maklumat, laporan maklumat pertama

60
MAKLUMAT, LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA TEKNIK PENYIASATAN

Upload: merlynda-jipa

Post on 06-Dec-2015

272 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

klumat, Laporan Maklumat Pertama

TRANSCRIPT

MAKLUMAT, LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA

TEKNIK PENYIASATAN

Apa itu ‘Maklumat’ ?

• Ia merupakan pernyataan oleh seseorang pengadu berkenaan berlakunya satu-satu kejadian atau kesalahan dan ia dibuat melalui i) lisanii) Tulisaniii) Surativ) Telefon

Samb: Apa itu ‘Maklumat’ ?

(Thomson CJ, Rigby and Ong JJ):

• An information and a complaint are different things and the failure to distinguish between them can lead to very great confusion of thought.

• An information is a statement relating to the commission of an offence.

Samb: Apa itu ‘Maklumat’ ?

Made to a police officer under s.107 of the CPC and a complaint is an allegation made to magistrate with a view to his taking action under the code.The application for summons can also be the complaint on the basic of which the magistrate must under s.128 take cognizance of the alleged offence.

Samb: Apa itu ‘Maklumat’ ?

• Ia merupakan maklumat yang dibuat:

- Seberapa segera sebaik sahaja kesalahan berlaku

- Ingatan sipemberitahu maklumat masih segar tentang kejadian itu dimana tiada kesempatan masa untuk merangka atau mereka mengenai kejadian.

Dengan adanya maklumat pertama• Menjadi asas makluman kepada pihak polis untuk

bertindak• Mencatatkan segera maklumat mengenai sesuatu

kejadian sebelum ianya pudar dari ingatan

Dengan adanya maklumat pertama

• Pertama kali kepada pihak polis yang mana menjadi asas untuk memulakan tindakan;

• Pihak polis masih belum menjalankan penyiasatan.

• Menentukan peruntukkan kuasa-kuasa penyiasatan diaplikasikan oleh mana-mana Pegawai Polis yang berkuasa melaksanakan mengikut peruntukkan undang-undang.

Lapuran Polis / Maklumat Pertama

Sek. 107 KPJ

• Maklumat perlakuan sesuatu kesalahan jika diberi secara lisan kepada seseorang pegawai yang bertugas di balai polis (KPB) diturunkan dalam bentuk tulisan oleh pegawai tersebut atau dibawah arahannya dan dibaca kepada pemberi maklumat.

Samb: Sek. 107 KPJ

• Setiap laporan hendaklah dimasukkan ke dalam buku (Pol.41 – Buku Repot) yang akan disimpan oleh KPB dan hendaklah ditambah dengan dimasukkan tarikh dan waktu maklumat diberi, sama ada secara bertulis atau diturunkan kepada tulisan serta ditandatangani oleh pemberi maklumat.

Samb: Sek. 107 KPJ

• Emperor lwn Khwaja Nazir Ahmad, A.I.R (1945) P.C. 18:

• Hakim-hakim Majlis Privy memutuskan laporan maklumat pertama bukanlah satu syarat duluan untuk memulakan penyiasatan jenayah.

Samb: Sek. 107 KPJ• Walau bagaimana pun, ia membenarkan maklumat

awal tentang aktiviti jenayah yang didakwa diperolehi dan catatan mengenai keadaan-keadaan dilakukan sebelum ia dilupakan atau ditokok tambah.

TIADA MAKLUMAT PERTAMA

• Laporan maklumat pertama yang dibuat kepada polis tidak diturunkan kepada tulisan dan tertuduh telah dibebaskan tanpa memanggil pembelaan. Disini pandangan menunjukkan bahawa tanpa laporan maklumat pertama, pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk bertindak dan tangkapan ke atas tertuduh adalah menyalahi undang-undang.

Samb: TIADA MAKLUMAT PERTAMA

• Walau bagaimana pentingnya dokumen satu laporan maklumat pertama, ia tidak boleh dianggap sebagai keterangan substantif dan nyataan bahawa tiada laporan maklumat pertama yang telah dibuat bukan dengan sendirinya menjadi alasan untuk membuang kes.

