makanan ubahsuai genetik (gm food
TRANSCRIPT
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
1
Makanan Ubahsuai Genetik (GM Food):
Konsep dan Analisis Hukum.
Anisah Ab Ghani, Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi & Muhammad Safiri
Ismail
Abstrak
Makanan ubahsuai genetik atau ringkasnya, gm food merupakan salah satu
isu hangat yang telah diperdebatkan di kalangan pengguna sejak pertengahan
1990 an. Perdebatan ini timbul disebabkan wujud dua pandangan
bertentangan dalam mengulas isu berkaitan dengannya. Segolongan
mendakwa gm food mampu memberikan faedah kepada manusia sedangkan
segolongan yang lain mendakwa sebaliknya. Dari perspektif hukum, para
ulama tidak membincangkan hukumnya secara meluas kerana mungkin
beranggapan isunya masih tidak kritikal. Namun demikian, anggapan ini
kurang tepat memandangkan rata-rata makanan di pasaran adalah dihasilkan
menerusi teknologi bioteknologi yang melibatkan pengubahsuaian DNA dan
pemindahannya daripada sumber hidupan yang berbeza. Justeru itu, kertas
kerja ini cuba melihat konsep gm food di samping menganalisa hukum gm
food secara tepat terutamanya secara case by case study memandangkan
bukan semua gm food mengandungi bahan haram atau boleh memudaratkan
manusia. Justeru itu, tiga elemen telah dijadikan asas dalam usaha
menentukan hukum gm food iaitu sumber bagi DNA yang dimanipulasi,
teknik yang digunakan dalam penghasilan gm food dan beberapa faktor
luaran seperti kewujudan ancamannya kepada kesihatan, alam, prinsip
keagamaan, kestabilan politik dan ekonomi.
Pendahuluan
Makanan ubahsuai genetik (Genetically Modified Food) atau lebih dikenali sebagai
gm food sebenarnya bukanlah suatu isu baru dalam bidang makanan
memandangkan penghasilannya sudah pun bermula sejak daripada awal 1970an
lagi. Produk gm food yang pertama dikomersilkan adalah tomato transgenik
sebelum penghasilannya dikembangkan lagi kepada produk-produk transgenik
yang lain sama ada daripada jenis tanaman, haiwan mahupun mikroorganisma.
Namun demikian, sekalipun penghasilan gm food semakin rancak di serata dunia,
ia tetap mengundang polemik serta perdebatan hangat terutamanya di kalangan
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
2
saintis mengenai pro dan kontra di sebalik penghasilannya. Bagi golongan pro gm
food, mereka menganggapnya sebagai suatu penemuan bioteknologi terbaik
kerana ia mampu menyumbang ke arah peningkatan makanan dunia sama ada
dari sudut kuantiti mahupun kualiti. Sebaliknya, golongan yang menentang
penghasilan gm food menganggapnya sebagai suatu produk yang sangat berisiko
kerana kemudaratan yang dijangka tercetus daripadanya dikhuatiri melebihi
daripada manafaat yang ingin diraih.
Jika ditinjau dari aspek hukum pula, isu gm food mungkin boleh dianggap
sebagai isu baru memandangkan kajian mendalam mengenainya kurang
mendapat perhatian di kalangan ulama. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan
oleh faktor kurangnya kesedaran masyarakat terutamanya di Malaysia tentang
kewujudan gm food di pasaran serta kesannya terhadap diet harian mereka. Oleh
yang demikian, para ulama hanya membincangkan hukum gm food secara umum
terutamanya dalam mesyuarat majlis fatwa dan seminar-seminar ilmiah. Usaha
ini ternyata tidak memadai untuk menjelaskan hukum gm food secara
menyeluruh.1 Namun demikian, ini tidak bermakna kajian mendalam mengenai
hukum gm food tidak pernah dibuat kerana sudah wujud segelintir pelajar
pascasiswazah IPT terutamanya yang beraliran Syariah yang telah menghasilkan
kajian dan tesis mengenai hukum gm food secara mendalam walaupun tidak
dinafikan jumlahnya adalah sedikit.2
Pada hakikatnya, analisis dan penentuan hukum terhadap gm food adalah
rumit memandangkan ia mempunyai kaitan dengan beberapa aspek saintifik
seperti kategori sumber (donor) kepada DNA (passanger DNA @ pDNA) yang ingin
dimanipulasi, teknik pengasingan pDNA daripada donor, jenis host yang
digunakan dan kemungkinan ancaman di sebalik penghasilan gm food sama ada
dari sudut etika dan keagamaan, kesihatan, politik, ekonomi mahupun
keseimbangan alam.
1 Antara contoh seminar yang dimaksudkan ialah seminar “Muzakarah Pakar GM FOOD – Satu
Perspektif Islam" yang diadakan pada 29-30 Mei 2002 bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
2 Antara contoh tesis yang dimaksudkan ialah tesis M.A. penulis sendiri. Lihat Muhammad Safiri b. Ismail (2008), Makanan Ubahsuai Genetik (GM FOOD): Satu Analisis Hukum, Universiti Malaya.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
3
Selain itu, analisis hukum terhadap gm food juga bergantung kepada
kefahaman yang jelas terhadap dalil-dalil hukum dan kaedah penentuannya
dalam bidang kepenggunaan (al-Hazar wa al-Ibahah). Ini kerana para ulama sendiri
mungkin boleh tersilap sama ada dalam memahami maksud nas terutamanya
yang bersifat zanniyyah al-dalalah atau dalam memahami latarbelakang sesuatu
kaedah hukum seperti kaedah hukum haiwan dua alam, kaedah Istitabah al-‘Arab
dan sebagainya. Justeru itu, pandangan seseorang ulama sepatutnya perlu
dikemas-kini dari masa ke semasa agar ianya selari dengan matlamat (maqasid)
nas serta terus praktikal untuk diamalkan oleh masyarakat Islam dalam
kehidupan.
Usaha mengemas-kini hukum ini pula tidaklah dianggap salah dalam
Islam memandangkan fiqh itu sendiri merupakan disiplin ilmu yang tidak
muqaddas3 atau bebas daripada kritikan lebih-lebih lagi apabila ianya
bersangkutan dengan isu-isu kehidupan seharian atau muamalah4. Ini kerana
hukum berkenaan muamalah seperti bidang kepenggunaan perlu sentiasa berubah
mengikut peredaran masa dan perubahan tempat seperti yang ditegaskan
menerusi kaedah fiqh : "Tidak boleh dinafikan perubahan sesuatu hukum5 apabila
berlakunya perubahan masa dan tempat".6 Sebaliknya, jika usaha ini tidak dilakukan
maka dikhuatiri matlamat asal di sebalik pensyariatan hukum iaitu untuk
3 Ini kerana sifat muqaddas hanya dimiliki oleh dalil-dalil syarak yang utama seperti al-Quran dan
Sunnah Rasulullah s.a.w.. 4 Muamalah di sini bukan hanya bermaksud bidang pengurusan kewangan dan harta. Sebaliknya,
apa yang dimaksudkan di sini ialah bidang-bidang yang berkaitan dengan kehidupan harian manusia selain daripada ibadat. Ia merangkumi bidang Mu`awadat Maliyah (sistem jual beli), Munakahat (sistem perkahwinan), Mukhasamat (sistem perbicaraan), Amanat (pemberian urusan amanah) dan Tarikat (sistem pusaka). Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1985), Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh. Juz. 1, cet. ke-2, Damsyik: Dār al-Fikr, h. 80-82. Lihat juga Abdul Aziz Mohd Zin (1991), Syahadah, Ibadah, Asabiyah, Dakwah. Petaling Jaya: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd., m.s. 55.
5 Namun demikian, teori ini tidak boleh dipakai kepada semua hukum syarak. Ini kerana terdapat sesetengah hukum syarak yang tidak akan berubah sekalipun menerusi ijtihad ulama. Antaranya hukum asas dalam beragama terutamanya yang dinyatakan menerusi dalil yang berstatus qat'i al-thubut mahupun qat'i al-dalalah mengenai kekerapan solat fardu dan bilangan rakaatnya, kewajipan berpuasa Ramadan dan menunaikan Haji bagi yang mampu, jumlah nilaian bayaran zakat, hukuman hudud dan sebagainya.
