loading…….please wait……
DESCRIPTION
LOADING…….PLEASE WAIT……. Dengan ini… Dipersembahkan. Tayangan slaid. AHLI KUMPULAN. BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT DISEDIAKAN OLEH: PUAN SAADIAH BT. ALI. SEBUTIR PASIR DI KAKI. KARYA : NORHISHAM MUSTAFA. SINOPSIS. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
LOADING…….PLEASE WAIT……
Dengan ini… Dipersembahkan
Tayangan slaid
AHLI KUMPULANBAHASA MELAYU
TINGKATAN EMPAT
DISEDIAKAN OLEH:PUAN SAADIAH BT. ALI
SEBUTIR PASIR DI KAKI
KARYA :NORHISHAM MUSTAFA
SINOPSIS• Sebaik sahaja pulang daripada bercuti di Singapura,Fuad
berasa marah apabila diberitahui oleh ibunya bahawa dia telah menurunkn cap jari serta geran tanah kepada Datuk Sukar. Fuad kecewa dan marah kerana Datuk Sukar tidak berunding dengannya terlebih dahulu.Pada malam itu juga Fuad ke rumah Datuk Sukar.
• Fuad memang sudah biasa ke rumah Datuk Sukar kerana dia
bekerja dengan Datuk Sukar. Anak Datuk Sukar, Junainah ialah kekasihnya. Ketika Fuad sampai, Datuk Sukar tiada di rumah kerana menghadiri jamuan makan malam. Fuad menunggu kepulangan Datuk Sukar dengan rasa jengkel di hati.
• Apabila Datuk Sukar pulang,Fuad meluahkan perasaannya. Datuk Sukar pun menjelaskan sebab dia bertindak demikian. Beliau dan Tauke Ban Heng telah berpakat untuk bekerjasama dengan pelabur dari Hong Kong. Mereka bercadang membuka sebuah kilang tekstil. Malangnya tanah Tauke Ban Heng tidak cukup luas. Justeru, Datuk Sukar mengambil tanah Fuad di sebelah tanah Tauke Ban Heng itu.
• Datuk Sukar menawarkan bayaran sebanyak RM280,000.00 untuk membeli tanah itu. Namun Fuad tidak cepat gelap mata. Dia meminta Datuk Sukar memulangkan geran tanah kepadanya. Datuk Sukar menjadi marah kerana Fuad telah mengganggu rancangannya. Dia juga mengungkit budi yang pernah ditaburkannya kepada Fuad. Misalnya mengambil Fuad bekerja di syarikatnya dan merestui hubungan cinta Fuad dengan Junainah.
• Apabila Fuad masih berkeras untuk mengambil geran tanahnya semula, Datuk Sukar terpaksa menyerahkan geran itu lalu menghalau Fuad dari rumahnya. Ketika Fuad sampai di pintu pagar. Junainah telah mengejarnya dan meminta supaya hubungan mereka tidak terputus setakat itu. Ketika itulah Datin Sipah memanggil mereka supaya masuk ke rumah kerana Datuk Sukar tiba-tiba pengsan.
TEMA• Perasaan cinta kepada tanah pusaka yang menjadi
warisan keluarga.
PERSOALANa) Kesanggupan untuk berkorban apa sahaja bagi
mempertahankan tanah pusaka.
b) Sikap tegas dan tidak mudah lupa diri setelah
memperoleh wang ringgit atau kekayaan.
PLOTPUNCAK
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PELERAIAN
Fuad melepaskan rasa marah terhadap Datuk Sukar di hadapan ibunya.
PERMULAAN
PERKEMBANGAN– Datuk Sukar menggunakan tipu helahnya untuk
mendapatkan tanah pusaka milik keluarga Fuad.
– Datuk Sukar mengambil cap jari ibu Fuad semasa Fuad berada di Singapura.
– Ibu Fuad yang buta huruf tidak mengesyaki apa-apa kerana kedudukan Datuk Sukar yang begitu berpengaruh.
PERKEMBANGAN
– Ibu Fuad beranggapan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Sukar telah dipersetujui oleh Fuad kerana Fuad bekerja dengan Datuk Sukar.