Samb: TIADA MAKLUMAT PERTAMA

• Sehubungan ini, walapun tiada laporan maklumat pertama, kuasa-kuasa polis untuk menyiasat tidak hanya bergantung semata-mata kepada Bab XIII KTJ tetapi termasuk:-

• Menangkap semua orang yang diberi kuasa menangkap – Sek.20 Akta Polis

• Tugas-tugas ini diperluaskan lagi dalam seksyen 23 KTJ – menangkap tanpa waran. Tugas-tugas ini bermakna ada kuasa menyiasat sama ada atau tidak telah wujud maklumat dibawah Sek. 107 KTJ

KUASA UNTUK MENYIASATOTI

ORDER TO INVESTIGATE

28/6/2015

ORDER TO INVESTIGATE DARI PENDAKWARAYA

• KPB merujuk pengadu kepada Majistret (RTM) dimana majisgtret akan bertindak dibawah Sek.133 KTJ. Pol.51A dikeluarkan oleh pihak polis;

• Polis tiada kuasa untuk menyiasat melainkan mendapat Order To Investigate (OTI) dari Pendakwaraya.

Samb: ORDER TO INVESTIGATE DARI PENDAKWARAYA

• Setelah OTI diperolehi, pegawai polis tidak rendah pangkat Sarjan atau KPB boleh siasat dan menggunakan kuasa-kuasa khas menyiasat melainkan kuasa tangkap tanpa waran.

Samb: ORDER TO INVESTIGATE DARI PENDAKWARAYA

• Sekiranya pihak Polis telah bertindak dengan menjalankan siasatan tanpa mendapat OTI daripada Pendakwaraya, adakah pendakwaan perlu mengemukakan perintah tersebut sebelum mahkamah mempunyai bidang kuasa meneruskan perbicaraan ?

• Majistret memutuskan perintah itu perlu dan memandangkan ia tidak dikemukakan perbicaraan adalah tidak sah.

• Atas rayuan diputuskan bukan menjadi beban pendakwaan mengemukakan perintah sedemikian semasa perbicaraan.

• Kegagalan tidak memberi kesan kepada bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes. Lebih-lebih lagi apa jua keterangan yang dikumpulkan adalah menyalahi undang-undang.

SALINAN MAKLUMAT PERTAMA

SEK.108A KTJ

SEK.108A KTJ MEMPERUNTUKKAN:

• Salinan laporan berkaitan maklumat di bawah Sek.107 atau 108 KTJ, disahkan oleh KPD boleh diterima sebagai keterangan tentang kandungan asal, tempat dan cara maklumat itu direkodkan.

• Kandungan maklumat perlu dibuktikan secara berasingan.

Setakat mana hak tertuduh dalam mendapatkan akses kepada salinan Laporan Maklumat Pertama ?

• Kes rujukan;• Anthony Gomez lwn KPD Kuantan (1977) 2MLJ 24• Tertuduh mempunyai hak kepada laporan Maklumat

Pertama dan patut diberi satu salinan jika dipohon;

• Hak tertuduh berdasarkan Common Law yang memberikan hak kepada seseorang mendapatkan akses kepada sesuatu dokumen yang mana ia mempunyai kepentingan.

Samb: Setakat mana hak tertuduh dalam mendapatkan akses kepada salinan Laporan Maklumat Pertama ?

• Kes rujukan;• Husdi lwn PP (1979) 2 MLJ 304• Hakim Syed Othman berpendapat, hak tertuduh

kepada maklumat adalah berkait dengan haknya untuk diberitahu akan alasan-alasan tangkapanya seperti mana diperuntukkan di bawah Perkara 5 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan

Samb: Setakat mana hak tertuduh dalam mendapatkan akses kepada salinan Laporan Maklumat Pertama ?

• Kes rujukan;• Loo Fang Siang lwn KPD Butterworth (1981) 2 MLJ 272• Pemohon terlibat dalam kemalangan jalan raya,

memohon satu salinan Laporan Maklumat Pertama seorang penunggang motosikal yang dilanggar olehnya;

• Responden mendakwa “Kes Anthony Gomez” tidak terpakai kerana kes itu melibatkan prosiding jenayah dan bukan prosiding sivil;

• Hakim Arulanandum tidak bersetuju dan memutuskan hak itu terpakai walaupun dalam prosiding sivil.

Sek.109 KTJ – Penyiasatan dalam kes boleh tangkap

• Sarjan ke atas atau KPB berkuasa menyiasat;• Tindakan pegawai yang tidak berkuasa

menyiasat tidak akan menyentuh kesalahan prosiding tetapi melaksanakan kuasa khusus yang diberi kepada Sarjan/KPB di bawah Sek.109 KTJ.