6 Lihat Md. Saleh b. Hj. Md. @ Hj Ahmad (2000), 'Urf dan Adat Semasa di Malaysia Sebagai Asas Penentuan Hukum yang Tidak Dinaskan. dlm. Paizah Hj. Ismail (ed.), Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan yang Terkini. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 118-121.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
4
menghasilkan kemaslahatan kepada manusia dan menolak kemudaratan daripada
mereka, tidak tercapai.7
Justeru itu, kertas kerja ini akan menjelaskan hukum terhadap gm food
menerusi perbincangan dalam 3 peringkat seperti berikut. Pertama, penjelasan
kaedah Syarak yang digunakan dalam penentuan hukum produk kepenggunaan.
Kedua, penjelasan mengenai konsep kejuruteraan genetik, jenis-jenis gm food yang
dihasilkan serta pro dan kontra di sebalik penghasilannya. Ketiga, perbincangan
mengenai 3 elemen utama yang menjadi asas kepada penentuan hukum gm food
iaitu latarbelakang sumber DNA yang dimanipulasi, teknik yang diaplikasi dalam
penghasilan gm food dan faktor luaran seperti kewujudan bukti yang
mengesahkan ancaman gm food sama ada kepada manusia, alam, ekonomi dan
kestabilan politik.
Kaedah Asas Syarak Dalam Penentuan Hukum Kepenggunaan
Islam telah menggariskan beberapa kaedah atau prinsip fiqh yang asas dalam
bidang kepenggunaan khususnya yang melibatkan makanan. Kaedah ini
disokong oleh keterangan dalil-dalil utama dalam Islam terutamanya al-Quran,
Sunnah Rasulullah s.a.w., Ijmak, al-Qiyas dan al-Istishab.8 Oleh itu, jika wujud
7 Wali Allah Ahmad b. ‘Abd al-Rahim al-Dihlawi (1997), Hujjah Allah al-Balighah, juz. 1, Beirut:
Dar al-Ma’rifah, h. 15, 33-50. 8 Al-Istishab boleh ditakrifkan sebagai suatu kaedah yang menetapkan bahawa suatu keadaan
yang telah ditetapkan hukumnya sebelum ini samada berbentuk penetapan (Thubut) ataupun penafian (Nafy) akan terus digunapakai pada masa hadapan sebagaimana keadaan sebelumnya selagimana tiada dalil Syarak yang menyatakan hukum sebaliknya. Antara contoh kes-kes fiqh yang dinyatakan hukumnya dalam bentuk penetapan (Thubut) ialah seperti kebenaran untuk memakan apa jua makanan mahupun minuman samada dari jenis haiwan mahupun tumbuhan yang mana tidak pernah dinyatakan hukumnya secara khusus sebelum ini. Dalam hal ini, ia dihukumkan sebagai halal dengan hanya berdasarkan kepada penggunaan kaedah al-Istishab yang mana menyatakan bahawa segala bahan-bahan yang bermanafaat di alam ini selagimana ia tidak memudaratkan manusia maka hukumnya adalah halal dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Manakala contoh bagi kes fiqh yang dinyatakan hukumnya dalam bentuk penafian (Nafy) pula ialah seperti larangan memakan daging babi seperti yang telah dinyatakan pengharamannya menerusi al-Quran. Dalam hal ini, hukum berkenaan pengharamannya akan terus kekal sepertimana keadaannya sebelum ini selagimana tiada dalil Syarak lain yang mengubah hukumnya kepada halal. Lihat al-Syawkani, Muhammad b. `Ali (1999), Irsyad al-Fuhul Ila Tahqiq al-Haq Min `Ilm al-Usul. Juz. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 254-256. Lihat juga al-Isnawi, Jamal al-Din `Abd al-Rahim (1999), Nihayah al-Sul Syarh Minhaj al-Wusul Fi `Ilm al-Usul Li al-Baydawi. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 361. Lihat juga al-Zarkasyi, Muhammad b. Bahadir b. `Abd Allah (2000), Al-Bahr al-Muhit Fi Usul al-Fiqh. Jld. 3, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 322. Lihat juga Ibn Hazm, `Ali b. Ahmad b. Sa`id (t.t.), Al-Ihkam Fi
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
5
sesuatu pandangan yang menyanggahi kaedah ini akan dianggap terbatal
melainkan dalam sesetengah isu yang dikecualikan oleh dalil Syarak yang sama
disebabkan oleh faktor yang tersendiri.
Antara kaedah asas yang dimaksudkan ialah “Hukum asal bagi setiap bahan
(yang bermanafaat contohnya dalam makanan, minuman, pakaian, ubat-ubatan dan lain-
lain kecuali dalam hal berkaitan ibadat) adalah harus (halal) selagi mana tiada dalil Syarak
atau petunjuk yang menyatakan sebaliknya”9 dan “Hukum asal bagi setiap bahan (Jirim:
seperti haiwan, tumbuhan, mikroorganisma) adalah suci selagi mana tiada dalil Syarak عين
yang memutuskannya sebagai najis”.10 Kedua-dua prinsip ini adalah diasaskan
kepada firman Allah s.w.t.:
Usul al-Ahkam. Jld. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 3. Lihat juga Syalabi, Muhammad Mustafa (1986), Usul al-Fiqh al-Islami. Beirut: Dar al-Nahdah al-`Arabiyyah, m.s. 337. Lihat juga al-Zuhayli, Wahbah (1998), Usul al-Fiqh al-Islami. Juz. 1, cet. ke-2, Damsyik: Dar al-Fikr, m.s. 888.
9 Lihat al-Syafi`i, Muhammad b. Idris (1996), Mawsu`ah al-Imam al-Syafi`i: Kitab al-Umm. Jld. 3, Beirut: Dar Qutaybah, m.s. 547. Lihat juga Ibn al-`Arabi, Muhammad b. `Abd Allah (1996), Ahkam al-Qur’an. Jld. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 23-25. Lihat juga al-Nawawi, Yahya b. Syaraf (1996), Rawdah al-Talibin. Jld. 2, juz. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 537. Lihat juga al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abi Bakr (1998), Al-Asybah Wa al-Naza’ir Fi Qawa`id Wa Furu` Fiqh al-Syafi`yyah. Jld. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 131. Lihat Ibn al-Qudamah, Syams al-Din (1984), Al-Syarh al-Kabir. Dlm Al-Mughni Wa al-Syarh al-Kabir `Ala Matan al-Muqni` Fi Fiqh al-Imam Ahmad b. Hanbal. Jld. 11, Beirut: Dar al-Fikr, m.s. 65. Lihat Ibn. Taymiyyah, Taqi al-Din Ahmad b. `Abd al-Halim (1988), Al-Fatawa al-Kubra. Jld. 2, Beirut: Dar al-Ma`rifah, m.s. 103-139. Lihat al-Buhuti, Mansur b. Yunus b. Idris (1999), Kasyaf al-Qina` `An Matan al-Iqna`. Juz. 6, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, m.s. 200. Lihat al-Mardawi, `Ali b. Sulayman (1998), Al-Insaf Fi Ma`rifah al-Rajih Min al-Khilaf `Ala Madhhab al-Imam Ahmad b. Hanbal. Juz. 10, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, m.s. 266. Lihat Abu al-Barakat, Majd al-Din (t.t.), Al-Muharrar Fi Fiqh `Ala Madhhab al-Imam Ahmad b. Hanbal. Juz. 2, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi, m.s. 189. Walaubagaimanapun, ulama yang bermazhab Hanafi menyatakan pandangan berbeza kerana bagi mereka prinsip tadi lebih tepat jika diungkapkan “Hukum asal bagi setiap bahan adalah haram atau al-tawaqquf" (berdiam diri iaitu dengan maksud kita tidak boleh menghalalkan bahan tadi selagi mana ia benar-benar tidak disahkan selamat untuk digunakan dalam kehidupan manusia(. Namun pandangan ini dianggap tidak tepat kerana bercanggah dengan pelbagai nas dalam al-Quran dan Sunnah. Lihat Muhammad Nur al-Din Marbu Banjar al-Makki (2002), Al-Durar al-Bahiyyah Fi al-Qawa`id al-Fiqhiyyah. Cet. ke-3, Alor Setar: Pustaka Darussalam, m.s. 69. Lihat juga Jumhuriyyah Misr al-`Arabiyyah: Al-Majlis al-A`la Li al-Syu’un al-Islamiyyah (t.t.), Mawsu`ah al-Fiqh al-Islami. Juz. 14, Kaherah: Dar al-Kutub al-Misri, m.s. 304.
