikat berikut; Syarikat Hj Idris Kalong dan Anak-Anak (SHIKA), Syarikat Kejuteraan Sistematik (SKS), Zainal Daud Sdn Bhd, Batamas Sdn Bhd, Syarikat Hj Hussin dan Anak-Anak, Syarikat Perusahaan Fazrul (FAZRU) ,Hackna Company, Syarikat Hj Yacob Tarudin, Otis (E & M) Company Brunei dan

    Kumpulan PPA dan para kontrakornya telah meraikan kejayaan mencapai 16.7 juta jam kerja tanpa TRC

    Minggu Mengutamakan Keselamatan BSP Dan Kontraktor

    Sahid Sdn Bhd.Lebih kurang 1,000 kakitangan PPA dan kontraktor menghadiri majlis yang diadakan sebagai meraikan satu kejayaan dalam keselamatan. Haji Mohammad telah menyampaikan plak-plak pengiktirafan pencapaian keselamatan kepada kumpulan kepimpinan PPA serta pihak pengurusan kontraktor-kontraktor. Para hadirin juga berpeluang memenangi sejumlah hadiah-hadiah menarik dengan menyertai kuiz HSE yang mengutarakan Peraturan Melindungi Nyawa BSP.

    Dengan menumpukan kepada topik Keselamatan Proses dan Permit Kebenaran Kerja, Minggu Mengutamakan Keselamatan BSP dan Kontraktor yang kedua telah diadakan pada 11 sehingga 15 Mei dengan majlis pelancarannya berlangsung di Kelab Rekreasi Brunei Shell.Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson bersama-sama dengan ahli-ahli Kumpulan Kepimpinan BSP, para ketua jabatan serta wakil-wakil pengurusan kanan syarikat-syarikat kontraktor telah menghadiri majlis tersebut. Turut diadakan ialah pameran yang dianjurkan bersama oleh kontraktor-kontraktor yang mengambil bahagian dan jabatan-jabatan BSP yang mempamerkan topik-topik berkenaan Kesedaran Keselamatan Proses, MIE, insiden-insiden utama yang terbaru dan Sistem Kerja Selamat Bersepadu (ISSOW).Persembahan video serta forum-forum perbincangan telah juga diadakan sebagai langkah meningkatkan lagi kesedaran. Antara

    aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu adalah lawatan-lawatan anjuran bersama BSP dan kontraktor-kontraktor ke lokasi kerja BSP dan pihak-pihak kontraktor. Perhatian ditumpukan terhadap keselamatan proses dan juga keupayaan warga kerja lokasi-lokasi yang dilawati bagi menghasilkan status tapak kerja Hijau.

    Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson bercakap tentang keselamatan dan aspek proses

    MAKLUMAT UTAMA KESELAMATAN

    J

  • Mei 2009 SALAM 05

    Jimatkan Tenaga, Pelihara Alam Sekitar Kita

    Minggu Penjimatan Tenaga BSP telah diadakan dari 25 sehingga 29 Mei 2009 sebagai menyusuli Hari Tenaga Kebangsaan pada 24 Mei. Objektif penganjuran acara tersebut adalah bagi menerapkan budaya penjimatan tenaga di kalangan kakitangan BSP.Program pelancaran acara tersebut yang telah dirasmikan oleh David Purvis (TD) pada 25 Mei 2009, di Atrium Ibu Pejabat BSP telah mendapat sambutan hangat dengan dihadiri oleh lebih 300 kakitangan dan kontraktor! Beg pakai semula dan mentol lampu penjimatan tenaga telah diagih-agihkan semasa pelancaran tersebut.

    Oleh Arphee Caymo (HSE/51) Pada 26 Mei 2009, satu jerayawaya telah dianjurkan untuk Sekolah Panaga. Para pelajar dari tahap P4 sehingga P8 di sekolah tersebut telah berpeluang menghadiri ceramah-ceramah yang diberikan bertajuk Sumber-sumber Tenaga (oleh Hirdeshwer Singh, PPA/21), Pemanasan Global dan Perubahan Iklim (oleh Peter Engbers, TSG/3) dan Tip-tip Penjimatan Tenaga (oleh Arphee Caymo, HSE/51).Sepanjang minggu tersebut juga setiap jabatan di BSP telah mengadakan Sesi Penjimatan Tenaga, di mana para kakitangan telah duduk berbincang dan mengemukakan langkah-langkah penjimatan tenaga yang boleh dilaksanakan oleh jabatan mereka. Idea-idea terbaik telah diketengahkan kepada inisiatif BI 500 dan akan menerima hadiah-hadiah khas. Minggu Penjimatan Tenaga BSP telah dianjurkan oleh Kumpulan Penjimatan Tenaga BSP yang terdiri daripada:

    David Purvis - TD (Peneraju) Haji Samuil Mohidin - PPA (Ketua Kumpulan) Arphee Caymo - HSE/51 Adina Bidin - HSE/55 Adimas Hj Mohammad Salleh - WPE/21 Kevin Bate - DSM/21 Haji Hazimin Hj Mohd Yusof - ISM/322 Haji Sabli Ahmad - PPA/2 Hirdeshwer Singh - PPA/21 Nurzairyani Zairin - SEN/216 Haziq Lim - CEA/12

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang penjimatan tenaga dan juga inisiatif-inisiatif Kumpulan Penjimatan Tenaga BSP, kunjungi laman web Penjimatan Tenaga (http://sww-bsp.bsp.shell.bn/cs-hse/HSE5/EnergyConservation.htm).

    Pengarah Teknikal, David Purvis melancarkan acara Minggu Penjimatan Tenaga BSP di Atrium Ibu Pejabat BSP

    Anak anak sekolah Panaga dengan beg pakai semula dan kad hijau

    Beg pakai semula dan mentol lampu penjimatan tenaga telah diagih-agihkan kepada para jemputan

  • 06 SALAM Mei 2009

    Forum Vendor Brunei Shell 2009

    Sebagai satu usaha berterusan bagi membangunkan perniagaan tempatan, terutamanya IKS (Industri Kecil dan Sederhana) di Brunei, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah mengadakan acara tahunannya, Forum Vendor 2009, yang bertajuk Membangunkan Perniagaan Tempatan, di Th e Empire Hotel & Country Club, Jerudong.Tetamu acara tersebut adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP serta wakil-wakil pihak pengurusan kanan ke-empat-empat Syarikat Usahasama Brunei Shell, BSP, Brunei LNG, Syarikat Pemasaran Brunei Shell dan Brunei Shell Tankers, termasuklah wakil-wakil pihak pengurusan para kontraktor, kontraktor kerajaan dan lain-lain syarikat tempatan.Sambutan dari komuniti perniagaan tempatan tahun ini adalah amat memberangsangkan, dengan lebih 400 syarikat dan 700 peserta individu menyertai forum tersebut. Forum telah mengenengahkan sumbangan besar syarikat-syarikat Brunei Shell kepada pembangunan perniagaan tempatan, hasil kemajuan perniagaan Kumpulan pada 2009. Perbelanjaan kontrak keseluruhan oleh ke-empat-empat Syarikat Brunei Shell pada 2008 telah menjangkau 1.4 billion ringgit Brunei. Pelaburan ini menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 23 peratus sepanjang tempoh hanya empat tahun semenjak 2004. Di dalam ucapan alu-aluan beliau, Grahaeme Henderson berkata, Satu impak ketara hasil dari prestasi perniagaan kami yang kukuh adalah peluang-peluang besar yang telah kami wujudkan bagi perniagaan-perniagaan Brunei. Hampir 75 peratus daripada perniagaan kita pada hari ini melibatkan syarikat-syarikat Brunei, dengan IKS menerima sebahagian besar peluang-peluang yang telah kita wujudkan. Terdapat contoh-contoh yang semakin banyak di mana para kontraktor kita telah berjaya mendapatkan kontrak di seberang laut setelah membangunkan kepakaran mereka dengan bekerja untuk