Sek.110 KTJ Menerangkan prosedur perlakuan kesalahan boleh tangkap

• Sebaik maklumat diterima dan pegawai menyiasat ada mengesyaki perlakuan boleh tangkap, hendaklah hantar maklumat pertama kepada pen dakwaraya (Borang Pol./CID/1/70-Pin.1/83) melainkan tidak perlu.

Sek.110 KTJ Menerangkan prosedur perlakuan kesalahan boleh tangkap (samb.)

• Pergi sendiri atau wakilkan pegawai bawahn ya ke tempaat kejadian menyiasat fakta-fakta dan keadaan kes.

• Pesalah hendaklah dikesan dan ditangkap jika sesuai.

• Wakil hanya bertindak di bawah se.• K.110 dan tidak boleh menggunakan kuasa di

bawah Sek. 111, 112, 116 dan 117 KTJ.

Sek.110 KTJ Menerangkan prosedur perlakuan kesalahan boleh tangkap (samb.)

• Dua keadaan yang boleh digunakan budi bicara dan tidak meneruskan siasatan :

(i)Maklumat diberi terhadap mana-mana orang di atas namanya dan rupa jenis kes bukan serius.

(ii)Tiada alasan mencukupi untuk meneruskan atau memulakan siasatan.

Sek.110 KTJ Menerangkan prosedur perlakuan kesalahan boleh tangkap (samb.)

• Di dalam tiap tiap kes seperti ini, hendaklah dinyatakan alasan-alasan untuk tidak mematuhi sepenuhnya keperluan Sek.110(I)

• Dari perspektif pendakwaan, apakah efeknya jika:

1. Kegagalan mengemukan Laporan Maklumat Pertama ?

2. Orang yang membuat Laporan Pertama tidak dipanggil memberi keterangan ?

Case Law

Ooi Hock Leong lwn Regina(1955) 21 MLJ 229

• Kegagalan mengemukakan Laporan Maklumat Pertama semasa perbicaraan boleh mengugat kesahihan laporan tersebut apabila Sek.145(g) Akta Keterangan dipakai.

• Di sini Hakim berkuasa mengemukakan soalan atau memerintah pengemukaan Laporan Maklumat Pertama – Sek.165 Akta Keterangan

Case Law

Mohamad Yatim Abu Bakar lwn PP(1950) 16 MLJ 57

• Kegagalan mengemukakan orang yang membuat Laporan Maklumat Pertama sebagai saksi untuk memberi keterangan menyebabkan mahkamah tidak menerima Laporan Maklumat Pertama sebagai keterangan.

KLASIFIKASI KES

BOLEH TANGKAPTIDAK BOLEH TANGKAP

KLASIFIKASI KES

• Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Penyiasat bertugas untuk menjeniskan kesalahan yang telah berlaku sebagai mana maklumat yang telah dilaporkan kepada Polis. Kesalahan-kesalahan tersebut boleh dijeniskan kepada 2 kategori:

1. Kategori Pertama2. Kategori Kedua

KATEGORI PERTAMA

• Kategori ini adalah kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang Kanun Keseksaan di mana boleh dibahagikan kepada dua jenis kesalahan iaitu:

1. Kesalahan Lazim ditangkap 2. Kesalahan Tidak Lazim ditangkap

KATEGORI PERTAMA

• Kesalahan yang Boleh ditangkap. Takrif dibawah Sek.2(1) KTJ di mana ia adalah suatu kesalahan yang mana kes yang boleh ditangkap di mana suatu kes biasanya pegawai polis tangkap Tanpa Waran mengikut Ruangan Ketiga Jadual Pertama

• Kesalahan Tidak boleh ditangkapSuatu kesalahan yang mana suatu kes biasanya pegawai polis tidak boleh tangkap tanpa waran mengikut ruangan ketiga Jadual Pertama.

KATEGORI KEDUA

• Kategori ini bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang lain (General Law) yang berkuatkuasa.

• Pada amnya untuk menentukan kesalahan boleh ditangkap tanpa waran atau tidak,

- Hendaklah memastikan hukuman maksima kesalahan tersebut di bawah undang-undang yang berkaitan.