10 Lihat Ibn Taymiyyah, Taqi al-Din Ahmad b. `Abd al-Halim (1988), op.cit., m.s. 103-107. Lihat juga Zaydan, `Abd al-Karim (1993), Al-Mufassal Fi Ahkam al-Mar’ah Wa al-Bayt al-Muslim Fi as-Syari`ah al-Islamiyyah. Juz. 1, Beirut: Muassasah al-Risalah, m.s. 27. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1985), op.cit., m.s. 140-141.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
6
يعا هو الذي خلق لكم ما ف األرض ج
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala apa yang ada di
bumi (halal untuk dimanafaatkan dalam kehidupan iaitu selagimana
tidak diharamkan oleh dalil Syarak yang lain serta tidak
memudaratkan)
(Al-Baqarah 2:29)
Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Darda’:
اهلل عافيته هو حالل وما حرم ف هو حرام وما سكت عنه ف هو عفو فاق ب لوا من ما أحل اهلل ف فإن اهلل ل يكن نسيا
Apa-apa benda yang Allah s.w.t. telah halalkan maka ia adalah halal
dan apa-apa yang Dia s.w.t. telah haramkan maka ia adalah haram,
manakala apa-apa yang Dia s.w.t. sengaja diamkan mengenainya
maka ia adalah suatu pengampunan (keharusan daripadaNya
selagimana tiada bukti yang mengharamkannya) maka terimalah
pengampunan tersebut daripadaNya kerana sesungguhnya Allah
s.w.t. tidak mungkin lupa )tentang sesuatu pun dalam menentukan
hukumnya(.11
Selain itu, para ulama turut mengemukakan beberapa kaedah asas yang
lain seperti “Makanan yang halal mestilah tergolong dalam kategori bahan-bahan yang
elok (Tayyibat: طيبات)”, “Tidak tergolong dalam bahan-bahan yang jijik (Khaba’ith: خبآئث)”,
“Tidak memudaratkan kesihatan atau kehidupan manusia” serta “Ia hendaklah diambil
dalam kadar yang tidak melampau”.12 Asas bagi prinsip-prinsip ini dinyatakan secara
11 Lihat al-Bayhaqi, Abu Bakr Ahmad b. Husayn b. Ali (1994), Al-Sunan al-Kubra. Jld. 10, Beirut:
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 21, no. h.: 19724 dlm. Kitab al-Dahaya. Lihat al-Daraqutni, Abu al-Hasan `Ali b. `Umar b. Ahmad (1966), Sunan al-Daraqutni. Jld. 1, juz. 2, Kaherah: Dar al-Mahasin Li al-Tiba`ah, m.s. 137, no. h.: 12 dlm. Kitab al-Zakah.
12 Lihat Ibn al-Qudamah, Muwaffiq al-Din dan Ibn al-Qudamah, Syams al-Din (1984), op.cit., Jld. 11, h. 65-66. Lihat juga Ibn Hazm, `Ali b. Ahmad b. Sa`id (1990), Al-Mawsu`ah al-Islamiyyah: Al-Muhalla. Juz. 7, Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah, m.s. 418. Lihat al-Mardawi, `Ali b. Sulayman (1998), op.cit., m.s. 266. Lihat al-Bakri, Muhammad b. Abi Bakr b. Sulayman (1991), Al-I`itina’ Fi al-Farq Wa al-Istithna’. Juz. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, m.s. 1028. Lihat al-Zarqa, Ahmad b. Muhammad (1993), Syarh al-Qawa`id al-Fiqhiyyah. Cet. ke-3, Damsyik: Dar al-Qalam, m.s. 165-166, 179. Lihat al-Fadani, Abu al-Fayd Muhammad Yasin b. `Isa al-Makki (1996), Al-Fawa’id al-Janiyyah Hasyiyah al-Mawahib al-Saniyyah Syarh al-Fawa’id al-Bahiyyah. Juz. 1, cet. ke-2, Beirut: Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, m.s. 266-268. Lihat al-`Alimi, Yusuf Hamid (t.t.), Al-Maqasid al-`Ammah Li al-Syari`ah al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Hadith, m.s. 54, 89. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1985), op.cit., Juz. 3, h. 505. Lihat al-Buhuti, Mansur b. Yunus b. Idris (1999), op.cit., m.s. 200-201.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
7
jelas menerusi banyak firman Allah s.w.t.dan sabda Nabi s.a.w., antaranya firman
Allah s.w.t.:
هاهم عن المنكر ويل لم الطيبات ويرم عليهم البائث يأمرهم بالمعروف وي ن Dia (Muhammad s.a.w.) menyuruh mereka (berdasarkan wahyu
Allah) dalam (melakukan) perkara yang baik dan melarang mereka
daripada (melakukan) perkara yang munkar; dan dia (Muhammad)
menghalalkan bagi mereka (berdasarkan wahyu) segala benda yang
baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik.
(Al-A`raf 7:157)
Dan firmanNya lagi:
ياأي ها الذين آمنوا كلوا من طيبات ما رزق ناكم واشكروا لله إن كنتم إياه ت عبدون Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang
baik (lagi halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan
bersyukurlah kepada Allah, jika benar kamu hanya beribadat
kepadanya.
(Al-Baqarah 2:172)
Dan firmanNya lagi:
يسألونك ماذا أحل لم قل أحل لكم الطيبات Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah
(makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" (Bagi menjawabnya)
katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu bahan-bahan yang baik
(Al-Ma’idah 5:4)
Dan firmanNya:
وال ت لقوا بأيديكم إل الت هلكة
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan (contohnya dengan memakan makanan yang
beracun dan tidak elok untuk kesihatan)
(Al-Baqarah 2:195)
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
8
Dan firmanNya lagi:
وكلوا واشربوا وال تسرفوا إنه ال يب المسرفي Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas.
(Al-A`raf 7:31)
Dan sabda Rasulullah s.a.w. menerusi riwayat `Amru b. Syu`ayb daripada
datuknya:
لة كلوا واشرب وا وألبسوا وتصدق وا ف غي إسراف وال مي Makanlah, minumlah, pakailah dan berbelanjalah (dengan syarat)
dalam keadaan tidak melampau (membazir) dan tidak sombong.13
Dan sabdanya lagi.menerusi riwayat Yahya al-Mazini:
ال ضرر وال ضرار Tidak boleh (iaitu diharamkan segala bahan atau usaha yang)
memberi kemudaratan (samada kepada diri sendiri mahupun orang
lain) dan tidak boleh (diharamkan juga) membalas kemudaratan
(yang dikenakan kepada kita oleh orang lain kecuali dengan cara
perbicaraan).14
Konsep Makanan Ubahsuaian Genetik (gm food)
Gm food boleh ditafsirkan sebagai produk makanan yang dihasilkan daripada
hidupan transgenik (genetically modified organism (gmo) atau mana-mana
bahagiannya. Hidupan transgenik tersebut mungkin terdiri daripada spesis
13 Lihat al-`Asqalani, Ahmad b. `Ali b. Hajar (1991), Fath al-Bari Bi Syarh Sahih al-Bukhari Li Abi `Abd
Allah Muhammad b. Isma`il b. Ibrahim b. al-Mughirah b. Bardizbah al-Ju`fi al-Bukhari. Juz. 11, Beirut: Dar al-Fikr, m.s. 423, no. h.: 5783 dlm. Kitab al-Libas. Lihat Ibn Majah, Muhammad b. Yazid al-Qazwini (1954), Sunan Ibn Majah. Jld. 2, Damsyik: Dar al-Fikr, m.s. 1192, no. h.: 3605 dlm. Kitab al-Libas. Lihat al-Hakim, Muhammad b. `Abd Allah al-Nisaburi (t.t.), Al-Mustadrak `Ala al-Sahihayn Fi al-Hadith. Juz. 4, Riyad: Maktabah al-Nasr al-Hadithah, m.s. 135 dlm. Kitab al-At`imah.