    syarikat-syarikat Brunei Shell.Grahaeme menambah, Kami juga telah mencurahkan sumber-sumber yang banyak untuk membangunkan keupayaan tempatan di kalangan perniagaan-perniagaan Brunei, yang selaras dengan misi Kerajaan untuk membangunkan IKS kami sedang mempercepatkan pembangunan keupayaan keusahawanan serta pengurusan di kalangan vendor kami, terutamanya daripada sektor IKS.Beliau juga berkata, Memandang ke hadapan, nampaknya tahun 2009 ternyata menjadi satu tempoh yang amat mencabar bagi kita semua tetapi juga adalah satu tempoh yang menawarkan peluang-peluang. Saya juga ingin berkongsi berita baik bahawa syarikat-syarikat Brunei Shell kini sedang memajukan perlbagai aktiviti-aktiviti operasi dan projek-projek yang juga melibatkan eksplorasi laut dalam. Ini akan menghasilkan kerja-kerja yang berterusan bagi perniagaan-perniagaan tempatan di samping mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, terutamanya di bidang-bidang teknikal dan profesional. Walaubagaimanapun, berita baik ini seharusnya disertai dengan sikap bertanggungjawab yang besar bagi kita semua. Sehubungan itu, kita harus mengurangkan kos dengan bersungguh-sungguh di dalam semua aspek perniagaan kita tanpa menjejaskan keselamatan dan pada masa yang sama, terus menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi seperti sediakala. Kita harus berusaha dengan gigih untuk menghapuskan sebarang kos yang tidak perlu dan membelanjakan setiap ringgit dengan berhemah. Forum Vendor adalah merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program pembangunan perniagaan tempatan oleh syarikat-syarikat Brunei Shell. Ianya dimulakan sebagai satu acara tahunan yang mengumpulkan kesemua vendor di bawah satu bumbung, bagi merapatkan lagi hubungan dengan mereka sambil bekerjasama untuk memikirkan idea membangunkan perniagaan masing-masing.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri melihat pameran

    Tetamu kehormat Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri memberi ucapan

    BERITA BSP

  • Mei 2009 SALAM 07

    BSP Semai Benih UntukPembangunan IKS

    Usaha bagi membantu membangunkan modal insan serta keupayaan perniagaan tempatan adalah merupakan nilai teras di dalam syarikat pembekal tenaga utama Brunei. Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) menumpukan usahanya terhadap empat perkara pokok bagi menyokong pembangunan perniagaan tempatan iaitu, membina asas, membantu permulaan perniagaan, memacu pembangunan dan mengekalkan daya saing, menurut Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson, di dalam ucaptama beliau di majlis makan tengahari Forum Perniagaan IKS APEC pada bulan Mei.Grahaeme memperjelaskan empat langkah utama yang diambil oleh pihak syarikat bagi membantu membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Brunei Darussalam di dalam ucapan beliau tersebut yang bertajuk, Menyemai benih: Bagaimana Brunei Shell membantu membangunkan IKS tempatan. Langkah pertama adalah Membina Asas bagi Pembangunan IKS melalui Visi dan Polisi. Kerajaan Brunei mempunyai visi yang jelas tentang pembangunan perniagaan tempatan dan ini ianya disokong sepenuhnya oleh Kumpulan Shell. Kedua-dua pihak pemegang saham di dalam BSP yakin dengan kestabilan, pertumbuhan dan inovasi yang akan terhasil dengan adanya sektor IKS yang bertenaga dan melabur bagi menjadikan ini satu kenyataan. Program IKS industru minyak dan gas di negara-negara lain, lebih bergantung kepada kuota serta mandat rasmi pihak kerajaan. Satu perbezaan utama di Brunei adalah Shell merupakan rakan kongsi korporat yang pro-aktif. Bagi Shell, usaha menyokong pembangunan tempatan adalah satu nilai teras dan bukan hanya sebagai satu tanda menyatakan kepatuhan semata-mata.Bagi membantu permulaan perniagaan

    pula, Grahaeme berkata BSP membantu membangunkan perniagaan-perniagaan di dalam dua kategori permulaan perniagaan yang berbeza; menjadi rakan kongsi kepada perniagaan-perniagaan tempatan untuk memulakan perniagaan di dalam sektor-sektor baru dan membantu satu generasi baru IKS memulakan perniagaan. Perkongsian dengan kontraktor adalah satu strategi yang amat berjaya yang telah kami laksanakan bagi perniagaan-perniagaan Brunei sedia ada menembusi bidang-bidang baru. Ianya melibatkan kumpulan-kumpulan dari IKS bekerja secara sikal bersama-sama dengan para kontraktor utama antarabangsa di dalam projek-projek, bagi membina pengetahuan serta pengalaman. Langkah seterusnya adalah memacu pembangunan melalui Pengurusan Kemahiran dan Prestasi. Grahaeme berkata, Kami mensasarkan untuk menyampaikan segala yang telah kami pelajari kepada para kontraktor kami kerana mereka adalah sebahagian penting daripada perniagaan kami. Kini kumpulan-kumpulan BSP sedang bekerja rapat dengan pengusaha-pengusaha IKS bagi meringkaskan proses-proses dan

    menghapuskan pembaziran di sepanjang rantaian perbekalan bagi menjadikan operasi keseluruhan kami lebih ringkas dan bertenaga. Pengurangan-pengurangan kos yang besar yang berjaya dicapai bukan sahaja amat penting dalam keadaan semasa ini, tetapi juga akan turut memperkukuhkan daya saing jangkamasa panjang industri minyak dan gas Brunei. Elemen terakhir di dalam usaha membangunkan perniagaan-perniagaan tempatan adalah Mengekalkan Daya Saing di kalangan kontraktor-kontraktor berpengalaman. Kata beliau, Apa yang kami dapati adalah kontraktor-kontraktor Brunei telah berjaya mendapatkan kerja di luar negara hasil kebolehupayaan yang mereka perolehi melalui BSP. Amalan-amalan keselamatan, sistem-sistem pengurusan prestasi, keperluan-keperluan kawalan kualiti yang bertaraf dunia serta pendedahan kepada teknologi-teknologi terkini yang dinikmati melalui pengalaman bersama BSP, membantu menjadikan rma- rma Brunei rakan-rakan kongsi yang menarik kepada syarikat-syarikat antarabangsa.

