m3 kaedah pemulihan matematik.tie kinah sa

Upload: noor-arinah-sanip

Post on 20-Jul-2015

676 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Masalah pembelajaran murid pemulihan matematik

Kaedah Pemulihan Matematik (PKP3110)Dr. Fan Siong Peng

Strategi yang sesuai untuk menangani masalah murid pemulihan matematik

Fatihah Rosli

Maisarah Mat Nursakinah Shaari Izer

Menurut Modul OUM HBSL2203, 2009 (Homan, 1970) menyatakan bahawa murid yang kurang kemahiran persepsi, seringkali bermasalah mengenai perkaitan ruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran, penyelesaian masalah dan geometri. Hudson (1966) di dalam Sabri Ahmad et. Al (2006) menyatakan personaliti dan tanggapan negatif terhadap matematik adalah antara faktor yang menyebabkan timbulnya kesukaran mempelajari matapelajaran ini.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran pembelajaran matematik

1. Mempunyai masalah peribadi, masalah mental,

masalah fizikal dan masalah gangguan afektif.2. Mempunyai masalah dalam mengingat. 3. Tidak mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah matematik 4. Menghafal konsep matematik

5. Pengiraan atau penulisan yang tidak tepat

6. Penggunaan ABM/BBM yang tidak optimum 7. Masalah membaca 8. Mempunyai masalah bahasa. Contohnya murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pertama.9. Keupayaan menaakul yang rendah. 10. Kaedah pengajaran guru yang tidak berkesan.

Strategi pengajaran yang sesuai untuk menangani masalah pembelajaran dalam kalangan murid pemulihan matematik.

Umumnya:Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah

Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan Membuat analisis masalah pembelajaran

Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran

Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran

Mengenalpasti murid-murid yang bermasalahMenjalankan ujian diagnostik Membuat temubual secara spontan dengan murid-murid ketika berada didalam kelas Membuat pemerhatian melalui ujian-ujian matematik yang telah dijalankan samada secara formatif atau sumatif Membuat ujian saringan dalam kalangan murid. Ini membolehkan murid dikelaskan mengikut kumpulan menurut kecerdasan dan prestasi mereka (Modul OUM HBSL2203, 2009)

Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuaiGearheart, Bill. R et al (1993) : Sebelum seseorang guru mengambil mana-mana pendekatan pemulihan matematik, perkara-perkara berikut harus di ambil kira :Berapa banyak yang akan dipelajari Kadar penerimaan / tempoh konsentrasi murid Kadar persembahan Model persembahan sama ada konkrit, gambar atau simbol

Kesediaan latih tubi adakah kefahaman murid mencukupi bagi sesuatu konsep

Aras minat murid-murid

Aras kesukaran bahan yang diberikan

Mengaplikasikannya dalam kehidupan murid-murid

Membuat analisis masalah pembelajaranApakah yang perlu dianalisis?? Tahukah anda??

Faktor-faktor masalah pembelajaran matematik

Membuat perancangan dan menjalankan pengajaranSiapakah sasaran yang terlibat dalam sesi pengajaran ? Apakah kelemahan dan kebolehan setiap murid dalam kelas yang akan diajar ? Apakah perancangan yang dibuat sesuai dengan tahap dan kebolehan murid ? Adakah teknik pengajaran anda betul ?

Adakah bahan dan alatan dapat menarik perhatian murid dan mereka seronok ketika sesi pengajaran pembelajaran matematik ?

Adakah permainan matematik yang dirancang dalam pengajaran sesuai dimainkan oleh murid ketika sesi pembelajaran ? Apakah permainan matematik tersebut hanya sesuai untuk sebahagian murid sahaja ?

Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiranIa dilakukan bagi meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terlebih dahulu. Menentukan kesediaan murid ketika mempelajari sesuatu konsep dan kemahiran baru. Penilaian tahap penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan melibatkan beberapa instrumen seperti senarai semak, ujian diagnostik, dan lain-lain.

Menguasai konsep asas MatematikLangkah 1 : Bahasa murid

Langkah 2 : Bahasa badan

Langkah 3 : Bahasa Matematik Langkah 4 : Simbol / Perwakilan

Langkah 1 : Bahasa MuridBahasa seharian yang digunakan oleh murid bagi menerangkan sesuatu yang dilihat dalam cerita atau situasi yang diberikan

Situasi yang dibina dapat merangsang murid bercakap mengikut kefahaman mereka sendiri

Galakkkan mereka bercakap dan mereka-reka cerita berdasarkan situasi

Berikan mereka masa yang cukup untuk tujuan ini

Antara aktiviti:Gunakan gambar yang menarik minat murid.

Langkah 2 : Bahasa BadanBahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar kepada situasi / cerita yang diberikan oleh guru matematik (konsep)

Contoh : konsep tambah dalam matematik dikenalkan sebagai datang lagi, dapat lagi, disatukan

Contoh : konsep tolak dalam matematik dikenalkan sebagai kurangkan, asingkan, jatuhkan, hilang, sudah dimakan, pecah, terbang

Contoh soalan : Apakah akan terjadi jika semua bola ini dihimpunkan sekali?

Galakkan mereka menggunakan bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, dan keadaan.

Gunakan teknik menyoal yang baik untuk merangsang mereka ke arah konsep matematik yang ditetapkan dalam objektif P&P

Contoh :

Langkah 3 : Bahasa MatematikBimbing murid menggunakan istilah / bahasa matematik yang betul Contohnya: Jumlah kucing kelabu dengan kucing merah boleh dikatakan sebagai: Empat ekor kucing kelabu tambah dengan lima ekor kucing merah bersamaan dengan sembilan Guru dan murid masih lagi menekankan aspek lisan dan memanipulasi bahan konkrit yang ada bersama-sama mereka

Langkah 4 : Simbol (perwakilan)Menggunakan perwakilan berbentuk bahan manipulatif untuk mewakilkan sesuatu situasi.

Contoh: 4 ekor kucing kelabu diwakilkan dengan 5 ekor kucing merah diwakilkan denganJumlahnya ialah sembilan (9)

Situasi ini boleh dituliskan dengan ringkas seperti 4+5 = 9

Membina kefahaman melalui perbincangan yang dibimbing oleh guru secara terancang dan mengamalkan prinsip pembelajaran matematik yang bermakna, berguna, seronok, dan mencabar dapat membantu murid menguasai konsep matematik dengan betul.

Rujukan: Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang. (2010). HBSL2203 Pendidikan Khas Pengajaran Matematik. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Zainal Kassan, Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://www.scrib.com/doc/22594101/Pembelajarankhas-Matematik-Pemulihan

Sekian, terima kasih Semoga rakan-rakan mendapat manfaat daripada perbentangan hari ini