14 Lihat Malik b. Anas al-Asbahi (1967), Al-Muwatta’. Kaherah: Dar Ihya’ al-Kutub al-`Arabiyyah, m.s. 745, 805, no. h.: 36:31, 39:13 dlm. Kitab al-Aqdiyah dan Kitab al-Mukatab. Lihat al-Daraqutni, `Ali b. `Umar b. Ahmad (1966), Sunan al-Daraqutni. jld. 2, juz. 3, Kaherah: Dar al-Mahasin m.s. 77, no. h.: 288 dlm. Kitab al-Buyu`. Lihat Ibn Majah, Muhammad b. Yazid al-Qazwini (1954), op.cit., Jld. 2, h. 784, no. h.: 2340 dlm. Kitab al-Ahkam. Lihat al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abi Bakr (1998), op.cit., m.s. 166.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
9
tumbuhan, haiwan mahupun mikroorganisma.15 Menurut WHO, gm food boleh
dibahagikan kepada 4 iaitu (i) gm food mentah seperti jagung dan canola
transgenik16, (ii) gm food yang diproses daripada gmo seperti gandum dan minyak
soya, (iii) gm food yang diproses dengan kandungan yang dihasilkan daripada
mikroorganisma transgenik (gmm) seperti pewarna, vitamin atau asid amino
utama dan (iv) gm food yang memiliki kandungan yang diproses oleh enzim yang
dihasilkan melalui manipulasi gmm seperti minyak jagung yang memiliki kadar
fructase yang tinggi yang telah diekstrak daripada kanjinya dengan bantuan enzim
glucose isomerase daripada gmm.17 Sehubungan dengan ini, teknik yang
diaplikasikan untuk menghasilkan gm food pula dikenali sebagai kejuruteraan
genetik atau lebih tepatnya, teknologi rekombinan DNA.18
Rekombinan DNA boleh dijelaskan sebagai teknologi memanipulasi DNA19
atau gen. Ia melibatkan proses sama ada membuang, memperbaiki DNA yang
sedia ada atau menambah DNA asing ke dalam molekul DNA sesuatu organisma
tanpa mengira sama ada ianya dalam kelompok spesis yang sama atau di antara
spesis yang berlainan seperti manusia, haiwan, tumbuhan mahupun
mikroorganisma. Ini bermakna teknologi ini mampu membenarkan DNA
daripada mana-mana organisma dimanipulasi dan dipindahkan kepada apa juga
organisma yang lain secara silang. Keadaan ini mampu dicapai kerana berasaskan
teori sains yang menegaskan semua organisma hidup berkongsi 4 elemen asas
yang sama dalam membentuk molekul DNA masing-masing. 4 Elemen yang
dimaksudkan adalah dinamakan bes dalam nukleotida yang terdiri daripada
15 Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Genetically_modified_food, 22.06.06 16 Canola merupakan singkatan Canadian Oil Low Acid iaitu salah satu variasi spesis pohon renek
yang menghasilkan bijian (rapeseed). Bijiannya boleh diproses untuk dijadikan minyak masakan, makanan haiwan, biodiesel dan sebagainya. Huraian lanjut boleh dilihat dalam bahagian 5.3 Jenis-jenis produk GMF. Lihat Wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Canola, 22 Jun 2006.
17 World Health Organization (2005), Modern Food Biotechnology, Human Health and Development: An Evidence-based Study. Geneva: Food Safety Department, World Health Organization, h. 3.
18 Teknologi ini juga dikenali sebagai gene manipulation, gene cloning, molecular cloning, rekombinant DNA technology, genetic modification, modern biotechnology dan new genetics. Nicholl, Desmond S. T. (2002), An introduction to genetic engineering. Cet. 2, Cambridge: Cambridge University Press, h. 1-2.
19 DNA adalah merupakan sejenis asid nukleik yang memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan organisma. Ia berperanan sebagai pembawa maklumat genetik yang diperlukan untuk menjamin kesinambungan sesuatu spesis hidupan. Di samping itu, ia juga berperanan sebagai kod arahan genetik yang diperlukan untuk membantu proses sintesis protein.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
10
adenina, guanina, sitosina dan timina.20 Walaubagaimanapun, setiap organisma
tetap memiliki ciri genotip atau kumpulan DNA yang berbeza disebabkan
keempat-empat bes tadi tersusun dalam urutan yang berbeza dalam rantaian
nukleotida yang kemudiannya bergabung membentuk molekul DNA dalam
spesis masing-masing.21
Oleh yang demikian, setelah sebahagian daripada molekul DNA dalam
sesuatu organisma berjaya diubahsuai atau dimanipulasi maka ianya mampu
mengekspresikan protein atau hormon yang berlainan daripada keadaan
sebelumnya. Protein ini kemudiannya akan merangsang organisma terbabit untuk
menghasilkan ciri fenotip yang baru yang tidak mungkin mampu dihasilkan
menerusi cara konvensional. Sebagai contoh, organisma transgenik yang telah
berjaya dimanipulasi mampu mengeluarkan hasil secara pukal khususnya dalam
penghasilan enzim, antibiotik, nutrien, hormon dan pelbagai produk
farmaseutikal seperti dadah dan juga vaksin.22
Secara umumnya, teknik kejuruteraan genetik melibatkan beberapa
peringkat yang kompleks. Ia bermula dengan proses pengasingan DNA dan
pemotongan DNA terpilih (passenger : pDNA @ transgene) daripada rantaiannya,
pengasingan vektor dan pembukaan rantaiannya (restriction) melalui bantuan
enzim, merekombinan passenger dengan DNA vektor (ligation), pemindahan
pDNA rekombinan ke dalam host (transformation), pemilihan host yang
mengandungi pDNA rekombinan (identification) dan akhirnya pengklonan
(cloning) dan pengkajian lanjut tentang passenger (characterization).23
20 Brown, T. A. (1999), Genomes. Singapura: John Wiley and Sons Pte. Ltd., h. 149. Bourgaize, David
et. al. (2000), Biotechnology : Demystifying The Concepts. San Francisco: Benjamin/Cummings Imprint, h. 29-30.
21 Robert, Michael et. al. (1993), Biology: Principle and Processes. United Kingdom: Thomas Nelson and Sons Ltd., h. 676.
22 Lihat Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2002), "Makanan Ubasuaian Genetik: Perspektif Kesihatan dan Keselamatan Makanan" yang dibentang sempena "Muzakarah Pakar GM FOOD – Satu Perspektif Islam", 29-30 Mei 2002 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, h. 5.
23 Lihat Walker, Mark dan McKay, David (2000), Unravelling genes : a layperson's guide to genetics engineering. Sydney: Allen & Unwin co., h. 29-61. Lihat juga Rodriguez, Raymond L. dan Robert C. Tait (1983), Recombinant DNA techniques : an introduction. California: Benjamin/Cumming Publishing Company Inc., h. 1-2. Lihat juga Gartland, K.M.A. dan Gartland, J.S. (1993), An Introduction to In Vitro Genetic Manipulation. Dlm Gartland, K.M.A. (ed.), Techniques for Engineering Genes. Oxford: Butterworth-Heinemann Ltd., h. 38-40.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
11
Gm food yang mula-mula dihasilkan dan dipasarkan secara komersil adalah
tomato (Flavr Savr) pada 1987 sebelum diikuti dengan penghasilan kacang soya,
jagung, kentang, canola, betik, gandum, beras, pisang, ikan, susu dan juga
ternakan. Pada masa sekarang, gm food semakin giat dihasilkan sebagai makanan
altenatif kepada pengguna kerana ia jelas memiliki kelebihan berbanding produk
makanan biasa yang dihasilkan secara konvensional.24
Sebagai contoh, tanaman transgenik memiliki pelbagai kelebihan
terutamanya dalam meningkatkan hasil tuaian25 dan kadar nutrien,26
memperbaiki rasa dan kualiti, mengekalkan kesegaran,27 meningkatkan
ketahanannya terhadap kekangan alam28 seperti kemarau, suhu yang melampau,
ketidaksuburan tanah dan serangga perosak.29 Ia juga boleh “diprogramkan” agar
lebih rintang terhadap serangan virus, racun rumpai (herbiside) mahupun racun
24 Pamela Peters (1993), Biotechnology: A Guide to Genetic Engineering. Boston: McGraw-Hill
Companies Inc., h. xii-xv. 25 Sebagai contoh, Amerika Syarikat selaku pengeluar gm food terbesar di dunia telah melaporkan
bahawa sektor pertanian mereka telah mencatatkan peningkatan dalam keuntungan tahunan. Menurut laporan kewangan mereka pada 2007, nilai eksport hasil pertanian telah meningkat daripada USD 62.5 bilion pada 2005 kepada USD 68.7 bilion pada 2006. Angka ini dijangka terus meningkat kepada USD 78.0 bilion pada 2007 memandangkan GMF semakin diterima dan dihasilkan oleh masyarakat dunia terutamanya mereka yang berada di China, India dan Kanada. Lihat U.S. Department of Agriculture. Economic Research Service (2007), “Outlook for U.S. Agricultural Trade, AES-53” (Kertas Laporan Economic Research Service and Foreign Agricultural Service 1 Mac 2007)
26 Contohnya soya transgenik yang telah direkombinankan dengan gen methionine-rich 2S albumin yang diambil daripada kacang Brazil.