    Satu perbezaan utama di Brunei adalah Shell merupakan rakan kongsi korporat yang pro-aktif. Bagi Shell, usaha menyokong pembangunan tempatan adalah satu nilai teras dan bukan hanya sebagai satu tanda menyatakan kepatuhan semata-mata

  • 08 SALAM Mei 2009

    Perkembangan BI 500Satu perkembangan penting di dalam usaha Peningkatan Perniagaan telah dicapai dengan pengaktifan aktiviti peningkatan perniagaan ke-500 di portal web BI 500, hanya tujuh bulan selepas inisiatif ini dilancarkan. Ini merupakan satu kejayaan yang besar dan ucapan terima kasih disampaikan kepada semua yang turut mengambil bahagian. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kakitangan di semua peringkat di BSP mempunyai tenaga, kesungguhan serta kegigihan untuk menjana peningkatan secara peribadi di setiap pelusuk organisasi perniagaan. Pada hari kita memuatkan BI kedalam web portal BI500 kita telah pun ada 195 aktiviti peningkatan perniagaan dalam pelaksanaan, 103 yang telah disempurnakan, lebih daripada B$14 juta penjimatan dan 8,000 juta jam masa tidak menambah nilai

    dihapuskan. Projek-projek yang telah berhasil merangkumi segala aspek aktiviti-aktiviti BSP, dari menjimatkan penggunaan kertas untuk salinan photocopy bernilai beberapa ringgit sehinggalah kepada menjimatkan jumlah hari penggunaan rig bernilai jutaan ringgit. Segalanya yang kita lakukan adalah penting bagi kita sekarang dan di masa hadapan. Jika awda terlibat dengan sesuatu aktiviti BI 500, bersungguh-sungguhlah menjayakannya sehingga sempurna supaya awda, kumpulan awda dan BSP akan merasai manfaatnya. Sekiranya awda mempunyai sebarang idea, tidak kira betapa kecil sekalipun, muatkanlah idea tersebut ke dalam daftar BI 500 dan dapatkan pengiktirafan bagi usaha serta hasil yang awda mampu wujudkan. Begitu juga sekiranya awda seorang

    pemimpin dengan aktiviti-aktiviti BI 500 yang sedang dilaksanakan di dalam jabatan awda, maka berilah galakan, sokongan serta ganjaran kepada ahli kumpulan-kumpulan yang terlibat di atas inisiatif dan komitmen mereka. Baru-baru ini kita telah mengajukan persoalan Apakah itu Lean ? di Buletin Web dan ramai di kalangan awda telah mula mengambil tahu tentangnya dengan menghadiri sesi-sesi meningkatkan kesedaran yang kita adakan. Program BI 500 adalah demonstrasi Pengungkayahan Pemikiran Lean Kumpulan-kumpulan Diberi Kuasa Menghapuskan Pembaziran.Kelainan yang akan membawa perubahan. Marilah kita teruskan usaha kita bagi menjadikan BSP syarikat pengeluar tenaga yang paling selamat dan cekap di dalam dunia.

    PENGUNGKAYAHAN PENINGKATAN

  • Mei 2009 SALAM 09

    Adakah Kita BersediaUntuk SAPHRON?

    Henry Ford pernah berkata Bermuafakat adalah satu permulaan. Dapat kekal bersama adalah satu kemajuan. Bekerja bersama-sama adalah satu kejayaan.Kami mengalu-alukan kehadiran awda bersama-sama kami sepanjang perjalanan kita ke arah pelaksanaan yang berjaya. Sila sampaikan pendapat awda dengan menghantar emel kepada kami melalui [email protected].. atau klik Contact Us di laman web kami di: http://sww-bsp.bsp.shell.bn/PROJ_saphr/SAPHRON/Index.html

    SAPHRON akan diaktifkan LIVE pada 1 Julai 2009. Sehubungan dengan ini, sebelum pengaktifan sistem ini, inisiatif komunikasi telah ditumpukan kepada perubahan-perubahan utama yang akan terlaksana selepas 1 Julai 2009.Bagi pengguna-pengguna teras HR & Payroll, berikut adalah perubahan-perubahan utama yang akan berlaku:

    Satu sistem bersepadu yang akan menggantikan sistem PRISMA dan Payroll, yang antara lain akan menjadi pusat simpanan maklumat HR dan kakitangan serta data proses-proses berkaitan dengan HR

    Pengautomasian sesetengah proses-proses perniagaan bersangkut-paut dengan HR

    Fasa 1 pelaksanaan merangkumi proses-proses perniagaan yang berkait terus dengan kumpulan HR dan penggajian, walaubagaimanapun, sejumlah perubahan-perubahan akan turut melibatkan kakitangan keseluruhannya. Perubahan-perubahan seperti berikut akan melibatkan kesemua kakitangan BSP, BLNG dan BSM:

    Nombor Perkhidmatan akan mula dikenali sebagai Nombor Kakitangan. Nombor ini akan mempunyai 8 angka dan bermula dengan 00 di pangkal nombor perkhidmatan awda yang sedia ada.

    Pengenalan templat timesheet baru, yang boleh didapati di laman web HD. Kakitangan serta ketua kumpulan perlu mengisi templat elektronik ini dan menghantarnya kepada penyelia masing-masing dan mendapatkan kelulusan melalui emel. Borang yang diluluskan harus dihantar menerusi emel kepada penjaga masa jabatan yang berkenaan atau ISM/16 yang kemudiannya akan memasukkan data secara langsung ke dalam SAPHRON.

    Pengembalian wang jaminan bagi mereka yang tamat perkhidmatan akan dibuat semasa proses pembayaran gaji seperti biasa pada bulan ketiga selepas tamat perkhidmatan

    Kenaikan gaji, elaun-elaun EA dan lain-lain pembayaran akan digenapkan kepada jumlah 2 angka selepas titik perpuluhan.

    JABATAN PENJAGA MASA

    DOP DOP/13 Hj Dollah BongsuDOP/1 Sec Jusnani Wasli

    EOP EOP/200 Salbiah Abd RashidEOP/0 Soraya Baha

    HSE HSE311 Herlina Abd RahmanHSE/31 Mariani Labok

    POP POP/10 Khan Kun PohPOP/20 Siti Mariam HL Md Ali Kamis

    PPA PPA/201 Hjh Zaleha Hj JumatPPA/201 Izyan Hj Tujoh

    SAV SAV/0 Rokiah CA MohamedSAV/01 Ervinna Yacub

    SCO SCO/0 Iznina Mohd TahirSCO/50 Tang Yuh Ling

    TSW TSW/40 Norhayati SulaimanTSW/212 Hjh Norsiah AHA Hanifah

    WOP WOP/20-Hjh Kartinah Hj Abu Bakar, WOP/20-Hasmah Hardin

    Jabatan-jabatanlain

    BSP SAPHRON Employee TimesheetBSP-ISM/16 ([email protected])

    Senarai penjaga masa bermula daripada 1 Julai 2009:

    Bersama demi kejayaan

    PERNIAGAAN

  • 10 SALAM Mei 2009

    Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) adalah antara agensi-agensi, organisasi-organisasi serta institusi-institusi yang telah menyertai Forum Tenaga yang berlangsung sempena Hari Tenaga 2009. Dianjurkan bersama oleh Unit Petroleum, Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Tenaga Brunei (BEnA), forum tersebut bertujuan meyebarkan maklumat kepada orang ramai berkenaan penjimatan serta penggunaan tenaga yang e sien.Hadir sebagai tetamu kehormat adalah Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga. Forum ini dimulakan dengan kata aluan oleh Pengerusi Forum Tenaga 2009, Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP selaku Presiden BEnASesi pertama forum telah diisi dengan pembentangan kertas-kertas topikal termasuk satu kertas yang dibentang oleh David Purvis, Pengarah Teknikal BSP. Di dalam penyampaian beliau bertajuk Tiada lagi minyak yang mudah; satu perspektif kepada lengkuk pengurangan pengeluaran, David bercakap tentang peluasan sempadan bagi eksplorasi laut dalam dan bagaimana untuk mendapatkan minyak lagi di padang-padang minyak yang sedia ada, seperti mengeluarkan minyak-minyak di kawasan pinggiran yang telah ditinggalkan. David juga bercakap tentang kemungkinan-kemungkinan

    Forum Tenaga 2009

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, menerima cenderamata penghargaan dari Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP dan Presiden BEnA

    penyimpanan karbon dioksida dilakukan di bawah permukaan bumi. Bercakap tentang implikasi-implikasi bagi Brunei, beliau berkata kerja-kerja sedang dijalankan di kawasan-kawasan yang mencabar di bidang teknikal seperti projek Pembanjiran Air