– Fuad ke rumah Datuk Sukar.– Kedatangannya disambut baik oleh Datin
Sipah dan Junainah.– Mereka kesal dengan tindakan Datuk Sukar
yang ketika itu tiada di rumah.
PERKEMBANGAN
PUNCAK– Fuad melepaskan rasa marahnya terhadap
Datuk Sukar.
– Datuk Sukar cuba mempertahankan dirinya dengan alasan ingin membantu keluarga Fuad.
– Fuad membantah dan mendesak agar geran tanahnya dikembalikan.
– Datuk Sukar menghalau Fuad dari rumahnya.
PUNCAK
PELERAIAN– Datuk Sukar kembalikan geran tanah
milik keluarga Fuad.– Fuad tinggalkan rumah Datuk Sukar.– Datuk Sukar jatuh pengsan.
PELERAIAN
WATAK DAN PERWATAKANFUAD Anak bongsu daripada dua adik-beradik. Berusia 27 tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM) Pangkat 3. Mempunyai seorang abang yang bersikap tegas
dan keras hati. Bertugas sebagai penyelia di syarikat Datuk Sukar. Berani menegakkan kebenaran. Taat menunaikan suruhan Tuhan.
FUAD
DATUK SUKAR Berusia 50 tahun. Bertubuh gempal, bermisai nipis dan berjanggut
sejemput. Suami Datin Sipah dan ayah kepada Junainah. Seorang kenamaan dan kaya. Seorang yang ego, pendendam dan tidak mahu
mengalah. Tidak jujur dan banyak menipu orang demi
kepentingan diri sendiri.
DATUK
SUKAR
MAK
MAK Ibu Fuad. Sudah tua dan merupakan janda kepada
dua orang anak lelaki. Rambutnya sudah banyak beruban dan
mukanya berkedut. Buta huruf dan berbaik sangka. Tidak menyangka Datuk Sukar akan
mempermainkannya.
JUNAINAH Anak Datuk Sukar dan Datin Sipah. Berusia 21 tahun dan memiliki rupa paras
yang cantik. Memiliki rambut yang panjang sampai ke
punggung, berkulit putih,sepasang mata yang cantik, mukanya berbentuk bulat dan tubuhnya tinggi lampai .
Kekasih Fuad. Guru lepasan maktab.
JUNAIDAH
DATIN SIPAH Isteri Datuk Sukar dan ibu Junainah.
Memiliki sifat-sifat yang positif seperti baik hati, befikiran rasional, berhemah tinggi dan lemah lembut.
DATIN
SIPAH
LATAR TEMPAT
Rumah FuadDalam rumah Datuk SukarLuar rumah Datuk sukarMaktab perguruanDewan negeri
Dalam lingkungan lima jam (lewat petang hingga 11 malam)
Waktu malam (selepas maghrib)
LATAR MASA
Masyarakat yang menentang penyelewengan
Golongan berpengaruh yang menyalahgunakan kedudukannya
Masyarakat yang tidak memilih darjat
LATAR MASYARAKAT
GAYA BAHASAPeribahasa Contoh: keras hati,bermain kayu tiga,dan lepas mulut.
Personifikasi Contoh: Telinganya jelas menangkap kata-kata Datin Sipah.
Pengulangan Contoh: Datuk Sukar orang besar,orang kaya,orang ada pengaruh.
NILAIKasih sayang Contoh: Fuad sangat sayang akan Junainah dan berhasrat mengambil Junainah sebagai isterinya.
Memberi pertolongan atau bantuan Contoh: Datuk Sukar mengambil Fuad yang berkelulusn SPM dengan pangkat 3 untuk bekerja di syarikatnya.
Ikhlas. Contoh: Datuk Sukar dgn ikhlas membantu Fuad dengan cara mengambil pemuda itu sebagai pekerjanya.
Berani. Contoh: Fuad berani melawan Datuk Sukar demi mempertahan kan tanah pusaka yang cuba diambil oleh Datuk Sukar.
PENGAJARANJangan bertindak mengikut emosi sehingga
menimbulkan kesusahan kepada orang lain.Jangan bertindak terburu-buru kerana tindakan begitu
hanya akan menimbulkan masalah.Kita hendaklah berunding secara baik untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
SEKIAN
SELAMAT MAJU JAYA…