27 Contohnya tomato Flavr Savr yang tidak mudah lembik. Ia dihasilkan melalui teknik mematikan fungsi (switching off) terhadap gen yang menghasilkan enzim polygalactonurase (PG). PG adalah gen yang bertanggungjawab menguraikan pectin iaitu bahan kimia yang menyebabkan kelembikan buah tomato apabila masak. Proses ini dilakukan dengan memasukkan gen antisense ke dalam DNA tomato agar ia menempel pada gen yang menghasilkan PG. Keadaan ini menyebabkan PG gagal mengekspresikan PG lalu sekaligus mengekalkan kesegaran tomato yang terhasil. Lihat Walker, Matthew R. dan Rapley, Ralph (1997), op.cit., 218.
28 Contohnya variasi tomato yang rintang terhadap kemasinan yang dihasilkan oleh saintis di Universiti Toronto, California Amerika Syarikat. Lihat Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2002), op.cit., h. 9.
29 Terdapat jagung, kentang dan padi transgenik yang dihasilkan supaya memiliki kerintangan terhadap serangga perosak. Kerintangan ini berpunca daripada gen bakteria Bacillus thuringiensis (Bt.) yang telah direkombinankan dengan DNA tanaman tersebut. Hasilnya, tanaman tersebut mampu mengekspresikan sendiri protein yang beracun kepada serangga iaitu protein yang sama dihasilkan oleh bakteria Bt. secara semulajadi. Cara Bt. bertindak ialah dengan menghasilkan protein yang bersifat toksin yang mengganggu sistem penghadaman serangga sehingga menyebabkannya mati. Lihat Bourgaize, David et. al. (2000), op.cit., h. 202.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
12
serangga (insectiside).30 Antara contoh nutrien dalam hasil tanaman yang
dipertingkatkan ialah vitamin A,31 zat besi, protein dan antioksida. Selain itu,
faktor alergik32 dan bahan anti nutrien dalam tanaman berjaya dikurangkan.33
Manakala haiwan transgenik pula mampu “diprogramkan” agar memiliki
kelebihan seperti tumbesaran yang lebih cepat yang kemudiannya akan
menjimatkan masa dan kos, peningkatan hasil tuaian seperti daging, susu34 dan
telur, peningkatan nutrien35 dan ketahanan terhadap penyakit serta kekangan
alam seperti suhu yang melampau dan sebagainya.36
Namun demikian, sekalipun gm food dilihat sangat memberikan faedah
kepada kehidupan manusia, kemudaratan daripadanya tetap tidak boleh
dinafikan jika penghasilan atau pengambilannya dilakukan secara tidak terkawal.
Jika pada awal penghasilannya, gm food tidak dilihat sebagai suatu ancaman
30 Syarikat gergasi Monsanto juga telah menghasilkan variasi tanaman transgenik dikenali
Roundup Ready Crops yang rintang terhadap racun rumpai Roundup yang telah dipatenkan. Racun ini mengandungi molekul glyphosate yang merupakan bahan aktif yang mampu membunuh majoriti spesis rumpai dan tumbuhan lain. Bagi menghasilkan kerintangan ini, saintis telah merekombinankan gen daripada bakteria semulajadi yang rintang kepada glyphosate dengan DNA tanaman yang diinginkan. Oleh itu, semburan glyphosate yang dilakukan ke atas ladang tanaman Roundup Ready tidak memberikan apa-apa kesan kecuali terhadap rumpai. Lihat Monsanto co., http://www.monsanto.com/, 1 Oktober 2007.
31 Sebagai contoh, syarikat Syngenta berjaya menghasilkan variasi beras (golden rice) yang
bernutrisi tinggi pada 2001 yang mana ia telah direkombinankan dengan gen -carotene yang berasal daripada daffodil. Beras ini mengandungi sebanyak 1.6 mikrogram provitamin A bagi setiap gram dan penghasilannya dijangka mampu mengatasi masalah kerabunan di kalangan kanak-kanak. Pada 2005, kumpulan saintis yang sama telah menghasilkan variasi kedua golden rice di mana kadar provitamin A nya meningkat sebanyak 23 kali ganda atau hampir 37 mikrogram bagi setiap gram beras. Lihat Paine, Jacqueline A. et. al. (2005), “Improving the nutritional value of Golden Rice through increased pro-vitamin A content”, Nature Biotechnology, vol. 23, h. 482 - 487, 27 March 2005.
32 Contohnya penghasilan ubi kayu Afrika yang mengandungi kadar cyanide sedikit dalam akarnya. Ia bertujuan mengelak peningkatan kadar bahan beracun ini dalam darah yang boleh mengancam kesihatan manusia di samping mampu memendekkan tempoh masa penyediaan ubi kayu semasa memasaknya. World Health Organization (2005), op.cit., h. 7.
33 World Health Organization (2005), op.cit., h. 6-7. Lihat Walker, Matthew R. dan Rapley, Ralph (1997), op.cit., 218.
34 Contohnya, penghasilan hormon Bovine Somatotrophin (BST) daripada E. coli transgenik untuk merangsang pengeluaran susu lembu. Di Amerika Syarikat, ia dipatenkan sebagai POSILAC® Lihat Monsanto co. (2007), http://www.monsantodairy.com/about/general_info/index.html, 1 Oktober 2007.
35 Contohnya, penghasilan susu yang berprotein tinggi hasil daripada penambahan gen yang mengekspresikan protein beta dan kappa casein dalam lembu. Lihat World Health Organization (2005), op.cit., h. 9. Lihat juga Emma Young (2003), “Gm Cows To Please Cheese-Makers”. NewScientist.com News Service, 26 Januari 2006.
36 Office of Biological and Environmental Research of the U.S. Department of Energy Office of Science, http://www.ornl.gov/sci/techresources/Human_Genome/elsi/gmfood.shtml, 22 Jun 2006.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
13
namun persepsi tersebut mula berubah apabila saintis mula menemui beberapa
bukti yang dapat mengesahkan potensi gm food memudaratkan manusia. Potensi
kemudaratan ini dapat dilihat terutamanya dari aspek kesihatan seperti potensi
alahan dan keracunan, aspek keseimbangan alam seperti fenomena outcrossing
atau horizontal gene transfer (HGT) dan aspek kestabilan ekonomi di kalangan
negara yang pengimport gm food seperti yang akan dijelaskan kemudian.
Analisis Hukum Makanan Ubahsuai Genetik (gm food)
Dalam usaha untuk menganalisis hukum gm food, kita sewajarnya bersikap adil
dalam meneliti kesemua dalil dan hujah yang telah dikemukakan tanpa mengira
sama ada ianya dari pihak yang menyokong penghasilan gm food mahupun dari
pihak yang menentang. Oleh yang demikian, penulis melihat kedua-dua
pandangan pro dan kontra dalam isu ini sebenarnya perlu diterima secara
seimbang memandangkan kedua-duanya disokong oleh hujah yang jelas
sekalipun tidak dinafikan wujud ketaksuban dalam sesetengah pandangan
tersebut. Ini kerana, kita tidak boleh menafikan manafaat daripada gm food
sepertimana kita juga tidak boleh menafikan potensi mudarat yang boleh terhasil
daripadanya. Justeru itu, penentuan hukum terhadap gm food perlu dilakukan
secara selektif atau case by case study kerana setiap kategori gm food mungkin
berbeza daripada kategori gm food yang lain, iaitu sekurang-kurangnya dari 3
aspek berikut: sumber kepada DNA yang telah direkombinankan, cara yang
diaplikasikan dalam kejuruteraan genetik dan kesannya kepada kehidupan
manusia. Ketiga-tiga aspek inilah yang akan menjadi asas terhadap penentuan
hukum gm food di mana perinciannya adalah seperti berikut.