    Tetamu kerhomat (tengah) dengan para tetamu lain di Forum Tenaga 2009

    BERITA BSP

  • Mei 2009 SALAM 11

    Champion yang merupakan projek pembanjiran air yang paling kompleks di dalam potfolio projek-projek BSP. Lain-lain projek seumpama ini adalah penggerudian di laut dalam yang sedang berjalan lancar serta rekabentuk telaga kompleks yang diperlukan bagi menembusi sasaran-sasaran takungan minyak kecil, seperti telaga-telaga ular Champion Barat dan telaga mata kail di Seria North Flank. David turut menyentuh tentang ikhtiar-ikhtiar yang perlu dikekalkan bagi meneruskan pengeluaran di masa hadapan di dalam usaha-usaha penjimatan tenaga seperti pengurusan pengangkutan yang berhemah, penggunaan peralatan elektrik secara bijaksana di rumah kediaman, di samping menggalakkan lebih banyak pembinaan bangunan-bangunan pejabat yang direkabentuk bagi memaksimakan kecekapan penggunaan tenaga

    dan meneruskan inisiatif Nadi Borneo bagi mengimbangi fenomena perubahan iklim.Sesi kedua forum pula telah diadakan khas bagi perbincangan panel berkenaan Mengubah Set Minda Penggunaan Tenaga oleh empat orang ahli-ahli panel, iaitu Fauziah Dato Talib, salah seorang ahli Pusat Kajian Strategik dan Polisi; Pg Jamra Weira Pg Haji Petra, Ketua Bahagian Hal Ehwal Tenaga di Jabatan Perkhidmatan Elektrik; Pg Ali Pg Matarsat, Setiausaha Majlis BEnA; serta pegawai Unit Petroleum, Agus Djamil.Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP dan Presiden BEnA, telah menyampaikan ucapan penutupan di penghujung forum sebelum penyampaian cenderamata penghargaan diadakan sebagai acara penutup forum.

    Haji Zainal Abidin bin Haji Mohd Ali, Timbalan Pengarah Urusan BSP dan Presiden BEnA, menyampaikan ucapan penutup di penghujung forum

    Pengarah Teknikal BSP, David Purvis, menyampaikan kertas bertajuk Tiada lagi minyak yang mudah; satu perspektif kepada lengkuk pengurangan pengeluaran

    Sesi kedua Forum Tenaga diadakan khas bagi perbincangan panel berkenaan Mengubah Set Minda Penggunaan Tenaga

  • 12 SALAM Mei 2009

    Padang minyak Mampak milik Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah mengeluarkan minyak pertama pada lewat petang 1 Mei 2009 apabila telaga MM-05 telah dimulakan salirannya ke permukaan. Pencapaian titik tanda penting ini menandakan bermulanya pengeluaran minyak dalam jumlah yang besar dari padang Mampak, yang telah ditemui secara rasmi pada 1997 dan dinilai bagi pengeluaran pada lewat tahun 90an dan 2006. Ini merupakan satu pencapaian yang penting hasil dari usaha kerja berpasukan selama bertahun-tahun serta semangat dedikasi ramai di seluruh organisasi.Fasa penggerudian 8 telaga pertama yang dilengkapi dengan teknologi SMART terkini akan berterusan sehingga 2010 dan dijangka melonjakkan padang minyak ini ke puncak tahap pengeluarannya. Projek ini juga membuka laluan untuk pembangunan seterusnya di samping akan menggerakkan aktiviti-aktiviti eksplorasi di kawasan berhampiran.Pelantar Mampak berkaki enam tersebut yang tidak mempunyai kakitangan dan dikawal sepenuhnya dari jarak jauh, terletak lebih kurang 30 km di luar pantai Brunei, di kawasan perairan sedalam 45 meter. Kerja-kerja penaikan taraf besar-besaran telah

    dijalankan di hab pengeluaran Magpie yang terletak 6 km ke arah barat daripada Mampak, sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. Sumber tenaga Mampak dibekalkan daripada Magpie dan minyak juga disalurkan kepada Magpie. Kerja-kerja penaikan taraf tersebut merangkumi beberapa peluasan dek, pemasangan tiga janakuasa turbin gas yang baru, pam-pan eksport, unit-unit pengasingan serta peralatan-peralatan lain dan tiga talian paip baru.Jaket Mampak tersebut adalah salinan kertas karbon rekabentuk pelantar Champion Barat yang terdahulu, yang telah membantu menghasilkan prestasi keselamatan yang lebih baik, pengurangan kos yang besar serta jadual pembinaan yang lebih singkat. Pelantar ini telah direkabentuk dan dibina keseluruhannya di Brunei oleh kontraktor-kontraktor tempatan di yad pembinaan marin BSP di Kuala Belait. Buat kali pertamanya pekerja tempatan telah dilatih di dalam disiplin kemahiran seperti pengimpalan, menegakkan cerucuk, kerja-kerja rigging dan sebagainya, semasa pembinaan Mampak dan kini mereka telah beralih perhatian kepada projek Bugan pula.Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, Kejayaan Mampak adalah satu mercutanda kekuatan semangat kerja berpasukan serta dedikasi para kakitangan BSP dan kontraktor. Tiada sebarang LTI dilaporkan sepanjang projek ini, sementara kos dan jadual adalah lebih baik daripada apa yang telah dirancang dan kita telah memaksimakan penggunaan kepakaran tempatan. Ia merupakan satu projek 70 Teratas Shell dan adalah salah satu daripada pelbagai pembangunan yang sedang dalam pelaksanaan ke arah mengukuhkan pengeluaran minyak dan gas BSP untuk jangkamasa panjang .Kerja-kerja penaikan taraf besar-besaran yang telah dijalankan di hab pengeluaran Magpie sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini juga akan menjamin kelancaran pengeluaran minyak Mampak, di samping menyediakannya untuk pembangunan jangkamasa panjang potensi risab Mampak-Magpie.

    Minyak Pertama di Mampak, Brunei

    Pelantar Mampak berkaki enam tersebut yang tidak mempunyai kakitangan dan dikawal sepenuhnya dari jarak jauh, terletak lebih kurang 30 km di luar pantai Brunei, di kawasan perairan sedalam 45 meter

    Kejayaan Mampak adalah satu mercutanda kekuatan semangat kerja berpasukan serta dedikasi para kakitangan BSP dan kontraktor