KATEGORI KEDUA

• Jika hukuman penjara 3 tahun atau lebih, bermakna kesalahan tersebut boleh ditangkap tanpa waran (lihat Jadual bagi kesalahan-kesalahan lain daripada Kanun Keseksaan)

• Terdapat juga undang-undang lain memberi peruntukkan satu-satu kesalahan boleh ditangkap walaupun kesalahan itu boleh dihukum penjara dibawah 3 tahun.

KLASIFIKASI PENGADUAN

Maklumat yang diberikan kepada pihak polis sama ada secara bertulis atau lisan hendaklah diklasifikasikan mengikut kesalahan-kesalahan dan tindakan selanjutnya berpandukan kepada rujukan yang terdapat seperti dibawah :

KLASIFIKASI PENGADUAN

• RTM(Refer To Magistrate)Bagi kesalahan yang tidak boleh ditangkap. Polis tiada kuasa untuk menyiasat melainkan setelah mendapat OTI daripada Pendakwaraya.

• NOD (No Offence Disclosed)Tiada terdapat sebarang kesalahan yang telah dilakukan

KLASIFIKASI PENGADUAN

• NFA ( No Further Action )Bagi kes-kes yang tidak ada tindakan selanjutnya setelah dibuat Pertanyaan (Enquiry) terlebih dahulu sama ada kes-kes tersebut:-

Tidak ada alasan yang mencukupi untuk memulakan atau meneruskan penyiasatan (Lihat Sek.110(b) KTJ).

Kesalahan-kesalahan yang kecil seperti kemalangan jalanraya.

KLASIFIKASI PENGADUAN

• ROA (Refer To Other Agencies)• Rujuk kepada Jabatan berkenaan

Bagi kes-kes yang tidak ada kesalahan berlaku seperti kehilangan - Kad Pengenalan, - Kad Kredit, - Kad pendaftaran Kereta, - Lesen Memandu, dan lain-lain

KUASA-KUASA KHAS PENYIASATAN

SEKSYEN 109, 110, 111, 112, 114, 115, 116, 117, 119 & 120 KTJ

Apakah dia kuasa-kuasa menyiasat Pegawai Polis ?

• Kuasa-kuasa menyiasat seseorang Pegawai Polis terdapat di dalam KTJ dan juga di dalam Akta-akta tertentu (Specific Laws) seperti - Akta dadah Merbahaya- Akta Hasutan- Akta Keselamatan Dalam Negeri, dll

• Oleh itu adalah wajar sebelum sesuatu tindakan hendak dijalankan, akta-akta yang berkenaan dibaca untuk menentukan kuasa-kuasa polis didalam akta itu.

• Sekiranya kuasa menyiasat telah sedia ada didalam sesuatu akta, peruntukan di bawah KTJ tidak perlu digunakan (lihat Seksyen 3 KTJ)

Apakah dia kuasa-kuasa menyiasat Pegawai Polis ?

• Oleh itu adalah wajar sebelum sesuatu tindakan hendak dijalankan, akta-akta yang berkenaan dibaca untuk menentukan kuasa-kuasa polis didalam akta itu.

• Sekiranya kuasa menyiasat telah sedia ada didalam sesuatu akta, peruntukan di bawah KTJ tidak perlu digunakan (lihat Seksyen 3 KTJ)

PEGAWAI PENYIASAT

SIAPA YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI

PEGAWAI PENYIASAT (IO)

PEGAWAI PENYIASAT

• Jika dilihat Seksyen 3(3) dan dibaca bersama Seksyen 20(3) Akta Polis 1967, didapati pada amnya semua Pegawai Polis mempunyai kuasa untuk menyiasat tetapi Pegawai Polis yang mempunyai Kuasa Khas untuk menyiasat kesalahan-kesalahan yang boleh ditangkap ialah KPB dan Sarjan keatas (lihat Seksyen 109 KTJ)

• Pada kesalahan yang tidak boleh ditangkap sungguhpun kuasa-kuasa menyiasat bagi kesalahan serupa adalah terhad (lihat Seskyen 108 KTJ)

SEKSYEN 111 KTJ

• Seksyen 111 memperuntukkan kuasa menghendaki kehadiran saksi. Saksi tidak terikat untuk hadir dihadapan Pegawai Penyiasat.

• Tanpa satu perintah bertulis (lihat contoh Pol.45 – Lampiran ‘A’)

• Terpaksa berjalan lebih daripada 7 batu dari rumah ke Balai Polis.