Sumber Kepada DNA Yang Direkombinan.
Dalam penghasilan gm food yang dibenarkan oleh Islam, DNA yang direkombinan
atau dimanipulasi mestilah diambil daripada donor atau sumber yang halal seperti
jenis haiwan yang halal dimakan menurut Syarak. Sebaliknya, jika sumbernya
merupakan haiwan yang diharamkan seperti babi dan haiwan buas yang
bertaring maka gm food yang terhasil daripadanya akan dianggap sebagai haram.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
14
Kenyataan ini dibuat adalah berdasarkan kefahaman dan analisis penulis
terhadap identiti passenger (pDNA) atau transgene yang dimanipulasi dalam
hidupan transgenik di mana ianya masih memiliki identiti yang sama sepertimana
ia berada di dalam sel donornya. Dengan lain perkataan, sekiranya DNA babi
diasing dan direkombinankan dengan molekul DNA lembu maka baka lembu
yang terhasil daripadanya juga dianggap haram kerana ia diibaratkan seperti
makanan yang diadun dengan bahan campuran haram yang tidak terurai.
Kenyataan di atas adalah diasaskan kepada hujah berikut. Sebagaimana
maklum, gm food dihasilkan menerusi proses rekombinan pDNA daripada donor
ke dalam host seperti E. coli sebelum ianya diklonkan sama ada untuk
menghasilkan protein mentah atau dimanipulasi sebagai hidupan transgenik.
Dalam proses ini, pengklonan yang berlaku tidak mengubah sifat asal pDNA
kerana ia hanya melibatkan penyalinan kembali kod-kod genetiknya ke dalam
bentuk salinan rantaian DNA yang baru di dalam setiap host. Justeru itu, salinan
pDNA yang berjaya disalin akan memiliki urutan kod-kod genetik yang sama
dengan DNA yang asal dan sekaligus menjadikannya mampu mengekspresikan
protein yang sama dihasilkan oleh DNA tersebut sebagaimana ianya berada di
dalam sel donor. Protein ini kemudiannya akan merangsang host yang baru untuk
menonjolkan fenotip yang diinginkan.
Sebagai contoh, jika seekor anak lembu transgenik berjaya dihasilkan
menerusi proses merekombinan molekul DNAnya dengan pDNA babi yang
mengkodkan “tumbesaran yang cepat”, maka lembu tersebut juga akan mampu
menonjolkan fenotip tumbesaran yang lebih cepat berbanding anak lembu yang
biasa. Penonjolan fenotip ini adalah berpunca daripada pengaruh salinan pDNA
yang telah berjaya direkombinankan daripada babi memandangkan spesis lembu
yang biasa tidak mampu menonjolkan fenotip yang sedemikian. Dengan lain
perkataan, pDNA babi itulah yang bertanggungjawab mengekpresikan protein
merangsang tumbesaran lembu transgenik memandangkan urutan kod-kod
genetik yang ada padanya adalah sama sepertimana yang dimiliki oleh DNA babi
yang asal.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
15
Justeru itu, penulis ingin menolak pandangan sesetengah pihak yang cuba
menghalalkan kesemua gm food secara mutlak walaupun pDNAnya daripada
sumber yang haram dengan andaian zat pDNA tersebut telah "terurai" atau
mengalami proses Istihalah.37 Andaian ini adalah berdasarkan kefahaman mereka
bahawa pDNA tersebut telah melalui proses pengklonan di mana maklumat
genetik yang terkandung di dalamnya telah disalin berulang-kali sehingga
dikatakan identiti asalnya telah ”hilang”.
Namun demikian, andaian tersebut adalah kurang tepat kerana pDNA
yang telah ditransformasikan ke dalam host pada hakikatnya tidak mengalami
perubahan zat yang sebenar. Sebaliknya, ia hanya mengalami perubahan luaran
kerana ianya hanya disalin ke dalam bentuk rantaian pDNA yang baru setelah
disintesiskan daripada proses pengklonan menerusi bantuan polymerase chain
reaction (PCR).38 Ini bermakna pDNA tersebut masih memiliki jujukan bes
nukleotida atau maklumat genetik yang sama seperti identiti DNA yang asal,
cuma dalam bentuk rantaian DNA yang baru disintesiskan. Ini kerana jujukan
nukleotida inilah yang akan menjamin pengekpresan protein yang sama untuk
merangsang penonjolan fenotip yang diinginkan seperti yang dijelaskan sebelum
ini. Sebagai contoh, ejaan ”A-Y-A-M” tetap dianggap sebagai AYAM sekalipun
37 Al-Istihalah merujuk kepada teori perubahan jirim atau zat sesuatu bahan kepada zat bahan
yang lain di mana identiti asalnya tidak lagi dapat dikenalpasti untuk dikaitkan dengan zat bahan yang asal. Sebagai contoh, jika sesuatu zat bahan najis atau haram telah mengalami perubahan sepenuhnya sehinggakan ia tidak lagi boleh dikaitkan dengan sifat najis tersebut maka ia dianggap sebagai suci dan boleh digunakan sama ada dalam bentuk makanan mahupun peralatan harian. Lihat Ibn Hazm, 'Ali b. Ahmad b. Sa`id (1990), op.cit., m.s. 138), juz. 7, m.s. 422. Lihat juga Jumhuriyyah Misr al-`Arabiyyah: Al-Majlis al-A`la Li al-Syu’un al-Islamiyyah (t.t.), op.cit., m.s. 309. Lihat juga Wizarah al-Awqaf wa al-Syu'un al-Islamiyyah (1986), Al-Mawsu’ah al-Fiqh al-Islami. Juz. 3, cet. 3, Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Syu'un al-Islamiyyah.
38 Teknik Polymerase chain reaction (PCR) yang mula diperkenalkan pada 1983 ini berperanan untuk mereplikasi pDNA dalam tabung ujikaji dalam jumlah yang besar sebelum ia direkombinankan dengan rantaian DNA vektor seperti plasmid dalam E. coli. Proses PCR bermula apabila sampel DNA (passenger) dimasukkan ke dalam larutan mengandungi enzim DNA polymerase bersama sejumlah nukleotida dari keempat-empat jenisnya (A, T, C dan G). Kemudian, larutan ini akan dipanaskan pada suhu 95oC selama dua minit bagi memisahkan ikatan hidrogen antara rantaian DNA double helix. Sejurus selepas itu, ia akan disejukkan dan primers38 dimasukkan untuk memulakan pembinaan rantaian DNA yang baru. Setelah kesemua proses ini dilakukan maka barulah DNA polymerase akan mensintesiskan rantaian DNA yang baru seperti yang berlaku dalam proses replikasi DNA secara semulajadi. Apabila setiap rantaian DNA siap direplikasikan, penghasilan rantaian DNA yang baru akan terus bermula sehingga 35 kali pusingan sebelum kesemuanya diasingkan untuk tindakan yang selanjutnya. Lihat Raineri, Deanna (2001), Introduction to molecular biology. Massachusetts: Blackwell Science Inc., h. 143.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
16
ianya ditulis berulang kali kerana identiti atau maksud ayam adalah terletak pada
jujukan huruf yang sama membina perkataan tersebut.