    LIPUTAN UTAMA

  • Mei 2009 SALAM 13

    Bugan Dipercepatkan Bagi Meningkatkan Pengeluaran Minyak Dan Gas

    Pengeluaran minyak dan gas daripada padang minyak Bugan kini bersiap-sedia untuk dipertingkatkan dengan pemasangan sebuah pelantar berteknologi tinggi dan dikawal dari jauh yang dijangka beroperasi dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Dengan menggabungkan langkah-langkah kejuruteraan yang inovatif dengan pengurusan projek, di samping menggunakan kepakaran kontraktor tempatan sepenuhnya, jurutera-jurutera Syarikat Minyak Brunei Shell telah berjaya mendirikan pelantar yang kompleks tersebut dalam tempoh rekod selama 20 bulan dan 12 bulan lebih awal daripada jadual dengan mematuhi piawaian-piawaian keselamatan yang bertahap tinggi.Kerja-kerja sedang giat berjalan bagi memindahkan dan memasang pelantar tersebut yang terdiri daripada jaket atau struktur kakinya yang setinggi 40 meter dan struktur topside atau struktur binaan atasnya yang seberat 1,400 tan, di kawasan perairan sedalam 35 meter pada jarak 20 kilometer di luar pantai di padang minyak Bugan. Pembangunan padang minyak yang berpotensi mengandungi risab minyak dan terutamanya gas yang besar ini, akan memperkukuhkan lagi potfolio hidrokarbon BSP dan menyumbang kepada usaha mempertingkatkan pengeluaran minyak dan gas jangkamasa panjang Brunei. Sebagai sebahagian daripada strategi dalaman BSP bagi mempercepatkan masa pembinaan serta mempertingkatkan kecekapan, jurutera-jurutera BSP telah berpandukan salinan kertas karbon rekabentuk pelantar Champion Barat yang telah memenangi anugerah. Pelantar ini yang dikawal serta dipantau dari jarak jauh mengandungi sejumlah telaga-telaga ular

    berteknologi tinggi dan dilihat sebagai salah sebuah pelantar luar pantai yang paling maju di dunia. Kumpulan projek Bugan telah menggunakan peralatan yang biasa digunakan, di samping mengejar inovasi serta mengimprovasi. Satu contoh adalah dek helikopter yang diperbuat daripada aluminium yang tidak akan memerlukan penyelenggaraan besar. Satu keputusan polisi juga telah diambil bagi menggunakan hanya kontraktor-kontraktor Brunei, yang secara langsung telah menjadikan projek Bugan itu sebagai unik. Grahaeme Henderson, Pengarah Urusan BSP berkata, Kami telah memutuskan untuk memaksimakan penggunaan perkhidmatan kontraktor-kontraktor Brunei bagi kesemua kerja yang terlibat sehingga ke rantaian perbekalan, samada dari segi rekabentuk, fabrikasi, pembekalan peralatan mahu pun di peringkat pemasangan. Pelantar tersebut telah dipasang keseluruhannya di yad pembinaan marin kita di Kuala Belait. Melalui cara ini kita telah mewujudkan peluang-peluang perniagaan bagi kontraktor-kontraktor Brunei kita dan pada masa yang sama

    telah dapat mengurangkan tempoh masa pembinaan. Keseluruhan projek ini adalah sememangnya satu kejayaan kejuruteraan yang dicapai di Brunei dalam erti kata sebenarnya. Projek Bugan hanyalah salah satu dari contoh usaha berterusan bagi mempertingkatkan daya saing kos dan mencetus kecekapan yang lebih baik di keseluruhan organisasi perniagaan. Grahaeme menambah, BSP telah memulakan program peningkatan perniagaan lebih kurang 3 tahun yang lalu, lebih lama sebelum bermulanya penurunan ekonomi dunia. Ini telah terbukti sebagai satu keputusan strategik yang penting dan telah membolehkan kita berada di kedudukan yang kukuh untuk menangani senario harga minyak yang rendah.Kemajuan seperti yang dicapai di Bugan turut diulangi di serata organisasi syarikat melalui sejumlah inisiatif peningkatan perniagaan yang diterajui oleh para kakitangan sendiri. Kita akan memanfaatkan prestasi perniagaan kita yang ampuh serta kedudukan kita sebagai pemimpin teknologi bagi mengurangkan kos dan menghasilkan nilai bagi para pemegang hak kita, kata Grahaeme.

    Satu keputusan polisi juga telah diambil bagi menggunakan hanya kontraktor-kontraktor Brunei, yang secara langsung telah menjadikan projek Bugan itu sebagai unik

  • 14 SALAM Mei 2009

    MD Langkah Sihat 2009

    Lebih dari 3,000 peserta telah mengambil bahagian di dalam acara tahunan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), MD Langkah Sihat 2009 yang berlangsung di Panaga pada Mei. Keceriaan acara tersebut bermula pada awal pagi lagi dengan senaman memanaskan badan sebelum para peserta memulakan larian yang bermula dan berakhir di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC). Kebanyakan peserta menyertai larian sejauh 5.5km dan ada juga yang berjalan sejauh 2.5km. Larian yang bertemakan Badan Sihat, Minda Sihat ini dianjurkan oleh Aset Darat dan adalah satu acara yang sangat dinanti-nantikan oleh para peserta, dengan sesetengah mereka hadir dengan pakaian beragam. Pengarah Urusan BSP, Grahaeme Henderson berkata, Larian ini adalah satu tradisi kebanggaan BSP yang mempromosi gaya hidup yang aktif dan sihat. Ia merupakan satu cara yang baik untuk memulakan hari dan berkenalan lebih rapat dengan rakan-

    BERITA BSP

  • Mei 2009 SALAM 15

    rakan sejawat kita.Kesemua peserta adalah kakitangan BSP, Brunei LNG Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei Shell Tankers Sdn Bhd, syarikat-syarikat kontraktor dan ahli-ahli keluarga mereka.Saya amat gembira melihat kehadiran begitu ramai sekali kakitangan syarikat-syarikat Brunei Shell dan juga syarikat-syarikat kontraktor. Dengan lebih 3,500 peserta, acara tahun ini mencatatkan jumlah penyertaan yang paling tinggi sejak acara ini mula diadakan pada 2004. Terima kasih kepada awda semua kerana telah mengambil bahagian. Teruskan bersenam dan saya sendiri akan menanti-nantikan acara ini pada tahun hadapan. Larian ini adalah sebahagian dari Program Gaya Hidup Sihat BSP yang menyatakan komitmen syarikat untuk mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan kakitangannya. Acara tahunan ini juga adalah selaras dengan inisiatif Keseimbangan Pekerjaan dan Kehidupan BSP yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan syarikat.

  • 16 SALAM Mei 2009

    Ceramah Dan Pameran Biasiswa BSP

    Sebagai satu usaha bagi menarik perhatian para graduan yang berpotensi menyertai industri minyak dan gas, Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah mengadakan ceramah biasiswa dan pameran kerjaya di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) di Seria.Objektif utama jerayawara dua hari ini adalah bagi menyediakan para pelajar dan guru dengan maklumat bagi membantu mereka dalam membuat keputusan memilih matapelajaran-matapelajaran yang relevan berdasarkan kerjaya yang ada di BSP. Usaha ini juga membentangkan maklumat penting berkenaan proses penajaan biasiswa dan pengambilan bekerja di BSP. Lebih kurang 1,000 pelajar daripada sekolah menengah atas kerajaan dan sekolah swasta telah menghadiri jerayawara tersebut yang dirasmikan oleh Hajah Rosmawatty Haji Abdul Mumim, Pengarah Aset BSP.Di dalam ucapan beliau, Hajah Rosmawatty berkata, Saya ingin menekankan bahawa BSP dan BLNG akan terus menaja dan menyokong usaha-usaha membangunkan ekonomi Brunei Darussalam. Kami mempunyai kepentingan perniagaan bagi mengambil bekerja individu-individu berkaliber tinggi serta

    berbakat seperti awda sekalian supaya dapat kami perkukuhkan lagi tenaga dinamik syarikat kami. Kami menjemput awda semuanya sebagai individu-individu yang berpotensi menjadi kakitangan-kakitangan BSP dan BLNG bagi merealisasikan aspirasi ini. Pihak BSP telah mengeluarkan biasiswa bagi pelajar-pelajar tempatan melanjutkan pengajian ke United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat. Kebanyakan daripada para pelajar tersebut mengikuti kursus-kursus kejuruteraan dan sub-permukaan atau disiplin-disiplin berpotensi tinggi seperti kejuruteraan petroleum, kejuruteraan takungan minyak dan petro sik. Di samping itu, pihak syarikat turut menawarkan peluang bagi para kakitangannya mendapatkan Diploma Tinggi Kebangsaan atau pun kelulusan peringkat Ijazah.