SEKSYEN 111 KTJ

• Jika kakitangan keretapi, perlu memberitahu Pegawai Penjaga Stesyen terlebih dahulu.

• Keingkaran mematuhi perintah bertulis adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 175KK.

• Pegawai Penyiasat perlu lapor kepada Majistret yang boleh mengeluarkan waran untuk menjamin kehadiran saksi.

SEKSYEN 111 KTJ

• Keingkaran perintah secara lisan tidak boleh dihukum (lihat Bhambhia Nogharji (1954) Cr.L.J. 1060)

SEKSYEN 112 PEMERIKSAAN SAKSI

• Sek.112((1) – Rangkai kata “mana-mana orang” bermaksud termasuk saksi yang akhirnya menjadi tertuduh.

• Jika saksi berkemungkinan menjadi tertuduh, wajar percakapan dirakam oleh inspekter dan ke atas.

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

• Tentukan borang percakapan dalam pemeriksaan (Pol.51c) dan sambungan percakapan (Pol.51) disediakan secukupnya.

• Kemaskini butir-butir dalam Pol.51c.• Terangkan syarat-syarat dalam Sek.112(ii) &(iii)

dan catit seperti berikut:

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

• “Mengikut bab(iv) Sek.112 KPJ, saya telah memberitahu …………………………………………kandungan bab (ii) dan (iii) yang berbunyi :-

- Seseorang itu hendaklah menjawab dengan benarnya segala soalan-soalan yang bersangkut dengan kes itu yang dikemukakan oleh Pegawai Perakam,

- dengan syarat dia bolehlah menolak menjawab kepada pertuduhan jenayah atau perampasan.

- Seseorang itu juga dikehendaki bercakap dengan benar sama ada percakapannya dirakam kesemuanya atau hanya sebahagian sahaja.

- …………………………….. ……………………………….Jurubahasa Pegawai Perakam

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

• Sebelum rakaman dapatkan gambaran jelas tentang kejadian daripada saksi ambil perhatian keterangan yang boleh diterima mengikut Sek.60 Akta Keterangan.

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

• Sek.112 (ii) bukan bermakna rakaman dibuat secara soal-jawab. Memadai perkataan “bagi menjawab soalan-soalan saya” dicatit selepas peruntukan sek.112(iv) dilaksanakan rakaman boleh berbentuk naratif (cerita).

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

• Contoh kes:• PP lwn Subramaniam (1956) MLJ 58• PP lwn Abdullah bin Embek (1984) 1 CLJ 189

Sek.112(iii) – Adalah wajar soalan : “Adakah kamu berkata benar?’ Dikemukakan di akhir rakaman.Sek.112(iv) – Catitkan perkataan berikut

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

Sek.112(iv) – Catitkan perkataan berikut:

“ Percakapan di atas telah dibaca kembali kepada ……………………….. Diakui benar, tiada apa-apa tambahan atau pindaan”.

…………………… ………… …………………….. Jurubahasa Saksi Pegawai Perakam

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

NOTA:Perkataan ‘apabila boleh’ diletak sebaik sahaja sebelum keperluan-keperluan pernyataan dibuat secara bertulis dan pernyataan-pernyataan ditandatangani atau diturunkan cap ‘ibu jari pembuatnya’.Keraguan timbul tentang kepada yang mana satukah daripada dua keperluan ini perkataan ini ditujukan.

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

Contoh kes:Abdul Ghani bin Jusoh lwn PP (1981) 1 MLJ 25.

Jika berlaku kesilapan, potong dengan satu garisan dan terus tandatangan (initial) disebelah perkataan atau - ayat yang dipotong itu oleh pegawai perakam, saksi dan jurubahasa (jika digunakan).- Jika sambungan percakapan dirakam pada suatu masa yang lain, catit perkataan berikut;

TATACARA MERAKAM PERCAKAPAN

“Sambungan percakapan …………… dirakam oleh …………. Dalam bahasa …………..(jika jurubahasa digunakan, catit dengan jurubahasa ………………… dari bahasa …………ke bahasa …………….. pada ………… jam ……………

NOTA:Selepas catitan di atas peruntukan Sek.112 (iv) hendaklah dilaksanakan & proses rakaman sama seperti yang telah diterangkan di atas.