Bagi menjelaskan lagi konsep mengenai identiti pDNA yang tidak berubah
ini, ilustrasi di bawah mungkin dapat membantu. Ia menunjukkan proses asas
dalam proses rekombinan DNA di mana DNA yang ingin dimanipulasi (foreign
DNA) akan diasingkan dengan bantuan restriction enzyme dan direkombinankan
dengan vektor contohnya plasmid. pDNA ini kemudiannya akan
ditransformasikan ke dalam host contohnya, E. coli sebelum melalui proses
pengklonan menerusi teknik PCR.39
Cara Yang Diaplikasikan Dalam Kejuruteraan Genetik
Elemen kedua yang wajib diberikan perhatian dalam penghasilan gm food pula
ialah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu DNA atau transgene diasingkan
daripada sel donor yang merupakan haiwan darat yang halal dimakan dan
memiliki darah yang mengalir seperti lembu, ayam dan sebagainya. Sebaliknya,
cara pengasingan DNA daripada hidupan lain seperti tumbuhan, mikroorganisma
serta haiwan halal yang tidak memiliki darah yang mengalir seperti belalang dan
hidupan air adalah tidak berkaitan dari aspek ini melainkan jika ia mampu
memudaratkan manusia dari sudut yang lain.40
39 Lihat Lucotte, Gerard dan Baneyx, Francois (1993), Introduction to molecular cloning techniques.
New York: VCH Publishers Inc., h. 153. Lihat juga Rodriguez, Raymond L. dan Robert C. Tait (1983), op.cit., h. 81. Walker, Mark dan McKay, David (2000), op.cit., h. 47. Lihat Raineri, Deanna (2001), op.cit., h. 141. Lihat juga Smith, C. A. dan Wood E. J. (1991), Molecular biology and biotechnology. London: Chapman & Hall, h. 185.
40 Terdapat sesetengah haiwan yang tetap dihukumkan sebagai haram dimakan sekalipun ia adalah suci dan tidak menjadi bangkai sekiranya mati tanpa disembelih. Antara contoh haiwan yang dimaksudkan ialah cacing, lalat, nyamuk, ulat dan seumpamanya. Antara alasan mengapa haiwan berkenaan dihukumkan suci ialah kerana ia tidak memiliki darah yang mengalir. Namun, status suci yang dimilikinya tidak bermakna ia halal dimakan atau DNAnya boleh
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
17
Antara hujah mengapa cara pengasingan DNA haiwan darat yang
berdarah mengalir mampu mempengaruhi hukum gm food ialah kerana status
DNAnya boleh berubah menjadi najis jika pengasingannya daripada sel donor
dilakukan dengan cara yang tidak menepati garis panduan Syarak. Lantaran itu,
DNAnya dianggap sebagai najis dan gm food yang dihasilkan daripadanya juga
adalah haram dimakan kerana mengandungi bahan najis.
Sebagai contoh, DNA daripada lembu boleh dihukumkan sebagai najis jika
ia diambil daripada kaki lembu yang telah terpotong sewaktu ianya masih hidup.
Alasannya ialah kerana kaki lembu tersebut dihukumkan sebagai najis dan
bangkai disebabkan ia terpisah daripada badan lembu sebelum ianya disembelih.
Oleh itu, DNA yang diasingkan daripada kaki lembu itu juga dihukumkan
sebagai najis kerana ia berasal daripada bahagian anggota yang sama. Keadaan
yang sama juga berlaku dalam kes yang melibatkan pengasingan DNA daripada
darah yang mengalir kerana ia juga dihukumkan sebagai najis menurut Syarak.
Dalil yang menyokong kenyataan tadi adalah seperti berikut.
Firman Allah s.w.t. mengenai kenajisan darah yang mengalir:
ا أو قل ال أجد ف ما أوحي إل مرم ا على طاعم يطعمه إال أن يكون ميتة أو دم ا مسفوح لم خنزير فإنه رجس
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang
telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi
individu yang ingin memakannya melainkan jika ia merupakan
bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana
sesungguhnya ia adalah najis……”
(Al-An`am 6:145)
Sabda Rasulullah s.a.w. tentang kenajisan anggota haiwan yang terpisah
daripada badannya sewaktu masih hidup dan dihukumkan sebagai bangkai,
seperti yang diriwayatkan oleh Abu Waqid al-Laythi:
dimanipulasi untuk penghasilan GMF. Alasannya kerana ia dianggap menjijikkan oleh naluri masyarakat Islam bahkan juga oleh majoriti umat manusia.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
18
ما ي قطع من البهيمة وهي حية فهي ميتة
Mana-mana anggota badan haiwan (yang memiliki darah yang
mengalir) yang terpisah daripadanya sewaktu masih hidup maka ia
(bahagian badan tadi) dihukumkan sebagai bangkai (dan najis
kerana terpisah daripada badan haiwan sebelum sempat
disembelih).41
Selain itu, terdapat kaedah fiqh yang menerangkan tentang status bangkai
anggota yang terpisah daripada haiwan yang memiliki darah yang mengalir
melainkan anggotanya yang tidak memiliki darah yang mengalir seperti bulu:
ما أبي من حي ف هو ميتة إال الشعور
Mana-mana (bahagian badan) yang terpisah daripada (haiwan yang
memiliki darah yang mengalir)42 sewaktu ia masih hidup maka ia
(bahagian yang terpisah tadi) dianggap sebagai bangkai kecuali bulu
(dan bahagian-bahagian lain yang seumpamanya yang mana tidak
memiliki darah yang mengalir seperti kuku dan tanduk).43
Justeru itu, cara pengasingan DNA daripada haiwan darat yang halal
dimakan yang perlu dilakukan menurut Syarak adalah seperti garis panduan
berikut. Pertama, DNA yang ingin dimanipulasi mestilah diasingkan daripada sel
haiwan yang halal dimakan setelah ianya disembelih menurut Syarak. Kedua, jika
pengasingan DNAnya ingin dilakukan ketikamana ianya masih hidup, DNAnya
mestilah diambil daripada bahagian badan yang tidak mempunyai aliran darah
seperti sel bulu, kuku dan tanduk. Ketiga, jika DNAnya terpaksa diambil daripada
darah, maka kadar pengambilannya mestilah sedikit seperti beberapa titisan
sahaja kerana ia masih dimaafkan. Sebaliknya, jika kadar darah yang diambil
41 Abu al-`Ula Muhammad `Abd al-Rahman b. `Abd al-Rahim al-Mubarakfuri (1995), op.cit., h. 23,
no. h.: 1480 dlm. Kitab al-At`imah. Lihat juga Abu `Abd Allah Muhammad b. Yazid b. Majah al-Qazwini (1954), op.cit., h. 1072, no. h.: 3216-3217 dlm. Kitab al-Sayd. Lihat `Abd Allah b. `Abd al-Rahman b. al-Fadl b. Bahram al-Darimi (t.t.), op.cit., h. 93 dlm. Kitab al-Sayd. Lihat Abu `Abd Allah Muhammad b. `Abd Allah al-Hakim al-Nisaburi (t.t.), op.cit., h. 124, 239 dlm. Kitab al-At`imah dan Kitab al-Dhaba’ih.
42 Manakala anggota manusia yang terputus daripada badannya adalah tidak dianggap sebagai bangkai atau najis kerana manusia dianggap suci oleh Syarak sekalipun setelah mati.
43 Lihat Abu Syuja` Ahmad b. al-Husayn b. Ahmad b. al-Asfahani (1993), op.cit., h. 340-341. Lihat juga Abu Muhammad `Ali b. Ahmad b. Sa`id b. Hazm (1990), op.cit., juz. 7, h. 449.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
19
adalah banyak sehingga mampu mengalir maka hukumnya adalah najis dan tidak
terkecuali DNA yang terkandung di dalamnya.
Kesan Gm Food Terhadap Manusia
Manakala elemen ketiga yang perlu diberikan perhatian dalam penentuan hukum
gm food adalah tentang sejauhmana ianya memberi kesan terhadap kehidupan
manusia. Jika kesan yang terhasil daripada sesuatu gm food adalah positif maka
hukum menghasil dan memakannya juga adalah harus. Sebaliknya, jika ia
mendatangkan kesan yang negatif sama ada dari sudut kesihatan, keseimbangan
alam, ekonomi, politik dan moral maka hukumnya berubah menjadi haram
kerana ia dianggap memudaratkan.