    Hajah Rosmawatty Haji Abdul Mumim, Pengarah Aset BSP, merasmikan Pameran Kerjaya yang diadakan di BSRC

    Lebih kurang 1,000 pelajar daripada sekolah menengah atas kerajaan dan sekolah swasta telah menghadiri jerayawarya tersebut

    Penuntut sedang mendengar penerangan mengenai kerjaya sebagai Jurutera Telaga

    BERITA BSP

  • Mei 2009 SALAM 17

    Laman web LetsCoach@BSP kini AKTIF Sila layari web:

    http://sww-bsp.bsp.shell.bn/PROJ_BSPCoaching/index.html

    Bengkel Pembimbing:

    LetsCoach@BSP telah bergabung dengan 188 para pembimbing di BSP!

    Para koordinator keupayaan BSP sedang membina momentum dengan mensasarkan semua kakitangan JG 4 dan atas untuk menghadiri bengkel pembimbing ini menjelang penghujung 2009. Komitmen mereka untuk membina keupayaan masa hadapan BSP adalah sesuatu yang terpuji dan mustahak bagi menghasilkan satu sasaran skor kad.

    LetsCoach@BSP telah berkembang dari satu program perintis Pembelajaran di Tempat Kerja di Projek-projek Utama (Kewangan telah turut serta). Pihak MPM LT masih lagi memandu arah inisiatif ini dan mereka telah menetapkan sasaran untuk membuahkan hasil dari komitmen mereka menjelang penghujung Jun.

    Awda boleh menyumbang kepada kejayaan masa hadapan BSP dan Brunei dengan berkongsi kepakaran awda dan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sejawat yang lain.

    Ketahui dengan lebih lanjut melalui SOU di LetsCoach@BSP

    Sasaran: JG4+Tempoh sesi: 7.30 pagi -12:00 tengahariMakan tengahari: Disediakan Tempat: Brunei Asia Paci c Shell Learning HubSekali Setiap Dua Minggu

    Sasaran kami adalah untuk bergabung dengan 420 para pembimbing menjelang Disember 2009. Masih ada 232 kekosongan lagi!

    Kunjungilah! Di sini ada

    Kaedah membimbing, Temuramah dengan pengarah-pengarah BSP, Forum Pembimbing bagi mengemukakan soalan,

    memberi komen, dan Tip-tip membimbing yang berharga daripada para

    pembimbing.

    Lokasi: Laman Utama BSP di bawah Whats New

    MEMPERKENALKANLaman Web LetsCoach@BSP

    Tumpuan bengkel LetsCoach@BSP adalah:

    Penentangan dan perubahan Memotivasi dan mende nisi kejayaan Mengumpul keterangan bagi GPA awda Teknik-teknik membimbing

    LetsCoach@BSP

  • 18 SALAM Mei 2009

    Sesi Pertemuan OPM7

    Sesi Pertemuan OPM/7 telah diadakan di Teratai Lounge, Kelab Panaga. Sesi tersebut dihadiri oleh Pelatih Pembangunan Graduan dan Pelatih Pembangunan HND (sebelum ini dikenali sebagai METS) daripada jabatan OPM/7. Sesi tersebut telah diatur bagi menyediakan satu dialog berkenaan isu-isu kebajikan dan pembangunan karier golongan professional baru di OPM. Antara yang hadir bagi menjawab dan memperjelaskan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah Steve Norton OPM, Felix Th ein OPM/5, Hj Mohaimin bin Hj Abd Latif EOP/1 , Md Juanda bin Hj Lamzi OPM/4 dan Robert Chung DSE/2. Hj Mohaimin telah memulakan sesi dengan satu penyampaian tentang HSE yang mengutarakan 12 Peraturan Melindungi Nyawa yang mula diperkenalkan di BSP. Pengajaran-pengajaran yang dikumpul dari insiden-insiden HSE terbaru di dalam syarikat telah dikongsi bersama, berserta dengan pengajaran-pengajaran tambahan HSE yang dilalui oleh para pelatih semasa kitaran tugasan mereka di lapangan. Hj Mohaimin turut menerangkan program Mentor bagi para kakitangan professional yang baru menyertai Shell, di mana mereka akan menerima bimbingan serta nasihat sepanjang kerjaya mereka daripada hari pertama lagi. Beliau menekankan bahawa pementoran merupakan satu perkongsian yang memberi manfaat kepada pihak yang menjadi mentor dan juga yang menerima bimbingan. Hj Mohaimin turut menambah bahawa mereka yang menerima bimbingan harus proaktif dalam menjalin hubungan dengan mentor masing-masing dengan selalu membincangkan pembangunan diri mereka serta mendapatkan bimbingan. Bagi memberi pemahaman kepada para professional baru tersebut apa yang ditawarkan melalui kerjaya di dalam Operasi dan Penyelenggaraan, seorang bekas pelatih graduan Rahim Jahit EOP/2, telah berkongsi pengalaman 12 tahun beliau berkhidmat dengan BSP. Beliau menyampaikan inspirasi kepada para professional baru tersebut melalui kisah jatuh dan pembangunan pembangunan kerjaya beliau yang telah membawanya ke jawatan yang sedia ada, dengan menekankan bahawa golongan professional yang baru tidak seharusnya takut menyahut cabaran serta mengambil peluang mempelajari kemahiran-kemahiran baru.Dayang Juanda, pemangku OPM/7, turut menjelaskan pengstrukturan semula

    organisasi syarikat di mana prospek perjawatan bagi para pelatih diperincikan. Keperluan masa hadapan bagi Operasi dan Penyelenggaraan wujud di dalam Teknologi Padang Pintar, EOR Kimia dan Pembanjiran Air. Maklumbalas berkenaan program kitaran tugasan para pelatih telah dijadikan agenda utama pada hari tersebut. Perbincangan di kalangan graduan-graduan dan HND diharapkan akan membawa kepada peningkatan di dalam skim latihan sedia ada dan memastikan para professional baru dapat dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang perlu bagi menjadi lebih cekap.Steve, OPM, menerangkan bahawa keselamatan adalah keutamaan teratas di dalam syarikat dan menekankan ianya merupakan tanggungjawab setiap individu untuk bekerja dengan selamat dan menjaga tempat kerja supaya sentiasa selamat serta mematuhi peraturan-peraturan dan menegur sebarang tindakan yang tidak selamat. Beliau juga menyatakan bahawa tahun ini adalah masa yang mencabar bagi pengeluaran disebabkan oleh krisis ekonomi global. Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti yang dikenalpasti di bawah pelan BP08 akan diteruskan seperti yang telah dirancang tetapi akan perlu dihasilkan secara efektif kos.

    Oleh Hjh Eda Suzana Hj Hipny, OPM/71; Zarina Surya Zainal, OPM/71; Yusrin Ramlee, OPM/71

    Presentasi Graduan dan Pelatih Pembangunan HND oleh Hadini Zainal Abidin

    Kakitangan baru HDTS untuk 2008

    BERITA BSP

  • Mei 2009 SALAM 19

    Adakah Peralatan Berkuasa ElektrikAwda Selamat Untuk Digunakan?

    Kuasa elektrik adalah salah satu sumber tenaga serba guna dan yang paling meluas digunakan di setiap bangunan kediaman, komersial dan industri. Kehadiran kuasa elektrik sudah menjadi begitu lumrah sehinggakan kita selalu tidak memikirkan tentang keselamatan penggunaannya. Kemalangan boleh berlaku akibat sikap sebegini. Kita sudah amat terbiasa dengan kemudahan yang wujud melalui kuasa elektrik dan peralatan berkuasa elektrik sehingga membuatkan kita tidak menyedari bagaimana kejutan elektrik dan kelecuran boleh berlaku. Bagi menangani cabaran ini, kumpulan OPM/14 dengan kerjasama SEN/4, telah mengadakan klinik Peralatan Berkuasa Elektrik pada di Ibu Pejabat BSP.

    Intipati promosi ini adalah bagi menerapkan budaya keselamatan di samping menekankan perlunya komitmen oleh setiap orang kakitangan, pada setiap hari, bagi menjadikan keselamatan perkara pertama yang diutamakan. Komitmen BSP sebagai sebuah syarikat adalah untuk menyediakan tempat kerja yang paling selamat dapat diwujudkan. Para kakitangan adalah diharapkan dapat menerima tanggungjawab masing-masing untuk menghidupkan amalan bekerja yang selamat dan juga sifat kebertanggungjawaban.Klinik tersebut dianjurkan sebagai satu usaha menyediakan saluran maklumat bagi penyebaran maklumat tentang keselamatan serta operasi dalam bentuk risalah dan video keselamatan berkenaan penggunaan kuasa elektrik. Poster-poster turut dipamerkan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya-bahaya yang wujud dari kuasa elektrik, termasuklah punca kebakaran, kejutan elektrik, penyalaan serta ledakan daripada sambaran elektrik. Satu acara utama di dalam klinik tersebut adalah sebuah alat

    Program tersebut yang bertajuk Adakah berkuasa peralatan elektrik awda selamat untuk digunakan?, mempunyai enam objektif seperti berikut:

    Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kuasa elektrik

    Mewujudkan kefahaman tentang jenis-jenis peralatan berkuasa elektrik yang berbeza serta ciri-ciri keselamatannya

    Menunjukkan keperluan-keperluan keselamatan serta pemeriksaan bagi peralatan berkuasa elektrik

    Menunjuk ajar tentang perkakas serta peralatan perlindungan yang boleh digunakan

    Memberi nasihat berkenaan pengenalpastian bahaya dan langkah berjaga-jaga

    menunjuk ajar khas yang digunakan oleh kumpulan penyampai bagi mendemonstrasikan kaedah betul bagi memeriksa serta menguji peralatan berkuasa elektrik. Ramai pengunjung telah membawa bersama peralatan-peralatan berkuasa elektrik masing-masing bagi pengesahan keselamatan. Dengan menggunakan penguji peralatan berkuasa elektrik mudah alih, dua ujian asas telah dijalankan, iaitu ujian pembumian serta ujian penebat, dengan mengalirkan arus elektrik di antara wayar-wayar neutral dan hidup yang disambung bersama dan juga dengan wayar bumi. Ujian-ujian lain termasuklah:

    Bagi ujian peralatan berkuasa elektrik yang dibumikan serta ujian pembumian, ujian penebat dan ujian nyalaan adalah diperlukan. Bagi peralatan berkuasa elektrik yang mempunyai dua lapisan penebat, ujian pembumian adalah tidak diperlukan, tetapi ujian penebat dan ujian nyalaan masih diperlukan.Lebih dari 300 kakitangan BSP serta pakar runding dan kontraktor telah mengambil bahagian di dalam klinik tersebut.

    Ujian nyalaan, iaitu satu ujian yang lebih terperinci ke atas bahan penebat bagi memberi amaran awal tentang masalah penebatan;

    Ujian bebanan bagi mempastikan bahawa tiada aliran elektrik berlebihan diserap oleh peralatan berkuasa elektrik;

    Ujian kebocoran ke bumi yang memberikan kepastian lebih lanjut ke atas penebatan di dalam keadaan sebenar ianya berfungsi dan berguna bagi mengesahkan yang peralatan berkuasa elektrik tidak menyebabkan trip berulang kepada RCD.

  • 20 SALAM Mei 2009

    Projek Rejuvenasi Sistem AirPendingin Disiapkan

    Penyempurnaan Projek Rejuvenasi Sistem Air Pendingin ini akan menandakan satu kemajuan amat bermakna dalam merealisasikan Program ARP bagi BLNG dan seterusnya akan membawa peningkatan besar kepada infrastruktur BLNG

    Projek Rejuvenasi Sistem Air Pendingin (CWSR) salah satu projek terbesar di dalam Pelan Rujukan Aset BLNG (ARP), telah berjaya disempurnakan.Projek ini melibatkan pembinaan lima sel menara pendingin yang baru serta kerja pelengkapan semula 35 sel menara pendingin yang sedia ada. Kumpulan projek berserta dengan kontraktor yang dilantik, PTAS-Hamon, telah memulakan pembinaan kelima-lima sel menara tersebut pada 2007 dengan sel menara pertama (A-5444) disempurnakan pada Mei 2008. Sel menara kelima dan terakhir (A-5441) telah berjaya disempurnakan pada Disember 2008. Dengan siapnya sel-sel menara baru ini, maka BLNG kini mempunyai 40 sel menara. Cooling Tower Technologies Pty Ltd telah dilantik pada Februari 2009 bagi menjalankan ujian prestasi termal CTI ke atas sel-sel

    menara pendingin yang baru tersebut.Projek itu kini diteruskan dengan pelaksanaan kerja-kerja rejuvenasi ke atas 35 sel-sel menara yang sedia ada, sesudah siapnya sel-sel menara yang baru. Kerja-kerja tersebut adalah untuk menanggal serta menggantikan kesemua bahagian-bahagian dalaman menara pendingin termasuklah segala bahan-bahan pelapik daripada asbestos. Bagi mengekalkan pengeluaran LNG dan membolehkan tren-tren pemerosesan terus beroperasi, kerja-kerja dijalankan secara sistematik dengan hanya dua sel di setiap satu daripada tiga Menara Pendingin utama dikerjakan pada sesuatu masa. Setakat ini, kerja-kerja rejuvenasi telah disempurnakan di menara yang pertama, sel A-5439, sementara kerja telah bermula ke atas sel-sel A-5438 dan A-5437 (Menara Pendingin 9 sel), A-5415 dan A-5416 (Menara

    Pendingin 15 sel), serta A-5413 dan A-5414 (Menara Pendingin 16 sel). Pam-pam di menara-menara pendingin ini akan diganti setelah kerja-kerja itu selesai. Ini akan memerlukan pelengkapan semula sejumlah sel-sel dan kerja dijangka akan berterusan sehingga 2011.Di samping itu projek-projek lain yang berkaitan juga sedang dilaksanakan, iaitu penggantian bahagian masuk Air Pendingin, penggantian bahagian pintu saliran Air Pendingin dan rejuvenasi bahagian Slipstream. Kesemua projek ini dikoordinasi secara serentak oleh APM dengan kerja-kerja rejuvenasi sel-sel dan juga penutupan terancang tahunan Tren LNG. Penyempurnaan kesemua kerja-kerja ini akan menandakan satu kemajuan amat bermakna dalam merealisasikan Program ARP bagi BLNG dan seterusnya akan membawa peningkatan besar kepada infrastruktur BLNG.