Sebagai contoh, hukum bagi gm food yang direkombinankan dengan DNA
atau gen (allergen) yang boleh menyebabkan alahan adalah haram dimakan oleh
pengidapnya jika kemudaratan yang terhasil dianggap kritikal sehingga boleh
mengancam nyawa. Berkenaan hal ini, WHO sendiri telah mengesahkan tentang
potensi berlakunya alahan daripada gm food seperti dalam kes kacang soya
transgenik yang telah direkombinankan dengan gen 2S-Albumin iaitu sejenis
alergen daripada kacang Brazil. Apabila kandungan kacang soya transgenik ini
diuji dengan serum daripada individu yang mengalami alahan terhadap kacang
Brazil, tindakbalasnya adalah hampir sama serta disahkan mampu menyebabkan
alahan.44
Dari sudut kesan penghasilan gm food terhadap keseimbangan alam pula,
fenomena outcrossing atau horizontal gene transfer (HGT) dilihat sebagai ancaman
yang paling utama. Ia merujuk kepada fenomena pemindahan maklumat genetik
daripada sejenis organisma kepada organisma lain yang bukan dari kalangan
spesisnya seperti DNA daripada manusia kepada haiwan dan tumbuhan atau
sebaliknya. Secara semulajadi, fenomena HGT sebenarnya tidak mampu berlaku
kerana sesuatu gen atau DNA hanya boleh diwarisi daripada induk spesis yang
sama menerusi pemindahan maklumat genetik yang biasa (vertical gene transfer :
VGT). Ini kerana setiap hidupan memiliki sistem pertahanan dalaman seperti
44 Lihat World Health Organization (2005), op.cit., h. 16.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
20
antibodi atau dinding sel yang mampu menghalang daripada pencerobohan DNA
asing daripada memasuki selnya.
Namun demikian, halangan ini kemudiannya dapat diatasi menerusi
kejuruteraan genetik dengan bantuan vektor seperti mikroorganisma di mana ia
mampu menembusi sistem pertahanan sel bagi sesuatu hidupan. Jika dilihat dari
sudut negatif, fenomena outcrossing ini dikhuatiri akan membenarkan berlakunya
pemindahan DNA yang “istimewa” daripada hidupan transgenik kepada
hidupan liar seperti lalang dan haiwan perosak sehingga menyebabkannya sukar
dikawal dan memudaratkan hidupan semulajadi yang lain. Antara jenis DNA
yang dimaksudkan ialah DNA yang mengkodkan kemampuan tumbesaran yang
cepat, kerintangan terhadap antibiotik, racun serangga, racun rumpai dan
kekangan alam seperti kemarau dan juga kemasinan.
Berhubung hal ini, WHO pada 2001 telah mengesahkan berlakunya
fenomena outcrossing di mana transgene daripada jagung transgenik GM Starlink
dikesan telah berpindah ke dalam genom jagung biasa yang dimakan oleh
manusia. USDA juga pada Ogos 2006 telah mengesahkan variasi beras long-grain
yang telah dicemari oleh transgene daripada beras transgenik Liberty-Link (LL) 601.
Variasi beras ini telah dihasilkan oleh Syarikat Bayer Cropscience dan ia memiliki
kerintangan terhadap herbicide glufosinate-ammonium.45
Selain itu juga, terdapat sesetengah gm food yang dihasilkan menerusi
bantuan vektor yang terdiri daripada jenis virus dan bakteria yang sememang
boleh mengancam manusia. Dalam hal ini, penggunaan marker gene yang
mengkodkan kerintangan terhadap antiobiotik perlu benar-benar diawasi kerana
WHO sendiri mengakui marker gene boleh menyebabkan kesan buruk yang sukar
dijangka kerana maklumat mengenainya masih tidak memadai.46 Apa yang
dikhuatiri, kerintangan terhadap antiobitik kemudiannya akan dipindahkan
secara tidak sengaja kepada mikroorganisma patogen yang menyebabkan
45 Lihat World Health Organization (2005), op.cit., h. 19. Lihat juga United States Department of
Agriculture (USDA) (2006), “Grain Inspection, Packers and Stockyards Administration” (Kertas Laporan United States Department of Agriculture (USDA), 2006), h. 26.
46 Food and Agriculture Organization (FAO) / World Health Organization of the United Nations (WHO) (2007), “Expert Consultation on the Safety Assessment of Foods Derived from Recombinant-DNA Animals” (Kertas Laporan Persidangan WHO/FAO 26 Febuari – 2 Mac 2007 di ibu pejabat WHO, Geneva, Switzerland), h. 24.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
21
penyakit. Jika perkara ini berlaku, patogen yang terhasil akan memiliki ciri yang
lebih “hebat” dari masa ke semasa dan menjadi semakin rintang terhadap
kebanyakan antiobiotik yang digunakan untuk menghapuskannya.47 Tambahan
pula, sudah terdapat laporan yang mengesahkan mikroorganisma seperti spesis
Streptococcus, Meningtis, E. coli dan Staphylococcus telah menjadi semakin rintang
terhadap puluhan jenis antiobiotik.48
Dari aspek ekonomi pula, penghasilan gm food juga kadang-kala dilihat
mampu memudaratkan kestabilan ekonomi sesebuah negara khususnya di
kalangan negara pengimport yang miskin. Ini kerana sektor pertanian domestik
tidak akan mampu untuk bersaing dengan syarikat gergasi dunia yang
menghasilkan gm food secara pukal dengan kos yang sangat efektif. Lantaran itu,
pasaran makanan di negara berkenaan akhirnya terpaksa menerima lambakan gm
food sehingga menyebabkan harganya boleh dimanipulasi oleh pengeluarnya
seperti syarikat Monsanto co. dan Syngenta co.49 Rentetan daripada itu, mereka
kemudiannya dijangka akan mampu mendominasi pasaran makanan dunia
sehingga mampu memudaratkan masyarakat dunia dari aspek lain seperti
kestabilan politik dan keselamatan negara.50
47 Ho, Mae-Wan (2003), op.cit., h. 72-74, 82-83. Lihat juga Cummins, Joseph E. et. al. (2001),
“Expression of Mouse Interleukin-4 by a Recombinant Ectromelia Virus Suppresses Cytolytic Lymphocyte Responses and Overcomes Genetic Resistance to Mousepox”, Journal of Virology, Febuari 2001, vol. 75, h. 1205-1210.
48 Ho, Mae-Wan (1998), Genetic Engineering: Dream or Nightmare? The Brave New World of Bad Science and Big Bussiness. Penang: Third World Network, h. 12.
49 Amerika Syarikat misalnya pernah menuduh Zambia serta beberapa negara Afrika menzalimi rakyat masing-masing setelah negara berkenaan enggan menerima lambakan gm food daripada Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, beberapa negara Eropah juga turut sama dilabelkan sebagai pengasut kerana enggan memberikan kerjasama kepada Amerika Syarikat dalam mengembangkan pasaran gm food di Eropah. Lihat Andy Coghlan (2003): “Zambia’s Gm Food Fear Traced To UK”. New Scientist Magazine, 29 Januari 2003. Lihat juga Michael R. Taylor (2003), “Rethinking US leadership in food biotechnology”, Nature Biotechnology, vol. 21, h. 852 – 854, 1 Ogos 2003.
50 Lihat United Nations Conference on Trade and Development (2000), “Impact of the reform process in agriculture on Least Developed Countries (LDCs) and Net Food-importing Developing Countries (NFIDCs) and ways to Address their concerns in multilateral trade negotiations” (Kertas Laporan United Nations Conference on Trade and Development, 23 jun 2000) h. 1-4. Lihat FAO (2004), op.cit., 6, 87, h. 92, 104. Lihat International Fund Agricultural Development (IFAD) (2002), “Regional Assessment of Rural Poverty in Asia and The Pacific: Declining Agricultural Productivity, The Role of Biotechnology, Organic and Regenerative Agriculture” (Kertas Laporan persidangan IFAD di Rome, Itali) h. 66-67.
Seminar Hukum Islam Semasa VII 14-15 Disember 2011 Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
22
Penutup
Sebagai kesimpulan terhadap perbincangan menerusi kertas kerja ini, penulis
menegaskan kembali bahawa penentuan hukum gm food perlu dilakukan secara
case by case study memandangkan bukan semua gm food memberikan manafaat
secara mutlak atau mudarat kepada kehidupan manusia. Justeru itu, penulis
menggariskan 3 elemen utama yang perlu diambil-kira dalam penentuan hukum
gm food iaitu sumber kepada DNA yang dimanipulasi, cara yang diaplikasikan
dalam pengasingan DNA dan beberapa faktor luaran yang terdiri daripada kesan-
kesan sampingan di sebalik penghasilan gm food seperti kesan terhadap kesihatan,
keseimbangan alam, ekonomi dan sebagainya. Kesan-kesan ini perlu diambil-kira
berdasarkan sejauhmana ianya benar-benar memudaratkan kehidupan manusia
sama ada secara individu mahupun dalam kehidupan bermasyarakat.