    BERITA BLNG

  • Mei 2009 SALAM 21

    Brunei LNG telah menyampaikan hadiah ganjaran kepada 67 pelajar-pelajar terbaik bagi tahun akademik 2008 pada satu majlis khas yang diadakan 6 Mei 2009, di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, Lumut, dihadiri tetamu kehormat Haji Jamain bin Momin, Pegawai Daerah Belait.Para pelajar tersebut mewakili sekolah-sekolah rendah, agama dan menengah di Mukim Liang, Daerah Belait. Ramai di antara mereka adalah anak-anak kakitangan Brunei LNG dan Loji Penapisan yang telah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan umum sepanjang 2008. Majlis tersebut ditaja dan dianjur bersama dengan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah. Pengerusi jawatankuasa penganjur,

    67 Pelajar Terima GanjaranDari Brunei LNG

    Awang Haji Mohd Adenin bin Haji Hamdan, pemangku pengetua sekolah tersebut berkata hadiah ganjaran seperti ini mampu mewujudkan insentif serta motivasi kepada pelajar untuk mencapai prestasi cemerlang di dalam pelajaran mereka. Beliau turut mengingatkan para ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka belajar di luar waktu persekolahan agar mencapai kecemerlangan akademik.Tetamu kehormat Haji Jamain bin Momin, memuji Brunei LNG kerana menaja majlis tahunan ini dan mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Beliau berharap akan ada impak positif terhadap pencapaian pelajaran pelajar-pelajar tersebut.Haji Jamain telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pelajar peperiksaan umum, termasuk anak-anak kakitangan Brunei LNG dan Loji Penapisan, sementara Hj Mahri bin Matahir,

    Pengurus Hal Ehwal Korporat Brunei LNG, telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pelajar sekolah rendah. Majlis tersebut yang merupakan tahun ketujuh ianya diadakan adalah sebahagian dari program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Brunei LNG bagi komuniti Mukim Liang dan juga bagi para kakitangan syarikat yang bertujuan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Antara pelajar-pelajar cemerlang yang hadir untuk menerima hadiah adalah Muhd Nur Ari n bin Muhd Nurduwin, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah yang telah mendapat 8 PMB dengan 7 kepujian, dan Muhammad Faiz bin Awang Ahmad, pelajar Tahun 6 dari Sekolah Agama Sungai Taring yang mendapat gred 1 dengan 5 kepujian.

    Sesi gambar berkumpul dengan tetamu kehormat, Haji Jamain bin Momin, Pegawai Daerah Belait

  • 22 SALAM Mei 2009

    BST Raikan Ketua PegawaiRakyat Brunei Yang PertamaBrunei Shell Tankers Sdn Bhd telah meraikan kenaikan pangkat Pegawai Dek rakyat Brunei pertamanya kepada jawatan Ketua Pegawai pada Februari 2009. Ketua Pegawai Martin Liew adalah salah seorang Kadet yang pertama ditaja di bawah Program Latihan Kadet Marin BST/BGC yang dimulakan pada tahun 2000. Martin dan rakan-rakan sejawatnya telah melalui pelbagai cabaran di dalam pembangunan Program PemBruneian bagi sektor marin di dalam industri minyak dan gas. Sebagai sebahagian daripada program

    pembangunan peribadi beliau, Martin juga diperlukan untuk melalui latihan di Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC), Shell International Trading and Shipping Company Limited (STASCo) dan Shell Ship Management Limited (SSML). Martin dan dua orang Jurutera Kedua Shamsul Bin Haji Othman dan Eng Yih Chih menjadi sebahagian daripada Kumpulan Pengurusan Kanan Rakyat Brunei yang semakin ramai bilangannya di atas kapal-kapal kita. Setelah menyempurnakan penilaian Tiket Ketua Pegawai beliau pada 2006, Pegawai yang berpengalaman ini telah membuka laluan bagi Pegawai Dek yang lain untuk mengorak langkah

    mereka sendiri.Pihak Syarikat juga mengucapkan tahniah kepada dua orang Jurutera Ketiga, Mohd Humaizi Bin Haji Magon dan Pg Shahirul Shaimee Bin Pg Daud, di atas kejayaan mereka mendapatkan Tiket Jurutera Kedua. Dengan pencapaian ini mereka telah memenuhi salah satu kriteria yang berpotensi membawa mereka kepada kenaikan pangkat sebagai Jurutera Kedua. Satu lagi sasaran tercapai; satu lagi titik tanda tercatat di dalam Program PemBruneian yang membawa kita selangkah lagi mendaki tangga kejayaan.

    Ketua Pegawai Martin Liew adalah anak Brunei yang pertama memegang jawatan Pegawai Dek BST

    BERITA BST

  • Mei 2009 SALAM 23

    Satu latihan tindak balas kecemasan telah diadakan pada bulan Mei di Stesen Minyak Shell Roxana, Seria. Pihak pengurusan stesen minyak tersebut telah menganjurkan latihan itu bersama dengan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei serta Pasukan Polis Diraja Brunei.Objektif utama latihan adalah untuk mengukur kesiapsediaan para pemandu lori tangki, kakitangan stesen minyak dan pusat servis di dalam tindak balas mereka terhadap sesuatu keadaan kecemasan. Latihan tersebut telah disokong baik oleh agensi-agensi Kerajaan Daerah Belait yang turut berpeluang menguji tindak balas serta talian komunikasi masing-masing dengan kakitangan Stesen Minyak Shell Roxana. Insiden yang menjadi senario latihan melibatkan kejadian tumpahan minyak yang berlaku semasa pemindahan minyak daripada sebuah lori tangki.

    Latihan Tindak BalasKecemasan Roxana

    Latihan Gerak Balas Kecemasan itu menguji talian komunikasi agensi Kerajaan Daerah Belait dengan kakitangan Stesen Minyak Shell Roxana

    BERITA BSM

  • Langkah 1Dapatkan persetujuan rakan-rakan sejawat awda di dalam pejabat/bahagian/jabatan yang sama untuk berkongsi satu naskah Salam dan bukannya mendapatkan naskah masing-masing

    Langkah 2Minta setiausaha atau pembantu tadbir pejabat/bahagian/jabatan awda untuk menghantar e-mel kepada [email protected] bagi memaklumkan kami tentang perubahan ini

    Tindakan kami Kami akan mengemaskinikan senarai edaran kami yang akan digunakan bermula dengan keluaran Salam yang akan datang

    35 TAHUNHj Abd Ghani Hj Md Zain OMS16Mansor Bin Hj Mohd Noor OPM6214Suleiman Bin Talip DOP111

    30 TAHUNJamalludin Bin Hj Ladis WOP111

    25 TAHUNHassan Bin Hj Hussin POP111Hj Husaini Bin Hj Suhaili DOP112Jahari Bin Suhaili WOP112Jamil Bin Ramlee DOP113Judin Bin Bujang WOP20Khalid Bin Hj Amat @Halik DOP113Kiprawi Bin Haji Munir DOP112Kwong Teng Lian HML12Labang Anak Para EOP112Mohd Taip Bin Omar STL2111Mohd Rashid Bin Hj Ahmad STL2112

    Rakawi Bin Hj Sahari DOP111Sadiah Bte Hj Udin HML41Saliha Bte Merusin UUL4Pg Suliaman B Pg Hj Bakar TLS3Zainal Bin Durano DOP111

    20 TAHUNHjh Hasnah Bte Hj Abd Hamid SAV41Hj Ihsanudin B Hj Ibrahim OPS54Ishan Bin Hj Ishak OPS54Rahmat Bin Amat Daud IBA425Rosmah Binti Haji Ahad IBA584Teo Boo Heng OPS631Mohammad Zufri B Muhd Bakhtiar CEA222

    15 TAHUNHj Harith Pehin Hj Abd Aziz MPB11

    10 TAHUNAk Mohamad Fadillah BPH Ahmad TSW12

    ULANGTAHUNPERKHIDMATAN

    INGIN BANTU KAMI MENJIMATKAN KERTAS DAN JUGA ALAM SEKITAR?

    Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara.

    Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.